(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 30 Disember 2015

Bab 8 Soalan 41: A) Cerahkan makna WAJIB PADA AKAL. Apa istilahnya dalam Bahasa Arab? Apa sebenarnya yang wajib pada akal itu? Cuba kaitkan dengan perkara yang WAJIB PADA ADAT B) Apa tujuan kita mempelajari makna WAJIB pada akal?

Soalan 41 Bab 8

Hukum akal itu 3 perkara. Dalam Bahasa Melayu disebut :

1) Wajib pada akal
2) Mustahil pada akal
3) Harus pada akal


A) Cerahkan makna WAJIB PADA AKAL.

Apa istilahnya dalam Bahasa Arab?

Apa sebenarnya yang wajib pada akal itu?

Cuba kaitkan dengan perkara yang WAJIB PADA ADAT


B) Apa tujuan kita mempelajari makna WAJIB pada akal?


Jawapan
Soalan 41


Sebelum kita bincang makna wajib pada akal, kita ingat semula makna wajib pada adat pada Soalan 36.
Perkataan yang sama erti dengan wajib pada adat ialah MESTI PADA ADAT.

Oleh itu makna
Wajib pada adat ialah suatu perkara yang tidak boleh tidak ianya MESTI pada MAKHLUK. Jika TIDAK diperbuat ianya akan mendatangkan MUDARAT pada makhluk iaitu mudharat pada adat.

Saya ulang semula, sesiapa yang ingat ingat  lupa itu, rujuklah semula pencerahan Soalan 36.

Maka
Diambil daripada itu, makna WAJIB PADA AKAL ialah suatu perkara yang tidak boleh tidak ianya MESTI pada yang menjadikan MAKHLUK itu.

Siapa yang menjadikan makhluk itu?

Jawabannya ialah ALLAH

Dalam perkataan lain, makna wajib pada akal ialah perkara yang tidak boleh tidak ianya MESTI PADA ALLAH @ WAJIB PADA ALLAH @ WAJIB PADA ZAT ALLAH @ WAJIB PADA DIRI ALLAH.

BUKAN PADA PERBUATAN ALLAH MENJADIKAN MAKHLUK

BUKAN PADA PERBUATAN ALLAH MENGHUKUM MAKHLUK

Saya pasti akan ada yang nak tanya,

Apa makna
BUKAN PADA PERBUATAN ALLAH MENJADIKAN & MENGHUKUM ?

Jawapannya begini. Dengar elok elok. Dengar berulang kali lagi baik.

Supaya mudah faham, kita fikirkan dalilnya dahulu. Dalil paling hampir adalah diri kita sendiri.

Untuk memahami perbuatan Allah itu, kita WAJIB FAHAM makna perbuatan makhluk. Itulah kaedah untuk memahami salah satu daripada PENGENAL KEPADA ALLAH iaitu PERBUATAN ALLAH

Baik.
Apa makna perbuatan makhluk?

Perbuatan makhluk ada 3 perkara
@ 3 jenis iaitu

1) perbuatan ANGGOTA pancaindera
2)perbuatan LIDAH
3) perbuatan HATI

Apa contoh contoh perbuatan itu?

7 contoh perbuatan ANGGOTA 5 pancaindera ialah

1) menaip (dengan jari tangan)
2) melihat skrin (dengan mata)
3) menghidu (dengan hidung)
4) merasa (dengan mulut dan lidah )
5) mendengar (dengan telinga)
6) berjalan
7) berhenti @ diam

7 contoh perbuatan LIDAH ialah

membaca al Quran
bercakap
menyanyi
berpidato
berucap
membaca hukuman
berbisik


7 contoh perbuatan HATI pula ialah

BERIKHTIAR
MEMILIH
berniat
berfikir
berangan angan
bercita cita
berazam

PADA ADAT & PADA SYARAK
Semua 3 jenis perbuatan kita itu adalah
atas PILIHAN KITA SENDIRI
atas IKHTIAR KITA SENDIRI
atas KEHENDAK KITA SENDIRI
atas USAHA KITA SENDIRI

BUKAN ATAS PILIHAN ORANG LAIN
MUSTAHIL ATAS PILIHAN ORANG LAIN
TERLEBIH MUSTAHIL ATAS PILIHAN ALLAH

BUKAN ATAS KEHENDAK ORANG LAIN
MUSTAHIL ATAS KEHENDAK ORANG LAIN
TERLEBIH MUSTAHIL ATAS KEHENDAK ALLAH

Tapi ingat semula ya
Baru sebentar tadi saya sebut
Itu semua adalah PADA ADAT &
PADA SYARAK

Sedangkan
FOKUS perbincangan kita skrg ini adalah tentang HUKUM AKAL & PADA AKAL dalam Bab 8.

Hukum adat telah kita bincang pada Bab 7
Hukum syarak pula akan kita bincang pada Bab 9 insya Allah

Kita teruskan semula
Kita tahu, setiap perkara yang sabit pada makhluk maka MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH. Oleh sebab itu, 3 jenis perbuatan makhluk itu adalah MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH.

Maka perbuatan Allah itu sebenar benarnya adalah LAISAKAMISLIHISYAIUN. Oleh kerana perbuatan Allah itu LAISAKAMISLIHISYAIUN maka pengenal kepada perbuatan Allah itu juga LAISAKAMISLIHISYAIUN

Jadi
Kita pelajari makna 3 perbuatan makhluk itu adalah sekadar untuk MENGHAMPIRKAN kepada makna sebenar PERBUATAN ALLAH.

Perbuatan Allah pada menjadikan makhluk dan perbuatan Allah pada menghukum makhluk akan kita bincang pada perkara ke-3 iaitu perkara yang HARUS PADA AKAL
Insya Allah

Saya ulang semula
WAJIB PADA AKAL disini adalah menyatakan perkara perkara yang diterima oleh akal tentang Allah

Tentang apa?

Tentang perkara perkara yang WAJIB
PADA ZAT @ DIRI ALLAH

Jika perkara itu tidak ada pada Allah maka MUSTAHIL ALLAH ITU WUJUD.

Maka
Diterima akal bahawasanya wajib pada Allah itu 20 perkara yang biasa disebut sebagai sifat 20.

6 perkara dari 20 perkara itu telah kita cerahkan pada soalan 4

Baki 14 perkara lagi akan kita bincang pada Bab 12. In syaa Allah

Ingat semula 6 PERSAMAAN pada sekalian makhluk pada Bab 3 & 4.
6 persamaan itulah perkara yang wajib sabit pada sekalian makhluk dan 6 perkara yang mustahil sabit pada Allah

6 perkara itu ialah seperti berikut :

1) Sekalian makhluk harus ada.
     Allah wajib ada @ Wajib Wujud

2) Sekalian makhluk ada permulaan.
     Allah tidak ada permulaan @
     Wajib Qidam

3) Sekalian makhluk berubah.
     Allah tidak berubah selama lamanya
     @ Wajib Baqo

4) Sekalian makhluk ada persamaan.
     Allah tidak ada persamaan
     @ Wajib Mukholafatuhu lilhawadith

5) Sekalian makhluk ada kekurangan.
     Allah tidak ada kekurangan
     @ Wajib Qiyamuhu binafsih

6) Zat sekalian makhluk berbilang bilang.
     Zat Allah tidak berbilang berbilang
     @ Wajib wahdaniat

Dalam Bahasa Arab, perkara yang wajib pada akal itu disebut AL WUJUBU

Persoalan seterusnya ialah
Apa tujuan kita mempelajari makna WAJIB pada akal?

Tujuannya adalah

Supaya kita tahu perbezaannya dengan 2 makna yang lain iaitu :

makna wajib pada adat serta
makna wajib pada syarak.


Segala yg baik2 itu adalah anugerah Allah dan
segala yg salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Selasa, 29 Disember 2015

Bab 7 Soalan 40 : Hukum terbahagi 3 iaitu Hukum adat, akal & syarak Mempelajari hukum akal adalah perintah Allah Persoalannya ialah A) Apakah takrif @ makna hukum akal? B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum akal?

-----------------------------

Jawapan
Soalan 40


Rujuk semula Soalan 34
Hukum terbahagi 3 iaitu Hukum adat, akal & syarak

Mempelajari hukum akal adalah perintah Allah

Persoalannya ialah

A) Apakah takrif @ makna hukum akal?

Sebelum kita bincang takrif tersebut, kita ingat semula makna hukum adat.
Hukum itu adalah KEPUTUSAN
Adat itu adalah KEBIASAAN

Hukum adat itu TERHENTI setakat

1) alam NYATA yang dilihat oleh pancaindera sahaja. Tidak melibatkn alam ghaib.

2) tidak dihubungkan dengan Allah. Tidak ada persoalan halal @ haram. Tidak ada persoalan syurga neraka. Tidak ada persoalan agama.

3) Hukum adat terhenti setakat sunnah alam sahaja.

HUKUM AKAL pula adalah keputusan yang dibuat oleh AKAL tentang pencipta alam semesta @ pencipta sunnah alam. Hukum akal ini TIDAK TERHENTI setakat LOGIK AKAL dan perkara yang dicapai oleh pancaindera tetapi

1) dihubungkan dengan Allah
2) melibatkan kekuasaan Allah

Perumpamaan hukum akal adalah seperti ini

Untuk sampai ke sekolah, kita akan melalui kebun jiran. Semasa dalam perjalanan ke sekolah, kita terjumpa deretan BEKAS TAPAK KAKI HARIMAU didalam kebun getah milik jiran. Deretan tapak kaki harimau itu menunjukkan bahawa HARIMAU telah masuk ke dalam kebun jiran. Mustahil BEKAS tapak kaki itu terjadi sendiri. Mesti ada yang menyebabkan BEKAS itu.

NAMPAK bekas tapak kaki harimau itu adalah umpama HUKUM ADAT sahaja. SETAKAT NAMPAK BEKAS TAPAK KAKI SAHAJA. Dia TIDAK tahu bekas tapak kaki apa. Tidak lebih dari itu. Akalnya tidak sampai kepada HARIMAU.

Kenapa akalnya tidak sampai kepada harimau?

Sebab dia TIDAK KENAL HARIMAU.

Apabila ternampak bekas tapak kaki harimau dan akal kita SAMPAI kepada harimau yakni kita TAHU & FAHAM bahawa bekas itu adalah BUKTI HARIMAU sudah datang, maka itu adalah perumpamaan HUKUM AKAL

Bekas @ tanda @ bukti harimau itu ialah BEKAS TAPAK KAKINYA

Itulah tanda @ bekas @ bukti PADA ADAT

Sekarang ini apa pula BEKAS Allah ?

Bekas @ Tanda @ Bukti Allah pada akal pula ialah ALAM SEMESTA ini

Alam semesta ini telah kita LIHAT

Mustahil bekas kaki harimau terjadi sendiri
Itu tandanya ada yang memberi bekas pada adat iaitulah HARIMAU

Itulah bukti
Mustahil alam semesta ini terjadi sendiri
Itu tandanya ada yang memberi bekas pada akal iaitulah ALLAH

Secara ringkasnya makna HUKUM AKAL ialah perkara perkara tentang pencipta alam semesta dan pencipta sekalian alam yang bernama ALLAH.

Ingat ya

KITA BUKAN MEMIKIRKAN ALLAH. Akal kita tidak mampu memikirkan Allah. AKAN TETAPI KITA MAMPU MEMIKIRKAN

TANDA TANDA ALLAH pada akal
BUKTI BUKTI ALLAH pada akal
BEKAS BEKAS ALLAH pada akal

Tanda, bukti @ bekas itu adalah MAKHLUK yg mampu difikirkan. Semua makhluk itu menunjukkan perkara perkara tentang Allah.

Perkara apa tentang Allah?

Perkara yang dimaksudkan ialah 20 sifat yang mustahil sabit pada sekalian makhluk tetapi WAJIB sabit kepada Allah.

Apa dia perkara yang WAJIB sabit kepada Allah itu?

Itulah dia Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun yang biasa disebut sebagai SIFAT 20.

Persoalan seterusnya ialah


B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum akal?


Tujuan kita mempelajari hukum akal adalah untuk

1) Supaya kita kenal Allah itu TIDAK ADA YANG SEUMPAMANYA

2) Supaya kita tahu mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang disebut sebagai BIDA'AH pada akal

3) Supaya kita tahu menjaga ADAB ADAB kepada Allah.

4) Supaya kita TIDAK mencampuri urusan urusan Allah

5) Supaya kita tergolong sebagai orang yang Islam pada akal


Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan
Semua yang salah & silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal. blogspot.com

Ahad, 27 Disember 2015

Bab 7 Soalan 39: Maksud bagi ketiga tiga perkataan ini adalah berbeza. Cerahkan perbezaan 3 perkataan itu dan berikan contoh. 1) adat 2) pada adat 3) hukum adat

Soalan 39

Maksud bagi ketiga tiga perkataan ini adalah berbeza.  Cerahkan perbezaan 3 perkataan itu dan berikan contoh.

1) adat
2) pada adat
3) hukum adat


Jawapan


Maksud bagi perkataan ADAT dan
PADA ADAT adalah SAMA

Hanya sebutan sahaja yang berbeza

Maksud HUKUM ADAT pula sudah KHUSUS, sudah spesifik

Saya ulang semula

Maksud perkataan ADAT dan PADA ADAT sangat UMUM

Maksud perkataan menurut HUKUM ADAT pula sudah khusus.

Sebelum saya berikan contoh bagi ketiga tiga istilah itu, saya berikan satu contoh dalam bentuk matematik agar lebih mudah diifahami. Kita dah belajar topik SET ketika tingkatan 1. Contoh soalan seperti ini

Set A = {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9}

Set B = {9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, 0}

Set C = {2, 4, 6, 8}

Set A umpama ADAT
Set B umpana PADA ADAT
Set C umpama HUKUM ADAT

Apabila disebut SET A & SET B maka maksud kedua duanya adalah SAMA

Itulah contoh untuk memahami perkataan ADAT & PADA ADAT

Maksud kedua duanya adalah SAMA

Apabila disebut PADA ADAT ia tidak semestinya HUKUM ADAT

Tetapi apabila disebut menurut HUKUM ADAT maka ia sudah pasti PADA ADAT

Contohnya agar lebih mudah faham adalah seperti ini

Saya beri cerita pendek

Apabila kita hendak belajar samada di sekolah @ kolej @ universiti, pertama tama kita mestilah memohon untuk menjadi pelajar.

Selepas permohonan diluluskan, barulah kita mendaftarkan diri.

Selepas itu barulah kita belajar dan mengambil peperiksaan.

Selepas itu barulah dapat keputusan LULUS @ GAGAL.

Dari cerita pendek tu, tengok 3 contoh ayat dan penggunaan perkataan PADA ADAT & HUKUM ADAT yang sesuai

3 contoh perkataan adalah seperti ini

PADA ADAT oran yang ingin memiliki SIJIL mestilah BELAJAR diinstitusi yang diiktiraf seperti sekolah


PADA ADAT jika sekadar mendaftarkan diri sebagai pelajar, sijil TIDAK akan diberikan.


Menurut HUKUM ADAT hanya orang yang menduduki peperiksaan yang akan menerima SIJIL

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah
Segala yang salah & silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu

Maaf zahir & Batin
Wallohua'lam

Www.dalilakal.blogspot.com

Www.laisakamitslihisyaiun.blogspot. com

Sabtu, 26 Disember 2015

Bab 7 Soalan 38 : Ringkasan tentang hukum ADAT Soalannya ialah: Berikan 3 contoh selain contoh yg diberikan untuk setiap istilah berikut : 1) Sunnah alam 2) Wajib pada adat 3) Mustahil pada adat 4) Harus pada adat 5) Islam pada adat 6) Kafir pada adat 7) Bida'ah pada adat 8) Contoh perkara yang sudah terjadi yg sebenarnya mencarik adat @ menyalahi adat ?

Soalan 38


Soalan & Jawaban


Ringkasan tentang hukum ADAT

Rujuk semula soalan 36 & 37

Soalannya ialah:

Berikan 3 contoh selain contoh yang diberikan untuk setiap istilah berikut :

1) Sunnah alam

Contoh

Setiap manusia mesti mati

Semua yang hidup perlu makanan

Manusia melahirkan manusia


2) Wajib pada adat

Contoh

Jika nak menternak lembu mesti ada lembu dan mesti ada tempatnya

Jika nak pandai mestilah guna akal

Jika pokok ditebang mestilah jatuh ke bawah


3) Mustahil pada adat

Contoh

Tanam pokok padi tapi jadi pokok durian

Berjalan kaki ke langit

Kereta bergerak tanpa engin


4) Harus pada adat

Contoh

Hari ini saya ke sekolah naik bas
Semalam saya ke sekolah berjalan kaki

Semalam saya makan nasi
Hari ini saya tak makan

Pagi tadi saya kenyang
Sekarang dah lapar


5) Islam pada adat

Contoh

Menolong orang yang dalam kesusahan

Sentiasa bercakap benar

Suka hidup dengan kasih sayang


6) Kafir pada adat

Contoh

merompak bank

Sentiasa bercakap bohong

Apabila bercakap menyakitkan hati orang


7) Bida'ah pada adat

Contoh

Dia mengaku kenyang cukup dengan berniat makan

Dia mendakwa pernah bertemu Allah

Dia percaya Ayah Pin yang sewel tu ketua kerajaan langit


8) Contoh perkara yang sudah
    terjadi yang sebenarnya mencarik
    adat @ menyalahi adat

Contoh

Nabi Isa menghidupkan orang mati

Tongkat Nabi Noh boleh membelah laut

Keluar air dari celah-celah jari Nabi Muhammad s.a.w.


Semua yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah itu kerana kesilapan saya memperturut hawa nafsu

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot. com

Jumaat, 25 Disember 2015

Bab 7 Soalan 37 :A) Apakah makna MUSTAHIL menurut hukum adat? Berikan contoh B) Apakah makna HARUS menurut hukum adat? Berikan contoh C) Apakah tujuan kita mempelajari makna mustahil dan makna harus pada adat?

  1. Soalan ke-4 Bab-7


    Rujuk semula Soalan 35 & 36


    Soalan 37


    Hukum adat terbahagi kepada 3 iaitu:

    Wajib
    Mustahil dan
    Harus

    A) Apakah makna MUSTAHIL menurut hukum adat?

    Berikan contoh

    B) Apakah makna HARUS menurut hukum adat?

    Berikan contoh

    C) Apakah tujuan kita mempelajari makna mustahil dan makna harus pada adat?

    Jawapan


    A) Apakah makna mustahil menurut hukum adat?


    Perkataan yang paling hampir maknanya dengan makna MUSTAHIL pada adat ialah TIDAK MUNGKIN @ TIDAK DITERIMA AKAL pada adat

    Supaya lebih mudah faham, perkataan MUSTAHIL pada adat itu adalah lawan bagi perkataan WAJIB pada adat

    Oleh itu

    Makna MUSTAHIL pada ADAT ialah perkara yang sama sekali TIDAK MASUK AKAL @ TIDAK MUNGKIN pada adat

    Apa yang tidak mungkin?
    Kenapa tidak mungkin?

    Sebabnya ialah, perkara yang terjadi itu TIDAK dikaitkan sama sekali dengan kekuasaan Allah. Begitulah hukum adat. Akal yg memikirkan perkara itu hanya

    1) TERHENTI setakat apa yg dicapai oleh pancaindera @ logik akal sahaja.

    2) Hanya membicarakan perkara di alam NYATA @ sunnah alam sahaja. Tidak membicarakan perkara dialam GHAIB.

    3) Tidak dikaitkan sama sekali dengan kekuasaan Allah


    Ingat ya.. 

     hukum adat ini sama sekali tidak dikaitkan dengan KEKUASAAN ALLAH. Tidak membicarakan perkara2 dialam GHAIB.

  2. Sy ulang semula, dengar elok elok.

    Makna MUSTAHIL pada adat ialah perkara yang tidak TIDAK MASUK AKAL @ TIDAK MUNGKIN menurut sunnah alam @ alam nyata kerana tidak dikaitkan dengan KEKUASAAN ALLAH. Hanya TERHENTI sekadar menurut LOGIK AKAL berdasarkan apa yang dicapai oleh pancaindera sahaja.

    Apa dia contoh yang tidak masuk akal @ tidak mungkin pada adat itu?

    Contoh pertama

    Pada adat
    Mustahil manusia berubah menjadi pokok

    Pada adat
    Tidak diterima akal bahawa manusia berubah menjadi pokok

    Contoh kedua

    Pada adat
    Mustahil manusia boleh hidup dengan memakan dan meminum RACUN

    Pada adat
    Tidak diterima akal bahawa manusia boleh hidup dengan memakan dan meminum RACUN

    Contoh ketiga

    Pada adat
    Mustahil api tidak menghanguskan tubuh manusia

    Pada adat
    Tidak diterima akal bahawa api TIDAK menghanguskan tubuh manusia.

    Contoh keempat

    Pada adat
    Mustahil seseorang SEDANG mengerjakan solat di mekah jika sekadar BERANGAN angan sambil duduk dirumah.

    Pada adat
    Tidak diterima akal bahawa seseorang mendakwa sudah solat 5 waktu tetapi cukup sekadar BERNIAT sahaja.

    Contoh kelima

    Pada adat
    Mustahil kita kenal gajah tanpa belajar mengenal gajah.

    Pada adat
    Tidak diterima akal bahawa seseorang tiba tiba TAHU tentang gajah tanpa belajar.

    Itulah 5 contoh perkara yang mustahil pada adat. Mungkin ada yang terfikir 1 persoalan ini iaitu :

    Berdasarkan contoh ketiga tadi, kenapa pula Nabi Ibrahim a.s. TIDAK dihanguskan oleh api?

    Jawabannya begini

    Kenapa Nabi Ibrahim tidak hangus didalam api?

    Itulah satu contoh yg disebut sebagai MENCARIK ADAT @ MENYALAHI ADAT. Telah berlaku satu perkara yang mustahil pada adat.

    Pada akal @ pada hakikat
    Api itu tidak menghanguskan Nabi Ibrahim a.s. adalah atas perintah Allah. Allah perintahkan api itu supaya SEJUK kepada Nabi Ibrahim. Allah perintahkan api menghanguskan tali pengikat Nabi Ibrahim tetapi Allah tidak perintahkan api menghanguskan pakaian dan kerusi kayu tempat Nabi Ibrahim diikat dan didudukkan.

    Pada akal @ pada hakikat
    Api itu menghanguskan @ tidak menghanguskan adalah atas perintah Allah

    Pada akal @ pada hakikat
    Tidak ada yang menghanguskan melainkan Allah

    Itu pula dari sudat HUKUM AKAL @ PADA HAKIKAT

  3. Kita wajib faham hukum akal dan perbezaannya dgn 2 hukum yg lain
    Hukum akal @ disebut juga sebagai HAKIKAT adalah JALAN PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

    Tapi fokus kita skrg adalah hukum adat. Kita masih pada Bab 7

    Hukum akal @ hakikat akan kita bincang pd Bab 8.

    Oleh sebab itulah kita TIDAK boleh berpegang kepada hukum adat semata mata. Orang yang berpegang kepada hukum adat semata mata,  tidak dihubungkan dengan Allah adalah orang KAFIR. Golongan yang berpegang kepada hukum adat semata mata dikenali sebagai JABARIAH.

    Mereka TIDAK mahu @ mungkin tidak tahu menghubungkan perbuatan mereka kpd Allah
    Lihat semula pencerahan pd Soalan 34.

    Ingat semula
    Pada syarak, jika kita mahu semua perbuatan kita menjadi IBADAH @ TIDAK SIA SIA, maka kita WAJIB menghubungkan semua perbuatan kita kepada Allah.

    Seseorang yg membenarkan perkataan yang MUSTAHIL pada adat itu dikatakan melakukan BIDA'AH PADA ADAT. Istilah lain bagi bida'ah pada adat ialah KAFIR pada adat.

    Bida'ah pada adat?
    Kafir pada adat?
    Ya
    Apa contohnya?

    Saya ulang semula 5 contoh bida'ah pada adat iaitu perkataan seperti berikut :

    1) Ada manusia yang boleh berubah menjadi POKOK

    2) Ada manusia yang boleh hidup HANYA dengan memakan dan meminum RACUN

    3) Ada manusia yang dilahirkan memang tubuhnya tidak hangus walau dibakar didalam oven.

    4) Ada orang yang boleh berada dimana mana yang dia suka dalam sekelip mata walaupun jauh beribu batu, cukup sekadar BERNIAT sahaja.

    5) Ada orang yang memang sudah kenal gajah sejak dilahirkan.

    Itulah 5 contoh perkataan yang sebenarnya BIDA'AH pada adat.

    Apa sebenarnya makna bida'ah pada adat?

    Bida'ah pada adat ialah sesuatu yang diada adakan. Sedangkan apa yg diada adakan itu SEBENAR BENRNYA adalah

    TIDAK AKAN ADA
    TIDAK PERNAH WUJUD
    TIDAK AKAN TERJADI
    dan 1001 yang lain yang sebenarnya MUSTAHIL pada adat

    Semua perkataan itu hanya ada didalam fikiran @ sekadar angan angan yang MUSTAHIL BERLAKU @ MUSTAHIL TERJADI PADA ADAT

    Apa tujuan mengetahui makna BIDA'AH pada adat?

    Tujuannya ialah supaya kita mudah memahami

    1) makna bida'ah pada akal
    2) makna bida'ah pada syarak
    3) makna kafir pada akal dan
    4) makna kafir pada syarak

    Persoalan seterusnya ialah
    apa makna HARUS pada adat?


    Jawabannya begini

    Harus pada adat ialah perkara yang hukumnya BERUBAH-UBAH mengikut keadaan.

    Apa yang berubah? Apa contohnya?

    Contohnya seperti ini.

    1) Si Ahmad dalam keadaan kenyang sebab baru makan sebentar tadi.

    2) Si Darwis dalam dalam keadaan tidak kenyang tidak lapar.

    3) Si Batu Bara dalam keadaan terlalu kenyang sebab makan sehingga 3 pinggan besar.

    4) Si Lubis dalam keadaan lapar sebab tidak makan sejak semalam.

    5) Si Chongyu dalam keadaan yang nyawa nyawa ikan sebab sudah 10 hari tidak makan.

    Soalannya
    Siapa yang paling patut diberi makan?
    Siapa yang paling patut tidak diberi makan?

    Jawabannya

    Yang paling patut diberi makan ialah
    Si Chongyu
    Si Chongyu WAJIB diberi makan segera. Sebabnya ialah, jika tidak dia mungkin mati kelaparan.

    Ingat ya..
    Ini hukum adat.
    Wajib disini
    BUKAN WAJIB PADA SYARAK
    BUKAN WAJIB PADA AKAL
    tetapi WAJIB PADA ADAT

    Yang tidak patut diberi makan ialah Si Batu Bara. Sebabnya ialah, dia sudah terlalu kenyang.

    Dalam keadaan ini, memberi makan Si Chongyu adalah WAJIB pada adat untuk mengelakkkan mati dalam kelaparan.

    Sedangkan hukum asal makan adalah HARUS PADA ADAT. Sekarag sudah bertukar menjadi WAJIB.

    Tetapi hukum itu berubah mengikut keadaan. Hanya wajib pada Si Chongyu.
    Tidak wajib pada orang lain.

    Ingat sekali lagi
    Wajib disini
    BUKAN WAJIB PADA SYARAK
    BUKAN WAJIB PADA AKAL
    tetapi WAJIB PADA ADAT

    Persoalan terakhir ialah


    Apa tujuan kita mempelajari makna harus pada adat?

    Tujuannya ialah supaya kita mudah memahami akan

    1) makna harus pada akal dan
    2) makna harus pada syarak
  4. Wallohua'lam
  5. www.dalilakal.blogspot.com

Selasa, 22 Disember 2015

Bab 7 Soalan 36 : Hukum adat terbahagi kepada 3 iaitu Wajib Mustahil dan Harus 1) Apakah makna wajib menurut hukum adat? 2) Apa tujuan mempelajari makna WAJIB PADA ADAT?

Soalan ke-3 Bab-7


Rujuk semula Soalan 34 & 35.


Soalan 36


Hukum adat terbahagi kepada 3 iaitu

Wajib
Mustahil dan
Harus

1) Apakah makna wajib menurut hukum adat?

2) Apa tujuan mempelajari makna WAJIB PADA ADAT?


Jawapan


Perkataan yang sama erti dengan

WAJIB pada adat ialah
MESTI pada adat

Makna WAJIB menurut hukum adat atau lebih biasa disebut makna WAJIB pada ADAT itu ialah sesuatu perkara yang menurut LOGIK AKAL "tidak boleh tidak" ianya MESTI :

Mesti apa?

Saya ulang semula,
Dengar baik baik

Makna WAJIB pada ADAT itu ialah sesuatu PERKARA yang menurut LOGIK AKAL "tidak boleh tidak" ianya MESTI :

Mesti apa?

1) mesti ADA
2) mesti DIMAKAN
3) mesti DICEGAH
4) mesti DILAKUKAN
5) mesti DIKETAHUI
6) mesti DILIHAT
7) mesti DIDENGAR
8) mesti DIPOTONG

dan 1001 perkara yang "MESTI" PADA ADAT. SEKIRA KIRA TIDAK "ADA" @ TIDAK DIPERBUAT maka ianya akan mendatangkan MUDARAT PADA ADAT

Contohnya pertama

Apabila pesawat @ kapal terbang kehabisan minyak semasa di udara, pesawat itu MESTI JATUH

Maka
Menurut hukum adat,

1) pesawat WAJIB ADA MINYAK pada adat supaya dia boleh terbang

2) pada adat pesawat itu WAJIB JATUH jika tidak ada minyak

Contoh kedua :

Pada adat
Jika A tidak makan tidak minum selama 30 hari maka A PASTI akan MATI.

Maka pada adat supaya tidak mati, si A WAJIB MAKAN @ MINUM dalam tempoh 30 hari.

Makan dalam tempoh itu WAJIB pada adat untuk si A

Bukan wajib untuk si B

Contoh ke3 yang lebih ringkas

Pada adat
Supaya berilmu wajib belajar
Jika tidak belajar mustahil berilmu pada adat

Contoh 4

Pada adat
Hendak memiliki rumah sendiri WAJIB ada usaha utk memiliki rumah
MUSTAHIL pada adat kita memiliki rumah tanpa usaha

Itulah 4 contoh yang WAJIB pada adat @ MESTI pada adat

Orang yg melanggar perkara yang dihukumkan WAJIB pada adat itu dinamakan KAFIR pada adat

Manakala orang yg mengikut perkara yang dihukumkan WAJIB pada adat itu dikatakan ISLAM pada adat

Apabila kita faham makna kafir pada adat maka mudahlah untuk memahami makna kafir pada akal dan kafir pada syarak

Begitulah juga dengan makna Islam pada adat

Apabila kita faham makna Islam pada adat, maka mudahlah kita memahami akan makna Islam pada akal dan Islam pada syarak

Mungkin ada yang terfikir, berdosa atau tidak jika melanggar perkara yang WAJIB pada adat?

Jawapannya begini

Hukum adat TERHENTI setakat LOGIK AKAL sahaja.
Sama sekali TIDAK dikaitkan dgn ALLAH @ AGAMA ISLAM. Oleh sebab itu, hukum adat tidak menyentuh soal pahala @ dosa. Soal dosa @ pahala adalah dari sudut hukum SYARAK sahaja.
Bukan hukum adat
Bukan juga hukum akal.

Oleh sebab itulah, orang yang berpegang kepada hukum adat semata mata adalah orang KAFIR. Lihat semula Soalan 35.

Setiap perbuatan @ perkataan orang Islam WAJIB dihubungkan kepada Allah. Jika tidak dikaitkan dengan Allah maka perbuatannya itu akan jatuh samada kepada yang SIA SIA @ yang HARAM pada syarak.

Tetapi fokus kita sekarag ialah HUKUM ADAT
Bukan hukum syarak

Kita akan bincang hukum syarak pada Bab 9 insya Allah
Srkarag baru Bab 7

Persoalan seterusnya


Apakah tujuan kita mempelajari makna WAJIB PADA ADAT?

Tujuannya ialah supaya kita

1) faham makna kafir pada adat
2) faham makna islam pada adat

Apabila kita sudah faham makna kedua duanya itu maka kita akan mudah memahami

Makna Islam pada akal
Makna Islam pada syarak
Makna Kafir pada akal
Makna Kafir pada syarak

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah
Segala yang salah & silap itu adalah atas kesilapan saya memperturut hawa nafsu

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

 www.dalilakal.blogspot.com

Ahad, 20 Disember 2015

Bab 7 :Soalan 35 A) Apakah takrif atau makna hukum ADAT? B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum adat?

Bab-7 Soalan 2

Rujuk semula Soalan 34.
Mempelajari hukum adat adalah PERINTAH ALLAH

Setiap mukallaf wajib mengetahui perbezaan antara hukum adat, hukum akal & hukum syarak

Persoalan sekarang ialah

Soalan 35


A) Apakah takrif @ makna hukum ADAT?

B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum adat?

============================

Jawapan


Sebelum kita cerahkan, elok kita lihat dahulu 2 perkataan iaitu

1) HUKUM &
2) ADAT

Apa makna hukum ?
Apa makna adat ?
Apa makna hukum adat ?

HUKUM ialah KEPUTUSAN.
ADAT pula ialah KEBIASAAN.

Perkataan "adat" itu diambil daripada bahasa Arab iaitu "adi" yang bermakna "kebiasaan". Kebiasaan yang dirujuk kepada sunnah alam seperti

1) air bergerak dari tempat tinggi ke tempat rendah,
2) Apabila makan akn kenyang,
3) Apabila mati tubuh akan reput,
4) Apabila tak makan minum akan mati dan sebagainya.

Itulah 4 contoh "kebiasaan"

Jadi
Apa pula makna HUKUM ADAT ?

Sebelum kita cerahkan makna hukum adat, kita fikirkan dahulu 2 persoalan ini

1) Makna HUKUM itu ialah "keputusan"
 Siapa yg membuat KEPUTUSAN?

2) Makna adat itu ialah "kebiasaan".
Apa pula yang KEBIASAAN?

'Keputusan" itu dibuat oleh AKAL KITA SENDIRI berdasarkan INFO INFO yang masuk kedalam HATI melalui mana mana PANCAINDERA. Dalam perkataan lain, KEPUTUSAN itu dibuat oleh MANUSIA berdasarkan LOGIK AKAL

KEPUTUSAN ITU TERHENTI SETAKAT APA YANG DICAPAI OLEH PANCAINDERA SAHAJA.

TIDAK MELIBATKAN AL QURAN .
TIDAK MELIBATKAN HADITH.

TIDAK MELIBATKAN ALLAH.
TIDAK MELIBATKAN TUHAN.
TIDAK MELIBATKAN ISLAM.

PENDEK KATA
HUKUM ADAT ITU
TERHENTI SETAKAT LOGIK AKAL SEMATA SEMATA SAHAJA. SAMA SEKALI TIDAK DIKAITKAN DENGAN ALLAH.

Selain 4 contoh kebiasaan diatas itu Kita fikirkan 4 contoh ini pula:


1) Apabila makan ubat maka penyakit SEMBUH.
2) Apabila kertas dibakar maka kertas HANGUS.
3) Apabila pisau tajam tercucuk tangan maka tangan LUKA.
4) Apabila kambing beranak maka lahir anak kambing. Bukan anak lembu yg lahir.

Dalam perkataan lain

UBAT menyembuhkan penyakit pada ADAT
API menghanguskan kertas pada ADAT
PISAU TAJAM melukakan tangan pada ADAT
Kambing melahirkan anak kambing pada ADAT. Bukan melahirkan anak lembu .

Itulah HAK HAK MAKLUK yang kita TIDAK BOLEH NAFIKAN.

Jika kita nampak orang
Kita kata orang, JANGAN kata nampak lembu

Jika kita rasa sakit kena tumbuk, JANGAN kata "best" kena tumbuk.

Jika kita kelaparan sebab tak makan 7 hari, JANGAN kata seronok kelaparan

Pada adat, semua perkataan yang bercanggah dengan LOGIK AKAL itu dinamakan KAFIR PADA ADAT.

BUKAN KAFIR PADA AKAL
BUKAN KAFIR PADA SYARAK

Tapi KAFIR PADA ADAT...
Kita perlu memahami makna "kafir pada adat" untuk memahami makna "kafir pada akal" dan "kafir pada syarak'

Makna kafir pada akal dan kafir pada syarak akan dibincangkan pada Bab 8 & Bab 9. Insya Allah. Sekarang kita baru mula Bab 7.

SEMUA PERKATAAN YANG BERCANGGAH DENGAN LOGIK AKAL ITU SEBENAR BEZNARNYA MELANGGAR HAK HAK MAKHLUK.

Jika dikaitkan kepada Allah
Itu BUKAN lagi hukum ADAT tetapi disebut sebagsi hukum AKAL

Hak itu sebenarnya Allah Ta'ala yang berikan

FOKUS perbincangan kita sekarang ialah HUKUM ADAT bukan hukum akal.

Contoh pertama tadi : Ubat

Hak ubat itu menyembuhkan penyakit pada adat.
Jika dikaitkan dengan Allah, SEBENAR BEZNARNYA UBAT ITU MENYEMBUHKAN @ TIDAK MENYEMBUHKAN PENYAKIT ATAS PERINTAH ALLAH
Nabi Daud mengambil ubat atas perintah Allah.
Penyakit Nabi Daud sembuh atas kehendak Allah.
Pada akal @ dalam perkataan lain, pada hakikat Allahlah yang menyembuhkan & yang tidak menyembuhkan.

JANGAN kata ubat TIDAK menyembuhkan pada adat
Perbuatan itu menafikan HAK MAKHLUK.

Contoh ke-2 : Api

Hak api itu menghanguskan pada adat. Jika dikaitkan kpd Allah, SEBENAR BENARNYA API ITU MENGHANGUSKAN @ TIDAK MENGHANGUSKAN ATAS PERINTAH ALLAH.
Nabi Ibrahim TIDAK hangus walaupun dibakar oleh Raja Namrud. Api tidak menghanguskan Nabi Ibrahim atas perintah Allah.

JANGAN kata api TIDAK menghanguskan pada adat
Itu menafikan HAK MAKHLUK

Jika dikaitkan kpd Allah
Pada akal @ pada hakikat, Allahlah yang menghanguskan & yang tidak menghanguskan.

Contoh ke3: Pisau

Hak pisau itu melukakan pada adat

Jika dikaitkan kpd Allah, pada akal @ pada hakikat, Allah yang melukakan @ yang tidak melukakan.

JANGAN kata pisau yang tajam TIDAK semestinya melukakan pada adat
Itu menafikan HAK MAKLUK

Contoh ke-4 : Kambing

Hak kambing melahirkan kambing

Jika dikaitkan kepada Allah
Pada hakikat kambing itu melahirkan anak kambing dengan kehendak Allah

JANGAN dikata kambing TIDAK semestinya melahirkan anak kambing pada adat.
Itu menafikan HAK MAKLUK

Secara ringkasnya, makna hukum adat itu ialah SUNNAH ALAM @ PERATURAN HIDUP DI DUNIA YANG TIDAK DIKAITKAN DENGAN ALLAH.

TIDAK ADA YANG BERPEGANG KPD HUKUM ADAT SEMATA MATA MELAINKAN ORANG KAFIR.

Saya ulang semula:

TIDAK ADA YANG BERPEGANG KEPADA HUKUM ADAT SEMATA MATA MELAINKAN ORANG KAFIR.

Pada syarak, setiap perkataan kita, setiap perbuatan kita WAJIB dikaitkan dengan ALLAH.

Buktinya daripada al Quran telah  dicerahkan pada Soalan 34


Soalan berikutnya pula


Apa tujuan mempelajari hukum adat?

Tujuannya ialah

1) supaya kita tahu HUKUM ADAT itu sebenarnya bertujuan menjaga HAK HAK MAKHLUK. Supaya kita tidak mengambil hak yang BUKAN hak kita.

2) Supaya manusia tahu hidup dengan sempurna seperti cara orang yang berakal. Supaya kita sentiasa berada diatas landasan FITRAH.

3) Supaya kita dapat berlaku adil sesama makhluk walaupun keatas makhluk bukan bernyawa seperti batu. Supaya kita sedar semua itu adalah dijadikan oleh Tuhan yang bernama ALLAH.

4) Yang paling penting ialah supaya SEDAR hukum adat itu pada hakikatnya @ sebenar benarnya adalah atas PERINTAH ALLAH. Makhluk itu sama sekali TIDAK MEMBERI BEKAS pada adat. Hanya Allah yang memberi  bekas pada akal @ pada hakikat. Dalam bahasa yg lebih tepat, supaya kita TAHU bahawasanya hukum adat itu sebenar benarnya adalah ASAS UNTUK MENTAHKIQKAN PENGENAL KITA KEPADA ALLAH bahawasanya Allah itu "laisa kamitslihi syaiun"

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah
Segala yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu.

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com


Dialah Allah, Yang Maha Esa

Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan; tidak pula ada seorang pun yang setara dengan-Nya.” (QS al-Ikhlas [112]: 1-4).

Sabab an-Nuzûl
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu ‘Aliyah, dari Ubay bin Kaab ra., bahwa kaum musyrik pernah berkata kepada Nabi saw, “ Wahai Muhammad, sebutkanlah nasab Tuhanmu kepada kami!” Lalu Allah SWT menurunkan surat ini. Riwayat senada juga disampaikan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Jarir. Abu Ya’la meriwayatkannya dari Jabir ra.

 1. Keutamaan Surat al-Ikhlas
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah bahwa ada seorang laki-laki yang dikirim dalam sebuah sariyah (ekspedisi perang). Dia membaca al-Quran dalam shalat dengan teman-temannya, lalu dia menutupnya dengan surat ini. Setelah kembali, mereka menyampaikannya kepada Rasulullah saw. Beliau bersabda, “ Tanyakanlah kepadanya, mengapa dia mengerjakan itu.” Mereka pun bertanya kepada orang itu, lalu dia menjawab, “Karena itu sifat
Ar-Rahmân dan aku senang membacanya.”
Kemudian beliau bersabda, “Kabarkanlah kepadanya bahwa Allah SWT mencintainya.”
Dari Imam Ahmad dan at-Tirmidzi, dari Anas ra., pernah ada seorang laki-laki yang datang kepada Rasulullah saw. dan berkata, “Sesungguhnya saya mencintai surat ini (Qul huwal-Lâh Ahad dst).” Rasulullah saw. bersabda, “ Kecintaanmu terhadapnya memasukkanmu ke dalam surga (lafal hadis dari Imam Ahmad).”
Imam al-Bukhari dan Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Said al-Khudri, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “ Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya (surat al-Ikhlas) itu setara dengan sepertiga al-Quran .”
Tafsir Ayat
Allah SWT berfirman: Qul huwal-Lâh Ahad
(Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa.”). Perintah Qul dalam ayat ini ditujukan kepada Rasulullah saw. Apabila dikaitkan dengan sabab nuzûl -nya, perkataan itu merupakan jawaban atas pertanyaan kaum musyrik mengenai sifat Tuhan yang beliau dakwahkan. Perintah itu juga berlaku bagi seluruh umatnya, sebab khithâb al-Rasûl khithâb li ummatihi (seruan kepada Rasul, juga seruan kepada umatnya).
Dalam ayat ini, beliau dan umatnya diperintahkan untuk mengatakan: Huwal-Lâh Ahad ; bahwa Tuhan yang mereka tanyakan itu adalah Allah dan Allah itu hanya satu. Sebab, kata ahad bermakna wâhid (satu).

 2. Bahkan ditegaskan al-Baghawi, tidak ada perbedaan makna antara ahad dengan wâhid .

3. Kendati sama-sama menunjuk pada jumlah satu, menurut sebagian mufassir ada perbedaan di antara keduanya. Dinyatakan oleh al-Azhari bahwa sifat ahadiyyah hanya digunakan untuk Allah. Sebagai buktinya, tidak dikatakan rajul ahad wa dirhâm ahad, tetapi dikatakan rajul wâhid wa dirhâm wâhid.

4. Pendapat senada juga dikemukakan Tsa’lab.

 5. Mengenai pengertian ayat ini secara keseluruhan, Ibnu Katsir memaparkan, “ Dialah al-Wâhid al-Ahad; tidak ada yang setara dan pembantu; tidak ada sekutu, yang serupa dan sepadan dengan-Nya. Ungkapan ini tidak diucapkan kepada siapa pun kecuali Allah Azza wa Jalla. Sebab, Dia Mahasempurna dalam semua sifat dan perbuatan-Nya.”

 6. Dalam ayat berikutnya kemudian ditegaskan:
Allâh ash-Shamad (Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu). Dijelaskan az-Zamkhsyari dan asy-Syaukani, kata ash-shamad merupakan fi’l yang bermakna
maf’ûl .

7. Menurut asy-Syaukani, kata tersebut seperti halnya kata al-qabdh yang bermakna al-maqbûdh (yang digenggam). Kata ash-shamad
pun demikian, bermakna al-mashmûd ilayhi , yakni al-maqshûd ilayhi (yang dituju). Jadi, makna ash-shamad adalah al-ladzî yushmadu ilayhi fî al-hâjat (pihak yang dituju atau dijadikan sebagai sandaran dalam berbagai kebutuhan). Hal itu disebabkan karena keberadaan-Nya yang mampu memenuhi berbagai kebutuhan.

8. Penjelasan yang sama dikemukakan al-Qurthubi, al-Sa’di, dan al-Zuhaili.

9. Ibnu ‘Abbas, sebagaimana dikutip al-Qurthubi, juga berpendapat demikian. Menurutnya, pengertian ini sejalan dengan QS an-Nahl [16]: 53.

10. Selain makna itu, ada beberapa makna ash-shamad yang disampaikan oleh para mufassir.
Menurut Ibnu ‘Abbas dalam riwayat lain, Said bin Jubair, Mujahid, al-Dhahhak, ‘Ikrimah, dan al-Hasan, kata ash-shamad berarti Zat yang tidak lapar. asy-Sya’bi juga memaknainya sebagai Zat yang tidak makan dan tidak minum.

11. Abu Aliyah memaknai ash-shamad sebagai Zat yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sebab, tidak ada yang beranak kecuali dia diwarisi; dan tidak ada yang diperanakkan kecuali dia akan mati. Allah SWT pun memberitakan kepada kita bahwa Dia tidak diwarisi dan tidak beranak.

12. Ubay bin Kaab juga berpendapat bahwa makna ash-shamad
dijelaskan oleh ayat sesudahnya: Lam yalid walam yûlad; walam yakun lahu kufuw[an] ahad.

13. Penafsiran lain diberikan Qatadah dan al-Hasan. Keduanya mengatakan bahwa ash-shamad bermakna al-bâqi (yang kekal).
Kendati demikian, sebagaimana ditegaskan Ibnu Jarir ath-Thabari, penafsiran yang lebih tepat adalah yang sesuai dengan makna yang telah dikenal oleh orang yang bahasanya digunakan al-Quran. Menurut orang Arab, makna ash-shamad adalah as-sayyid yang dituju atau dijadikan sebagai sandaran; dan tidak ada seorang pun yang di atasnya.

14. Dikatakan juga oleh Ibnu Anbari bahwa tidak terdapat perbedaan di kalangan ahli bahasa bahwa ash-shamad adalah as-sayyid yang tidak ada lagi seorang pun di atasnya, yang semua manusia bersandar kepada-Nya dalam semua urusan dan kebutuhan mereka.

15. Selanjutnya Allah SWT berfirman: Lam yalid walam yûlad (Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan). Ayat ini memberikan pengertian bahwa tidak lahir dari-Nya anak; Dia juga tidak lahir dari sesuatu apa pun.

 16. Az-Zamakhsyari mengatakan bahwa disebutkan lam yalid karena tidak ada yang sejenis dengan-Nya sehingga bisa dijadikan oleh-Nya sebagai istri, kemudian dari mereka lahirlah anak. Makna ini juga ditunjukkan oleh QS al-An’am [6]: 101.

17. Meskipun dalam ayat ini digunakan kata lam,
bukan berarti hanya menafikan masa lampau. Sebab, ayat tersebut berlaku abadi. Demikian pula nafiy dalam ayat ini. Menurut Fakhruddin ar-Razi, digunakannya kata lam karena merupakan jawaban atas ucapan mereka mengenai anak Allah SWT (QS ash-Shaffat [37]: 151-152).
Kemudian surat ini diakhiri dengan firman-Nya:
walam yakun lahu kufuw[an] ahad (dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya). Maknanya, Allah Yang Maha Esa itu tidak ada yang menandingi atau menyamai-Nya. Menurut Ibnu Jarir ath-Thabari, kata al-kufu’ wa al-kufâ wa al-kifâ’ dalam bahasa Arab memiliki satu makna, yakni al-mitsl wa asy-syibh (semisal dan serupa).

18. Itu berarti, tidak ada satu pun yang setara, sepadan, semisal atau sebanding dengan-Nya.
Gambaran tentang Tauhid
Dari segi jumlah ayat, surat ini tergolong singkat, hanya terdiri empat ayat. Kendati begitu, kandungan isinya amat padat. Keimanan kepada Allah SWT yang menjadi perkara mendasar dalam Islam dijelaskan amat gamblang. Tidak mengherankan jika Rasulullah saw. menyebut surat ini setara dengan tsuluts al-Quran (sepertiga al-Quran).

Dalam surat ini terdapat pelajaran penting. Setidaknya ada tiga perkara penting yang perlu ditandaskan kembali. Pertama: asmâ’ (nama) Tuhan yang patut disembah. Sebagaimana telah diungkap, surat ini turun sebagai jawaban atas pertanyaan kaum musyrik mengenai Tuhan yang disembah Rasulullah saw. Ditegaskan dalam surat ini bahwa Huwal-Lâh (Dia adalah Allah). Allah adalah nama Zat Pencipta alam semesta ini. Menurut al-Biqa’, nama ini—yakni Allah—menunjuk semua sifat kesempurnaan: al-Jalâl wa al-Jamâl. Nama ini juga mencakup seluruh makna al-asmâ’ al-husnâ.

19. Bahwa nama Rabb al-‘âlamîn adalah Allah, amat banyak disebut dalam al-Quran. Dengan nama itu pula manusia diperintahkan untuk memanggil dan berdoa kepada-Nya (QS al-Isra’ [17]: 110).
Oleh karena itu, manusia hanya boleh menyebut-Nya dengan nama yang telah diberitakan-Nya, yakni: Allah, Ar-Rahmân, atau al-asmâ’ al-husnâ lainnya. Manusia tidak boleh memanggil-Nya dengan nama lain yang dibuat sendiri (QS Yusuf [12]: 40).
Kedua : tawhîdul-Lâh atau (pengesaan terhadap Allah). Secara tegas dalam surat ini disebutkan bahwa Allah SWT itu Ahad. Dia hanya satu, bukan dua, tiga, atau lebih sebagaimana yang lazim diklaim oleh kaum kafir. Perkara ini amat banyak diberitakan dalam ayat al-Quran. Bahkan perkara ini didakwahkan oleh semua nabi dan rasul yang diutus Allah SWT. Tidak ada seorang pun di antara mereka kecuali mengajak pada tauhid (lihat QS al-Anbiya’ [21]: 25; asy-Syura [42]: 13).

Keesaan Allah juga ditegaskan dalam ayat: lam yalid walam yûlad ; bahwa Allah tidak memiliki anak; tidak pula menjadi anak bagi selain-Nya; tidak ada pula yang diangkat dan dijadikan sebagai anak-Nya (lihat QS al-Isra’ [17]: 111; Yunus [10]: 68).
Keesaan Allah disebutkan dalam firman-Nya:
walam yakun lahu kuffuw[an] ahad; bahwa tidak ada yang sama, serupa, sejenis, setara atau sebanding dengan-Nya. Dia berbeda dengan semua makhluk-Nya (QS al-Syura [42]:11).
Perkara tauhid ini merupakan perkara paling mendasar yang harus diimani oleh setiap manusia. Siapa pun yang menganggap tuhan lebih dari satu, memiliki anak atau ada yang setara dengan-Nya, maka dia telah terjatuh dalam kekufuran dan kesyirikan. Jika dicermati, semua agama selain Islam dalam konsep ketuhanannya telah terjatuh dalam kesalahan mendasar ini. Di antara agama itu ada yang menganggap selain Allah sebagai tuhan, tuhan lebih dari satu, atau ada makhluk yang setara dengan-Nya; tidak terkecuali agama yang sebelumnya dibawa oleh para nabi, seperti Yahudi dan Nasrani. Kedua agama itu pun dikotori hawa nafsu manusia sehingga terjatuh dalam kesyirikan. Yahudi menyebut Uzair sebagai anak Allah. Nasrani menyebut Isa sebagai anak Allah (lihat QS at-Taubah [9]: 30; al-Maidah [5]: 72). Isa sendiri tidak pernah mengatakan perkataan batil itu (lihat QS al-Maidah [5]: 116).

Dalam al-Quran cukup banyak ayat memberikan bantahan atas kebatilan anggapan Tuhan lebih dari satu. Dalam QS al-Anbiya’ [21]: 22 ditegaskan, seandainya ada banyak tuhan selain Allah, maka langit dan bumi akan binasa.
Orang-orang yang menganggap tuhan lebih dari satu, memiliki anak, atau menyekutukan-Nya dengan yang lain telah diancam dengan hukuman yang amat keras. Apabila mati dalam keadaan demikian maka dosanya tidak akan diampuni (lihat QS al-Nisa [4]: 48, 111). Surga diharamkan atas mereka. Neraka adalah tempat kembali mereka di akhirat; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya (lihat QS al-Maidah [5]: 72-73).

Ketiga : kesempurnaan sifât Allah. Dalam surat ini disebutkan bahwa Allah itu ash-shamad. Dalam al-Quran, kata ini hanya disebut dalam surat ini. Jika dicermati, sifat ini memiliki cakupan makna yang amat luas sekaligus meniscayakan adanya sifat-sifat lainnya.
Sebagaimana telah dipaparkan, kata ini mengandung pengertian bahwa Dia adalah as-sayyid tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi lagi. Artinya, Dia memang Mahatinggi (Al-‘Aliyy),
Mahaagung (Al-‘Azhîm ) dan semua sifat lainnya yang menunjukkan ketinggian-Nya.
Kata ash-shamad juga mengandung makna bahwa Dia tidak memerlukan yang lain. Itu berarti, sebagaimana diterangkan az-Zamakhsyari, Dia adalah Al-Ghaniyy (Mahakaya, tidak butuh terhadap yang lain).

20. Karena tidak membutuhkan yang lain, berarti Dia juga Al-Qadîr (Mahakuasa), Al-Qawiyy (Mahakuat),
Al-‘Azîz (Mahaperkasa), Al-Hayy (Mahahidup) dan semua sifat yang menunjukkan kekuatan-Nya.
Allah juga menjadi sandaran dan tempat bergantung bagi semua makhluk-Nya. Dialah yang menciptakan semua makhluk-Nya (Al-Khâliq ), menghidupkan mereka ( Al-Muhyî ), memberikan rezeki kepada mereka (Ar-Razzâq, Ar-Razîq ) dan menolong hamba-Nya (An-Nâshir ) serta semua semua sifat lainnya yang menunjukkan bahwa Dia menjadi sandaran dan tempat bergantung bagi seluruh hamba-Nya. Dengan demikian, hanya kepada-Nyalah manusia beribadah dan bermohon.
Walhasil, surat ini memberikan gambaran amat jelas mengenai keimanan kepada Allah SWT. Sebagaimana disimpulkan Abdurrahman as-Sa’di, surat ini mencakup tawhîd al-asmâ’ wa al-shifât.

Wallâh a’lam bi ash-shawâb.

Sabtu, 19 Disember 2015

Bab 7 Soalan 34: Apakah ayat al Quran yang kita pegang sebagai BUKTI bahawa sanya hukum itu terbahagi 3 iaitu Hukum Adat Hukum Akal dan Hukum Syarak

Soalan 34


Menurut Ahli Sunnah Wal Jammah, kita TIDAK akan tahu perbuatan kita itu samada

Benar @ tidak pada ADAT
Benar @ tidak pada AKAL
Benar @ tidak pada SYARAK

melainkan kita SUDAH MEMAHAMI perbezaan antara 3 hukum tersebut.

Persoalannya ialah :

Apakah ayat al Quran yang kita pegang sebagai BUKTI bahawa sanya hukum itu terbahagi 3 iaitu

Hukum Adat
Hukum Akal dan
Hukum Syarak



Jawapan


Saya tunjukkan 2 ayat al Quran sebagai bukti hukum itu terbahagi 3
Ayatnya seperti berikut

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ

Surah Al-Balad (QS 90:10)
"dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan". (kebajikan dan kejahatan)


إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

"Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir."  Surah Al-Insan (QS.76:3)

Persoalannya

Ayat tu mana ada menyebut 3  hukum.
Mana datangnya 3 hukum?

Begini

Allah telah menunjukkan dua jalan iaitu

1) jalan syukur
2) jalan kufur

Jalan syukur yang dimaksudkan oleh ayat itu ialah jalan jalan mensyukuri NIKMAT ANUGERAH ALLAH kepada kita iaitu :

Dianugerahkan TELINGA untuk mendengar ayat ayat Allah.

Dianugerahkan MATA untuk melihat ayat ayat Allah.

Pendek kata
Dianugerahkan HIDUP dan nikmat nikmat  lain yang TIDAK TERHINGGA untuk kegunaan kita MENTAUHIDKAN ALLAH.

Sesiapa yang benar benar menggunakan nikmat anugerah Allah itu kerana disedarnya semua itu ANUGERAH ALLAH maka dikatalah dia memilih JALAN SYUKUR.

Sesiapa yang menganggap NIKMAT itu sebagai "TIDAK ADA APA2 APA" dan semua itu hanyalah untuk KEGUNAAN DUNIA semata mata, tidak dihubungkan kepada Allah, maka dikatalah dia memilih JALAN KUFUR.

Maka orang yang memilih JALAN SYUKUR itu disebut sebagai orang yang BERAKAL.

Manakala orang yang memilih JALAN KUFUR itu pula disebut sebagai orang yang TIDAK BERAKAL.

Secara ringkasnya

1) HATI @ fikiran yang terhenti setakat LOGIK AKAL @ sunnah alam sahaja (tidak dikaitkan dengan Allah) maka disebut sebagai HUKUM ADAT

2) Hati @ fikiran yang TIDAK TERHENTI sekadar logik akal shj akan tetapi sampai kepada Allah pula, disebut sebagai HUKUM AKAL

3) Dan semua yang disebut di dalam al Quran & Hadith itu disebut sebagai HUKUM SYARAK

Itulah BUKTI dari Al Quran bahawa sanya hukum itu terbahagi 3 iaitu :

 hukum adat, akal & syarak

Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH.
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Jumaat, 18 Disember 2015

Soalan Dari Umum:BAGAIMANA BERTEMU ALLAH DALAM SYURGA?


BAGAIMANA BERTEMU ALLAH DALAM SYURGA?


Pencerahan



Kita TAK MAMPU nak gambarkan bagaimana BERTEMU ALLAH dalam SYURGA.

SYIRIK JIKA MENGAMBAR GAMBARKAN.
BINASA AKIDAH JIKA DIGAMBAR GAMBARKAN.

Tunggu sahaja masuk syurga AUTOMATIK  AKAN FAHAM.

Supaya MUDAH FAHAM begini:



Cuba wani tulis sebuah buku menerangkan RASA "MANIS"!

Agaknya ada orang yang boleh faham tak?

Tentulah ORANG ITU TAK FAHAM

Sebab dia TAK FAHAM, Wani pun tulis lagi 100 buah buku lagi utk menerangkan RASA MANIS.

Agak agak ada orang akan faham tak?

Jawapannya TAK AKAN ADA YANG AKAN FAHAM WALAUPUN WANI TULIS BERJUTA JUTA BUKU

SEMUA YANG WANI TULIS & TERANGKAN ITU ADALAH SIA SIA.

SEMUA YANG WANI TERANGKAN ITU ADALAH  TAK BETUL


Jadi mcm mana nak bagi FAHAM?

Senang sahaja..
Tak sampai 1 minit SEMUA ORANG AKAN FAHAM .

Macam mana?

Letak seketul gula di mulut masing masing.

Bagi tahu ITULAH RASA MANIS.

HABIS CERITA...

Itulah perumpamaan BERTEMU ALLAH DALAM SYURGA.

WANI TULISLAH BERJUTA JUTA KITAB UNTUK MENERANGKANNYA.

SEMUANYA ITU ADALAH SIA SIA DAN TAK BETUL.

Yang BETUL, TUNGGU MASUK SYURGA
AUTOMATIK AKAN FAHAM.

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Assalamualaikum.. Alhamdulillah kita akan masuk bab 7 semoga apa yang akan kita bincangkan dalam bab ini akan memberikan lebih kefahaman buat kita semua..Insyaa Allah

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita akan masuk bab 7 semoga apa yang akan kita bincangkan dalam bab ini akan memberikan lebih kefahaman buat kita semua..Insyaa Allah.


Silibus

Bab

7) Ringkasan Hukum Adat 3 Bahagi
     Contoh setiap bahagi

8) Ringkasan Hukum Akal 3 Bahagi
     Contoh setiap bahagi

9) Ringkasan Hukum Syarak 3 Bahagi
     Contoh setiap bahagi

10) 14 Perkara Pengenal Kepada Diri

11) Bagaimana hendak mengenal Allah?
 

12) Huraian Sifat 20
    - 6 Bangsa diri
    - 7 Keadaan diri
    - 7 Kelakuan diri

13) Kupasan Sifat 20:
       6 Bangsa Diri

14) Kupasan Sifat 20:
       7 Keadaan Diri

15) Kupasan Sifat 20:
       7 Kelakuan Diri

16) Tuntutan Surah Al-Ikhlas

17) Asma al-Husna
       1 hari 1 nama

18) Ringkasan Sifat 20

19) Kesimpulan Sifat 20

20)  Penutup
===================================

Bab 7
Soalan pertama untuk hari ini


Soalan 34


Menurut Ahli Sunnah Wal Jammah, kita TIDAK akan tahu perbuatan kita itu samada

Benar @ tidak pada ADAT
Benar @ tidak pada AKAL
Benar @ tidak pada SYARAK

melainkan kita SUDAH MEMAHAMI perbezaan antara 3 hukum tersebut.

Persoalannya ialah :

Apakah ayat al Quran yang kita pegang sebagai BUKTI bahawa sanya hukum itu terbahagi 3 iaitu:

Hukum Adat
Hukum Akal dan
Hukum Syarak




Jom cari ayat
& kongsi ilmu

Soalan Terakhir Bab 6 Sebelum masuk Bab 7 Soalan 33 Cara mengenal Allah itu ada 3 Rujuk semula Soalan 32 Kenapa kita TAK pilih kaedah pertama dan kedua? Kenapa kita pilih kaedah ke3, Mengenal Allah dengan Sifat 20 Kenapa?

Soalan Terakhir Bab 6
Sebelum masuk Bab 7

Soalan 33

Cara mengenal Allah itu ada 3
Rujuk semula Soalan 32

Kenapa kita TAK pilih kaedah pertama dan kedua?

Kenapa kita pilih kaedah ke3, Mengenal Allah dengan Sifat 20

Kenapa?

÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

Jawapan


Cara pertama dan kedua itu memang BAIK & TERSANGAT BAIK

Siapa yg mampu, eloklah pilih dua cara yang pertama itu

Walau bagaimana pun, cara ke-3 itu sebenar benarnya adalah cara yang TERBAIK untuk orang awam seperti saya dan mungkin kepada kita.

Kenapa pula cara ke-3 itu mungkin cara yang TERBAIK untuk kita?

Sebabnya ialah:

cara yang ke-3 itu boleh dipelajari kepada orang yang BUKAN ULAMA. Orang awam mcm kita ni pun BOLEH tetapi dengan 2 syarat iaitu :

1) sudah memahami perbezaan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

2) sifat 20 itu sudah TAHKIQ baginya yakni dia sudah TERKELUAR daripada TAKLIQ iaitu ikut ikutan. Dia mampu "MENCERAHKAN" 20 sifat itu kepada orang lain SATU PERSATU SEHINGGA 20, lengkap beserta dalilnya daripada al Quran.

Cara yang ke-3 itu sebenarnya adalah salah satu KAEDAH UNTUK CEPAT MENGUASAI ILMU AKIDAH.


Saya ulang semula.
Cara ke-3 mengenal Allah dengan
mempelajari Sifat 20 adalah salah satu kaedah untuk CEPAT menguasai ilmu AKIDAH @ USULUDDIN.

Agar lebih mudah faham, saya bagi satu contoh.

Apabila kita hendak membaca al Quran, apa yang kita tengok dulu?

Sudah tentu kita akan mencari SURAH yang kita ingin baca terlebih dahulu. Seterusnya barulah kita mencari ayat yg hendak dibaca. Jika kita TIDAK JUMPA surah yang dikehendaki, kita akan mencarinya pada SENARAI SURAH yang menyertakan muka surat.


Kenapa kita cari surah @ senarai Surah terlebih dahulu?

Kerana :
senarai surah itu SANGAT MEMBANTU kita, untuk mencari ayat yang kita hendak baca. Senarai surah itu disediakan oleh orang yang FAHAM.

SIFAT 20 adalah umpama SENARAI SURAH & MUKA SURAT pada al Quran


Daripada intisari ayat ke 11 surah as Syura yang berbunyi

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

maka lahirlah SIFAT 20.

Setiap sifat itu adalah bersumberkan ayat ayat al Quran


Alim Ulama' silam yg FAHAM telah menukarkan ilmu dan kefahaman mereka dalam bidang AKIDAH ke bentuk BARU yang dinamakan SIFAT 20.

Sejarah Sifat 20 mudah dipelajari melalui internet

Dengan adanya SIFAT 20, kita lebih MUDAH & LEBIH PANTAS menguasai ilmu ilmu AKIDAH.

Insya Allah.

Semua yg baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Khamis, 17 Disember 2015

Soalan 32: Bagaimana cara mengenal Allah yang tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk itu?

Soalan 32


Soalannya

Nak kenal makhluk sangat mudah
Boleh dicapai oleh salah satu pancaindera

Tapi Allah tidak dicapai oleh pancaindera selama lamanya dan tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk selama2nya.

Macam mana nak kenal?

Bagaimana cara mengenal Allah yang tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk itu?
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

Jawapan


Cara untuk mengenal Allah itu ada 3

Pertama:


Mempelajari isi kandungan al Quran itu KESELURUHANNYA dari ayat pertama hingga ayat terakhir daripada orang yang FAHAM.

Siapa orang yang faham itu?

Jawabannya ialah
Tidak lain tidak bukan iaitulah ULAMA
Ulama PEWARIS NABI kerana Nabi pernah bersabda yang bunyinya :

Al Ulama warorasatul ambia
yang bermaksud
Ulama itu pewaris Nabi

JANGAN DIPELAJARI AL QURAN ITU TANPA ILMU @ TANPA GURU YANG FAHAM

Mempelajari al Quran tanpa ilmu @ tanpa guru yang faham adalah BERDOSA BESAR

Itulah cara pertama mengenal Allah


Cara ke-2 ialah:


Mempelajari sekurang kurangnya ayat ayat yang TURUN DI MEKAH. Ayat ini disampaikan kepada Nabi sebelum Baginda berhijrah ke Madinah al Munawwarah. Ayat ayat yangg turun di Mekah itu dikenali sebagsi ayat ayat MAKKIAH.

Kebanyakkan ayat ayat Makkiah adalah ayat ayat yang berhubung dengan perkara KETUHANAN YANG MAHA ESA. Ayat ayat ini turun dalam tempoh HAMPIR 13 TAHUN. Dalam tempoh itulah Baginda Rosul membina dan memperteguh IMAN @ AKIDAH UMAT ISLAM sehingga sahabat sahabat

sanggup DIBAKAR,
sanggup DISULA
sanggup DISIKSA SAMPAI MATI

Iman @ akidah yang dibina oleh Nabi sebelum berhijrah ke Madinah itu adalah berpandukan AYAT AYAT YANG DITURUNKAN DI MEKAH.

Dengan siapa nak belajar ayat ayat MAKKIAH tu?

Jawapannya sama dengan cara pertama diatas

WAJIB DIPELAJARI DARI ULAMA PEWARIS NABI

Apa tanda Ulama Pewaris Nabi?
Macam mana nak tahu orang tu ULAMA PEWARIS NABI?

Tuan Guru Sheikh Abd Kasim Al Mandili ada menyebutkan bahawasanya TANDA ULAMA itu ada 12.
12 tanda itu diringkaskan menjadi 2 sahaja.

Apa dia yang 2 tanda itu?

2 tanda ulama pewaris Nabi itu ialah, perbuatannya hanya berkisar kepada perkara yang FARDU @ SUNAT sahaja.

Selain daripada itu DIA TAK BUAT

Yang MAKRUH pun dia tak buat
Kenapa yang makruhpun dia TAK BUAT?

Sebabnya ialah perkara yang MAKRUH adalah termasuk perkara yang DITEGAH ALLAH

Yang makruhpun dia tak buat
DOSA KECIL lagilah dia tak buat
TERLEBIH LEBIH LAGI dia TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA BESAR

Itulah 2 TANDA ULAMA PEWARIS NABI yang disebutkan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim @ Sheikh Abdul Qosim al Mandili

Itu adalah cara ke-2 mengenal Allah.

Apa pula cara ke-3?

Cara ke-3 ialah


Dengan kaedah Sifat 20

Sifat 20?

Ya............SIFAT 20........

Macam mana boleh Sifat 20 dikatakan sebagai satu CARA utk MENGENAL ALLAH?

Ok
Dengar baik2

Sifat 20 ini ada 2

1) sifat 20 untuk makhluk
2) sifat 20 untuk Allah

Saya yakin ..
Pasti ada yang hairan

Hairan kerana pertama kali mendengar Sifat 20 utk makhluk

Selama ini kita hanya mendengar Sifat 20 untuk Allah iaitu Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun.

Tak pernah dengar sifat 20 untuk makhluk
Sifat 20 untuk makhluk itu adalah DALIL AKAL UNTUK MENTAHKIQKAN Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun.

Takpa
Kita akan kongsikan Sifat 20 mulai pada Bab 7 insya Allah


Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian
Wallohua'lam



www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Soalan 31: Dalam Bahasa Arab, mengenal Allah dengan DALIL disebut "makrifatullah" A) Kenapa kita PERLU @ WAJIB Kenal Allah?? B) Kenapa WAJIB dengan DALIL ? @ Kenapa MESTI melalui TANDA? Tak boleh ke kenal secara semula jadi @ kenal sejak lahir @ kenal sejak azali?

Jawapan

Soalan 31

Dalam Bahasa Arab, mengenal Allah dengan DALIL disebut

 "makrifatullah"

A) Kenapa kita PERLU @ WAJIB Kenal Allah??


B) Kenapa WAJIB dengan DALIL ? @ Kenapa MESTI melalui TANDA? Tak boleh ke kenal secara semula jadi @ kenal sejak lahir @ kenal sejak azali?

÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

Jawapan


Kenapa kita perlu @ wajib kenal Allah?

1) supaya kita kenal bahawasanya Allah itulah yang MENJADIKAN kita.

2) supaya kita tahu bersyukur atas semua ANUGERAH Allah.

3) supaya kita dapat mengelakkan perbuatan yang membinasakan akidah (SYIRIK).

4) sebagai tanda KASIH SAYANG kepada ALLAH.

5) sebagai tanda KASIH SAYANG kita kepada ROSULULLAH s.a.w.

6) supaya kita dapat MENGESAKAN Allah.

7) supaya kita tahu perkara yg dimurkai Allah

Dan 1001 yang lain....


Persoalan seterusnya ialah, kenapa kita perlu kenal Allah dengan DALIL? Bukan ke dah kenal sejak azali?

Jawapannya begini


Allah itu laisa kamitslihi syaiun
Dalam BAHASA MELAYU Allah itu dikata TIDAK ADA persamaan dengan sebarang makhluk.

Nak kenal makhluk AMAT MUDAH kerana BOLEH DICAPAI oleh mana mana pancaindera. Contohnya:

1) Zatnya boleh dilihat oleh mata

2) Suaranya boleh didengar oleh telinga

3) Dirinya boleh disentuh oleh kulit

4) Baunya boleh dihidu oleh hidung

5) Rasanya boleh diketahui dengan lidah

Apabila pancaindera kita, mendapat salah 1 sifat makhkuk itu serta FAHAM HATI, maka mudahlah kita MENGENAL makhkuk itu

Pendek kata
oleh kerana semua makhluk itu ADA 6 persamaan maka SANGAT MUDAH utk mengenal makhluk.

Allah pula TIDAK PERNAH dicapai oleh pancaindera SELAMA LAZMANYA.

1) ZatNYA yang tidak ada rupa @ sifat itu TIDAK boleh dilihat oleh mata selama lamanya

2) QalamNYA yang tidak dengan lidah huruf suara itu TIDAK akan didengar oleh telinga selama lamanya.

3) ZatNYA tidak boleh disentuh selama lsmanya.

4) ZatNYA tidak boleh dibau oleh hidung selama lamanya.

5) ZatNYA tidak boleh dirasa oleh lidah selama lamanya.

Maka sudah pasti pengenal kepada Allah itu juga LAISA KAMTISLIHI SYAIUN


Yang dapat kita LIHAT
Yang dapat kita DENGAR

ialah TANDA TANDA ALLAH,
BUKTI BUKTI ALLAH.

Apa maksud @ makna tanda dan bukti tu?

Bagi yang ingat ingat lupa tu, elok semak Soalan 30.

Bukti bukti Allah itu WUJUD bertaburan diseluruh pelusuk alam semesta.

Bukti bukti Allah itu QUDRAT bertaburan diseluruh pelusok alam semesta.

Bukti paling hampir pada kita adalah DIRI KITA SENDIRI.

SETIAP MUKALLAF WAJIB PERCAYA BAHAWA SEMUA YANG ADA DI BUMI, DI LANGIT dan antara keduanya adalah BUKTI BUKTI YANG MENUNJUKKAN bahawa sanya :

1) ALLAH ITULAH YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM.

2) ALLAH ITU ESA TIDAK BERBILANG BILANG.

3) bahawasanya SEMUA YAZZNG ADA dan TERJADI DI ALAM SEMESTA INI adalah menerangkan APA YANG DISEBUT OLEH AL QURAN.

Pada ADAT

Mustahil kita kenyang TANPA MAKAN
Mustahil kita melihat TANPA MEMBUKA MATA
Mustahil kita tahu TANPA BERFIKIR

Maka itulah dalil akal menunjukkan bahawa sanya
Mustahil kita mengenal Allah TANPA DALIL

Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH,
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 30: a) Apakah takrif "dalil" ? b) Apakah perkataan yang SAMA ERTI dengan perkataan "dalil" ? c) Ada berapa jenis dalil?


Jawapan Soalan 30


a) Apakah takrif "dalil" ?

Dalil ialah perkara yang :

1) MENIMBULKAN YAKIN
2) MEMBUANG SYAK ZAN & WAHAM

Contoh

Orang kata, rumah kamu dimasuki pencuri

Dalilnya ialah kehilangan barang barang dlm rumah dan sebagainya.


b) Apakah perkataan yang SAMA ERTI dengan perkataan "dalil" ?

Perkataan yang sama erti dengan dalil ialah BUKTI.

c) Ada berapa jenis dalil?

Ada 3 jenis dalil iaitu

1) Dalil ADAT

iaitu dari sekalian alam supaya :

A) tahu menjaga BATAS SESAMA
     MAKHLUK pada ADAT

B) tahu menghormati HAK MAKHLUK

C) tahu mengelakkan diri dari
     mencampuri urusan orang lain.



2) Dalil AKAL

iaitu daripada sekalian alam supaya

A)  TAHU mengesakan Allah pada AKAL

B) TAHU mengelakkan diri dari
     mencampuri URUSAN ALLAH



3) Dalil SYARAK

iaitu dari al Quran & Hadith supaya TAHU MENGESAKAN ALLAH pada SYARAK


d) Apakah takrif "makna" ?

Makna ialah MAKSUD SESUATU PERKARA


Contohnya ialah:

Alhamdulillah

Terjemahnya ialah SEGALA PUJI BAGI ALLAH

Maksudnya pula ialah SEGALA APA YANG TERJADI SAMADA BAIK @ BURUK SEMUANYA ITU TANDA KASIH SAYANG ALLAH SUPAYA SEMUA HAMBANYA KEMBALI KEPADA AL QURAN & SUNNAH.


Semua yang BAIK & BENAR itu ANUGERAH dari Allah. Semua yang SALAH & SILAP itu kerana kejahilan saya memperturut hawa nafsu.

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Rabu, 16 Disember 2015

Soalan 29: Apakah A) makna jirim? B) makna jisim? C) makna arodh? D) makna takluk? Berikan contoh masing masing. Apakah tujuan mempelajari semua istilah itu?

Soalan 29


Apakah

A) makna jirim?
B) makna jisim?
C) makna arodh?
D) makna takluk?

Berikan contoh masing masing.

Apakah tujuan mempelajari semua istilah itu?

Jawapan


Semua makhluk yg wujudi & bukan wujudi mempunyai RUPA masing2. RUPA bagi makhluk disebut juga sebagai SIFAT. Ini bermakna ada RUPA yang wujudi dan ada RUPA yang bukan wujudi.

Apa itu makhluk?
(Sesiapa yang ingat ingat lupa tu, elok semak semula pencerahan Soalan 3)


Semua takrif ini adalah dari sudut LUGHAH @  hukum ADAT

JIRIM


Apakah Ta’rif Jirim?
(Lihat soalan 22)

Secara ringkas takrif jirim ialah:

Sesuatu yang ada zat @ diri

Dari segi bahasa @ lughah, jirim ialah :

jasad @ tubuh badan @ ketul

Contoh makhluk yang dikatakan jirim ialah:

Manusia
Pokok
Batu
Jin
Dan 1001 yang lain

(Lihat contoh pada Soalan 22)


JISIM


Ta'rif Jisim

Semua JISIM adalah JIRIM tapi BUKAN SEMUA JIRIM itu JISIM

Jisim
Ialah jirim yang BERKETUL @ BERJASAD

Contohnya ialah:

Manusia
Pokok
Haiwan
Matahari
Kerusi
Cawan
Sudu

Dan 1001 yg lain

A'RODH


Takrif A'rodh

Ialah RUPA @ SIFAT sesuatu benda yg dicapai oleh sekurang kursngnya salah satu PANCAINDERA.

Contohnya ialah

1) Yang dilihat dengan MATA

Seperti

-Bentuk sesuatu seperti segi 4, bulat dan lain lain
-Ukuran Berat sesuatu benda
-Ukuran Jarak sesuatu

2) Yang didengar dengan TELINGA

Seperti
Ukuran kekuatan bunyi

3) Yang dirasa oleh LIDAH

Seperti
Tahap kesedapan makanan

4) Yang dihidu oleh HIDUNG

Seperti
Tahap kewangian bunga

5) Yang dirasa oleh KULIT

Seperti
Tahap kesakitan akibat luka.


TA'ALUK

Takrif ta'aluk TIDAK dinyatakan disini kerana hukum mempelajarinya adalah FARDU KIFAYAH, BUKAN FARDU AIN


Fokus perkongsian ilmu kita hanya perkara-perkara @ ilmu FARDU AIN

Sesiapa yg berminat mempelajari secara lebih mendalam maksud jisim, a'rodh dan ta'luk, bolehlah dirujuk kepada orang yang lebih arif.

Memahami perbezaan 2 maksud seperti pada soalan 22 itu SUDAH MEMADAI iaitu makna :

1) makhluk berjirim @ wujudi

2) makhluk bukan jirim @ bukan
     wujudi

Apakah pula TUJUAN mempelajari semua istilah itu?

Tujuannya ialah :

Supaya kita tahu bahawasanya Allah itu :

1) tidak ada persamaan dengan JIRIM & A'RODH.

2) ALLAH ITU BUKAN JIRIM
    BUKAN A'RODH.


Segala yang BENAR itu adalah anugerah Allah.

Segala yang SALAH dan SILAP itu kerana kejahilan saya memperturut hawa nafsu.

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 28: Bagaimana ingin menetapkan hati daripada hasutan syaitan menyuruh MEMBAYANGKAN @ MENGGAMBARKAN ALLAH itu seperti makhluk?

Soalan 28

Bagaimana nak tetapkan hati daripada hasutan syaitan menyuruh MEMBAYANGKAN @ MENGGAMBARKAN ALLAH itu seperti makhluk?

Jawapan


Ya..
Itu memang kerja kerja syaitan.

Jika was was seperti itu datang.

Maka:
WAJIB ATAS KITA SEKURANG KURANGNYA MEMBACA DALAM HATI.

ALLAH ITU LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

yakni ALLAH ITU LAISA KAMITSLIHI SYAIUN
@ MAHA SUCI ALLAH DARIPADA  ITU SEUMPAMA DENGAN SEBARANG MAKHLUK.



Tetapi kena FAHAM DULU MAKNA kalimah "laisa kamitslihi syaiun"

Sebab itulah kita perlu disini untuk MENGULANGKAJI PERKARA INI .

ILMU AKIDAH NO 1 (FARDU AIN NO-1)
ILMU FEQAH (FARDU AIN NO 2)
PERKARA YANG SUNAT NO 3
ILMU DUNIA NO 4


Ilmu menurut keutamaan

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 27: A) Apakah Takrif @ Makna Mengenal Allah? B) Apakah ayat al Quran yang menjadi pegangan umat Islam sebagai BUKTI @ DALIL PERINTAH MENGENAL ALLAH ?

Jawapan soalan 27


Soalan 27


A) Apakah Takrif @ Makna Mengenal Allah?

B) Apakah ayat al Quran yang menjadi pegangan umat Islam sebagai BUKTI @ DALIL PERINTAH MENGENAL ALLAH ?


Jawapannya

Takrif mengenal Allah ialah MEMBEZA antara MAKHLUK dengan PENCIPTA MAKHLUK iaitu ALLAH.

Oleh itu:

Orang yang mengenal Allah ialah orang yang DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA SEKALIAN MAKHLUK daripada ALLAH.

Bagsimsna ingin membezakan??

Kita ingat semula 6 persamaan pada sekalian makhluk seperti pada soalan 4.

Contoh untk memudahkan faham :

1) Orang yang TIDAK MAMPU MEMBEZAKAN antara LEMBU & HARIMAU ialah orang yang TIDAK MENGENAL lembu & harimau.

Orang yang MENGENAL LEMBU & HARIMAU akan dapat membezakan antara LEMBU dan HARIMAU.

Dia dengar sahaja orang sebut LEMBU @ HARIMAU secara spontan dia SUDAH TAHU.

1) zat @ diri lembu dan harimau
2) sifat @ rupa lembu dan harimau
3) kelakuan lembu dan harimau

Contoh 2

Apabila disebut pokok manggis,
Orang yang kenal pokok manggis akan TERGAMBAR dalam akalnya tentang manggis dari hujung pucuk hingga ke hujung akar. Dia mampu MEMBEZAKAN antara manggis dengan RAMBUTAN.
Oleh sbb itu

Apabila disebut kalimah "Allah" orang yang mengenal Allah secara spontan DAPAT MEMBEZAKAN antara sekalian makhluk dengan Allah.

1) Sekalian makhluk harus ada,
Allah wajib ada.

2) Sekalian makhluk ada permulaan,
Allah sedia ada.

3) Sekalian makhluk berubah,
Allah kekal.

4) Sekalian makhluk ada yang seumpamanya,
Allah tidak ada yang seumpamaNYA.

5) Sekalian makhluk lemah @ ada kekurangan,
Allah berdiri dengan sendiri.

6) Zat sekalian makhluk berbilang bilang,
Zat Allah tidak berbilang bilang.



Dalil @ bukti perintah menyuruh kenal Allah ialah ayat ke-19 surah Muhammad seperti berikut :

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُْ


Maka ketahuilah olehmu, bahwa sesungguhnya TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Surah Muhammad : 19


Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 26 Apakah makna "mustahil ada yang menyerupai ESA ALLAH @ menyerupai Allah pada menjadikan dan lain lain?

Soalan 26

Apakah makna "mustahil ada yang menyerupai ESA ALLAH @ menyerupai Allah pada menjadikan dan lain lain?

Jawapan


Maknanya itu ialah TIDAK ADA yang menyerupai ALLAH dari segi

1) ESA ALLAH
2) PERBUATAN ALLAH
3) HUKUM ALLAH
4) KEHENDAK ALLAH
5) AYAT-AYAT ALLAH
6) KEBESARAN ALLAH
7) KEKUASAAN ALLAH

dan semua yang lain yang TIDAK ADA HINGGA.

Esa makhluk berbilang bilang.
Esa Allah tidak berbilang bilang.

Perbuatan makhluk dihisab.
Perbuatan Allah tidak ditanya.

Hukum makhluk binasa.
Hukum Allah kekal.

Kehendak makhluk dgn nafsu.
Kehendak Allah bukan dengan nafsu.

Ayat ayat makhluk banyak kekurangan.
Ayat ayat Allah sempurna.

Kebesaran makhluk hanya yang zahir.
Kebesaran Allah zahir & batin.

Dan semuanya TENTANG ALLAH YG TIDAK ADA HAD.

Secara ringkasnya, makna mustahil ada yang menyerupai Allah itu bermaksud MUSTAHIL ADA 2 @ LEBIH TUHAN YANG ADA PERSAMAAN DGN ALLAH DAN MENYERTAI ALLAH MENJADIKAN & MENTADBIR SEKALIAN ALAM

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 25: Apa Makna Allah Mustahil Sabit Bagi Allah Segala Yang Diada adakan ?

Jawapan soalan 25


Mustahil bagi Allah segala yang diada adakan bermakna:

Untuk mengenal Allah itu WAJIB DENGAN DALIL iaitu:

1) dalil akal
2) dalil syarak

Apabila 2 dalil itu SUDAH DIFAHAMI BARULAH SESEORANG MUKALLAF  ITU TERKELUAR DARIPADA TAKLIQ @ IKUT IKUTAN kepada TAHKIQ.

TIDAK SAH AKIDAH SESEORANG JIKA ILMU SESEORANG ITU SEKADAR TAKLIQ

WAJIB TAHKIQ

Supaya lebih mudah faham elok kita fikir satu contoh yang diada-adakan pada ADAT.

SESUATU YANG DIADA ADAKAN PADA ADAT ADALAH SESUATU YANG PALSU.

Contohnya

Gajah berkepala 1000.

Pernah melihat ke?
Ada orang pernah melihat ke?

PASTI TAK PERNAH

Gajah kepala 1000 ADALAH PEMBOHONGAN PADA ADAT

ITU DINAMAKAN BIDAAH PADA ADAT


Itulah kaedah memahami BIDAAH PADA AKAL

Contohnya :
ALLAH MEMILIKI KAKI
ALLAH MEMILIKI TANGAN
ALLAH DUDUK DIATAS ARASH

ITU SEMUA PEMBOHONGAN PADA AKAL
ITU SEMUA BIDAAH PADA AKAL

TIDAK ADA DALILNYA samada daripada

1) dalil akal
2) dalil syarak

Maka makna
Mustahil bagi Allah segala yang diada adakan bermaksud :

MUSTAHIL PADA ALLAH SESUATU YANG TIDAK ADA DALILNYA DARIPADA

1) SEKALIAN ALAM @ DALIL AKAL
2) AL QURAN @ HADITH

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 24: Apakah Makna Mustahil Ada Persamaan Dengan Sekalian Makhluk Allah?

Jawapan soalan 24:


Makna mustahil ada persamaan dengan sekalian makhluk ialah

Mustahil Allah ada persamaan dengan 6 perkara iaitu:

1) mustahil harus ada.
2) mustahil ada permulaan.
3) mustahil berubah.
4) mustahil ada yang seumpamaNYA.
5) mustahil lemah @ kekurangan.
6) mustahil zatNYA berbilang bilang pada zat yang satu.

Oleh itu

1) Allah itu WAJIB WUJUD

2) Allah itu WAJIB QIDAM

3) Allah itu WAJIB BAQO'

4) Allah itu WAJIB MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH.

5) Allah itu WAJIB QIYAMUHU BINAFSIH

6) Allah itu WAJIB WAHDANIAT

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 23: Apakah makna Subhanallah @ Maha Suci Allah ?

Jawaban soalan 23


Apa makna Subhanallah @ Maha Suci Allah?


Makna Subhanallah ialah Maha Suci Allah daripada 3 perkara iaitu

1) Mustahil ada persamaan dengan sekalian makhluk.

2) Mustahil sabit bagi Allah segala yang diada-adakan

3) Mustahil ada yang menyerupai ESA Allah atau menyerupai Allah pada menjadikan makhluk dan lain.

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 22: Apa makna makluk? Ada berapa jenis makhluk?

Jawapan soalan 22


Apa makna makluk?
Ada berapa jenis makhluk?

Jawapan



Ada 2 perkara sahaja

1) yang menjadikan iaitu ALLAH.

2) SEMUA yang dijadikan oleh Allah iaitu MAKHLUK.

Oleh sebab itu MAKHLUK ialah semua yang dijadikan oleh Allah pada AKAL. Perli diingat, makhluk ialah semua yang dijadikan oleh Allah pada AKAL. BUKAN PADA ADAT.

Makhluk ada banyak. Tidak terkira banyaknya. Ada makhluk yang seperti:

1) zahir & ghaib
2) hidup & mati
3) bernyawa & tak bernyawa
4) bertubuh & tak bertubuh
5) berjirim & tak berjirim

Dan 1001 jenis makhluk yang lain yang kita tidak mampu nak sebut.

Semua makhluk itu TERBAHAGI kepada 2 jenis @ 2 kategori sahaja iaitu :

1) berjirim @ wujudi

2) tidak berjirim @ bukan wujudi

SETIAP MAKHLUK ADA ZAT @ DIRI

SETIAP JIRIM ADA ZAT

SETIAP JIRIM ADA SIFAT @ RUPA

Contoh bg makhluk wujudi @ BERJIRIM ialah seperti:

1) matahari,
2) manusia,
3) pokok,
4) syaitan dan 1001 yg lain lain.

Contoh  bagi makhluk yang BUKAN wujudi @ BUKAN BERJIRIM ialah:

1) Masa
2) Hari
3) Bulan Jan-Dis
4) Ruang dan 1001 yang lain.

SEMUA YG TERFIKIR DALAM HATI @ TERLINTAS DALAM HATI ITU SAMADA WUJUDI @ BUKAN WUJUDI ADALAH MAKHLUK

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

Soalan 21: Apa perbezaan antara makna ALLAH dan makna TUHAN Berdasarkan Kitab?

Jawapan Soalan No 21

KALIMAH ALLAH
TIDAK BOLEH DITAKRIFKAN

Apa perbezaan antara makna ALLAH dan makna TUHAN ?

Berikan perbezaan berdasarkn kitab rujukan

Jawapan


Berdasarkan kitab Did Dul Bathil Wahujjatul Baligh karangan Sheikh Abd Kasim untuk mudah memahami sesuatu istilah SYARAK kita perlu memahami istilah tersebut pada ADAT.

Oleh itu untuk memahami takrif @ makna TUHAN pada SYARAK, terlebih dahulu kita perlu memahami takrif @ makna TUHAN pada ADAT


Makna TUHAN pada ADAT ada
2 iaitu :

1) sembahan @ yang disembah.

2) yang menjadikan.


Justeru
Makna TUHAN PADA SYARAK itu ada 2 iaitu :

1) TUHAN yang disembah oleh
    orang Islam

Dalil @ Buktinya :

مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢﴾an-nas : 2

إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿٣﴾an-nas : 3
Yang ertinya :

Raja segala manusia
Yang disembah oleh segala manusia (yang Islam)

2) TUHAN yang menjadikan
     sekalian alam yang  yang
     "laisa kamitslihi syaiun"

Dalil @ Buktinya ialah :

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
َal-Fatihah : 2
Yang ertinya :

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam.


Benda @ perkara yang boleh ditakrifkan hanyalah MAKHLUK.

Oleh kerana Allah itu BUKAN MAKHLUK maka ALLAH TIDAK BOLEH DITAKRIFKAN.

Maka TIDAK ada makna ALLAH pada ADAT.
Makna ALLAH hanya ADA pada SYARAK iaitu makna yang tersebut didalam al Quran dan Hadith.

Dalil @ Buktinya : al-Fatihah : 2

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dimana TUHAN YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM menamakan diriNYA sebagai "ALLAH".


Makna TUHAN pada AKAL & pada SYARAK adalah SAMA iaitu:

NAMA TUHAN @ NAMA ZAT yang menjadikan sekalian alam yang tidak ada seumpama dengan sesuatu @ "laisa kamitslihi syaiun"

Itu takrif dan makna yang diberi oleh Sheikh Abd Qosim al Mandele

Berdasarkan Kitab Akidatun Najin pula, makna TUHAN itu ialah

TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK @ TUMPANGAN SEMUA MAKHLUK

Makna ALLAH pula ialah NAMA TUHAN @ NAMA ZAT yang disembah oleh orang ISLAM yg menjadi tumpuan sekalian makhluk

Pada syarak kalimah "TUHAN" itu dirujuk kepada kalimah "ALLAH" yang disebut oleh Al Quran & Hadith

Buktinya :
al- Fatihah : 2
Seperti yang telah disebutkan diatas.

Pada ADAT pula, kalimah Tuhan itu UMUM dan boleh dirujuk kepada SEMBAHAN MANUSIA termasuk yg disembah oleh orang kafir.

Orang kafir menyembah BERHALA. Maka berhala itulah TUHAN orang kafir PADA ADAT.


 Kami ulang semula

Berhala itulah TUHAN orang kafir PADA ADAT (BUKAN PADA SYARAK BUKAN PADA AKAL) iaitu merujuk kepada SEMBAHAN orang kafir yang kita lihat sehari hari.

PADA SYARAK & PADA AKAL PULA
TUHAN BAGI ORANG KAFIR & ORANG ISLAM ADALAH SAMA IAITU ALLAH yang dirujuk kepada takrif kedua iaitu "YANG MENJADIKAN".

ALLAH ITULAH TUHAN YANG MENJADIKAN ORANG KAFIR & ISLAM.

BAHKAN ALLAH ITULAH TUHAN SEKALIAN MAKHLUK yakni YANG MENJADIKAN SEKALIAN MAKHLUK

Sebab itu

Pada syarak, nama Tuhan @ nama Allah itu ada 99 (tidak bermakna hanya ada 99, sebenarnya tidak ada had)

Saya pasti ada yang "KABUR" dengan 3 istilah ini iaitu

Pada adat
Pada akal
Pada syarak

Tak mengapa, kita masih pada permulaan silibus. Perkara itu akn kita cerahkan dan kupas pada Bab 7- 9 insya Allah

Kami ulang lagi.

Kita akan bincang lebih mendalam akan makna ADAT, AKAL & SYARAK pada Bab 7-9.
Insya Allah

Apa yg disentuh pd soalan ini hanya sekadar "PENGENALAN" sahaja.


Wallohua'lam.

www.dalilakal.blogspot.com

Soslan 19 & 20 : Jika Allah TIDAK BOLEH NAMPAK dengan biji mata dan TIDAK BOLEH DENGAR dengan telinga, bagaimana dengan ayat ini? 1) BERTEMU ALLAH DALAM SYURGA Surah Al-Qiyamah ayat 22-23 {وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ} [القيامة: 22، 23] Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. 2) NABI MUSA MENDENGAR SUARA ALLAH ?? ورسلا قد قصصنهم عليك.وكلم الله موسي تكليما. (سورة النساء اية 164) ،

Soalan 19 & 20

Soalannya

Jika Allah TIDAK BOLEH NAMPAK dengan biji mata dan TIDAK BOLEH DENGAR dengan telinga, bagaimana dengan ayat ini?

1) BERTEMU ALLAH DALAM SYURGA

Surah Al-Qiyamah ayat 22-23

{وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ}

[القيامة: 22، 23]
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.


2) NABI MUSA MENDENGAR SUARA ALLAH ??

ورسلا قد قصصنهم عليك.وكلم الله موسي تكليما.
(سورة النساء اية 164) ،


Jawapan:

Kedua dua persoalan itu adalah AYAT MUTASYABIHAT bukannya ayat MUHKAMAT.

Zahir ayat itu SEOLAH-OLAH

1) SEOLAH OLAH ALLAH ADA RUPA yang boleh dilihat dengan mata kepala.

2) SEOLAH OLAH ALLAH ADA SUARA seperti suara manusia.

3) SEOLAH OLAH ALLAH DATANG KE SYURGA DARI TEMPAT LAIN.

4) SEOLAH OLAH ALLAH BERUBAH DARIPADA "TIDAK BERTEMPAT kepada BERTEMPAT"

Jika maksudnya serupa dengan zahir ayat, maka sudah BERCANGGAH dengan makna "laisa kamitslihi syaiun"

BUKAN ITU MAKSUDNYA

Itu adalah ayat mutasyabihat
Ayat mutasyabihat akan dibincang pada Bab 7-9.
Sekarang belum sesuai.

Panjang umur dgn izin Allah kita akan bincang persoalan itu.

Insyaa Allah

Kita disuruh BERIMAN tapi maksud ayat itu TETAP TIDAK BERCANGGAH DENGAN MAKNA

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
 LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com