Soalan ke-3 Bab-7
Rujuk semula Soalan 34 & 35.
Soalan 36
Hukum adat terbahagi kepada 3 iaitu
Wajib
Mustahil dan
Harus
1) Apakah makna wajib menurut hukum adat?
2) Apa tujuan mempelajari makna WAJIB PADA ADAT?
Jawapan
Perkataan yang sama erti dengan
WAJIB pada adat ialah
MESTI pada adat
Makna WAJIB menurut hukum adat atau lebih biasa disebut makna WAJIB pada ADAT itu ialah sesuatu perkara yang menurut LOGIK AKAL "tidak boleh tidak" ianya MESTI :
Mesti apa?
Saya ulang semula,
Dengar baik baik
Makna WAJIB pada ADAT itu ialah sesuatu PERKARA yang menurut LOGIK AKAL "tidak boleh tidak" ianya MESTI :
Mesti apa?
1) mesti ADA
2) mesti DIMAKAN
3) mesti DICEGAH
4) mesti DILAKUKAN
5) mesti DIKETAHUI
6) mesti DILIHAT
7) mesti DIDENGAR
8) mesti DIPOTONG
dan 1001 perkara yang "MESTI" PADA ADAT. SEKIRA KIRA TIDAK "ADA" @ TIDAK DIPERBUAT maka ianya akan mendatangkan MUDARAT PADA ADAT
Contohnya pertama
Apabila pesawat @ kapal terbang kehabisan minyak semasa di udara, pesawat itu MESTI JATUH
Maka
Menurut hukum adat,
1) pesawat WAJIB ADA MINYAK pada adat supaya dia boleh terbang
2) pada adat pesawat itu WAJIB JATUH jika tidak ada minyak
Contoh kedua :
Pada adat
Jika A tidak makan tidak minum selama 30 hari maka A PASTI akan MATI.
Maka pada adat supaya tidak mati, si A WAJIB MAKAN @ MINUM dalam tempoh 30 hari.
Makan dalam tempoh itu WAJIB pada adat untuk si A
Bukan wajib untuk si B
Contoh ke3 yang lebih ringkas
Pada adat
Supaya berilmu wajib belajar
Jika tidak belajar mustahil berilmu pada adat
Contoh 4
Pada adat
Hendak memiliki rumah sendiri WAJIB ada usaha utk memiliki rumah
MUSTAHIL pada adat kita memiliki rumah tanpa usaha
Itulah 4 contoh yang WAJIB pada adat @ MESTI pada adat
Orang yg melanggar perkara yang dihukumkan WAJIB pada adat itu dinamakan KAFIR pada adat
Manakala orang yg mengikut perkara yang dihukumkan WAJIB pada adat itu dikatakan ISLAM pada adat
Apabila kita faham makna kafir pada adat maka mudahlah untuk memahami makna kafir pada akal dan kafir pada syarak
Begitulah juga dengan makna Islam pada adat
Apabila kita faham makna Islam pada adat, maka mudahlah kita memahami akan makna Islam pada akal dan Islam pada syarak
Mungkin ada yang terfikir, berdosa atau tidak jika melanggar perkara yang WAJIB pada adat?
Jawapannya begini
Hukum adat TERHENTI setakat LOGIK AKAL sahaja.
Sama sekali TIDAK dikaitkan dgn ALLAH @ AGAMA ISLAM. Oleh sebab itu, hukum adat tidak menyentuh soal pahala @ dosa. Soal dosa @ pahala adalah dari sudut hukum SYARAK sahaja.
Bukan hukum adat
Bukan juga hukum akal.
Oleh sebab itulah, orang yang berpegang kepada hukum adat semata mata adalah orang KAFIR. Lihat semula Soalan 35.
Setiap perbuatan @ perkataan orang Islam WAJIB dihubungkan kepada Allah. Jika tidak dikaitkan dengan Allah maka perbuatannya itu akan jatuh samada kepada yang SIA SIA @ yang HARAM pada syarak.
Tetapi fokus kita sekarag ialah HUKUM ADAT
Bukan hukum syarak
Kita akan bincang hukum syarak pada Bab 9 insya Allah
Srkarag baru Bab 7
Persoalan seterusnya
Apakah tujuan kita mempelajari makna WAJIB PADA ADAT?
Tujuannya ialah supaya kita
1) faham makna kafir pada adat
2) faham makna islam pada adat
Apabila kita sudah faham makna kedua duanya itu maka kita akan mudah memahami
Makna Islam pada akal
Makna Islam pada syarak
Makna Kafir pada akal
Makna Kafir pada syarak
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah
Segala yang salah & silap itu adalah atas kesilapan saya memperturut hawa nafsu
Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan