(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 23 Mei 2017

Bab 10 Soalan 118.Persoalan ini adalah lanjutan dari Soalan 117. 1⃣ Apakah perbuatan bida'ah dalam solat yang boleh membinasakan akidah? 2⃣ Apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?



Soalan 118

Persoalan ini adalah lanjutan dari Soalan 117.

1⃣ Apakah perbuatan bida'ah dalam solat yang boleh membinasakan akidah?

2⃣ Apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?


*PENCERAHAN*
🌹🌹🌹🌹

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, elok kita ingat semula maka BIDA'AH menurut 3 hukum seperti yang sudah diterangkan pada Soalan 89. Kita sebut semula secara ringkas iaitu, makna bida'ah pada syarak iaitu :

*suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan @ ditokok tambah atas nama Allah @ agama Islam sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL QURAN @ HADITH.*

Dalam istilah lain, makna bida'ah pada syarak ialah KAFIR PADA SYARAK.

Bukti @ dalilnya daripada al Quran dan hadith ialah

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ   ۗ   إِنَّهُ  ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
(Al-An'am : 21)

Oleh itu, menokok tambah suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan  atas nama Allah @ Agama Islam ketika sedang solat, sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL- QURAN @ HADITH adalah suatu BIDA'AH.

Perbuatan bida'ah dalam solat itu boleh terjadi melalui 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perbuatan lidah atau perbuatan anggota.

Persoalan sekarang, apakah contoh perbuatan yang dimaksudkan itu?

1⃣ Contoh perbuatan HATI :

a) Dibayang-bayangkannya Allah berada dihadapan samada sedang duduk atau sedang berdiri.

b) Digambar-gambarkannya Allah berada dihadapan dan diiktikadkannya keberadaan Allah dihadapannya itu sebagai "laisakamitslihisyaiun".

c) Dengan sengaja memikirkan sebarang pekerjaan diluar solat.

d) Melakukan solat atau rukunnya hanya sekadar BERNIAT.

e) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yang bersolat itu sebagai ROH, kerana menganggap ROH adalah sebenar2 diri dan jasadnya adalah sarung bagi roh.

f) membayang2kan gurunya berada dihadapan atau membayang2kan wajah gurunya ketika solat.

g) menganggap solatnya sudah sempurna sedangkan syarat, rukun serta perkara yang membatalkan solat TIDAK pernah dipelajari.

h) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad bahawa "yang bersolat atau yang sedang solat itu adalah Allah"

i) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yg bersolat itu adalah muhammad atau nur muhammad.

2⃣ Contoh perbuatan LIDAH :

a) dengan sengaja menukar bacaan solat itu dengan bahasa ibunda seperti Bahasa Turki, Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

b) dengan sengaja mendahulukan membaca ayat yang sunat seperti membaca surah al-ikhlas baru membaca ayat wajib seperti al-Fatihah.

c) dengan sengaja mengubah kedudukan bacaan pada rukun yang lain seperti membaca fatihah ketika sujud dan sebagainya.

d) dengan sengaja menambah bacaan solat atau mengurangkan bacaannya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.

Contohnya ialah seperti bacaan ayat pertama al-ma'tsurat sebelum membaca surah al-fatihah.

اعو با لله السميع العليم من الشيطان الر جيم

Ayat itu boleh dibaca diluar solat tapi bukan ketika solat.

3⃣ Contoh perbuatan ANGGOTA :

a) dengan sengaja mengubah solat zohor menjadi 3 @ 5 rakaat.

b) dengan sengaja meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.

c) dengan sengaja berkiblat selain ka'abah kerana beriktikad "kemana sahaja dihadapkan wajah, maka disitulah wajah Allah.

d) jemaah lelaki berimamkan perempuan atau perempuan dihadapan, lelaki di belakang.

e) dengan sengaja tidak menutup aurat sedangkan ia mampu.

f) dengan sengaja menambah rukun solat atau mengurangkan rukunnya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat. Contohnya ialah meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.

Persoalan seterusnya ialah, dalam banyak-banyak contoh perbuatan b

ida'ah ketika solat itu, yang manakah contoh perbuatan yang boleh membinasakan akidah?

Contoh perbuatan bida'ah yang boleh membinasakan akidah adalah seperti berikut :

1⃣ Perbuatan HATI :

a) Dibayang-bayangkannya Allah berada dihadapan samada sedang duduk atau sedang berdiri.

b) Digambar-gambarkannya Allah berada dihadapan dan diiktikadkannya keberadaan Allah dihadapannya itu sebagai "laisakamitslihisyaiun".

d) Melakukan solat atau rukunnya hanya sekadar BERNIAT.

e) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yang bersolat itu sebagai ROH, kerana menganggap ROH adalah sebenar2 diri dan jasadnya adalah sarung bagi roh.

f) Membayang2kan gurunya berada dihadapan atau membayang2kan wajah gurunya ketika solat.

g) Menganggap solatnya sudah sempurna sedangkan syarat, rukun serta perkara yang membatalkan solat TIDAK pernah dipelajari.

h) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad bahawa "yang bersolat atau yang sedang solat itu adalah Allah"

i) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yg bersolat itu adalah muhammad atau nur muhammad @ nabi Muhammad.

2⃣ Perbuatan LIDAH :

a) Dengan sengaja menukar bacaan solat itu dengan bahasa ibunda seperti Bahasa Turki atau Bahasa Inggeris.

c) Dengan sengaja mengubah kedudukan bacaan pada rukun yang lain seperti membaca fatihah ketika sujud dan sebagainya.

d) Dengan sengaja menambah bacaan solat atau mengurangkan bacaannya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.

3⃣ Perbuatan ANGGOTA :

a) Dengan sengaja mengubah solat zohor menjadi 3 @ 5 rakaat.

c) Dengan sengaja berkiblat selain ka'abah kerana beriktikad "kemana sahaja dihadapkan wajah, maka disitulah wajah Allah.

d) Dengan sengaja lelaki berimamkan perempuan atau perempuan dihadapan, lelaki di belakang.

f) Dengan sengaja menambah rukun solat atau mengurangkan rukunnya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat. Contohnya ialah meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.

Persoalan seterusnya ialah, apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, elok kita ingat semula pencerahan Soalan 117 dan kita fahamkan terlebih dahulu makna khusyuk pada syarak.

Untuk memahami maknanya pada syarak, kita perlu melihat maknanya pada adat. Itulah kaedah untuk memahami sesuatu istilah syarak. Jadi, apakah makna khusyuk pada adat?

Istilah paling hampir dengan perkataan *KHUSYUK* ialah *FOKUS 100%.  TIDAK KHUSYUK* pula ialah *TIDAK FOKUS 100%*. Kita lihat contoh ini. Kita cari jawabannya dari sudut yang berbeza iaitu melalui maknanya yang bertentangan. Kita cuba fahami contoh TIDAK FOKUS 100%.

Katalah kita hendak menaiki bas ke suatu destinasi. Jika pemandunya seorang yang mabuk, adakah kita mahu menaiki bas berkenaan?

Jawabannya sangat mudah. Sudah tentu kita TIDAK MAHU menaiki bas itu. Kenapa? Sebabnya ialah pemandu MUSTAHIL FOKUS pada pemanduan. Pemandu itu sebenarnya akan memudaratkan dirinya sendiri dan penumpang.

Itulah contoh TIDAK KHUSYUK PADA ADAT yg mendatangkan MUDARAT pada adat.

Begitulah cara untuk memahami makna TIDAK KHUSYUK pada syarak. Orang yang tidak khusyuk solatnya akan mendapat MUDARAT PADA SYARAK iaitu DIAZAB DALAM API NERAKA.

Buktinya ialah ayat al Quran
(Al-Maun : 4-5)

فَوَيۡلٌ لِّلۡمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ

Maka kecelakaan besar (neraka) bagi orang-orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada solatnya.
(Al-Maun : 4 - 5)

Jadi, untuk mencapai khusyuk pada adat itu AKAL @ HATI wajib dipelihara dari "kekotoran" melalui 5 pancaindera iaitu :

1⃣ mata
2⃣ telinga
3⃣ hidung
4⃣ lidah
5⃣ kulit dari hujung rambut hingga hujung kaki luar dan dalam.

*HATI* itu adalah umpama *AIR TASIK* yang berpunca dari 5 anak sungai. Air tasik itu akan BERSIH dengan 2 syarat iaitu :

1) semua 5 anak sungai itu WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Jika salah satu anak sungainya kotor, tasik itu TETAP KOTOR. Apa lagilah sekiranya lebih dari 1 anak sungai itu kotor, maka tasik akan menjadi semakin kotor.

2) Tebing sungai juga WAJIB  BERSIH 24 jam sepanjang

tahun. Tujuannya ialah untuk MENCEGAH kekotoran dari tebing sungai masuk kedalam anak sungai ketika hujan lebat.

Itulah perumpamaan untuk membersihkan hati pada syarak. *Apabila hati sudah bersih, barulah KHUSYUK SOLAT itu akan hadir.* Hati itu akan BERSIH dengan 2 syarat iaitu :

1) semua 5 pancaindera itu WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Jika salah satu pancaindera kotor, hati itu TETAP KOTOR. Apa lagilah sekiranya lebih dari 1 pancaindera itu kotor, maka hati akan menjadi semakin kotor.

2) Persekitaran kita seperti rumah dan rakan2 juga WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Tujuannya ialah untuk MENCEGAH kekotoran dari persekitaran masuk kedalam hati dalam pergaulan sehari2.

Saya pasti ada yang ingin bertanya, macam mana hendak membersihkan hati melalui 5 pancaindera?

Pencerahannya begini.

1⃣ *MATA*
lihatlah semua yang halal, yg tidak mendatangkan dosa. Melihat yang haram diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.

2⃣ *TELINGA*
dengarlah dan berkatalah semua yang baik-baik,  yg tidak mendatangkan dosa. Mendengar atau berkata2 yang haram diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.

begitulah sehingga pancaindera yang ke-5 iaitu

5⃣ *kulit dari hujung rambut @ kepala hingga hujung kaki luar dan dalam.*

sentuhlah semua yang halal, makan minumlah semua yang halal iaitu yg tidak mendatangkan dosa. Menyentuh atau memakan yang haram atau subhat diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.

Sekiranya salah satu pancaindera kita melakukan tegah Allah diluar solat, lebih2 lagi didalam solat, secara automatik, HATI kita akan KOTOR dan kita TIDAK mungkin khusyuk 100% sedangkan khusyuk 100% itu adalah WAJIB.

Pendek kata, untuk mendatangkan khusyuk dalam solat itu, kita WAJIB melakukan 5 perkara sebelum solat dan ketika solat :

1⃣ Sebelum solat, bersihkan HATI dari kekotoran melalui 5 pancaindera. Bawalah amalan dalam solat keluar solat.

1) Ketika solat, mata kita hanya memandang benda yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

2) Ketika solat, telinga kita hanya mendengar suara yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

3) Ketika solat, mulut kita hanya menyebut yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

4) Ketika solat, kulit kita hanya menyentuh yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

5) Ketika solat, hidung kita hanya menghidu yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

Sekiranya kita dapat mengamalkan 5 perkara dalam solat diluar solat, hati kita akan BERSIH insya Allah.

2⃣ mengetahui, faham dan memenuhi 7 syarat solat.
3⃣ mengetahui, faham dan memenuhi 13 rukun solat.
4⃣ mengetahui, faham dan menjauhi 10 perkara yang membatalkan solat.
5⃣ mengetahui, faham dan beramal akan makna ihrom, tabdil, munajat dan mikraj.

Makna ihrom, tabdil, munajat dan mikraj sudah dicerahkan pada Soalan 117. Sesiapa yang ingat2 lupa tu, eloklah semak semula dan dengar audionya.

5 perkara yang disebutkan itu sebenarnya sangat ringkas tetapi membawa maksud yang SANGAT BESAR. Setiap satu perkara itu memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Pencerahannya setiap satu TIDAK dibuat disini kerana berada diluar skop perbincangan. Semua ahli dinasihatkan mencari penyelesaiannya dengan guru2 yang faham

Jika salah satu dari 5 perkara itu TIDAK disempurnakan, mustahil akan mendapat solat yang khusyuk.

Apa contohnya?
Contohnya ialah mengetahui dan memahami makna bacaan al-fatihah dan tahiyat akhir itu adalah WAJIB. Tetapi makna keduanya itu TIDAK pernah dipelajari, dia TIDAK tahu terjemah ayat "alhamdulillah" itu ialah "segala puji bagi Allah", bagaimana nak faham maksudnya? Terjemahnyapun tak tahu, maksudnya tentulah jauh sekali. Sebab itu mustahil khusyuk hadir pada sesuatu yang tidak diketahui. Mustahil khusyuk hadir pada sesuatu yang tidak difahami.

Allah akan menganugerahkan khusyuk kepada hamba-NYA yang berusaha bersungguh2 menyempurnakan solatnya. Insya Allah.

Ada a

hli yang bertanya, kenapa admin TIDAK menyebut rujukan semua pencerahan mulai soalan 1. Kenapa admin TIDAK menyebut nama2 kitab atau tuan guru untuk semua pencerahan mulai soalan 1.

Persoalan ini akan dicerahkan pada Soalan ke- 120 insya Allah.

Sebagai penutup, ada 2 amal yang sangat BERAT TIMBANGANNYA pada hari kiamat iaitu

1⃣ menuntut dan mengamalkan ilmu fardu ain.
2⃣ solat berjemaah yang khusuk.

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾

Semua yang baik-baik itu anugerah Allah dan semua yang salah itu dari diri saya sendiri kerana saya menurutkan hawa nafsu.
(Surah An-Nisa ayat:79)

Wallohua'lam.

Bab 10 Soalan 117 Dalam solat kita akan membaca ayat ( *الله اكبر* ) yang ertinya *Allah Maha Besar.* Apakah perbezaan makna antara 2 ayat ini iaitu : a) Allah Maha Besar dan b) membesarkan Allah?



PENCERAHAN
┏━━━━❃❀❃🌹❃❀❃━━━━┓
                   *Soalan Ke-117*
┗━━━━❃❀❃🌹❃❀❃━━━━┛
                             
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

Dalam solat kita akan membaca ayat ( *الله اكبر* ) yang ertinya *Allah Maha Besar.*

Apakah perbezaan makna antara 2 ayat ini iaitu :

a) Allah Maha Besar  dan
b) membesarkan Allah?

*PENCERAHAN*
🌟🌟🌟🌟🌟

Sebelum kita bincang persoalan ini, elok kita kira, selama ini berapa kali kita sudah mengucapkan atau menyebut kalimah (الله أكبر) dalam 5 solat fardu sehari semalam. Sebenarnya setiap hari kita sudah mengucapkan kalimah (الله أكبر) sebanyak 107x iaitu seperti berikut :

Solat subuh : 13x (7+6)
Solat zohor : 25x (7+6+6+6)
Solat asar : 25x (7+6+6+6)
Solat maghrib : 19x (7+6+6)
Solat isya : 25x (7+6+6+6)
*Jumlahnya = 107 kali.*

Terjemah kalimah (الله أكبر) kita tahu iaitu Allah Maha Besar. Akan tetapi apakah makna kalimah Allah Maha Besar itu?

Pencerahan awalnya seperti ini. Allah Maha Besar menyatakan tentang Allah. Allah menyatakan diriNYA MAHA BESAR. Kita wajib memahami makna Maha Besar itu sama seperti yang diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Manakala, makna membesarkan Allah pula ialah perbuatan kita yakni perbuatan hamba yang MEMBESARKAN Allah.

Perintah Allah untuk membesarkanNYA ada didalam doa iftitah pada rakaat pertama semua solat fardu yang berbunyi :
*الله اكبر كبرا*
yang ertinya *"Allah Maha Besar lagi patut dibesarkan."*

Untuk mengetahui perbezaan makna keduanya, kita terlebih perlu mengetahui makna  keduanya dari sudut hukum adat.

Apakah makna "maha besar" dan "membesarkan makhluk" pada adat? Memahami makna 2 kalimah itu pada adat akan menghampirkan faham kita akan makna keduanya pada syarak. Insya Allah.

Jadi, apakah makna maha besar pada adat?

Makna maha besar pada adat.
Perkataan yang paling hampir dan biasa digunakan ialah MAHARAJA @ RAJA dahulu kala yang mengistiharkan diri mereka MEMILIKI KEBESARAN dan mereka MEMILIKI ALAT2 KEBESARAN. RAJA @ SULTAN zaman moden ini pula MEMILIKI ALAT2 KEBESARAN.

Jadi, apakah maksud Maharaja @ raja dahulu kala bahawa mereka memiliki KEBESARAN? Rakyat pada masa itu wajib tahu dan faham makna MEMILIKI KEBESARAN sama seperti yang didakwa oleh maharaja keatas dirinya.

Jadi, apa maksudnya? Maksudnya sangat luas. Antaranya ialah 7 perkara iaitu :

1⃣ Maharaja memiliki kelebihan DIRI @ TUBUH yang TIDAK ADA pada rakyatnya seperti bertubuh sasa.
2⃣ Maharaja memiliki KUASA memerintah yang tidak terhingga. Raja bebas melakukan sekehendaknya.
3⃣ seluruh negara adalah MILIK Maharaja. rakyat tidak boleh bertindak sesuka hati melainkan dengan perkenan maharaja.
4⃣ PERINTAH dan KEHENDAK maharaja TIDAK boleh dibantah atau diingkari. Semua rakyat WAJIB TAAT kepada perintah dan kehendak maharaja.
5⃣ Maharaja memiliki tentera dan pengawal yang gagah perkasa untuk mentadbir dan mengawal negara.
6⃣ Maharaja memiliki alat2 sebagai BUKTI kebesaran dan kekuasaan seperti istana, pakaian diraja, keris dan lain2.
7⃣ Maharaja memiliki pesuruh dan undang2 yang wajib dipelajari dan ditaati.

Itulah makna MAHA BESAR pada adat iaitu khusus kepada Maharaja atau raja dahulu kala. Itulah kaedah untuk menghampirkan faham akan makna Allah Maha Besar atau (الله اكبر).
Maka makna MAHA BESAR pada syarak yg khusus kepada Allah itu TERLEBIH LUAS. Antaranya ialah 7 perkara juga iaitu :

1⃣ Allah atau diri Allah @ zat Allah tiada persamaan dengan diri makhluk iaitu "laisakamitslihisyaiun".
2⃣ Allah memiliki KUASA memerintah yang tidak terhingga. Allah bebas melakukan sekehendakNYA. Kuasa Allah itu "laisakamitslihisyaiun".
3⃣ seluruh alam semesta ini adalah MILIK Allah. Manusia tidak boleh bertindak sesuka hati melainkan yang diperintahkan oleh Allah.
4⃣ PERINTAH dan KEHENDAK Allah TIDAK boleh dibantah atau diingkari. Semua manusia WAJIB TAAT kepada perintah dan kehendak Allah.
5⃣ Allah memiliki tentera iaitu malaikat yang mencatit semua perbuatan @ amalan manusia diseluruh pelusuk alam.
6⃣ Sekalian alam ini adalah  BUKTI kebesaran dan kekuasaa

n Allah.
7⃣ Allah memiliki pesuruh iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan undang2 iaitu al-Quran yang wajib dipelajari dan ditaati.

Itulah makna Allah Maha Besar atau (الله اكبر).

*Apa pula makna membesarkan Allah?*

Sama seperti makna Allah Maha Besar. Kita perlu mencari makna membesarkan makhluk PADA ADAT, barulah kita mudah memahami makna membesarkan Allah PADA SYARAK.

Apa contoh membesarkan makhluk? Contohnya terlalu banyak. Kita lihat 4 contohnya seperti berikut :

1) Contoh orang awam seperti kita.
Kita selalu membesarkan orang yang kita puja2. Kita sebut2 dan puji siang dan malam. Kita sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan padanya. Melainkan 100% sempurna.

2) Contoh orang kaki muzik.
Orang yang kaki muzik, siang dan malam, menyebut penyanyi pujaan mereka. Mereka sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan padanya. Melainkan 100% sempurna.

3) Contoh orang taksub politik. Pendukung gubernur Jakarta si Ahok @ Basuki Tjahaya Purnama membesarkan si kafir harbi itu 24 jam. Mereka sebut2 dan puji siang dan malam. Orang kafir dan munafik itu sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan padanya. Melainkan 100% sempurna. Si munafik pula mendakwa, Allah telah menyebut nama si Ahok didalam Al-Quran dan diutus oleh Allah untuk memimpin bangsa Indonesia.

4) Contoh orang mabuk cinta. Orang yang sedang mabuk cinta, mereka menyebut2 dan memuji pasangan mereka itu siang dan malam. Mereka itu sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan pada pasangannya. Melainkan 100% sempurna. Jika mereka berjanji bertemu jam 2.00 petang tanggal 1 Mac, mereka sanggup menunggu 24 jam awal walaupun menunggu itu satu bentuk penyiksaan. Tetapi, penyiksaan itu TIDAK dapat dirasai kerana KHUSYUK bercinta.

5) seorang HAMBA yang TAAT 100% kpd tuannya yang amat PENGASIH. Tidak ada yang keluar dari dalam mulutnya, tidak ada yg dilakukannya dan tidak ada yang didalam hatinya melainkan TUANNYA semata2. Penyerahan diri kepada tuannya adalah secara TOTAL 100%.

Itulah beberapa contoh membesarkan makhluk pada adat. Jadi, apakah makna membesarkan makhluk pada adat? Setelah kita faham makna membesarkan makhluk pada adat, kita akan mudah memahami makna dan contoh membesarkan Allah pada syarak, insya Allah.

Diambil dari itu, maka makna membesarkan makhluk pada adat ialah

1⃣ menyucikan makhluk.
2⃣ memuji makhluk.
3⃣ menyembah makhluk.
4⃣ secara total menyerahkan keperluan dirinya kepada makhluk.

Diambil dari makna membesarkan makhluk pada adat itu, maka makna membesarkan Allah pada syarak juga 4 perkara iaitu :

1⃣ menyucikan Allah.
2⃣ memuji Allah.
3⃣ mentauhidkan Allah.
4⃣ menyerahkan dirinya secara TOTAL kepada Allah semata2.

Maknanya setiap satu akan kita cerahkan insya Allah.

Makna 1⃣
Allah Maha Suci @ (سبحان الله) dan makna menyucikan Allah serta perbezaan makna antara keduanya sudah dicerahkan pada *Soalan 23 - 26.*

Makna 3⃣
Allah Maha Esa @ (قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ) dan makna mengesakan Allah (ﻻ اله ا ﻻ الله) serta perbezaan makna antara keduanya sudah dicerahkan pada *Soalan 66 dan Soalan 109.*

Sesiapa yang ingat2 lupa makna semua istilah itu, eloklah semak semula semua soalan itu.

Makna 2⃣
segala puji bagi Allah @ (الحمد لله) dan makna memuji Allah serta perbezaan makna antara keduanya akan dicerahkan pada Soalan 119 insya Allah.

Setelah kita melakukan 3 perkara diatas iaitu
1⃣ menyucikan Allah.
2⃣ memuji Allah.
3⃣ mentauhidkan Allah atau mengesakan Allah,
barulah kita mampu dan cukup syarat untuk membesarkan Allah iaitu perkara yang ke-4⃣.

Secara tersirat, kalimah
سبحان الله والحمد لله و لا إله إلا الله والله أكبر
sebenarnya menerangkan tertib beribadah kepada Allah iaitu

1⃣ menyucikan Allah.
iaitu setelah tahu syarat rukun dan perkara yang membatalkan makna  menyucikan Allah, barulah naik ke tahap kedua iaitu :

2⃣ memuji Allah.
Setelah tahu syarat rukun dan perkara yang membatalkan makna  memuji Allah, barulah naik ke tahap ketiga iaitu
3⃣ mentauhidkan Allah.
Setelah tahu syarat rukun dan perkara yang membatalkan makna  mentauhidkan Allah, barulah naik ke tahap keempat iaitu :
4⃣ membesarkan Allah.

Ringkasnya :

1⃣ Hanya orang yang mengenal Allah sahaja, yang

dikatakan TAHU dan SAH menyucikan Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna SUCI.
2⃣ Hanya orang yang menyucikan Allah sahaja, yg dikatakan TAHU dan SAH memuji Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna PUJI.
3⃣ Hanya orang yang memuji Allah sahaja, yang dikatakan TAHU dan SAH mentauhidkan Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna ESA.
4⃣ Hanya orang yang mentauhidkan Allah sahaja, yang dikatakan TAHU dan SAH membesarkan Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna MAHA BESAR.

Barulah kalimah
 سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله والله أكبر
yang diucapkan memberi manafaat kepada kita.

Sesungguhnya, orang yang masih belum mengenal Allah yakni belum dapat membezakan antara makhluk dan Allah yang QODIM, masih belum sempurna solatnya kerana masih belum mampu 4 perkara, kerana masih belum tahu syarat rukun dan yg membatalkan 4 perkara  iaitu :

1⃣ menyucikan Allah,
2⃣ memuji Allah,
3⃣ mentauhidkan Allah,
4⃣ membesarkan Allah,

Kenapa pulak tidak sempurna solatnya? Apa kaitan membesarkan Allah dengan kesempurnaan solat?

Begini.
Ingat semula tuan2, Allah menyuruh kita membesarkanNYA semasa solat melalui doa iftitah iaitu  ayat yang berbunyi :
*الله اكبر كبرا والحمد الله كثيرا ..............*
yang ertinya *"Allah Maha Besar lagi patut dibesarkan dan segala puji bagi Allah iaitu puji yang amat banyak."*

Mulai takbir yang pertama yang disebut sebagai "takbirotul ihrom" itu maka *HARAMLAH SEGALA YANG HALAL DILUAR SOLAT MELAINKAN BACAAN SOLAT DAN AYAT AL-QURAN.* Sama seperti saat bermulanya rukun haji yang pertama iaitu ihrom. Berniat dan berpakaian ihrom di miqot. Sebagaimana semasa ihrom, haramlah 10 perkara yang halal diluar ihrom itu. Maka mulai saat takbir yang pertama atau takbirotulihrom itu, hingga ucapan salam, kita WAJIB FAHAM dan beramal dengan 4 perkara iaitu :

1⃣ Ihram @ ihrom
2⃣ Munajat
3⃣ Mikraj
4⃣ Tabdil

Kita akan cerahkan secara ringkas makna 4 istilah yang tersebut di atas.

1⃣ Ihram @ ihrom.
Maknanya itu ialah, mulai saat dilafazkan takbir pertama sehingga salam maka *HARAMLAH SEGALA YANG HALAL DILUAR SOLAT MELAINKAN BACAAN SOLAT DAN AYAT AL-QURAN.*

Dengan sengaja mengingat selain makna  bacaan solat adalah HARAM. Contohnya : Ketika kita membaca ayat ke-2 surah al-Fatihah
( الحمد الله رب العالمين )
maka hati kita WAJIB memahami paling kurang terjemahnya iaitu *"segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam".* Dengan sengaja mengingat SELAIN dari itu seperti mengingat anak2 atau kerja yang belum siap adalah HARAM. Orang yang mengingat SELAIN dari itu adalah orang yang LALAI dalam solat.

2⃣ Munajat.
Maknanya itu ialah, MENYERU @ MERAYU sambil MENGHINA DIRI, kepada Allah. Diambil dari itu, ketika munajat maka lengkaplah 4 perkara iaitu :

1) menyucikan Allah.
2) memuji Allah.
3) mentauhidkan Allah.
4) membesarkan Allah.

Contohnya : Ketika kita membaca ayat ke-3 dan ke-4 surah al-Fatihah
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايا ك نستعين
maka hati kita WAJIB memahami paling kurang terjemahnya iaitu *"Engkau jua RAJA yang memerintah pada hari kiamat. Engkau jua Tuhan yang kami sembah dan kepada Engkau jua kami meminta pertolongan".* Dengan sengaja mengingat SELAIN dari itu adalah HARAM. Orang yang mengingat SELAIN dari itu adalah orang yang LALAI dalam solat.

3⃣ Mikraj
Maknanya itu ialah naik diri kita yakni lidah, anggota dan hati pada mengerjakan solat itu. Dalam perkataan lain, haram berpaling dari pekerjaan solat yakni perintah yang sangat kuat supaya JANGAN berpaling sama sekali kepada sebarang pekerjaan diluar solat walaupun ianya perintah Allah sekalipun seperti bersedekah, menolong ibubapa dan sebagainya. Orang yang berpaling SELAIN dari pekerjaan solat itu adalah orang yang LALAI dalam solat.

4⃣ Tabdil.
Maknanya itu ialah terganti yakni terganti 3 perbuatan kita iaitu perbuatan lidah, perbuatan anggota dan perbuatan hati semata-mata rukun solat itu. Dalam perkataan lain, WAJIB KHUSYUK zahir batin @ zahir batin WAJIB FOKUS 100% mulai takbir sehinggalah ucapan salam. Solat yang tidak khusyuk @ kurang fokus a

dalah solat orang yang lalai. Tidak berusaha untuk khusyuk atau tidak berusaha untuk fokus itu adalah HARAM. HARAM LALAI dalam solat walau sedetik sekalipun.

Dalilnya dari al-Quran ialah

فَوَيۡلٌ لِّلۡمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ

Maka kecelakaan besar (neraka) bagi orang-orang yang solat. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.

(Al-Ma'un : 4 - 5)

Itulah satu contoh membesarkan Allah iaitu ketika solat. Diambil dari itu, perbuatan seseorang yang sedang membesarkan Allah diluar solat, boleh "dilihat" melalui 3 jenis perbuatan iaitu

*1) PERBUATAN HATI.*
Tidak ada yang didalam hatinya atau yang sedang difikirkannya melainkan semua yang diperintahkan oleh Allah.

*2) PERBUATAN LIDAH.*
Tidak keluar dari mulutnya melainkan perintah Allah samada ia sedang  memperkatakan suruh ataupun sedang memberi nasihat untuk menjauhi tegah.

*3) PERBUATAN ANGGOTA.*
Tidak ada yang sedang diperbuatnya atau sedang dilakukannya melainkan perintah Allah samada ia sedang  mengerjakan suruh ataupun ia sedang menjauhi tegah.

Orang yang sentiasa membesarkan Allah ialah ulama pewaris Nabi dan para wali Allah. Tanda ulama pewaris Nabi dan wali Allah itu adalah semua perbuatan mereka hanya berkisar pada perkara yang FARDU ataupun SUNAT shj.

Memandangkan, persoalan ini telah mencetuskan pertanyaan daripada ahli atau anggota, persoalan itu akan dicerahkan pada Soalan 118 insya Allah.

Persoalan ahli itu ialah, merujuk kepada hakikat solat yang diajarkan oleh golongan hakikat,
1) benarkah penerangan mereka?
2) Apakah syarat khusyuk dalam solat?
3) Apakah perkara yang menyempurnakan solat? dan
4) Apakah perkara bida'ah ketika solat yang boleh membinasakan akidah?

Kita akan dicerahkan pada Soalan 118 insya Allah.

Sebagai kesimpulan kepada persoalan ini, hanya orang yang mengenal Allah sahaja yakni mereka yang dapat membezakan antara makhluk daripada Allah yang QODIM sahaja yang SAH MEMBESARKAN ALLAH, yang SAH mentauhidkan Allah, yang SAH memuji Allah dan yang SAH menyucikan Allah bahawa sanya Allah itu "laisakamitslihisyaiun".

Makna mengenal Allah sudah dicerahkan pada Soalan 1 dan soalan berikutnya iaitu membezakan antara makhluk dari Allah yang menjadikan makhluk. Kaedah yang kita gunakan ialah dengan SIFAT 20. Akhir kalam, semua ahli dinasihatkan menyemak dan membaiki semula semua 117 pencerahan seperti pada senarai soalan yang ditunjukkan.

═════ ❁🌹❁ ═════

Semua yang baik-baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
mafhum (an-Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam