(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 22 November 2016

Bab 9 Soalan 109 Kita sudah membincangkan makna Allah ESA pd syarak seperti dalam pencerahan Soalan 108. Sekarang 1) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada akal? 2) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak? 3) Apakah perbezaan makna Allah ESA dan makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak? Berikan contohnya.

PENCERAHAN
SOALAN 109


Group laisakamitslihisyaiun

Kita sudah membincangkan makna Allah ESA pd syarak  seperti dalam pencerahan Soalan 108.

Sekarang

1) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada akal?

2) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak?

3) Apakah perbezaan makna Allah ESA dan makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak?

Berikan contohnya.


*PENCERAHAN*


Pencerahan Soalan (1).
Makna mengesakan Allah pada akal sudah dicerahkan pada Soalan 56, 58, 59, 64, 65-70. Sila semak dan semula. Walaupun begitu, kita cerahkan semula maknanya seperti berikut :

Makna mengesakan Allah pada akal ialah 2 perkara iaitu

1) memperkatakan @ mengiktikadkan sesuatu tentang Allah yg diterima oleh akal atau disebut sbg ISLAM PADA AKAL.

2) meninggalkan suatu perkataan @ iktikad tentang Allah yg tidak diterima oleh akal atau disebut sbg KAFIR PADA AKAL

Apakah contoh islam pada akal dan kafir pada akal?

Persoalan ini sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 41, 42, 84, 85, 89, 90, 97 dan 104. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula di 👇🏾
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Walaupun begitu, kita cerahkan semula makna dan contohnya seperti berikut :

Islam pada akal.
Istilah lain bagi Islam pada akal ialah BENAR PADA AKAL @ DITERIMA OLEH AKAL tentang

1⃣ yg wajib bg Allah
2⃣ yg mustahil dan
3⃣ yg harus bg Allah.

Bukan tentang makhluk ya, tapi tentang Allah. Jika ada yg lupa makna makna makhluk, makhluk ialah SEGALA2NYA SELAIN ALLAH. Lihat pencerahan Soalan 3.

Contoh yg wajib pd akal ialah

Pada akal : Allah wajib
1⃣ Wajib wujud,
2⃣Wajib Qidam
3⃣ Wajib Baqo
sehingga yg ke-20
2⃣0⃣ Wajib Mutakallimun.

Itulah 20 sifat Allah atau sifat 20 bagi Allah. Barangsiapa beriktikad @ berkata seperti 20 perkara yg baru disebut itu, maka orang itu dikatakan telah MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Pada akal : Allah mustahil ada persamaan dgn 20 sifat makhluk iaitu

1⃣ harus ada
2⃣ ada permulaan
3⃣ berubah
sehinggalah sifat ke 20
2⃣0⃣ kelakuan perkata dapat berkata2

itulah 20 sifat makhluk. Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 107.

Itulah 20 sifat Allah atau sifat 20 bagi manusia yang mustahil sabit bg Allah. Barangsiapa beriktikad @ berkata seperti 20 perkara yg baru disebut itu MUSTAHIL SABIT BAGI ALLAH, maka orang itu dikatakan telah MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Setiap yang TIDAK diterima oleh akal tentang Allah kerana ianya MUSTAHIL PADA ALLAH maka perkara itu disebut sebagai KAFIR PADA AKAL @ BIDA'AH PADA AKAL.

Semua perbuatan yg DITERIMA oleh akal itu samada

1⃣ perkara yg wajib @
2⃣ perkara yg mustahil @
3⃣ perkara yg harus pd akal itu disebut sebagai disebut sebagai ISLAM PADA AKAL.

Ringkasnya orang yg
1)  *menolak* perkara yg kafir pada akal itu dan
2)  *menerima* yg islam pd akal, mereka itulah yg dikatakan MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Contoh2 tambahan perkara yg wajib, mustahil atau harus pada akal yakni yg diterima dan yg tidak diterima oleh akal akan diberikan selepas ini.

Tapi ingat ya tuan2, BUKAN SEMUA yg islam pd akal itu ISLAM PADA SYARAK. Begitu juga dengan kafir pd akal. BUKAN SEMUA yg kafir pd akal itu KAFIR PADA SYARAK.

Ada kalanya setengah perkara yg KAFIR PADA AKAL ITU, ISLAM PADA SYARAK.
dan
Ada kalanya setengah perkara yg ISLAM PADA AKAL ITU, KAFIR PADA SYARAK.

Apa contohnya? Contohnya sudah diberikan pd pencerahan sebelum ini. Cuba semak semula.

Walaupun begitu, kita berikan sedikit contohnya selepas ini.

Diambil dari makna mengesakan Allah pada akal, maka makna mengesakan Allah pada syarak ialah 2 perkara iaitu

1) mengerjakan SURUH Allah.
2) menjauhi @ meninggalkan TEGAH Allah.

Dalilnya dari al Quran ialah

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Ali Imran: 104)

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman : 17)

Dalam perkataan lain, makna mengesakan Allah pada syarak ialah *melaksanakan PERINTAH ALLAH sekurang2nya FARDU AIN sempurna* dengan :

1) *syarat dan rukun.*
2) *terpelihara dari perkara yang membinasakan ibadah dan terpelihara dari perkara yang membinasakan akidah.*

Apa pula "perintah" Allah?

Perintah Allah ada 2 perkara iaitu

1) SURUH Allah dan
2) TEGAH Allah

Apa pula suruh dan tegah Allah?

Suruh dan tegah Allah SUDAH DICERAHKAN pada Soalan 73 dan 74. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah ulangkaji semula.

Secara ringkasnya :

SURUH ALLAH 3 bahagi iaitu

1) Jatuh kafir @ binasa akidah jika suruh Allah itu DITINGGALKAN. Contohnya : Allah suruh KENAL ALLAH, tetapi suruh itu DITINGGALKAN maka BINASA AKIDAH.

2) TIDAK jatuh kafir @ hanya  BERDOSA BESAR jika suruh Allah itu DITINGGALKAN.  Contohnya : Allah suruh tunaikan solat 5 waktu, tetapi suruh itu DITINGGALKAN maka BERDOSA BESAR.

3) Semua yang SUNAT iaitu TIDAK berdosa jika suruh Allah itu ditinggalkan sebaliknya diberikan PAHALA jika ditunaikan. Contohnya bersedekah setiap hari DAPAT PAHALA.

Itulah suruh Allah 3 bahagi. TEGAH juga 3 bahagi iaitu

1) Jatuh kafir @ binasa akidah jika tegah Allah itu DILANGGAR. Contohnya : Allah tegah MELAKUKAN SYIRIK, tetapi tegah itu DILANGGAR maka BINASA AKIDAH.

2) TIDAK jatuh kafir @ hanya  BERDOSA BESAR jika tegah Allah itu DILANGGAR.  Contohnya : Allah tegah minum arak, tetapi tegah itu DILANGGAR maka BERDOSA BESAR.

3) Semua yang MAKRUH iaitu TIDAK berdosa jika tegah Allah itu dilanggar sebaliknya diberikan PAHALA jika tidak jadi dilakukan. Contohnya ialah TIDAK JADI MEROKOK, DAPAT PAHALA.

Dalam perkataan lain, orang yang MENGESAKAN ALLAH pada syarak ialah

1⃣ org yg menjauhi perkara yg MEMBINASAKAN akidah dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

2⃣ org yg menjauhi DOSA BESAR dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

3⃣ org yg menjauhi perkara yg Allah TIDAK SUKA walaupun makruh @ sia2 dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

Ingat semula pencerahan diatas itu bahawa BUKAN SEMUA yg islam pd akal itu ISLAM PADA SYARAK. Begitu juga dengan kafir pd akal. BUKAN SEMUA yg kafir pd akal itu KAFIR PADA SYARAK.

Ada kalanya perkara yg KAFIR PADA AKAL ITU, ISLAM PADA SYARAK.
dan
Ada kalanya perkara yg ISLAM PADA AKAL ITU, KAFIR PADA SYARAK.

Perkataan dan iktikad orang yg mengesakan Allah pd syarak ialah sesuatu yg dihukumkan :

1⃣ Islam pada akal & Islam pada syarak.
2⃣ Kafir pd akal tp Islam pada syarak

Contoh Islam pada akal & Islam pada syarak ialah :

1) Allah berkuasa atas segala2nya. Tidak ada yg Allah tidak kuasa. Buktinya ialah (Al-Baqaroh : 109).

ۗ   إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqaroh : 109)

2) Allah melihat segala2nya. Tidak ada yg Allah tidak lihat. Buktinya (Al Hajj : 75)

اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al Hajj : 75)

Contoh Kafir pd akal tp Islam pada syarak ialah

1) Allah menjadikan bumi dalam 6 masa. Buktinya ialah (Al-A'raf : 54).

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

(Al-A'raf : 54)

Kenapa pula ayat itu kafir pada akal?

Kerana pada akal, perbuatan menjadikan sesuatu secara peringkat itu adalah perbuatan makhluk. Pada akal sekalian alam ini jadi dengan SEKALI JADI tanpa sedetik masa sekalipun. Dalilnya Kun faya kun. Yang menjadikan sesuatu dalam tempoh masa tertentu adalah sifat MAKHLUK.

2) Allah berkata2 dengan Nabi Adam pada awal baginda dijadikan. Beribu tahun kemudian Allah berkata2 pula dengan dengan Nabi Musa a.s di bukit Thur Sina, Allah berkata2 pula dengan dengan Nabi Muhamad s.a.w. di sidratul muntaha semasa peristiwa isra' dan mikraj.

Kenapa pula perkataan itu kafir pada akal?

Kerana pada akal, berkata2 pada masa dan tempat yg berbeza itu adalah PERBUATAN MAKHLUK.

Itulah contoh2 perkataan @ iktikad yang kafir pada akal tetapi ISLAM PADA SYARAK dan itulah iktikad dan perkataan yg mengesakan Allah pada syarak.

Perkataan dan iktikad yg TIDAK mengesakan Allah pada syarak pula ialah perkataan yg dihukumkan :

1⃣ Islam pada akal tapi kafir pada syarak

Contohnya ialah

1) Kita ini umpama boneka.
2) Jangan sampai terlihat ADANYA diri.

3) Allah tak perlukan kita. Tak solat tak puasapun, Allah boleh masukkan seseorang itu kedalam syurga.

4) Kita ni hamba Allah. Kesudahan hidup kita samada masuk syurga @ neraka sudah ditentukan oleh Allah. Serah sahajalah nasib kita kpd Allah. Tak payah susah2 ibadat.

Keempat2 contoh perkataan itu atau iktikad itu memang benar pada akal, benar pd hakikat akal akan tetapi  bercanggah dengan al Quran yakni bercanggah dgn hakikat syarak dan KAFIR pada syarak. BINASA AKIDAH. NAUZUBILLAH. Apabila akal bercanggah dgn syarak, maka SYARAK ITULAH IKUTAN. Barulah selamat akidah.

Dalilnya ialah (An-Nisa' : 50)

ٱنظُرۡ كَيۡفَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ‌   ۖ   وَكَفَىٰ بِهِۦۤ إِثۡمًا مُّبِينًا

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.
(An-Nisa' : 50)

Perkataan dan iktikad yg TIDAK mengesakan Allah pada syarak

2⃣ Kafir pd akal & kafir pada syarak

Contohnya ialah

1) Mengata, menganggap atau beriktikad Allah itu memiliki tangan, memiliki mata, memiliki kaki, memiliki tubuh, turun ke langit dunia, berada dihadapan seseorang ketika solat, diri Allah boleh dilihat oleh mata didalam syurga, Allah berkata2 dengan Nabi Musa seperti suara manusia, Nabi Muhammad melihat Allah di sidratul muntaha seperti makhluk, Allah duduk di arash sambil dikelilingi oleh para malaikat dsb.

2) Mengata, menganggap atau beriktikad Allah itu memiliki tangan, memiliki mata, memiliki kaki, memiliki tubuh tetapi tangan Allah mata Allah, kaki Allah, tubuh Allah tidak ada persamaan dgn tangan, mata, kaki dan tubuh makhluk.

Dalil atau bukti menunjukkan orang yg menganggap Allah itu memiliki TANGAN telah JATUH KAFIR ialah ayat (Al-Maidah : 64)

وَقَالَتِ ٱلۡيَہُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌ  ۚ  غُلَّتۡ أَيۡدِيہِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ‌  ۢ  بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُ  ۚ  .......

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah)......

(Al-Maidah : 64)

Dalam ayat itu, orang kafir Yahudi menganggap Allah memiliki tangan.

3) Roh manusia berasal dari juzuk diri Allah @ Allah menjelma dalam bentuk makluk dsb.

4) Ada lagi sebenar2 al Quran didalam diri. Ada lagi sebenar2 Muhammad didalam diri. Ada lagi sebenar2 diri didalam diri selain diri dari hujung rambut hingga hujung kaki luar dan dalam.

Semua contoh perkataan atau iktikad itu adalah kafir pada akal dan kafir pada syarak. BINASA AKIDAH. NAUZUBILLAH.

Dalilnya daripada al Quran ialah (An-Najm : 23)

إِنۡ هِىَ إِلَّآ أَسۡمَآءٌ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ  ۚ  إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُ‌   ۖ   وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّہِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ

Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

(An-Najm : 23)

Jadi, apa pegangan kita?
Pegangan kita adalah hukum yg lebih KUAT iaitu HUKUM SYARAK. Oleh itu  PEGANGAN org yg mengesakan Allah pd syarak mestilah 2 yang berikut iaitu :

1⃣ ISLAM PADA SYARAK  DAN ISLAM PADA AKAL.

2⃣ ISLAM PADA SYARAK walau kafir pada akal.

Yang tidak boleh dijadikan pegangan @ tidak mengesakan pd syarak yakni MEMBINASAKAN AKIDAH ialah 2 perkara yang dihukumkan spt berikut :

1⃣ KAFIR PADA AKAL dan KAFIR PADA SYARAK.

2⃣ ISLAM PADA AKAL dan   KAFIR PD SYARAK.

Persoalan terakhir, apakah perbezaan antara ESA ALLAH dengan MENGESAKAN ALLAH?

Perbezaannya ialah :

Perkataan Allah ESA @ ESA Allah adalah umpama perkataan *dari pihak ATASAN ke pihak BAWAHAN*. Allah menyatakan tentang diriNYA, di dalam al Quran @  hadith Qudsi bahawa diriNYA adalah ESA yakni makna @ maksud bagi semua 4 perkataan iaitu sifatNYA, zatNYA, kelakuanNYA dan namaNYA adalah sama iaitu ALLAH itu sendiri, bukannya berlainan.

Makna bagi MENGESAKAN ALLAH pula adalah umpama perkataan *dari pihak BAWAHAN ke pihak ATASAN.* Maknanya itu terbahagi kpd 3 perkara iaitu :

1⃣ disebut sebagai FARDU AIN PERTAMA iaitu berkait PENGENAL MANUSIA KEPADA ALLAH iaitu ilmu akidah. Manusia wajib kenal, wajib FAHAM 100%  bahawasanya DIRI Allah itu ESA @ ESA ALLAH itu "laisakamitslihisyaiun" yakni manusia memahami makna Allah ESA sama seperti yang disebutkan oleh Allah didalam al Quran @ hadith. TIDAK BERBEZA walau sedikit juapun. Jika berbeza walaupun sedikit maka orang tersebut TIDAK AKAN TERLEPAS SAMA SEKALI dari bahaya dosa SYIRIK @ JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Dalam perkataan lain, bahagian 1⃣ ini wajib difahami oleh setiap mukallaf untuk mengelakkan perkara yg menyebabkan BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR kerana melakukan perbuatan SYIRIK.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari perbuatan syirik itulah yg dikatakan sbg MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

2⃣ disebut sebagai FARDU AIN KEDUA iaitu suruh atau tegah Allah selain PENGENAL KEPADA ALLAH. Perkara fardu ain pertama dan fardu ain kedua sudah dicerahkan pada Soalan 72 - 74. Sesiapa yang ingat ingat lupa, eloklah semak semula pencerahannya.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari melakukan perkara yg HARAM @ BERDOSA terutama dosa BESAR, mereka itulah yang dikatakan sbg MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

3⃣ menjauhi semua yang sia sia @ makruh.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari melakukan perkara yang sia sia @ makruh, mereka itulah yang dikatakan sebagai MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

--------------------------------------------
Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.
(An- Nisa' : 79)

Wallohua'lam.
Maaf zahir dan batin.

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 109 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

Bab 9 PENCERAHAN SOALAN 108 Kita sudah membincangkan makna esa pada adat dan makna esa pada akal seperti dalam pencerahan Soalan 58 & 59. Tn/pn dinasihatkan terlebih dahulu mengulangkaji Soalan 11,17, 58, 59, 64 - 70, 107 Sekarang.... 1) Apakah makna ESA @ Allah ESA pada syarak? 2) Apakah perbezaan makna ESA dan makna SATU?

Group laisakamitslihisyaiun

PENCERAHAN
SOALAN 108


Kita sudah membincangkan makna esa pada adat dan makna esa pada akal seperti dalam pencerahan Soalan 58 & 59.

Tn/pn dinasihatkan terlebih dahulu mengulangkaji  Soalan 11,17, 58, 59, 64 - 70, 107

Sekarang....

1) Apakah makna ESA @ Allah ESA pada syarak?

2) Apakah perbezaan makna ESA dan makna SATU?


PENCERAHAN


Kalimah (ال احد) telah disebut dalam al Quran tidak kurang 19x. Lihat
Surah Al Baqarah: 285
Surah Yusuf: 4
Surah Al Kahfi: 19 (2x), 22, 26, 32, 38, 42, 47, 49, 110.
Surah Al-Lail : 19
Surah Al Fajr: 25, 26
Surah Al Balad: 5,7
Surah Al Ikhlas: 1,4

Kalimah (ال وحد) telah disebut dalam al Quran tidak kurang 24x. Lihat

Surah Al Baqarah: 133, 163
Surah An Nisa: 171
Surah  Al Maidah: 73
Surah Al An'am: 19
Surah At Taubah: 31
Surah Yusuf: 39
Surah Ar Ra'd: 16
Surah Ibrahim: 48, 52
Surah An Nahl: 22, 51
Surah Al Kahfi: 110
Surah Al Anbiya: 108
Surah Al Hajj: 34
Surah An Nur: 41
Surah As Saffat: 4
Surah Shad: 65
Surah Az Zumar: 4
Surah Al Ghafir: 12, 16
Surah As Fusshilat: 6
Surah Yasin : 49, 53

Jumlah kedua2 disebut dlm al Quran tidak kurang 43x.

Makna satu @ ( وحد) dan makna esa @ ( احد) menurut hukum adat dan hukum akal sudah dicerahkan sebelum ini. Makna ESA berbeza dari makna SATU. Semua makna SATU ada didalam makna ESA akan tetapi TIDAK SEMUA makna esa ada didalam makna SATU. Oleh itu, semua makna SATU PADA SYARAK adalah bermakna ESA PADA SYARAK. Akan tetapi semua makna ESA PADA SYARAK tidak semestinya bermakna SATU PADA SYARAK. Oleh itu, perkataan yg membawa makna ESA pada syarak telah disebut didalam al Quran sebanyak tidak kurang 43x.

Jumlah 43x itu menggambarkan BESARNYA tuntukan memahami makna ESA ALLAH PADA SYARAK.

Sebelum kita membincangkan makna esa pada syarak, eloklah kita tahu tujuan Soalan 108 ini. Tujuannya adalah untuk memahami surah al Ikhlas dan memahami perbezaan antara perkataan Al-Ahad (الاحد) dan Al-Wahid (الوحد). Kita lihat ayatnya seperti berikut :
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): " (Diri) Allah itu Maha Esa. (Al-Ikhlas : 1)

Semua perkataan Al-Ahad (الاحد) itu menerangkan makna ESA ALLAH PADA AKAL DAN ESA ALLAH PADA SYARAK.

Untuk memahami makna ESA ALLAH pada syarak, kita wajib terlebih dahulu memahami makna ESA MAKHLUK pada adat. Memahami makna ESA MAKHLUK pada adat akan menghampirkan akal kita untuk memahami makna ESA ALLAH pada akal dan pada syarak.

Oleh itu, kita ulangkaji semula maknanya menurut hukum adat dan hukum akal pada soalan 58 - 70.

ESA dalam bahasa Arab disebut sebagai AHAD (احد).
Secara ringkasnya, makna ESA PADA ADAT adalah 3 perkara :

Makna Esa Ke 1⃣
Menyatakan MAKSUD bg perkataan "sifat", "zat", "kelakuan" dan "nama" adalah SAMA iaitu DIRI MAKHLUK PADA ADAT. Kita ambil contoh yg paling mudah iaitu diri manusia. 4 perkataan itu pd manusia dicerahkan secara ringkas seperti berikut :

1) SIFAT :
Dalam ilmu usuluddin, 20 sifat manusia telah dicerahkan seperti pd Soalan 107 iaitu

1⃣ harus ada,
2⃣ ada permulaan,
3⃣ berubah,
sehinggalah
2⃣0⃣ kelakuan perkata dapat berkata2.

Untuk memahami 20 sifat itu, kita lihat contoh sifat manusia yang lebih khusus iaitu *berakal, bertangan, berkulit hitam manis dan sebagainya.* Apabila disebut "yang berakal" maka maksud perkataan "yang berakal" itu adalah diri kita yang satu, dari hujung rambut hingga hujung kaki,  luar dan dalam, zahir dan batin.

"Yang berakal" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. Diri kita yg esa berbilang2 pada adat dan pd akal. Makna berbilang2 disini ialah lain tangan dari kaki, lain kepala dari badan, lain roh dari tubuh dan sebagainya.

Itulah kaedah untuk memahami sifat 20 bagi manusia.

Apabila disebut "yang harus ada" maka maksud perkataan "yang harus ada" itu adalah diri kita yang satu, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin. *Semua alat dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin adalah esa pada adat. Esanya berbilang2. Makna berbilang2 disini ialah lain pelihat dgn mata dari pendengar dengan telinga,  lain pehidup dgn nyawa dengan pekehendak dgn hawa nafsu. Semuanya itu HARUS ADA.*

2) ZAT :
zat makluk yang banyak dan berbilang2. Contoh zat kaki, zat tangan, zat mulut, zat roh, zat nafsu dan lain2 dari hujung kaki hingga hujung rambut, luar dan dalam. Kesatuan semua zat itu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dalam, zahir batin, itulah diri kita yang SATU. Dalam perkataan lain, KESATUAN ZAT YG BERBILANG2 ITU TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. "zat tangan, zat roh, zat nafsu" itu ESA dengan DIRI kita tetapi esanya berbilang2 pada adat dan pd akal.

Dalam ilmu usuluddin (sila rujuk pencerahan Soalan 107) maksud zat manusia ialah sifat ke-7 hingga sifat ke-3 iaitu

1⃣ Qudrat @ pekuasa dgn alat iaitu tulang urat darah daging otak benak

2⃣ Iradat @ pekehendak dgn alat iaitu hawa nafsu.

Sehinggalah yg ke-7

7⃣ Kalam @ Pekata dengan lidah huruf suara.

Apabila disebut "yang berkuasa dengan tulang urat darah daging otak benak" maka maksud perkataan  "yang berkuasa dengan tulang urat darah daging otak benak" itu ialah diri kita, sendiri, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin.

"Yang berkuasa dengan tulang urat darah daging otak benak" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. Diri kita yg esa berbilang2 pada adat dan pada akal.

3) KELAKUAN : kelakuan makhluk yang berubah2. Contoh kelakuan ialah "sedang berwatsap". Apabila disebut "yang sedang berwatsap" maka maksud perkataan "yang sedang berwatsap" itu adalah "diri kita yang satu".  "Yang sedang berwatsap" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA.  Dalam perkataan lain, "yang berwatsap" itu ESA dengan DIRI kita tetapi esanya berbilang2 pada adat dan pada akal.

Dalam ilmu usuluddin, maksud kelakuan manusia ialah sifat ke-13 hingga sifat ke-20 iaitu

1⃣ Qodirun @ Kelakuan Pekuasa dapat berkata2.

2⃣ Muridun @ Kelakuan Pekehendak dapat berkehendak.

Sehinggalah yg ke-7

7⃣ Mutakallimun @ Kelakuan Pekata dapat berkata2.

Apabila disebut "yang ada kelakuan pekuasa" maka maksud perkataan  "yang ada kelakuan pekuasa"  itu ialah diri kita, sendiri, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin.

"Yang ada kelakuan pekuasa" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. Diri kita yg esa berbilang2 pada adat dan pd akal.

4) NAMA : nama makhluk yang tidak lain dari makhluk itu sendiri. Contoh nama ialah Lukman Hakim. Apabila disebut si "Lukman Hakim" maka maksud nama "Lukman Hakim" itu adalah diri si Lukman Hakim yang satu, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam. Maksud "Lukman Hakim" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA.
Dalam perkataan lain, nama "Lukman Hakim" itu ESA dengan DIRI kita tetapi esanya berbilang2 pada adat dan pd akal.

Itu pencerahan ringkas bg PERKARA PERTAMA sifat, zat, kelakuan dan nama makhluk pada adat.

Makna Esa ke 2⃣
Menyatakan jika DIAMBIL mana2 satu dari yg empat itu maka BERUBAHLAH DIRI MAKHLUK itu pd adat. Contohnya seekor kambing. Jika kurang satu dari yg empat itu seperti zat KAKI kambing CACAT maka diri kambing itu SUDAH BERUBAH. Berubah dari sempurna kpd cacat. Dalam perkataan lain zat itu esa dengan diri pada adat. Pada manusia, kesatuan zat kita dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dalam itu, tidak lain daripada DIRI kita.

Makna Esa Ke3⃣
Menyatakan jika TIADA DIRI MAKHLUK itu maka TIADALAH sifat diri, TIADALAH zat diri, TIADALAH kelakuan diri dan TIADALAH nama diri pd adat. Contohnya, kita ambil diri kita.

Jika TIADA DIRI kita maka TIADALAH rupa kita, TIADALAH zat kita, TIADALAH kelakuan kita dan TIADALAH nama kita.

Sama seperti kaedah kita memahami makna ESA PADA ADAT maka begitulah kaedah untuk memahami makna ESA PADA AKAL. Kerana keterbatasan masa dan ruang, kita tidak cerahkan makna esa pd akal seperti pencerahan menurut hukum adat diatas.

Diambil dari makna esa pada adat dan makna esa pada akal, maka makna ESA PADA SYARAK ialah 3 PERKARA iaitu :

Makna Esa Ke 1⃣
Menyatakan MAKSUD bg perkataan "sifat", "zat", "kelakuan" dan "nama" adalah SAMA iaitu DIRI ALLAH PADA SYARAK. 4 istilah itu sudah dicerahkan pd Soalan 107 sekali dgn 20 sifat bagi Allah. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak semula.

Buktinya dari al-Quran akan ditunjukkan selepas ini insya Allah. 4 perkataan itu dicerahkan secara ringkas seperti berikut :

1) SIFAT :
sifat Allah yang TIDAK berupa dan TIDAK berwarna. Contoh sifat Allah ialah "Wujud, Qidam, Baqo". Apabila disebut "yang wajib Wujud dan Qidam Baqo"" maka maksud "yang wajib Wujud dan Qidam Baqo" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Sifat Allah "yang wajib Wujud dan Qidam Baqo" itu ESA dengan DIRI ALLAH pd syarak. Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak. Dalam perkataan lain, "yang wajib Wujud, Qidam Baqo hingga Mutakallimun dan sifat yang tiada hingga" itu TIDAK LAIN dari DIRI ALLAH.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah (Al-Balad : 7)

أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُ  ۥۤ أَحَدٌ

Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
(Al-Balad : 7)

Saya pasti mesti ada yg ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *SIFAT* DENGAN DIRI @ ZAT.

Pencerahannya begini.

Kita sama2 fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (yang melihat). Yang melihat adalah SIFAT. Siapa yang dimaksudkan pd ayat itu yang melihat? Yang dimaksudkan ialah ALLAH. Jadi, dalam perkataan lain, "yang melihat" itu TIDAK LAIN DARIPADA ALLAH. "Yang melihat" itu ESA dengan Allah. Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak.

2) ZAT :
zat Allah yg SATU, TIDAK berbilang2. Contoh yg disebut sebagai zat Allah ialah "zat yang memiliki KUASA yakni PEKUASA @ Qudrat". Apabila disebut "yang memiliki KUASA @ Qudrat" maka maksud "yang memiliki KUASA @ Qudrat" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Qudrat Iradat hingga Kalam itu esa dengan DIRI Allah pd syarak. Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak.

Dalam perkataan lain, "yang memiliki kuasa @ Qudrat hingga Kalam" itu TIDAK LAIN dari DIRI ALLAH. Yang wajib Qudrat hingga Kalam itu TIDAK LAIN dari Allah.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah (Al-Kahfi : 110)

قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ وَٲحِدٌ‌   ۖ   فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi : 110)

Sama seperti yg pertama diatas, saya pasti mesti ada yg ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *ZAT* DENGAN DIRI.

Pencerahannya begini.

Kita sama2 fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (yang mengerjakan amal soleh). (Yang mengerjakan amal soleh) adalah KESATUAN BERBILANG2 ZAT. Siapa yang dimaksudkan pd ayat itu yang mengerjakan amal soleh? Yang dimaksudkan ialah DIRI MANUSIA. Jadi, dalam perkataan lain, "yang mengerjakan amal soleh" itu TIDAK LAIN DARIPADA DIRI MANUSIA. "Yang mengerjakan amal soleh" itu ESA dengan DIRI.

3) KELAKUAN :
kelakuan Allah yang kekal tidak berubah. Contoh yg disebut sbg kelakuan Allah ialah "menjadikan sekalian alam @ Qodirun". Apabila disebut "yang menjadikan sekalian alam @ Qodirun" maka maksud "yang menjadikan sekalian alam @ Qodirun" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Qodirun Muridun hingga Mutakallimun itu esa dengan DIRI Allah, Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak.

Dalam perkataan lain, "yg menjadikan sekalian alam @ Qodirun" itu TIDAK LAIN dari DIRI ALLAH. Yang wajib Qodirun hingga Mutakallimun itu TIDAK LAIN dari DIRI Allah.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah (Al-Fajr : 25)

فَيَوۡمَٮِٕذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ  ۥۤ أَحَدٌ

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. (Al-Fajr : 25)

Spt mana yg pertama dan kedua, saya pasti mesti ada yg ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *KELAKUAN* DENGAN DIRI @ ZAT.

Pencerahannya begini.

Kita sama2 fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (menyeksa). (Menyeksa) adalah KELAKUAN. Siapa yang dimaksudkan pd ayat itu yang menyeksa? Yang dimaksudkan ialah ALLAH. Jadi, dalam perkataan lain, "yang menyeksa itu TIDAK LAIN DARIPADA ALLAH. "Yang menyeksa" itu ESA dengan DIRI ALLAH. Esa pd akal dan pada syarak.

4) NAMA :
Nama Allah yang tidak lain dari Allah. Contoh nama Allah ialah Ar-Rohman dan Ar-Rohim. Maka apabila disebut "Ar-Rohman dan Ar-Rohim" maka maksud "Ar-Rohman dan Ar-Rohim" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Ar-Rohman Ar-Rohim esa dengan DIRI Allah pd akal dan pd syarak. Dalam perkataan lain, "Ar-Rohman Ar-Rohim dan nama2 yang tidak ada hingga itu" TIDAK LAIN dari ALLAH. Ar-Rohman Ar-Rohim dan nama2 yang tidak ada hingga itu" TIDAK LAIN dari DIRI Allah.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah

لَّـٰكِنَّا۟ هُوَ ٱللَّهُ رَبِّى وَلَآ أُشۡرِكُ بِرَبِّىٓ أَحَدًا

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
(Al-Kahfi : 38)

Seperti mana yang pertama hingga ke-3, pasti ada yang ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *NAMA* DENGAN DIRI @ ZAT.

Pencerahannya begini.

Kita sama sama fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (Rob @ Tuhan). (Rob @ Tuhan) adalah GANTI NAMA BAGI ALLAH. Siapa yang dimaksudkan pada ayat itu sebagai Rob @ Tuhan? Yang dimaksudkan ialah ALLAH. Jadi, dalam perkataan lain, "Rob @ Tuhan itu TIDAK LAIN DARIPADA ALLAH. "Rob @ Tuhan" itu ESA dengan DIRI ALLAH pd akal dan pd syarak.

Itu pencerahan ringkas bagi PERKARA PERTAMA sifat, zat, kelakuan dan nama Allah esa pada syarak.

Makna Esa ke 2⃣
Menyatakan jika diambil mana mana satu dari yang empat itu maka BERUBAHLAH DIRI Allah itu. Contohnya jika TIADA QUDRAT, maka ZAT ALLAH BERUBAH DARI MEMILIKI KUASA MENJADI LEMAH. PADA AKAL DAN PADA SYARAK TIDAK DITERIMA OLEH AKAL ALLAH BERUBAH, MUSTAHIL ALLAH BERUBAH.

Makna Esa ke3⃣
Menyatakan TIADA DIRI ALLAH itu maka TIADALAH sifat, zat, kelakuan dan nama Allah. Jika TIADA DIRI ALLAH itu maka TIADALAH sifat Allah, TIADALAH zat Allah, TIADALAH kelakuan Allah dan TIADALAH nama Allah. PADA AKAL DAN PADA SYARAK TIDAK DITERIMA OLEH AKAL DIRI ALLAH BERUBAH, MUSTAHIL DIRI ALLAH BERUBAH.

Itulah secara ringkas makna *"ESA Allah"* pada syarak atau makna (الاحد) @ al-Ahad  pada ayat pertama surah al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): " (Diri) Allah itu Maha Esa;
(Al-Ikhlas : 1)

Persoalan terakhir ialah :
Apa perbezaan antara ESA dan SATU?

Pencerahannya seperti ini.
Perbezaan antara keduaya sudah dicerahkan pada Soalan 59. Sesiapa yang ingat ingat lupa tu eloklah dengar audionya semula.


Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.

Maaf zahir dan batin
Wallohua,'lam


●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 108 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

Khamis, 10 November 2016

Bab 9 Soalan 107 1) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi Allah? 2) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi manusia? 3) Apakah kaitan sifat 20 bagi manusia dan sifat 20 bagi Allah? 4) Apakah takrif atau maksud 7 perkataan berikut iaiti sifat, zat, diri, kelakuan, nama, satu dan esa?

PENCERAHAN SOALAN KE-107

Group *laisakamitslihisyaiun*

Untuk pengetahuan kita semua, banyak istilah yang digunakan dalam soalan ini akan diulang semula pada Soalan 108. Pencerahan Soalan 108 akan mudah difahami apabila kita sudah faham pencerahan Soalan 107 dan beberapa soalan yang berkaitan sebelum ini.

Soalan 107

1) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi Allah?

2) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi manusia?

3) Apakah kaitan sifat 20 bagi manusia dan sifat 20 bagi Allah?

4) Apakah takrif atau maksud 7 perkataan berikut iaiti sifat, zat, diri, kelakuan, nama, satu dan esa?

*PENCERAHAN*

Sebelum kita bincang Soalan 107 ini, elok kita ingat semula makna ayat "laisakamitslihisyaiun" yg sudah dicerahkan pada Soalan 1. Maknanya itu ialah "Allah itu tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk". Makna mengenal Allah @ makrifatullah pula ialah MEMBEZA ANTARA ALLAH DENGAN SEKALIAN MAKHLUK. Soalan 107 ini bertujuan untuk memudahkan kita memahami makna MENGENAL ALLAH melalui kaedah SIFAT 20.

Untuk tujuan tersebut,  beberapa istilah perlu kita fahami iaitu makna diri, sifat, zat, kelakuan, nama, satu dan esa menurut hukum adat dan hukum akal. Dengan cara itu, akan memudahkan kita memahami makna 7 istilah itu pada syarak.

Mengenal ALLAH dengan kaedah sifat 20. 20 sifat itu adalah seperti berikut :

Untuk memudahkan perkongsian ilmu, kita gunakan istilah yg digunakan oleh Tn Guru Sheikh Abdul Kosim Al Mandili dalam kitab beliau bertajuk, did dul bathil wahujjatul baligh. 6 sifat yang pertama dari 20 sifat itu dinamakan sebagai *BANGSA DIRI ALLAH* iaitu :

1) Wajib wujud @ Wajib ada
2) Qidam @ Sedia ada
3) Baqo @ Kekal
4) Mukholafatuhu lilhawadith @ Bersalahan dgn sekalian yang baharu
5) Qiyamuhu binafsih @ Berdiri dgn sendiriNya
6) Wahdaniat @ Esa DiriNYA @ Esa ZatNYA

Maksud bagi 7 sifat yang kedua ini ialah *ZAT ALLAH @ DIRI ALLAH* iaitu :

1@7) Qudrat @ Pekuasa
2@8) Iradat @ Pekehendak
3@9) Ilmu @ Pengetahuan
4@10) Hayat @ Pehidup
5@11) Sami' @ Pendengar
6@12) Basir @ Pelihat
7@13) Kalam @ Pekata

Maksud bagi 7 sifat yang ketiga ini  ialah *KELAKUAN ZAT ALLAH*

1@14) Qodirun @ Kelakuan Pekuasa
2@15) Muridun @ Kelakuan Pekehendak
3@16) Ilmun @ Kelakuan Pengetahuan
4@17) Haiyun @ Kelakuan Pehidup
5@18) Sami'un @ Kelakuan Pendengar
6@19) Basirun @ Kelakuan Pelihat
7@20) Mutakallimun @ Kelakuan Berkata

Apabila disebut *"sifat" pada akal* maka maksudnya itu ialah semua *20 sifat Allah* yg disebutkan diatas iaitu Wujud,  Qidam, Baqo hingga Mutakallimun.

Dalil akal untuk mentahkiqkan 20 sifat bagi Allah itu adalah 20 sifat bagi makhluk seperti berikut :

6 sifat yang pertama ini adalah PERSAMAAN bagi SEKALIAN MAKHLUK samada ianya makhluk wujudi atau makhluk bukan wujudi, tiada yg terkecuali yakni sabit pada sekalian makhluk dan dinamakan sebagai *BANGSA DIRI MAKHLUK.*

1) Harus ada
2) Ada permulaan
3) Berubah
4) Ada yg seumpamanya
5) Ada kekurangan
6) Zatnya berbilang2

*Itulah 6 PERSAMAAN pada SEKALIAN MAKHLUK, tiada makhluk yg terkecuali*.

Seterusnya 7 sifat yang kedua ini hanya sabit pada semua manusia TIDAK sabit pada sekalian makhluk, tidak sabit pd pokok, syurga neraka dan lain2 makhluk. Hanya sabit pd manusia.  7 sifat ini dinamakan *ZAT MANUSIA*

1@7) Qudratnya @ Pekuasanya dengan tulang urat darah daging otak benak.

2@8) Iradatnya @ Pekehendaknya dengan hawa nafsu.

3@9) Ilmunya @ Pengetahuannya dengan hati dan perguruan.

4@10) Hayatnya @ Pehidupnya dengan nyawa @ roh.

5@11) Sami'nya @ Pendengarnya dengan lubang telinga.

6@12) Basirnya @ Pelihatnya dengan biji mata.

7@13) Kalamnya @ Pekatanya dengan lidah huruf suara.

Seterusnya 7 sifat yang ketiga ini juga hanya sabit pada semua manusia TIDAK sabit pada sekalian makhluk. 7 sifat ini dinamakan *KELAKUAN ZAT MANUSIA*

1@14) Kelakuan Pekuasa dapat  berkuasa.

2@15) Kelakuan Pekehendak dapat  berkehendak.

3@16) Kelakuan Pengetahuan dapat  mengetahui.

4@17) Kelakuan Pehidup dapat  memelihara diri.

5@18) Kelakuan Pendengar dapat  mendengar.

6@19) Kelakuan Pelihat dapat  melihat.

7@20) Kelakuan Pekata dapat  berkata.

Apabila disebut *"sifat" pada adat* maka maksudnya itu ialah semua *20 sifat manusia* yang disebutkan diatas iaitu harus ada, ada permulaan, berubah sehinggalah yang ke-20 kelakuan perkata dapat berkata kata.

Persoalan ketiga yang seterusnya ialah, apakah kaitan sifat 20 pagi manusia dengan sifat 20 bagi Allah?

Kita tahu, setiap yang sabit pd makhluk maka MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH. Sifat 20 bg manusia itu adalah DALIL AKAL untuk mentahkiqkan Sifat 20 bagi Allah.  Yakni,  sifat 20 bagi manusia itu akan menghampirkan faham kita kepada makna sebenar Sifat 20 bagi Allah. Dalilnya 20 sifat manusia itu akan menghampirkan faham kita kepada makna Sifat 20 bagi Allah adalah ayat al Quran berikut (Adz-Zariyat : 20 - 21)

وَفِى ٱلۡأَرۡضِ ءَايَـٰتٌ لِّلۡمُوقِنِينَ
وَفِىٓ أَنفُسِكُمۡ  ۚ  أَفَلَا تُبۡصِرُون

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

(Adz-Zariat : 20 - 21)

Oleh itu sifat 20 bagi Allah yang lebih mudah difahami adalah didahului dengan sifat 20 bagi manusia iaitu seperti berikut :

1) Sekalian makhluk harus ada maka Allah MUSTAHIL  harus ada. Allah WAJIB ADA.

2) Sekalian makhluk ada permulaan maka Allah mustahil ada permulaan. Allah WAJIB SEDIA ADA.

3) Sekalian makhluk berubah maka Allah mustahil berubah. Allah WAJIB KEKAL.

4) Sekalian makhluk ada yang seumpamanya maka Allah mustahil ada yang seumpamaNYA. Allah WAJIB MUKHOLAFAH.

5) Sekalian makhluk ada kekurangan maka Allah mustahil ada kekurangan. Allah WAJIB QIYAMUHU BINAFSIH.

6) Diri sekalian makhluk berbilang2, berbilang2 zat pd zat yg satu maka diri Allah mustahil berbilang2. Diri @ zat Allah WAJIB WAHDANIAT.

7) Qudrat manusia dengan alat iaitu tulang urat darah daging otak benak. Maka Qudrat Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan tulang urat darah daging otak benak.

8) Iradat manusia dengan alat iaitu hawa nafsu. Maka Iradat Allah mustahil dengan alat, mustahil dgn hawa nafsu.

9) Ilmu manusia dengan alat iaitu hati dan perguruan. Maka Ilmu Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan hati dan perguruan.

10) Hayat manusia dengan alat iaitu nyawa @ roh. Maka Hayat Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan roh @ nyawa.

11) Sami' manusia dengan alat iaitu lubang telinga. Maka Sami' Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan lubang telinga.

12) Basir manusia dengan alat iaitu biji mata. Maka Basir Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan biji mata.

13) Kalam manusia dengan alat iaitu lidah huruf suara. Maka Kalam Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan lidah huruf suara.

Begitulah kaedahnya sehingga 20. Cuba tn2 teruskan sebagai latihan dan tanda FAHAM.

Oleh kerana Allah itu "laisakamitslihisyaiun", maka Allah @ DIRI Allah itu TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN oleh akal. Perkataan "Allah @ Diri Allah TIDAK mampu difikirkan" membawa maksud 4 perkara iaitu :

1⃣ Zat Allah itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

2⃣ Sifat Allah itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

3⃣ Kelakuan Allah itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

4⃣ Nama Allah yg 99 mulai (الرحمن) (الرحيم) hingga (الصبور) @ tiada had itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

Saya pasti ada yang ingin bertanya, jika semuanya tentang DIRI Allah itu TIDAK mampu difikirkan, macam mana hendak memahami sifat Allah, zat Allah, kelakuan Allah dan nama Allah? Macam mana tu?

Begini
Semua yang fikirkan, semua yang disebutkan, semua yang dituliskan, semua yang terlintas dalam hati adalah MAKHLUK. Kalimah (الله) yang kita lihat, kalimah (الله) yang kita sentuh, kalimah (الله)  yang kita sebut, kalimah (الله) yang mampu dibayang bayangkan itupun adalah MAKHLUK. Sebutan kalimah (الله) itupun adalah MAKHLUK.

Oleh kerana itu, apa yang dikehendaki ketika seseorang mukallaf menyebut kalimah Allah @ untuk membezakan iktikad orang yang beriman dengan iktikad orang kafir seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu ketika menyebut nama Allah ialah *MAKSUD @ MAKNA BAGI KALIMAH (الله) itu.* Maksud KALIMAH (الله) itulah yang TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEKALIAN MAKHLUK yakni maksud itulah yg (ليس كمثله شيئ) @ "laisakamitslihisyaiun".

 Bukannya lafaz kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ ). Bukannya tulisan kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ ).

Akan tetapi MAKNA @ MAKSUD bagi lafaz kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ ).  MAKNA @ MAKSUD tulisan kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ )

Persoalan terakhir ialah
Apakah takrif atau maksud 7 perkataan berikut iaitu sifat, zat, diri, kelakuan dan nama, satu dan esa?

Makna bagi 7 istilah berikut sudah dicerahkan pada pencerahan soalan yang lalu. Sesiapa ingat rujuk semula pencerahan berkenaan iaitu :

Makna "sifat" pada Soalan 5.
Maknanya "zat"  pada Soalan 11 & 55.
Maknanya "diri" pada  Soalan 55
Maknanya "kelakuan" pada  Soalan 44 & 46
Maknanya "nama" pada  Soalan 67
Makna "satu" pada Soalan 56
Makna "esa" pada Soalan 58, 59, 64, 66-70

Yang ingat ingat lupa tu, eloklah rujuk pencerahan berkenaan atau dengar audionya dalam Channel Telegram.

Apabila disebut sifat, maka maksud bagi perkataan "sifat" itu ialah 20 sifat yang sudah dicerahkan di atas. Jika disebut "sifat manusia pada adat", maka maksud bagi perkataan "sifat" itu ialah 20 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) harus ada
2) ada permulaan
3) berubah
sehinggalah
20) kelakuan pekata dapat berkata.

Jika disebut sifat Allah, maka maksud bagi perkataan "sifat" itu ialah 20 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Wujud
2) Qidam
3) Baqo
sehinggalah
20) Mutakallimun

Jika disebut zat manusia @ diri manusia pada adat, maka maksud bagi perkataan "zat @ diri" itu ialah 7 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Qudrat @ Pekuasa dengan alat iaitu tulang urat darah daging otak benak.

sehinggalah yang ke :

7) Kalam @ Pekata dengan alat iaitu lidah huruf suara.

Jika disebut zat Allah @ diri Allah pada akal, maka maksud bagi perkataan "zat @ diri" itu ialah 7 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Qudrat @ Pekuasa yang bukan dengan alat, bukan dgn tulang urat darah daging otak benak.

sehinggalah yang ke :

7) Kalam @ Pekata yg bukan dengan alat, bukan dengan lidah huruf suara.

Jika disebut kelakuan Allah pada akal, maka maksud bagi perkataan "kelakuan" itu ialah 7 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Qodirun
2) Muridun

sehinggalah yang ke :

7) Mutakallimun

Tapi ingat ya, dibilang bilangkan sifat bagi Allah itu 1 - 6 @ 7 - 13 @ 14 - 20 @ 1 - 20 BUKAN KERANA SIFAT ITU BERBILANG2.
BUKAN KERANA MAKSUD SIFAT ITU LAIN DARI ZAT.
BUKAN KERANA MAKSUD KELAKUAN ITU LAIN DARI ZAT.
BUKAN KERANA MAKSUD NAMA ITU LAIN DARI ZAT melainkan semuanya itu hanya sekadar untuk menghampirkan faham kita kepada MAKSUD DAN MAKNA ALLAH ESA.

Semuanya itu adalah untuk menghampirkan faham kita kepada :

1) maksud dan makna ESA sifat dgn zat @ diri yakni jika TIADA DIRI maka tiadalah sifat diri.

Semuanya itu adalah untuk menghampirkan faham kita kepada :
2) maksud dan makna ESA kelakuan dengan zat @ diri yakni jika TIADA DIRI maka tiadalah kelakuan diri.

Semuanya itu adalah untuk menghampirkan faham kita kepada :
3) maksud dan makna ESA nama dengan zat @ diri yakni jika TIADA DIRI maka tiadalah nama diri.

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(Mafhum An-Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

*Semua 107 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
Youtube (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

Rabu, 2 November 2016

Bab 9 Soalan 106 1) Semua perbuatan jahat dan keji manusia seperti merogol.......dan perbuatan orang Yahudi membunuh umat Islam Palestin itu adalah bukti.. *SIFAT KEBESARAN & KESEMPURNAAN ALLAH*. Adakah dakwaan itu benar pada hakikat..? Jika *TIDAK BENAR*, bagaimana pula yang benar?


PENCERAHAN
SOALAN 106


Group laisakamitslihisyaiun

Atas permintaan ahli dari group2, soalan ini adalah lanjutan dari Soalan 105.
Sila dengar audio Soalan 105 yg dibawa kepada👇🏾
 Soalan 106

Dalam audio soalan 106 itu, guru tersebut berkata : pada hakikat @ *MENURUT HAKIKAT*....

1) Semua perbuatan jahat dan keji manusia seperti merogol.......dan perbuatan orang Yahudi membunuh umat Islam Palestin itu adalah bukti..
*SIFAT KEBESARAN & KESEMPURNAAN ALLAH*.

Adakah dakwaan itu benar pada hakikat..? Jika *TIDAK BENAR*, bagaimana pula yang benar?

2) Menurut hakikat @ pada hakikat, bagaimanakah *adab* seorang hamba kepada Khaliqnya..?

*Sila dengar audio S106*

3) Semua manusia samada Islam atau kafir adalah *Boneka ALLAH*.
Adakah dakwaan itu benar pada hakikat..? Jika *TIDAK BENAR*, bagaimana pula cara yang benar?

☀☀☀☀☀
*PENCERAHAN*

Setiap kita wajib mengetahui bahawa semua perbuatan kita samada percakapan, tingkahlaku atau iktikad akan ditanyai pada hari kiamat, samada benar atau tidak pada syarak. Buktinya dari al Quran ialah (Al-Isra' : 36)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Isra' : 36)

Ayat itu menjadi bukti bahawa ilmu hakikat yang BENAR itupun TIDAK BERCANGGAH dgn al Quran. Sekiranya bercanggah, ianya bukan ilmu hakikat, itu adalah ilmu iblis, itu adalah  perkataan IBLIS dan SYAITAN. buktinya dari al Quran ialah (Al Baqaroh : 169)

إِنَّمَا يَأۡمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلۡفَحۡشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Ia (yakni iblis dan syaitan)  hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
(Al Baqaroh : 169)

Dikira BENAR PADA SYARAK jika perbuatan itu tidak bercanggah dengan al Quran @ hadith. Itu adalah anugerah daripada Allah. Sebaliknya dikira TIDAK BENAR PADA SYARAK jika BERCANGGAH dgn al Quran @ hadith. Itu adalah akibat kesilapan diri sendiri. Dalilnya ialah

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ‌  ۖ  وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفۡسِكَ  ۚ  وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً  ۚ  وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدًا

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah (anugerah) dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

(An-Nisa': 79)

Persoalan sekarang, untuk mengetahui benar atau tidak perkataan didalam audio S105 itu, mesti ada bukti dari al Quran @ hadith. Bukti itu pula TIDAK boleh bercanggah dgn ayat al Quran yang lain walau 1 ayat. Apa bukti yg mereka tunjukkan?

Bukti yg mereka tunjukkan ialah
  ۚ  قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌   ۖ  

.....Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya  (yang baik dan buruk) adalah dari Allah".....
(An-Nisa' : 78)

Timbul persoalan, apakah makna sebenar perkataan *"daripada Allah"* @ (من عند الله) ? Setelah kita tahu maknanya, barulah mudah kita fahami maksud sebenar ayat berkenaan. Jadi apa maknanya yg diberikan oleh al Quran? Makna ayat itu dari al Quran ada pada ayat (As-Soffat : 96).

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ

Padahal Allah YANG MENJADIKAN kamu dan semua perbuatan kamu.
(As-Soffat : 96)

Yakni makna bagi ayat
*"daripada ALLAH"* @ (من عند الله) ialah *"jadi dengan izin ALLAH @ dijadikan oleh ALLAH"*

Dalam perkataan lain,
maksud ayat   ۚ  قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌   ۖ  
dan وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ
adalah SAMA. *JADI dengan IZIN @ dijadikan oleh ALLAH"*
iaitu menerangkan bahawasanya PADA HAKIKAT (yakni HAKIKAT AKAL dan HAKIKAT SYARAK) semua 3 jenis perbuatan manusia iaitu perbuatan hati spt iktikad, perbuatan lidah @ lisan dan tingkahlaku adalah *JADI dengan IZIN @ DIJADIKAN Oleh ALLAH.*

Dengan izin ALLAH terjadi segala2nya samada perkara baik ataupun jahat. Pada syarak dan pada hakikat,
Allahlah YG Mengizinkan terjadi segala perbuatan yg dipilih dan dikehendaki oleh manusia itu samada, baik buruk, cantik ataupun hodoh.

Mustahil berlainan ALLAH yg menjadikan yang baik dan yang buruk.
Keyakinan berlainan ALLAH menjadikan spt itu, bercanggah dgn makna ALLAH Maha Esa. Bercanggah dgn makna ALLAH Satu.

*Pada syarak*. Manusialah yang melakukan semua perbuatan itu samada baik ataupun jahat.

*Pada hakikat* ALLAH lah yg menjadikannya. *BUKAN ALLAH YG MELAKUKANNYA.*

*Pada hakikat* ALLAH lah yg menjadikan pilihan kita itu. *BUKAN ALLAH YG MELAKUKANNYA.*

Makna *Yang melakukan lain daripada makna yang menjadikan.*
Yang melakukan adalah manusia.
Yang menjadikan adalah ALLAH.
Itulah BUKTI YANG ADA DIDALAM AL QURAN akan maksud ayat
  ۚ
      *قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌*

Itulah jawaban bagi persoalan 1. Tapi jawaban itu masih belum mencukupi sebab TIDAK ADA DALIL AKAL untuk mentahkiqkannya.

Dalil akalnya spt ini, kita ambil contoh diri kita sendiri. Katalah kita adalah seorang RAJA YG SANGAT BERKUASA, BIJAKSANA LAGI ADIL.

Kita memiliki hamba sahaya lelaki dan perempuan yang ramai di istana. Seorang hamba lelaki itu telah didapati membunuh seorang hamba perempuan.
Apabila ditangkap, dan ditanya "kenapa kamu membunuh?". Hamba lelaki itu menjawab "saya hanya seorang hamba, saya tak tahu, tuanku adalah raja pemilik saya. Saya hanya boneka". Kita sebagai raja, apa perasaan kita? Kita sudah tentu MURKA. Seandainya hamba tadi menjawab "perbuatan membunuh saya itu adalah BUKTI KEBESARAN DAN KEADILAN TUANKU". Apa pula perasaan kita? Kita sbg raja, pasti akan TERLEBIH MURKA dan akan menjatuhkan hukuman BUNUH @ hukuman MATI kerana hamba itu sebenarnya sudah MENGHINA RAJA. Mustahil perbuatan jahat dan keji seperti membunuh itu disabitkan kpd raja. Terlebih mustahil menjadi BUKTI KEBESARAN RAJA. TERLEBIH2 MUSTAHIL perbuatan jahat dan keji seperti membunuh itu BUKTI KEBESARAN ALLAH.

Itulah gambaran jawaban bg soalan 1. Sesiapa yg berkata "perbuatan merogol atau membunuh itu sbg BUKTI KEBESARAN DAN KEADILAN ALLAH" sesunguhnya dia TELAH MENGHINA ALLAH dan TELAH BINASALAH akidahnya. Nauzubillahi min dzalik.

💫
Jadi, jika ayat itu tidak benar pada hakikat, macam mana ayat yang benar pada hakikat?

Ayat yang benar pada hakikat ialah 👇🏾
"Semua perbuatan jahat dan keji manusia seperti merogol..... dan perbuatan orang Yahudi membunuh umat Islam Palestin itu DIJADIKAN OLEH ALLAH".. Orang yg melakukan pembunuhan itu pula JELAS bertentangan dengan Firman ALLAH dan menjadi bukti manusia  MEMILIH MURKA ALLAH dgn melakukan KEROSAKAN dimuka bumi. Buktinya ialah (Al Araf: 56)

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan *janganlah* kamu berbuat KEROSAKAN di bumi sesudah ALLAH menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat ALLAH itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al Araf: 56)

Oleh sebab itu perkataan "perbuatan jahat dan keji seperti membunuh itu adalah *BUKTI SIFAT KEBESARAN & KESEMPURNAAN ALLAH*  adalah BIDA'AH PADA AKAL DAN BIDA'AH PD SYARAK yakni *SALAH pada hakikat*.

Perkataan yang BENAR pada hakikat ialah segala perbuatan buruk @ jahat yang terjadi itu samada kita suka atau tidak adalah *BUKTI ALLAH ITU ESA @ BUKTI ALLAH SATU*.

Itulah pencerahan bg soalan 1.

🍀
Apa pula jawaban bagi persoalan ke-2 iaitu bagaimana adab yg sebenar kepada al-Kholiq ?

Adab yang ALLAH perintahkan ialah

1⃣ *"JANGAN BERKATA SESUATU YG TIADA BG KITA PENGETAHUAN"*. Yakni JANGAN ikut @ JANGAN bercakap sesuatu yg BERCANGGAH dgn al Quran @ Hadith. Buktinya ialah (Al-Isra': 36)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Isra': 36)

2⃣ *BERKATALAH YG BAIK2 SAHAJA TENTANG ALLAH*. Buktinya ialah

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam.
(Al-Fatihah : 2)

Perkataan yg jahat2 atau yg buruk2 itu *sudah ditentukan oleh Allah untuk dilakukan oleh manusia* adalah TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH dan MEMBATALKAN makna ayat
  ( ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ )

Lanjutan dari itu dari dalil Adat..
Apabila manusia bina bangunan 12 tingkat hingga berjaya..
Maka itu satu perbuatan (atau kelakuan) manusia yang diizinkan jadi oleh ALLAH untuk berjaya menurut adat.

Apabila manusia mengebom bangunan, perbuatan (atau kelakuan) mengebom manusia itu, JADI dengan izin ALLAH
sehingga musnah..
Maka itu satu perbuatan (atau kelakuan) manusia yang diizinkan jadi oleh ALLAH untuk musnah menurut adat.

Merosak dan mengebom dilakukan oleh manusia hingga musnah adalah dengan izin ALLAH untuk Terjadi.

Apabila Adab dan Adat berkata-kata tidak dijaga diperingkat awal, maka dikhuatiri adab yang lebih teruk boleh dilakukan oleh orang awam dan anak2 yang tidak faham..akan terus berleluasa.
Nauzubillahi min dzalik.

Itulah pencerahan soalan kedua.

Persoalan terakhir ialah, benarkah manusia ini BONEKA bagi Allah?

Pencerahannya begini.

Boneka sama sekali tidak ada usaha dan ikhtiar. Boneka tidak ada akal. Akal itulah yg membezakan manusia dgn makhluk yg lain. Allah telah menyuruh manusia BERFIKIR untuk mengenaliNYA dan semua perintahNYA, menggunakan akal tidak kurang 49x didalam al Quran. Kerana dianugerahkan akal itulah maka manusia dapat memilih SYURGA ALLAH @ REDHO ALLAH dan menjauhi NERAKA ALLAH @ MURKA ALLAH. Fahaman yg mendakwa manusia ini boneka sebenarnya menolak *usaha dan ikhtiar* dan perbuatan (atau kelakuan) manusia yang diizinkan jadi oleh ALLAH.

Buktinya ialah (Al Araf: 56)

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu berbuat KEROSAKAN di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al Araf: 56)

Orang yg mendakwa manusia itu boneka sesungguhnya TANPA SEDAR telah menyerupakan ALLAH dgn dalang wayang kulit. Bukan sekadar menyerupakan ALLAH tetapi TANPA SEDAR SUDAH MENAFIKAN ayat2 al Quran.
Nauzubillahi min dzalik.

Semua yg baik2 itu adalah anugerah Allah dan yg salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)

Maaf zahir & batin
Wallahua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 105 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●
📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1

Bab 9 Soalan 105 1) Apakah makna dajjal pada syarak? 2) Apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal?? 3) Apakah perbezaan dan persamaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab?

Group
Laisakamitslihisyaiun


Soalan 105

1) Apakah makna dajjal pada syarak?

2) Apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal??

3) Apakah perbezaan dan persamaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab?

☀☀☀☀
PENCERAHAN


Sebelum kita membincangkan makna dajjal, sbg pembuka kata, elok kiranya diketahui  bahawa, kita semua sudah ditakdirkan oleh Allah, hidup dizaman yang penuh dengan fitnah. 24 jam fitnah. Fitnah didalam rumah fitnah diluar rumah. Fitnah di dalam masjid, fitnah diluar masjid. Fitnah yang membinasakan akidah. Umat Islam walau tinggal dihujung dunia sekalipun, sangat mudah dimurtadkan, tanpa sedar sudah murtad dialam maya, murtad dalam sekelip mata akibat KETANDUSAN ASAS-ASAS ILMU YG MEMBINASAKAN AKIDAH. Impak ilmu2 yg membinasakan akidah itu menyerupai impak kedatangan dajjal. Ilmu2 yg membinasakan akidah itu datang dari golongan yang menyerupai dajjal.

Sebelum kita bincangkan makna dajjal, kita sebutkan dahulu perkataan yang serupa maknanya melalui lidah rumpun Melayu di Nusantara. Dajjal biasa disebut sebagai "dajal" @ "dojal" dan lain2 sebutan yg membawa maksud yg sama iaitu "dajjal".

Untuk memahami makna dajjal pada syarak, elok terlebih dahulu kita memahami makna dajjal pada adat.

Makna "dajjal" pada adat ialah *TERLAMPAU JAHAT* @ *TERAMAT2 JAHAT*. Dajjal pada adat ini dirujuk kepada orang yang hidupnya sentiasa mendatangkan mudharat kepada orang ramai seperti menipu, membunuh dan sebagainya. Dalam erti kata lain, dajjal pd adat ini memiliki KELEBIHAN seperti kekayaan, pengaruh dan pangkat. Dia mampu mempengaruhi orang lain supaya berpihak kepadanya dan mampu menutup kejahatannya walaupun tindakannya itu SANGAT JELAS MENIMBULKAN KEROSAKAN KEPADA MASYARAKAT, RAKYAT @ NEGARA PADA ADAT.

Contoh dajjal pada adat ialah kerajaan Amerika dan Hafiz Al Assad Pemimpin Syiria. Hafiz Al Assad  hanya menimbulkan KEROSAKAN pd adat dgn menghancurkan bangunan2 serta membunuh beratus ribu rakyatnya tanpa belas kasihan. Kerajaan Amerika pula melakukan sekehendaknya tanpa ada yg berani menghalang. Itulah dua contoh dajjal pada adat.

Pada akal dan pada syarak, "dajjal" ialah makhluk yg dijadikan oleh Allah.

Diambil dari makna "dajjal" pada adat, maka makna "dajjal" pada syarak ialah *"makhluk BERMATA SATU yang TERLAMPAU JAHAT yang akan muncul menjelang kiamat"*. Jahat disini adalah jahat pada syarak, bukan jahat pada adat. Dalam perkataan lain, dari sudut syarak, dajjal yg akan muncul pada akhir zaman ini SANGAT JELAS MENIMBULKAN KEROSAKAN PADA SYARAK.

Buktinya pada syarak ialah hadith nabi berikut

Dari Anas, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا بُعِثَ نَبِىٌّ إِلاَّ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ ، وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ

“Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah lagi pendusta. Ketahuilah bahwasanya dajjal itu buta sebelah, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah. Tertulis di antara kedua matanya “KAAFIR”.”
(HR. Bukhari no. 7131)

Dajjal pada syarak ini sangat merosakkan AKIDAH manusia. Dalam masa yang SANGAT SINGKAT, HAMPIR SEMUA MANUSIA dimuka bumi ini akan menjadi KAFIR @ MURTAD iaitu orang yg tidak mengenal Allah, orang yang gila hiburan terutama perempuan seperti penyanyi dan orang yang berserah kepada takdir semata2 tanpa berusaha memahami suruh dan tegah Allah.

Contoh kerosakan secara lebih terperinci yang ditimbulkan oleh dajjal pada syarak ialah

1) manusia yg mengaku Islam tetapi ILMU AKIDAHNYA LEMAH akan terpengaruh sehingga murtad. Hampir keseluruhan umat Islam dimuka bumi akan murtad kecuali sedikit iaitu orang yang mengenal Allah dan amalannya hanya berkisar pada perkara yang fardu atau sunat sahaja.

2)  manusia yg bukan Islam keseluruhannya akan percaya, akan terpengaruh menjadi pengikutnya atau menjadi tentera dajjal.

3) memiliki suatu kekuasaan yang sangat luar biasa iaitu SIHIR sehingga boleh menyebabkan orang ramai BERIMAN KEPADA DAJJAL. Apa sahaja permintaan orang boleh ditunaikan termasuk "menghentikan pergerakan matahari", "menghidupkan" orang mati dan lain2. Yang tidak boleh ditunaikan hanya satu iaitu menyembuhkan matanya yang BUTA SEBELAH.

Apa dalilnya tentang dajjal?

Dalilnya adalah dari hadith berikut :

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya lebih besar dari Dajjal.”
(HR. Muslim no. 2946)

Persoalan seterusnya ialah, apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal?

Makhluk yang kejahatannya menyerupai kejahatan dajjal yang sebenar ialah

1⃣ ulamak suk @ ulamak jahat dan
2⃣ jahil murakkab.

Sheikh Abdul Kosim al Mandili
(للشيخ عبد القاسم المنديلي)
 dalam kitab beliau bernama
 ضد الباطل و حجة البالغ
menyebut,  ulamak suk ini sebagai Dajjal Buta Sebelah.  Bukan Dajjal Buta Mata Sebelah tetapi Dajjal Buta Sebelah.

Mereka itu disebut sebagai ulamak kerana faham al Quran dan hadith.

Mereka itu disebut BUTA SEBELAH kerana mendiamkan maksiat dihadapan mata.

Mereka itu disebut sebagai dajjal kerana perbuatan mereka TIDAK BERAMAL dgn ilmu yg dianugerahkan Allah itu sangatlah dimurkai Allah. Dalilnya adalah hadith ke-2 dibawah ini.

Bukti wujudnya ulamak suk sangat banyak. Cukuplah kita lihat 2 hadith nabi sbg buktinya seperti berikut :

Hadith yang pertama :

: عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان

Maksudnya, daripada Anas
 r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.”
(Riwayat ibnu Hibban)

Hadith yang kedua :

وعن أَبي زيدٍ أُسامة بْنِ حَارثَةَ ، رضي اللَّه عنهما ، قال : سَمِعْتُ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : « يُؤْتَـى بالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيامةِ فَيُلْقَى في النَّار ، فَتَنْدلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ ، فيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الحِمَارُ في الرَّحا ، فَيجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّار فَيَقُولُونَ : يَا فُلانُ مَالَكَ ؟ أَلَمْ تَكُن تَأْمُرُ بالمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ المُنْكَرِ ؟ فَيَقُولُ : بَلَى ، كُنْتُ آمُرُ بالمَعْرُوفِ وَلاَ آتِيه ، وَأَنْهَى عَنِ المُنْكَرِ وَآَتِيهِ » متفق عليه .

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah radhi-allahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya – usus-ususnya, terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keledai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: “Mengapa engkau ini hai Fulan? Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?” Orang tersebut menjawab: “Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran, tetapi saya sendiri mengerjakannya.”
(Bukhori No. 3027 , Muslim No. 7674, Musnad Ahmad No. 20801, Riyadhus Shalihin No. 198 Bab 24)

Itu bukti bg wujudnya ulamak suk. Manusia yang sangat ditakuti oleh Nabi selepas dajjal kerana sukar dikenali, pandai menutup kejahatan mereka.

Apa pula bukti wujudnya jahil murakkab?

Bukti wujudnya jahil murakkab dan golongan itu sangat merbahaya ialah

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Isra' : 36)

Mungkin ada yang ingin bertanya. Apa kaitannya ayat itu dengan jahil murakkab?

Pencerahannya begini.
Ayat itu menyatakan Allah MELARANG KERAS hamba-NYA mempersia2kan AKAL. Ayat itu menyatakan Allah MELARANG KERAS hamba-NYA mempersia2kan 5 PANCAINDERA. Ayat itu sebenarnya adalah PERINTAH YANG SANGAT KUAT menyuruh BERFIKIR menggunakan AKAL dan memikirkan semua yang dicapai oleh pancaindera sekurang2nya HAD FARDU AIN.

Ayat itu menjadi bukti bahawa MENGIKUT sesuatu yg tidak ada bg kita pengetahuan itu adalah DILARANG KERAS oleh Allah. Jika "mengikut yg tidak diketahuipun" Allah TEGAH, apatah lagi MEMPERKATAKAN sesuatu tentang Allah @ tentang hukum Allah yg tidak diketahui, ianya TERLEBIH DITEGAH ALLAH. Sesungguhnya memperkatakan sesuatu TANPA ILMU tentang Allah atau hukum Allah TANPA SEDAR, PADA HAKIKATNYA SUDAH MENGAKU DIRINYA ALLAH. Sebab itu BINASA AKIDAH.

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah, perbuatan "mengikut sesuatu yg tidak diketahui" hanya merosakkan diri sendiri. Hanya seorang yang rosak binasa. Tetapi perbuatan "memperkatakan sesuatu yg tidak diketahui" boleh merosakkan orang awam yang mendengar, boleh merosakkan AKIDAH orang ramai terutama pada zaman ulama jahat mendiamkan diri. Seseorang yang sedar dirinya "tidak mengetahui @ tidak ada baginya pengetahuan, maka dinamakan ia sebagai orang jahil". Manakala, seseorang yang tidak sedar dirinya jahil, tetapi merasa dirinya berilmu sehingga berani mengeluarkan perkataan yg bercanggah dengan syarak,  maka dinamakanlah ia sebagai JAHIL MURAKKAB iaitu JAHIL BERGANDA @ 2X JAHIL. Istilah orang kampung adalah BODOL LAGI TOLOL.
Jahil yg pertama : tidak memiliki ilmu pengetahuan.
Jahil yg kedua : dia tidak sedar bahawa dirinya tidak memiliki ilmu pengetahuan. Sebab itulah memperkatakan sesuatu yg tidak ada bg kita pengetahuan tentang Allah atau hukumNYA adalah ciri2 JAHIL MURAKKAB yg wajib kita jauhi. SANGAT MERBAHAYA SANGAT MEMBINASAKAN AKIDAH.

Kenapa pula ulamak suk @ ulamak jahat dan orang yang jahil murakkab itu sangat merbahaya?

Begini..
Ulama jahat itu merbahaya kerana :

dia tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya. Dia tahu, mendiamkan diri melihat maksiat berluasa dikalangan orang awam itu BERDOSA BESAR, tetapi dia mendiamkan diri. Dia tahu, mendiamkan diri melihat penguasa sesukahati membazikan atau memakan harta rakyat itu BERDOSA BESAR, tetapi dia mendiamkan diri. Pendek kata, ulamak suk ini mendiamkan diri kerana ada kepentingan. Mereka kuatir nikmat dunia yang mereka dapat itu "hilang" daripada mereka. Mereka memilih redho manusia dari memilih redho Allah. Sebab itulah mereka mendiamkan diri kecuali pada perkara2 yang menyebabkan mereka rugi didunia. Jika mereka rugi didunia, barulah mereka akan bersuara.

Itulah sedikit tanda ulama suk @ ulama jahat.

Orang awam yang jahil pula akan menganggap ulamak suk ini sebagai contoh dan tauladan kerana mereka berilmu dan ada kedudukan dalam masyarakat. Orang awam seperti itulah yang akan terpengaruh dan disesatkan oleh ulamak jahat tanpa sedar.

Bagaimana pula dengan orang yang jahil murakkab? Apa bahaya yang mereka timbulkan? Apa tanda jahil murakkab ini?

Ciri2 jahil murakkab yang wajib kita tahu supaya akidah kita selamat ialah....

1) Mereka tidak faham ILMU ALAT yang sangat asas menurut ASWJ untuk memahami ayat2 Allah iaitu memahami perbezaan 3 hukum yakni hukum adat, hukum akal dan hukum syarak tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

2) Mereka tidak faham perbezaan makna diri, makna zat, makna sifat, makna kelakuan, makna esa, makna mengesakan, makna satu, makna banyak, makna benar, makna tidak benar, makna islam dan makna kafir menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

3) Mereka berpegang kpd makna ZAHIR ayat2 mutasyabihat sedangkan mereka tidak faham maksud sebenar dan perbezaan ayat mutasyabihat dgn ayat muhkamat, tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

4) Mereka berani menyanggah perintah Allah spt pd firmanNYA

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ  ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ ......ۡ

Ketahui olehmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
(Muhammad : 19)

Melalui ayat itu, Allah perintahkan manusia supaya menggunakan AKAL untuk mengenal Allah,
tetapi si jahil murakkab berani berkata TIDAK PAYAH MENGGUNAKAN AKAL @ TIDAK PERLU BERFIKIR untuk mengenal Allah.

Cuba kita sama2 fikirkan,  bahawa perintah berfikir menggunakan AKAL telah disebut oleh Allah berulang2 sebanyak tidak kurang 49x didalam al Quran.

Cuba kita sama2 fikirkan,  bahawa Allah juga telah menyebut NUR (نور)  berulang2 sebanyak tidak kurang 49x didalam al Quran. Itulah BUKTI YG SANGAT KUAT bahawa untuk mendapatkan anugerah NUR daripada Allah, kita WAJIB MENGGUNAKAN AKAL.

Bayangkan pula,  jika anak kita enggan mendengar perintah sebanyak 49x,  sudah tentu kita MARAH yang teramat2. Kita bukan suruh 3x, kita bukan suruh 13x tetapi kita suruh 49x.  Itulah gambaran @ dalil akal menunjukkan BETAPA MURKANYA ALLAH kpd si jahil murakkab yg berani menyanggah perintah Allah dan mengajar manusia supaya "JANGAN MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENGENAL ALLAH".

Salah satu daripada 49 ayat itu ialah

وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ كَثِيرًا‌   ۖ   أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu, maka apakah kamu tidak mahu berfikir?
(Yasin : 62)

5) Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti membunuh, menipu,  menyiksa, melakukan perbuatan SYIRIK dan sebagainya adalah atas KEHENDAK Allah semata2.
Mereka menafikan ikhtiar dan usaha. Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti itu sudah terjadi di luh mahfuz. Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti itu hanya MENGULANG SKRIP yang tertulis di luh mahfuz.

6) Mereka mendakwa kesudahan semua manusia samada di syurga atau neraka SUDAH DITETAPKAN oleh Allah. Semua perbuatan manusia samada baik @ jahat adalah kehendak Allah semata2. Perkataan dan akidah sesat mereka disulam penuh keindahan dgn perkataan *"manusia  disuruh berserah kepada Allah."*

Apa buktinya perkataan mereka seperti itu?

Buktinya ada seperti audio yg disertakan.

Dengar sahaja ya, *JANGAN IKUT kerana ilmu yg disampaikan itu BERCANGGAH DENGAN AL QURAN dan MEMBINASAKAN AKIDAH.*

7) Mereka mendakwa Iblis INGKAR kpd perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai BENAR PADA HAKIKAT. Mereka mendakwa Iblis itu ingkar atas kehendak Allah semata2.

8) Mendakwa roh manusia dijadikan dari juzuk diri Allah yang TIDAK akan binasa selama2nya.

dan banyak lagi ciri2 orang yang tergolong sebagai jahil murakkab, tidak terhingga banyaknya.

Sesungguhnya akidah si jahil murakkab itu SUDAH BINASA dan sukar dipulihkan kerana TIDAK SEDAR dirinya jahil dan kerana ada pengikutnya yang tersendiri.

Persoalan terakhir ialah, apakah persamaan dan perbezaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab ?

Persamaan mereka ialah, *PADA SYARAK DAN PADA HAKIKAT SYARAK* ketiga2nya telah melakukan perbuatan SYIRIK atau disebut juga sebagai orang MUSYRIK dan ketiga2nya adalah orang KAFIR MUKTAMAD yang akan diazab didalam neraka, kekal selama2nya. 3 golongan itu akan kekal mendapat AZAB di neraka paling bawah.

Perbezaan antara 3 golongan ini hanya, cara mereka TERKELUAR DARI ISLAM. *PADA ZAHIR SYARAK,* cara si murtad, cara si munafik, cara si jahil murakkab JATUH KAFIR adalah berbeza dan sudah dicerahkan mulai Soalan 85 - 104. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah dengar dan semak semula audionya.

Sebagai rumusan, kita semua yang sudah ditakdirkan oleh Allah, hidup dizaman yang penuh dengan fitnah dajjal ini, marilah kita bersama2 berusaha membaiki ilmu dan amal, terutama ilmu AKIDAH agar kita jauh dari bahaya JATUH KAFIR TANPA SEDAR. Kita sama2 ulangkaji perbezaan 3 hukum. Kita JANGAN BERHENTI MEMPELAJARI ILMU2 AKIDAH. Kita jadikan MATI itu sebagai penutup kpd usaha kita mencari ilmu yang diredhoi Allah. Kita sama2 ingat mengingatkan.  Semoga kita semua dipelihara Allah dari menjadi munafik, murtad atau jahil murakkab. Amin. ....

Sebarang kesilapan yg dikesan pd pencerahan ini, tolong perbetulkan dan maklumkan SEGERA kpd barisan admin @ pd no (+60132329897 Lukman Hakim @ Cikgu Halim). Hanya Allah yg mampu membalas.

Semoga akidah kita selamat sehingga mati.

---------------------------------------------

Semua yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu adalah kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa ' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Semua *105 pencerahan dan audionya* boleh diperolehi secara percuma @ gratis di👇🏾

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@youtube, sila taip
*laisakamitslihisyaiun j1*