(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 5 Februari 2017

Bab 10 SOALAN 115 Lanjutan Soalan 93 Hukum atas perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat-ayat Allah adalah KAFIR pada syarak. Apakah makna dan contoh 3 perbuatan berikut iaitu : a) membantah ayat Allah. b) mengingkarkan ayat Allah. c) berpaling dari ayat Allah.


SOALAN 115
Lanjutan Soalan 93

Hukum atas perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat-ayat Allah adalah KAFIR pada syarak.

Apakah makna dan contoh 3 perbuatan berikut iaitu :

a) membantah ayat Allah.
b) mengingkarkan ayat Allah.
c) berpaling dari ayat Allah.


*PENCERAHAN*

Sebelum kita cerahkan persoalan itu, kita lihat dahulu 3 firman Allah berikut :

مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ

Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat* Allah melainkan orang-orang yang *kafir.* Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Al-Ghofir : 4)

Yang ke-2

وَلَمَّا جَآءَهُمۡ كِتَـٰبٌ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمۡ وَكَانُواْ مِن قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦ‌ ۚ  فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka *mengingkarinya*; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang *kafir ingkar* itu.
(Al-Baqarah : 89)

Yang ke-3

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat *orang-orang munafik itu berpaling* serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(An-Nisa' : 61)

Itulah 3 ayat Allah yang menjadi bukti bahawa perbuatan membantah, ingkar dan berpaling dari ayat2 Allah adalah dihukumkan sebagai KAFIR.

Makna ayat Allah sudah dicerahkan pd soalan 113. Persoalan sekarang, apakah makna dan contoh perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat Allah?

Sebenarnya soalan ini adalah lanjutan Soalan 93. Semua ahli dinasihatkan melihat semula pencerahan Soalan 93. Sebahagian dari pencerahannya adalah seperti berikut :

Apakah makna *membantah ayat Allah* dan 3 contoh perbuatan yang membinasakan akidah?

Makna ayat Allah ialah BUKTI ALLAH iaitu 3 perkara

1) Al Quran
2) Hadith Nabi
3) Sekalian alam

Sekalian alam itu pula terbahagi kepada 2 iaitu

1) alam nyata @ alam zahir
2) alam ghaib

Alam nyata dan alam ghaib pula terbahagi lagi kepada banyak alam. Cukuplah disebutkan setakat itu. Yang penting, kita semua tahu, pada akal dan pada syarak, semuanya itu dijadikan oleh Allah. Semua alam itulah yang disebut sebagai SEKALIAN ALAM.

3 jenis ayat Allah itu wajib kita beriman kepadanya. Beriman kepada ayat2 Allah bermakna beriman kepada Allah.

Persoalan sekarang, apakah makna membantah ayat Allah?

Membantah ayat Allah *LEBIH kepada perbuatan LISAN @ PERKATAAN* yang terbit dari perbuatan hati.

Untuk memahami makna membantah pada syarak ini, kita perlu memahami makna membantah pada adat.

Makna membantah pada adat ialah

1) *MEMPERSOALKAN* sesuatu &
2) *MENAFIKAN sesuatu perihal "dunia"*

Membantah pada adat ada 3 bahagi iaitu

1) membantah secara terang2an.
2) membantah secara sembunyi.
3) membantah secara tidak sedar.

Untuk contoh setiap satu pada adat, sila lihat pencerahan Soalan 93.

Apa pula makna *membantah pada syarak?*

Diambil dari makna membantah pada adat, maka makna membantah pada syarak ialah 3 jenis perbuatan membantah iaitu *membantah secara terang2an, membantah secara tersembunyi dan membantah tanpa sedar* yakni

1) *MEMPERSOALKAN* &
2) *MENAFIKAN salah satu dari 3 jenis ayat Allah.*

Untuk contoh setiap satu pada syarak, sila lihat pencerahan Soalan 93.

Persoalan seterusnya ialah
apakah makna dan contoh mengingkarkan ayat Allah?

Mengingkarkan ayat Allah *LEBIH kepada perbuatan LISAN* yang terbit dari perbuatan hati

Untuk memahami makna mengingkarkan pada syarak ini, kita perlu memahami makna mengingkarkan pada adat.

Makna mengingkarkan pada adat ialah *TIDAK MAHU MENGIKUT.* Perkataan *INGKAR* dalam bahasa Arab ialah *KAFIR*. Sama seperti membantah, mengingkarkan pada adat terbahagi 3 iaitu

1) ingkar secara terang2an.
@ kafir secara terang2an.

2) ingkar secara sembunyi.
@ kafir secara sembunyi.

3) ingkar secara tidak sedar.
@ kafir tanpa sedar.

Untuk contoh setiap satu pada syarak, sila lihat pencerahan Soalan 93.

Persoalan terakhir ialah, apakah makna dan contoh berpaling dari ayat Allah?

Untuk memahami makna berpaling dari ayat Allah pada syarak ini, kita perlu memahami makna berpaling pada adat.

Makna *berpaling* pada adat ialah *beralih atau berubah atau bertukar "ARAH"* dari sesuatu "ARAH" kepada "ARAH" yang lain.

Contohnya ialah "si Abdullah berpaling muka ketika musuh ketatnya memasuki dewan orang ramai".

Rasanya 1 contoh itu sudah cukup dan kita lihat maknanya pada syarak. Makna berpaling pada syarak pula terbahagi dua iaitu kepada

1⃣ orang Islam.
2⃣ orang bukan Islam.

Kepada orang bukan Islam ialah, *dia yakin dengan kebenaran Islam akan tetapi enggan memeluk Islam, dia terus berada dalam keadaan kafir sampai mati.*

Kepada orang Islam pula ialah *beralih atau berubah atau bertukar* dari meyakini ayat2 Allah kepada meyakini ayat2 makhluk iaitu selain dari ayat2 Allah melalui salah satu dari 3 perbuatan iaitu :

1) perbuatan hati.
2) perbuatan anggota
3) perbuatan lidah.

Contoh berpaling melalui perbuatan hati ialah, apabila ada orang menyeru *"mari kita kembali kepada al- Quran dan hadith"*, orang yang mendengar *menolak seruan itu di dalam HATI. Dia terus mengekalkan perbuatan lamanya, mempercayai ayat2 manusia yang bercanggah dgn ayat2 Allah"*. Perbuatan jenis ini TIDAK zahir pada manusia walau ibuayahnya sekalipun. Hanya Allah yang tahu.

Apa pula contoh perbuatan berpaling melalui perbuatan anggota?

Contohnya begini. Kita ambil contoh yg berkait dengan perbuatan hati yg baru disebutkan diatas itu. Perbuatan anggota ini lahir dari perbuatan hati yang tidak mampu dibendung. Contohnya ialah, orang yang mendengar seruan kembali kepada al Quran dan hadith itu akan :

1⃣ dengan sengaja mengalihkan mukanya dari orang yang menyeru. Atau
2⃣ dengan sengaja meninggalkan tempat itu sehingga seruan tersebut tidak kedengaran.

Itulah satu contoh yang mudah. Contoh perbuatan berpaling dari ayat2 Allah melalui perkataan ialah

1⃣ memilih cara hidup orang kafir, bersuka ria semata2 dan meninggalkan cara hidup bersyariat menurut al Quran dan hadith, samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil.

2⃣ Mengambil hukum manusia dan meninggalkan hukum Allah samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil.

3⃣ ridho kepada pemimpin yang memilih undang2 penjajah dan meninggalkan undang2 Islam, samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil. 3 contoh perbuatan itu adalah menyebabkan jatuh kafir.

Buktinya dari dalam al Quran ialah (Al-Maidah : 49-50)

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka *berpaling* (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

*أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ*

Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang yang yakin?

 (Al-Maidah : 49-50)

Segala yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum An- Nisa : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan