(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 7 September 2016

Bab 9 Soalan 98 a) Ada berapa kategori umat Islam? b) Diri kita kategori yang mana?

Bab 9
Soalan 98


Sedia untuk disemak semula dan dibaiki
HANYA ALLAH YG MAMPU MEMBALAS

Bab 9
Soalan 98


a) Ada berapa kategori umat Islam?
b) Diri kita kategori yang mana?

PENCERAHAN


Umat Islam itu 4 bahagi iaitu

1) Golongan Nabi dan Rosul
2) Golongan Islam yang taat

3) Golongan Islam yang maksiat
4) Golongan Islam yg munafik

Apakah ciri-ciri 4 golongan ini?

1⃣ Ciri-ciri golongan para Nabi dan Rosul ialah

1) menerima wahyu @ kitab sebagai tanda kenabian @ kerasulan.

2) dianugerahkan mukjizat sebagai mengukuhkan bukti kenabian @ kerasulan.

3) Perbuatan mereka tidak terkeluar dari kitab Allah yakni hanya berkisar pada perkara yang *FARDU @ SUNAT* sahaja.

Buktinya adalah ayat ke-213 surah al-Baqaroh

كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةً وَٲحِدَةً فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ  ۚ  وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌   ۖ   فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦ .....

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan...

(Al-Baqaroh : 213)

Jumlah sebenar para Nabi dan Rosul hanya Allah yang mengetahui. Walaupun begitu, setengah pendapat mengatakan, jumlah para Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. adalah 124,000 orang. 313 orang daripadanya dilantik Allah menjadi rosul.  25 orang diantara para rosul itu tersebut namanya didalam al Quran dan wajib diketahui oleh setiap mukallaf.

Itulah ciri ciri para Nabi dan Rosul yang wajib diketahui dan tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

2⃣ Ciri-ciri golongan Islam yang taat itu ada 12 perkara tetapi disini hanya disebut 2 perkara iaitu perbuatan mereka sama dengan perbuatan para Nabi dan Rosul iaitu tidak terkeluar dari kitab Allah yakni hanya *berkisar pada perkara yang FARDU @ SUNAT sahaja*

Golongan yang ada 12 tanda itu disebut sebagai ulama pewaris nabi @ ataupun wali Allah.

Buktinya ialah sabda Rasulullah ﷺ

    *الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ*

*“Ulama adalah pewaris para nabi.”*

~ (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

Itulah 2 tanda golongan kedua iaitu ulama pewaris Nabi dan para wali Allah.


3⃣ Ciri-ciri golongan Islam yang maksiat ialah mereka

1) beriman kepada Allah yakni mengenal Allah itu *laisakamitslihisyaiun*  ataupun Allah itu tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk.

2) walaupun beriman, tetapi sering melanggar perintah Allah samada

a) meninggalkan suruh Allah
b) melalui tegah Allah

Apa dia suruh dan tegah Allah? Perkara itu telahpun dicerahkan pada *Soalan 73.* Sesiapa yang ingat ingat lupa eloklah semak semula pencerahan yang telah lalu.

Satu contoh perbuatan melanggar perintah Allah yang dipandang ringan oleh umat ialah *MENGEKALKAN PERBUATAN YANG MAKRUH.*

Apa masalahnya jika mengekalkan perbuatan yang makruh? Apa contohnya?

Mengekalkan perbuatan makruh sehingga mati adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. Yakni sesiapa yang mengekalkan perbuatan makruh sehingga mati, maka matinya itu adalah dalam keadaan *BERDOSA BESAR.*

Orang yang mati dalam keadaan berdosa besar  tempatnya adalah NERAKA?

Apakah contoh mengekalkan perbuatan makruh yang sering dilupakan oleh umat?

Contoh perbuatan makruh yang terbaik ialah MEROKOK. *MENGEKALKAN PERBUATAN MEROKOK SEHINGGA MATI ADALAH BERDOSA BESAR.*

Saya pasti, mesti ada yang kurang senang dengan rokok contoh itu. Takpa, kita tengok contoh lain. Contoh mengekalkan perbuatan *"makruh"* yang lain ialah

1) menonton filem yang melalaikan.

2) berwatsap yang sia sia siang dan malam pagi dan petang.

3) duduk dikedai mamak berjam jam setiap malam sekadar bersembang kosong.

Itulah 3 contoh tambahan sekiranya dikekalkan sehingga mati maka matinya adalah dalam keadaan BERDOSA BESAR.

Ingat ya .
Orang yang mengekalkan DOSA BESAR sehingga mati akan menanggung DOSA *24 JAM SEHINGGA MATI* dan akan jatuh kepada salah satu dari 2 perkara berikut :

1) mati sebagai orang *FASIK* yang akan dibakar olah Allah didalam NERAKA sehingga habis dosa.

2) mati sebagai orang *KAFIR MUKTAMAD* yang kekal dibakar dalam api NERAKA.

Dalilnya ialah:
1⃣
ِ   ۗ   وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Dan Allah *tidak suka* kepada tiap-tiap orang yang *kekal* terus dalam *kekufuran*, dan selalu melakukan *dosa.*

(Al Baqaroh : 276)

2⃣
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّار    ۖ   هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqaroh : 39)

4⃣ Ciri ciri umat Islam kategori ke-4 telah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang bunyinya

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Ertinya :
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. Jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanah) ia berkhianat.
(HR Bukhari)

Apakah contoh berbohong, mungkir janji dan khianat disini ?

Contohnya satu persatu adalah seperti ini.

Contoh berbohong

Mendakwa Allah berkata

"Janganlah engkau sertaKU dengan akalmu, sertailah AKU dengan DzatKU Yang Maha Tunggal"

perkataan itu sebenarnya adalah perbuatan TANPA SEDAR MENGAKU DIRINYA ALLAH

PADA AKAL
perkataan itu adalah BIDAAH

PADA SYARAK
perkataan itu adalah BIDA'AH & MEMBINASAKAN AKIDAH

Contoh mungkir janji

Apabila kita sudah mengucap 2 kalimah syahadat, sebenarnya kita sudah BERSUMPAH DAN BERJANJI bahawa kita akan MENGIKUT SEMUA PERINTAH ALLAH sama seperti yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi, kita dengan sengaja TIDAK menunaikan sumpah dan janji itu sekurang kurangnya FARDU AIN.

Oleh sebab itu, barangsiapa dengan sengaja tidak menyelesaikan fardu ainnya sehingga mati, seperti TIDAK MENGENAL ALLAH maka matinya itu dalam keadaan BERDOSA BESAR @ MUNAFIK.

Itulah contoh mungkir janji pada syarak.

Contoh mengkhianati amanah

Kita ada isteri dan anak anak. Kita ada rakyat. Tapi isteri dan anak anak, atau rakyat negara kita itu dibiarkan hidup TANPA BIMBINGAN AGAMA. Dibiarkan sesat tanpa mengenal Allah.

Oleh sebab itu, barangsiapa dengan sengaja membiarkan ahli keluarganya TANPA BIMBINGAN AGAMA sehingga mati maka matinya itu dalam keadaan BERDOSA BESAR @ MUNAFIK.

Perbuatan seperti itu adalah contoh khianat.

Itulah 3 contoh perbuatan munafik.

Nauzubillah
Semoga kita dijauhkan Allah dari bersifat munafik.


Jom kita ulangkaji mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 di

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan