(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 16 September 2016

Bab 9 Soalan 100 Lanjutan dari Soalan 99

Bab 9
Soalan 100

Lanjutan dari Soalan 99

Sebelum kita bincangkan Soalan ke-100 ini, dimaklumkan bahawa,
untuk lebih mudah memahami persoalan ini, kita perlu terlebih dahulu memahami perbezaan antara 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak serta 3 istilah yg berkaitan iaitu hakikat adat, hakikat akal dan hakikat syarak. Hukum adat, hukum akal dan hukum syarak sudah dicerahkan mulai Soalan 35, Soalan 42 dan Soalan 72.

Persoalannya ialah

a) Mengapa iktikad *"manusia dijadikan dari ZAT ALLAH @ ROH ALLAH* itu sebenarnya bercanggah dengan 4 ayat al Quran iaitu

Al-Hijr : 29
Al-A'raf : 172
Al-Baqaroh : 156
An-Nisa' : 126

b) Apakah nama golongan yang berpegang kepada akidah seperti itu?


PENCERAHAN


Dua ayat ini telah dijadikan oleh golongan tertentu sebagai SANDARAN kepada akidah mereka bahawasanya

1) MANUSIA DIJADIKAN DARI ZAT ALLAH @ ROH ALLAH.

2) ROH MANUSIA HIDUP KEKAL SELAMA LAMANYA

Benarkah kepercayaan spt itu pd syarak?

2 dari 4 ayat yg dimaksudkan itu ialah

1⃣
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ  ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ  ۥ سَـٰجِدِينَ

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya *ROHKU*, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Al-Hijr : 29)

Ini adalah *ayat mutasyabihat* atau disebut juga sebagai *ayat hakikat syarak.*

2⃣
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ *ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌   ۖ   قَالُواْ بَلَىٰ‌  ۛ شَهِدۡنَا*ٓ‌  ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan *zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi"*. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang ini".
(al A'raf : 172)

Ini adalah *ayat mutasyabihat* atau pd sesetengah kitab kuning disebut juga sebagai *ayat hakikat syarak.*

Benarkah kepercayaan seperti itu pada syarak?

Ayat berikut ini pula telah dijadikan oleh golongan tertentu utk memperkuat fahaman mereka pada ayat 1⃣ dan sebagai SANDARAN kepada akidah mereka iaitu APABILA MANUSIA ITU MATI :

1) ROH MANUSIA ITU AKAN BERSATU SEMULA DENGAN ALLAH

2) ROH MANUSIA HIDUP KEKAL SELAMA LAMANYA KERANA ROH MANUSIA ITU BERASAL DARI ROH ALLAH.

Benarkah kepercayaan spt itu pd syarak?

3⃣
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ  ۙ  قَالُوْٓا *اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْن*َ  ؕ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: *"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."*
[Al-Baqarah : 156]

Ayat berikut ini pula telah dijadikan oleh golongan tertentu sebagai SANDARAN kepada akidah mereka iaitu

1) ADA ZAT ALLAH @ ROH ALLAH didalam setiap DIRI MAKHLUK.

2) Allah mengetahui setiap perbuatan makhluk kerana ADA ZAT ALLAH PADA DIRI MAKHLUK.

Benarkah kepercayaan spt itu pd syarak?

Ayat yg dimaksudkan ialah
4⃣
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ  ۚ  *وَڪَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ مُّحِيطًا*

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan *Allah sentiasa meliputi* (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
(an Nisa' : 126)

Salah faham golongan itu telah dicerahkan pada Soalan 99. Persoalan sekarang ialah, apakah maksud sebenar 4 ayat tersebut?

Kita akan cerahkan satu persatu insya Allah.

Kita bincang ayat 1⃣ dahulu. Ayat tersebut adalah ayat mutasyabihat. Bukan ayat muhkamat. Perbezaan kedua ayat itu sudah dicerahkan sebelum ini. Ayat mutasyabihat TIDAK boleh dipegang berdasarkan ZAHIR AYAT.

1) Pada zahir ayat, seolah-olahnya ZAT @ DIRI Allah itu *memiliki bentuk tertentu*.

2) Pada zahir ayat, seolah-olahnya ZAT @ DIRI Allah itu *ada ROH*.

3) Pada zahir ayat, seolah-olahnya dari ZAT @ DIRI Allah itu *telah keluar ROH Allah dan masuk kedalam jasad Nabi Adam*.

4) Pada zahir ayat, seolah-olahnya  ZAT @ DIRI Allah itu *memiliki MULUT* kerana dari mulut itu ditiupkan ROH.

5) Pada zahir ayat, seolah-olahnya Allah *menghidupkan Nabi Adam dengan ALAT iaitu ROHNYA*

Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh dijadikan pegangan? Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh diiktikadkan? Sedangkan kita tahu bahawa....kita ulang semula

a) Sedangkan kita tahu bahawa pada akal dan pada hakikat syarak, Allah menjadikan sesuatu TANPA ALAT. Yang menjadikan sesuatu dengan alat adalah MAKHLUK.

b) Sedangkan kita tahu bahawa sanya pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, diri yang memiliki rupa bentuk itu adalah MAKHLUK.

c) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, diri yang memiliki ROH @ MULUT itu adalah MAKHLUK.

d) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, tubuh yang keluar darinya sesuatu seperti ROH adalah MAKHLUK.

Mana satu yang betul?

A) Adakah semua yang disebutkan berdasarkan ZAHIR ayat mutasyabihat itu boleh dijadikan pegangan? Atau

B) ayat mutasyabihat itu bermaksud lain? Jika ayat itu bermaksud lain, apa maksudnya?

Sekarang kita lihat maksud ayat mutasyabihat ke 2 menurut ZAHIR ayat.

1) Pada zahir ayat, seolah olah Allah TAKUT dipersalahkan oleh manusia pada hari kiamat.

2) Pada zahir ayat, seolah olah Allah terpaksa mengambil TINDAKAN PENCEGAHAN sekiranya dipersalahkan oleh manusia pada hari kiamat.

3) Pada zahir ayat, seolah olah ada suatu perkara yang akan datang yang Allah BELUM TAHU @ JAHIL.

4) Pada zahir ayat, seolah olah Allah mengambil penyaksian ROH semata mata, BUKANNYA makhluk yang dipanggil sebagai manusia iaitu kesatuan ROH dan JASAD, tetapi ROH semata mata.

5) Pada zahir ayat, seolah olah Allah memberi perintah dan tanggungjawab mentauhidkan Allah hanya kepada ROH semata2 BUKANNYA kepada KESATUAN ROH dan JASAD yang disebut sebagai MANUSIA.

Saya yakin, tentu ada antara kita yang pertama kali terfikir perkara ini. Tentu ada antara kita yang ingin tahu, apa sebenarnya makna diri, makna zat, makna roh dan makna manusia.

Oleh itu
Untuk memudahkan faham persoalan ke100 ini, adalah lebih mudah sekiranya kita sudah terlebih dahulu sudah memahami

1) sudah memahami perbezaan ayat muhkamat dengan ayat mutasyabihat.

2) sudah memahami takrif @ makna manusia, makna diri, makna zat, makna roh, makna esa, makna satu dan makna  berbilang bilang.

Bagi mereka yang tidak tahu dan lupa, eloklah lihat pencerahannya pada Soalan 55. Walaupun begitu, kita akan cerahkan semula secara ringkas insya Allah.

Pada adat dan pada syarak
Makna manusia ialah  makhluk selain jin dan malaikat yang menerima tanggungjawab mengesakan Allah. Roh tanpa jasad sahaja BUKAN MANUSIA. Jasad tanpa roh sahajapun BUKAN MANUSIA. Manusia ialah KESATUAN ROH DAN JASAD.

Pada adat dan pada syarak
Makna diri ialah kesatuan berbilang2 zat dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, fizikal dan mental.

Contohnya zat yang zahir pada mata ialah zat kepala, zat perut, zat kaki, zat tangan, dan zat darah.

Contoh zat tidak zahir pada mata ialah zat roh, zat nafsu dan zat akal.

Makna ROH ialah alat untuk hidup. Sama seperti MATA alat untuk melihat, kaki alat untuk melangkah, akal alat untuk berfikir, nafsu alat untuk berkehendak. Maka ROH atau NYAWA ialah alat untuk HIDUP.

Makna zat ialah bahagian bahagian diri yang terpisah pisah. Berbilang bilang zat pd zat yang satu.

Contohnya

Zat kepala, zat tangan, zat kaki, zat darah dll. Pada zat kepala ada zat mata, zat telinga, zat darah dan 1001 mcm zat yang lain.

Itulah pencerahan ringkas.

Kita kembali semula kpd persoalan asal. Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh dijadikan pegangan? Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh diiktikadkan? Sedangkan kita tahu bahawa....

a) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, yang bersifat TAKUT itu adalah MAKHLUK.

b) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, yang mengambil TINDAKAN PENCEGAHAN itu adalah MAKHLUK.

c) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, yang bersifat JAHIL  itu adalah MAKHLUK

Jadi
Mana satu yang betul?

A) Adakah semua yang disebutkan berdasarkan ZAHIR ayat mutasyabihat itu boleh dijadikan pegangan? Atau

B) ayat mutasyabihat itu bermaksud lain? Jika ayat bermaksud lain, apa maksudnya?

Sekarang kita lihat pula ayat ke-3 dan ke-4. Setengah golongan menganggap kedua2 ayat tersebut menyokong dan memperkuat ayat  1 dan 2.

Adakah fahaman itu benar pada syarak atau ada maksud yang lain?

Sebenarnya antara maksud ayat yang pertama itu ialah

Pada zahir syarak,
itulah bukti *DETIK PERTAMA @ SAAT PERTAMA Nabi Adam dihidupkan oleh Allah dengan ALAT yang dinamakan sebagai ROH @ NYAWA.*

Ayat itu BUKAN bermaksud ROH Nabi Adam itu berasal dari ROH ALLAH.

Ayat itu BUKAN bermaksud Nabi Adam yang masih dalam bentuk lembaga *TIBA2 bertukar bentuk, menjadi manusia setelah ROH ALLAH ditiupkan kedalamnya.*

*BUKAN............*

Ayat itu BUKAN bermaksud ROH Nabi Adam itu akan hidup kekal selama2nya. Jasad pula akan hancur  setelah mati.

*BUKAN...........*

Ayat itu BUKAN bermaksud Allah memiliki ROH. Roh yang sama berpindah ke dalam jasad lembaga Adam.

*BUKAN............*

tapi itulah keyakinan sebahagian umat yg mengaku Islam. Sedangkan keyakinan itu BUKANLAH MAKSUD AYAT. BUKANLAH TUNTUTAN AYAT kerana bercanggah dengan ayat 11 surah as syura
﷽لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء

Apa pula makna ayat kedua?   Antara maksud ayat kedua adalah Allah menerangkan KEKUASAANNYA YANG TIDAK TERBATAS. Allah menunjukkan DIRINYA @ ZATNYA berkuasa melakukan sesuatu yang bukan sekadar menyalahi adat, akan tetapi diluar kotak pemikiran manusia. Perkara itu TIDAK mampu difikirkan oleh akal manusia sama sekali. Manusia hanya disuruh percaya @ beriman dan ditahkiqkan dengan dalil akalnya. *Dalam perkataan lain, perkara itu semata2 PEKERJAAN ALLAH @ URUSAN ALLAH*. Makna pekerjaan @ urusan Allah sudah dicerahkan pada Soalan 44 - Soalan 52. Sesiapa yang ingat ingat lupa makna urusan @ pekerjaan Allah tu, eloklah ulangkaji semula pencerahan Soalan 44 - 52.

Agar lebih mudah kita memahami ayat kedua ini,  kita ingat semula kisah isra' dan mikraj. Pada peristiwa itu Nabi Muhammad s.a.w. sudah melihat dengan mata kepala baginda, PENDERITAAN umat baginda yang SEDANG DIBAKAR DIDALAM API NERAKA sedangkan hari perbicaraan dipadang mahsyar BELUM TERJADI. Sedangkan ada umat baginda yang BELUM LAHIR.  Sedangkan ada umat baginda yang MASIH HIDUP. Macam mana tu?

Itulah persoalan yang TIDAK JELAS pada umat sekarang.
Sudah pasti ada yang keliru tentang perkara itu.

Kenapa umat tidak jelas?Kenapa umat keliru?
Sebabnya ialah kerana manusia tanpa sedar telah mencampuri urusan Allah. Manusia tanpa sedar telah memikirkan pekerjaan Allah.

Apa urusan @ pekerjaan Allah yang difikirkan oleh manusia?

Manusia memikirkan bagaimana cara Allah menghidupkan Nabi Adam.

Mana boleh fikir...... Mana mungkin akal manusia mampu memikirkan pekerjaan Allah. Mana mungkin akal manusia mampu memikirkan cara Allah menghidupkan Nabi Adam. Pekerjaan sendiripun TAK MAMPU nak buat, pekerjaan sendiripun TAK MAMPU nak fikir, tup tup tup nak fikir pekerjaan Allah pulak.... Mana mungkin......... Akal manusia hanya mampu memikirkan pekerjaan makhluk.

Akibat memikirkan pekerjaan Allah itulah, maka manusia sudah menggambarkan ayat yang terjemahnya "ditiupkan ROH" sebagai ROH ALLAH MASUK KEDALAM  LEMBAGA ADAM. Itulah akibat memikirkan pekerjaan Allah. Sesat dan menyesatkan.

Mungkin masih ada yang kurang jelas. Tak mengapa, kita akan cerahkan sedikit lagi insya Allah. Ingat semula, KUASA dan KEHENDAK Allah itu tidak ada had. Yakni QUDRAT dan IRADATNYA tidak terbatas. Lihat contoh ini. Contoh sahaja ya. Ini bukan betul betul. Hanya sekadar contoh..... Katalah sudah ditakdirkan umat Baginda yang lahir pada zaman Dajjal, mati dalam keadaan berdosa BESAR, sebenarnya, pada malam isra' dan mikraj, umat Baginda itu SEDANG DIBAKAR DIDALAM NERAKA, PADA KETIKA NABI MASUK KEDALAMNYA. Nabi sudah melihat umat Baginda itu diazab didalam neraka. Apa yang Nabi lihat itu BUKAN gambaran didalam neraka, tetapi KENYATAAN @ REALITI didalam neraka. Itulah BUKTI qudrat dan iradat Allah yang tidak terbatas. Walaupun manusia itu belum zahir kedunia, Allah berkuasa menunjukkan KESUDAHAN setiap manusia samada ahli syurga ataupun ahli neraka. Walaupun belum ada sebarang makhluk, belum ada syurga neraka, belum ada malaikat, Allah SUDAH TAHU pada hari ini, kita akan berkongsi ilmu @ mendengar audio pencerahan Soalan 100 dalam group laisakamitslihisyaiun.

Saya pasti ramai yang masih keliru. Macam mana tu?  Takkan belum lahir kedunia, belum buat dosa,  belum segala galanya tetapi sudah dibakar didalam neraka pada peristiwa isra' dan mikraj.

Takpa
Sabar,  sabar, kita akan cerahkan lagi. Insya Allah

Kita ingat semula, PADA HAKIKAT AKAL dan PADA HAKIKAT SYARAK bahawa PENGETAHUAN Allah itu tidak ada had. PADA HAKIKAT AKAL dan PADA HAKIKAT SYARAK bahawa Qudrat dan Iradat Allah itu tidak ada had. Kita ingat semula, bahawa Allah mengetahui segala yang

1) sudah terjadi,
2) sedang terjadi,
3) akan terjadi

dialam nyata di alam ghaib, di alam kubur @ alam barzah, dipadang mahsyar, di dalam syurga neraka, selama lamanya dengan SEKALI TAHU  dengan SEKALI LIHAT, dengan SEKALI DENGAR, TANPA SEDETIK MASA walau pada kadar masa yang lebih singkat dari sedetik masa. Pengetahuan Allah itu bukannya berperingkat peringkat. Pelihat Allah itu bukannya berperingkat peringkat. Pendengar Allah itu bukannya berperingkat peringkat.

Ingat ya, itu semua PADA HAKIKAT AKAL dan PADA HAKIKAT SYARAK. Bukan pada adat, bukan pada akal dan bukan pada zahir syarak.

Persoalan terakhir ialah, siapakah golongan yg beriktikad seperti itu?

Jawabannya ialah
Golongan itu sangat ramai. Antaranya ialah

1) golongan wahdatul wujud,
2) golongan yang beriktikad ada MUHAMMAD dalam diri,
3) pengikut wahhabi,
4) Syiah
5) Pengikut kitab Hakikat Insan tulisan Hj Ahmad Laksamana
6) Hussien Abd Latiff dari Singapura serta pengikut masing masing yang bertaburan disekeliling kita. Nauzubillah.

Sebagai penutup, barisan admin mengajak semua ahli untuk sama sama mengulangkaji semula semua pencerahan mulai Soalan 1 sehingga faham terutama perbezaan antara hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Dengan cara itu, setiap persoalan akan mudah difahami insya Allah.

------------------------------------------
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam


Semua pencerahan dan audio mulai Soalan 1 - 100 boleh diperolehi FREE @ GRATIS di👇🏾
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Rabu, 7 September 2016

Bab 9 PENCERAHAN Soalan 99 Soalan ini adalah berhubung dengan "Ceramah" oleh Hj. Hussien Abd Latiff dalam Seminar Makrifatullah Di Semarang, Indonesia pada Tahun 2013.

PENCERAHAN
Soalan 99

Soalan ini adalah berhubung dengan "Ceramah" oleh Hj. Hussien Abd Latiff dalam Seminar Makrifatullah Di Semarang, Indonesia pada Tahun 2013.

Persoalannya

1) Adakah perkataan "Diri manusia dijadikan dari ZAT ALLAH" benar pada syarak?

2) Adakah keyakinan Hj Hussien Abd Latiff mempunyai asas dari al Quran?

3)Apakah sebenarnya Nur Muhammad? Tak percaya boleh ke?

4) Apakah punca semua silap faham itu?


PENCERAHAN

Untuk mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak pada syarak, kita perlu terlebih dahulu mengetahui 2 makna iaitu

1⃣ makna benar menurut hukum syarak.

2⃣ makna tidak benar menurut hukum syarak.

Kedua-dua makna itu sudah dicerahkan pada Soalan 89 dan 90. Walaupun begitu, kita ulangkaji semula secara ringkas. Yang terlebih baik, semua ahli diminta menyemak semula pencerahan Soalan 89 dan 90.

Apakah *makna benar* pada syarak? Makna benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan @ perkataan @ kepercayaan  itu dapat ditunjukkan samada bersumberkan al Quran @ hadith.

2) bukti yang ditunjukkan adalah berkaitan dan tidak bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith.

Dalilnya ialah

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya
(Al Baqaroh : 42)

Apakah pula makna *tidak benar* pada syarak? Makna tidak benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan itu tidak dapat ditunjukkan samada dari al Quran @ hadith.

2) bukti daripada al Quran @ hadith dapat ditunjukkan akan tetapi salah faham pada makna ayat al Quran @ hadith yang ditunjukkan. Dalam perkataan lain, ayat yang ditunjukkan ada percanggahan dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

Dalilnya daripada al Quran @ hadith ialah ayat ke-175 surah al-A'raf

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang SESAT.
(Al-A'raf : 175)

Sekarang kita lihat perkataan Sdr Hussien Abd Latif seperti dalam video.

Perkataan yang benar oleh Hj Hussien Abd Latif ialah

1) Maujud yang terang ialah Allah
2) Diri Allah tidak boleh dibayangkan
3) Zat Allah tidak boleh dihurufkan
4) Zat Allah tidak boleh dilihat
5) Setiap suatu ada zat
6) Zat Allah wajib wujud
7) Disebalik semua diri adalah bukti wujud zat Allah

*Semua itu adalah benar dan memang dapat dibuktikan*

Perkataan yang tidak benar pula ialah

1) Berpegang kepada zahir ayat 2 ayat mutasyabihat dan salah faham pada 2 ayat al Quran yang lain iaitu

1⃣
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ  ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ  ۥ سَـٰجِدِينَ

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya *ROH* dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Al-Hijr : 29)

Ini adalah *ayat mutasyabihat*

2⃣
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ *ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌   ۖ   قَالُواْ بَلَىٰ‌  ۛ شَهِدۡنَا*ٓ‌  ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan *zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi"*. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(al A'raf : 172)

Ini adalah *ayat mutasyabihat*

3⃣
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ  ۙ  قَالُوْٓا *اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْن*َ  ؕ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: *"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."*
[Al-Baqarah : 156]

4⃣
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ  ۚ  *وَڪَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ مُّحِيطًا*

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan *Allah sentiasa meliputi* (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
(an Nisa' : 126)

Salah faham pada 4 ayat ini dan maksud ayat yang sebenarnya akan dicerahkan pada *Soalan ke-100* insya Allah.

Itu kesilapan pertama.

2) Sesiapapun boleh melihat neraka semasa hidup.

*tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* Hanya Nabi sahaja yang sudah diperlihatkan neraka ketika peristiwa israk dan mikraj.

3) Sekalian makhluk berasal dari sedikit zat Allah.

 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

4) Dalam diri setiap makhluk ADA ZAT ALLAH
5) Dalam botol arak ADA ZAT ALLAH
6) Dalam rambut ADA ZAT ALLAH
*tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas  sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

7) Allah tahu semua yang manusia fikir sebab dalam diri manusia ADA ZAT ALLAH
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

8) Allah tahu semua yg manusia buat sebab dalam diri manusia ADA ZAT ALLAH
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

9) Makna Allah Maha Besar ialah Allah itu memiliki saiz yang TERLALU BESAR hingga tidak mampu dibayangkan.
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

10) Makna Allah Maha Tinggi ialah Allah itu saiz zat Allah itu TERLALU TINGGI hingga tidak mampu dibayangkan.
👆 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

11) Mendakwa Nabi Isa ada berkata alam semesta ini dijadikan dari DIRI ALLAH sebesar tidak lebih dari sebiji pasir.
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.*

Apa yang Hj Husien salah faham? Lihat dan dengar videonya di
https://youtu.be/RLf5-lVnakc

Hj Hussien berkata, keempat empat ayat itu menjadi bukti *"sekalian alam ini dijadikan dari SEDIKIT ZAT ALLAH dan pada setiap DIRI makhluk ADA ZAT ALLAH"*

Apakah persamaan pegangan Hj Hussien dengan wahdatul wujud serta fahaman salah pada Nur Muhammad?

Begini...
PERSAMAAN fahamannya dengan wahdatul wujud dan Nur Muhammad ialah *SEMUA MAKHLUK BERASAL DARI DIRI ALLAH @ ZAT ALLAH*

PERBEZAAN fahamannya dengan wahdatul wujud dan Nur Muhammad ialah

wahdatul wujud
*pada hakikatnya : SEMUA MAKHLUK ADALAH JELMAAN DIRI ALLAH,  SEMUA MAKHLUK ADALAH ALLAH*

fahaman Nur Muhammad
*pada hakikatnya : DIDALAM DIRI SEMUA MANUSIA ADA MUHAMMAD @ ADA NUR MUHAMMAD @ ADA DIRI ALLAH*

Hussien Abd Latif
pada hakikatnya : MAKHLUK BUKAN ALLAH tetapi DIDALAM DIRI SEMUA MAKHLUK ADA DIRI ALLAH*

Semua itu *MENJISIMKAN ALLAH DAN BINASA AKIDAH*

Apa sebenarnya nur muhammad?

Nur Muhammad ialah *SEMUA "CAHAYA" YANG MENERANGI JIN DAN MANUSIA UTK MENTAUHIDKAN ALLAH* iaitu :

1) Semua para Nabi
2) Semua para Rosul
3) Semua ulama pewaris Nabi
4) Semua wali Allah
5) Semua *Kitab Allah*

*Kitab Allah* yang dimaksudkan termasuklah :

1) Kalam Allah & Luh mahfuz
2) Al Quran
3) Injil
4) Taurat
5) Zabur
6) Suhuf
7) Firman Allah yang diterima oleh semua Nabi dan Rosul. Jumlahnya hanya Allah yang tahu.

Semuanya itu adalah *NUR MUHAMMAD* yakni *CAHAYA @ PENYULUH @ PENERANG* yang *MENUNJUKKAN JALAN MENTAUHIDKAN ALLAH kepada semua hamba-Nya yang MEMILIH TAAT dan menjauhi KEKUFURAN.*

Persoalan seterusnya ialah,  apakah sebenarnya Nur Muhammad? Adakah kita wajib percaya adanya Nur Muhammad?

Ruangan ini sebenarnya tidak dapat menghuraikan tentang dengan lengkap tentang Nur muhammad. Walaupun begitu, kita cerahkan secara ringkas. Mudah2an Allah menganugerahkan kita kefahaman yang benar.
Hadith yang menyebut nur muhammad akan ditunjukkan pada pencerahan Soalan 100 insya Allah.

Pada asalnya, perkara ini sebenarnya BUKANLAH perkara pokok. Tak percayapun TAKDA MASALAH. Akan tetapi, akibat dari salah faham umat, perkara ini telah menjadi *MASALAH AKIDAH YANG KRONIK di NUSANTARA iaitu BINASA AKIDAH TANPA SEDAR.* Tentu ada yang ingin tahu, apa masalahnya yang menyebabkan BINASA AKIDAH.

Masalahnya begini.

Golongan ini beriktikad bahawa Nur Muhammad dijadikan dari sebahagian *ROH ALLAH @ ZAT ALLAH.* Itulah punca keyakinan yang menyebabkan BINASA AKIDAH. Sebarang kepercayaan yang menganggap makhluk dijadikan dari ROH ALLAH @ ZAT ALLAH samada roh @ zat Allah itu SEDIKIT @ SEPARUH @ BANYAK apatah lagi keseluruhan ROH @ ZAT ALLAH maka kepercayaan itu adalah *MENJISIMKAN ALLAH yang menyebabkan BINASA AKIDAH.*

Apa sebabnya iktikad itu menyebabkan BINASA AKIDAH?

Sebabnya sangat banyak. Antaranya ialah

1) kepercayaan itu membawa maksud Allah menjadikan makhluk dengan ALAT iaitu ROH ALLAH @ ZAT ALLAH. Ingat semula sebelum ini pada soalan??  kita sudah bincangkan bahawa manusia menjadikan @ mencipta sesuatu DENGAN ALAT. Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk,  mustahil sabit pada Allah. Oleh itu pada akal, Allah itu menjadikan sekalian alam TANPA ALAT. Buktinya dari al Quran ialah ayat *"kun fa ya kun".*

2) kepercayaan itu bercanggah dengan ayat al Quran ayat ke-11 surah as-syura
﷽ليس كمثله شيئ

Kenapa pula bercanggah?

Bercanggah kerana kepercayaan *"makhluk dijadikan dari ROH ALLAH @ ZAT ALLAH"* adalah menyerupai kepercayaan HINDU, KRISTIAN dan YAHUDI.

Sudah tentu ada yang ingin bertanya, apakah kepercayaan umat hindu, kristian dan yahudi yang dimaksudkan?

Kepercayaan mereka begini.
*Umat Hindu*
percaya makhluk adalah jelmaan tuhan. Tuhan yang TIDAK NAMPAK dengan mata bertukar bentuk menjadi makhluk yang nampak dengan mata.

*Umat Kristian & Yahudi*
percaya manusia adalah ANAK ANAK TUHAN. ANAK ANAK ALLAH. Mereka percaya manusia dijadikan dari ROH ALLAH.

Cukuplah kita sebutkan dua punca yang menyebabkan orang yang beriktikad seperti itu BINASA AKIDAH.

Persoalan terakhir ialah, apakah punca masalah ini terjadi?

Sebenarnya puncanya sangat banyak. Tetapi kita sebutkan 3 puncanya iaitu

1) mereka tidak faham perbezaan antara hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

2) mereka tidak faham perbezaan takrif @ makna perkataan hakikat menurut 3 hukum.

3) mereka berpegang 100% kepada ayat2 mutasyabihat di dalam al Quran @ hadith *menurut zahit ayat.*

Moga Allah menyelamatkan akidah kita sehingga mati

Akhir kalam, pencerahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk menghukum sesiapa. Tujuan pencerahan hanya satu iaitu mudah2an kita dapat membezakan antara akidah yg benar dan yang salah pada syarak. Dengan itu, mudah mudahan kita dan saudara seagama kita terperlihara daripada SYIRIK kerana MENJISIMKAN ALLAH @ YANG MEMBINASAKAN AKIDAH.

---------------------------------------------
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)


wallohua'lam
Maaf zahir dan batin.


Semua pencerahan dan audio mulai Soalan 1 boleh diperolehi FREE @ GRATIS di

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Bab 9 Soalan 98 a) Ada berapa kategori umat Islam? b) Diri kita kategori yang mana?

Bab 9
Soalan 98


Sedia untuk disemak semula dan dibaiki
HANYA ALLAH YG MAMPU MEMBALAS

Bab 9
Soalan 98


a) Ada berapa kategori umat Islam?
b) Diri kita kategori yang mana?

PENCERAHAN


Umat Islam itu 4 bahagi iaitu

1) Golongan Nabi dan Rosul
2) Golongan Islam yang taat

3) Golongan Islam yang maksiat
4) Golongan Islam yg munafik

Apakah ciri-ciri 4 golongan ini?

1⃣ Ciri-ciri golongan para Nabi dan Rosul ialah

1) menerima wahyu @ kitab sebagai tanda kenabian @ kerasulan.

2) dianugerahkan mukjizat sebagai mengukuhkan bukti kenabian @ kerasulan.

3) Perbuatan mereka tidak terkeluar dari kitab Allah yakni hanya berkisar pada perkara yang *FARDU @ SUNAT* sahaja.

Buktinya adalah ayat ke-213 surah al-Baqaroh

كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةً وَٲحِدَةً فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ  ۚ  وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌   ۖ   فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦ .....

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan...

(Al-Baqaroh : 213)

Jumlah sebenar para Nabi dan Rosul hanya Allah yang mengetahui. Walaupun begitu, setengah pendapat mengatakan, jumlah para Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. adalah 124,000 orang. 313 orang daripadanya dilantik Allah menjadi rosul.  25 orang diantara para rosul itu tersebut namanya didalam al Quran dan wajib diketahui oleh setiap mukallaf.

Itulah ciri ciri para Nabi dan Rosul yang wajib diketahui dan tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

2⃣ Ciri-ciri golongan Islam yang taat itu ada 12 perkara tetapi disini hanya disebut 2 perkara iaitu perbuatan mereka sama dengan perbuatan para Nabi dan Rosul iaitu tidak terkeluar dari kitab Allah yakni hanya *berkisar pada perkara yang FARDU @ SUNAT sahaja*

Golongan yang ada 12 tanda itu disebut sebagai ulama pewaris nabi @ ataupun wali Allah.

Buktinya ialah sabda Rasulullah ﷺ

    *الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ*

*“Ulama adalah pewaris para nabi.”*

~ (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

Itulah 2 tanda golongan kedua iaitu ulama pewaris Nabi dan para wali Allah.


3⃣ Ciri-ciri golongan Islam yang maksiat ialah mereka

1) beriman kepada Allah yakni mengenal Allah itu *laisakamitslihisyaiun*  ataupun Allah itu tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk.

2) walaupun beriman, tetapi sering melanggar perintah Allah samada

a) meninggalkan suruh Allah
b) melalui tegah Allah

Apa dia suruh dan tegah Allah? Perkara itu telahpun dicerahkan pada *Soalan 73.* Sesiapa yang ingat ingat lupa eloklah semak semula pencerahan yang telah lalu.

Satu contoh perbuatan melanggar perintah Allah yang dipandang ringan oleh umat ialah *MENGEKALKAN PERBUATAN YANG MAKRUH.*

Apa masalahnya jika mengekalkan perbuatan yang makruh? Apa contohnya?

Mengekalkan perbuatan makruh sehingga mati adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. Yakni sesiapa yang mengekalkan perbuatan makruh sehingga mati, maka matinya itu adalah dalam keadaan *BERDOSA BESAR.*

Orang yang mati dalam keadaan berdosa besar  tempatnya adalah NERAKA?

Apakah contoh mengekalkan perbuatan makruh yang sering dilupakan oleh umat?

Contoh perbuatan makruh yang terbaik ialah MEROKOK. *MENGEKALKAN PERBUATAN MEROKOK SEHINGGA MATI ADALAH BERDOSA BESAR.*

Saya pasti, mesti ada yang kurang senang dengan rokok contoh itu. Takpa, kita tengok contoh lain. Contoh mengekalkan perbuatan *"makruh"* yang lain ialah

1) menonton filem yang melalaikan.

2) berwatsap yang sia sia siang dan malam pagi dan petang.

3) duduk dikedai mamak berjam jam setiap malam sekadar bersembang kosong.

Itulah 3 contoh tambahan sekiranya dikekalkan sehingga mati maka matinya adalah dalam keadaan BERDOSA BESAR.

Ingat ya .
Orang yang mengekalkan DOSA BESAR sehingga mati akan menanggung DOSA *24 JAM SEHINGGA MATI* dan akan jatuh kepada salah satu dari 2 perkara berikut :

1) mati sebagai orang *FASIK* yang akan dibakar olah Allah didalam NERAKA sehingga habis dosa.

2) mati sebagai orang *KAFIR MUKTAMAD* yang kekal dibakar dalam api NERAKA.

Dalilnya ialah:
1⃣
ِ   ۗ   وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Dan Allah *tidak suka* kepada tiap-tiap orang yang *kekal* terus dalam *kekufuran*, dan selalu melakukan *dosa.*

(Al Baqaroh : 276)

2⃣
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّار    ۖ   هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqaroh : 39)

4⃣ Ciri ciri umat Islam kategori ke-4 telah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang bunyinya

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Ertinya :
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. Jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanah) ia berkhianat.
(HR Bukhari)

Apakah contoh berbohong, mungkir janji dan khianat disini ?

Contohnya satu persatu adalah seperti ini.

Contoh berbohong

Mendakwa Allah berkata

"Janganlah engkau sertaKU dengan akalmu, sertailah AKU dengan DzatKU Yang Maha Tunggal"

perkataan itu sebenarnya adalah perbuatan TANPA SEDAR MENGAKU DIRINYA ALLAH

PADA AKAL
perkataan itu adalah BIDAAH

PADA SYARAK
perkataan itu adalah BIDA'AH & MEMBINASAKAN AKIDAH

Contoh mungkir janji

Apabila kita sudah mengucap 2 kalimah syahadat, sebenarnya kita sudah BERSUMPAH DAN BERJANJI bahawa kita akan MENGIKUT SEMUA PERINTAH ALLAH sama seperti yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi, kita dengan sengaja TIDAK menunaikan sumpah dan janji itu sekurang kurangnya FARDU AIN.

Oleh sebab itu, barangsiapa dengan sengaja tidak menyelesaikan fardu ainnya sehingga mati, seperti TIDAK MENGENAL ALLAH maka matinya itu dalam keadaan BERDOSA BESAR @ MUNAFIK.

Itulah contoh mungkir janji pada syarak.

Contoh mengkhianati amanah

Kita ada isteri dan anak anak. Kita ada rakyat. Tapi isteri dan anak anak, atau rakyat negara kita itu dibiarkan hidup TANPA BIMBINGAN AGAMA. Dibiarkan sesat tanpa mengenal Allah.

Oleh sebab itu, barangsiapa dengan sengaja membiarkan ahli keluarganya TANPA BIMBINGAN AGAMA sehingga mati maka matinya itu dalam keadaan BERDOSA BESAR @ MUNAFIK.

Perbuatan seperti itu adalah contoh khianat.

Itulah 3 contoh perbuatan munafik.

Nauzubillah
Semoga kita dijauhkan Allah dari bersifat munafik.


Jom kita ulangkaji mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 di

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3

Bab 9 Pencerahan Soalan 97 Untuk memudahkan faham pencerahan Soalan 97 ini, sama seperti Soalan 83, 84 menasihatkan supaya mengulangkaji semula pencerahan tentang hukum adat, hukum akal dan hukum syarak seperti pada senarai POKOK PERBINCANGAN yang sudah dihantar sebelum ini.

PENCERAHAN
Soalan 97


Sedia untuk disemak
Hanya Allah yang mampu membalas


Lanjutan Soalan 84

Makna Islam pada adat dan makna Islam pada akal sudah dicerahkan secara ringkas pada Bab 7 dan Bab 8. Sekarang kita kupas lebih lanjut.

Apakah makna Islam menurut 3 hukum iaitu

1) hukum adat
2) hukum akal
3) hukum syarak


Pencerahan
Soalan 97


Untuk memudahkan faham pencerahan Soalan 97 ini, sama seperti Soalan 83, 84 barisan admin menasihatkan supaya ahli dapat kiranya mengulangkaji semula pencerahan tentang hukum adat, hukum akal dan hukum syarak seperti pada senarai POKOK PERBINCANGAN yang sudah dihantar sebelum ini.

Untuk menyelesaikan persoalan itu, kita semua perlu terlebih dahulu ulangkaji dan memahami beberapa makna perkataan berdasarkan 2 hukum yang lain iaitu

1) makna Islam pada adat.
2) makna Islam pada akal.

Perkara ini sebenarnya sudah dicerahkan mulai Soalan 36 dan Soalan 83 dan 84. Kita akan ulang semula secara ringkas.

Makna Islam pada adat ialah perkara2 yang TIDAK DIKAITKAN DENGAN AGAMA @ ALLAH. Dalam perkataan lain, makna Islam pada adat adalah perkara yang berkait dengan dunia dan dapat dibuktikan melalui pancaindera yang lima serta tidak bercanggah dengan fitrah manusia dan sunnah alam. Secara ringkas, Islam pada adat meliputi 4 perkara iaitu

1) dapat dibuktikan melalui salah satu pancaindera.
2) tidak bercanggah dengan fitrah manusia.

3) tidak bercanggah dengan sunnah alam.
4) disenangi oleh semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Contohnya ialah

1) ingin hidup senang dan bahagia tanpa menyusahkan orang lain.
2) hidup saling membantu tanpa mengira bangsa.

3) belajar sehingga berjaya.
4) tidak suka perkara yang merosakkan kesihatan seperti merokok dan banyak makan.

5) mengikut peraturan ditempat kerja seperti bekerja sepenuh hati.
6) memilih pemimpin yang bijak menyelesaikan masalah rakyat.

Itulah 6 contoh Islam pada adat. Semua itu diterima dan disenangi oleh akal yang sihat tanpa mengira bangsa dan agama.

Apa pula makna Islam pada akal?

Makna Islam pada akal pula ialah perkara yang tidak berkait sama sekali dengan 2 perkara iaitu Al Quran dan hadith. Hukum akal hanya perkara yang berkait dengan ketuhanan yang maha esa TANPA DIRUJUK KEPADA AL QURAN @ HADITH.

Dalam perkataan lain, makna Islam pada akal ialah sesuatu yang diterima oleh akal tentang tuhan semesta alam yang bernama Allah. Tidak dihubungkan kepada al Quran @ Hadith. Ianya terhenti setakat penerimaan AKAL yang sihat semata-mata.

Contohnya ialah

1) Diterima oleh akal bahawa Allah melihat dan mengetahui perbuatan kita yang sedang membaca pencerahan ini @ sedang mendengar audionya sejak sebelum kita dilahirkan.

2) Diterima oleh akal bahawa Allah melihat dan mengetahui SEMUA perbuatan perbuatan makhluk sejak sebelum ada sebarang makhluk. Sebelum ada syurga neraka. Sebelum ada malaikat jin dan manusia. Sebelum ada alam semesta sehingga sekarang.

3) Diterima oleh akal bahawa Allah melihat dan mengetahui SEMUA perbuatan makhluk dialam nyata dan di alam ghaib sehingga hari kiamat, dipadang mahsyar, di dalam syurga neraka dan selama lamanya dengan SEKALI TAHU dengan SEKALI LIHAT. Pengetahuan Allah itu bukannya berperingkat peringkat bukannya terbatas seperti pengetahuan manusia. Pelihat Allah itu bukannya berperingkat2 bukannya terbatas seperti pelihat manusia.

dan

4) Diterima oleh akal bahawa Allah mendengar semua suara dan bukan suara sekalian makhluk sejak sebelum lahir, sehingga sekarang ini dan sehingga saat kematian dialam nyata dan di alam ghaib sehingga hari kiamat, dipadang mahsyar, di dalam syurga neraka dan selama lamanya dengan SEKALI DENGAR. Pendengar Allah itu bukannya berperingkat2 bukannya terbatas seperti pendengar manusia.

Itulah 4 contoh Islam pada akal yakni diterima oleh akal akan DIRI @ ZAT ALLAH itu yakni 7 sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami', Basir dan Kalam Allah.

Apakah pula makna Islam pada syarak? Perkara ini juga sudah dicerahkan sedikit pada Soalan 83 dan 84.

Sesiapa yang ingat ingat lupa pencerahan Soalan 83 dan 84 eloklah semak semula.

Makna Islam pada syarak ialah beriktikad yang benar serta melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan berdasarkan perintah Allah yang tersebut didalam Al Quran @ Hadith.

Makna perbuatan disini adalah 3 perkara dan sudah dicerahkan pd soalan yang lalu. Kita ulang semula 3 perbuatan itu iaitu

1) perbuatan lidah @ lisan @  perkataan
2) perbuatan anggota @ tingkahlaku @ lebih biasa disebut juga perbuatan.
3) perbuatan hati @ diam kita.

Dalam perkataan lain, ketiga2nya tidak bercanggah dengan al Quran atau hadith.

Contohnya ialah

1) Beriktikad bahawa Allah itu SATU dan Allah itu ESA.

Dalilnya dari al Quran ialah

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

(Al-Ikhlas : 1)

2) Melakukan sebarang ibadah yang diperintahkan oleh Allah, sempurna dengan syarat dan rukun.

3) Mencari rezki yang halal.

4) Solat 5 waktu sempurna dengan syarat dan rukun serta perkara yang membatalkan solat.

5) Mengelakkan diri dari memakan yang haram.

6) Mengelakkan diri dari melakukan syirik.

7) Sentiasa menjauhkan diri dari sikap riak, ujub dan takbur sesama manusia.

Itulah 7 contoh Islam pada syarak.


=========================

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan salah silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(An Nisa': 79)

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
telegram

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah