(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 14 Februari 2017

Bab 10 Soalan 116 Persoalan dari ahli Kenapa dalam pencerahan, admin selalu menyebut perkataan : a) jatuh kafir? b) menghukum orang yang berbeza pendapat sebagai KAFIR?


Soalan 116

Persoalan dari ahli

Kenapa dalam pencerahan, admin selalu menyebut perkataan :

a) jatuh kafir?
b) menghukum orang yang berbeza pendapat sebagai KAFIR?

Persoalannya ialah  *benarkah kita (admin) menghukum orang yang berlainan pendapat sebagai KAFIR?*


*PENCERAHAN*
🌹🌹🌹🌹🌹

Sebelum kita cerahkan persoalan itu, kita perlu tahu bahawa kita semua adalah orang awam. Kita bukan ulama. Kita bukan orang alim. Kita bukan wali Allah. Kita hanya orang awam yang sedang mencari2 ilmu yang difardukan oleh Allah. Kita hanya orang awam yang ingin berkongsi ilmu2 fardu ain yang difardukan oleh Allah. Kita bukan menghukum sesiapa. Kita tidak layak menghukum orang lain melainkan menghukum diri sendiri.

Yang layak menghukum hanyalah ulama atau hakim. Kita semua hanyalah manusia biasa. Kita semua hanyalah orang awam yang tidak lepas dari dosa2 termasuklah dosa besar. Oleh itu, sekiranya ada perkataan yang digunakan disini seolah-olah  "MENGHUKUM" atau "MENJATUHKAN HUKUMAN" maka saya bagi pihak barisan admin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Itu semua berpunca dari kelemahan kami menyusun dan mengolah ayat. Kita hanya menyampaikan ilmu @ berkongsi sedikit ilmu untuk menimbulkan KETAKUTAN KEPADA ALLAH. Kita hanya menyampaikan ilmu @ berkongsi sedikit ilmu untuk menimbulkan KETAKUTAN MENSYIRIKKAN ALLAH.

Sesungguhnya orang yang hanya pandai berkata2 dan berhujjah BUKANLAH orang yang berilmu. Akan tetapi orang yang berilmu itu ialah mereka yang berjaya menimbulkan ketakutan dihati seseorang  dari melakukan sebarang perbuatan SYIRIK @ yang MEMBINASAKAN AKIDAH.

Oleh itu, barisan admin tidak sunyi daripada melakukan sebarang perkara yang ditegah oleh Allah. Sebarang kesilapan, boleh ditegur secara terbuka, secara PM ataupun terus bersemuka dengan admin tanpa sebarang halangan. Untuk bertemu admin sangatlah mudah. Boleh hubungi melalui telefon atau datang sendiri ke Daerah Sik, Kedah. Tempat penginapan dan makan minum sebagai tetamu 3h3m disediakan. Insya Allah.

Satu perkara lagi, kita ingat semula makna KAFIR menurut tiga hukum. Maknanya itu sudah dicerahkan pada pencerahan Soalan 104. Sesiapa yang ingat2 lupa eloklah semak semula. Walaupun begitu, kita ulang semula pencerahan itu secara ringkas.

Makna kafir pada syarak ialah ingkar @ melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan @ iktikad yang BERCANGGAH dengan perintah Allah yang disebut didalam Al Quran @ Hadith dan menyebabkan JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH. Semua orang kafir yang BINASA AKIDAH adalah pelaku SYIRIK ataupun disebut juga sebagai orang musyrik pada syarak.

Contohnya telah diberikan pada Soalan 83, 84 dan pd banyak pencerahan yang lain sebelum ini.

Pada umumnya, dari sudut akidah, ada 4 jenis kafir pada syarak. Jika kita faham 4 jenis kafir ini, kita akan mudah faham ciri2 kafir yang lain atau pecahan 4 jenis kafir itu. 4 jenis kafir itu ialah :

1) Kafir harbi
2) Kafir zimmi
3) Kafir murtad
4) Kafir munafik

Contoh dan tanda bagi setiap satu sudah diberikan pada pencerahan Soalan 104. Kita akan kupas lebih lanjut 4 jenis kafir itu.

1) Kafir harbi adalah KAFIR MUKTAMAD.
2) Kafir zimmi adalah KAFIR MUKTAMAD.
3) Kafir murtad adalah KAFIR MUKTAMAD.

Ketiganya disebut sebagai KAFIR MUKTAMAD iaitu kafir yang akan kekal menerima azab di dalam neraka selama2nya. Tempat mereka itu  didalam neraka adalah antara neraka tingkat bawah hingga tingkat 6. Bukannya ditingkat 7 yang akhirnya akan dikosongkan juga iaitu setelah penghuninya menerima azab, mungkin beribu tahun, mungkin beratus tahun, mungkin juga sehari yang tempoh sehari itu sama dengan satu ribu tahun di dunia, sesuai dengan dosa BESAR yg mereka lakukan semasa hidup.

Orang kafir munafik itu pula terbahagi 2 iaitu

1⃣ umat Islam yang berperangai munafik tetapi SEGERA INSAF apabila sedar kesalahannya. Contoh sifat munafik yang sering dilakukan, sering diulang2 ialah :

1) merasa dirinya sudah cukup ilmu agama.

2) memandang rendah pada orang lain.

3) bercakap bohong dan 1001 contoh yang lain.

Mereka yang sedar kesalahan seperti ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Jika mereka ini mati dalam keadaan melakukan dosa BESAR tetapi masih MEMILIKI IMAN walaupun sedikit, mereka ini akan menerima azab NERAKA tingkat 7. Setelah dosa mereka HABIS dibalas didalam neraka, barulah dibawa oleh malaikat masuk ke dalam SYURGA. Golongan ini juga disebut sebagai orang KAFIR kerana MELANGGAR PERINTAH ALLAH sampai pada saat kematian. Tidak ada yang memasuki neraka untuk diazab melainkan orang kafir iaitu orang yang menzalimi diri sendiri atau menzalimi orang lain. Buktinya dari al- Quran ialah (Ali Imran : 192).

رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُ ۥ‌   ۖ   وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ

Wahai Tuhan kami, sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim yakni kafir tidak akan beroleh seorang penolong pun.
(Ali Imran : 192)

2⃣ Umat yang zahirnya Islam akan tetapi mengekalkan perbuatan munafik sampai mati. Golongan ini disebut sebagai KAFIR MUKTAMAD iaitu yang KEKAL SELAMA-LAMANYA MENERIMA AZAB didalam neraka paling bawah. Buktinya adalah (An-Nisa' : 145).

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
(An-Nisa' : 145)

Contoh golongan munafik ini ialah :

1)  orang yang mengekalkan perbuatan dosa besar melalui "body langguage" @ bahasa tubuh @ dalam bahasa Arab disebut sebagai "لسان الهال" bahawa " لسان الهال اءفصح من لسان المقال"

Contoh dosa besar yang dimaksudkan ialah seperti tahu kewajiban mengenal Allah akan tetapi sampai  mati TIDAK BERUSAHA MENGENAL ALLAH @ TIDAK BERUSAHA menyelesaikan semua yang difardukan oleh Allah keatas dirinya sekurang2nya had FARDU AIN.

2) orang yang mengekalkan perbuatan menipu umat dengan ajaran sesat @ bida'ah sampai mati samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

3) mereka yang mati dalam keadaan MENJADIKAN KAFIR HARBI sebagai pemimpin. Contoh kafir harbi adalah si Ahok atau Basuki Thahaya Purnama, Gubernor Jakarta yang JELAS MENGHINA AL-QURAN. Orang yang mengaku Islam tetapi memilih seorang kafir harbi sebagai pemimpin sebenar2nya adalah KAFIR MUNAFIK yang akan KEKAL menerima azab didalam neraka.

Buktinya dari al-Quran ialah

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

(iaitu) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.

(An-Nisaa’ : 138–139)

Oleh itu secara ringkasnya, perkataan KAFIR yang disebutkan pada semua pencerahan didalam group ini adalah 2 jenis kafir iaitu :

1⃣ kafir yang akan KEKAL didalam neraka.
2⃣ kafir yang diazab di dalam neraka untuk SEMENTARA waktu sahaja.

Rasanya pencerahan setakat itu sudah boleh menjawab persoalan diatas. Walaupun begitu, kita akan cerahkan sedikit lagi.
Agar persoalan ini lebih mudah difahami, elok rasanya kita kembali semula kepada tajuk dan matlamat penubuhan group ini iaitu (As-Syura : 11)

*لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡء*

Tiada sesuatupun yang serupa dengan (ZatNya, sifatNya, kelakuanNya, nama-Nya dan hukumNya)
(As-Syura : 11)

Tujuan kita sebenarnya berkait rapat dengan ayat tersebut. Apa sebenarnya tujuan kita membuka group *laisakamitslihisyaiun"* ini mulai pada 11/11/2015? Pencerahannya sudah dibuat pada peringkat awal sebelum pencerahan Soalan 1. Group ini adalah satu2nya group alam maya yg berfokuskan ilmu AKIDAH. Iaitu ilmu2 yang mengajak ahli mengulangkaji dan berkongsi ilmu tentang perkara menyebabkan jatuh KAFIR @ MURTAD @ SYIRIK tanpa sedar melalui 3 perkara iaitu :

1⃣ perbuatan hati
2⃣ perbuatan lidah
3⃣ perbuatan anggota

Untuk pengetahuan kita semua, masalah AKIDAH @ IMAN umat akhir zaman ini amatlah KRONIK. Ada yang islam pada waktu pagi, kafir pada waktu petang. Ada yang kafir pada waktu petang, islam pada waktu petang. Ada yang islam pada waktu siang, kafir pada waktu malam. Ada yang imannya BINASA sekelip mata malah ada yang TANPA SEDAR sudah kafir dan mengekalkan perbuatan syirik yg membinasakan akidah itu sampai MATI. Buktinya dari hadith nabi adalah seperti berikut :

بَادِرُوا فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ

يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا

وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang mafhumnya : “Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gelita, seorang laki-laki :
1) mukmin di waktu pagi tetapi telah kafir di waktu petang dan
2) beriman di waktu petang  tetapi telah kafir pada paginya.
Ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.”
(HR. Ahmad No. 8493)

Semua masalah akidah itu berpunca daripada kejahilan melampau dari peringkat anak hingga kepada datuk nenek. Dari peringkat orang kebanyakkan hingga kepada golongan terpelajar. Kejahilan melampau akibat TIDAK memahami perbezaan antara hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Kejahilan melampau akibat TIDAK memahami 3 jenis perbuatan yang menyebabkan JATUH MURTAD @ KAFIR tanpa sedar.

Kita juga elok tahu, dialam maya ini, group yg membincangkan ilmu2 selain akidah amatlah banyak. Tidak terhitung banyaknya. Akan tetapi group yg membincangkan sifat 20 dan akidah ASWJ boleh dihitung dengan jari. Justeru itu, kita kena faham bahawa dalam perkara akidah hanya ada 2 perkara iaitu :

1⃣ Islam
atau
2⃣ Kafir

tidak ada istilah 👇🏾

1⃣ mungkin masih Islam
atau
2⃣ mungkin sudah kafir.

Dari sudut akidah,
1⃣ kita WAJIB BELAJAR
2⃣ kita WAJIB BERAMAL
3⃣ kita WAJIB MEMELIHARA AKIDAH 24 jam sepanjang hayat supaya jauh daripada perbuatan SYIRIK melalui 3 perbuatan yg disebut diatas. Perkara yg menyebabkan jatuh kafir itu amat mudah malah lebih mudah dari menukar baju sendiri.

Oleh itu, dengan memahami perkara yg menyebabkan JATUH KAFIR itu "AMAT PENTING". Itulah yg dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. selama 13 tahun dan itulah juga yg dilakukan oleh Nabi Noh a.s. selama 700 tahun.

Hanya dengan cara itu akidah kita selamat insya Allah. Kita lihat contoh ini dan kita fikir bersama2.

Kita ulang semula bahawa perkara menyebabkan jatuh KAFIR @ MURTAD @ SYIRIK tanpa sedar itu 3 perkara iaitu :

1⃣ melalui perbuatan hati.
2⃣ melalui perbuatan lidah.
3⃣ melalui perbuatan anggota.

Kita lihat contohnya satu persatu.

Iktikad yang menyebabkan BINASA AKIDAH melalui perbuatan HATI.

1⃣ Yakin didalam HATI dengan dakwaan sesetengah golongan bahawa *"sifat 20 itu BIDAAH.* Keyakinan seperti itu menyebabkan *BINASA AKIDAH."* Kenapa pulak binasa akidah?

Sebabnya ialah mendakwa sifat 20 itu sebagai bida'ah bermakna

1) Allah wajib wujud itu BIDA'AH.
2) Allah wajib qidam itu BIDA'AH.
3) Allah wajib baqo itu BIDA'AH.
hinggalah
20) Allah wajib mutakallimun itu BIDA'AH.

Sesungguhnya barangsiapa berktikad seperti itu yakni sifat 20 itu BIDA'AH maka telah JATUH KAFIR @ BINASALAH AKIDAHNYA.

Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa berktikad seperti itu telah JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH"* maka kita sudah menghukum orang sebagai KAFIR?

Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa yang menjadikan kafir harbi itu sebagai pemimpin, adalah seorang MUNAFIK"* maka kita sudah menghukum orang sebagai KAFIR MUNAFIK?

Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa yang ditangkap kerana mencuri, akan dipotong tangannya"* maka kita sudah menghukum orang sebagai PENCURI?

Jawabannya YA @ TIDAK.

Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa yang mengiktikadkan dirinya adalah berasal dari juzuk diri Allah, telah jatuh KAFIR"* maka kita sudah menghukum orang tersebut sebagai KAFIR?

Agar lebih mudah faham, kita fikir contoh ini.

Hampir kebanyakkan kita mengetahui bahawa  hukuman bagi seseorang yang membunuh orang lain dengan sengaja adalah HUKUMAN MATI MANDATORI atau PENJARA SEUMUR HIDUP. Mustahil pembunuh atau penjenayah dilepaskan begitu sahaja.

Katalah jiran sekampung kita dibunuh oleh seorang penjenayah. Pembunuh itu dapat ditangkap. Kita pun kata kepada si penjenayah yang ditangkap itu, *"orang yang membunuh akan menerima hukuman MATI".*

Adakah kita sudah menghukum penjenayah itu?

a) Ya kita sudah menjatuhkan hukuman.

b) Tidak. Kita tidak menghukum penjenayah itu.

c) Kedua2 jawaban diatas SALAH.

Antara yg tiga itu, mana satu yg benar?

Yang benar ialah (b) iaitu kita TIDAK menghukum mereka. Kita hanya menyampaikan ilmu agar diri kita dan orang lain TAKUT untuk melakukan  JENAYAH pada adat.

Begitulah juga dengan perkataan *"Sesungguhnya barangsiapa berktikad seperti itu telah JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH"*.

Perkataan itu dan 2 contoh perkataan yang lain BUKAN menghukum sesiapa. Kita hanya menyampaikan ilmu atau meyampaikan ayat2 yg ada di dalam al-Quran agar diri kita dan orang lain TAKUT untuk melakukan  JENAYAH AKIDAH pada syarak iaitu perbuatan SYIRIK yang membinasakan akidah.

Itulah contoh sifat sebaik2 manusia iaitu sentiasa memberi nasihat atau memberi ingat kepada saudara seagama agar menjauhkan diri dari perbuatan SYIRIK. Manusia yang terbaik adalah mereka yang memberi manafaat kepada orang lain. Membiarkan orang lain melakukan perbuatan syirik tanpa sebarang dakwah adalah perbuatan iblis dan syaitan yang menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka bersama2 iblis dan syaitan.

Sebagai penutup kepada persoalan ini, kita sama2 fikirkan perumpamaan ini.

Sebenarnya, semua manusia sedang dalam  perjalanan menuju PADANG MAHSYAR untuk melihat penghakiman atas semua perbuatan kita semasa hidup didunia. Kita semua adalah umpama orang yang sedang meniti jambatan kecil, yang merentasi 2 puncak gunung batu yang sangat tinggi dan sangat tajam. Kesilapan yang kecil sahaja seperti bermain2, bergurau2, tidak kyusuk atau tidak ada konsentrasi, boleh mengakibatkan kita jatuh langsung mati di dalam jurang yang sangat tajam dan dalam. Kematian yang fatal pasti terjadi. Hanya orang yang membuat persiapan sahaja akan selamat. Hanya orang yang kyusuk sahaja akan selamat. Hanya orang yang serius sahaja akan selamat. Mereka yang bermain2, mereka yang tidak membuat persiapan, mereka yang tidak kyusuk, mereka yang tidak kisah, PASTI AKAN JATUH DAN MATI DIDALAM JURANG. Itulah gambaran bahawa orang yang TIDAK TAHU PERBUATAN yg menyebabkan SYIRIK sudah PASTI AKAN MENERIMA AZAB YANG SANGAT FATAL DAN KEKAL DIDALAM JURANG API NERAKA. Nauzubillah..

Semoga akidah kita dan keluarga kita selamat daripada syirik sehingga mati.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Semua yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu adalah kerana saya memperturutkan hawa nafsu.

Mafhum an-Nisa' : 79

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

Ahad, 5 Februari 2017

Bab 10 SOALAN 115 Lanjutan Soalan 93 Hukum atas perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat-ayat Allah adalah KAFIR pada syarak. Apakah makna dan contoh 3 perbuatan berikut iaitu : a) membantah ayat Allah. b) mengingkarkan ayat Allah. c) berpaling dari ayat Allah.


SOALAN 115
Lanjutan Soalan 93

Hukum atas perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat-ayat Allah adalah KAFIR pada syarak.

Apakah makna dan contoh 3 perbuatan berikut iaitu :

a) membantah ayat Allah.
b) mengingkarkan ayat Allah.
c) berpaling dari ayat Allah.


*PENCERAHAN*

Sebelum kita cerahkan persoalan itu, kita lihat dahulu 3 firman Allah berikut :

مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ

Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat* Allah melainkan orang-orang yang *kafir.* Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Al-Ghofir : 4)

Yang ke-2

وَلَمَّا جَآءَهُمۡ كِتَـٰبٌ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمۡ وَكَانُواْ مِن قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦ‌ ۚ  فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka *mengingkarinya*; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang *kafir ingkar* itu.
(Al-Baqarah : 89)

Yang ke-3

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat *orang-orang munafik itu berpaling* serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(An-Nisa' : 61)

Itulah 3 ayat Allah yang menjadi bukti bahawa perbuatan membantah, ingkar dan berpaling dari ayat2 Allah adalah dihukumkan sebagai KAFIR.

Makna ayat Allah sudah dicerahkan pd soalan 113. Persoalan sekarang, apakah makna dan contoh perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat Allah?

Sebenarnya soalan ini adalah lanjutan Soalan 93. Semua ahli dinasihatkan melihat semula pencerahan Soalan 93. Sebahagian dari pencerahannya adalah seperti berikut :

Apakah makna *membantah ayat Allah* dan 3 contoh perbuatan yang membinasakan akidah?

Makna ayat Allah ialah BUKTI ALLAH iaitu 3 perkara

1) Al Quran
2) Hadith Nabi
3) Sekalian alam

Sekalian alam itu pula terbahagi kepada 2 iaitu

1) alam nyata @ alam zahir
2) alam ghaib

Alam nyata dan alam ghaib pula terbahagi lagi kepada banyak alam. Cukuplah disebutkan setakat itu. Yang penting, kita semua tahu, pada akal dan pada syarak, semuanya itu dijadikan oleh Allah. Semua alam itulah yang disebut sebagai SEKALIAN ALAM.

3 jenis ayat Allah itu wajib kita beriman kepadanya. Beriman kepada ayat2 Allah bermakna beriman kepada Allah.

Persoalan sekarang, apakah makna membantah ayat Allah?

Membantah ayat Allah *LEBIH kepada perbuatan LISAN @ PERKATAAN* yang terbit dari perbuatan hati.

Untuk memahami makna membantah pada syarak ini, kita perlu memahami makna membantah pada adat.

Makna membantah pada adat ialah

1) *MEMPERSOALKAN* sesuatu &
2) *MENAFIKAN sesuatu perihal "dunia"*

Membantah pada adat ada 3 bahagi iaitu

1) membantah secara terang2an.
2) membantah secara sembunyi.
3) membantah secara tidak sedar.

Untuk contoh setiap satu pada adat, sila lihat pencerahan Soalan 93.

Apa pula makna *membantah pada syarak?*

Diambil dari makna membantah pada adat, maka makna membantah pada syarak ialah 3 jenis perbuatan membantah iaitu *membantah secara terang2an, membantah secara tersembunyi dan membantah tanpa sedar* yakni

1) *MEMPERSOALKAN* &
2) *MENAFIKAN salah satu dari 3 jenis ayat Allah.*

Untuk contoh setiap satu pada syarak, sila lihat pencerahan Soalan 93.

Persoalan seterusnya ialah
apakah makna dan contoh mengingkarkan ayat Allah?

Mengingkarkan ayat Allah *LEBIH kepada perbuatan LISAN* yang terbit dari perbuatan hati

Untuk memahami makna mengingkarkan pada syarak ini, kita perlu memahami makna mengingkarkan pada adat.

Makna mengingkarkan pada adat ialah *TIDAK MAHU MENGIKUT.* Perkataan *INGKAR* dalam bahasa Arab ialah *KAFIR*. Sama seperti membantah, mengingkarkan pada adat terbahagi 3 iaitu

1) ingkar secara terang2an.
@ kafir secara terang2an.

2) ingkar secara sembunyi.
@ kafir secara sembunyi.

3) ingkar secara tidak sedar.
@ kafir tanpa sedar.

Untuk contoh setiap satu pada syarak, sila lihat pencerahan Soalan 93.

Persoalan terakhir ialah, apakah makna dan contoh berpaling dari ayat Allah?

Untuk memahami makna berpaling dari ayat Allah pada syarak ini, kita perlu memahami makna berpaling pada adat.

Makna *berpaling* pada adat ialah *beralih atau berubah atau bertukar "ARAH"* dari sesuatu "ARAH" kepada "ARAH" yang lain.

Contohnya ialah "si Abdullah berpaling muka ketika musuh ketatnya memasuki dewan orang ramai".

Rasanya 1 contoh itu sudah cukup dan kita lihat maknanya pada syarak. Makna berpaling pada syarak pula terbahagi dua iaitu kepada

1⃣ orang Islam.
2⃣ orang bukan Islam.

Kepada orang bukan Islam ialah, *dia yakin dengan kebenaran Islam akan tetapi enggan memeluk Islam, dia terus berada dalam keadaan kafir sampai mati.*

Kepada orang Islam pula ialah *beralih atau berubah atau bertukar* dari meyakini ayat2 Allah kepada meyakini ayat2 makhluk iaitu selain dari ayat2 Allah melalui salah satu dari 3 perbuatan iaitu :

1) perbuatan hati.
2) perbuatan anggota
3) perbuatan lidah.

Contoh berpaling melalui perbuatan hati ialah, apabila ada orang menyeru *"mari kita kembali kepada al- Quran dan hadith"*, orang yang mendengar *menolak seruan itu di dalam HATI. Dia terus mengekalkan perbuatan lamanya, mempercayai ayat2 manusia yang bercanggah dgn ayat2 Allah"*. Perbuatan jenis ini TIDAK zahir pada manusia walau ibuayahnya sekalipun. Hanya Allah yang tahu.

Apa pula contoh perbuatan berpaling melalui perbuatan anggota?

Contohnya begini. Kita ambil contoh yg berkait dengan perbuatan hati yg baru disebutkan diatas itu. Perbuatan anggota ini lahir dari perbuatan hati yang tidak mampu dibendung. Contohnya ialah, orang yang mendengar seruan kembali kepada al Quran dan hadith itu akan :

1⃣ dengan sengaja mengalihkan mukanya dari orang yang menyeru. Atau
2⃣ dengan sengaja meninggalkan tempat itu sehingga seruan tersebut tidak kedengaran.

Itulah satu contoh yang mudah. Contoh perbuatan berpaling dari ayat2 Allah melalui perkataan ialah

1⃣ memilih cara hidup orang kafir, bersuka ria semata2 dan meninggalkan cara hidup bersyariat menurut al Quran dan hadith, samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil.

2⃣ Mengambil hukum manusia dan meninggalkan hukum Allah samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil.

3⃣ ridho kepada pemimpin yang memilih undang2 penjajah dan meninggalkan undang2 Islam, samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil. 3 contoh perbuatan itu adalah menyebabkan jatuh kafir.

Buktinya dari dalam al Quran ialah (Al-Maidah : 49-50)

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka *berpaling* (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

*أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ*

Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang yang yakin?

 (Al-Maidah : 49-50)

Segala yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum An- Nisa : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam