Jawapan soalan 22
Apa makna makluk?
Ada berapa jenis makhluk?
Jawapan
Ada 2 perkara sahaja
1) yang menjadikan iaitu ALLAH.
2) SEMUA yang dijadikan oleh Allah iaitu MAKHLUK.
Oleh sebab itu MAKHLUK ialah semua yang dijadikan oleh Allah pada AKAL. Perli diingat, makhluk ialah semua yang dijadikan oleh Allah pada AKAL. BUKAN PADA ADAT.
Makhluk ada banyak. Tidak terkira banyaknya. Ada makhluk yang seperti:
1) zahir & ghaib
2) hidup & mati
3) bernyawa & tak bernyawa
4) bertubuh & tak bertubuh
5) berjirim & tak berjirim
Dan 1001 jenis makhluk yang lain yang kita tidak mampu nak sebut.
Semua makhluk itu TERBAHAGI kepada 2 jenis @ 2 kategori sahaja iaitu :
1) berjirim @ wujudi
2) tidak berjirim @ bukan wujudi
SETIAP MAKHLUK ADA ZAT @ DIRI
SETIAP JIRIM ADA ZAT
SETIAP JIRIM ADA SIFAT @ RUPA
Contoh bg makhluk wujudi @ BERJIRIM ialah seperti:
1) matahari,
2) manusia,
3) pokok,
4) syaitan dan 1001 yg lain lain.
Contoh bagi makhluk yang BUKAN wujudi @ BUKAN BERJIRIM ialah:
1) Masa
2) Hari
3) Bulan Jan-Dis
4) Ruang dan 1001 yang lain.
SEMUA YG TERFIKIR DALAM HATI @ TERLINTAS DALAM HATI ITU SAMADA WUJUDI @ BUKAN WUJUDI ADALAH MAKHLUK
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadam