(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 22 Februari 2016

Bab 8 Soalan 63:Apakah dalil akal bagi sifat Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun iaitu sifat ke 14-20 dalam Sifat 2 Dalam perkataan lain, bagaimanakah kita ingin MENTAHKIQKAN KEFAHAMAN kita tentang 7 sifat Allah dalam sifat 20 iaitu Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun?

Jawapan
Soalan 63


Dalil akal bagi Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat sudah dicerahkan seperti pada Soalan 61

Dalil akal bagi Qudrat hingga Kalam pula sudah dicerahkan seperti pada Soalan 62

Sekarang ini,

Apakah dalil akal bagi sifat Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun iaitu sifat ke 14-20 dalam Sifat 2

Dalam perkataan lain,
bagaimanakah kita ingin MENTAHKIQKAN KEFAHAMAN kita tentang 7 sifat Allah dalam sifat 20 iaitu Qodirun, Muridun hingga Mutakallimun?

Apa kaitkannya dengan makna SATU dan makna ESA yang sudah dicerahkan pada Soalan 56, 58 dan 59 ??


Jawapan


Sifat yang ke-14 hingga yang ke-20 sebenarnya MENERANGKAN sifat ke-7 hingga ke-13

Dalam perkataan lain,
pada akal
Qodirun menerangkan Qudrat
pada akal
Muridun menerangkan Iradat
pada akal
A'limun menerangkan Ilmu
pada akal
Haiyun menerangkan Hayat
pada akal
Sami'un menerangkan Sami'
pada akal
Basirun menerangkan Basir
pada akal
Mutakallimun menerangkan Kalam

Tentu ada yang terfikir
Apa yang diterangkan oleh Qodirun hingga Mutakallimun itu satu persatu?

Begini

Kita tahu, makna sebenar Allah itu MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal. Kita juga tahu, makna sebenar Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat itu MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal. Perkara itu telah dicerahkan pada soalan sebelum ini. Begitu jugalah dengan sifat Allah yang ke14 hingga 20. Makna sebenar Qodirun hingga Mutakallimun pada akal itu sebenar benanya MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal.

Kenapa pula tidak mampu difikirkan oleh akal?

Sebabnya ialah,
Allah dan semua sifatNYA itu TIDAK ada persamaan dengan sebarang makhluk. Allah dan semua sifatNYA Atau zatNYA Atau namaNYA itu BUKANNYA MAKHLUK. Semuanya itu Qodim lagi azali. Semuanya itu "laisakamitslihisyaiun"

Akal kita hanya mampu memikirkan sesuatu yang memiliki persamaan iaitu sekalian makhluk. Hanya makhluk yang mampu difikirkan. Justeru, untuk memahami makna Qodirun hingga Mutakallimun pada akal iaitu pada Allah, kita perlu memahami makna Qodirun hingga mutakallimun pada adat iaitu pada diri manusia.

Dengan memahami makna Qodirun pada diri manusia, maka akan menghampirkan akal kita untuk memahami akan makna sebenar Qodirun Allah pada akal.

Begitulah cara Atau kaedah memahami sifat sifat Allah yang lain. Kita terlebih dahulu perlu memahami DALIL yang ada pada diri sendiri. Diri sendiri adalah DALIL PALING HAMPIR untuk memahami makna sebenar ALLAH atau Sifat sifatnya.

Buktinya adalah ayat Allah di dalam al Quran yang berbunyi

وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya :
Dan pada DIRI kamu sendiri, serta pada segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga BUKTI-BUKTI (Allah Ta'ala Maha Esa) bagi orang-orang yang meyakininya.

(al Jasiah : 4)

Saya ulang semula
Untuk memahami makna Qodirun hingga Mutakallimun pada akal itu yakni Allah kita terlebih dahulu perlu memahami makna Qodirun hingga mutakallimun pada adat iaitu pada diri manusia.

Bagaimana caranya?

Kita lihat satu persatu makna Qodirun hingga Mutakallimun pada adat yakni pada manusia

1) Makna QODIRUN pada adat
 ialah "YANG KUASA dengan alat iaitu TULANG, urat, darah, daging, otak dan benak"

2) Makna MURIDUN pada adat
 ialah "YANG BERKEHENDAK dengan alat iaitu hawa NAFSU"

3) Makna A'LIMUN pada adat
 ialah "YANG MENGETAHUI dengan alat iaitu HATI'

4) Makna HAIYUN pada adat
ialah "YANG HIDUP dengan alat iaitu NYAWA"

5) Makna SAMI'UN pada adat
ialah "YANG MENDENGAR dengan alat iaitu lubang TELINGA"

6) Makna BASIRUN pada adat
ialah "YANG MELIHAT dengan alat iaitu biji MATA"

7) Makna MUTAKALLIMUN pada adat ialah "YANG BERKATA KATA dengan alat iaitu LIDAH huruf dan suara"

Jadi apa yang diterangkan oleh Qodirun Muridun hingga Mutakallimun pada adat?

Baik
Dengar baik baik

Apa bila disebut QUDRAT pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERKUASA iaitu tulang urat hingga otak benak.

Apabila disebut QODIRUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MEMPERBUAT APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Maka diambil daripada itu, Qudrat dan Qodirun adalah merujuk kepada DIRI YANG SATU. Maka Qudrat dan Qodirun itu bukannya 2 SIFAT YANG BERBEZA. Qudrat dan Qodirun itu adalah SATU pada adat. Dibilangkan dua iaitu Qudrat dan Qodirun pada adat hanyalah untuk menghampirkan kefahaman kita kepada makna ESA PADA ADAT.

Apa bila disebut IRADAT pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERKEHENDAK iaitu hawa NAFSU.

Apabila disebut MURIDUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MEMPERBUAT APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut ILMU pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERPENGETAHUAN iaitu hawa HATI.

Apabila disebut A'LIMUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MENCARI ILMU YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut HAYAT pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk HIDUP iaitu NYAWA.

Apabila disebut HAIYUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MEMELIHARA DIRI MENGIKUT YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut SAMI' pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk MENDENGAR iaitu lubang TELINGA.

Apabila disebut SAMI'UN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MENDENGAR APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut BASIR pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk MELIHAT iaitu biji MATA.

Apabila disebut BASIRUN pada adat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MELIHAT APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Apa bila disebut KALAM pada adat maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI KITA ada ALAT untuk BERKATA KATA iaitu LIDAH.

Apabila disebut MUTAKALLIMUN pada afat pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI kita itu BERKUASA MENGKHABARKAN APA YANG DIKEHENDAKI" pada adat.

Maka diambil daripada itu PADA ADAT

Qudrat Dan Qodirun
Iradat Dan Muridun
Ilmu Dan A'limun
Hayat Dan Haiyun
Sami' Dan Sami'un
Basir Dan Basirun
Kalam Dan Mutakallimun

adalah merujuk kepada DIRI atau ZAT kita yang SATU. Dibilang bilangkan Qudrat Iradat hingga mutakallimun PADA ADAT bukannya kerana Qudrat Iradat hingga Mutakalkimun itu berberbeza beza, bukannya kerana berlain lainan tetapi HANYALAH untuk MENGHAMPIRKAN FAHAM kita kepada makna diri kita SATU dan ESA pada adat.

Jika diambil mana mana satu sifat seperti QUDRAT itu maka BERUBAHLAH DIRI, maka BERUBAHLAH diri kita daripada KUASA pada adat menjadi LEMAH pada adat. Itulah makna SATU dan makna ESA pada adat.

Sesiapa yang ingat ingat lupa akan makna SATU Atau ESA pada adat dan pada akal, eloklah semak semula pencerahan Soalan 56, 58 dan 59.

Kita semua tahu, segala yg sabit pd sekalian makhluk maka MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh kerana itu MUSTAHIL pada Allah 7 perkara yang tersebut diatas iaitu

1) Makna Qodirun pada akal ialah "menyatakan Allah itulah YANG BERKUASA tiada dengan tulang urat darah daging otak benak"

2) Makna Muridun pada akal ialah "Allah itulah YANG BERKEHENDAK tiada dengan hawa nafsu"

begitulah sehingga Mutakallimun

7) Makna Mutakallimun  pada akal ialah "menyatakan Allah itulah YANG BERKATA tiada dengan lidah huruf suara"

Ringkasnya

PADA AKAL
Apa bila disebut QUDRAT maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA, TIADA dengan tulang urat hingga otak benak.

PADA AKAL
Apabila disebut QODIRUN pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itulah YANG BERKUASA MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA"

Maka diambil daripada itu,
PADA AKAL Qudrat dan Qodirun adalah merujuk kepada DIRI YANG SATU iaitu ALLAH. Maka Qudrat dan Qodirun itu bukannya 2 SIFAT YANG BERBEZA. Qudrat dan Qodirun itu adalah SATU pada akal. Dibilangkan dua iaitu Qudrat dan Qodirun pada akal hanyalah untuk menghampirkan kefahaman kita kepada makna ESA PADA AKAL.

PADA AKAL
Apa bila disebut IRADAT maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKEHENDAK, bukan dengan alat bukan dengan hawa nafsu.

PADA AKAL
Apabila disebut MURIDUN pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itulah YANG BERKUASA MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA"

Maka diambil daripada itu,
PADA AKAL Iradat dan Muridun adalah merujuk kepada DIRI YANG SATU iaitu ALLAH. Maka Iradat dan Muridun itu bukannya 2 SIFAT YANG BERBEZA. Iradat dan Muridun itu adalah SATU pada akal. Dibilangkan dua iaitu Iradat dan Muridun pada akal hanyalah untuk menghampirkan kefahaman kita kepada makna ESA PADA AKAL.

Apabila disebut ILMU pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan PENGETAHUAN ALLAH itu bukan dengan ALAT bukan dengan HATI.

Apabila disebut A'LIMUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan Allah itu BERKUASA MENGETAHUI SEGALA GALANYA" pada akal.

Apa bila disebut HAYAT pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu hidup bukan dengan ALAT bukan dengan NYAWA.

Apabila disebut HAIYUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH BERKUASA MEMELIHARA SEKALIAN ALAM" pada akal.

Apa bila disebut SAMI' pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH MENDENGAR bukan dengan alat bukan dengan lubang TELINGA.

Apabila disebut SAMI'UN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA MENDENGAR SEGALA GALANYA" pada akal.

Apabila disebut BASIR pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH melihat bukan dengan ALAT bukan dengan biji MATA.

Apabila disebut BASIRUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA MELIHAT SEGALA GALANYA" pada adat.

Apa bila disebut KALAM pada akal maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan PEKATA ALLAH itu tiada dengan alat tiada dengan LIDAH huruf suara.

Apabila disebut MUTAKALLIMUN pada akal pula, bermakna TERHENTI perkataan itu pada menyatakan ALLAH itu BERKUASA MENGKHABARKAN APA YANG DIKEHENDAKI" pada akal.

Maka diambil daripada itu PADA AKAL

Qudrat Dan Qodirun
Iradat Dan Muridun
Ilmu Dan A'limun
Hayat Dan Haiyun
Sami' Dan Sami'un
Basir Dan Basirun
Kalam Dan Mutakallimun

adalah merujuk kepada DIRI atau ZAT ALLAH yang SATU. Dibilang bilangkan Qudrat Iradat hingga mutakallimun PADA AKAL bukannya kerana Qudrat Iradatu hingga Mutakalkimun itu berberbeza beza, bukannya kerana berlain lainan tetapi HANYALAH untuk MENGHAMPIRKAN FAHAM kita kepada makna SATU dan ESA pada akal

Jika diambil mana mana satu sifat seperti QUDRAT itu maka BERUBAHLAH DIRI , maka BERUBAHLAH ALLAH daripada KUASA pada akal menjadi LEMAH pada akal. Itulah makna SATU dan makna ESA pada akal.

Saya rasa masih ada yang kabur.

Tak mengapa
Saya tahu, salah satu punca KABUR itu adalah "lupa" makna perkataan "SATU" pada adat dan "SATU" pada akal.

Makna "satu" pada adat dan "satu" pada akal telahpun dicerahkan pada Soalan 56, 58, 59 iaitu MENAFIKAN BERBILANG BILANG yakni menafikan BANYAK iaitu 2 atau lebih dan apabila diambil sebahagian zat maka BERUBAHLAH ZAT itu atau CACATLAH ZAT itu @ BINASALAH zat itu.

Sesiapa yang ingat ingat lupa itu eloklah semak semula Soalan 56, 58 dan 59

Tapi tak mengapa, kita berikan lagi satu contoh

Kita ambil diri kita masing masing sebagai DALIL AKAL

Katalah kita SEDANG MEMBACA PENCERAHAN ini atau SEDANG MENDENGAR AUDIO PENCERAHAN ini

Katalah nama kita semua SAMA iaitu Lukman Hakim

Perbuatan kita semuapun SAMA iaitu SEDANG MEMBACA atau MENDENGAR PENCERAHAN SOALAN 63

Katalah alat yang kita gunakan untuk MELIHAT pencerahan ini pun SAMA iaitu MATA SENDIRI atau alat yang kita gunakan untuk MENDENGAR AUDIO pun SAMA iaitu TELINGA SENDIRI

Maka
Pada adat
Apabila disebut PENDENGAR si Lukman Hakim maka TERHENTI perkataan itu pada menerangkan si Lukman Hakim MEMILIKI ALAT untuk mendengar iaitu TELINGA

Itulah contoh SAMI' pada adat iaitu PENDENGAR dengan alat iaitu TELINGA

Pada adat
Apabila disebut YANG SEDANG MENDENGAR PENCERAHAN SOALAN 63 maka TERHENTI perkataan itu pada menyatakan DIRI si Lukman Hakim itu SEDANG MENDENGAR DAN DAPAT MENDENGAR APA SAHAJA YANG DIINGININYA

Itulah contoh SAMI'UN pada adat

Oleh sebab itu apabila disebut SAMI' dan SAMI'UN pada adat, maksud bagi kedua dua perkataan itu adalah SAMA iaitu diri kita yang bernama Lukman Hakim.i

Bukannya sami' dan sami'un itu merujuk kepada 2 yg berbeza. Sami' dan  sami'un adalah SATU PADA ADAT. Ingat semula makna SATU iaitu menafikan BANYAK DAN jika diambil sebahagian zat, maka BERUBAHLAH DIRI ITU atau BINASALAH DIRI ITU. Jika TELINGA atau PENDENGAR "tiba tiba rosak" maka BERUBAHLAH diri itu daripada SEMPURNA menjadi CACAT PENDENGARAN.

Itulah dalil akal menunjukkan  bahawasanya SAMI' dan SAMI'UN pada akal itu adalah SATU PADA AKAL dan merujuk kepaa yang sama iaitu ALLAH.

Itulah dalil akal bagi bagi Qodirun hingga Mutakallimun untuk kita mentahkiqkan makna ESA SEMUA SIFAT ALLAH atau ZAT ALLAH. SEMUA SIFAT ALLAH ITU ADALAH SATU PADA AKAL. Bukannya berlain lainan. Jika berlain lainan maka sifat Allah itu sudah BERBILANG BILANG. Jika sifat QUDRAT itu TIADA pada Allah maka berubahlah DIRI Allah menjadi LEMAH. Begitulah pada sifat sifat yang lain. MUSTAHIL BERLAIN LAINAN. MUSTAHIL BERBEZA BEZA. MUSTAHIL PADA AKAL.

Dibilangkan satu persatu sehingga 20 bukan kerana sifat itu berbeza beza, bukannya kerana berlain lainan, akan tetapi untuk memudahkan kita faham akan makna ALLAH ESA PADA AKAL & ESA PADA SYARAK seperti firman Allah yang berbunyi,
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Ertinya :
Katakanlah (wahai Muhammad): " Zat Allah Yang Maha Esa;
al-Ikhlas : 1

=======================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan