(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 16 September 2016

Bab 9 Soalan 100 Lanjutan dari Soalan 99

Bab 9
Soalan 100

Lanjutan dari Soalan 99

Sebelum kita bincangkan Soalan ke-100 ini, dimaklumkan bahawa,
untuk lebih mudah memahami persoalan ini, kita perlu terlebih dahulu memahami perbezaan antara 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak serta 3 istilah yg berkaitan iaitu hakikat adat, hakikat akal dan hakikat syarak. Hukum adat, hukum akal dan hukum syarak sudah dicerahkan mulai Soalan 35, Soalan 42 dan Soalan 72.

Persoalannya ialah

a) Mengapa iktikad *"manusia dijadikan dari ZAT ALLAH @ ROH ALLAH* itu sebenarnya bercanggah dengan 4 ayat al Quran iaitu

Al-Hijr : 29
Al-A'raf : 172
Al-Baqaroh : 156
An-Nisa' : 126

b) Apakah nama golongan yang berpegang kepada akidah seperti itu?


PENCERAHAN


Dua ayat ini telah dijadikan oleh golongan tertentu sebagai SANDARAN kepada akidah mereka bahawasanya

1) MANUSIA DIJADIKAN DARI ZAT ALLAH @ ROH ALLAH.

2) ROH MANUSIA HIDUP KEKAL SELAMA LAMANYA

Benarkah kepercayaan spt itu pd syarak?

2 dari 4 ayat yg dimaksudkan itu ialah

1⃣
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ  ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ  ۥ سَـٰجِدِينَ

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya *ROHKU*, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Al-Hijr : 29)

Ini adalah *ayat mutasyabihat* atau disebut juga sebagai *ayat hakikat syarak.*

2⃣
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ *ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌   ۖ   قَالُواْ بَلَىٰ‌  ۛ شَهِدۡنَا*ٓ‌  ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan *zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi"*. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang ini".
(al A'raf : 172)

Ini adalah *ayat mutasyabihat* atau pd sesetengah kitab kuning disebut juga sebagai *ayat hakikat syarak.*

Benarkah kepercayaan seperti itu pada syarak?

Ayat berikut ini pula telah dijadikan oleh golongan tertentu utk memperkuat fahaman mereka pada ayat 1⃣ dan sebagai SANDARAN kepada akidah mereka iaitu APABILA MANUSIA ITU MATI :

1) ROH MANUSIA ITU AKAN BERSATU SEMULA DENGAN ALLAH

2) ROH MANUSIA HIDUP KEKAL SELAMA LAMANYA KERANA ROH MANUSIA ITU BERASAL DARI ROH ALLAH.

Benarkah kepercayaan spt itu pd syarak?

3⃣
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ  ۙ  قَالُوْٓا *اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْن*َ  ؕ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: *"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."*
[Al-Baqarah : 156]

Ayat berikut ini pula telah dijadikan oleh golongan tertentu sebagai SANDARAN kepada akidah mereka iaitu

1) ADA ZAT ALLAH @ ROH ALLAH didalam setiap DIRI MAKHLUK.

2) Allah mengetahui setiap perbuatan makhluk kerana ADA ZAT ALLAH PADA DIRI MAKHLUK.

Benarkah kepercayaan spt itu pd syarak?

Ayat yg dimaksudkan ialah
4⃣
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ  ۚ  *وَڪَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ مُّحِيطًا*

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan *Allah sentiasa meliputi* (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
(an Nisa' : 126)

Salah faham golongan itu telah dicerahkan pada Soalan 99. Persoalan sekarang ialah, apakah maksud sebenar 4 ayat tersebut?

Kita akan cerahkan satu persatu insya Allah.

Kita bincang ayat 1⃣ dahulu. Ayat tersebut adalah ayat mutasyabihat. Bukan ayat muhkamat. Perbezaan kedua ayat itu sudah dicerahkan sebelum ini. Ayat mutasyabihat TIDAK boleh dipegang berdasarkan ZAHIR AYAT.

1) Pada zahir ayat, seolah-olahnya ZAT @ DIRI Allah itu *memiliki bentuk tertentu*.

2) Pada zahir ayat, seolah-olahnya ZAT @ DIRI Allah itu *ada ROH*.

3) Pada zahir ayat, seolah-olahnya dari ZAT @ DIRI Allah itu *telah keluar ROH Allah dan masuk kedalam jasad Nabi Adam*.

4) Pada zahir ayat, seolah-olahnya  ZAT @ DIRI Allah itu *memiliki MULUT* kerana dari mulut itu ditiupkan ROH.

5) Pada zahir ayat, seolah-olahnya Allah *menghidupkan Nabi Adam dengan ALAT iaitu ROHNYA*

Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh dijadikan pegangan? Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh diiktikadkan? Sedangkan kita tahu bahawa....kita ulang semula

a) Sedangkan kita tahu bahawa pada akal dan pada hakikat syarak, Allah menjadikan sesuatu TANPA ALAT. Yang menjadikan sesuatu dengan alat adalah MAKHLUK.

b) Sedangkan kita tahu bahawa sanya pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, diri yang memiliki rupa bentuk itu adalah MAKHLUK.

c) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, diri yang memiliki ROH @ MULUT itu adalah MAKHLUK.

d) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, tubuh yang keluar darinya sesuatu seperti ROH adalah MAKHLUK.

Mana satu yang betul?

A) Adakah semua yang disebutkan berdasarkan ZAHIR ayat mutasyabihat itu boleh dijadikan pegangan? Atau

B) ayat mutasyabihat itu bermaksud lain? Jika ayat itu bermaksud lain, apa maksudnya?

Sekarang kita lihat maksud ayat mutasyabihat ke 2 menurut ZAHIR ayat.

1) Pada zahir ayat, seolah olah Allah TAKUT dipersalahkan oleh manusia pada hari kiamat.

2) Pada zahir ayat, seolah olah Allah terpaksa mengambil TINDAKAN PENCEGAHAN sekiranya dipersalahkan oleh manusia pada hari kiamat.

3) Pada zahir ayat, seolah olah ada suatu perkara yang akan datang yang Allah BELUM TAHU @ JAHIL.

4) Pada zahir ayat, seolah olah Allah mengambil penyaksian ROH semata mata, BUKANNYA makhluk yang dipanggil sebagai manusia iaitu kesatuan ROH dan JASAD, tetapi ROH semata mata.

5) Pada zahir ayat, seolah olah Allah memberi perintah dan tanggungjawab mentauhidkan Allah hanya kepada ROH semata2 BUKANNYA kepada KESATUAN ROH dan JASAD yang disebut sebagai MANUSIA.

Saya yakin, tentu ada antara kita yang pertama kali terfikir perkara ini. Tentu ada antara kita yang ingin tahu, apa sebenarnya makna diri, makna zat, makna roh dan makna manusia.

Oleh itu
Untuk memudahkan faham persoalan ke100 ini, adalah lebih mudah sekiranya kita sudah terlebih dahulu sudah memahami

1) sudah memahami perbezaan ayat muhkamat dengan ayat mutasyabihat.

2) sudah memahami takrif @ makna manusia, makna diri, makna zat, makna roh, makna esa, makna satu dan makna  berbilang bilang.

Bagi mereka yang tidak tahu dan lupa, eloklah lihat pencerahannya pada Soalan 55. Walaupun begitu, kita akan cerahkan semula secara ringkas insya Allah.

Pada adat dan pada syarak
Makna manusia ialah  makhluk selain jin dan malaikat yang menerima tanggungjawab mengesakan Allah. Roh tanpa jasad sahaja BUKAN MANUSIA. Jasad tanpa roh sahajapun BUKAN MANUSIA. Manusia ialah KESATUAN ROH DAN JASAD.

Pada adat dan pada syarak
Makna diri ialah kesatuan berbilang2 zat dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, fizikal dan mental.

Contohnya zat yang zahir pada mata ialah zat kepala, zat perut, zat kaki, zat tangan, dan zat darah.

Contoh zat tidak zahir pada mata ialah zat roh, zat nafsu dan zat akal.

Makna ROH ialah alat untuk hidup. Sama seperti MATA alat untuk melihat, kaki alat untuk melangkah, akal alat untuk berfikir, nafsu alat untuk berkehendak. Maka ROH atau NYAWA ialah alat untuk HIDUP.

Makna zat ialah bahagian bahagian diri yang terpisah pisah. Berbilang bilang zat pd zat yang satu.

Contohnya

Zat kepala, zat tangan, zat kaki, zat darah dll. Pada zat kepala ada zat mata, zat telinga, zat darah dan 1001 mcm zat yang lain.

Itulah pencerahan ringkas.

Kita kembali semula kpd persoalan asal. Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh dijadikan pegangan? Adakah maksud seperti pada zahir ayat itu boleh diiktikadkan? Sedangkan kita tahu bahawa....

a) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, yang bersifat TAKUT itu adalah MAKHLUK.

b) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, yang mengambil TINDAKAN PENCEGAHAN itu adalah MAKHLUK.

c) Sedangkan kita tahu bahawa pada adat, pada akal dan pada hakikat syarak, yang bersifat JAHIL  itu adalah MAKHLUK

Jadi
Mana satu yang betul?

A) Adakah semua yang disebutkan berdasarkan ZAHIR ayat mutasyabihat itu boleh dijadikan pegangan? Atau

B) ayat mutasyabihat itu bermaksud lain? Jika ayat bermaksud lain, apa maksudnya?

Sekarang kita lihat pula ayat ke-3 dan ke-4. Setengah golongan menganggap kedua2 ayat tersebut menyokong dan memperkuat ayat  1 dan 2.

Adakah fahaman itu benar pada syarak atau ada maksud yang lain?

Sebenarnya antara maksud ayat yang pertama itu ialah

Pada zahir syarak,
itulah bukti *DETIK PERTAMA @ SAAT PERTAMA Nabi Adam dihidupkan oleh Allah dengan ALAT yang dinamakan sebagai ROH @ NYAWA.*

Ayat itu BUKAN bermaksud ROH Nabi Adam itu berasal dari ROH ALLAH.

Ayat itu BUKAN bermaksud Nabi Adam yang masih dalam bentuk lembaga *TIBA2 bertukar bentuk, menjadi manusia setelah ROH ALLAH ditiupkan kedalamnya.*

*BUKAN............*

Ayat itu BUKAN bermaksud ROH Nabi Adam itu akan hidup kekal selama2nya. Jasad pula akan hancur  setelah mati.

*BUKAN...........*

Ayat itu BUKAN bermaksud Allah memiliki ROH. Roh yang sama berpindah ke dalam jasad lembaga Adam.

*BUKAN............*

tapi itulah keyakinan sebahagian umat yg mengaku Islam. Sedangkan keyakinan itu BUKANLAH MAKSUD AYAT. BUKANLAH TUNTUTAN AYAT kerana bercanggah dengan ayat 11 surah as syura
﷽لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء

Apa pula makna ayat kedua?   Antara maksud ayat kedua adalah Allah menerangkan KEKUASAANNYA YANG TIDAK TERBATAS. Allah menunjukkan DIRINYA @ ZATNYA berkuasa melakukan sesuatu yang bukan sekadar menyalahi adat, akan tetapi diluar kotak pemikiran manusia. Perkara itu TIDAK mampu difikirkan oleh akal manusia sama sekali. Manusia hanya disuruh percaya @ beriman dan ditahkiqkan dengan dalil akalnya. *Dalam perkataan lain, perkara itu semata2 PEKERJAAN ALLAH @ URUSAN ALLAH*. Makna pekerjaan @ urusan Allah sudah dicerahkan pada Soalan 44 - Soalan 52. Sesiapa yang ingat ingat lupa makna urusan @ pekerjaan Allah tu, eloklah ulangkaji semula pencerahan Soalan 44 - 52.

Agar lebih mudah kita memahami ayat kedua ini,  kita ingat semula kisah isra' dan mikraj. Pada peristiwa itu Nabi Muhammad s.a.w. sudah melihat dengan mata kepala baginda, PENDERITAAN umat baginda yang SEDANG DIBAKAR DIDALAM API NERAKA sedangkan hari perbicaraan dipadang mahsyar BELUM TERJADI. Sedangkan ada umat baginda yang BELUM LAHIR.  Sedangkan ada umat baginda yang MASIH HIDUP. Macam mana tu?

Itulah persoalan yang TIDAK JELAS pada umat sekarang.
Sudah pasti ada yang keliru tentang perkara itu.

Kenapa umat tidak jelas?Kenapa umat keliru?
Sebabnya ialah kerana manusia tanpa sedar telah mencampuri urusan Allah. Manusia tanpa sedar telah memikirkan pekerjaan Allah.

Apa urusan @ pekerjaan Allah yang difikirkan oleh manusia?

Manusia memikirkan bagaimana cara Allah menghidupkan Nabi Adam.

Mana boleh fikir...... Mana mungkin akal manusia mampu memikirkan pekerjaan Allah. Mana mungkin akal manusia mampu memikirkan cara Allah menghidupkan Nabi Adam. Pekerjaan sendiripun TAK MAMPU nak buat, pekerjaan sendiripun TAK MAMPU nak fikir, tup tup tup nak fikir pekerjaan Allah pulak.... Mana mungkin......... Akal manusia hanya mampu memikirkan pekerjaan makhluk.

Akibat memikirkan pekerjaan Allah itulah, maka manusia sudah menggambarkan ayat yang terjemahnya "ditiupkan ROH" sebagai ROH ALLAH MASUK KEDALAM  LEMBAGA ADAM. Itulah akibat memikirkan pekerjaan Allah. Sesat dan menyesatkan.

Mungkin masih ada yang kurang jelas. Tak mengapa, kita akan cerahkan sedikit lagi insya Allah. Ingat semula, KUASA dan KEHENDAK Allah itu tidak ada had. Yakni QUDRAT dan IRADATNYA tidak terbatas. Lihat contoh ini. Contoh sahaja ya. Ini bukan betul betul. Hanya sekadar contoh..... Katalah sudah ditakdirkan umat Baginda yang lahir pada zaman Dajjal, mati dalam keadaan berdosa BESAR, sebenarnya, pada malam isra' dan mikraj, umat Baginda itu SEDANG DIBAKAR DIDALAM NERAKA, PADA KETIKA NABI MASUK KEDALAMNYA. Nabi sudah melihat umat Baginda itu diazab didalam neraka. Apa yang Nabi lihat itu BUKAN gambaran didalam neraka, tetapi KENYATAAN @ REALITI didalam neraka. Itulah BUKTI qudrat dan iradat Allah yang tidak terbatas. Walaupun manusia itu belum zahir kedunia, Allah berkuasa menunjukkan KESUDAHAN setiap manusia samada ahli syurga ataupun ahli neraka. Walaupun belum ada sebarang makhluk, belum ada syurga neraka, belum ada malaikat, Allah SUDAH TAHU pada hari ini, kita akan berkongsi ilmu @ mendengar audio pencerahan Soalan 100 dalam group laisakamitslihisyaiun.

Saya pasti ramai yang masih keliru. Macam mana tu?  Takkan belum lahir kedunia, belum buat dosa,  belum segala galanya tetapi sudah dibakar didalam neraka pada peristiwa isra' dan mikraj.

Takpa
Sabar,  sabar, kita akan cerahkan lagi. Insya Allah

Kita ingat semula, PADA HAKIKAT AKAL dan PADA HAKIKAT SYARAK bahawa PENGETAHUAN Allah itu tidak ada had. PADA HAKIKAT AKAL dan PADA HAKIKAT SYARAK bahawa Qudrat dan Iradat Allah itu tidak ada had. Kita ingat semula, bahawa Allah mengetahui segala yang

1) sudah terjadi,
2) sedang terjadi,
3) akan terjadi

dialam nyata di alam ghaib, di alam kubur @ alam barzah, dipadang mahsyar, di dalam syurga neraka, selama lamanya dengan SEKALI TAHU  dengan SEKALI LIHAT, dengan SEKALI DENGAR, TANPA SEDETIK MASA walau pada kadar masa yang lebih singkat dari sedetik masa. Pengetahuan Allah itu bukannya berperingkat peringkat. Pelihat Allah itu bukannya berperingkat peringkat. Pendengar Allah itu bukannya berperingkat peringkat.

Ingat ya, itu semua PADA HAKIKAT AKAL dan PADA HAKIKAT SYARAK. Bukan pada adat, bukan pada akal dan bukan pada zahir syarak.

Persoalan terakhir ialah, siapakah golongan yg beriktikad seperti itu?

Jawabannya ialah
Golongan itu sangat ramai. Antaranya ialah

1) golongan wahdatul wujud,
2) golongan yang beriktikad ada MUHAMMAD dalam diri,
3) pengikut wahhabi,
4) Syiah
5) Pengikut kitab Hakikat Insan tulisan Hj Ahmad Laksamana
6) Hussien Abd Latiff dari Singapura serta pengikut masing masing yang bertaburan disekeliling kita. Nauzubillah.

Sebagai penutup, barisan admin mengajak semua ahli untuk sama sama mengulangkaji semula semua pencerahan mulai Soalan 1 sehingga faham terutama perbezaan antara hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Dengan cara itu, setiap persoalan akan mudah difahami insya Allah.

------------------------------------------
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam


Semua pencerahan dan audio mulai Soalan 1 - 100 boleh diperolehi FREE @ GRATIS di👇🏾
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan