Soalan 6
Semua makhluk itu HARUS ADA. Allah Wajib Ada @ Allah Wajib Wujud.
Jelaskan makna 👇
Semua makhluk HARUS ADA dan
Allah WAJIB WUJUD.
A) Kenapa HARUS ADA?
B) Apa yang WAJIB WUJUD?
Jawapan
Semua makhluk harus ada bermaksud 2 perkara:
Maksud pertama :
Semua makhluk mungkin ada, mungkin tidak ada.
Kenapa mungkin ada mungkin tidak ada??
Kerana TIDAK ADA sesiapa yang dapat memaksa Allah untuk menjadikan sebarang makhluk. Segala galanya TERSERAH KEPADA ALLAH.
Jika Allah NAK JADIKAN, DIA JADIKAN, MAKA JADILAH.
Jika Allah TAK NAK JADIKAN, DIA TIDAK AKAN JADI.
Dalam perkataan lain, TIDAK ADA QUDRAT & IRADAT yang menyerupai Qudrat & Iradat Allah yang mampu menjadikan daripada TIDAK ADA kpd ADA @ mentiadakan daripada ADA kepada TIDAK ADA.
Maksud ke2)
Semua hukuman keatas makhluk seperti manusia TERSERAH KEPADA ALLAH.
Contohnya:
Jika Allah hendak memasukkan orang kafir kedalam SYURGA, maka masuklah orang kafir ke dlm syurga
Jika Allah hendak masukkan orang Islam kedalam NERAKA maka masuklah orang Islam kedalam neraka
TIDAK ADA QUDRAT @ IRADAT SELAIN QUDRAT & IRADAT ALLAH yang mampu MENAHAN Allah daripada memasukkan orang Islam ke dalam NERAKA dan TIDAK ADA QUDRAT @ IRADAT yang mampu MENAHAN Allah daripada memasukkan orang Kafir ke dalam SYURGA.
Dalam ertikata lain,
SEMUA MAKHLUK HARUS ADA PADA AKAL.
HANYA ALLAH YANG WAJIB ADA PADA AKAL
Diulang semula
Dengar sekali lagi .
Ini adalah PADA AKAL
BUKAN PADA SYARAK
Pada Syarak, Allah TIDAK MUNGKIR JANJI
Orang kafir dimasukkan ke dalam neraka
Orang islam dimasukkan ke dalam syurga
Di ulang sekali lagi bahawa semua makhluk HARUS ADA PADA AKAL.
HANYA ALLAH YG WAJIB ADA PADA AKAL
Wallohua'lam
Jawapan soalan seterusnya seperti ini
Apa yang wajib wujud?
Apakah yang WAJIB WUJUD itu??
Soalan yang lebih tepat ialah:
Apakah yang WAJIB WUJUD pada AKAL itu??
Jawapannya begini:
Yang wajib wujud pada akal itu ialah 7 PERKARA iaitu :
1) Pekuasa Allah @ QUDRAT Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
2) Pekehendak Allah @ IRADAT Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
3) Pengetahuan Allah @ ILMU Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
4) Pehidup Allah @ HAYAT Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
5) Pendengar Allah @ SAMI' Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
6) Pelihat Allah @ BASIR Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
7) Pekata Allah @ QALAM Allah itulah yang WAJIB WUJUD.
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdullillah..
BalasPadamAlhamdu lillah
BalasPadam