(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 28 Julai 2016

Bab 9 Soalan 93 Sambungan dari Soalan 92. Apakah makna dan contoh bagi 5 perkara yang membinasakan akidah yang disebut pada Soalan 92 iaitu : 1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah. 2) membantah ayat Allah 3) mengingkarkan ayat Allah. 4) mempersendakan ayat Allah. 5) menyengutukan ayat Allah.

Bab 9
Soalan 93

Sambungan dari Soalan 92.

Apakah makna dan contoh bagi 5 perkara yang membinasakan akidah yang disebut pada Soalan 92 iaitu :

1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah.
2) membantah ayat Allah
3) mengingkarkan ayat Allah.

-----------------------------------------
4) mempersendakan ayat Allah.
5) menyengutukan ayat Allah.
------------------------------------------

Akan dicerahkan dan dijadikan Soalan 94


PENCERAHAN



Sebelum kita kupas persoalan 93, elok kita ulangkaji dahulu pintu pintu yang menyebabkan BINASA AKIDAH @ BATAL SYAHADAT yakni jatuh KAFIR.

Akidah seseorang boleh binasa disebabkan salah satu dari 3 jenis perbuatan iaitu

1) perbuatan hati @ iktikad.
2) perbuatan lidah @ perkataan
3) perbuatan anggota @ tingkahlaku.

Perkataan dan tingkahlaku MUDAH DIKESAN kerana zahir pada orang ramai. 1 contoh yang menyebabkan binasa akidah dari sudut lisan ialah perkataan seseorang yang menyebut

"Allah memiliki kaki, tangan, wajah, tubuh tetapi tidak ada persamaan dengan kaki, tangan, wajah dan tubuh makhkuk."

Perkataan seperti itu bersama ayat2 mutasyabihat dalam al Quran dan hadith yang menyebut tangan dan kaki sudah dicerahkan pada Soalan 77. Sesiapa yang ingat ingat lupa, eloklah semak semula.

Sebab itu
BINASA AKIDAH.

1 contoh yang menyebabkan binasa akidah dari sudut tingkahlaku ialah meniru perbuatan orang kafir menyembah berhala.

BINASA AKIDAH

Itulah dua contoh perbuatan lisan dan anggota yang sangat JELAS SYIRIK, JELAS MEMBINASAKAN AKIDAH dan MUDAH DIKESAN. Akan tetapi bagaimana sekiranya perbuatan SYIRIK itu berlaku dalam HATI? Contohnya, seseorang itu BERIKTIKAD ALLAH BERADA DIHADAPANNYA KETIKA SOLAT?

Iktikad seperti itu sesungguhnya sangat MEMBINASAKAN AKIDAH. Sekiranya ada teman kita yang beriktikad sedemikan, adakah kita tahu?

Jawabannya TIDAK. Takda seorangpun manusia yang tahu si polan itu SUDAH KAFIR walau ibu ayahnya @ gurunya sekalipun. Hanya Allah tahu. Perkara yang menyebabkan syirik melalui perbuatan hati inilah yang PALING MERBAHAYA kerana ada kemungkinan seseorang itu akan SYIRIK SEHINGGA MATI disebabkan tidak ada yang menegur kesalahan besar seperti itu.
Nauzubillah.

Oleh sebab itu, antara 3 jenis perbuatan yang menyebabkan SYIRIK, perbuatan yang paling BAHAYA adalah PERBUATAN HATI @ IKTIKAD.

Oleh itu, agar AKIDAH kita SELAMAT dari 5 perkara yang membinasakan syahadat seperti yang disebut pada soalan 93 ini, tidak ada jalan lain melainkan memahami 3 JENIS PERBUATAN ITU. Persoalan ini sebenarnya sudah dicerahkan sepintas lalu pada Soalan 74 & 77 yang lepas. Sesiapa yang ingat2 lupa, eloklah semak semula.

Kita akan cerahkan satu persatu secara ringkas, insya Allah.

1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah.

Makna menokok tambah disini ialah 2 perkara iaitu menambah atau mengurangi PERINTAH Allah samada SURUH @ TEGAH Allah.

Ingat semula ya. Hukum syarak itu atau perintah Allah itu 3 bahagi.
1) Suruh
2) tegah dan
3) harus.

Untuk memudahkan faham perkongsian ilmu ini, eloklah semak semula pencerahan Soalan 72 - 74.

Dalam ertikata lain, suruh @ tegah Allah itu wajib 100% sama seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

Bukti dari al Quran ialah

فَوَيۡلٌ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلاً      ۖ   فَوَيۡلٌ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

(Al-Baqaroh : 79)

Contoh menokok tambah ibadah melalui perkataan.

 mendakwa Nabi Muhammad s.a.w TIDAK TAHU sifat 20 Allah itu :

1) Wajib Wujud @ wajib ada
2) Wajib Kidam @ wajib sedia ada
3) Wajib Baqo @ wajib kekal

sehingga

20) Wajib Mutakallimun

BINASA AKIDAH.

Contoh menokok tambah ibadah melalui perbuatan anggota.

 Mendirikan solat zohor 3 rakkat @ 5 rakaat.

BINASA AKIDAH.

Contoh menokok tambah ibadah melalui hati @ iktikad.

 mendakwa Nabi Muhammad s.a.w
TIDAK PERNAH BERIKTIKAD Allah itu :

1) Wajib Wujud @ wajib ada
2) Wajib Kidam @ wajib sedia ada
3) Wajib Baqo @ wajib kekal

sehingga

20) Wajib Mutakallimun

BINASA AKIDAH

itulah makna dan 3 contoh perbuatan yang menyebabkan binasa akidah.

Persoalan seterusnya
Apakah makna membantah ayat Allah dan 3 contoh perbuatan yang membinasakan akidah?

Makna ayat Allah ialah BUKTI ALLAH iaitu 3 perkara

1) Al Quran
2) Hadith Nabi
3) Sekalian alam

Sekalian alam itu pula terbahagi kepada 2 iaitu

1) alam nyata @ alam zahir
2) alam ghaib

Alam nyata dan alam ghaib pula terbahagi lagi kepada banyak alam. Cukuplah disebutkan setakat itu. Yang penting, kita semua tahu, pada akal dan pada syarak, semuanya itu dijadikan oleh Allah. Semua alam itulah yang disebut sebagai SEKALIAN ALAM.

3 jenis ayat Allah itu wajib kita beriman kepadanya. Beriman kepada ayat ayat Allah bermakna beriman kepada Allah.

Persoalan sekarang, apakah makna membantah ayat Allah?

Membantah ayat Allah LEBIH kepada perbuatan LISAN @ PERKATAAN yang terbit dari perbuatan hati.

Untuk memahami makna membantah pada syarak ini, kita perlu memahami makna membantah pada adat.

Makna membantah pada adat ialah

1) MEMPERSOALKAN sesuatu &
2) MENAFIKAN sesuatu perihal "dunia"

Membantah pada adat ada 3 bahagi iaitu

1) membantah secara terang terangan.
2) membantah secara sembunyi.
3) membantah secara tidak sedar.

Contoh setiap satu ialah seperti berikut.

Membantah secara terang terangan :

Contohnya ialah, POLIS MENYURUH orang ramai JANGAN BERARAK DI LEBUH RAYA, tapi "PEMIMPIN" perarakan mempersoalkan arahan pihak polis dan menyuruh orang ramai "meneruskan perarakan" yang membawa maksud "tidak bersetuju".

Itulah contoh membantah secara TERANG TERANGAN pada adat.

Untuk contoh membantah secara tersembunyi, kita ambil contoh pertama diatas.

POLIS MENYURUH orang ramai JANGAN BERARAK DI LEBUH RAYA, tapi ada orang yang berkata "mereka berarak sebab perarakan itu tidak merugikan sesiapa"

Perkataan itu sebenarnya membantah arahan pihak polis tetapi dibantah dengan perkataan yang "berlapik".

Untuk contoh membantah secara tidak sedar pula ialah, kita ambil dari 2 contoh diatas.

Si Abdullah tahu POLIS MENYURUH orang ramai JANGAN BERARAK DI LEBUH RAYA, tapi si Abdullah membawa anaknya yang tidak tahu apa apa, berarak bersama sama dijalan raya.

Apabila pihak polis melepaskan gas pemedih mata, anaknya yang tidak tahu apa apa itupun turut terkena dan ditangkap bersama sama si Abdullah.

Anak si Abdullah itu dikatakan membantah "tanpa sedar". Itulah contohnya.

Apa pula makna membantah pada syarak?

Diambil dari makna membantah pada adat, maka makna membantah pada syarak ialah 3 jenis perbuatan membantah iaitu membantah secara terang terangan, membantah secara tersembunyi dan membantah tanpa sedar* yakni

1) MEMPERSOALKAN &
2) MENAFIKAN salah satu dari 3 jenis ayat Allah.

Contohnya bagi setiap satu ialah

Allah menetapkan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga 4 tetapi ada golongan seperti pertubuhan Sister In Islam yang mempersoalkan ketetapan Allah itu dengan bermacam macam alasan seperti, "tidak adil" dan lain lain alasan yang membawa maksud "tidak bersetuju". Perkataan itu sudah tentu terbit dari dalam hati dan menggagahi LIDAH untuk berkata.

Itulah contoh membantah secara terang terangan.
Maka BINASA AKIDAH.

Dalilnya dari al Quran ialah

وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ  ۚ  وَيُجَـٰدِلُ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ بِٱلۡبَـٰطِلِ لِيُدۡحِضُواْ بِهِ ٱلۡحَقَّ‌   ۖ   وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَـٰتِى وَمَآ أُنذِرُواْ هُزُوًا

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.

(Al-Kahfi : 56)

Itu adalah contoh dan bukti membantah secara terang terangan dengan memberi bermacam macam alasan. Untuk contoh alasan secara sembunyi pula, kita lanjutkan contoh pertama diatas.

Allah menetapkan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga 4 tetapi ada golongan atau seseorang yang berkata "tindakan Sister In Islam menyokong perempuan yang membantah poligami sebenarnya tak merbahaya, tak perlu ditakutkan"

BINASA AKIDAH

Itu contoh pertama. Contoh kedua ialah

Apabila ditanya orang, "kenapa kamu ikut sama merayakan hari Krismas @ Depavali penganut Hindu?"

Dia menjawab, "kita masyarakat majmuk, Allah tak tegah kita merayakan hari Krismas @ Depavali"

BINASA AKIDAH.

Contoh ketiga ialah

Apabila seseorang dengan sukarela @ suka hati MELIHAT org kafir menyembah berhala @ merayakan upacara keagamaan mereka seperti hari Krismas atau perayaan agama Hindu

contoh seterusnya

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
(Al Ikhlas : 1)

"Allah perintahkan mengata ESA & mengata Allah SATU serta menjauhi perkataan yang membawa makna banyak melalui 3 perbuatan" akan tetapi dia berkata

"berguru kepada orang yang tidak tahu perbezaan makna satu, makna esa dan makna banyak menurut 3 hukum pun TAK MENGAPA.

BINASA AKIDAH

Ayat al Quran yang menjadi bukti perintah Allah yang dinyatakan itu sudah disebutkan pada Soalan 56, 58, 59, 60, 64 - 70. Sesiapa yg ingat ingat lupa, eloklah semak semula.

Itulah 2 contoh membantah secara tersembunyi tetapi menggunakan ayat berlapik. Tetap BINASA AKIDAH.

Apakah contoh membantah tanpa sedar?

Contohnya ialah Pertubuhan Sister In Islam melantik seseorang menjadi penasihat dan pemimpin yang dilantik itu BERSETUJU menjadi penasihat tanpa mengetahui perjuangan pertubuhan itu.

Maka BINASA AKIDAH.

Persoalan seterusnya ialah
apakah makna dan contoh mengingkarkan ayat Allah?

Mengingkarkan ayat Allah LEBIH kepada perbuatan LISAN yang terbit dari perbuatan hati

Untuk memahami makna mengingkarkan pada syarak ini, kita perlu memahami makna mengingkarkan pada adat.

Makna mengingkarkan pada adat ialah TIDAK MAHU MENGIKUT. Perkataan INGKAR dalam bahasa Arab ialah KAFIR. Sama seperti membantah, mengingkarkan pada adat terbahagi 3 iaitu

1) ingkar secara terang terangan.
@ kafir secara terang terangan.

2) ingkar secara sembunyi.
@ kafir secara sembunyi.

3) ingkar secara tidak sedar.
@ kafir tanpa sedar.

Contoh ingkar pada syarak secara terang terangan ialah Allah wajibkan puasa pada bulan Ramadhan dan haji di mekah tetapi ada yang berani berkata "saya TIDAK WAJIB berpuasa pada bulan ramadhan, saya TAK WAJIB haji ke mekah, Negara kita TIDAK WAJIB ikut undang undang Islam" dan sebagainya.

Itulah contoh perbuatan yang terang terang ingkar terang terang kafir maka BINASA AKIDAH. Nauzubillah

Dalilnya dari al Quran ialah

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦ وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada toghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada toghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

(An-Nisa' : 60)

Contoh perbuatan yang ingkar secara tersembunyi pula ialah perkataan "saya TIDAK WAJIB berpuasa pada bulan ramadhan sebab saya gastrik , saya TAK WAJIB haji ke mekah sebab saya boleh haji di tempat lain, negara kita TIDAK WAJIB ikut undang undang Islam kerana kerana ramai rakyat negara kita yang bukan Islam" dan sebagainya

Tetap binasa akidah.

Contoh untuk perbuatan ingkar tanpa sedar ialah

1) berguru @ menuntut ilmu agama kepada orang yang jahil murakkab

2) menjadi pengikut kepada orang yang menentang Islam @ menyokong orang kafir sebagai pemimpin umat Islam.

Itulah 2 contoh perbuatan yang tanpa sedar menyebabkan binasa akidah.


Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa': 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam

---------------------------------------

Semua pencerahan Soalan 1 - 92 boleh diperolehi PERCUMA di..

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

atau
Telegram sila taip

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Ahad, 17 Julai 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 92 1) Apakah makna mengetahui @ berilmu menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Apakah makna tidak mengetahui @ tidak berilmu pada adat, pada akal dan pada syarak? 3) Apakah perbuatan tidak berilmu yang menyebabkan binasa akidah? 4) Apakah perbuatan yg berilmu yg pula boleh menyebabkan binasa aqidah? 5) Bagaimana caranya perbuatan yg berilmu yg menyebabkan binasa aqidah dapat kembali kpd aqidahnya yg benar dan diterima syarak? Berikan contoh


Pencerahan
Soalan 92


1) Apakah makna mengetahui @ berilmu menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Apakah makna tidak mengetahui @ tidak berilmu pada adat, pada akal dan pada syarak?

3) Apakah perbuatan tidak berilmu yang menyebabkan binasa akidah?

4) Apakah perbuatan yg berilmu yg pula boleh menyebabkan binasa aqidah?

5) Bagaimana caranya perbuatan yang berilmu yang menyebabkan binasa aqidah dapat kembali kepada aqidahnya yang benar dan diterima syarak?

Berikan contoh


PENCERAHAN


Faham dan tahu adalah dua perkara yang berbeza. kedua-duanya beza mengikut tingkatan ilmu. Contohnya
Jika seseorang sudah tahu tentang ilmu tauhid, dia tidak semestinya sudah faham ilmu tauhid. Akan tetapi jika seseorang itu sudah faham ilmu tauhid, maka pastilah dia sudah tahu ilmu tauhid.

Jadi, apakah sebenarnya makna tahu berdasarkan 3 hukum?

Pada ADAT
Makna TAHU @ makna BERPENGETAHUAN @ makna BERILMU  itu 2 perkara iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti akan sesuatu perkataan berkaitan MAKHLUK @ tentang SUNNAH ALAM itu dapat dicapai oleh salah satu dari 5 pancaindera dan

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh tanda @ dalil @ bukti itu.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai FAHAM AKAN MADLUL PADA ADAT.

Diambil dari itu, maka
Pada ADAT
makna TIDAK TAHU @ makna TIDAK BERPENGTAHUAN @ makna TIDAK BERILMU itu ada 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti tentang perkataan MAKHLUK @ tentang SUNNAH ALAM itu TIDAK dicapai oleh salah satu pancaindera.

2) tanda @ dalil @ bukti tentang perkataan makhluk @ sunnah alam SUDAH dicapai oleh salah satu pancaindera akan tetapi TIDAK DIFAHAMI oleh HATI @ BERCANGGAH dgn bukti lain @ TIDAK DITERIMA OLEH AKAL yang sihat pada adat.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai BERSALAHAN AKAN MADLUL PADA ADAT

Contohnya ialah seperti ini

Pancaindera pertama.
*MATA*
Mata kita melihat TAPAK KAKI HARIMAU dikebun. Kita tahu itu adalah tapak kaki harimau, bukan tapak kaki lembu. Itulah contoh makna tahu pada adat.

Jika kita tidak tahu binatang yang memiliki tapak kaki tersebut, itulah contoh, makna TIDAK BERPENGETAHUAN @ TIDAK BERILMU PADA ADAT

Contoh pancaindera ke-2
*TELINGA*
Telinga kita mendengar suara nyaring dari langit. Kita tahu itu bunyi kapal terbang. Itu bukan bunyi kerbau. Itulah contoh makna tahu pada adat.
Jika kita tidak tahu suara @ bunyi yang kita dengar itu, itulah contoh, makna TIDAK BERPENGETAHUAN @ TIDAK BERILMU PADA ADAT

Itulah 2 contoh makna mengetahui dan makna tidak mengetahui pada adat. TERTENTU BERKAIT DENGAN MAKHLUK @ SUNNAH ALAM SAHAJA.

Apakah pula maknanya dari sudut hukum akal?

Pada AKAL
Makna TAHU @ makna BERPENGETAHUAN @ makna BERILMU  itu 2 perkara iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti akan sesuatu tentang pencipta alam semesta bernama ALLAH itu dapat dicapai oleh salah satu dari 5 pancaindera dan

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh tanda @ dalil @ bukti itu.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai FAHAM AKAN MADLUL PADA AKAL

Apa pula makna TIDAK MENGETAHUI @ TIDAK BERPENGETAHUAN pada akal?

Diambil dari itu, maka
Pada AKAL
makna TIDAK TAHU @ makna TIDAK BERPENGTAHUAN @ makna TIDAK BERILMU itu ada 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti tentang pencipta makhkuk bernama ALLAH itu TIDAK dicapai oleh salah satu pancaindera atau

2) tanda @ dalil @ bukti tentang ALLAH itu SUDAH dicapai oleh salah satu pancaindera akan tetapi TIDAK DIFAHAMI oleh HATI @ BERCANGGAH dengan bukti lain @ TIDAK DITERIMA OLEH AKAL yang sihat pada adat.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai BERSALAHAN AKAN MADLUL PADA AKAL

Apakah contohnya?
Contoh pertama ialah

Pada AKAL
Allah berkata @ berfirman BUKAN dengan alat seperti lidah, huruf & suara.

Dalil akalnya ialah
setiap yang berkata dengan alat seperti lidah, huruf dan suara itu pasti ada persamaannya dengan makhluk lain seperti manusia dan binatang. Pasti berubah kepada bisu, kelu, mati dan sebagainya.

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah. Maka maha suci Allah daripada memiliki alat seperti lidah, huruf dan suara, maha suci daripada bisu, kelu, mati dan sebagainya yang sabit pada sekalian makhluk.

DALIL
pada contoh ini ialah makhluk berkata dengan alat iaitu lidah, huruf dan suara.
MADLULNYA
ialah Allah berkata @ berfirman bukan dengan alat seperti lidah, huruf & suara.

Itulah contoh mengetahui @ berilmu pada akal. TERTENTU BERHUBUNG DENGAN PENGENAL KEPADA ALLAH.

Contoh kedua

Pada AKAL
Allah TAHU semua perbuatan HAMBA-NYA dengan SEKALI TAHU, BUKAN BERPERINGKAT PERINGKAT, tanpa ada masa walau sedetik atau kurang dari satu detik masa sekalipun.

Pada AKAL
semua yang sudah terjadi, semua yang sedang terjadi dan semua yang akan terjadi di alam nyata, di alam barzah, di alam ghaib, di dalam syurga neraka dan selama lamanya SUDAH DIKETAHUI OLEH ALLAH dengan SEKALI TAHU, BUKANNYA ALLAH TAHU BERPERINGKAT PERINGKAT. Bukannya semalam Allah tahu A, hari ini Allah tahu B.

Dalil akalnya ialah
pengetahuan makhluk seperti manusia. Pengetahuan kita berperingkat peringkat. Semalam kita tahu A, sekarang kita tahu B, besok kita mungkin tahu yang lain pulak dan mungkin juga tidak ada pertambahan ilmu.

Kita tahu, setiap yang sabit pada sekalian makhluk itu, mustahil sabit pada Allah. Maka maha suci pengetahuan Allah itu berperingkat peringkat.

DALIL
pada contoh ini ialah pengetahuan makhluk berperingkat peringkat.
MADLULNYA
ialah pengetahuan Allah itu BUKAN BERPERINGKAT PERINGKAT tetapi dengan SEKALI TAHU PADA AKAL.

Persoalan seterusnya ialah
apakah makna mengetahui @ berpengetahuan pada syarak?

Diambil dari makna berpengetahuan @ mengetahui pada adat dan pada akal, maka makna berpengetahuan @ mengetahui pada syarak adalah 2 perkara iaitu

1) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh ayat Al Quran @ hadith.

Dalilnya daripada al Quran ialah

نَحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ أَحۡسَنَ ٱلۡقَصَصِ بِمَآ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ وَإِن ڪُنتَ مِن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

(Yusof : 3)

Itulah BUKTI makna berpengetahuan itu *TAHU & FAHAM HATI.*

Apa pulak makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada syarak?

Diambil dari makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada adat dan pada akal, maka makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada syarak adalah 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad TIDAK dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith

2) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith tetapi tidak difahami oleh hati @ bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

buktinya dari al Quran ialah

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Isra' : 36)

Itulah buktinya JANGAN IKUT @ JANGAN BUAT @ JANGAN IKTIKADKAN sesuatu yg kita TIDAK TAHU @ TIDAK FAHAM.

Contohnya ialah

1) menunaikan solat fardu 5 waktu

Dalilnya ialah

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Baqarah : 43)

Itulah contoh berpengetahuan @ mengetahui pada syarak. Ada bukti bagi setiap perbuatan @ perkataan @ ibadah yang dilakukan.

Contoh kedua
Pada SYARAK,
*baik @ jahat, syurga @ neraka adalah pilihan sendiri*. Bukannya sudah ditetapkan oleh Allah.

Buktinya ialah ayat ke-72 surah al-Maidah

لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌   ۖ   وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌   ۖ   إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌   ۖ   وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

(Al-Maidah : 72)

Ayat itu menjadi bukti, mereka mempersekutukan Allah kerana memperturutkan hawa nafsu, BUKANNYA KERANA PERINTAH ALLAH, BUKANNYA KERANA SUDAH DITETAPKAN ALLAH MEREKA MELAKUKAN SYIRIK.

Persoalan terakhir ialah
Apakah perbuatan orang yang berilmu @ berpengetahuan yang boleh menyebabkan binasa akidah? Dan bagaimana cara untuk kembali kepada akidah yang diterima oleh syarak?

Untuk memahami persoalan terakhir itu,  elok kita lihat dahulu AKIBAT JAHIL PADA SYARAK. Kita lihat perumpamaan ini.

Katalah kita membeli sebotol racun rumput. Botol berisi racun itu berwarna kuning seolah olah sejenis minuman berperisa oren. Kita tersilap simpan dengan meletakkan botol berisi racun itu diatas meja dapur.

Apakah yang akan terjadi kepada

1) *seorang kanak kanak yang TIDAK TAHU* bahawa cecair dalam botol itu sebenarnya adalah RACUN. Kanak kanak itu meminumnya tanpa mengetahui risikonya pada adat.

2) *seorang lelaki tua yang TAHU* bahawa cecair dalam botol itu sebenarnya adalah RACUN. Dia dengan *SENGAJA* meminumnya dan tahu risikonya pada adat.

Persoalannya sekarang, apa yang akan terjadi kepada kanak kanak dan orang tua itu?

Jawabannya sangat mudah. Kita semua sudah tentu yakin, kedua duanya akan MATI PADA ADAT. kanak kanak itupun akan mati walaupun dia TIDAK TAHU cecair yang diminumnya itu adalah racun. Lelaki tua itupun sama. Orang tua itupun akan mati pada adat. Racun  itu tetap MEMBUNUH PADA ADAT tanpa pilih kasih.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya seseorang mukallaf samada ianya berpengetahuan atau tidak berpengetahuan akan tetap BINASA AKIDAHNYA sekiranya mereka melakukan perkara2 yang membinasakan akidah. Sekiranya seorang yang berpengetahuan @ tidak berpengetahuan melakukan salah satu dari 3 jenis perbuatan yang membinasakan akidah,  mereka TETAP BINASA AKIDAHNYA. Nauzubillah.

*Perbuatan yang  menyebabkan binasa akidah samada bagi orang yang berpengetahuan atau bagi yang tidak berpengetahuan ialah 5 perkara* iaitu :

1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah.

2) membantah ayat Allah
3) mengingkarkan ayat Allah.
4) mempersendakan ayat Allah.
5) menyengutukan ayat Allah.

Maksud dan contoh bagi 5 perkara itu akan kita bincangkan pada Soalan 93 insya Allah.

Untuk kembali kepada akidah yang sebenar, tidak ada cara lain melainkan berakidah sama seperti akidah ASWJ iaitu memelihara diri dari melakukan perbuatan SYIRIK. Untuk mengelakkan syirik pula, tidak ada cara lain melainkan mengetahui dan mengelakkan diri dari melakukan 5 perkara yang membinasakan akidah yang disebut diatas. Kita akan cerahkan persoalan ini pada Soalan 93 insya Allah.

------------------------------------------
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana kesilapan saya memperturutkan hawa nafsu.

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ ۚ

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah (anugerah) dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa : ayat 79)

Wallohua'lam
Maaf zahir & batin

---------------------------------------

Soalan dan pencerahan Soalan 1 - 92 boleh diperolehi PERCUMA di

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

atau
Telegram sila taip

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Jumaat, 15 Julai 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 91 Salah faham kisah Nabi Musa berguru kepada Nabi Khidir boleh menyebabkan BINASA AKIDAH. Apakah contoh salah faham pada kisah Nabi Musa berguru kepada Nabi Khidir?


Pencerahan
Soalan 91


Salah faham kisah Nabi Musa berguru kepada Nabi Khidir boleh menyebabkan BINASA AKIDAH.

Apakah contoh salah faham pada kisah Nabi Musa berguru kepada Nabi Khidir?


PENCERAHAN

Allah telah menerangkan kisah Nabi Musa berguru kepada Nabi Khidir didalam al Quran. Melalui kisah itu, Allah mengajar manusia dan memerintahkan manusia supaya berpegang kepada KITAB AL QURAN. JANGAN BERPEGANG KEPADA SESUATU YANG TIDAK ADA BUKTINYA DARIPADA AYAT AYAT ALLAH.

Kita tidak menyebutkan ayat ayat yang berlaitan disini untuk memberi peluang kepada ahli mencarinya sendiri.

Contoh perkataan orang yang salah faham ini telah diambil dari golongan yang mengaku berpegang kepada hakikat dan mereka meninggalkan syariat. Inilah satu dari beratus contoh perkataan mereka yang jelas SALAH FAHAM. Saya serahkan kepada tuan/puan untuk membacanya sehingga habis.


"TAREQAT TIDAK BERNAMA" :

Orang lain mencari Tareqat yang bernama, namun
bagi-ku aku menjalani “Tareqat Tidak Bernama”. Aku katakan tidak bernama kerana “Dia ada dalam sebutan, tetapi Dia tidak ada pada kenyataan”. Aku ketemui itu jalan setelah aku didorong oleh-Nya seperti jalannnya Musa mencari seorang “Hamba Allah Yang Beriman” di “Pertemuan Dua Laut” (Surat Al-Kahfi).
Untuk memahami jalannya, aku merenung jauh tetapi dekat, kisah perjalanan dan perguruannya Musa. Musa bangga akan Kenabiannya dan dirasakannya dijaman itu beliau saja yang cukup beriman kepada Allah. Lalu Allah uji keimanan Musa, di Perintahkan-Nya Musa mendalami perguruannya, pergi lagi mengaji dan berguru, mencari seorang “Hamba Allah Yang Beriman” di “Pertemuan Dua Laut”. Hamba Allah itu tidak lain, itulah “NABI KHIDIR” namanya……

Diringkaskan riwayatnya, maka ketemulah Musa sama itu Khidir. Maka diberitahu oleh Khidir, syaratnya kalo mahu berguru dengannya, jangan sekali-kali bertanya apa jua yang terjadi sepanjang dalam perguruan. Maka bermulalah mereka berjalan dan berjalan di Dua Persimpangan Jalan. Maka belum sempat lagi sampai kedestinasi di Pertemuan Dua Lautan, Khidir sudah tidak mahu menerima Musa sebagai Muridnya. Maka belum pun tamat perguruan dan perjalanan mereka, maka terputuslah perguruannya Musa dengan Gurunya itu Khidir……
Apa sebab Khidir tidak mahu mengajar Musa??? Sebab utamanya Musa “tidak kenal” siapa sebenarnya itu Khidir. Sebab Musa telah melanggar syarat-syaratnya perguruan dan perjalanannya Khidir. Sebab Musa banyak bertanya dan bertanya menggunakan akal egonya yang sesuai dengan Ilmu Syariatnya, hinggakan Musa membantah segala perbuatannya Khidir yang dianggapnya telah melanggar Hukum Syariat……
Sedangkan setiap perbuatannya Khidir itu adalah Ilmu Hikmah, mencarik adat, yang diluar akal dan pengetahuan pengajian Ilmu Syariat…. Itulah ilmunya Khidir, yang Allah telah Nobatkan kepada beliau sebagai memegang Ilmu Sirr Nabuah yang dinamakn “ILMU LADUNI”, yang dibangsakan kepada Allah : “ILMU DI-SISI-KU.”…………
Siapakah Dia sebenar-benarnya itu KHIDIR……???
….. Wallahualam …..

Penulis kisah Nabi Musa berguru kpd Nabi Khidir ini seorang yang SANGAT KELIRU & SANGAT JAHIL

Kenapa saya kata JAHIL?

=====================

PENCERAHAN
Kerana

1) Menyebut Nabi Musa dan Nabi Khidir sebagai musa dan Khidir TANPA MENYEBUT PANGKAT KENABIAN.

itu sebenarnya mengulang perbuatan orang Yahudi dan munafik yang memandang HINA PESURUH ALLAH dan sebenarnya MENGHINA ALLAH.

Buktinya orang Yahudi memanggil Nabi Musa tanpa gelaran Nabi ialah ayat al Quran berikut :

قَالُواْ يَـٰمُوسَىٰٓ إِنَّ فِيہَا قَوۡمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَا حَتَّىٰ يَخۡرُجُواْ مِنۡهَا فَإِن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَا فَإِنَّا دَٲخِلُونَ

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".

(Al-Maidah : 22)

2) mendakwa Nabi Musa BANGGA akan Kenabiannya.

Ini satu tuduhan orang yang sangat JAHIL dan TIDAK MENGENAL PESURUH ALLAH dan TIDAK MENGENAL ALLAH.

3) menuduh Nabi Musa UJUB dengan merasakan dizaman itu dirinya yang

paling beriman kepada Allah.

Ini tuduhan kedua keatas Nabi Musa oleh orang yang sangat JAHIL dan TIDAK MENGENAL PESURUH ALLAH dan TIDAK MENGENAL ALLAH.

4) Menuduh Nabi Musa menggunakan akal EGONYA yang sesuai dengan ilmu syariat.

Ini tuduhan kali ke-3 keatas Nabi Musa oleh orang yang sangat JAHIL dan TIDAK MENGENAL PESURUH ALLAH dan TIDAK MENGENAL ALLAH

5) Menuduh Nabi Musa JAHIL kerana tidak mengenal Nabi Khidir.

Ini tuduhan ke-4 keatas Nabi Musa oleh org yang sangat JAHIL dan TIDAK MENGENAL PESURUH ALLAH dan TIDAK MENGENAL ALLAH.

Kenapa dikatakan mereka tidak mengenal pesuruh Allah dan tidak mengenal Allah?

Sebabnya ialah, mereka tidak tahu semua 124,000 Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w memiliki 4 sifat iaitu

1) Siddik
2) Amanah
3) Fatonah
4) Tabligh

Tidak ada Nabi yang  memiliki kurang dari 4 sifat itu termasuk Nabi Musa. Menuduh Nabi Musa ego, bangga diri, merasakan dirinya paling pandai dan lain lain sebenarnya anggapan orang yang dinamakan *jahil murakkab* iaitu golongan yang merasakan dirinya pandai sedangkan mereka sangat jahil dan tidak sedar dirinya jahil.

Kenapa pula dikata golongan itu tidak mengenal Allah?

Sebabnya ialah, mereka tidak tahu, semua perbuatan para Nabi dan rosul sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad adalah atas PERINTAH ALLAH. Mereka tidak tahu bahawa, Nabi tidak akan melakukan sesuatu sebelum diizinkan oleh Allah. Mereka juga tidak tahu bahawa, semua perbuatan Nabi Musa dan Nabi Khidir adalah atas perintah Allah.

Perbuatan mereka yang salah faham ini dengan menganggap Nabi Musa ego, bangga diri dan sebagainya sebenar benarnya membawa maksud Allah telah memilih pesuruh yang tidak memiliki 4 sifat kenabian. Dalam erti kata lain, Allah telah tersilap pilih pesuruh. SEBAB ITU BINASA AKIDAH MEREKA YANG JAHIL MURAKKAB ITU.
NAUZUBILLAH

Semoga Allah menjauhkan kita dari golongan yang salah faham, sesat dan menyesatkan.

Bagi orang yang percaya atau salah faham itu, barisan admin menasihatkan, TAUBATLAH kerana tuduhan itu SANGAT BERAT dan sebenar benarnya TELAH MEMBINASAKAN AKIDAH diri sendiri dan diri orang jahil yang percaya dengan FITNAH KEATAS NABI ALLAH MUSA itu dan MENGHINA ALLAH.

Sebenar benarnya

Pada hakikat syarak

1⃣PERTEMUAN itu sebenarnya bukan atas kehendak Nabi Musa dan Nabi Khidir. Akan tetapi atas PERINTAH ALLAH UNTUK MENGAJAR MANUSIA.

2⃣Nabi Musa ingin berguru kepada Nabi Khidir atas perintah Allah.

3⃣Nabi Khidir membawa Nabi Musa atas perintah Allah.

4⃣Nabi Musa tidak jadi berguru kepada Nabi Khidir atas perintah Allah.

5⃣Nabi Khidir membunuh kanak kanak, merosakkan kapal dan membaiki pondok buruk atas perintah Allah.

6⃣Nabi Musa bertanya kpd Nabi Khidir kenapa melakukan 3 perbuatan yang melanggar syariat itupun atas perintah Allah.

7⃣Nabi Khidir tidak jadi mengajar Nabi Musapun atas perintah Allah.

Akhir peristiwa itu Allah MENEGAH Nabi Musa mempelajari ilmu ilmu @ amalan yang dilakukan oleh Nabi Khidir kerana 3  perbuatan Nabi khidir itu sebenar benarnya MELANGGAR SYARIAT YANG TERTULIS DIDALAM KITAB TAURAT.

Allah perintahkan IKUT KITAB TAURAT. JANGAN IKUT ILMU @ PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DGN KITAB TAURAT WALAUPUN IANYA DILAKUKAN OLEH PESURUH ALLAH iaitu Nabi Khidir.

PENGAJARAN dari kisah itu sebenarnya ialah Allah mahu mengajar manusia supaya KITA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W MENGIKUT KITAB AL QURAN. JANGAN MENGIKUT PERBUATAN @ ILMU YANG BERCANGGAH DGN SYARIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sedangkan mengikut perbuatan Nabi Khidir ditegah oleh Allah apalagilah mengikut perbuatan orang yang BUKAN NABI terlebih lebih lagi DITEGAH NENGIKUT PERBUATAN JAHIL MURAKKAB.

orang yang bukan nabi yang melakukan perbuatan yang bercanggah dengan al Quran dengan anggapan dirinya sudah mencapai ilmu LADUNI sebenar benarnya seorang yang SANGAT SESAT LAGI MENYESATKAN


Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam



www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Isnin, 4 Julai 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 90 1) Apakah makna benar menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Apakah makna tidak benar menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 3) Apakah perbuatan yang tidak benar yang boleh menyebabkan binasa akidah? Berikan contoh

Group
Laisakamitslihisyaiun

Pencerahan
Soalan 90


1) Apakah makna benar menurut hukum adat, hukum  akal dan hukum syarak?

2) Apakah makna tidak benar menurut hukum adat, hukum  akal dan hukum syarak?

3) Apakah perbuatan yang tidak benar yang boleh menyebabkan binasa akidah?


Berikan contoh

PENCERAHAN

Kita wajib tahu tahap kebenaran setiap perbuatan kita. Adakah benar 100%, kurang 100% atau tidak benar sama sekali. Makna perbuatan disini ialah 3 perkara iaitu

1) perbuatan hati seperti iktikad dan niat.
2) perbuatan lidah seperti percakapan @ pertuturan.
3) perbuatan anggota seperti langkah kita, pemanduan kita dan sebagainya.

3 jenis perbuatan ini sudah dicerahkan sebelum ini.

Semua 3 jenis perbuatan kita itu akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat, benar ataupun tidak. Jika BENAR, alhamdulillah kita akan SELAMAT dari azab neraka Allah. Jika TIDAK BENAR, nauzubillah, kita akan diazab didalam api neraka Allah.

Buktinya ialah ayat ke-36 dalam surah al Isra'

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Isra' : 36)

Persoalan sekarang, supaya kita selamat, kita wajib tahu, apakah makna benar pada syarak ? Adakah kita sudah tahu maknanya atau hanya sekadar agak agak sahaja? Untuk mengetahuinya, kita perlu mengetahui makna keduanya pada adat dan pada akal. Itulah cara untuk memahami makna keduanya pada syarak.

Baik, kita ulangkaji semula makna benar dan makna tidak benar menurut 3 hukum.

Pertama
Apakah makna benar menurut hukum adat?

Makna perbuatan itu benar menurut hukum adat adalah 2 perkara yang tidak dikaitkan dengan kekuasaan Allah, hanya terhenti setakat peraturan dunia @ sunnah alam sahaja iaitu

1) perbuatan itu dapat dibuktikan melalui sekurang kurangnya salah satu pancaindera.

2) bukti yang ditunjukkan adalah diterima oleh akal yakni betul dan berkaitan.

Contohnya ialah

1) Si A dituduh mencuri telefon bimbit jenama Vivo. Tuduhan itu dapat dibuktikan. Telefon bimbit yang dicuri dapat ditunjukkan kepada hakim mahkamah. Telefon yang ditunjukkan bukan jenama Samsung atau lain lain jenama.

Rasanya 1 contoh tentang makna benar sudah memadai dan kita semua mampu memberi contoh tambahan kerana sangat mudah difahami.

Diambil dari makna benar itu, maka makna tidak benar pada adat ialah 2 perkara iaitu

1) bukti atas perbuatan tidak dapat ditunjukkan melalui salah satu pancaindera.

2) bukti dapat ditunjukkan akan tetapi bukti itu bersalahan @ bercanggah @ tidak berkaitan.

Dalam istilah lain, makna tidak benar pada adat ialah tidak diterima oleh akal pada adat.

Contoh tidak benar pada adat ialah

1) mendakwa dirinya boleh terbang kemana sahaja cukup sekadar berniat. (tidak benar pada adat yakni tidak diterima akal pada adat)

2) mendakwa diri sendiri boleh masuk kedalam Dari sendiri. (tidak benar pada adat yakni tidak diterima akal pada adat)

Dengan cara itu, kita akan lebih faham insya Allah

Apa pula makna benar pada akal?

Diambil dari makna benar pada adat, makna benar pada akal ialah perkataan dan iktikad tentang Tuhan bernama Allah yang diterima oleh akal iaitu

1) perkataan @ iktikad itu dapat dibuktikan dengan dalil akal yang meyakinkan dari sekalian alam atau dari diri sendiri.

2) dalil akal yang ditunjukkan adalah betul dan berkaitan.

Contohnya ialah

1) Pada akal, tuhan bernama Allah itu melihat BUKAN dengan biji MATA.

Dalil akalnya ialah diri kita. Diri manusia melihat dengan alat yang dinamakan biji mata. Biji mata itu boleh rosak.  Jika alat itu rosak atau hilang dari tubuh makan diri kita akan berubah dari sempurna kepada BUTA.

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk mustahil sabit pada Allah. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya pelihat Allah @ sifat "basir"  itu mustahil dengan biji mata. Allah mustahil memiliki mata, mustahil buta. Mustahil Allah memiliki mata dan mata Allah itu tidak ada persamaan dengan mata makhluk. Mustahil pada akal.

Contoh kedua

2) Pada akal, tuhan bernama Allah itu mendengar BUKAN dengan lubang telinga.

Dalil akalnya ialah diri kita. Diri manusia mendengar dengan alat yang dinamakan lubang telinga. Alat yang ada pada lubang telinga itu boleh rosak.  Jika alat itu rosak atau hilang dari tubuh makan diri kita akan berubah dari sempurna kepada PEKAK @ TULI.

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk mustahil sabit pada Allah. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya pendengar Allah @ sifat "sami' "  itu mustahil dengan alat didalam lubang telinga. Allah mustahil memiliki alat seperti lubang telinga. Mustahil tuli @ pekak. Mustahil Allah memiliki lubang telinga dan telinga Allah itu tidak ada persamaan dengan telinga makhluk. Mustahil pada akal.

3) Allah tahu segala yang sudah terjadi, segala yang sedang terjadi dan segala yang akan terjadi dialam nyata ini, dialam barzah, di padang mahsyar dan di dalam syurga neraka selama lamanya dengan SEKALI TAHU. Makna sekali tahu disini ialah Allah tahu segala galanya tanpa masa, tanpa sedetik masa @ tanpa masa yang lebih singkat dari itu. Sebelum ada sebarang makhluk, sebelum ada malaikat, sebelum ada syurga neraka, Allah sudah tahu hari ini, atau malam ini kita akan MEMBACA @ MENDENGAR PENCERAHAN soalan 90 ini. Allah sudah tahu kita, ahli syurga @ ahli neraka.

PADA AKAL
MUSTAHIL PENGETAHUAN ALLAH ATAS MAKHLUK ITU BERPERINGKAT PERINGKAT. Mustahil semalam Allah tahu A, hari ini Allah tahu B, besok Allah tahu C. Mustahil. Pengetahuan yang berperingkat peringkat spt itu adalah sifat makhluk.

Segala yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah.

Itulah 3 contoh yang benar pada akal.

Persoalan seterusnya,
Apa pula makna tidak benar pada akal?

Diambil dari makna tidak benar pada adat, maka makna tidak benar pada akal ialah

1) dalil akal perkataan @ iktikad itu tidak dapat ditunjukkan dari sekalian alam @ dari diri sendiri.

2) dalil akal dapat ditunjukkan akan tetapi dalil akal itu bersalahan @ bercanggah @ tidak berkaitan.

Contoh tidak benar pada akal ialah perkataan @ iktikad seperti ini :

1) Tuhan bernama Allah itu memiliki rupa yang boleh dilihat dengan biji mata.

Kenapa tidak benar pada akal?

Kerana setiap yang boleh dilihat dengan mata itu ADA PERSAMAAN DENGAN MAKHLUK LAIN.

Jika Allah boleh dilihat dengan mata, sudah tentu Allah ada persamaan dengan makhluk. Jika Allah ada persamaan, sudah tentu Allah akan BERUBAH. Jika Allah berubah sudah tentu Allah BOLEH BINASA. Perkara ini TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH AKAL.

Sebab itulah perkataan @ iktikad Allah mempunyai rupa walaupun dihiasi dengan perkataan "rupa Allah itu tidak ada persamaan dengan rupa makhluk" sebenar2nya adalah TIDAK ADA DALIL AKALNYA.

Dalam perkataan lain, iktikad @ perkataan itu tidak benar kerana tidak dapat dibuktikan dengan dalil akal.

Contoh kedua

2) menganggap Tuhan bernama Allah itu ada persamaan dengan manusia seperti memiliki tangan, memiliki kaki, memiliki suara, memiliki mulut, memiliki tubuh dan sebagainya walaupun ditutup dengan perkataan tangan Allah, kaki Allah, suara Allah, tubuh Allah dan sebagainya tidak ada persamaan dengan tangan, kaki, suara dan tubuh makhluk.

Kenapa perkataan @ iktikad itu dikatakan tidak benar?

Kerana
Perkataan @ iktikad itu sama sekali tidak benar kerana dalil akal yang membenarkannya tidak ada sama sekali.

Sekiranya Allah itu memiliki tangan, kaki, tubuh dan suara, sudah pasti semuanya itu ada boleh berubah dan boleh rosak binasa. Tidak diterima oleh akal sama sekali. Sebab itulah tidak benar pada akal.

Persoalan seterusnya ialah
Apa pula makna benar pada syarak?

Diambil dari makna benar pada adat dan pada akal, maka makna benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan itu dapat ditunjukkan samada bersumberkan al Quran @ hadith.

2) bukti yang ditunjukkan adalah berkaitan dan tidak bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith.

Dalilnya ialah

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

(Al Baqarah : 42)

1 contoh yang benar pada syarak ialah perkataan

Al Quran itu adalah pertunjuk bagi orang yang mengharapkan syurga.

Buktinya dari al Quran ialah

ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌   ۛ فِيهِ‌   ۛ هُدًى لِّلۡمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqaroh : 2)

Persoalan seterusnya ialah
Apakah makna tidak benar pada syarak?

Begini
Diambil dari makna tidak benar pada adat dan makna tidak benar pada akal, maka makna tidak benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan itu tidak dapat ditunjukkan samada dari al Quran @ hadith.

2) bukti daripada al Quran @ hadith dapat ditunjukkan akan tetapi salah faham pada makna ayat al Quran @ hadith yang ditunjukkan. Dalam perkataan lain, ayat yang ditunjukkan ada percanggahan dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

Dalilnya daripada al Quran @ hadith ialah ayat ke-175 surah al-A'raf

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang SESAT.

(Al-A'raf : 175)

1 contoh yang tidak benar pada syarak ialah

Perkataan @ iktikad perbuatan samada baik @ buruk, syurga @ neraka SUDAH DITETAPKAN OLEH ALLAH. Manusia tidak ada usaha & ikhtiar sama sekali.

Ayat yang mereka jadikan sandaran ialah ayat

إِنَّ ٱلَّذِينَ حَقَّتۡ عَلَيۡہِمۡ ڪَلِمَتُ رَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:

(Yunus : 96)

وَإِن مِّنكُمۡ إِلَّا وَارِدُهَا  ۚ  كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتۡمًا مَّقۡضِيًّا

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

(Maryam : 31)

Itulah bukti yang mereka tunjukkan untuk berpegang kepada kepercayaan baik buruk dan syurga neraka itu sudah ditentukan oleh Allah sedangkan ayat itu sebenarnya membawa maksud yang berlainan. Mereka telah salah faham pada ayat ayat Al Quran @ hadith.

Persoalan terakhir ialah
Apakah perbuatan yang tidak benar yang boleh menyebabkan binasa akidah?

Pencerahannya begini. Untuk memahaminya, kita perlu terlebih dahulu memahami perbezaan hukum syarak.

Ingat semula hukum syarak terbahagi kepada 3 iaitu suruh, tegah dan harus.
Suruh terbahagi pula kepada tiga.
Tegahpun terbahagi kepada 3.

Sesiapa yg ingat ingat lupa, eloklah ulangkaji semula makna suruh dan tegah  pada pencerahan Soalan 72,73 & 74.

Perbuatan yang boleh menyebabkan BINASA AKIDAH tertentu pada

1) mengingkari SURUH bahagian pertama dan
2) melanggar TEGAH bahagian pertama.

Apadia suruh dan tegah Allah bahagian pertama?

Itulah dia perbuatan yang khusus berkait dengan PERKARA PERKARA AKIDAH bukannya berkait dengan fekah, muamalat atau lain lain.

Contoh perbuatan @ iktikad yang tidak benar yang menyebabkan binasa akidah ialah beriktikad @ berkata

1) Allah itu TIDAK WAJIB WUJUD

2)  Allah itu TIDAK WAJIB QIDAM

3)  Allah itu TIDAK WAJIB BAQO

hinggalah kepada

20)  Allah itu TIDAK WAJIB MUTAKALLIMUN

atau berkata @ beriktikad Nabi Muhammad s.a.w. @ ada Nabi sejak Nabi Adam a.s. yang TIDAK TAHU 13 @ 20 SIFAT ALLAH iaitu

1) Allah itu TIDAK WAJIB WUJUD

2)  Allah itu TIDAK WAJIB QIDAM

3)  Allah itu TIDAK WAJIB BAQO

hinggalah kepada

20)  Allah itu TIDAK WAJIB MUTAKALLIMUN

Perkataan @ iktikad itu membawa maksud

1) Nabi itu JAHIL kerana tidak mengenal Allah.

2) Allah itu JAHIL kerana memilih Nabi yang jahil sebagai PESURUH.

SEBAB ITU BINASA AKIDAH MEREKA YANG BERIKTIKAD @ BERKATA SEDEMIKIAN

Nauzubillah.
Semoga akidah kita selamat sehingga mati.

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(An-Nisa' : 79)

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah