Bab 9
Soalan 95
Lanjutan dari Soalan 22 dan Soalan 29.
Apakah
A) makna makhluk?
B) makna jirim?
C) makna jisim?
D) makna arodh?
E) makna takluk?
Berikan contoh masing masing
Apakah tujuan mempelajari semua istilah itu?
Jawaban
🌴🌴🌴🌴
Al Quran dalam surah as-Syura ayat 11 ada menyebut
ِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
Tiada sesuatupun yang serupa @ (seumpama) denganNya dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(As-Syura : 11)
Allah Ta'ala tidak serupa @ seumpama dengan sesuatu. Makna sesuatu yang dimaksudkan ialah "selain Allah". Dalam perkataan lain, selain Allah itu disebut sebagai ALAM. Ada banyak alam. Alam zahir, alam ghaib. Alam manusia. alam jin, alam malaikat, alam barzah, alam tumbuh tumbuhan dan 1001 jenis alam. Semua alam itu atau lebih tepat sekalian alam itu TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN ALLAH.
Sekalian alam itu ada permulaan. Sebab itulah alam itu dinamakan BAHARU yakni ada permulaan. Oleh kerana sekalian alam itu dijadikan oleh Allah, bukan jadi sendiri, maka sekalian alam itu disebut sebagai MAKHLUK.
Pencerahan tentang makna makhluk telah dibuat pada Soalan 3.
(Sesiapa yg ingat ingat lupa tu, elok semak semula pencerahan Soalan 3)
Bukti dari al Quran selain Allah adalah makhluk ialah ayat ke-4 surah Yunus seperti berikut
إِلَيۡهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعًا ۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقًّا ۚ إِنَّهُ ۥ يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ۥ لِيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ بِٱلۡقِسۡطِ ۚ وَٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لَهُمۡ شَرَابٌ مِّنۡ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ
KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.
(Yunus : 4)
Dalam pengajian ilmu usuluddin, makhluk itu digolongkan kepada 2 iaitu
1) makhluk wujudi dan
2) makhluk bukan wujudi.
Sebenarnya makna makhluk wujudi dan makhluk bukan wujudi itu terpecah lagi kepada 2 ialah
1) wujudi pada adat
2) wujudi pada syarak
1) bukan wujudi pada adat
2) bukan wujudi pada syarak
Istilah lain bagi makhluk bukan wujudi ialah amrun i'tibari.
Makna makhluk wujudi pada adat ialah makhluk yang zat atau dirinya ada sungguh yakni dicapai oleh salah satu pancaindera seperti manusia. Contoh tambahan akan diberikan selepas ini.
Manakala makna makhluk bukan wujudi pada adat ialah makhluk yang ada salah satu dari 2 perkara berikut iaitu
1) zat atau dirinya tidak dicapai oleh pancaindera tetapi ADA dan dapat dibuktikan
Contohnya ialah
MASA & TAHUN 1437 HIJRAH dan gelombang eloktromagnet.
2) zat @ dirinya TIDAK ADA sama sekali, hanya ada dalam fikiran atau sekadar lintasan fikiran.
Contohnya ialah gajah berkepala 1000 atau manusia berkepala kayu.
Contoh makhluk bukan wujudi pada syarak pula ialah tempoh masa perbicaraan dipadang mahsyar yang beribu tahun. Masa itu tidak dapat dicapai oleh pancaindera tetapi memang ada. Buktinya ada didalam hadith.
Semua makhluk yang wujudi & bukan wujudi pada adat dan pada syarak mempunyai RUPA masing masing. Ada rupa bagi makhluk wujudi dan ada rupa bagi makhluk bukan wujudi. Dalam bahasa Arab, RUPA bagi makhluk disebut juga sebagai SIFAT. Ini bermakna pada adat dan pada syarak, semua makhluk iaitu makhluk wujudi dan makhluk bukan wujudi memiliki RUPA @ SIFAT masing masing.
Makna makhluk wujudi pada syarak pula ialah makhluk yang dicapai oleh salah satu dari 5 pancaindera yang tersebut didalam al Quran atau Hadith seperti syurga dan neraka. Syurga dan neraka tidak ada pada adat. Hanya ada pada syarak. 2 contoh bagi setiap makhluk yang berkaitan ialah
Contoh makhluk yang dicapai oleh mata iaitu pancaindera pertama ialah
1) manusia (adat)
2) syurga (syarak)
Contoh makhluk yang dicapai oleh telinga iaitu pancaindera kedua ialah
1) suara binatang (adat)
2) suara malaikat (syarak)
Contoh makhluk yang dicapai oleh lidah iaitu pancaindera ketiga ialah
1) manis gula (adat)
2) air telaga kalkautsar (syarak)
Contoh makhluk yang dicapai oleh kulit iaitu pancaindera ke-4 ialah
1) hembusan angin(adat)
2) api neraka (syarak)
Contoh makhluk yg dicapai oleh hidung iaitu pancaindera ke-5
1) bau minyak wangi (adat)
2) bau syurga (syarak)
Makna makhluk bukan wujudi pada syarak ialah diri @ zat makhluk yang tidak wujud sama sekali, hanya ada dalam fikiran @ hanya digambar gambarkan dalam fikiran @ hanya diada-adakan didalam hati @ sekadar lintasan hati.
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعمَلُوا بِهِ
"Sesungguhnya Allah telah mengampunkan Umatnya bagi apa sahaja yang terlintas fikiran/hati selamana dia tidak bercakap atau melakukannya"
[Hadith Riwayat al-Bukhari #2528, Muslim #127]
Itulah hadith yg menjadi bukti bahawa setiap yg terlintas didalam hati itu adalah MAKHLUK yang akan BINASA.
Apa contohnya?
Contohnya ialah membayang bayangkan Allah berada dihadapan ketika solat 5 waktu. Allah yang dibayang bayangkan itu sebenar benarnya TIDAK PERNAH WUJUD dan TIDAK AKAN WUJUD SELAMA LAMANYA kerana tidak ada perintah Allah membayang bayangkanNYA dalam al Quran @ hadith.
Allah yang dibayang bayangkan itu sebenar benarnya adalah MAKHLUK yang akan binasa.
ALLAH YANG SEBENAR TIDAK MAMPU DIBAYANG2KAN OLEH HATI.
ALLAH YANG SEBENAR TIDAK ADA PERSAMAAN DGN SEBARANG MAKHLUK.
Dalam al Quran Allah itu disebutkan sebagai
ِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡء
Tiada sesuatupun yang serupa denganNya
(As-Syura : 11)
MEMBAYANG2KAN ALLAH ADALAH SYIRIK YG MEMBINASAKAN AKIDAH
Dalilnya dari al Quran ialah
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ ۗ إِنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Dan siapakah lagi yang lebih aniaya (kafir) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim (kafir) itu tidak akan berjaya.
(Al An'am : 21)
Pencerahan tentang makna makhluk wujudi dan bukan wujudi telah dicerahkan sebelum ini.
Justeru perkataan alam, baharu dan makhluk adalah merujuk kepada benda @ perkara yang sama iaitu SELAIN ALLAH.
Dalam pengajian usuluddin, alam itu digolongkan kepada 4 iaitu
1) jirim
2) jisim
3) jauhar
4) arodh
Persoalan sekarang, apakah makna bagi istilah jirim dan jisim dan persamaan istilah jirim dan jisim dari sudut sains?
JIRIM
Apakah Ta’rif Jirim?
(Lihat soalan 22)
Secara ringkas takrif jirim dari sudut ilmu usuluddin ialah:
Sesuatu yang ada zat @ diri
Dari segi bahasa @ lughah, jirim ialah :
jasad @ tubuh badan @ ketul
Dari sudut sains, jirim ialah molikul
Dalam usuluddin dan dalam sains, jirim mengambil ruang @ bertempat. Setengahnya bersusun seperti jirim batu dan kayu. Setengahnya tidak bersusun seperti jirim udara dan jirim air.
Contoh lain makhluk pada adat yang dikatakan jirim ialah :
Manusia
Pokok
Batu
Dan 1001 yg lain
Contoh jirim dari sudut sains dan juga jirim pada adat ialah AIR
dari sudut sains, air adalah gabungan 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen. Simbol kimianya ialah H2O
dari sudut ilmu usuluddin, sebutannya ialah gabungan 2 jauhar firid hidrogen dan 1 jauhar firid oksigen.
Contoh lain makhluk pada syarak yang dikatakan jirim ialah :
1) Malaikat
2) Bidadari
3) Arash
4) Syaitan
dan 1001 yang lain
Bukti syaitan itu makhluk pada syarak ialah
وَحَفِظۡنَـٰهَا مِن كُلِّ شَيۡطَـٰنٍ رَّجِيمٍ
Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
(Al-Hijr : 13)
JISIM
Ta'rif Jisim
Semua JISIM adalah JIRIM tapi BUKAN SEMUA JIRIM itu JISIM
Jisim
Ialah jirim yang BERKETUL @ BERJASAD
Contohnya ialah
Manusia
Pokok
Haiwan
Matahari
Kerusi
Cawan
Sudu
Dan 1001 yang lain
Dari sudut sains, jisim ialah gabungan jirim yang mengambil ruang @ memenuhi ruang yang memiliki BERAT. Maksud jisim dari sudut ilmu usuluddin adalah sama dengan jisim dari sudut sains iaitu jirim yang BERKETUL @ BERJASAD.
A'RODH
Takrif A'rodh
Ialah RUPA @ SIFAT sesuatu benda yang dicapai oleh sekurang kurangnya salah satu PANCAINDERA
Contohnya ialah
1) Yang dilihat dengan MATA
Seperti
Bentuk sesuatu seperti segi empat, bulat dan lain lain.
Ukuran Berat sesuatu benda
Ukuran Jarak sesuatu
Warna seperti warna hijau pada daun.
2) Yang didengar dengan TELINGA
Seperti
Ukuran kekuatan bunyi
3) Yang dirasa oleh LIDAH
Seperti
Tahap kesedapan makanan
4) Yang dihidu oleh HIDUNG
Seperti
Tahap kewangian bunga
5) Yang dirasa oleh KULIT
Seperti
Tahap kesakitan akibat luka
Itulah contohnya.
TA'ALUK
Takrif ta'aluk sudah dicerahkan mulai
Soalan 45 - 70.
Sesiapa yang ingat ingat lupa tu eloklah rujuk semula disana atau dapatkan audio dan skrip pencerahan secara PERCUMA di channel telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
Soalan terakhir ialah
Apakah pula TUJUAN mempelajari semua istilah itu?
Tujuannya ialah 3 perkara
Supaya kita tahu bahawasanya Allah itu :
1) tidak ada persamaan dengan JIRIM & A'RODH
2) ALLAH ITU BUKAN JIRIM
BUKAN A'RODH
3) ALLAH itu BUKAN MAKHLUK
Dalam perkataan yang lebih mudah, supaya akidah kita terselamat sehingga mati daripada SYIRIK kerana menyamakan Allah dengan MAKHLUK.
-------------------------------------
Segala yang BAIK BAIK itu adalah anugerah Allah
Segala yang SALAH dan SILAP itu kerana kejahilan saya memperturut hawa nafsu.
(An Nisa':79)
Wallohua'lam
Semua pencerahan dan audio mulai Soalan 1 - 95 boleh secara PERCUMA di *channel telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1⃣Hari1⃣Makna
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan