(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 21 Ogos 2016

Bab 9 Soalan 96 Kita sudah membincangkan makna mengetahui & makna tidak memiliki ilmu menurut 3 hukum pada Soalan 92. Sekarang, 1)Apakah makna JAHIL menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? Apakah perbezaan makna jahil dengan makna *tidak berpengetahuan? 2.Siapakah contoh yang tergolong sebagai orang jahil? 3) Apakah bahayanya jika seseorang itu JAHIL pada syarak? PENCERAHAN Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا “Dan *janganlah* kamu mengikuti apa yang kamu *tidak mempunyai pengetahuan* tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”. (Al Isro’ : 16) Ayat al Quran itu adalah bukti yang JELAS menunjukkan Allah MENEGAH kita semua 3 perkara dan MENYURUH 3 perkara. 3 perkara yang DITEGAH oleh Allah ialah 1) JANGAN bercakap sesuatu yang tidak diketahui. 2) JANGAN lakukan sesuatu yang tidak diketahui. 3) JANGAN iktikadkan sesuatu yang tidak diketahui. 3 perkara yang DISURUH oleh Allah* ialah 1) UCAPKANLAH sesuatu yang ada bagi kita pengetahuan. 2) LAKUKANLAH sesuatu yang ada bagi kita pengetahuan. 3) IKTIKADKANLAH sesuatu yang ada bagi kita pengetahuan. Persoalan sekarang ialah, apakah makna jahil menurut 3 hukum?

Bab 9

Soalan 96


Kita sudah membincangkan makna mengetahui & makna tidak memiliki ilmu menurut 3 hukum pada Soalan 92.

Sekarang,

1)Apakah makna JAHIL menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? Apakah perbezaan makna jahil dengan makna *tidak berpengetahuan?

2.Siapakah contoh yang tergolong sebagai orang jahil?

3) Apakah bahayanya jika seseorang itu JAHIL pada syarak?



PENCERAHAN


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“Dan *janganlah* kamu mengikuti apa yang kamu *tidak mempunyai pengetahuan* tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”.
(Al Isro’ : 16)

Ayat al Quran itu adalah bukti yang JELAS menunjukkan Allah MENEGAH kita semua 3 perkara dan MENYURUH 3 perkara.

3 perkara yang DITEGAH oleh Allah ialah

1) JANGAN bercakap sesuatu yang tidak diketahui.
2) JANGAN lakukan sesuatu yang tidak diketahui.
3) JANGAN iktikadkan sesuatu yang tidak diketahui.

3 perkara yang DISURUH oleh Allah* ialah

1) UCAPKANLAH sesuatu yang ada bagi kita pengetahuan.
2) LAKUKANLAH sesuatu yang ada bagi kita pengetahuan.
3) IKTIKADKANLAH sesuatu yang ada bagi kita pengetahuan.

Persoalan sekarang ialah, apakah makna jahil menurut 3 hukum?

Agar lebih mudah faham,  kita lihat dahulu makna berilmu @ berpengetahuan pada syarak seperti yang dicerahkan pd soalan 92.

Makna berpengetahuan @ mengetahui pada syarak adalah 2 perkara iaitu

1) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh ayat Al Quran @ hadith.

Dalilnya daripada al Quran ialah

نَحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ أَحۡسَنَ ٱلۡقَصَصِ بِمَآ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ وَإِن ڪُنتَ مِن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

(Yusof : 3)

Itulah BUKTI makna berpengetahuan itu *TAHU & FAHAM HATI.*

Diambil dari itu,  maka makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada syarak adalah 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad TIDAK dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith

2) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith tetapi tidak difahami oleh hati @ bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

buktinya dari al Quran ialah

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

telah dinyatakan pada awal pencerahan soalan ini.

Sekarang, apakah perbezaan maksud antara tidak berpengetahuan dengan jahil?

Makna jahil dengan tidak berpengetahuan memang berbeza. JAHIL berasal dari bahasa Arab yang terjemahnya dalam bahasa Melayu yang paling hampir adalah BODOH @ TOLOL. Jahil @ bodoh adalah akibat dari "tidak memiliki pengetahuan". Kita ulang semula, jahil @ bodoh adalah akibat dari tidak memiliki pengetahuan.

Oleh sebab itu, makna tidak memiliki pengetahuan adalah berbeza dari makna jahil. Orang yang tidak memiliki pengetahuan tidak semestinya jahil. Tetapi orang yang jahil pasti tidak memiliki pengetahuan.

Apa contohnya?
Contohnya pertama ialah seorang baby.

Seorang baby tidak ada pengetahuan tentang ilmu matematik. Baby tidak tahu bahawa 1+1 =2. Baby tidak ada pengetahuan itu bukan bermakna baby itu jahil. Cuma mereka tidak tahu @ tidak berilmu. Kenapa tidak berilmu?
Sebabnya ialah salah satu dari 3 yang berikut :

1)akal baby itu belum cukup matang @ belum sesuai untuk berfikir tentang ilmu matematik.

2) baby itu belum belajar.

3) baby itu dah belajar tapi tidak faham.

Antara 3 sebab itu, mana yang betul? Yang betul pastilah yang pertama iaitu
akalnya belum cukup matang. Baby itu bukanlah bodoh. Bukanlah jahil.

Contoh kedua ialah seorang dewasa seperti kita.

Jika soalan yang sama  diberi iaitu
*berapakah jumlah 1+1?*

Jika ada antara kita tidak tahu, 1+1 =2 itu bermakna BODOH @ TOLOL. Perkataan "tidak memiliki pengetahuan" sudah TIDAK SESUAI utk orang seperti kita.

Itulah kaedah untuk memahami makna jahil pada syarak.

Jadi
apakah makna jahil pada syarak?

Makna jahil pada syarak ialah MENGEKALKAN DOSA BESAR sedangkan dirinya kuasa atas 3 perkara iaitu :

1) berterusan tidak mahu berusaha memahami perintah Allah keatasnya sekurang kursngnya fardu ain.

2) berterusan tidak mahu memperbaiki ilmu dan amalnya sekurang kurangnya fardu ain.

3) berterusan tidak mahu memelihara amalnya dari rosak atau binasa sekurang kursngnya fardu ain.

Dalilnya daripada al Quran ialah

ۗ   وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang KEKAL terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan DOSA (BESAR).

(Al-Baqaroh : 276)

Persoalan seterusnya, siapakah contoh golongan yang jahil?

Contohnya sangat mudah dicari. Kita jangan mencari contoh yang jauh. JANGAN kita jadikan orang lain sebagai contoh. Allah tegah mencari kesalahan orang lain. Kita cari contoh yang ada pada diri kita masing masing.

Apa contohnya?

Contohnya begini. Kita cari contoh dalam bentuk persoalan.

1) Adakah kita sudah tahu makna fardu ain?
Jika tidak @ tidak yakin dengan jawaban, itu adalah tanda kita sedang mengekalkan dosa besar.

2) Adakah kita sudah tahu SEMUA yang difardukan (sekurang kurangnya fardu ain) atas kita?
Jika tidak @ tidak yakin dengan jawaban, itu adalah tanda kita sedang mengekalkan dosa besar.

3) Adakah kita sudah tahu makna mengenal Allah @ makrifatullah?
Jika tidak @ tidak yakin dengan jawaban, itu adalah tanda kita sedang mengekalkan dosa besar.

4) Adakah kita sudah khusyuk dalam solat 5 waktu?
Jika tidak @ tidak yakin dengan jawaban, itu adalah tanda kita sedang mengekalkan dosa besar.

5) Adakah kita sudah mempelajari makna ayat syat al Quran ?Jika tidak @ tidak yakin dengan jawaban, itu adalah tanda kita sedang mengekalkan dosa besar.

Jika salah satu ada pada kita, maka kita masih tergolong sebagai orang jahil yang mengekalkan DOSA BESAR.

Persoalan terakhir ialah, apakah akibat jika tergolong sebagsa orang jahil?

Bahaya jahil pada syarak ada 2 iaitu

1) jika mati dalam keadaan beriman yakni MENGENAL ALLAH dan terpelihara dari SYIRIK tetapi mengekalkan dosa besar seperti *lalai* dalam solat maka akan diazab oleh Allah didalam neraka, mungkin beratus tahun dan beribu tahun sehingga habis dosa.

Dalilnya ialah

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

“Maka kecelakaanlah (nerakalah) bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.”
[Al Ma’un: 4 - 5]

2) jika mati dalam keadaan TIDAK beriman yakni TIDAK MENGENAL ALLAH dan sudah pasti SYIRIK maka kekal didalam neraka kerana *mati dalam keadaan kafir musyrik @ kafir muktamat.*

Dalilnya ialah

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّار  ۖ  هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqaroh : 39)

------------------------------------
Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang tidak baik itu kerana saya memperturut hawa nafsu.

An-Nisa' : 79


Maaf zhr dan batin
Wallohua'lam

Pencerahan dan audio Soalan 1 hingga 96 boleh diperolehi secara PERCUMA @ GRATIS di
 www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Channel Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Bab 9 Soalan 95 Lanjutan dari Soalan 22 dan Soalan 29. Apakah A) makna makhluk? B) makna jirim? C) makna jisim? D) makna arodh? E) makna takluk? Berikan contoh masing masing Apakah tujuan mempelajari semua istilah itu?

Bab 9

Soalan 95

Lanjutan dari Soalan 22 dan Soalan 29.

Apakah

A) makna makhluk?
B) makna jirim?
C) makna jisim?
D) makna arodh?
E) makna takluk?

Berikan contoh masing masing

Apakah tujuan mempelajari semua istilah itu?

Jawaban
🌴🌴🌴🌴

Al Quran dalam surah as-Syura ayat 11 ada menyebut

ِۚ  لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ‌  ۖ  وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Tiada sesuatupun yang serupa @ (seumpama) denganNya dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

(As-Syura : 11)

Allah Ta'ala tidak serupa @ seumpama dengan sesuatu. Makna sesuatu yang dimaksudkan ialah "selain Allah". Dalam perkataan lain, selain Allah itu disebut sebagai ALAM. Ada banyak alam. Alam zahir, alam ghaib. Alam manusia. alam jin, alam malaikat, alam barzah, alam tumbuh tumbuhan dan 1001 jenis alam. Semua alam itu atau lebih tepat sekalian alam itu TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN ALLAH.

Sekalian alam itu ada permulaan. Sebab itulah alam itu dinamakan BAHARU yakni ada permulaan. Oleh kerana sekalian alam itu dijadikan oleh Allah, bukan jadi sendiri, maka sekalian alam itu disebut sebagai MAKHLUK.

Pencerahan tentang makna makhluk telah dibuat pada Soalan 3.
(Sesiapa yg ingat ingat lupa tu, elok semak semula pencerahan Soalan 3)

Bukti dari al Quran selain Allah adalah makhluk ialah ayat ke-4 surah  Yunus seperti berikut

إِلَيۡهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعًا‌   ۖ   وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقًّا  ۚ  إِنَّهُ  ۥ يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ  ۥ لِيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ بِٱلۡقِسۡطِ  ۚ  وَٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لَهُمۡ شَرَابٌ مِّنۡ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

(Yunus : 4)

Dalam pengajian ilmu usuluddin, makhluk itu digolongkan kepada 2 iaitu

1) makhluk wujudi dan
2) makhluk bukan wujudi.

Sebenarnya makna makhluk wujudi dan makhluk bukan wujudi itu terpecah lagi kepada 2 ialah

1) wujudi pada adat
2) wujudi pada syarak

1) bukan wujudi pada adat
2) bukan wujudi pada syarak

Istilah lain bagi makhluk bukan wujudi ialah amrun i'tibari.

Makna makhluk wujudi pada adat ialah makhluk yang zat atau dirinya ada sungguh yakni dicapai oleh salah satu pancaindera seperti manusia. Contoh tambahan akan diberikan selepas ini.

Manakala makna makhluk bukan wujudi pada adat ialah makhluk yang ada salah satu dari 2 perkara berikut iaitu

1) zat atau dirinya tidak dicapai oleh pancaindera tetapi ADA dan dapat dibuktikan

Contohnya ialah
MASA & TAHUN 1437 HIJRAH dan gelombang eloktromagnet.

2) zat @ dirinya TIDAK ADA sama sekali, hanya ada dalam fikiran atau sekadar lintasan fikiran.

Contohnya ialah gajah berkepala 1000 atau manusia berkepala kayu.

Contoh makhluk bukan wujudi pada syarak pula ialah tempoh masa perbicaraan dipadang mahsyar yang beribu tahun. Masa itu tidak dapat dicapai oleh pancaindera tetapi memang ada. Buktinya ada didalam hadith.

Semua makhluk yang wujudi & bukan wujudi pada adat dan pada syarak mempunyai RUPA masing masing. Ada rupa bagi makhluk wujudi dan ada rupa bagi makhluk bukan wujudi. Dalam bahasa Arab, RUPA bagi makhluk disebut juga sebagai SIFAT. Ini bermakna pada adat dan pada syarak, semua makhluk iaitu makhluk wujudi dan makhluk bukan wujudi memiliki RUPA @ SIFAT masing masing.

Makna makhluk wujudi pada syarak pula ialah makhluk yang dicapai oleh salah satu dari 5 pancaindera yang tersebut didalam al Quran atau Hadith seperti syurga dan neraka. Syurga dan neraka tidak ada pada adat. Hanya ada pada syarak. 2 contoh bagi setiap makhluk yang berkaitan ialah

Contoh makhluk yang dicapai oleh mata iaitu pancaindera pertama ialah

1) manusia (adat)
2) syurga (syarak)

Contoh makhluk yang dicapai oleh telinga iaitu pancaindera kedua ialah

1) suara binatang (adat)
2) suara malaikat (syarak)

Contoh makhluk yang dicapai oleh lidah iaitu pancaindera ketiga ialah

1) manis gula (adat)
2) air telaga kalkautsar (syarak)

Contoh makhluk yang dicapai oleh kulit iaitu pancaindera ke-4 ialah

1) hembusan angin(adat)
2) api neraka (syarak)

Contoh makhluk yg dicapai oleh hidung iaitu pancaindera ke-5

1) bau minyak wangi (adat)
2) bau syurga (syarak)

Makna makhluk bukan wujudi pada syarak ialah diri @ zat makhluk yang tidak wujud sama sekali, hanya ada dalam fikiran @ hanya digambar gambarkan dalam fikiran @ hanya diada-adakan didalam hati @ sekadar lintasan hati.

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعمَلُوا بِهِ
"Sesungguhnya Allah telah mengampunkan Umatnya bagi apa sahaja yang terlintas fikiran/hati selamana dia tidak bercakap atau melakukannya"
[Hadith Riwayat al-Bukhari #2528, Muslim #127]

Itulah hadith yg menjadi bukti bahawa setiap yg terlintas didalam hati itu adalah MAKHLUK yang akan BINASA.

Apa contohnya?

Contohnya ialah membayang bayangkan Allah berada dihadapan ketika solat 5 waktu. Allah yang dibayang bayangkan itu sebenar benarnya TIDAK PERNAH WUJUD dan TIDAK AKAN WUJUD SELAMA LAMANYA kerana tidak ada perintah Allah membayang bayangkanNYA dalam al Quran @ hadith.

Allah yang dibayang bayangkan itu sebenar benarnya adalah MAKHLUK yang akan binasa.

ALLAH YANG SEBENAR TIDAK MAMPU DIBAYANG2KAN OLEH HATI.

ALLAH YANG SEBENAR TIDAK ADA PERSAMAAN DGN SEBARANG MAKHLUK.

Dalam al Quran Allah itu disebutkan sebagai

ِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡء

Tiada sesuatupun yang serupa denganNya

(As-Syura : 11)

MEMBAYANG2KAN ALLAH ADALAH SYIRIK YG MEMBINASAKAN AKIDAH

Dalilnya dari al Quran ialah

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ   ۗ   إِنَّهُ  ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya (kafir) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim (kafir) itu tidak akan berjaya.

(Al An'am : 21)

Pencerahan tentang makna makhluk wujudi dan bukan wujudi telah dicerahkan sebelum ini.

Justeru perkataan alam, baharu dan makhluk adalah merujuk kepada benda @ perkara yang sama iaitu SELAIN ALLAH.

Dalam pengajian usuluddin, alam itu digolongkan kepada 4 iaitu

1) jirim
2) jisim
3) jauhar
4) arodh

Persoalan sekarang, apakah makna bagi istilah jirim dan jisim dan persamaan istilah jirim dan jisim dari sudut sains?

JIRIM


Apakah Ta’rif Jirim?
(Lihat soalan 22)

Secara ringkas takrif jirim dari sudut ilmu usuluddin ialah:

Sesuatu yang ada zat @ diri

Dari segi bahasa @ lughah, jirim ialah :

jasad @ tubuh badan @ ketul

Dari sudut sains, jirim ialah molikul

Dalam usuluddin dan dalam sains, jirim mengambil ruang @ bertempat. Setengahnya bersusun seperti jirim batu dan kayu. Setengahnya tidak bersusun seperti jirim udara dan jirim air.

Contoh lain makhluk pada adat yang dikatakan jirim ialah :

Manusia
Pokok
Batu
Dan 1001 yg lain

Contoh jirim dari sudut sains dan juga jirim pada adat ialah AIR

dari sudut sains, air adalah gabungan 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen. Simbol kimianya ialah H2O

dari sudut ilmu usuluddin, sebutannya ialah gabungan 2 jauhar firid hidrogen dan 1 jauhar firid oksigen.

Contoh lain makhluk pada syarak yang dikatakan jirim ialah :

1) Malaikat
2) Bidadari
3) Arash
4) Syaitan

dan 1001 yang lain

Bukti syaitan itu makhluk pada syarak ialah

وَحَفِظۡنَـٰهَا مِن كُلِّ شَيۡطَـٰنٍ رَّجِيمٍ

Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

(Al-Hijr : 13)

JISIM


Ta'rif Jisim

Semua JISIM adalah JIRIM tapi BUKAN SEMUA JIRIM itu JISIM

Jisim
Ialah jirim yang BERKETUL @ BERJASAD

Contohnya ialah

Manusia
Pokok
Haiwan
Matahari
Kerusi
Cawan
Sudu

Dan 1001 yang lain

Dari sudut sains, jisim ialah gabungan jirim yang mengambil ruang @ memenuhi ruang yang memiliki BERAT.  Maksud jisim dari sudut ilmu usuluddin adalah sama dengan jisim dari sudut sains iaitu jirim yang BERKETUL @ BERJASAD.

A'RODH


Takrif A'rodh

Ialah RUPA @ SIFAT sesuatu benda yang dicapai oleh sekurang kurangnya salah satu PANCAINDERA

Contohnya ialah

1) Yang dilihat dengan MATA

Seperti

Bentuk sesuatu seperti segi empat, bulat dan lain lain.
Ukuran Berat sesuatu benda
Ukuran Jarak sesuatu
Warna seperti warna hijau pada daun.

2) Yang didengar dengan TELINGA

Seperti
Ukuran kekuatan bunyi

3) Yang dirasa oleh LIDAH

Seperti
Tahap kesedapan makanan

4) Yang dihidu oleh HIDUNG

Seperti
Tahap kewangian bunga

5) Yang dirasa oleh KULIT

Seperti
Tahap kesakitan akibat luka

Itulah contohnya.

TA'ALUK


Takrif ta'aluk sudah dicerahkan mulai
Soalan 45 - 70.

Sesiapa yang ingat ingat lupa tu eloklah rujuk semula disana atau dapatkan audio dan skrip pencerahan secara PERCUMA di channel telegram

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3

Soalan terakhir ialah

Apakah pula TUJUAN mempelajari semua istilah itu?

Tujuannya ialah 3 perkara

Supaya kita tahu bahawasanya Allah itu :

1) tidak ada persamaan dengan JIRIM & A'RODH

2) ALLAH ITU BUKAN JIRIM
    BUKAN A'RODH

3) ALLAH itu BUKAN MAKHLUK

Dalam perkataan yang lebih mudah, supaya akidah kita terselamat sehingga mati daripada SYIRIK kerana menyamakan Allah dengan MAKHLUK.

-------------------------------------
Segala yang BAIK BAIK itu adalah anugerah Allah

Segala yang SALAH dan SILAP itu kerana kejahilan saya memperturut hawa nafsu.
(An Nisa':79)

Wallohua'lam


Semua pencerahan dan audio mulai Soalan 1 - 95 boleh secara PERCUMA di *channel telegram

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1⃣Hari1⃣Makna

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Isnin, 8 Ogos 2016

Bab 9 PENCERAHAN Soalan 94 Sambungan Soalan 92 & 93 Apakah makna dan contoh 2 dari 5 perkara yang membinasakan akidah iaitu 4) mempersendakan ayat Allah 5) menyengutukan ayat Allah

Bab 9 PENCERAHAN
Soalan 94*

Sambungan Soalan 92 & 93


Apakah makna dan contoh 2 dari 5 perkara yang membinasakan akidah iaitu

4) mempersendakan ayat Allah

5) menyengutukan ayat Allah


Pencerahan


Untuk memudahkan faham makna menyenda nyendakan ayat Allah pada syarak, elok kita fahami terlebih dahulu makna menyenda-nyendakan pada adat.

Makna menyenda-nyendakan @ mempersendakan pada adat ialah

1) menjadikan sesuatu yang dilihat @ didengar @ dirasa @ disentuh @ dibau itu sebagai olok olokkan @ senda gurau. *Dalam perkataan lain, menjadikan sesuatu yang dicapai oleh pancaindera itu sebagai permainan.*

2) "mencari jalan lepas".

Contohnya ialah

Ketika harga barang yang naik mendadak ini, seorang menteri mengeluarkan perkataan berikut *"jika sayur mahal @ ayam mahal, janganlah makan sayur, janganlah makan ayam"*

Ada orang yang mengulangi perkataan menteri itu kepada orang lain *bertujuan supaya orang tersebut @ orang yang mendengar perkataan menteri tersebut KETAWA.*

Contoh kedua

Si Abu mendapat arahan bertugas diluar kawasan pada hari Ahad. Tapi Si Abu keberatan untuk pergi. Lalu dia *mencari idea @ mencari jalan dengan mengambil CUTI SAKIT untuk tidak bertugas diluar kawasan pada hari Ahad*. Dengan idea @ alasan itu, dia tidak jadi bertugas diluar kawasan.

Jadi apa pula takrif @ makna menyenda nyendakan pada syarak?

Diambil dari itu, makna menyenda nyendakan pada syarak ialah

1) *menjadikan salah satu dari 3 jenis ayat Allah yang dicapai oleh pancaindera itu sebagai senda gurau @ olok olokkan*

3 jenis ayat Allah sudah dicerahkan sebelum ini iaitu *al Quran, hadith dan sekalian alam.*

2) *mencari jalan lepas daripada menunaikan perintah yang diwajibkan oleh Allah.*

Dalilnya daripada al Quran ialah

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا ڪُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُ  ۚ  قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَہۡزِءُونَ

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: " *Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main*". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu *memperolok-olok* dan mengejeknya?"

(At Taubah :65)

Apa contohnya?

Contohnya ialah

Membaca mana mana ayat al Quran @ hadith dengan cara yang sengaja melucukan supaya pendengar KETAWA

*BINASA AKIDAH*

contoh kedua

*Meniru perbuatan orang Yahudi pada zaman Nabi Musa yang DITEGAH OLEH ALLAH MENANGKAP IKAN PADA HARI SABTU*. mereka membuat helah pd hari Sabtu dan menangkap ikan pd hari Ahad.

Dalilnya ialah ayat al Quran Ayat 163-166

وَسۡـَٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِى ڪَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِى ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعًا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ‌   ۙ لَا تَأۡتِيهِمۡ  ۚ  ڪَذَٲلِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari *Sabtu* itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

(Al A'raf  : 163)

Contoh kedua ialah

*Membuka aurat* seperti berseluar pendek bagi lelaki atau membuka rambut bagi perempuan dikhalayak ramai di negara orang kafir yang zahirnya hidup selamat tetapi membuka aurat bertujuan *agar orang kafir MENGANGGAP DIRINYA BUKAN BERAGAMA ISLAM.*

*BINASA AKIDAH*

contoh seterusnya ialah
apakah makna menyengutukan ayat Allah?

Pencerahannya begini.

Untuk memahami makna menyengutukan pd syarak, eloklah kita lihat dahulu makna menyengutukan pada adat.

Makna menyengutukan pada adat ialah

1) menduakan @ lebih
2) menjadikan 2 @ lebih ikutan dari hal dunia.

Contohnya ialah
Seorang isteri mempunyai lelaki simpanan selain suami. Dalam perkataan lain, isteri menduakan suami.

Itulah contoh menduakan pada adat.

*BINASA PADA ADAT*

contoh kedua

Seorang guru mengikut  arahan orang kedua MELEBIHI arahan guru besar @ pengetuanya. Sudah tentu guru besar @ pengetuanya MARAH.

*BINASA PADA ADAT*

Diambil dari makna menyengutukan pada adat itu, maka makna menyengutukan pada syarak ialah

1) menduakan @ lebih dari satu Allah.
2) menjadikan 2 @ lebih ikutan dari hal akhirat iaitu menjadikan 2 @ lebih ikutan selain al HUKUM ALLAH

Buktinya dari al Quran ialah

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ  ۚ  وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

(An Nisa':48)

contohnya yang pertama ialah

Mengikut perintah makhluk seperti pemimpin yang fasik lagi munafik @ ketua yang kafir lagi zalim melebihi perintah Allah sehingga mati.

*BINASA PADA SYARAK @ BINASA AKIDAH.*

Contoh kedua ialah

Redho hati mengikut undang undang penjajah dengan meninggalkan undang undang Allah sehingga mati.

*BINASA PADA SYARAK @ BINASA AKIDAH*

Buktinya ialah

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌   ۖ   فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ   ۗ   وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

(Al Maidah :49)

Apa contoh yang lain?

Ragu @ tidak yakin dengan perkataan bahawa *"Allah sama sekali tidak ada persamaan dengan makhluk selama lamanya".*

Dalam perkataan lain, *dia percaya Allah itu memiliki persamaan dgn makhluk tetapi katanya pula "tidak dapat digambar gambarkan"* kerana kaki dan tangan Allah itu "laisakamitslihisyaiun"

*TETAP BINASA AKIDAH*

Contoh seterusnya ialah membelakangkan kuasa Allah dengan berpegang kepada kuasa makhluk seperti jin dan syaitan yakni mengamalkan *SIHIR.*

*BINASA AKIDAH*

Dalilnya ialah

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ      ۖ    وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ  ۚ  وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ فَلَا تَكۡفُر      ۖ    فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌  ۚ  وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ ‌ ۚ  وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌  ۚ  وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ ۚ  وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌  ۚ  لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

(Al Baqaroh :102)

-------------------------------
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu.

(An Nisa: 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam




Semua skrip pencerahan & audio boleh diperolehi FREE di
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3