(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 20 Februari 2016

Bab 8 Soalan 62: Apakah dalil akal bagi sifat Qudrat, Iradat hingga Kalam iaitu sifat ke 7-13 dalam Sifat 20?

Jawapan
Soalan 62


Apakah dalil akal bagi sifat Qudrat, Iradat hingga Kalam iaitu sifat ke 7-13 dalam Sifat 20?



Pencerahan


Oleh kerana Allah itu "laisakamitslihisyaiun" maka Qudrat Allah itu juga "laisakamitslihisyaiun"

Kita tahu
akal kita hanya mampu memikirkan sesuatu info yang masuk melalui salah satu pancaindera. Dalam perkataan lain, akal kita sama sekali TIDAK mampu memikirkan sesuatu yang TIDAK dicapai oleh pancaindera selama lamanya kerana tidak memiliki persamaan dengan sebarang makhluk.

Ada ke yang seperti itu?

Ya
ADA iaitu Allah. Allah itu TIDAK pernah dicapai oleh pancaindera sesiapapun dan tidak akan dicapai oleh pancaindera SELAMA LAMANYA. Oleh kerana itulah maka ALLAH TIDAK mampu difikirkan oleh akal kita SELAMA LAMANYA. Maka akal kita juga TIDAK MAMPU memikirkan QUDRAT Allah SELAMA LAMANYA.

Jadi bagaimana untuk memahami makna Qudrat Allah pada akal? atau makna Qudrat pada akal?

Tidak ada cara lain untuk memahaminya melainkan kita memahami dalil akalnya. Dalil akal itulah yang akan menghampirkan kefahaman kita kepada makna sebenar Qudrat Allah pada akal

Apa dia dalil akalnya?

Dalil akalnya ada pada diri kita sendiri iaitu qudrat kita pada adat. Dalam bahasa Melayu disebut PEKUASA DIRI manusia pada adat.

Pekuasa kita pada adat bermaksud DIRI kita dapat berkuasa atau melakukan atau memperbuat perkara yang diingini oleh nafsu itu kerana adanya 6 ALAT yg dinamakan tulang, urat, darah, daging, otak dan benak.

Jika salah satu dari yang 6 itu TIDAK ADA maka mustahil diri kita dapat melakukan apa yang diingini oleh nafsu walau sedikit sekalipun.

Perkara ini telah cerahkan beberapa kali seperti pada Soalan 55. Sesiapa yang belum semak, eloklah semak.

Apa kaitannya pekuasa diri manusia dengan Qudrat Allah? Bagaimana pekuasa manusia itu boleh mentahkiqkan kefahaman kita kepada makna Qudrat Allah pada akal?

Baik,
kita akan cerahkan insya Allah

Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk maka MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh kerana 6 alat itu sabit pd DIRI manusia maka MUSTAHIL 6 alat itu sabit pada DIRI Allah.

Dalam perkataan lain, itulah DALIL AKAL menunjukkan bahawasanya MUSTAHIL Pekuasa Allah itu dengan tulang urat darah daging otak benak. Itulah makna DIRI Allah itu Qudrat pada akal iaitu Sifat 20 yang ke-7.

Dalam perkataan lain, apabila disebut Qudrat pada akal, maksudnya itu ialah ALLAH @ DIRI ALLAH itu berkuasa memperbuat apa sahaja sekehendak NYA pada akal.


Sebenarnya apabila disebut Qudrat pada adat @ pekuasa manusia pada adat maka tersimpan perkataan itu pada 6 perkara tentang DIRI MANUSIA iaitu

1⃣Pada akal
DIRI manusia itu BERKEHENDAK dengan ALAT iaitu HAWA NAFSU. Nafsu itu memilih yang bermanafaat untuk diri sendiri.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah @ DIRI Allah itu MUSTAHIL berkehendak dengan hawa nafsu. Dalam Bahasa Arab disebut • IRADAT

Mustahil Allah mengambil manafaat walau dari seorang hambaNYA seperti Nabi Muhammad s.a.w.. Jika semua jin dan manusia memilih Islam sekalipun TIDAK ADA manafaatnya kpd Allah. Begitu juga, jika sekalian jin dan manusia memilih untuk KAFIR sama seperti Iblis dan Syaitan, TIDAK ADA ruginya pd Allah.

Pada akal dan pada hakikat, semua untung dan rugi itu kembali kepada sekalian jin dan manusia.

2⃣Pada akal
DIRI manusia itu MENGETAHUI dengan ALAT iaitu HATI atau QOLBU. Hati itu boleh BEBAL. Diri itu boleh jahil boleh pandai.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah itu atau DIRI Allah itu MUSTAHIL mengetahui dengan alat mustahil dengan hati mustahil bebal. Dalam Bahasa Arab disebut • ILMU

Pada akal
Allah itu Maha Bijaksana mustahil dengan hati. Allah telah mengetahui sekalian hal makhlukNYA sejak azali dengan sekali tahu. Tiada satupun yang terjadi sejak dahulu, sekarang dan pada masa yang akan datang di dalam syurga atau neraka melainkan segala galanya itu telah diketahui oleh Allah sejak azali. Semuanya itu didalam ilmu Allah.


3⃣Pada akal
DIRI manusia itu HIDUP dengan ALAT iaitu NYAWA @ ROH. Dengan adanya nyawa @ roh itu, kita boleh HIDUP untuk memelihara diri daripada sesuatu yang memudaratkan.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL hidup dengan nyawa. Dalam Bahasa Arab disebut • HAYAT

Mustahil ada yang memberi mudarat kepada Allah pada akal. Allah itulah yang menjadikan mudarat pada akal.

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang memelihara sekalian alam melainkan Allah. Pada akal dan pada hakikat, tiada yang memberi mudarat melainkan Allah.

4⃣Pada akal
DIRI manusia itu MENDENGAR dengan ALAT iaitu LUBANG TELINGA. Dengan adanya LUBANG TELINGA itu, kita boleh MENDENGAR bermacam macam suara yang membawa manafaat mengikut keinginan nafsu. Telinga pula boleh pekak dan tuli.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL mendengar dengan lubang telinga, mustahil pekak mustahil tuli. Dalam Bahasa Arab disebut •SAMI'

Mungkin ada yg terfikir, apa pula beza antara pekak dan tuli?

Bezanya ialah

Tuli itu terlajak pekak
Pekak tu masih boleh dengar sikit sikit tapi
Tuli itu pekak melampau
Bom meletop dibelakang dia pun dia TAK TAHU.

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang menjadikan pekak dan tuli itu melainkan Allah.

5⃣Pada akal
DIRI manusia itu MELIHAT dengan ALAT iaitu BIJI MATA. Dengan adanya BIJI MATA itu, kita boleh MELIHAT bermacam macam rupa bentuk makhluk yang membawa manafaat mengikut keinginan nafsu. Mata pula boleh rabun dan buta.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL melihat dengan biji mata mustahil rabun mustahil buta. Dalam Bahasa Arab disebut • BASIR

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang menjadikan rabun dan buta itu melainkan Allah.

6⃣Pada akal
DIRI manusia itu BERKATA KATA dengan ALAT iaitu LIDAH, HURUF & SUARA.
Dengan adanya LIDAH HURUF SUARA itu, kita boleh BERKATA @ mengkhabarkan sesuatu yang membawa manafaat mengikut keinginan. Lidah itu pula boleh KELU.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya DIRI Allah itu MUSTAHIL berkata dengan lidah huruf suara mustahil kelu. Dalam Bahasa Arab disebut • KALAM

Pada akal dan pada hakikat, tiada yang menjadikan lidah dan kelu itu melainkan Allah.

Ringkasnya

Itulah 7 sifat dari 20 sifat Allah dengan dalil akalnya setiap satu utk mentahkiqkan kefahaman kita akan sifat Qudrat hingga Kalam.

Dalam perkataan lain

Apabila disebut QUDRAT, maka tersimpan pada kalimah QUDRAT itu 6 makna sifat yang lain iaitu

Iradat, Ilmu, Hayat, Sami', Basir dan Kalam

QUDRAT itulah SIFAT KAMALAT yang bermaksud sifat KESEMPURNAAN iaitu TERSIMPAN pada kalimah QUDRAT itu SEMUA makna sifat sifat kamalat lain yang TIADA HINGGA.

Apabila disebut QUDRAT
Qudrat itulah juga yang disebut IRADAT
Qudrat itulah juga yang disebut ILMU
Qudrat itulah juga yang disebut HAYAT
Qudrat itulah juga yang disebut SAMI'
Qudrat itulah juga yang disebut BASIR
Qudrat itulah juga yang disebut KALAM

SEMUANYA ITU ESA PADA AKAL
SEMUANYA ITU SATU PADA AKAL

BUKAN 7 SIFAT YANG BERBEZA
Kerana yang berbeza itu WAJIB BERBILANG BILANG. ALLAH MUSTAHIL BERBILANG BILANG

Disebut sifat itu satu persatu 1hingga 20 bukan kerana BERBILANG BILANG tetapi sekadar untk.memudahkan FAHAM akan makna ALLAH MAHA ESA seperti yang diperintahkan oleh Allah dlm surah al Ikhlas iaitu

Surah Al-Ikhlas,
ayat 1:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Ertinya
Katakanlah olehmu (ya Muhammad): "Allah Maha Esa;

Apa makna sebenar SEMUA SIFAT KAMALAT?

Maknanya itu ialah ALLAH KUASA MELAKUKAN APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA @ dalam perkataan lain ALLAH MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA PADA AKAL

Ingat ya
ini pada akal. Pada syarak lain pulak

Pada syarak, Allah yang menjadikan SEMUA PILIHAN KITA @ SEMUA PERBUATAN YANG KITA PILIH ITU SAMADA BAIK @ BURUK.

Bukannya Allah yang MELAKUKAN perbuatan kita itu tetapi yang MENJADIKANNYA

Kita yang melakukannya, kita yang memperbuatnya pada adat dan pada syarak, ALLAH YANG MENJADIKANNYA pada akal dan pada hakikat.

Kita akan bincg Hukum Syarak dan HAKIKAT pada Bab 9 insya Allah
Sekarang masih pada Bab 8

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته



Tiada ulasan:

Catat Ulasan