(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 17 Disember 2015

Soalan 31: Dalam Bahasa Arab, mengenal Allah dengan DALIL disebut "makrifatullah" A) Kenapa kita PERLU @ WAJIB Kenal Allah?? B) Kenapa WAJIB dengan DALIL ? @ Kenapa MESTI melalui TANDA? Tak boleh ke kenal secara semula jadi @ kenal sejak lahir @ kenal sejak azali?

Jawapan

Soalan 31

Dalam Bahasa Arab, mengenal Allah dengan DALIL disebut

 "makrifatullah"

A) Kenapa kita PERLU @ WAJIB Kenal Allah??


B) Kenapa WAJIB dengan DALIL ? @ Kenapa MESTI melalui TANDA? Tak boleh ke kenal secara semula jadi @ kenal sejak lahir @ kenal sejak azali?

÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

Jawapan


Kenapa kita perlu @ wajib kenal Allah?

1) supaya kita kenal bahawasanya Allah itulah yang MENJADIKAN kita.

2) supaya kita tahu bersyukur atas semua ANUGERAH Allah.

3) supaya kita dapat mengelakkan perbuatan yang membinasakan akidah (SYIRIK).

4) sebagai tanda KASIH SAYANG kepada ALLAH.

5) sebagai tanda KASIH SAYANG kita kepada ROSULULLAH s.a.w.

6) supaya kita dapat MENGESAKAN Allah.

7) supaya kita tahu perkara yg dimurkai Allah

Dan 1001 yang lain....


Persoalan seterusnya ialah, kenapa kita perlu kenal Allah dengan DALIL? Bukan ke dah kenal sejak azali?

Jawapannya begini


Allah itu laisa kamitslihi syaiun
Dalam BAHASA MELAYU Allah itu dikata TIDAK ADA persamaan dengan sebarang makhluk.

Nak kenal makhluk AMAT MUDAH kerana BOLEH DICAPAI oleh mana mana pancaindera. Contohnya:

1) Zatnya boleh dilihat oleh mata

2) Suaranya boleh didengar oleh telinga

3) Dirinya boleh disentuh oleh kulit

4) Baunya boleh dihidu oleh hidung

5) Rasanya boleh diketahui dengan lidah

Apabila pancaindera kita, mendapat salah 1 sifat makhkuk itu serta FAHAM HATI, maka mudahlah kita MENGENAL makhkuk itu

Pendek kata
oleh kerana semua makhluk itu ADA 6 persamaan maka SANGAT MUDAH utk mengenal makhluk.

Allah pula TIDAK PERNAH dicapai oleh pancaindera SELAMA LAZMANYA.

1) ZatNYA yang tidak ada rupa @ sifat itu TIDAK boleh dilihat oleh mata selama lamanya

2) QalamNYA yang tidak dengan lidah huruf suara itu TIDAK akan didengar oleh telinga selama lamanya.

3) ZatNYA tidak boleh disentuh selama lsmanya.

4) ZatNYA tidak boleh dibau oleh hidung selama lamanya.

5) ZatNYA tidak boleh dirasa oleh lidah selama lamanya.

Maka sudah pasti pengenal kepada Allah itu juga LAISA KAMTISLIHI SYAIUN


Yang dapat kita LIHAT
Yang dapat kita DENGAR

ialah TANDA TANDA ALLAH,
BUKTI BUKTI ALLAH.

Apa maksud @ makna tanda dan bukti tu?

Bagi yang ingat ingat lupa tu, elok semak Soalan 30.

Bukti bukti Allah itu WUJUD bertaburan diseluruh pelusuk alam semesta.

Bukti bukti Allah itu QUDRAT bertaburan diseluruh pelusok alam semesta.

Bukti paling hampir pada kita adalah DIRI KITA SENDIRI.

SETIAP MUKALLAF WAJIB PERCAYA BAHAWA SEMUA YANG ADA DI BUMI, DI LANGIT dan antara keduanya adalah BUKTI BUKTI YANG MENUNJUKKAN bahawa sanya :

1) ALLAH ITULAH YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM.

2) ALLAH ITU ESA TIDAK BERBILANG BILANG.

3) bahawasanya SEMUA YAZZNG ADA dan TERJADI DI ALAM SEMESTA INI adalah menerangkan APA YANG DISEBUT OLEH AL QURAN.

Pada ADAT

Mustahil kita kenyang TANPA MAKAN
Mustahil kita melihat TANPA MEMBUKA MATA
Mustahil kita tahu TANPA BERFIKIR

Maka itulah dalil akal menunjukkan bahawa sanya
Mustahil kita mengenal Allah TANPA DALIL

Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH,
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
www.dalilakal.blogspot.com

1 ulasan: