Soalan 29
Apakah
A) makna jirim?
B) makna jisim?
C) makna arodh?
D) makna takluk?
Berikan contoh masing masing.
Apakah tujuan mempelajari semua istilah itu?
Jawapan
Semua makhluk yg wujudi & bukan wujudi mempunyai RUPA masing2. RUPA bagi makhluk disebut juga sebagai SIFAT. Ini bermakna ada RUPA yang wujudi dan ada RUPA yang bukan wujudi.
Apa itu makhluk?
(Sesiapa yang ingat ingat lupa tu, elok semak semula pencerahan Soalan 3)
Semua takrif ini adalah dari sudut LUGHAH @ hukum ADAT
JIRIM
Apakah Ta’rif Jirim?
(Lihat soalan 22)
Secara ringkas takrif jirim ialah:
Sesuatu yang ada zat @ diri
Dari segi bahasa @ lughah, jirim ialah :
jasad @ tubuh badan @ ketul
Contoh makhluk yang dikatakan jirim ialah:
Manusia
Pokok
Batu
Jin
Dan 1001 yang lain
(Lihat contoh pada Soalan 22)
JISIM
Ta'rif Jisim
Semua JISIM adalah JIRIM tapi BUKAN SEMUA JIRIM itu JISIM
Jisim
Ialah jirim yang BERKETUL @ BERJASAD
Contohnya ialah:
Manusia
Pokok
Haiwan
Matahari
Kerusi
Cawan
Sudu
Dan 1001 yg lain
A'RODH
Takrif A'rodh
Ialah RUPA @ SIFAT sesuatu benda yg dicapai oleh sekurang kursngnya salah satu PANCAINDERA.
Contohnya ialah
1) Yang dilihat dengan MATA
Seperti
-Bentuk sesuatu seperti segi 4, bulat dan lain lain
-Ukuran Berat sesuatu benda
-Ukuran Jarak sesuatu
2) Yang didengar dengan TELINGA
Seperti
Ukuran kekuatan bunyi
3) Yang dirasa oleh LIDAH
Seperti
Tahap kesedapan makanan
4) Yang dihidu oleh HIDUNG
Seperti
Tahap kewangian bunga
5) Yang dirasa oleh KULIT
Seperti
Tahap kesakitan akibat luka.
TA'ALUK
Takrif ta'aluk TIDAK dinyatakan disini kerana hukum mempelajarinya adalah FARDU KIFAYAH, BUKAN FARDU AIN
Fokus perkongsian ilmu kita hanya perkara-perkara @ ilmu FARDU AIN
Sesiapa yg berminat mempelajari secara lebih mendalam maksud jisim, a'rodh dan ta'luk, bolehlah dirujuk kepada orang yang lebih arif.
Memahami perbezaan 2 maksud seperti pada soalan 22 itu SUDAH MEMADAI iaitu makna :
1) makhluk berjirim @ wujudi
2) makhluk bukan jirim @ bukan
wujudi
Apakah pula TUJUAN mempelajari semua istilah itu?
Tujuannya ialah :
Supaya kita tahu bahawasanya Allah itu :
1) tidak ada persamaan dengan JIRIM & A'RODH.
2) ALLAH ITU BUKAN JIRIM
BUKAN A'RODH.
Segala yang BENAR itu adalah anugerah Allah.
Segala yang SALAH dan SILAP itu kerana kejahilan saya memperturut hawa nafsu.
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah.....
BalasPadamApa maksud doa ini.
BalasPadamYa aiyuhan nafsul maut jirimin?
Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Perkongsian yang baik bagi pelajar yang sedang belajar ilmu tauhid ini. Semoga Allah memberkati ilmu dan amal kalian.
BalasPadam