(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 28 Februari 2016

Bab 8 Soalan 65 : Persoalan Umum Dari pencerahan Soalan 64, kenapa pula perkataan "DIKERANAKAN" tidak boleh digunakan kepada Allah? Kenapa pula perkataan itu dikatakan "membatalkan makna Allah SATU DAN membatalkan makna Allah ESA" ? Apakah sebenarnya makna perkataan "DIKERANAKAN" pada adat, pada akal dan pada syarak? Berikan contoh.

Jawapan
Soalan 65


Persoalan Umum

Dari pencerahan Soalan 64,
kenapa pula perkataan "DIKERANAKAN" tidak boleh digunakan kepada Allah? Kenapa pula perkataan itu dikatakan "membatalkan makna Allah SATU DAN membatalkan makna Allah ESA" ?

Apakah sebenarnya makna perkataan "DIKERANAKAN" pada adat, pada akal dan pada syarak?

Berikan contoh.


Jawapan
Soalan 65


Pada adat

Perkataan yang hampir sama maksud dengan "dikeranakan" ialah "disebabkan"

Pada adat, perkataan itu bermaksud ADA PENYEBAB kepada sesuatu. Contohnya ialah

1)
Ali makan "kerana" lapar
Ali makan "sebab" lapar

"makan" dan "lapar" adalah 2 benda yang berbeza

Si Ali makan disebabkan sesuatu iaitu "lapar". Jika TIDAK LAPAR si Ali TIDAK makan

2)
Si Ali membeli meja 'kerana" hendak menulis diatas meja

"membeli meja" dan "menulis" adalah dua perkara yang BERBEZA

Jika TIDAK kerana ingin menulis diatas meja, si Ali TIDAK membeli meja

Perkataan itu adalah BENAR
TIDAK SALAH

Perkataan "kerana" atau "dikeranakan" membawa 2 maksud yang berbeza iaitu membawa maksud BANYAK.

Oleh sebab itu apabila disebut perkataan
"Qodirun kerana Qudrat"
atau "Qodirun dikeranakan Qudrat"
atau "sifat" yang dikeranakan "sifat"

maka perkataan itu sebenar2nya membawa makna BANYAK dan makna Qodirun dan Qudrat itu sebagai 2 yang BERBEZA PADA AKAL yakni :

1) salah satu bermaksud Allah yang Qudrat dan

2) salah satu lagi bermaksud Allah yang TIADA Qudrat Atau BUKAN Qudrat.

Sedangkan kita tahu Qudrat dan Qodirun itu adalah SATU PADA AKAL dan ESA PADA AKAL. Bukannnya dua yg berbeza. Bukannya dua yang berlainan. Jika BERBERZA ATAU BERLAINAN maka sifat Allah itu SUDAH BERBILANG BILANG. Jika berbilang bilang maka sifat Allah itu ADA PERSAMAAN dengan sifat makhluk.

Kenapa pulak?
Sebabnya sifat yang berbilang bilang itu adalah sifat makhluk. Setiap yang sabit pada makhluk maka mustahil sabit pada Allah.

Dibilang bilangkan
1) Qudrat
2)Qodirun
BUKAN kerana Qudrat dan Qodirun itu BERBEZA akan tetapi untuk menghampirkan faham kita kepada makna Allah SATU Dan Allah ESA pada akal.

Sesiapa yang lupa makna SATU DAN ESA eloklah semak semula pencerahan sebelum ini

Itulah 1 contoh sifat yang dikeranakan sifat yang lain. Pada akal, perkataan itu sebenarnya MEMBATALKAN MAKNA SATU dan MENDUAKAN YANG SATU yakni MENDUAKAN ALLAH PADA AKAL

Nauzubillah

Apakah dalilnya pada syarak, perkataan "dikeranakan" tidak boleh digunakan untuk Allah?

Dalilnya ialah

Al-Ikhlas,
ayat 1:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): " Allah Yang Maha Esa"

Persoalan pasti timbul

Apa kaitannya ayat itu dengan perkataan "dikeranakan"

Ayat Qul ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) dalam surah al Ikhlas itu sesungguhnya adalah ayat PERINTAH yang SANGAT KUAT supaya kita

1) mengata Allah ESA
2) MENGESAKAN Allah SERENTAK melalui 3 perbuatan iaitu perbuatan hati iaitu iktikad, perbuatan lidah iaitu perkataan dan anggota iaitu tingkahlaku yang lebih biasa disebut sebagai PERBUATAN sahaja.

Sebelum ini pada Soalan 56, 58 dan 59 sudah dicerahkan perbezaan makna ESA dan SATU. Makna esa lebih khusus berbanding makna "satu" dan membawa maksud "semua yang esa itu adalah SATU"

Oleh itu
ayat قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ itu juga bermaksud PERINTAH mengata Allah SATU dan MENJAUHI sebarang PERBUATAN YANG MEMBATALKAN MAKNA SATU atau makna ALLAH itu SATU. Dalam perkataan lain, setiap perkataan yang yang membawa makna Allah itu BANYAK yakni 2 atau lebih adalah MEMBINASAKAN AKIDAH.

Apa dia perkataan yang membawa makna Allah itu BANYAK?

Jawabannya
Makna "banyak" telah dicerahkan pada Soalan 59 & 60.

Kita lihat pula bukti tambahan pada ayat yang ke-19 surah al An'am yang ertinya seperti berikut

Al-An'am : 19

قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَا دَةً قُلِ اللَّهُ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰ قُل لَّا أَشْهَدُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Ertinya
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang SATU, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

(al-An'am : 19)

Itulah bukti kedua yang lebih KHUSUS melarang sebarang perbuatan yang MEMBATALKAN MAKNA SATU  bagi Allah.

Kekuatan Perintah MENGATA ALLAH SATU atau قُلْ pada ayat ُ( قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ) adalah sama dengan kekuatan Perintah MENGATA ALLAH ESA atau قُلْ  pada ayat ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)

Oleh itu, kedua dua ayat tersebut adalah ayat PERINTAH YANG SANGAT KUAT supaya setiap mukallaf

1) mengata Allah SATU
2) mengata Allah ESA
3) MENGESAKAN Allah
4) MENJAUHI PERKATAAN ATAU IKTIKAD ATAU PERBUATAN YANG MEMBAWA MAKSUD ALLAH ITU "BANYAK"

Sekiranya kita TIDAK tahu salah satu dari 4 PERINTAH ALLAH itu sesungguhnya AKIDAH KITA MASIH BELUM SELAMAT daripada BINASA.

Oleh sebab itulah, supaya akidah selamat, kita bersama sama mengajak dan berkongsi ilmu ilmu AKIDAH.

Insya Allah

Persoalan sekarang, apakah perbuatan yang membawa makna BANYAK?

Persoalan itu sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 58 & 59
Secara ringkasnya, perkataan yang membawa maksud "banyak" adalah 8 perkara iaitu

1) yang berbilang ayau berbilang bilang.
2) yang bercampur atau bercampur camput.
3) yang berhimpun atau berhimpun himpun.
4) yang berlapis atau berlapis lapis.
5) yang bersusun atau bersusun susun.
6) yang bersuku atau bersuku suku.
7) yang bercerai atau bercerai cerai.
8) yang berpihak atau berarah arah.

Perkara ini akan dibincang lebih lanjut pada Soalan 66 in sya Allah

Persoalannya sekarang ialah
Apakah contoh perkataan yang membawa makna Allah banyak?

Ingat ya,
sekadar perkataan yang membawa makna BANYAK sahaja yakni membawa makna ALLAH BANYAK pun SUDAH BINASA AKIDAH, belum lagi perkataan yang JELAS MENGATA ALLAH BANYAK, terlebih lebih lagilah MEMBINASAKAN AKIDAH. Contoh perkataan yang JELAS adalah  seperti berikut :

1) ada Tuhan yang SERUPA dengan Allah
2) ada Allah yang lain selain Allah yang Maha Esa
3) Allah yang orang kafir sebut itu ADA PERSAMAAN DENGAN Allah yang orang Islam sebut

dan 1001 contoh perkataan yang JELAS "MENDUAKAN" ALLAH YANG SATU dan sesungguhnya perkataan itu adalah JELAS MEMBINASAKAN AKIDAH

Perkataaan yang TIDAK JELAS menduakan Allah atau telah dilafazkan tanpa sengaja tetapi membawa maksud Allah BANYAK adalah seperti 7 perkataan ini

1) Allah berkuasa "KERANA" ada SIFAT PEKUASA ATAU "KERANA" ADA SIFAT QUDRAT. Dalam perkataan lain, "KERANA" adanya sifat pekuasa PADA DIRI Allah itu maka Allah BERKUASA.

2) Allah berkehendak "KERANA" ada SIFAT PEKEHENDAK ATAU KERANA SIFAT IRADAT. Dalam perkataan lain, KERANA adanya SIFAT IRADAT itu PADA DIRI Allah maka Allah BERKEHENDAK

hinggalah sifat yang ke 7

7) Allah berkata "KERANA" ada SIFAT PEKATA ATAU KERANA SIFAT KALAM. Dalam perkataan lain, KERANA adanya SIFAT KALAM itu PADA DIRI Allah maka Allah BERKATA.

Semua perkataan "KERANA" itu membawa maksud Allah itu MEMILIKI "ALAT" yang "DENGAN ALAT ITU" barulah Allah MAMPU ATAU KUASA MELAKUKAN SEKEHENDAKNYA

Perkataan itu sebenarnya "tanpa sedar" sudah meletakkan Allah itu ADA PERSAMAAN dengan makhluk seperti manusia. Manusia yang berkuasa KERANA adanya ALAT iaitu tulang urat darah daging otak benak. Manusia yang berkehendak KERANA adanya ALAT iaitu hawa nafsu. Manusia itu yang berkata kata KERANA adanya ALAT iaitu lidah huruf suara.

Kita tahu
Segala yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah "DIKERANAKAN" OLEH SESUATU. Tanpa sedar, perkataan "dikeranakan" itu TELAH MEMBATALKAN MAKNA ALLAH SATU dan MENDUAKAN YANG SATU.

Itulah sedikit contoh perkataan yang bermaksud ALLAH "dua" atau "BANYAK" dan sesungguhnya perkataan itu tanpa sedar telah MEMBINASAKAN AKIDAH orang yang menyebutnya walaupun TIDAK diiktikadkan didalam hati.

Persoalan sekarang,
mungkin ada yang terfikir, perkataan itu membawa maksud Allah memiliki persamaan dengan makhluk, apa pula kaitannya dengan iktikad ada DUA ALLAH atau menduakan Allah?

Baik
dengar elok elok

Semua orang yang mengaku Islam sudah tentu YAKIN dan beriktikad bahawasanya QUDRAT Allah Ta'ala BUKAN dengan alat, IRADAT Allah BUKAN dengan alat. Begitulah sehingga Kalam. KALAM Allah BUKAN dengan alat. Akan tetapi pada masa yang sama, apabila dia melafazkan seperti 7 perkataan itu, maka TANPA SEDAR dia sudah MENGATA ALLAH ITU BANYAK.

Melalui 2 ayat
 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد
dan
 ُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
SEDAR ATAU TIDAK SEDAR
JAHIL ATAU TIDAK JAHIL
DIIKTIKADKAN atau TIDAK DIIKTIKADKAN

apabila dilafazkan dalam keadaan PENUH SEDAR maka orang yang yang melafazkan itu SUDAH BINASA AKIDAH.

Kenapa pulak binasa akidah?
Sekadar sebut sahaja, bukannya diiktikadkanpun. Takkan sebutpun BINASA AKIDAH?

Begini
Saya ulang semula
dengar baik baik. Ayat
 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
dan
 ُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ

adalah ayat PERINTAH yang SANGAT KUAT menyuruh kita

1) mengata Allah SATU
2) mengata Allah ESA
3) MENGESAKAN ALLAH dan
4) MENJAUHI sebarang perkataan, iktikad @ perbuatan yang BERCANGGAH dengan makna SATU Dan ESA atau MENDUAKAN ALLAH.

Keempat empat perintah itu WAJIB SERENTAK PADA 3 PERBUATAN.

Dalam perkataan lain, jika seseorang mukallaf telah melafazkan perkataan itu walapun TIDAK diiktikadkan, hanya sekadar perkataan, maka TANPA SEDAR dia sudah MENGATA ALLAH ITU BANYAK. Sebab itu BINASA AKIDAH.

Saya beri satu contoh untuk menghampirkan faham. Contohnya dalam bentuk persoalan.

Katalah ada seseorang yang kehausan meminum "cecair berwarna oren" didalam botol minuman F&N yang TANPA sedar cecair itu rupa rupanya atau sebenarnya adalah RACUN tikus. Tanpa sedar, dia dah habis terminum sebotol racun tikus. Apa agaknya terjadi kepada orang yang TERMINUM RACUN itu?

Jawapannya SANGAT MUDAH

Pada adat,
si peminum pasti MATI.
Dalam sedar atau tidak sedar
Disengajakan atau tidak disengajakan
Ketika jahil atau tidak jahil
Dalam keadaan tahu atau tidak tahu
PADA ADAT RACUN ITULAH PUNCA KEMATIAN SIPEMINUM

Pada akal, RACUN itu tidak memberi bekas, racun tidak membawa mudarat. Pada akal, yang memberi mudarat dan yang mematikan adalah Allah. Jika setiap hari, sipeminum meminum 10 botol racun pun, jika Allah TIDAK MENGIZINKAN, sipeminum tetap HIDUP dengan selamat.

Itulah contoh dan bukti sekiranya seseorang itu telah MENDUAKAN ALLAH TANPA SEDAR maka sesungguhnya TELAH BINASALAH AKIDAHNYA.

Oleh itu perkataan

1) Allah berkuasa KERANA ada sifat QUDRAT

2) Allah berkehendak KERANA ada sifat IRADAT

sehingga

7) Allah berkata KERANA ada sifat KALAM

dan 1001 contoh perkataan lain yang serupa, sebenar benanya semua perkataan "KERANA" @ "DIKERANAKAN" itu TANPA SEDAR sudah mengiktikadkan ADA ALLAH yang QudratNYA kerana alat, IradatNYA kerana alat, IlmuNYA kerana alat, SamiqNYA kerana alat, BasirNYA kerana alat dan KalamNYA kerana alat. Tanpa sedar dia sudah beriktikad bahawasanya ADA ALLAH YANG KEDUA.

Allah yang pertama QUDRATNYA tanpa alat
Allah yang kedua QUDRATNYA dengan alat

Sebab itulah BINASA AKIDAH

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

www.laisakamitslihisyaiun.blogspit.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Khamis, 25 Februari 2016

Bab 8 Soalan 64 Memahami makna esa manusia pada adat itu akan MENGHAMPIRKAN kefahaman kita kepada makna sebenar ESA ALLAH PADA AKAL. Oleh itu, dari makna esa pada adat pada Soalan 56, 58 dan 59 itu, terbitkan makna esa Allah pada AKAL? Dalam perkataan lain, apakah makna ESA ALLAH PADA AKAL?

Jawapan
Soalan 64



Akal kita TIDAK mampu memahami makna ESA ALLAH kerana Allah itu TIDAK ada persamaan dengan sekalian makhluk.

Oleh itu, untuk memahami maknanya, tidak ada cara lain melainkan memahami makna ESA makhluk @ esa diri kita pada adat seperti yg dicerakah pada Soalan 56, 58 & 59.

Memahami makna esa manusia pada adat itu akan MENGHAMPIRKAN kefahaman kita kepada makna sebenar ESA ALLAH PADA AKAL.

Oleh itu,
dari makna esa pada adat pada Soalan 56, 58 dan 59 itu, terbitkan makna esa Allah pada AKAL?

Dalam perkataan lain, apakah makna
ESA ALLAH PADA AKAL?



Jawapan



Sebelum kita bincang Soalan 64, elok kita lihat dahulu ayat Allah ini

وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللهُ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٨٩﴾ إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾

”Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (seperti bukti Allah Maha Esa) bagi orang-orang yang berakal”.

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

(Ali Imran : 180-191)

Itulah ayat yang membuktikan bahawa sanya Allah Ta'ala menjadikan sekalian makhluk ini bukanlah sia-sia. Walaupun makhluk itu zahirnya kotor, busuk dan hodoh, seperti BABI, namun BABI itu BUKAN SIA SIA DIJADIKAN ALLAH. Sekalian alam dan babi itu sebenarnya menjadi BUKTI ALLAH itu MAHA ESA. Sesiapa yg berkata ada makhluk seperti BABI dijadikan Allah TANPA FAEDAH kepada manusia maka sesungguhnya BINASALAH AKIDAHNYA.

Ayat yang membuktikan telah BINASA AKIDAH orang yang menganggap sebahagian makhluk yang dijadikan Allah itu adalah sebagai SIA SIA ialah ayat berikut :

Al-Ahqaf,
ayat 3:

مَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنذِرُوا مُعْرِضُونَ

Ertinya :
(Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan); dan orang-orang yang KAFIR berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.

(al Ahqaf : ayat 3)

Kedua-dua ayat itu menjadi bukti bahawa, manafaat sekalian alam ini adalah untuk sekalian jin dan manusia

Kita ingat semula
Makna ESA pada adat ialah menyatakan sifat, zat, kelakuan dan nama adalah merujuk kepada DIRI yang SATU, bukannya diri yang berbeza, bukannya diri yang berlainan.

Ingat ya
makna SATU sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 56 iaitu MENAFIKAN BANYAK dan apabila diambil sebahagian zat maka BERUBAHLAH DIRI yang SATU itu atau rosaklah DIRI yang SATU itu.

Sesiapa yang ingat ingat lupa akan makna SATU eloklah semak semula audio atau pencerahan Soalan 56.

Apa makna diri?
Apa makna sifat?
Apa makna zat?
Apa makna kelakuan?
Apa makna nama?

Makna diri, sifat, zat dan kelakuan sudah dicerahkan sebelum ini. Makna nama sahaja yang belum dicerahkan dan akan dicerahkan insya Allah.

Dikata DIRI pada makhluk iaitu terhimpun beberapa banyak zat yakni sekurang kurangnya DUA zat.

Dikata semua makhluk itu SIFAT @ memiliki SIFAT kerana salah satu dari  2 perkara berikut

1) memiliki RUPA masing masing yang disaksikan oleh PANCAINDERA

2) TIDAK boleh disaksikan oleh pancaindera tetapi memiliki 6 persamaan dengan SEMUA makhluk yang disaksikan oleh pancaindera iaitu

a) makhluk yang HARUS ada
b) makhluk yang ada permulaan
c) makhluk yang  berubah
d) ada makhluk yang seumpamanya
e) makhluk yang ada kelemahan
f) zatnya yang berbilang bilang

Seterusnya
Dikata ZAT pada makhluk kerana DIRI makhluk itu ada JUZUK ATAU BERBAHAGI BAHAGI kepada salah satu dari 8 perkara berikut iaitu

1) berbilang atau berbilang bilang
2) bercampur atau bercampur campur
3) berhimpun atau berhimpun himpun
4) berlapis atau berlapis lapis
5) bersusun atau bersusun susun
6) bersuku atau bersuku suku
7) bercerai atau bercerai cerai
8) berpihak atau berarah

Kita tahu semua yg sabit pd makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah maka segala yang BERCANGGAH & MEMBATALKAN makna ESA PADA AKAL itu ada 3 BAHAGIAN. Setiap bahagian pula terpecah kepada beberapa banyak cabang.

3 bahagian itu ialah :

Bahagian Pertama👇🏿

A) Semua perkataan yang membawa maksud Allah ADA PERSAMAAN DENGAN SEBARANG MAKHLUK iaitu

1) berbilang @ berbilang2
2) bercampur @ bercampur2
3) berhimpun @ berhimpun2
4) berlapis @ berlapis2
5) bersusun @ bersusun2
6) bersuku @ bersuku2
7) bercerai @ bercerai2
8) berpihak @ berarah

8 perkara itu ada pada sekalian makhluk. Dalam perkataan lain, 8 perkara itu adalah PERSAMAAN kepada sekalian makhluk dan sudah dicerahkan pada sebelum ini.

Perbuatan @ perkataan @ iktikad itu sebenar2nya BERCANGGAH & MEMBATALKAN makna ALLAH ESA PADA AKAL

Bahagian Kedua👇🏿

B) Semua perkataan @ iktikad yang  bermaksud Allah itu BERJUZUK @ BERBAHAGI yakni ZAT @ SIFAT Allah itu adalah ALAT yang ada persamaan dengan ALAT pada makhluk iaitu

1) Sifat Qudrat Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" itu Allah BERKUASA @ memperbuat sekehendakNYA.

2) Sifat Iradat Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" itu Allah BERKEHENDAK @ melakukan sekehendakNYA.

3) Sifat Ilmu Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" itu Allah BERPENGETAHUAN @ mengetahui hal sekalian makhlukNYA sejak dahulu hingga didalam syurga neraka selama2nya.

4) Sifat Hayat Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" itu Allah HIDUP @ memelihara sekalian alam sejak dahulu hingga selama2nya.

5) Sifat Sami'Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" Allah MENDENGAR suara dan bukan suara sekalian perbuatan makhlukNYA sejak makhluk pertama dijadikan sehingga di dalam neraka @ syurga selama2nya.

6) Sifat Basir Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" itu Allah MELIHAT hal sekalian maklukNYA didunia dan akhirat.

7) Sifat Kalam Allah itu adalah "ALAT" yang dengan "ALAT" itu Allah BERKATA @ MENGKHABARKAN hal sekalian makhlukNYA.

Perkataan atau iktikad seperti itu sebenarnya BERCANGGAH & MEMBATALKAN makna ALLAH ESA PADA AKAL


Bahagian Ke3

C) Perkataan atau iktikad yang MEMBATALKAN makna SATU dan makna ESA iaitu yang bermaksud Allah itu DIKERANAKAN oleh sesuatu seperti

Allah Wujud dikeranakan sesuatu

Qudrat dikeranakan Qodirun atau
Qodirun dikeranakan Qudrat

Iradat dikeranakan Muridun atau
Muridun dikeranakan Iradat

begitulah sehingga
Kalam dikeranakan Mutakalkimun atau
Mutakallimun dikeranakan Kalam

dan 1001 contoh perkataan atau iktikad yang membawa maksud "DIKERANAKAN"

Sudah tentu ada yang ingin bertanya, macam mana dengan  perkataan "DISEBABKAN"? Adakah sama maksudnya dengan "DIKERANAKAN"?

Jawapannya

YA, maksud kedua dua perkataan itu adalah SAMA. Kedua duanya MEMBATALKAN MAKNA ESA ALLAH PADA AKAL.

Sesungguhnya
Perbuatan atau perkataan atau iktikad itu sebenar benarnya BERCANGGAH DAN MEMBATALKAN makna ALLAH SATU DAN ALLAH ESA PADA AKAL.

Dalam Bahasa Arab, semua perkataan dan iktikad itu sebenar benarnya MEMBATALKAN & BERCANGGAH dangan makna ayat Allah itu Al-Wahid (Satu) dan Al-Ahad (Esa)

==========================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

www.laisakamitslihisyaiun.blogspit.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Isnin, 22 Februari 2016

Bab 8 Soalan 63:Apakah dalil akal bagi sifat Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun iaitu sifat ke 14-20 dalam Sifat 2 Dalam perkataan lain, bagaimanakah kita ingin MENTAHKIQKAN KEFAHAMAN kita tentang 7 sifat Allah dalam sifat 20 iaitu Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun?

Jawapan
Soalan 63


Dalil akal bagi Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat sudah dicerahkan seperti pada Soalan 61

Dalil akal bagi Qudrat hingga Kalam pula sudah dicerahkan seperti pada Soalan 62

Sekarang ini,

Apakah dalil akal bagi sifat Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun iaitu sifat ke 14-20 dalam Sifat 2

Dalam perkataan lain,
bagaimanakah kita ingin MENTAHKIQKAN KEFAHAMAN kita tentang 7 sifat Allah dalam sifat 20 iaitu Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun?

Apa kaitkannya dengan makna SATU dan makna ESA yang sudah dicerahkan pada Soalan 56, 58 dan 59 ??


Jawapan


Sifat yang ke-14 hingga yang ke-20 sebenarnya MENERANGKAN sifat ke-7 hingga ke-13

Dalam perkataan lain,
pada akal
Qodirun menerangkan Qudrat
pada akal
Muridun menerangkan Iradat
pada akal
A'limun menerangkan Ilmu
pada akal
Haiyun menerangkan Hayat
pada akal
Sami'un menerangkan Sami'
pada akal
Basirun menerangkan Basir
pada akal
Mutakallimun menerangkan Kalam

Tentu ada yang terfikir
Apa yang diterangkan oleh Qodirun hingga Mutakallimun itu satu persatu?

Begini

Kita tahu, makna sebenar Allah itu MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal. Kita juga tahu, makna sebenar Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat itu MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal. Perkara itu telah dicerahkan pada soalan sebelum ini. Begitu jugalah dengan sifat Allah yang ke14 hingga 20. Makna sebenar Qodirun hingga Mutakallimun pada akal itu sebenar benanya MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal.

Kenapa pula tidak mampu difikirkan oleh akal?

Sebabnya ialah,
Allah dan semua sifatNYA itu TIDAK ada persamaan dengan sebarang makhluk. Allah dan semua sifatNYA Atau zatNYA Atau namaNYA itu BUKANNYA MAKHLUK. Semuanya itu Qodim lagi azali. Semuanya itu "laisakamitslihisyaiun"

Akal kita hanya mampu memikirkan sesuatu yang memiliki persamaan iaitu sekalian makhluk. Hanya makhluk yang mampu difikirkan. Justeru, untuk memahami makna Qodirun hingga Mutakallimun pada akal iaitu pada Allah, kita perlu memahami makna Qodirun hingga mutakallimun pada adat iaitu pada diri manusia.

Dengan memahami makna Qodirun pada diri manusia, maka akan menghampirkan akal kita untuk memahami akan makna sebenar Qodirun Allah pada akal.

Begitulah cara Atau kaedah memahami sifat sifat Allah yang lain. Kita terlebih dahulu perlu memahami DALIL yang ada pada diri sendiri. Diri sendiri adalah DALIL PALING HAMPIR untuk memahami makna sebenar ALLAH atau Sifat sifatnya.

Buktinya adalah ayat Allah di dalam al Quran yang berbunyi

وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya :
Dan pada DIRI kamu sendiri, serta pada segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga BUKTI-BUKTI (Allah Ta'ala Maha Esa) bagi orang-orang yang meyakininya.

(al Jasiah : 4)

Saya ulang semula
Untuk memahami makna Qodirun hingga Mutakallimun pada akal itu yakni Allah kita terlebih dahulu perlu memahami makna Qodirun hingga mutakallimun pada adat iaitu pada diri manusia.

Bagaimana caranya?

Kita lihat satu persatu makna Qodirun hingga Mutakallimun pada adat yakni pada manusia

1) Makna QODIRUN pada adat
 ialah "YANG KUASA dengan alat iaitu TULANG, urat, darah, daging, otak dan benak"

2) Makna MURIDUN pada adat
 ialah "YANG BERKEHENDAK dengan alat iaitu hawa NAFSU"

3) Makna A'LIMUN pada adat
 ialah "YANG MENGETAHUI dengan alat iaitu HATI'

4) Makna HAIYUN pada adat
ialah "YANG HIDUP dengan alat iaitu NYAWA"

5) Makna SAMI'UN pada adat
ialah "YANG MENDENGAR dengan alat iaitu lubang TELINGA"

6) Makna BASIRUN pada adat
ialah "YANG MELIHAT dengan alat iaitu biji MATA"

7) Makna MUTAKALLIMUN pada adat ialah "YANG BERKATA KATA dengan alat iaitu LIDAH huruf dan suara"

Jadi apa yang diterangkan oleh Qodirun Muridun hingga Mutakallimun pada adat?

Baik
Dengar baik baik

Apa bila disebut QUDRAT pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERKUASA iaitu tulang urat hingga otak benak.

Apabila disebut QODIRUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MEMPERBUAT APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Maka diambil daripada itu, Qudrat dan Qodirun adalah merujuk kepada DIRI YANG SATU. Maka Qudrat dan Qodirun itu bukannya 2 SIFAT YANG BERBEZA. Qudrat dan Qodirun itu adalah SATU pada adat. Dibilangkan dua iaitu Qudrat dan Qodirun pada adat hanyalah untuk menghampirkan kefahaman kita kepada makna ESA PADA ADAT.

Apa bila disebut IRADAT pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERKEHENDAK iaitu hawa NAFSU.

Apabila disebut MURIDUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MEMPERBUAT APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut ILMU pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERPENGETAHUAN iaitu hawa HATI.

Apabila disebut A'LIMUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MENCARI ILMU YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut HAYAT pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk HIDUP iaitu NYAWA.

Apabila disebut HAIYUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MEMELIHARA DIRI MENGIKUT YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut SAMI' pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk MENDENGAR iaitu lubang TELINGA.

Apabila disebut SAMI'UN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MENDENGAR APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut BASIR pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk MELIHAT iaitu biji MATA.

Apabila disebut BASIRUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MELIHAT APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut KALAM pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERKATA KATA iaitu LIDAH.

Apabila disebut MUTAKALLIMUN pada afat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MENGKHABARKAN APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Maka diambil daripada itu PADA ADAT

Qudrat Dan Qodirun
Iradat Dan Muridun
Ilmu Dan A'limun
Hayat Dan Haiyun
Sami' Dan Sami'un
Basir Dan Basirun
Kalam Dan Mutakallimun

adalah merujuk kepada DIRI atau ZAT kita yang SATU. Dibilang bilangkan Qudrat Iradat hingga mutakallimun PADA ADAT bukannya kerana Qudrat Iradat hingga Mutakalkimun itu berberbeza beza, bukannya kerana berlain lainan tetapi HANYALAH untuk MENGHAMPIRKAN FAHAM kita kepada makna diri kita SATU dan ESA pada adat.

Jika diambil mana mana satu sifat seperti QUDRAT itu maka BERUBAHLAH DIRI, maka BERUBAHLAH diri kita daripada KUASA pada adat menjadi LEMAH pada adat. Itulah makna SATU dan makna ESA pada adat.

Sesiapa yang ingat ingat lupa akan makna SATU Atau ESA pada adat dan pada akal, eloklah semak semula pencerahan Soalan 56, 58 dan 59.

Kita semua tahu, segala yg sabit pd sekalian makhluk maka MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh kerana itu MUSTAHIL pada Allah 7 perkara yang tersebut diatas iaitu

1) Makna Qodirun pada akal ialah "menyatakan Allah itulah YANG BERKUASA tiada dengan tulang urat darah daging otak benak"

2) Makna Muridun pada akal ialah "Allah itulah YANG BERKEHENDAK tiada dengan hawa nafsu"

begitulah sehingga Mutakallimun

7) Makna Mutakallimun  pada akal ialah "menyatakan Allah itulah YANG BERKATA tiada dengan lidah huruf suara"

Ringkasnya

PADA AKAL
Apa bila disebut QUDRAT maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA, TIADA dengan tulang urat hingga otak benak.

PADA AKAL
Apabila disebut QODIRUN pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itulah YANG BERKUASA MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA"

Maka diambil daripada itu,
PADA AKAL Qudrat dan Qodirun adalah merujuk kepada DIRI YANG SATU iaitu ALLAH. Maka Qudrat dan Qodirun itu bukannya 2 SIFAT YANG BERBEZA. Qudrat dan Qodirun itu adalah SATU pada akal. Dibilangkan dua iaitu Qudrat dan Qodirun pada akal hanyalah untuk menghampirkan kefahaman kita kepada makna ESA PADA AKAL.

PADA AKAL
Apa bila disebut IRADAT maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKEHENDAK, bukan dengan alat bukan dengan hawa nafsu.

PADA AKAL
Apabila disebut MURIDUN pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itulah YANG BERKUASA MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA"

Maka diambil daripada itu,
PADA AKAL Iradat dan Muridun adalah merujuk kepada DIRI YANG SATU iaitu ALLAH. Maka Iradat dan Muridun itu bukannya 2 SIFAT YANG BERBEZA. Iradat dan Muridun itu adalah SATU pada akal. Dibilangkan dua iaitu Iradat dan Muridun pada akal hanyalah untuk menghampirkan kefahaman kita kepada makna ESA PADA AKAL.

Apabila disebut ILMU pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan PENGETAHUAN ALLAH itu bukan dengan ALAT bukan dengan HATI.

Apabila disebut A'LIMUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan Allah itu BERKUASA MENGETAHUI SEGALA GALANYA" pada akal.

Apa bila disebut HAYAT pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu hidup bukan dengan ALAT bukan dengan NYAWA.

Apabila disebut HAIYUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH BERKUASA MEMELIHARA SEKALIAN ALAM" pada akal.

Apa bila disebut SAMI' pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH MENDENGAR bukan dengan alat bukan dengan lubang TELINGA.

Apabila disebut SAMI'UN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA MENDENGAR SEGALA GALANYA" pada akal.

Apabila disebut BASIR pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH melihat bukan dengan ALAT bukan dengan biji MATA.

Apabila disebut BASIRUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA MELIHAT SEGALA GALANYA" pada adat.

Apa bila disebut KALAM pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan PEKATA ALLAH itu tiada dengan alat tiada dengan LIDAH huruf suara.

Apabila disebut MUTAKALLIMUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA MENGKHABARKAN APA YANG DIKEHENDAKI" pada akal.

Maka diambil daripada itu PADA AKAL

Qudrat Dan Qodirun
Iradat Dan Muridun
Ilmu Dan A'limun
Hayat Dan Haiyun
Sami' Dan Sami'un
Basir Dan Basirun
Kalam Dan Mutakallimun

adalah merujuk kepada DIRI atau ZAT ALLAH yang SATU. Dibilang bilangkan Qudrat Iradat hingga mutakallimun PADA AKAL bukannya kerana Qudrat Iradatu hingga Mutakalkimun itu berberbeza beza, bukannya kerana berlain lainan tetapi HANYALAH untuk MENGHAMPIRKAN FAHAM kita kepada makna SATU dan ESA pada akal

Jika diambil mana mana satu sifat seperti QUDRAT itu maka BERUBAHLAH DIRI , maka BERUBAHLAH ALLAH daripada KUASA pada akal menjadi LEMAH pada akal. Itulah makna SATU dan makna ESA pada akal.

Saya rasa masih ada yang kabur.

Tak mengapa
Saya tahu, salah satu punca KABUR itu adalah "lupa" makna perkataan "SATU" pada adat dan "SATU" pada akal.

Makna "satu" pada adat dan "satu" pada akal telahpun dicerahkan pada Soalan 56, 58, 59 iaitu MENAFIKAN BERBILANG BILANG yakni menafikan BANYAK iaitu 2 atau lebih dan apabila diambil sebahagian zat maka BERUBAHLAH ZAT itu atau CACATLAH ZAT itu @ BINASALAH zat itu.

Sesiapa yang ingat ingat lupa itu eloklah semak semula Soalan 56, 58 dan 59

Tapi tak mengapa, kita berikan lagi satu contoh

Kita ambil diri kita masing masing sebagai DALIL AKAL

Katalah kita SEDANG MEMBACA PENCERAHAN ini atau SEDANG MENDENGAR AUDIO PENCERAHAN ini

Katalah nama kita semua SAMA iaitu Lukman Hakim

Perbuatan kita semuapun SAMA iaitu SEDANG MEMBACA atau MENDENGAR PENCERAHAN SOALAN 63

Katalah alat yang kita gunakan untuk MELIHAT pencerahan ini pun SAMA iaitu MATA SENDIRI atau alat yang kita gunakan untuk MENDENGAR AUDIO pun SAMA iaitu TELINGA SENDIRI

Maka
Pada adat
Apabila disebut PENDENGAR si Lukman Hakim maka TERHENTI perkataan itu pada menerangkan si Lukman Hakim MEMILIKI ALAT untuk mendengar iaitu TELINGA

Itulah contoh SAMI' pada adat iaitu PENDENGAR dengan alat iaitu TELINGA

Pada adat
Apabila disebut YANG SEDANG MENDENGAR PENCERAHAN SOALAN 63 maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI si Lukman Hakim itu SEDANG MENDENGAR DAN DAPAT MENDENGAR APA SAHAJA YANG DIINGININYA

Itulah contoh SAMI'UN pada adat

Oleh sebab itu apabila disebut SAMI' dan SAMI'UN pada adat, maksud bagi kedua dua perkataan itu adalah SAMA iaitu diri kita yang bernama Lukman Hakim.i

Bukannya sami' dan sami'un itu merujuk kepada 2 yg berbeza. Sami' dan  sami'un adalah SATU PADA ADAT. Ingat semula makna SATU iaitu menafikan BANYAK DAN jika diambil sebahagian zat, maka BERUBAHLAH DIRI ITU atau BINASALAH DIRI ITU. Jika TELINGA atau PENDENGAR "tiba tiba rosak" maka BERUBAHLAH diri itu daripada SEMPURNA menjadi CACAT PENDENGARAN.

Itulah dalil akal menunjukkan  bahawasanya SAMI' dan SAMI'UN pada akal itu adalah SATU PADA AKAL dan merujuk kepaa yang sama iaitu ALLAH.

Itulah dalil akal bagi bagi Qodirun hingga Mutakallimun untuk kita mentahkiqkan makna ESA SEMUA SIFAT ALLAH atau ZAT ALLAH. SEMUA SIFAT ALLAH ITU ADALAH SATU PADA AKAL. Bukannya berlain lainan. Jika berlain lainan maka sifat Allah itu sudah BERBILANG BILANG. Jika sifat QUDRAT itu TIADA pada Allah maka berubahlah DIRI Allah menjadi LEMAH. Begitulah pada sifat sifat yang lain. MUSTAHIL BERLAIN LAINAN. MUSTAHIL BERBEZA BEZA. MUSTAHIL PADA AKAL.

Dibilangkan satu persatu sehingga 20 bukan kerana sifat itu berbeza beza, bukannya kerana berlain lainan, akan tetapi untuk memudahkan kita faham akan makna ALLAH ESA PADA AKAL & ESA PADA SYARAK seperti firman Allah yang berbunyi,
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Ertinya :
Katakanlah (wahai Muhammad): " Zat Allah Yang Maha Esa;
al-Ikhlas : 1

=======================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Sabtu, 20 Februari 2016

Bab 8 Soalan 62: Apakah dalil akal bagi sifat Qudrat, Iradat hingga Kalam iaitu sifat ke 7-13 dalam Sifat 20?

Jawapan
Soalan 62


Apakah dalil akal bagi sifat Qudrat, Iradat hingga Kalam iaitu sifat ke 7-13 dalam Sifat 20?



Pencerahan


Oleh kerana Allah itu "laisakamitslihisyaiun" maka Qudrat Allah itu juga "laisakamitslihisyaiun"

Kita tahu
akal kita hanya mampu memikirkan sesuatu info yang masuk melalui salah satu pancaindera. Dalam perkataan lain, akal kita sama sekali TIDAK mampu memikirkan sesuatu yang TIDAK dicapai oleh pancaindera selama lamanya kerana tidak memiliki persamaan dengan sebarang makhluk.

Ada ke yang seperti itu?

Ya
ADA iaitu Allah. Allah itu TIDAK pernah dicapai oleh pancaindera sesiapapun dan tidak akan dicapai oleh pancaindera SELAMA LAMANYA. Oleh kerana itulah maka ALLAH TIDAK mampu difikirkan oleh akal kita SELAMA LAMANYA. Maka akal kita juga TIDAK MAMPU memikirkan QUDRAT Allah SELAMA LAMANYA.

Jadi bagaimana untuk memahami makna Qudrat Allah pada akal? atau makna Qudrat pada akal?

Tidak ada cara lain untuk memahaminya melainkan kita memahami dalil akalnya. Dalil akal itulah yang akan menghampirkan kefahaman kita kepada makna sebenar Qudrat Allah pada akal

Apa dia dalil akalnya?

Dalil akalnya ada pada diri kita sendiri iaitu qudrat kita pada adat. Dalam bahasa Melayu disebut PEKUASA DIRI manusia pada adat.

Pekuasa kita pada adat bermaksud DIRI kita dapat berkuasa atau melakukan atau memperbuat perkara yang diingini oleh nafsu itu kerana adanya 6 ALAT yg dinamakan tulang, urat, darah, daging, otak dan benak.

Jika salah satu dari yang 6 itu TIDAK ADA maka mustahil diri kita dapat melakukan apa yang diingini oleh nafsu walau sedikit sekalipun.

Perkara ini telah cerahkan beberapa kali seperti pada Soalan 55. Sesiapa yang belum semak, eloklah semak.

Apa kaitannya pekuasa diri manusia dengan Qudrat Allah? Bagaimana pekuasa manusia itu boleh mentahkiqkan kefahaman kita kepada makna Qudrat Allah pada akal?

Baik,
kita akan cerahkan insya Allah

Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk maka MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh kerana 6 alat itu sabit pd DIRI manusia maka MUSTAHIL 6 alat itu sabit pada DIRI Allah.

Dalam perkataan lain, itulah DALIL AKAL menunjukkan bahawasanya MUSTAHIL Pekuasa Allah itu dengan tulang urat darah daging otak benak. Itulah makna DIRI Allah itu Qudrat pada akal iaitu Sifat 20 yang ke-7.

Dalam perkataan lain, apabila disebut Qudrat pada akal, maksudnya itu ialah ALLAH @ DIRI ALLAH itu berkuasa memperbuat apa sahaja sekehendak NYA pada akal.


Sebenarnya apabila disebut Qudrat pada adat @ pekuasa manusia pada adat maka tersimpan perkataan itu pada 6 perkara tentang DIRI MANUSIA iaitu

1⃣Pada akal
DIRI manusia itu BERKEHENDAK dengan ALAT iaitu HAWA NAFSU. Nafsu itu memilih yang bermanafaat untuk diri sendiri.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah @ DIRI Allah itu MUSTAHIL berkehendak dengan hawa nafsu. Dalam Bahasa Arab disebut • IRADAT

Mustahil Allah mengambil manafaat walau dari seorang hambaNYA seperti Nabi Muhammad s.a.w.. Jika semua jin dan manusia memilih Islam sekalipun TIDAK ADA manafaatnya kpd Allah. Begitu juga, jika sekalian jin dan manusia memilih untuk KAFIR sama seperti Iblis dan Syaitan, TIDAK ADA ruginya pd Allah.

Pada akal dan pada hakikat, semua untung dan rugi itu kembali kepada sekalian jin dan manusia.

2⃣Pada akal
DIRI manusia itu MENGETAHUI dengan ALAT iaitu HATI atau QOLBU. Hati itu boleh BEBAL. Diri itu boleh jahil boleh pandai.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah itu atau DIRI Allah itu MUSTAHIL mengetahui dengan alat mustahil dengan hati mustahil bebal. Dalam Bahasa Arab disebut • ILMU

Pada akal
Allah itu Maha Bijaksana mustahil dengan hati. Allah telah mengetahui sekalian hal makhlukNYA sejak azali dengan sekali tahu. Tiada satupun yang terjadi sejak dahulu, sekarang dan pada masa yang akan datang di dalam syurga atau neraka melainkan segala galanya itu telah diketahui oleh Allah sejak azali. Semuanya itu didalam ilmu Allah.


3⃣Pada akal
DIRI manusia itu HIDUP dengan ALAT iaitu NYAWA @ ROH. Dengan adanya nyawa @ roh itu, kita boleh HIDUP untuk memelihara diri daripada sesuatu yang memudaratkan.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL hidup dengan nyawa. Dalam Bahasa Arab disebut • HAYAT

Mustahil ada yang memberi mudarat kepada Allah pada akal. Allah itulah yang menjadikan mudarat pada akal.

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang memelihara sekalian alam melainkan Allah. Pada akal dan pada hakikat, tiada yang memberi mudarat melainkan Allah.

4⃣Pada akal
DIRI manusia itu MENDENGAR dengan ALAT iaitu LUBANG TELINGA. Dengan adanya LUBANG TELINGA itu, kita boleh MENDENGAR bermacam macam suara yang membawa manafaat mengikut keinginan nafsu. Telinga pula boleh pekak dan tuli.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL mendengar dengan lubang telinga, mustahil pekak mustahil tuli. Dalam Bahasa Arab disebut •SAMI'

Mungkin ada yg terfikir, apa pula beza antara pekak dan tuli?

Bezanya ialah

Tuli itu terlajak pekak
Pekak tu masih boleh dengar sikit sikit tapi
Tuli itu pekak melampau
Bom meletop dibelakang dia pun dia TAK TAHU.

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang menjadikan pekak dan tuli itu melainkan Allah.

5⃣Pada akal
DIRI manusia itu MELIHAT dengan ALAT iaitu BIJI MATA. Dengan adanya BIJI MATA itu, kita boleh MELIHAT bermacam macam rupa bentuk makhluk yang membawa manafaat mengikut keinginan nafsu. Mata pula boleh rabun dan buta.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL melihat dengan biji mata mustahil rabun mustahil buta. Dalam Bahasa Arab disebut • BASIR

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang menjadikan rabun dan buta itu melainkan Allah.

6⃣Pada akal
DIRI manusia itu BERKATA KATA dengan ALAT iaitu LIDAH, HURUF & SUARA.
Dengan adanya LIDAH HURUF SUARA itu, kita boleh BERKATA @ mengkhabarkan sesuatu yang membawa manafaat mengikut keinginan. Lidah itu pula boleh KELU.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL berkata dengan lidah huruf suara mustahil kelu. Dalam Bahasa Arab disebut • KALAM

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang menjadikan lidah dan kelu itu melainkan Allah.

Ringkasnya

Itulah 7 sifat dari 20 sifat Allah dengan dalil akalnya setiap satu utk mentahkiqkan kefahaman kita akan sifat Qudrat hingga Kalam.

Dalam perkataan lain

Apabila disebut QUDRAT, maka tersimpan pada kalimah QUDRAT itu 6 makna sifat yang lain iaitu

Iradat, Ilmu, Hayat, Sami', Basir dan Kalam

QUDRAT itulah SIFAT KAMALAT yang bermaksud sifat KESEMPURNAAN iaitu TERSIMPAN pada kalimah QUDRAT itu SEMUA makna sifat sifat kamalat lain yang TIADA HINGGA.

Apabila disebut QUDRAT
Qudrat itulah juga yang disebut IRADAT
Qudrat itulah juga yang disebut ILMU
Qudrat itulah juga yang disebut HAYAT
Qudrat itulah juga yang disebut SAMI'
Qudrat itulah juga yang disebut BASIR
Qudrat itulah juga yang disebut KALAM

SEMUANYA ITU ESA PADA AKAL
SEMUANYA ITU SATU PADA AKAL

BUKAN 7 SIFAT YANG BERBEZA
Kerana yang berbeza itu WAJIB BERBILANG BILANG. ALLAH MUSTAHIL BERBILANG BILANG

Disebut sifat itu satu persatu 1hingga 20 bukan kerana BERBILANG BILANG tetapi sekadar untk.memudahkan FAHAM akan makna ALLAH MAHA ESA seperti yang diperintahkan oleh Allah dlm surah al Ikhlas iaitu

Surah Al-Ikhlas,
ayat 1:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Ertinya
Katakanlah olehmu (ya Muhammad): "Allah Maha Esa;

Apa makna sebenar SEMUA SIFAT KAMALAT?

Maknanya itu ialah ALLAH KUASA MELAKUKAN APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA @ dalam perkataan lain ALLAH MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA PADA AKAL

Ingat ya
ini pada akal. Pada syarak lain pulak

Pada syarak, Allah yang menjadikan SEMUA PILIHAN KITA @ SEMUA PERBUATAN YANG KITA PILIH ITU SAMADA BAIK @ BURUK.

Bukannya Allah yang MELAKUKAN perbuatan kita itu tetapi yang MENJADIKANNYA

Kita yang melakukannya, kita yang memperbuatnya pada adat dan pada syarak, ALLAH YANG MENJADIKANNYA pada akal dan pada hakikat.

Kita akan bincg Hukum Syarak dan HAKIKAT pada Bab 9 insya Allah
Sekarang masih pada Bab 8

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته



Bab 8 Soalan 61: Apakah DALIL AKAL bagi Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat iaitu 6 sifat yang pertama dari Sifat 20?

Jawapan
Soalan 61


Apakah DALIL AKAL bagi Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat iaitu 6 sifat yang pertama dari Sifat 20?

Pencerahan


Pada akal dan pada hakikat akal, TUHAN bernama Allah itu TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk

Pada syarak dan pada hakikat syarak pula Allah yang menjadikan sekalian makhluk itu  "laisakamitslihisyaiun" buktinya pada ayat ke-11 syurah as-Syura
ِْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌُ
Ertinya:
Tiada sesuatupun yang serupa denganNYA

Makna ayat itu telah dicerahkan pada Soalan pertama.

Oleh kerana ALLAH itu TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk @  "laisakamitslihisyaiun" maka Allah itu TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN oleh akal.

Sebenar benarnya walau bagaimana bijak manusia pun, akal manusia sama sekali TETAP SELAMA LAMANYA TIDAK MAMPU memikirkan bagaimana sebenar benarnya HAKIKAT KEWUJUDAN ALLAH itu.

Saya berikan  contoh supaya mudah faham.

Secanggih manapun robot mirip manusia, walau semua ahli sains seluruh dunia berkumpul utk mencipta robot paling canggih 100% mirip manusia sehingga TIDAK boleh dibezakan samada manusia @ robot, namun robot ciptaan manusia itu SELAMA LAMANYA TIDAK AKAN MAMPU MEMIKIRKAN PENCIPTANYA.

Itulah DALIL AKAL menunjukkan bahawasanya sebijak bijak manusia, namun akal manusia yang paling bijak itu SELAMA LAMANYA TIDAK AKAN MAMPU MEMIKIRKAN BAGAIMANA SEBENAR BENARNYA HAKIKAT "WUJUD" ALLAH itu melainkan memikirkan hakikat "wujud" makhluk.

Sesungguhnya akal manusia itu hanya mampu memikirkan dirinya dan mampu memikirkan makhluk kerana dirinya dan makhluk itu shj yang ada persamaannya dengan makhluk lain.

Maka
Kita TIDAK akan mampu mentahkiqkan kewujudan Allah itu melainkan terlebih dahulu mentahkiqkan kewujudan makhluk. Itulah disiplin ilmu untuk MENGENAL ALLAH.

Dalam erti kata lain, dalil akal itu HANYA SEKADAR MENGHAMPIRKAN KEFAHAMAN KITA KEPADA MAKNA SEBENAR "WUJUD" ALLAH.

Saya ulang semula DALIL AKAL itu hanya sekadar untuk menghampirkan kefahaman kita kepada MAKNA SEBENAR "WUJUD ALLAH" @ makna sebenar "KEWUJUDAN ALLAH"

Kita lihat sifat 20 yang pertama iaitu ALLAH WAJIB WUJUD

Pada akal &
pada hakikat
Allah itu WAJIB WUJUD

Kita semua YAKIN Allah itu memang WAJIB WUJUD, tapi masalahnya macam mana nak TAHKIQ?

Menurut ASWJ, pengenal kita kepada Allah itu WAJIB TAHKIQ, TIDAK SAH IMAN JIKA KITA MASIH TAKLIQ yakni ikut ikutan

Dalil pegangan kita TIDAK BOLEH IKUT IKUTAN @ TAKLIQ ialah

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُْ
Ertinya:
Ketahui olehmu (ya Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah

Surah Muhammad
ayat 19

Tapi persoalan sekarang ialah
Apa sebenarnya makna TAHKIQ?
Apa sebenarnya makna TAKLIQ?
Bagaimana nak TAHKIQ?
Bagaimana nak keluar dari TAKLIQ?

Bagaimana nak mentahkiqkan Allah itu WAJIB WUJUD?

Itulah masalah kita....
Itulah masalah keluarga kita

Baik, jangan risau
Kita cerahkan satu persatu insya Allah

Perkataan "tahkiq" berasal dari kata dasar "hak" dalam Bahasa Arab. "Hak" bermakna "benar benar" @ "sebenar benar". Tahkiq bermakna "meng'HAK'kan yang 'HAK' @ membenarkan yg benar @ membenarkan yang sebenar benar.

Apa pula makna "membenarkan" disini?

Baik, saya berikan 1 contoh untuk menghampirkan faham

Katalah kita hendak memasak lauk. Jika orang minta kita masak lauk yang SEDAP,  kita mampu memasak lauk yang SEDAP. Kita dan orang lain 'memang rasa SEDAP". Itu contoh TAHKIQ dalam memasak lauk. Jika kita sendiri dan orang lain kata "tak sedap" itu maknanya masih "belum tahkiq" atau masih ikut ikutan. Dalam perkataan lain masih lagi "takliq" dalam ilmu memasak.

Begitulah juga dalam ilmu AKIDAH. Kita perlu betul betul faham. Tanda faham ialah kita mampu menerangkannya kepada anak anak sendiri yakni menunjukkan BUKTI BUKTI PEGANGAN kita itu dari sudut AKAL dan sudut SYARAK.

Saya ulang semula, tanda TAHKIQ ialah dapat membuktikan pegangannya itu dari sudut AKAL DAN sudut SYARAK. Bukan dari sudut syarak sahaja. Dan juga bukan dari sudut akal sahaja. Bukti dari sudut akal disebut DALIL AKAL. Bukti dari sudut syarak disebut DALIL SYARAK. Dalil akal diambil dari sekalian alam @ makhluk. Dalil syarak pula diambil dari al Quran @ Hadith.

Jika sekadar faham dari sudut syarak @ dari sudut akal sahaja, masih dikira BELUM TAHKIQ. Dalam perkataan lain masih lagi ikut ikutan @ TAKLIQ.

Kita lihat semula sifat 20 yang pertama iaitu ALLAH WAJIB WUJUD

Pada akal dan pada hakikat, hanya Allah wajib wujud. Pada akal, mustahil ada makhluk yang wajib wujud.
Jika ada makhluk yang wajib wujud maka ada makhluk yang memiliki persamaan dengan Allah.
Perkara itu selama lamanya TIDAK diterima oleh akal yang sihat

Jadi
apa yang diterima oleh akal?
Perkara yang diterima oleh akal ialah TIDAK ADA SELAMA LAMANYA walau satu makhlukpun yang memiliki persamaan dengan Allah.

Dalam perkataan lain, TIDAK DITERIMA oleh akal sama sekali ada makhluk walau satu makhluk sekalipun yang WAJIB WUJUD akan tetapi saaaangat  diterima akal bahawa sesungguhnya sekalian @ semua makhluk itu HARUS WUJUD selama lamanya.

Mungkin ada yg tertanya tanya, apa pula makna semua makhluk HARUS?

Baik. Persoalan itu telah dicerahkan pada Soalan 6. Sesiapa yang ingat ingat lupa eloklah dengar semula audionya. Walau bagaimanapun, kita cerahkan secara ringkas makna HARUS tersebut.

Maknanya ialah

Semua makhluk mungkin ada, mungkin tidak ada

Kenapa mungkin ada mungkin tidak ada??

Kerana TIDAK ADA sesiapa yang dapat memaksa Allah untuk menjadikan sebarang makhluk. Segala galanya TERSERAH KEPADA ALLAH.

Jika Allah NAK JADIKAN, DIA JADIKAN, MAKA JADILAH

Jika Allah TAK NAK JADIKAN, DIA TAK AKAN JADI.

Dalam perkataan lain, TIDAK ADA QUDRAT & IRADAT yang menyerupai Qudrat & Iradat Allah yang mampu menjadikan daripada TIDAK ADA kepada ADA @ mentiadakan daripada ADA kepada TIDAK ADA

Itulah makna harus dan contohnya sekali..

Pendek kata

Sekalian makhluk HARUS ADA, tidak ada makhluk yg terkecuali. Itulah dalil akal menunjukkanlah kpd kita bahawa sesungguhnya Allah itu WAJIB ADA, WAJIB WUJUD selama lamanya.

Kita tahu, setakat pencerahan itu sahaja masih ada yg belum JELAS dan belum TAHKIQ ( تحقيق) akan makna ALLAH WUJUD. Kita akan cerahkan lagi agar lebih JELAS dan lebih TAHKIQ.

Sebenarnya, PADA AKAL
apabila disebut makhluk HARUS ADA @ HARUS WUJUD maka tersimpan maknanya itu 5 PERKARA iaitu

1⃣Yang pertama :
Pada akal
Semua makhluk ADA PERMULAAN. Tidak ada makhluk  yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL ADA PERMULAAN. Dalam Bahasa Arab disebut QIDAM iaitu ALLAH WAJIB SEDIA ADA.

2⃣Yang kedua :
Pada akal
Semua makhluk BERUBAH. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL BERUBAH. Dalam Bahasa Arab disebut BAQO iaitu ALLAH WAJIB KEKAL

3⃣Yang ketiga :
Pada akal
Semua makhluk ADA MAKHLUK YANG SEUMPAMANYA. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL ADA YANG SEUMPAMANYA. Dalam Bahasa Arab disebut MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH iaitu ALLAH WAJIB BERSALAHAN DENGAN SEKALIAN MAKHLUK

JUSTERU ITU
==============================
SEMUA YANG DIFIKIRKAN & SEMUA YANG TERLINTAS DI DALAM HATI ITU ADALAH MAKHLUK YANG AKAN BINASA
==============================

4⃣Yang keempat :
Pada akal
Semua makhluk ADA KEKURANGAN @ ADA KELEMAHAN. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL ADA KELEMAHAN. Dalam Bahasa Arab ialah QIYAMUHU BINAFSIH iaitu ALLAH WAJIB BERDIRI SENDIRI

5⃣Yang Kelima :
Pada akal
Zat semua makhluk itu BERBILANG BILANG. Berbilang bilang zat pada zat yang SATU. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan MUSTAHIL zat Allah berbilang bilang. Dalam Bahasa Arab ialah WAHDANIAT iaitu ZAT ALLAH WAJIB ESA TIDAK BERBILANG BILANG

Ringkasnya
PADA AKAL
Setiap yang sabit pada sekalian makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh sebab itu, 5 perkara yang sabit pada semua makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah.

Justeru
PADA AKAL
Apabila disebut ALLAH WUJUD @ ALLAH WAJIB WUJUD maka  tersimpan pada perkataan itu 5 PERKARA TENTANG ZAT ALLAH @ TENTANG DIRI ALLAH yang disebut sebagai sifat NAFSIAH iaitu

1⃣ DIRI Allah itu WAJIB QIDAM,  MUSTAHIL ada permulaan

2⃣ DIRI Allah itu WAJIB BAQO MUSTAHIL berubah

3⃣ DIRI Allah itu WAJIB MUKHOLAFAH, MUSTAHIL ada yang seumpamaNYA

4⃣ DIRI Allah itu WAJIB QIYAMUHU BINAFSIH  MUSTAHIL ada kelemahan

5⃣ DIRI Allah itu WAJIB WAHDANIAT MUSTAHIL berbilang bilang


Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79

Maaf zahir batin
Assalamualaikum

Isnin, 15 Februari 2016

Bab 8 Soalan 60 Soalan dari umum Kita selalu sebut sebut 3 hukum 3 hukum 3 hukum. Apakah BAHAYANYA pada akidah jika kita TIDAK faham perbezaan antara 3 hukum itu?

Soalan 60


Soalan dari umum

Kita selalu sebut sebut
3 hukum 3 hukum 3 hukum.

Apakah BAHAYANYA pada akidah jika kita TIDAK faham perbezaan antara 3 hukum itu?

Jawapan
Soalan 60


Sebelum kita kupas permasaalahan itu, kita lihat dan fikir dulu contoh ini. Katalah kita hanya tahu berbahasa Melayu. Pada suatu hari kita ada seorang tetamu dari luar negara yang tidak tahu berbahasa Melayu. Tetamu hanya tahu berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kita pun dah naik pening. Dah jadi ibarat itik dengan ayam. Kita cakap dia tak faham. Dia cakap pun kita tak faham. Kita pening, tak tahu macam mana nak layan tetamu ni. Mujur, alhamdulillah Allah tolong, kita ada seorang anak yang tahu sedikit-sedikit berbahasa Arab dan bahasa Inggeris yang boleh jadi PENTERJEMAH @ PERANTARA untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah iaitu melayan tetamu selama 3 HARI.

Sekarang ada 2 persoalan yang perlu kita fikir bersama

Persoalan 1

Dengan keadaan anak kita yang hanya tahu sedikit sedikit berbahasa Arab dan bahasa Inggeris itu, adakah SEMUA KEHENDAK KITA atau ARAHAN KITA atau PERKATAAN KITA yang diterjemahkan oleh anak itu akan 100% difahami oleh tetamu?

Persoalan kedua

Ada atau tidak kemungkinan bahawa tetamu akan SALAH MEMAHAMI maksud perkataan yang diterjemahkan oleh anak kita?

Apa agaknya jawapan bagi dua persoalan itu?

Kita semua pasti tahu jawapannya.
Jawapannya sangat mudah iaitu

Jawapan pertama

Tetamu TIDAK mungkin faham 100% apa yang kita maksudkan.

Kenapa pula?
Sebabnya anak kita pun TIDAK mampu menterjemahkan perkataan kita 100%..Dia pun tahu sedikit sahaja. Dia hanya mampu menterjemahkan sekadar kemampuan yang ada. Mungkin 50% mungkin lebih dan mungkin kurang. Hanya itulah kemampuan dia.

Persoalan kedua

Ada tak kemungkinan tetamu salah memahami perkataan anak kita tu? Jawabannya YA
Tetamu PASTI akan salah memahami terjemahan itu.

Apa contohnya?

Contohnya begini. Kita suruh anak kita membawa tetamu pergi berjalan jalan makan angin menikmati pemandangan di tepi pantai. Anak kita pun cakaplah macam ini:

We go out
We go out

Ayat Contoh


Itulah kemampuan anak kita
Kita sendiripun tak mampu nak cakap macam tu

Syukurlah anak kita boleh sedikit sedikit berbahasa Inggeris. Kita langsung tak tahu
Ada tak kemungkinan tetamu salah faham dengan perkataan "GO OUT, GO OUT" tu?

Pasti ada.
Tetamu mungkin berfikir kita suruh dia BALIK sedangkan kita suruh pergi JALAN JALAN MAKAN ANGIN

Tetamu mungkin tiba tiba akan rasa kecil hati atau kurang selesa akibat "salah memahami" bahasa yang anak kita gunakan

Itulah contohnya......

Begitulah juga dgn hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Jika kita TIDAK mahir salah satu apatah lagi jika kita TAK MAHIR ketiga tiganya SALAH FAHAM PASTI TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

Saya beri contohnya

Contoh pertama kisah kita jumpa HARIMAU SEDANG MEMBAHAM SEEKOR LEMBU pada pencerahan Soalan 59 semalam.

Akibat SALAH FAHAM pada DALIL ADAT iaitu TAPAK KAKI harimau. Tapak kaki harimau disangka tapak kaki lembu, akibatnya kita nyaris dimakan harimau.

Itu BAHAYA yang timbul akibat TIDAK MAHIR hukum adat.

Contoh hukum akal pula begini.

Katalah kita menjamu kawan kawan makan tengahari. Makanan yang kita sediakan cukup SEDAP sehinggakan ramai yang berkata macam ni

"terima kasihlah. saya tak pernah makan sebanyak ini. Biasa makan sepinggan je. Hari ini saya makan 3 pinggan. Lauk paling sedap saya jumpa. Perut saya betul betul kenyang
 kerana makanan yang awak masak tu"

Disinilah bermulanya BAHAYA ATAS AKIDAH KITA. Akidah orang yang berkata seperti itu dalam BAHAYA. Boleh jadi masih Islam dan boleh jadi AKIDAHNYA SUDAH BINASA, sudah terkeluar dari Islam TANPA SEDAR.

Hanya orang yang FAHAM perbezaan 3 hukum sahaja yang AKIDAHNYA akan SELAMAT

Macam mana boleh BINASA AKIDAH pulak? Takkan dengan perkataan seperti itu pun BOLEH BINASA AKIDAH.

Baik, saya akan cerahkan. Dengar baik baik

Pada adat
NASI yang mengenyangkan. Itu HAK yang Allah beri kepada NASI. HARAM DINAFIKAN.

Ingat ya, orang yang berpegang pada hukum adat SEMATA MATA adalah orang KAFIR

Cuba dengar semula pencerahan Soalan 35 keatas.

Sebab itu JANGAN STOP setakat itu. Perkataan yang terhenti setakat hukum adat, tetapi dalam hatinya, tetap SEDAR bahawa Allah yang mengenyangkan, hukumnya adalah MAHRUH pada syarak. Perkataan itu TAK DAPAT PAHALA.

Supaya dapat PAHALA, kita kena lafazkan perkataan dengan penuh kesedaran, pada akal dan pada hakikat bahawasanya HANYA ALLAH YG MENGENYANGKAN.

Macam mana nak lafazkan?

Begini
Alhamdulillah. Sedapnya........ masakan engkau itu. Dengan asbab lauk yang engkau masak sedap sedap itu, saya makan 3 pinggaaaaaan, Allah kenyangkan perut saya. Alhamdulillah...

Itulah contoh

Banyak lagi cara sebut yang betul supaya dapat pahala.
Sebutan yang paling ringkas adalah

"alhamdulillah" Perkataan "alhamdulillah" JANGAN DILUPAKAN

Jika LUPA dilafazkan, perbuatan MAKAN kita tadi boleh jatuh samada

1) sia sia @ makruh TAKDA PAHALA
2) sunat DAPAT PAHALA
3) BINASA AKIDAH

SIA SIA @ MAKRUH
kerana dia tahu Allah yang mengenyangkan tapi TIDAK melafazkan syukur "alhamdulillah

SUNAT
kerana melafazkan kesyukuran dengan kalimah "alhamdulillah"

BINASA AKIDAH
Jika dilafazkan
NASI yang mengenyangkan saya BUKANNYA ALLAH

@

NASI itu yg mengenyangkan saya (ketika melafazkan perkataan itu, dia TIDAK TAHU @ TIDAK SEDAR didalam hati bahawasanya pada akal & pada hakikat HANYA ALLAH YANG MENGENYANGKAN)

Itulah satu contoh MUDAH yang setiap hari dan sepanjang masa kita lalui. AKIDAH kita dalam BAHAYA jika kita TIDAK FAHAM PERBEZAAN HUKUM ADAT, AKAL & SYARAK

Wallahua'lam

Bab 8 Soalan 59 Soalannya Daripada makna SATU dan makna ESA pada pencerahan Soalan 56 dan 58... 1) Apakah persamaan dan perbezaan antara mskns SATU pada adat dengan makna ESA pada adat? 2) Apakah tujuan kita mempelajari perbezaan kedua dua makna itu?

Jawapan
Soalan 59


Soalannya

Daripada
makna SATU dan makna ESA pada pencerahan Soalan 56 dan 58...


1) Apakah persamaan dan perbezaan antara mskns SATU pada adat dengan makna ESA pada adat?

2) Apakah tujuan kita mempelajari perbezaan kedua dua makna itu?


Jawapan
Soalan 59


1⃣PERSAMAAN
antara makna SATU pada adat dan makna ESA pada adat

1) Keduaduanya menafikan BANYAK yakni MENETAPKAN SATU @ TUNGGAL kerana TIDAK ADA BANDING.

2) Makna ESA lebih khusus @ lebih spesifik berbanding makna SATU yang lebih umum. Oleh sebab itulah ESA pada adat adalah SATU pada adat. Dalam perkataan lain, semua yang dikatakan ESA itu boleh disebut SATU.

Contohnya

Qudrat  itu ESA
Qudrat itu  SATU

3) Apabila diambil sebahagian zat maka berubahlah @ cacatlah zat @ diri itu

Contoh

•1)
Jari terpotong maka cacatlah zat TANGAN
Cacatlah DIRI

•2)
Jika MATA @ pelihat dengan mata TIDAK ADA maka cacatlah ZAT kepala itu.
Cacatlah DIRI itu


•3)
Contoh dari sudut sains ialah "AIR"

Dalam istilah sains, air ditulis sebagai H2O. H2O itu adalah simbol kimia bagi AIR yang bermaksud 2 molikul HIDROGEN "bersatu" dengan 1 molikul OKSIGEN.

Dalam istilah usuluddin, perkataan yang hampir sama makna dengan "molikul" ialah zat yang paling sekali iaitu "JAUHAR FIRID". Itulah zat yg paling kecil yang tidak boleh dibahagi lagi.

2 molikul hidrogen @ 2 jauhar firid hidrogen bersatu dengan 1 jauhar firid oksigen MENJADI SATU makhluk baru yang dinamakan sebagai AIR. Simbol air itu ialah H2O.

Maka apabila molikul oksigen dipisahkan dari AIR, berubahlah AIR tersebut. Air sudah TIDAK WUJUD lagi. Yang wujud sekarang ialah 2 molikul yg BERBEZA @ 2 zat yang berbeza @ 2 jenis benda yang berbeza iaitu hidrogen dan oksigen yang tidak rosak.

Itulah 3 contoh
Apabila diambil sebahagian zat maka berubahlah diri @ kuranglah DIRI @ kuranglah ZAT itu

4) Kedua duanya MENAFIKAN 8 perkataan yang membawa makna BANYAK iaitu

•1) Makna Berbilang bilang
•2) Makna Bercampur campur

•3) Makna Berhimpun himpun
•4) Makna Berlapis lapis

•5) Makna Bersusun susun
•6) Makna Bersuku suku

•7) Makna Bercerai cerai
•8) Makna Berpihak

Pencerahan ringkas 8 perkataan itu ada pada pencerahan Soalan 58. Sesiapa yang belum baca, eloklah semak dan baca @ dengar audionya


2 PERBEZAAN
antara makna SATU dan makna ESA pada adat pula ialah

1) Makna SATU tidak melibatkan sifat, zat, kelakuan dan nama.

Makna ESA lebih khusus iaitu melibatkan sifat, zat, kelakuan dan nama.

Maka tidak semua yang bermaksud SATU itu bermaksud ESA

Contoh

•1) Seorang ibu yang mengandung

IBU itu BUKAN ESA dengan ANAK
ANAK itu BUKAN ESA dengan IBU

Tetapi 2 yang berlainan
Ibu itu adalah SATU pada adat
Anak itupun SATU pada adat

•2) DIRI kita dan NAFAS kita

DIRI kita BUKAN ESA dengan NAFAS
NAFAS kita BUKAN ESA dengan DIRI kita

tetapi 2 yg berlainan
DIRI kita itu SATU pada adat
NAFAS kita SATU pada adat


Pencerahan seterusnya ialah


Apakah tujuan kita mempelajari perbezaan makna SATU & ESA?

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk maka MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh sebab itu tujuan kita mempelajarinya ialah

1) supaya kita TAHU perbezaan makna SATU dan makna ESA pada akal dan pada syarak iaitu al-Wahid (satu) dan al-Ahad (esa)

2) supaya kita faham makna mengesakan pada akal dan makna mengesakan pada syarak.

3) Untuk mengelakkan  SALAH FAHAM pada makna SATU & ESA pada adat. Jika kita akan SALAH FAHAM dengan makna kedua istilah itu pada adat, kita akan SALAH FAHAM akan makna keduanya pada akal dan pada syarak.

Kenapa pulak?
Kerana DALIL itu menunjukkan MADLUL.

Saya pasti ada yg terdetik dalam hati seperti ini. Saya dah selalu dengar perkataan DALIL & MADLUL. Tapi apa sebenarnya maksud 2 perkataan tu?

Tak mengapa.
Saya akn cerahkan insya Allah.

Saya bagi satu contoh agar mudah faham

Katalah pada suatu hari, di kebun kita terjumpa kali pertama BANYAK "tapak kaki" binatang yang bercampur campur yang kita TIDAK KENAL. Kita pun membuat kesimpulan bahawa  tapak kaki itu adalah tapak kaki LEMBU @ KERBAU sebab binatang itu banyak kita lihat dikampung berhampiran. Kitapun tidak mengambil kisah sangat dengan penemuan kali pertama itu.

Besok paginya semasa kita ke kebun, kita terserempak dengan HARIMAU yang sedang membaham seekor lembu. Pada adat, jika kita keluar dari kenderaan,  kita pasti kena baham. Tetapi kerana kita berada didalam kereta, kita selamat balik kerumah pada adat. Pada akal, kita selamat kerana pertolongan Allah.

Itulah satu contoh yang menggambarkan BAHAYA pada adat akibat SALAH FAHAM pada BUKTI tapak kaki binatang yang kita lihat.

Tapak kaki harimau itu disebut sebagai DALIL @ BUKTI

Harimau itu disebut sebagai MADLUL @ yang ditunjukkan oleh BUKTI

Itulah
makna DALIL & makna MADLUL dalam Bahasa Arab

Tapak kaki itu DALIL.
Harimau itu MADLUL

Itulah kaedah memahami makna perkataan DALIL & MADLUL.

Jika kita SALAH faham akan makna SATU pada adat & makna ESA pada adat, kita PASTI akan salah faham kepada makna ALLAH SATU & makna ALLAH ESA pada akal dan pada syarak.

DALIL menunjukkan MADLUL
Semua makhluk adalah DALIL
Allah itu MADLULNYA

Dalam perkataan lain,
kewujudan semua makhluk menunjukkan kewujudan Allah
SATU DIRI makhluk menunjukkan SATU DIRI Allah

ESA diri makhluk menunjukkan ESA diri Allah

Satu diri manusia adalah DALIL
Satu diri Allah adalah MADLUL

Esa diri manusia adalah DALIL
Esa diri Allah adalah MADLUL

Jika kita SALAH faham pada dalil syarak iaitu ayat ayat al Quran & Hadith maka kita akan salah faham kpd MAKSUD & KEHENDAK AYAT AYAT AL QURAN & HADITH

Tujuan yang ke-4 ialah


Supaya kita dapat mengelakkan diri dari menyebut perkataan @ iktikad yang MEMBINASAKAN AKIDAH iaitu perkataan yg membawa makna Allah itu yakni

a) zat Allah  @
b) sifat Allah  @
c) kelakuan Allah  @
d) nama Allah itu

1) berbilang @ berbilang bilang
2) bercampur @ bercampur campur
3) berhimpun @ berhimpun himpun
4) berlapis @ berlapis lapis
5) bersusun @ bersusun susun
6) bersuku @ bersuku suku
7) bercerai @ bercerai cerai
8) berpihak @ berarah

Dalam sebutan lain, sebarang perkataan @ iktikad tentang Allah yang membawa maksud SABIT pada Allah 8 perkara yang sabit pada sekalian makhluk itu sebenar benarnya MENYEBABKAN BINASA AKIDAH

Perkataan @ iktikad seperti itu WAJIB KITA JAUHI

Masalah sekarang ialah, supaya kita betul betul FAHAM & AKIDAH KITA SELAMAT, apakah contoh perkataan @ iktikad bagi semua 8 perkara yang MUSTAHIL pada Allah itu???

Pihak admin "sepakat" menjadikan 8 persoalan itu sebagai "kerja rumah". Mudah mudahan semua berjaya menyelesaikan persoalan itu.

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah & silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Maaf zahir batin
Assalamualaikum

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Sabtu, 13 Februari 2016

Bab 8 Soalan 58 Berdasarkan Soalan 55 dan 56 a) Apakah makna "DIRI manusia ESA pada adat" b) Ada berapa jenis perkataan yang bermakna BUKAN ESA pada adat? Berikan contoh setiap satu.. c) Apakah tujuan kita mempelajari makna esa makhluk pada adat itu?

Soalan 58


Sama seperti Soalan 56
Untuk memahami makna ZAT ALLAH ESA, kita perlu terlebih dahulu faham akan makna ZAT MANUSIA ESA. Jika kita salah faham akan makna esa makhluk maka kita sudah tentu akan salah faham pada makna Allah esa pada akal dan makna Allah esa pada syarak.

Makhluk esa pada adat
Manusia esa pada adat
Allah esa pada akal tidak sama dengan esa manusia pada adat
Esa manusia itu adalah dalil akal menunjukkan esa Allah.

Berdasarkan Soalan 55 dan 56

a) Apakah makna "DIRI manusia ESA pada adat"

b) Ada berapa jenis perkataan yang bermakna BUKAN ESA pada adat?

Berikan contoh setiap satu..

c) Apakah tujuan kita mempelajari makna esa makhluk pada adat  itu?


Jawapan
Soalan 58


Makna ESA pada adat ialah menyatakan MAKSUD bg 4 perkataan adalah SAMA.

4 perkataan itu ialah

1) sifat
2) zat
3) kelakuan
4) nama

maksud bagi 4 perkataan itu adalah DIRI kita yang SATU

Apabila disebut SIFAT, maksudnya itu ialah DIRI kita iaitu RUPA bagi DIRI kita atau rupa diri makhluk.

Apabila disebut ZAT, maksudnya itu ialah DIRI kita juga iaitu yang terdiri dari zat zat yang berlainan. Berbilang bilang zat pada diri yang SATU.

Apabila disebut KELAKUAN, maksudnya itu ialah DIRI kita. DIRI kita itu yang ada kelakuan. Setiap diri makhluk mesti ada kelakuan.

Apabila disebut NAMA, contohnya Lukman Hakim maka maksudnya itu ialah diri kitalah, DIRI si Lukman Hakim tu. Diri yang disaksikan oleh pancaindera dari hujung rambut hingga hujung kaki zahir dan bathin. Setiap diri mesti ada NAMA.

Secara ringkas, makna ESA pada adat ialah sifat, zat, kelakuan dan nama itu dirujuk kepada ZAT YANG SAMA. 4 perkataan itu adalah Pengenal kepada DIRI kita supaya kita kenal DIRI Allah itu "laisakamitslihisyaiun" .

Ingat ya, pada pencerahan Soalan 32 sebelum ini, TAKRIF atau MAKNA MENGENAL ALLAH IALAH MEMBEZA ANTARA MAKHLUK DENGAN ALLAH. Allah itu TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEKALIAN MAKHLUK.

Oleh itu
Maksud keempat empat perkatasn itu adalah SAMA iaitu DIRI kita atau diri makhluk itu, BUKANNYA 4 PERKARA YANG BERBEZA, BUKANNYA 4 DIRI YANG BERBEZA, BUKANNYA 4 YANG BERLAIN LAINAN. KEEMPAT EMPAT ITU SEBENARNYA ADALAH SAMA iaitu DIRI KITA YANG SATU.

Disebut sifat, zat, kelakuan dan nama hanya sekadar untuk memudahkan kita MENGENAL DIRI SENDIRI. Itu sahaja pada adat. Pada akal pula, supaya kita dapat mengenal makna ESA DIRI ALLAH PADA AKAL. Itulah secara ringkas makna mengenal Allah @ makrifatullah.


2⃣Persoalan kedua ialah

Apakah perkataan yang membawa maksud BUKAN ESA pada adat?

Jawapannya begini


Ada 8 perkataan yang TIDAK BERMAKSUD ESA pada adat. Dalam perkataan lain,  8 perkataan ini membawa maksud BANYAK iaitu

1) berbilang atau berbilang bilang
2) bercampur atau bercampur campur
3) berhimpun atau berhimpun himpun
4) bersusun atau bersusun susun
5) berlapis atau berlapis lapis
6) bersuku atau bersuku suku
7) bercerai atau bercerai cerai
8) berpihak atau ada arah

Apa maknanya setiap satu?

1) Makna Berbilang bilang

Berbilang2 bermaksud boleh dikira atau ada bilangannya atau ada jumlahnya. Mungkin 2, 3 atau lebih.


2) Makna Bercampur

Bercampur ialah dua atau lebih benda atau zat bercampur. Ada setengahnya SEBATI menjadi SATU. Ada setengahnya TETAP TERASING dan jika salah satu zat benda itu diambil, zat yang lain TIDAK rosak.

Contohnya TETAP TERASING seperti tepung bercampur dengan kacang. Jika kacang diasingkan, tepung tidak rosak.

Contoh SEBATI seperti tepung + air + udang dicampur hingga SEBATI dan digoreng menjadi kuih cucur udang.

3) Makna Berhimpun

Perkataan yang sama maksud ialah berhubung atau bercantum atau bersuatu. Bukan "bersatu" ya tapi "bersuatu" Bersuatu berbeza dengan bersatu.

Makna "Bersuatu"
ialah apabila 2 atau lebih benda "bersatu" dan sekiranya salah satu benda itu "keluar" atau diambil TIDAK MENCACATKAN mana mana zat.

Contohnya :

Seorang IBU YANG SEDANG MENGANDUNG. Ibu dan anak dalam kandungan itu disebut BERSUATU. Jika anak itu dah "keluar" zat ibu dan anak TIDAK kurang apa apa. Tidak mencacatkan zat yang lain.

Makna "Bersatu"
pula berbeza iaitu jika salah satu zat atau diri diambil atau dikeluarkan maka mencacatkan zat yang lain.

Contoh

Kuih cucur udang. Jika udangnya diambil maka kuih cucur udang itu sudah "CACAT" atau tidak sempurna.

Saya ulang semula
makna "berhimpun" itu
2 atau lebih benda wujud atau zat  terkumpul menjadi "SATU". Boleh dikerat bahagi.

Contohnya diri kita

Ada zat tangan, ada zat kaki dan 1001 zat yang lain


4) Makna Bersusun

2 atau lebih benda wujud atau zat tersusun RAPI

dari bawah ke atas atau
dari kiri ke kanan atau
dari depan ke belakang

Contohnya ialah 7 buah buku tersusun RAPI. Jika salah satu diambil TIDAK mencacatkan buku yang lain.Tidak mencacatkan zat yang lain.


5) Makna Berlapis

Makna yang sama dengan berlapis adalah bertindih atau bersentuh.

Makna berlapis
Ialah 2 atau lebih benda atau zat tersusun tetapi TIDAK SEMESTINYA TERSUSUN RAPI

dari kiri ke kanan
dari depan ke belakang
dari bawah ke atas

contohnya ialah 2 helai tikar yg bertindih atau berlapis. Tidak semestinya bertindih secara rapi. Itulah contoh makna berlapis.


6) Makna Bersuku suku

Perkataan yang sama maksud dengan "bersuku suku" ialah

berkategori,
berjenis jenis,
ber"partition",
berdaerah daerah,
dan lain lain

Contohnya bangunan
ada blok A, blok B, blok C, blok D dan lain lain.


7) Makna Bercerai

2 atau lebih benda wujud yang asalnya "SATU" kemudiannya terpisah.

Contohnya 10 kg beras dalam plastik dibahagi bahagi kepada beberapa orang. Zat beras itu TIDAK rosak walau terpisah.

8) Makna Berpihak

Makhluk yang ada 8 dimensi iaitu

kiri-kanan
depan-belakang
atas-bawah
luar-dalam

Persoalan terakhir ialah:

3⃣Apakah tujuan kita mempelajari makna esa pada adat itu?

Tujuannya ialah supaya kita tahu MENGENAL ALLAH iaitu membezakan antara makhluk daripada Allah.

Apa bezanya?

Kita tahu setiap yang sabit pada sekalian makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka makna ESA dan makna BUKAN ESA pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah

Oleh itu, kita dapat MENAFIKAN 8 perkara pada Allah. Dalam istilah Arab disebut sebagai "KAM"

 "muttasil" متصل....berhubung
dan
"mumfasil" منفصل.. terpisah

yakni MUSTAHIL sabit pada Allah 8 perkara yang sabit pada sekalian makhluk iaitu

1) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berbilang bilang.

2) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bercampur campur.

3) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berhimpun himpun.

4) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berlapis lapis.

5) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bersusun susun.

6) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bersuku suku.

7) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bercerai cerai.

8) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berpihak.

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
surah an Nisa' : 79


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Bab 8 Soalan 57 Soalan dari umum 1) Adakah kita berkuasa atas diri sendiri? 2) Adakah boleh kita menentukan apa yang kita inginkan? 3) Allah sudah tentukan @ Allah sudah tetapkan seseorang itu ahli syurga @ ahli neraka. Betul ke perkataan itu? Betul ke iktikad itu?

Soalan 57


Soalan dari umum

1) Adakah kita berkuasa atas diri sendiri?

2) Adakah boleh kita menentukan apa yang kita inginkan?

3) Allah sudah tentukan @ Allah sudah tetapkan seseorang itu ahli syurga @ ahli neraka.

Betul ke perkataan itu?
Betul ke iktikad itu?

PENCERAHAN
Soalan 57


1) Allah dah beri setiap makhluk HAK masing masing.

hak API menghanguskan
hak MATA melihat
hak KAKI melangkah
hak MAKANAN mengenyangkan
hak NAFSU berkehendak
hak AKAL memikirkan
hak DIRI membuat PILIHAN atas semua yang difikirkan oleh AKAL

itu semua HAK PADA ADAT @ HUKUM ADAT

Itulah HAK yang Allah BERI kepada manusia sebagai makhluk

JANGAN DINAFIKAN HAK PEMBERIAN ALLAH itu

Menafikan hak itu sebenar benarnya MENAFIKAN ANUGERAH ALLAH

Cuba
Fikirlah bagaimana perasaan kita

katalah kita hadiahkan KERETA & RUMAH BANGLO kepada seseorang tiba tiba
orang menafikan HADIAH kita itu. Dia langsung TIDAK menghargai hadiah kita.
Kita tentu MARAH, BENCI & KECEWA.

Itulah BUKTI @ DALIL AKAL sekiranya kita menafikan ANUGERAH ALLAH kepada kita, sebenar benarnya kita TIDAK MENSYIKURI ANUGERAH ALLAH. Allah pasti MURKA.

Jika dinafikan HAK PEMBERIAN ALLAH itu hukumnya BERDOSA PADA SYARAK


Allah berikan kita HAK MEMILIH SAHAJA itupun memilih dalam HATI

Setelah ada IKHTIAR Allah anugerahkan pula USAHA iaitu KITA MAMPU MELAKUKAN SEMUA PERINTAH ALLAH & MAMPU MENJAUHI SEMUA TEGAH ALLAH.

Itulah namanya IKHTIAR & USAHA iaitu kemahuan MEMILIH DALAM HATI & kekuatan MELAKUKAN SEMUA PILIHAN HATI.

Ikhtiar & usaha itulah sahaja HAK KITA sebagai makhluk pada ADAT & pada SYARAK.

Pada akal pula, TERSERAH kepada Allah. Jika Allah NAK BERI pilihan kita itu MAKA PILIHAN KITA ITU AKAN ALLAH JADIKAN

Pada akal, jika Allah TAK MAHU BERI pada kita, maka Allah TAK JADIKAN maka TAK JADILAH  apa apa yang kita mahu dan apa apa yang kita hendak lakukan..

PADA AKAL & PADA HAKIKAT SEGALA GALANYA TERSERAH KEPADA ALLAH

Persoalan 1.

adakah pilihan kita itu akan kita DAPAT?

Pada adat,
apa yang kita usahakan, kita akan dapat sesuai dengan usaha kita. Pada adat, jika kita suapkan nasi ke dalam mulut, kita kunyah dan kita telan maka KENYANGLAH KITA PADA ADAT

Pada akal pula
Jika Allah TAK MAHU @ JIKA ALLAH TIDAK IZINKAN, makanan itu mungkin setakat berada dihadapan MATA sahaja. Makanan itu mungkin TIDAK akan masuk kedalam mulut. Pada akal, semuanya itu TERSERAH kepada Allah. Jika Allah izinkan, maka makanan itu akn masuk ke dalam mulut tetapi jika Allah TAK IZINKAN maka makanan itu tidak memberi apa apa manafaat kepada kita. Pada akal dan pada hakikat, HANYA ALLAH YANG
MEMBERI MANAFAAT. HANYA ALLAH YANG MENGENYANGKAN. BUKAN NASI YANG MENGENYANGKAN.

Nasi hanya mengenyangkan pada ADAT. Itu hak nasi yang Allah berikan. JANGAN DINAFIKAN SAMA SEKALI.

Saya ulang semula
Pada akal, segala galanya TERSERAH KEPADA ALLAH. Hanya Allah yang mengenyangkan pada akal dan pada hakikat.

Itu HAK ALLAH

ALLAH YANG MENENTUKAN
ALLAH YANG MENJADIKAN SEMUA PILIHAN KITA ITU

Allah SUDAH TAHU SEMUA PILIHAN KITA SEJAK AZALI

Sebelum ada makhluk
Sebelum ada manusia
Sebelum ada syurga neraka
Sebelum ada malaikat
Sebelum ada apa apa

Allah SUDAH tahu jika kita sebut seperti ini:

1) Adakah kita berkuasa atas hak itu?

2) Adakah boleh kita menentukn apa yang kita inginkan?



Semua itu Allah dah tahu sejak azali
Semua itu Allah dah dengar
Semua itu Allah dah khabarkan

Allah pun SUDAH KHABARKAN SEGALA GALA. Hanya kita yang TAK MENGAKU @ TAK TAHU sebab TIDAK TAHU SEBAB TAK FAHAM PERBEZAAN HUKUM ADAT, HUKUM AKAL & HUKUM SYARAK

Jika kita TAHU, jika kita FAHAM, sebenar benarnya kita TIDAK AKAN BERANI sama sekali menyebut perkataan seperti ini

Buatlah apa sahaja pun, sehala halanya Allah SUDAH TETAPKAN SEJAK AZALI

1) "Allah dah tentukan saya dan kamu menjadi ahli syurga @ neraka"

2) "Kita buat baikpun, jika Allah DAH TETAPKAN kita ahli neraka, masuk neraka juga akhirnya"

3) "Jika kita buat jahat sekalipun, jika Allah dah tetapkan kita ahli syurga, akhirnya kita akan masuk syurga juga."

4) "Firaun dan  Abu Jahal itupun Allah dah tentukan mati sebagai orang kafir"

5) "Allah dah tentukan Nabi Muhammad itu ahli syurga"

6) "Allah dah tentukan IBLIS & SYAITAN itu untuk menggoda manusia supaya masuk neraka."

dan banyak lagi perkataan yang membawa kepada maksud yang SERUPA

SEMUA PERKATAAN ITU ADALAH PERKATAAN ORANG YANG TIDAK FAHAM PERBEZAAN ANTARA 3 HUKUM. MEREKA TIDAK TAHU APA SEBENARNYA HUKUM ADAT, HUKUM AKAL & HUKUM SYARAK tetapi mereka bercakap seolah olah TAHU sedangkan mereka sebenar benarnya TIDAK TAHU JAUH SEKALI MEREKA FAHAM apa yang mereka lafazkan.

Saya ulang semula

Allah sudah anugerahkan kita AKAL utk memilih SYURGA @ NERAKA

Allah sudah anugerakan kita IKHTIAR UNTUK MEMILIH SYURGA

Allah sudah anugerahkan kita AKAL untuk NENJAUHI NERAKA & MENJAUHI SYIRIK

Iblis, Syaitan, Firaun, Dajjal, Abu Talib, dan sesiapa sahaja yang akan MASUK NERAKA, sebenarnya MASUK NERAKA adalah ATAS PILIHAN SENDIRI. BUKAN ALLAH YANG TETAPKAN. BUKANNYA ATAS KEHENDAK ALLAH.

Jika Allah dah TETAPKAN Iblis dan, Syaitan, Firaun dan Dajjal sebagai ahli NERAKA maka Allah itu SEBENARNYA MENZALIMI HAMBANYA SEDANGKAN ALLAH itu MUSTAHIL ANIAYA

Sesiapa yang beriktikad Allah sudah TETAPKAN IBLIS & SYAITAN SERTA SEBAHAGIAN MANUSIA UNTUK MENJADI AHLI NERAKA maka sesungguhnya TELAH BINASALAH AKIDAHNYA

Nauzubillah
Moga Allah pelihara kita dpd iktikad sesat dan yang menyesatkan seperti itu.

Buktinya daripada al Quran seperti ini

Surah Al-Isra, ayat 62:

قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

Ertinya
Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".

ITULAH BUKTI menunjukkan NERAKA ITU PILIHAN IBLIS. BUKAN ALLAH YANG TETAPKAN IBLIS MENJADI AHLI NERAKA

Jika iktikad itu SESAT & MENYESATKAN macan mana akidah yang SEBENAR?

Begini....
Akidah yang BENAR ialah

Iblis dan syaitan masuk neraka kerana ITU PILIHAN MEREKA
ITU PILIHAN IBLIS & SYAITAN

Manusia seperti kita ini pun sama

Jika manusia masuk neraka, itu adalah atas PILIHAN MANUSIA itu BUKANNYA ALLAH YANG TETAPKAN

Allah TAK TETAPKAN walau seorangpun kita untuk menjadi ahli NERAKA

KITALAH YANG MEMILIH UNTUK MASUK NERAKA
KITALAH YANG MEMILIH UNTUK MASUK SYURGA

Allah TAK MAHU kita MASUK NERAKA
SEBAB ITULAH ALLAH TURUNKAN PARA NABI & ROSUL
Sebab itulah Allah turunkan Al Quran sebagai NUR @ PETUNJUK

Jika Allah dah tetapkan kita sbg Ahli Neraka,
TAK PERLULAH ALLAH MELANTIK PARA  NABI & ROSUL
TAK PERLULAH ALLAH TURUNKAN AL QURAN

BUAT APA SEMUA ITU?
BUAT APA......

DAH DITETAPKAN
BUAT JAHAT KE
BUAT BAIK KE

SEMUA ALLAH DAH TETAPKAN

itulah IKTIKAD ORANG YANG SESAT LAGI MENYESATKAN

Orang seperti itu SEBENAR BENARNYA TIDAK TAHU APA YANG DIA SEBUT

Al Quran ada menyebut Iblis meminta IZIN kepada Allah untuk menyesatkan manusia sampai hari kiamat

Itulah BUKTI IBLIS MEMILIH NERAKA & MENOLAK SYURGA YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH

SEMUA PILIHAN KITA SEMASA HIDUP DIDUNIA INI SUDAH ALLAH TAHU

Termasukalah semua TULISAN dalam ruangan ini

Allah dah tahu sejak azali
Sebelum ada apa apa, Allah dah tahu pada malam ini kita akan membaca pencerahan ini @ mendengar AIDIO pencerahan ini

Jika ada sesiapa yg TAK PERCAYA ALLAH DAH TAHU SEMUA PERKONGSIAN ILMU KITA INI SEJAK AZALI, Allah hanya tahu malam ini, MAKA BINASALAH AKIDAHNYA

Sebenar benarnya SEMUA PILIHAN KITA & PILIHAN SEKALIAN MAKHLUK YANG BERAKAL SAMADA MEMILIH YANG BAIK @ MEMILIH YANG JAHAT DAN BURUK  ITU SUDAH ALLAH TAHU DAN SUDAH  DITULISKAN OLEH KALAM DI LUH MAHFUZ ATAS PERINTAH ALLAH.

Hanya menunggu ZAHIR sahaja di dunia semasa hidup supaya NYATA QUDRAT & IRADAT ALLAH itu pada semua hambaNYA yang MENGENAL ALLAH. Dengan zahirnya semua pilihan manusia yang Allah tahu sejak azali itu maka BERTAMBAHLAH IMAN mereka. Sebaliknya, jika seseorang itu TIDAK MENGENAL ALLAH, maka dia akan mendakwa perbuatan JAHATNYA itu sebagai KEHENDAK ALLAH. Dengan JAHILNYA mereka meletakkan kesalahan dan DOSA yang mereka PILIH itu kepada Allah. Mereka kata "JIKA ALLAH MAHU KITA MASUK SYURGA, BUATLAH JAHATPUN, AKHIRNYA KITA AKAN MASUK SYURGA JUGA. "

Buktinya lihat ayat Allah ini

Surah An-Nahl, ayat 35:

وَقَالَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِن دُونِهِ مِن شَيْءٍ نَّحْنُ وَلَا آبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن دُونِهِ مِن شَيْءٍ كَذَٰلِكَ فَعَلَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَهَلْ عَلَى الرُّسُلِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Ertinya :
Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, - (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya". Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?

Ayat itu dengan JELAS MENERANGKAN iktikad orang KAFIR MUSYRIK. Mereka berkeyakinan ALLAH SUDAH MENETAPKAN MEREKA & nenek moyang mereka MEMBUAT PERKARA YANG MENYEBABKAN SYIRIK iaitu MENYENGUTUKAN ALLAH. Jika Allah mahu mereka melakukan yang BAIK BAIK sudah tentu mereka melakukan yang BAIK BAIK.

Itulah iktikad orang kafir musyrik yang Allah khabarkan di dalam al Quran. Tetapi petkhabaran itu adalah untuk semua makhluk yang BERAKAL. Oleh sebab itu, barang siapa yang beriktikad seperti itu sehingga hari kiamat, sesungguhnya AKIDAH org tersebut SUDAH BINASA. Iktikad seperti itu adalah iktikad KAFIR MUSYRIK.

Saya ulang semula
Semua yang terjadi sejak dahulu hingga hari kiamat dan selama lamanya SUDAH ALLAH TAHU DENGAN SEKALI TAHU

Semuanya DALAM ILMU ALLAH.

Semua yang terjadi satu persatu itu adalah untuk MENZAHIRKAN SEMUA PILIHAN MANUSIA samada pilihan baik @ buruk atas QUDRAT  & IRADAT ALLAH
SUPAYA JELAS KEPADA KITA
SUPAYA JELAS PADA DIRI SENDIRI SIAPA YANG BERIMAN @ TIDAK

SUPAYA JELAS KPD KITA
SIAPA YANG MEMILIH AKAL @ NAFSU

SUPAYA JELAS KPD KITA
SIAPA YANG MEMILIH SYURGA @ NERAKA

BUKAN SUPAYA ALLAH TAHU

SEMUA ITU ALLAH SUDAH TAHU SEJAK AZALI

HANYA MENUNGGGU ZAHIR DIHADAPAN MANUSIA seperti kita dalam grup ini

Sekali lagi saya ulang
BUKANNYA SUPAYA ALLAH TAHU

Barang siapa menganggap semua UJIAN itu @ semua perkara yang terjadi itu, supaya Allah TAHU maka BINASALAH AKIDAHNYA

Tapi JANGAN PERTIKAIKAN, macam Allah tahu perkara yang BELUM ADA?

Perkara itu sudah dicerahkan mulai Soalan 45 hingga Soalan 52. Sesiapa yang belum dengar @ belum baca tu, Eloklah DENGAR eloklah baca.

Oleh sebab itu, supaya AKIDAH KITA SELAMAT, barisan admin menasihatkan semua ahli agar mempelajari PERBEZAAN 3 HUKUM. Hanya dengan cara itu kita selamat daripada SYIRIK

Segala yang baik baik itu anugerah Allah. Semua salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Selasa, 9 Februari 2016

Bab 8 Soalan 56; SEMUA yang sabit pada manusia itu adalah BUKTI menunjukkan MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh itu, berdasarkan Soalan 55 a) Apakah perbezaan makna "DIRI manusia SATU pada adat" dengan makna "DIRI Allah SATU pada akal dan pada syarak" ??? Dalam perkataan lain, apakah makna SATU pada adat? Dari makna SATU pada adat itu, terbitkan makna SATU pada akal.

Soalan 56


Diri kita ada, diri Allah pun ADA tetapi tidak  sama dengan kita.
Diri kita melihat, diri Allah pun MELIHAT tapi tak sama dengan kita.
Diri kita mendengar, diri Allah pun MENDENGAR tapi tidak sama dengan kita.
Diri kita hidup, diri Allah pun HIDUP tetapi tidak sama dengan kita

Diri manusia SATU, diri Allah pun SATU tetapi tidak sama dengan kita

Pendek kata,

SEMUA yang sabit pada manusia itu adalah BUKTI menunjukkan MUSTAHIL sabit pada Allah.

Oleh itu, berdasarkan Soalan 55

a) Apakah perbezaan makna

"DIRI manusia SATU pada adat"
dengan makna
"DIRI Allah SATU pada akal dan pada syarak" ???

Dalam perkataan lain,
apakah makna SATU pada adat?

Dari makna SATU pada adat itu,
terbitkan makna SATU pada akal.

b) Apakah sebenarnya yang SATU itu?

c) Apa sebenarnya TUJUAN kita mempelajari makna SATU pada adat dan makna satu pada akal dan pada syarak?

Berikan contoh setiap satu.


Makna SATU pada adat

ialah menafikan BANYAK dan apabila diambil sebahagian zat maka rosaklah @ binasalah ZAT @ DIRI itu.

Makna BANYAK pula ialah 2 atau lebih yakni 2, 3, 4 dan seterusnya. Pada adat dan pada syarak, kita WAJIB YAKIN dan WAJIB PERCAYA bahawa sanya diri kita HANYA SATU bukannya 2, MUSTAHIL 2, bukannya 3 atau lebih. Tidak ada diri yang lain selain yang disaksikan oleh pancaindera sendiri dan disaksikan oleh pancaindera orang lain. TIDAK ada diri lain @ diri BATHIN yang SAMA 100% seperi diri yang ZAHIR ini.

DIRI yang SATU inilah adalah KESATUAN ZAT yang zahir seperti jasad dan zat yang BATHIN seperti nyawa, akal dan nafsu.

Kita ulang sekali lagi

Makna SATU pada adat ialah menafikan BANYAK yakni 2 atau lebih dan apabila sebahagian zat diambil maka rosak @ binasalah ZAT itu @ DIRI itu.

Apa contoh makna rosak @ binasa?

Baik, saya berikan 3 contoh

Contoh 1.

Pada adat
Apabila kaki dipotong kedua dua belah pada paras lutut, maka

1) cacatlah zat kaki
2) cacatlah diri itu.
3) diri tidak dapat melangkah.

Contoh 2

Pada adat
Apabila mata buta kedua dua belah maka
1) cacatlah zat kepala
2) cacatlah diri itu
3) diri tidak dapat melihat

Contoh 3

Pada adat
Apabila putus leher maka

1) cacatlah diri
2) matilah diri @ binasalah diri

Itulah 3 contoh MAKNA SATU DIRI KITA PADA ADAT


Makna "zat" dan "diri" disini adalah sama seperti yang dicerahkan pada Soalan 55. Sesiapa yang belum menyemak pencerahan Soalan 55, eloklah tengok eloklah dengar.

Persoalan seterusnya

Apa pula makna SATU dari sudut ilmu akidah @ ilmu usuluddin?

Jawapannya begini



Dari sudut ilmu usuluddin, makna DIRI KITA SATU ialah

KESATUAN semua ALAT zahir dan bathin

atau

KESATUAN semua KELENGKAPAN zahir dan bathin

atau

KESATUAN semua ZAT zahir dan bathin

KESATUAN SEMUA itulah yang disebut DIRI YANG SATU

Apa contohnya?
Contohnya pertama ialah

Jika diri kita tidak ada NAFSU @  PEKEHENDAK dengan nafsu maka diri kita TIDAK dapat BERKEHENDAK pada adat.

Contoh kedua ialah

Jika diri kita tidak ada LIDAH @  PEKATA dengan lidah maka diri kita TIDAK dapat BERKATA KATA pada adat.

Contoh ketiga ialah

Jika diri kita tidak ada NYAWA @ ROH maka diri kita TIDAK dapat HIDUP pada adat.

Itulah 3 contoh zat pada diri kita yang menerangkan makna SATU pada adat. Jika kurang salah satu ZAT maka CACAT @ KURANG @ BINASALAH diri itu pada adat.

Saya FAHAM, ada yang keliru. Ramai yang keliru.Saya sebutkan kekeliruan timbul akibat SALAH FAHAM pada makna SATU dan makna ESA.

Orang yang keliru berkata seperti ini,

ROH @ NYAWA itu diri yang kedua
ROH itu diri yang bathin.
ROH itu sebenar benar diri.

Itu antara perkataan yang timbul akibat salah faham akan maksud SATU & ESA

Baik,
pencerahannya begini
Kita lihat ayat Al Quran berikut


وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Ertinya :

Kalau kamu melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): `Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar`, (tentulah kamu akan merasa ngeri)
(al Anfal 8 : 50)

Diambil dpd maksud ayat itu, MAYAT FIRAUN yang sedang dipamerkan  didalam muzium di Mesir sebenar benarnya SEDANG DIAZAB OLEH ALLAH dan akan terus diazab sehingga hari KIAMAT. Barang siapa yang TIDAK PERCAYA bahawa Firaun yg sudah mati pada adat itu dan jasadnya berada dihadapan MATA kita sebenar benarnya SEDANG DIAZAB oleh Allah maka BINASA AKIDAHNYA.

Kenapa pulak binasa akidah?

Kerana menganggap ROH FIRAUN sahaja yang menerima azab JASADNYA TIDAK DIAZAB. Dengan alasan jasadnya elok tersimpan didalam peti kaca dalam muzium.

Itulah akibat salah faham makna SATU.
ROH sahaja BUKAN DIRI kita
JASAD sahaja pun BUKAN DIRI kita

Sama seperti MATA, alat utk MELIHAT
ROH @ NYAWA alat untuk HIDUP

Mata itu BUKANNYA DIRI kita
tapi
Zat Mata itu sebahagian dari DIRI

Roh @ nyawa BUKANNYA DIRI kita
tapi
Zat nyawa itu adalah sebahagian dari DIRI

Maka secara ringkas, bolehlah disebut bahawa sebenar benar diri itu ialah KESATUAN ROH DAN JASAD. Dalam perkataan lain, ROH & JASAD itu adalah DIRI YG SATU. Bukannya 2 diri yang berbeza.

KESATUAN ROH & JASAD itulah yang menerima tanggungjawab mengesakan Allah SERENTAK melalui 3 perbuatan iaitu perbuatan hati, perbuatan anggota perbuatan lisan spt perintah Allah pd ayat

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

Perintah mengesakan Allah itu bukannya kepada jasad sahaja. Perintah itu juga bukannya kepada roh sahaja tetapi kepada DIRI YANG SATU iaitu KESATUAN ROH & JASAD

Tetapi akibat menganggap ROH & JASAD BUKANNYA SATU tetapi 2 diri yang berbeza, jasad sebagai diri yang zahir, roh sebagai diri bathin @ sebenar benar diri maka mereka TIDAK PERCAYA MAYAT FIRAUN ITU SEDANG DIAZAB OLEH ALLAH. Sebaliknya mereka percaya ROH FIRAUN YANG SEDANG DIAZAB bukannya MAYAT FIRAUN YANG ADA DIHADAPAN MATA ITU

Kepercayaan seperti itu sebenarnya TANPA SEDAR menganggap Allah itu LEMAH dan  TIDAK ADIL

Kenapa pulak?

Kerana Allah HANYA menyiksa ROH Firaun sahaja tetapi jasadnya yang sama sama melakukan DOSA MENGAKU TUHAN semasa hidup dibiarkan tanpa menerima pembalasan. Adil ke mcm tu? Sudah tentu TIDAK ADIL.

Itulah akibat salah faham akan  makna SATU pada adat dan menyebabkan salah pula memahami makna al WAHID pada akal dan pada syarak.

Persoalan seterusnya sekarang ialah

Apakah makna DIRI ALLAH SATU PADA AKAL @ SATU PADA SYARAK iaitu al Wahid?

Pencerahannya begini

al Wahid adalah salah satu daripada nama Allah yang 99. Perkataan itu ada dalam al Quran pada ayat ke-65 Surah Sod . Allah yang berkata DIRINYA SATU @ AL WAHID


(قُلْ إِنَّمَا أَنَا مُنْذِرٌ ۖ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ)
(Surah Sod : 65)

Maka pengenal kita kpd Allah yg SATU @ Allah al Wahid  itu WAJIB SAMA dgn apa yg disebutkan oleh Allah dalam al Quran dan DALIL AKAL.

Pencerahan tentang dalil akalnya adalah seperti ini

Diambil daripada makna DIRI KITA satu pada adat maka makna DIRI ALLAH SATU PADA AKAL ialah

1) menafikan Allah itu BANYAK yakni menafikan ada 2 Allah atau lebih dari 2 diri yang SAMA @ SERUPA dengan DIRI Allah.

2) menyatakan jika salah satu daripada kelengkapan Allah itu kurang maka BINASALAH DIRI ALLAH itu. Maka perkara seperti itu adalah MUSTAHIL pada akal.

Kenapa mustahil?
Apa contohnya?
Contohnya ialah

Jika sifat QUDRAT itu TIDAK ADA pada diri Allah maka Allah itu LEMAH kerana TIADA QUDRAT @ KUASA menjadikan makhluk. Sedangkan kita TAHU sekalian ALAM SUDAH JADI. TIDAK ADA LAGI YG BELUM.JADI Maka mustahil pada akal dan pada hakikat.

Jika IRADAT itu TIDAK ADA pada diri Allah maka Allah itu LEMAH kerana tidak dapat melakukan sekehendakNYA kepada makhluk. Sedangkan kita lihat TIDAK ada seorangpun manusia @ makhluk  yang dapat melepaskan diri dari MATI iaitu KEHENDAK ALLAH. MATI ITU KEHENDAK ALLAH. Maka mustahil pada akal dan pada hakikat.

Itulah 2 contoh makna SATU PADA AKAL

Persoalan terakhir ialah apakah tujuan mempelajari makna DIRI KITA SATU pada adat dan DIRI ALLAH SATU PADA AKAL & PADA SYARAK?


Tujuan mempelajari makna SATU pada adat dan makna al wahid pada akal dan pada syarak ialah

1) supaya kita YAKIN bahawasanya diri kita hanya SATU bukannya DUA iaitu diri yang zahir yang disaksikan oleh pancaindera sendiri dan pancaindera orang lain.

2) Supaya kita dapat menolak fahaman MENDUAKAN DIRI YG SATU iaitu mendakwa diri manusia itu ada DUA iaitu yang diri yang ZAHIR dan diri yang BATHIN @ sebarang perkataan yg membawa maksud yang sama.

3) Supaya kita dapat YAKIN & PERCAYA bahawasanya diri kita iaitu kesatuan roh dan jasad zahir dan bathin yang sebenarn benarya adalah SATU, itulah yang akan MENERIMA PEMBALASAN samada BAIK @ BURUK BERMULA PADA SAAT MATI. Bukannya diri yang kedua @ bukannya diri yang bathin @ bukannya ROH SAHAJA.

Dalilnya daripada al Quran ialah

وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Ertinya :

Kalau kamu melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): `Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar`, (tentulah kamu akan merasa ngeri)

(al Anfal : 50)

Maksud "kamu" dan "orang2 kafir" pada ayat itu adalah ROH & JASAD. Bukannya roh sahaja. Bukannya jasad sahaja. Tetapi kesatuan roh dan jasad yg sebenar2nya adalah SATU.

4) Supaya kita dapat mengelakkan diri daripada SYIRIK iaitu mengata Allah itu dua @ MENDUAKAN ALLAH YANG SATU pada akal dan SATU pada syarak. Bukannya 2, 3 atau lebih.

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an nisa': 79


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihi.blogspot.com