(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 14 Januari 2017

Bab 10 Soalan 114 Lanjutan dari Soalan 112 dan 113 Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?

GROUP
﷽ليس كمثله شيئ
LAISAKAMITSLIHISYAIUN


PENCERAHAN
Soalan 114

Lanjutan dari Soalan 112 dan 113

Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?


PENCERAHAN


Ada banyak ayat dari Al-Quran yg menjadi bukti Nabi Musa berkata2 dengan Allah. Antaranya ialah (Al-A'raf : 143)

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya *"berkata-kata"* dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya  "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).
(Al-A'raf : 143)

Ayat yang lain adalah ayat (Thoha : 11-12)

فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ

Maka apabila ia sampai ke tempat api it, ia diseru: "Wahai Musa! "

إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.

Sebelum kita kupas persoalan ini, elok kita fikirkan ayat2 Allah seperti berikut :

Kita sama2 fikirkan perkataan @ firman Allah berikut kpd iblis di dalam surah (Al Hijr : 32-34)

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"

قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

Itulah contoh2 ayat yg membuktikan bahawa, selain "berkata2" dengan Nabi Musa, Allah juga "berkata2" dgn Iblis.

Apakah perbezaan makna Allah *"berkata2"* dengan Nabi Musa dan Allah *"berkata2"* dengan Iblis?

Adakah berbeza? Pencerajannya begini. Sebenarnya selain dengan Nabi Musa dan Iblis, Allah juga "berkata2" dengan Nabi Muhammad di sidratul muntaha dalam peristiwa isra' dan mikraj. Allah juga "berkata2" dengan manusia di padang mahsyar dan didalam syurga setelah kiamat. Ayat2nya didalam al-Quran dan hadith (Tidak ditunjukkan disini.)

Itulah bukti bahawa Allah *"berkata2"* dengan

1⃣ Nabi Musa a.s.
2⃣ Nabi Muhammad s.a.w.
3⃣ Ahli syurga.
4⃣ Iblis laknatullah.
5⃣ Orang kafir di padang mahsyar.

Persoalan sekarang ialah, adakah

1⃣ Nabi Musa, Nabi Muhammad dan manusia yg lain itu mendengar "perkataan Allah" @ kalam Allah itu dengan telinga? Ya atau tidak?

2⃣ Jika "TIDAK", apakah perbezaan mendengar mereka itu? Macam mana Nabi Musa mendengar kalam Allah itu? Macam mana Nabi Muhamad mendengar kalam Allah itu? Macam mana ahli syurga mendengar kalam Allah itu?  Macam mana ahli neraka mendengar kalam Allah itu?
Dengan telinga atau tidak? Jika bukan dengan telinga, dengan apa?

Mari kita sama2 fikir.

Agar terpelihara dari SYIRIK, kita WAJIB MEMAHAMINYA dari sudut syarak. Akan tetapi kita MUSTAHIL faham maksudnya pada syarak melainkan terlebih dahulu kita memahami makna "berkata" dan makna "mendengar" pada adat dan pada akal. Itulah kaedah untuk menghampirkan akal kita memahami ayat tersebut pada syarak.

Sebelum kita lanjutkan pencerahan ini, kita kena tahu dan faham terlebih dahulu istilah "kalam" yang dimaksudkan disini. Kalam yang dimaksudkan ialah *kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam Allah yang bukan dengan lidah huruf suara*, bukannya kalam Allah yg tertulis di luhmahfuz atau al-Quran yg kita baca iaitu kalam Allah yang dengan lidah huruf suara. Sesiapa yg lupa perbezaan makna ayat Allah dengan kalam Allah, eloklah semak semula pencerahan Soalan 112.

Mari kita sama2 cari jawabannya berdasarkan hukum syarak.

Dari sudut adat, apakah makna "berkata"? Dari sudut adat, makna "berkata" ialah mengkhabarkan sesuatu @ info yang difahami melalui alat. Apa alatnya? Apa contohnya? Kita ambil contoh yg paling dekat iaitu diri kita. Contoh alat yg kita gunakan ialah :

1) mulut menyampaikan secara lisan.
2) tangan menyampaikan dengan bahasa isyarat.
3) telefon menyampaikan dalam bentuk tulisan dan lain2.

Tanpa menggunakan alat, kita tidak akan mampu berkata dan berkata2. Mungkin ada yg ingin bertanya, apa perbezaan berkata dgn berkata2? Begini. Untuk pengetahuan tuan2, dalam banyak2 bangsa dan bahasa didunia ini, hanya bangsa rumpun Melayu di Nusantara sahaja yang memiliki bahasa yg berulang. Bangsa lain, selain rumpun Melayu spt Arab, Cina, India, Inggeris, Afrika dan lain2 tidak ada bahasa yg berulang. Contoh bahasa yg berulang ialah
1⃣ berkata dan berkata2.
2⃣ melihat dan melihat2.
3⃣ menulis dan menulis2.

Itulah 3 contohnya

Bahasa yg berulang2 itu menunjukkan perbuatan yg berulang2 yakni lebih dari satu kali. Perbuatan yg berulang2 adalah perbuatan makhluk. Pada akal dan pada hakikat, perbuatan Allah mustahil berulang2. Pada akal dan pada hakikat perbuatan Allah hanya SATU KALI. Buktinya dari al Quran ialah ayat "kun faya kun". Oleh itu, dalam ilmu usuluddin, kita WAJIB TAHU perkataan yg sesuai kepada Allah. Jangan kita gunakan perkataan yg bermaksud berulang2 secara sembarangan spt "Allah berkata2". Ada kalanya perkataan itu TIDAK SESUAI kpd Allah kerana membawa maksud Allah berkata berulang kali. Kefahaman seperti itu boleh MEROSAKKAN AKIDAH pada syarak.

Diambil daripada makna berkata pada adat itu, maka makna berkata pada akal ialah "mengkhabarkan sesuatu tanpa alat". Ingat ya sdr sdri, ini adalah dari sudut hukum akal, iaitu khusus kpd Allah, bukan berkait hukum adat, yg khusus kpd makhluk. Makhluk spt manusia berkata2 dgn alat, iaitu lidah, huruf dan suara. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah itu mustahil berkata dengan alat. Mustahil Allah berkata dengan lidah huruf suara.

Diambil daripada makna berkata pada akal itu, maka makna berkata Allah pada syarak atau hakikat syarak ialah "Allah berkata BUKAN dengan alat, BUKAN dengan lidah huruf suara". Apa buktinya dari alQuran? Buktinya ialah
﷽ليس كمثله شيئ

Oleh sebab itu mustahil Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah yang BUKAN dengan lidah huruf suara itu dengan telinga. Oleh sebab itu mustahil Nabi Muhammad s.a.w. dan makhluk lain mendengar kalam Allah yang BUKAN dengan lidah huruf suara itu dengan telinga.

Setiap suara yg sampai ke dalam telinga manusia itu sudah pasti BUKAN SUARA ALLAH. Setiap suara yg sampai ke dalam telinga manusia itu sudah pasti SUARA MAKHLUK.

Jadi apa sebenarnya makna ayat  yg disebutkan pd awal pencerahan ini? Pencerahannya adalah sama seperti pencerahan Soalan 112. Ayat itu sebenarnya menerangkan QUDRAT dan IRADAT ALLAH yg tidak ada batas. Ayat itu sebenarnya menerangkan PEKERJAAN ALLAH @ URUSAN ALLAH yg tidak mampu difikirkan oleh akal. Cuba bayangkan, jumlah bulu mata sendiripun kita TAK TAHU. Kenapa bulu mata itu tumbuh pendek, tidak tumbuh panjang seperti rambutpun  kita TAK MAMPU nak fikir. Inikan pula kita hendak memikirkan pekerjaan Allah yg menjadikan bulu mata itu. Tersangatlah mustahil. Kita hanya diperintahkan percaya @ beriman bahawa Nabi Musa berkata2 dengan Allah. Kita hanya diperintahkan beriman bahawa Nabi Musa telah "mendengar" kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu. JANGAN sama sekali dibayang2kan Nabi Musa mendengar kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu, dengan telinga. JANGAN sama sekali dibayang2kan Nabi Muhammad atau kita sendiri akan mendengar kalam Allah itu dengan telinga. JANGAN sama sekali dibayang2kan, ketika solat 5 waktu, Allah berada dihadapan sambil mendengar bacaan kita. JANGAN sama sekali dibayang2kan, ketika sujud dalam solat 5 waktu, Allah mengusap kepala kita. Itu semua menjisimkan Allah. Itu semua sebenarnya *TANPA SEDAR SUDAH MEMBINASAKAN AKIDAH.* Tidak ada perintah Allah dalam al Quran atau hadith yg menyuruh kita membayang2kan manusia akan mendengar kalam Allah yg tiada dgn lidah huruf suara itu, dengan telinga. Sebenar2nya yg mendengar kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu ialah diri kita yang satu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam TERMASUK TELINGA. Tiada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Semuanya itu adalah semata2 atas QUDRAT & IRADAT ALLAH. Semuanya itu adalah semata2 atas ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yang layak.

Agar lebih tahkiq, elok kita sama2 ingat semula 5 perkara seperti yang dicerahkan pd Soalan 112 iaitu :

1⃣ Setiap yang DILIHAT oleh MATA itu dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DILIHAT oleh MATA itu contohnya pokok, rupa pokok itu ada persamaan dgn rupa makhluk lain.

2⃣ Setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu contohnya suara kerbau ada persamaan dgn suara makhluk lain.

3⃣ Setiap yang DISENTUH oleh KULIT dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DISENTUH oleh KULIT itu contohnya sifat batu yg keras ada persamaan dgn sifat keras makhluk lain.

4⃣ Setiap yang DIRASA oleh LIDAH itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang yang DIRASA oleh LIDAH itu seperti rasa manisnya gula ada persamaan dgn rasa manis benda lain.

5⃣ Setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu seperti bau wangi ada persamaan dgn bau wangi benda lain.

Oleh itu, sekiranya kita berpegang kepada iktikad, kalam Allah boleh didengar dengan TELINGA, sudah tentu kalam Allah itu ada persamaan dgn kalam makhluk. Sudah tentu kalam Allah itu MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL. Sudah tentulah MUSTAHIL.....

Saya pasti, masih ada yg tidak puashati dgn pencerahan ini. Masih ada yg ingin tahu maksud ayat pertama di atas iaitu *seolah2 Nabi Musa ingin melihat ZAT ALLAH. Seolah2 Nabi Musa ingin melihat ALLAH menjelma dihadapan mata.*

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya *"berkata-kata"* dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).
(Al-A'raf : 143)

Menurut zahir ayat itu *seolah2 Nabi Musa ingin melihat ZAT ALLAH.* Adakah begitu maksudnya?

Untuk memahaminya, elok kita fikirkan sama2 contoh ini. Mudah2an kita mudah faham. Contohnya begini....

Kita semua YAKIN 100% adanya makhluk ghaib seperti jin, iblis, syaitan dan malaikat. Barang sesiapa yg ragu salah satu yakni keyakinannya kurang dari 100%, maka BINASALAH AKIDAHNYA. Oleh kerana mereka itu adalah makhluk, walaupun kita tidak pernah melihatnya, namun TIDAK MUSTAHIL secara tiba2 mereka MENJELMA dihadapan mata. Andai kata mereka menjelma dihadapan kita, sudah tentulah keyakinan kita BERTAMBAH. Iman kita bertambah KUAT.

Kita lihat pula kisah Nabi Ibrahim ingin melihat Allah menghidupkan makhluk pada ayat (Al-Baqarah : 260)

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِى ڪَيۡفَ تُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ‌   ۖ   قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِن‌   ۖ   قَالَ بَلَىٰ وَلَـٰكِن لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى‌   ۖ   قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةً مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنۡہُنَّ جُزۡءًا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيًا  ۚ  وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya *"tenteram"* hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Baqarah : 260)

Menurut zahir ayat, seolah2 Nabi Ibrahim TIDAK YAKIN dengan kekuasaan Allah. Sedangkan, sebenar2nya, bukan itu maksudnya. Nabi Ibrahim meminta sesuatu untuk MENINGKATKAN KEYAKINAN kepada kekuasaan Allah. Bukan kerana baginda TIDAK yakin kpd kekuasaan Allah.

Begitulah dengan Nabi Musa. Keyakinan Nabi Musa kepada Allah adalah 100%. Permintaan baginda untuk "melihat bukti" Allah BUKAN kerana tidak yakin, tetapi untuk menambahkan keyakinan baginda kepada Allah.

Sama seperti keyakinan kita akan kewujudan malaikat, jin, iblis dan syaitan. Sekiranya kita melihat mereka menjelma, keyakinan kita akan bertambah. Diambil dari itu, maka doa Nabi Musa yg terjemahnya "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihat Mu",  bermaksud "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku  (BUKTI zatMu tiada rupa dan warna) supaya keyakinanku BERTAMBAH".

Menganggap Allah boleh dilihat dengan MATA atau boleh *menjelma* dihadapan mata adalah AKIDAH ORANG KAFIR Yahudi. Buktinya dari al Quran ialah (Al-Baqaroh : 55)

وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهۡرَةً فَأَخَذَتۡكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ

Dan (ingatlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang ( *menjelma* dihadapan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

(Al-Baqaroh : 55)

Oleh itu, mustahil seorang pesuruh Allah meminta sesuatu yang menyerupai iktikad orang kafir seperti kafir Yahudi.

Sekiranya seseorang itu beriktikad, Nabi Musa meminta supaya Allah menjelma dihadapan mata @ supaya Nabi Musa dapat melihat Allah dengan MATA KEPALA sendiri, sesungguhnya AKIDAH orang tersebut sudah BINASA kerana tanpa sedar sudah menganggap Allah itu ada persamaan dengan makhluk ghaib seperti jin, iblis dan syaitan. Binasalah akidahnya tanpa sedar. Nauzubillah.

Sebagai penutup, kita lihat ayat Allah ini sebagai bukti tambahan hujjah diatas.
(As Syura: 51)

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
(As Syura: 51)

Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam.

Selasa, 10 Januari 2017

Bab 10 PENCERAHAN Soalan 113 Lanjutan dari Soalan 112 a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah? b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah? c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*


PENCERAHAN
Soalan 113


Lanjutan dari Soalan 112

a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?

b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?

c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*

YA @ TIDAK

Mohon pencerahan dan perkongsian ilmu.

*PENCERAHAN*

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, kita lihat dahulu ayat2 al Quran berikut :

وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang *mendustakan ayat-ayat Allah*, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Yunus : 95)

مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ

Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat Allah* melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Ghofir : 4)

إِنَّا قَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡنَآ أَنَّ ٱلۡعَذَابَ عَلَىٰ مَن ڪَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang *mendustakan ayat-ayat Allah* dan berpaling daripadanya
(Toha : 48)

Didalam Al Quran kalimah yg bermaksud "ayat Allah" telah disebut tidak kurang 20 kali. Diambil dari 20 ayat dalam al Quran itu, ayat Allah itu ada 3 kategori iaitu :

1⃣ Al-Quran
2⃣ Hadith
3⃣ Dalil akal @ sekalian alam @ sekalian makhluk

Apakah perbezaan antara ketiga2 perkara itu? Pencerahannya begini.

1) AL-QURAN.

Al-Quran ialah perkataan Allah @ kalam Allah. Apabila disebut perkataan "ayat Al-Quran" maksudnya itu ialah 3 perkara iaitu

1⃣ Ayat2 yg tertulis pada mushaf al-Quran yg kita pegang dan kita baca. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.
2⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Ayat al-Quran yg kita sebut, yg kita dengar, yg kita baca adalah sama dengan ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.

Sy pasti, ada yg ingin bertanya, sesetengah orang berkata, al-Quran itu BUKAN MAKHLUK. Macam mana tu?
Begini. Kedua2 pendapat itu BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu makhluk adalah BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu BUKAN makhluk pun adalah BETUL. Tetapi dari dua jalan yg berbeza. Agar lebih mudah difahami, kita fikirkan contoh ini. Semua perkataan dalam pencerahan soalan 113 ini, semua perkataan dalam audio soalan 113 ini adalah SAMA dengan perkataan saya (admin) yg ada tersimpan di dalam HATI. Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz.

3⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz itu "berasal" dari kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam yang tiada dengan lidah huruf suara. Al-Quran @ kalam Allah yg qodim lagi azali itu adalah BUKAN makhluk.

Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz. Perkataan yg ada didalam HATI kita itu BUKAN dgn lidah huruf suara. Itulah kaedah untuk memahami kalam Allah yg bukan dengan lidah huruf suara atau kaedah yg menghampirkan akal kita untuk memahami makna kalam Allah yg BUKAN dengan lidah huruf suara.

Isi kandungan al-Quran itu menerangkan 3 perkara iaitu :

1⃣ Pengenal kepada Allah yakni diri Allah @ zat Allah @ sifat Allah @ nama2 Allah @ kelakuan Allah iaitu hakikat akal dan hakikat syarak.
2⃣ Pengenal kepada hukum Allah yang diperintahkan kepada sekalian jin dan manusia iaitu hukum syarak.
3⃣ Pengenal kepada alam semesta @ sekalian alam iaitu hukum adat (yg boleh dibuktikan melalui sains & teknologi).

2) HADITH

Hadith pula ialah 3 perkara iaitu

1⃣ semua perkataan Nabi
2⃣ semua perbuatan Nabi
3⃣ semua "diam" Nabi

Semua hadith Nabi itu MENERANGKAN 3 perkara yang terkandung dalam Al-Qu

ran. Hadith yg langsung dari Allah yakni tidak melalui malaikat Jibril disebut sebagai hadith QUDSI. Hadith qudsi ini khusus berhubung dgn Allah yakni diri Allah, zat Allah, sifat Allah, nama Allah, kelakuan Allah serta Qudrat dan Iradat Allah.

3) DALIL AKAL

Dalil akal pula ialah sekalian makhluk yang dijadikan oleh Allah untuk 3 perkara iaitu

1⃣ mentahkiqkan pengenal kepada Allah bahawasanya Allah itu (ليس كمثله شيئ) iaitu mentahkiqkan semua yg wajib, mustahil dan jaiz pd akal dan pada hakikat.
2⃣ mentahkiqkan pengenal kepada semua hukum Allah iaitu semua yg wajib, haram, sunat, mustahil dan harus pd syarak.
3⃣ mentahkiqkan pengenal kepada hukum adat termasuklah hukum2 dalam SAINS.

Ada sahabat kita yg bertanya, bagaimana dengan ilham, mimpi, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat? Adakah kelima2nya itu ayat Allah?

Sebelum kita cerahkan, kita fahami dahulu perbezaan antara mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat.

🍀Mimpi terbahagi kpd 2. Mimpi orang awam dan mimpi BUKAN orang awam. Mimpi orang awam terbahagi 2.
1⃣ dari syaitan iaitu mimpi yang sia2 @ menakutkan @ sekadar permainan tidor.
2⃣ dari malaikat iaitu perbuatan dalam mimpi yg tidak bercanggah dengan syarak. Untuk mengetahui samada mimpi itu benar atau tidak, kita perlu lihat  perbuatan kita sebelum tidor. Jika perbuatan kita sebelum tidor itu adalah mengikut sunnah rosul, maka mimpi itu adalah BENAR insya Allah.

Mimpi BUKAN orang awam adalah dari malaikat. Perbuatan dalam mimpi itu tidak bercanggah dgn syarak dan terbahagi 2.
1⃣ dinamakan wahyu (iaitu kpd para Nabi dan Rosul).
2⃣ dinamakan ilham (kepada selain Nabi dan Rosul).

🍀Adakah ilham datang selain dari mimpi? Jawabannya YA, ADA. Ilham yang dianugerahkan Allah dalam keadaan JAGA. Orang yg menerima ilham ini FAHAM DI DALAM HATI akan anugerah Allah itu. Semua itu adalah URUSAN @ PEKERJAAN Allah yg tidak mampu difikirkan. Tidak mampu dibayangkan. Semua itu adalah atas Qudrat dan Iradat Allah semata2. Hanya orang yg berusaha siang dan malam untuk mendapat REDHO ALLAH @ org yg bertawakkal shj yg menerima anugerah itu.

Orang yg berpegang kpd HAKIKAT semata2, menyamakan perbuatan mereka dgn perbuatan Nabi Khidir dan mendakwa pegangan mereka itu adalah ilham dari Allah, sedangkan dakwaan mereka itu BERCANGGAH dengan SYARAK, adalah satu PEMBOHONGAN yg membinasakan akidah. Golongan itu sebenarnya bukan mendapat ilham dari Allah tetapi mendapat BISIKAN dari iblis dan syaitan. Bisikan dari iblis dan syaitan itu mereka anggap ilham dari Allah. Binasa akidah sebab TANPA SEDAR, mereka telah menganggap iblis dan syaitan itu sebagai Allah. Nauzubilllah.

Contoh orang yang menerima ilham dlm keadaan JAGA dari Allah ialah ibu Nabi Musa a.s. Lihat buktinya di dalam al Quran. (Surah Taha: ayat 38 dan 39)

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰ

"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ ۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Surah Taha: ayat 38 dan 39

Contoh penerima anugerah ilham melalui mimpi pula ialah Nabi Yusof. Lihat buktinya (Yusuf: 4)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
(Yusuf: 4)

🍀Apa pula makna kasyaf? Kasyaf ialah anugerah Allah kepada orang yg sudah terkeluar dari martabat orang awam. Contoh mereka itu ialah ulama pewaris nabi dan wali2 Allah. Mereka itu BUKAN orang awam. Seseorang yg dianugerahkan kasyaf a

kan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain kerana penglihatan mereka "terhijab" akibat dosa2. Allah membuka hijab kepada hamba-Nya yg sentiasa berusaha menjauhi TEGAH ALLAH. Contoh penerima anugerah Allah itu ialah Saidina Umar al-Khattab ketika menghantar tentera Islam ke Parsi dibawah pimpinan Sariyah bin Zanim al Khilji untuk menyebarkan islam. Dlm peristiwa itu, ketika sedang meyampaikan kutbah jumaat, Saiyidina Umar Al Khatab ra melihat tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Allah membuka hijab sehingga dengan mata kepala sendiri, Saiyidina Umar Al-Khatab r.a. melihat dengan JELAS, SEJELAS2NYA dihadapan mata, bahawa tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Dari atas mimbar, beliau berteriak kpd tentera Islam yg sdg terkepung di medan tempur utk berlindung di balik bukit. Tentera islam mendengar teriakan itu dan berlindung disebalik bukit seperti yang diarahkan oleh Saidina Umar dan akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan.

🍀Apa pula ilmu laduni?
🍀Apa pula mukjizat?

Memandangkan keterbatasan masa, ilmu laduni dan mukjizat tidak dicerahkan disini. Saudara saudari bolehlah rujuk ditempat lain. Kita hanya sebutkan secara ringkas iaitu, kedua2nya adalah ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yg layak menerima dan TIDAK BOLEH DIPELAJARI.

Persoalan sekarang, adakah mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat itu AYAT2 ALLAH? Jika ya, kategori yg mana?

Begini.
3 kategori ayat Allah yg disebutkan pd awal pencerahan ini adalah untuk semua mukallaf sejak Nabi Muhammad s.a.w. hingga hari kiamat. Untuk 2 kategori yg lain pula iaitu hadith dan dalil akal adalah untuk semua umat2 yg terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan mimpi yang benar, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat pula adalah ANUGERAH ALLAH sejak jin dan manusia dijadikan sehingga hari kiamat, khusus untuk hamba-Nya yang LAYAK, BUKAN untuk semua mukallaf. Semua itu adalah ayat2 Allah. Tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah anugerah utk orang2 yg tertentu shj, sedangkan 3 kategori yg dimaksudkan di atas itu adalah untuk SEMUA MUKALLAF akhir zaman. Sama juga dgn kitab2 Allah yg lain spt zabur, injil, taurat dan suhuf. Semua itu adalah KALAM ALLAH tetapi tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah untuk Nabi dan Rosul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?

Yang dimaksudkan sebagai kalam Allah ialah PERKATAAN Allah @ KATA2 ALLAH iaitu Al-Quran dan Hadith Qudsi sahaja. Mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat TIDAK dikira sbg kalam Allah tetapi dikira sebagai ayat Allah.

Pendek kata, secara ringkasnya, semua kalam Allah adalah ayat Allah tetapi BUKAN semua ayat Allah itu kalam Allah. Kaedah memahaminya adalah seperti islam dan mukmin. Semua orang mukmin adalah islam tetapi BUKAN semua orang islam itu orang mukmin.

Persoalan seterusnya ialah, apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?

Jawabannya sudah diterangkan oleh Allah pada 3 ayat yang disebutkan pada awal pencerahan ini iaitu :

1⃣ Barang siapa yang *mendustakan ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang yang RUGI iaitulah orang KAFIR. (mafhum Yunus : 95)

2⃣ Barang siapa yang *membantah ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang KAFIR. (mafhum Ghofir : 4)

3⃣ Barang siapa yang *mendustakan dan berpaling dari ayat Allah* walau satu ayat sekalipun akan disiksa di dalam NERAKA. (mafhum Toha : 48)

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, tujuan memahami makna ayat dan kalam Allah ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dan selamat dari dari 5 perkara iaitu :

1⃣ selamat dari mendustakan ayat Allah.
2⃣ selamat dari membantah ayat Allah.
3⃣ selamat dari berpaling
4⃣ selamat dari menerima azab Allah didalam neraka.
5⃣ selamat dari jatuh KAFIR TANPA SEDAR.

Sudah tentu ada yg ingin tahu, apakah makna dan contoh 3 perbuatan yang menyebabkan JATUH KAFIR tanpa sedar iaitu :
1⃣ membantah ayat Allah
2⃣ mendustakan ayat Allah
3⃣ berpaling dari ayat Allah

Ketiga2 jenis perbuatan itu sesungguhnya akan menyebabkan BINASA AKIDAH TANPA SEDAR. Ketiga2 jenis perb

uatan itu sesungguhnya akan menyebabkan JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Pencerahannya akan dibuat pd Soalan 115 insya Allah.

Persoalan terakhir ialah, adakah Nabi Musa mendengar kalam Allah dengan telinga? Ya @ Tidak?

Memandangkan pencerahannya agak panjang lebar, kita akan bawa persoalan itu kepada Soalan 114. Insya Allah.

--------------------------------------------------------------

Semua yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum surah an-nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallahua'lam