(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 4 Julai 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 90 1) Apakah makna benar menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Apakah makna tidak benar menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 3) Apakah perbuatan yang tidak benar yang boleh menyebabkan binasa akidah? Berikan contoh

Group
Laisakamitslihisyaiun

Pencerahan
Soalan 90


1) Apakah makna benar menurut hukum adat, hukum  akal dan hukum syarak?

2) Apakah makna tidak benar menurut hukum adat, hukum  akal dan hukum syarak?

3) Apakah perbuatan yang tidak benar yang boleh menyebabkan binasa akidah?


Berikan contoh

PENCERAHAN

Kita wajib tahu tahap kebenaran setiap perbuatan kita. Adakah benar 100%, kurang 100% atau tidak benar sama sekali. Makna perbuatan disini ialah 3 perkara iaitu

1) perbuatan hati seperti iktikad dan niat.
2) perbuatan lidah seperti percakapan @ pertuturan.
3) perbuatan anggota seperti langkah kita, pemanduan kita dan sebagainya.

3 jenis perbuatan ini sudah dicerahkan sebelum ini.

Semua 3 jenis perbuatan kita itu akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat, benar ataupun tidak. Jika BENAR, alhamdulillah kita akan SELAMAT dari azab neraka Allah. Jika TIDAK BENAR, nauzubillah, kita akan diazab didalam api neraka Allah.

Buktinya ialah ayat ke-36 dalam surah al Isra'

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Isra' : 36)

Persoalan sekarang, supaya kita selamat, kita wajib tahu, apakah makna benar pada syarak ? Adakah kita sudah tahu maknanya atau hanya sekadar agak agak sahaja? Untuk mengetahuinya, kita perlu mengetahui makna keduanya pada adat dan pada akal. Itulah cara untuk memahami makna keduanya pada syarak.

Baik, kita ulangkaji semula makna benar dan makna tidak benar menurut 3 hukum.

Pertama
Apakah makna benar menurut hukum adat?

Makna perbuatan itu benar menurut hukum adat adalah 2 perkara yang tidak dikaitkan dengan kekuasaan Allah, hanya terhenti setakat peraturan dunia @ sunnah alam sahaja iaitu

1) perbuatan itu dapat dibuktikan melalui sekurang kurangnya salah satu pancaindera.

2) bukti yang ditunjukkan adalah diterima oleh akal yakni betul dan berkaitan.

Contohnya ialah

1) Si A dituduh mencuri telefon bimbit jenama Vivo. Tuduhan itu dapat dibuktikan. Telefon bimbit yang dicuri dapat ditunjukkan kepada hakim mahkamah. Telefon yang ditunjukkan bukan jenama Samsung atau lain lain jenama.

Rasanya 1 contoh tentang makna benar sudah memadai dan kita semua mampu memberi contoh tambahan kerana sangat mudah difahami.

Diambil dari makna benar itu, maka makna tidak benar pada adat ialah 2 perkara iaitu

1) bukti atas perbuatan tidak dapat ditunjukkan melalui salah satu pancaindera.

2) bukti dapat ditunjukkan akan tetapi bukti itu bersalahan @ bercanggah @ tidak berkaitan.

Dalam istilah lain, makna tidak benar pada adat ialah tidak diterima oleh akal pada adat.

Contoh tidak benar pada adat ialah

1) mendakwa dirinya boleh terbang kemana sahaja cukup sekadar berniat. (tidak benar pada adat yakni tidak diterima akal pada adat)

2) mendakwa diri sendiri boleh masuk kedalam Dari sendiri. (tidak benar pada adat yakni tidak diterima akal pada adat)

Dengan cara itu, kita akan lebih faham insya Allah

Apa pula makna benar pada akal?

Diambil dari makna benar pada adat, makna benar pada akal ialah perkataan dan iktikad tentang Tuhan bernama Allah yang diterima oleh akal iaitu

1) perkataan @ iktikad itu dapat dibuktikan dengan dalil akal yang meyakinkan dari sekalian alam atau dari diri sendiri.

2) dalil akal yang ditunjukkan adalah betul dan berkaitan.

Contohnya ialah

1) Pada akal, tuhan bernama Allah itu melihat BUKAN dengan biji MATA.

Dalil akalnya ialah diri kita. Diri manusia melihat dengan alat yang dinamakan biji mata. Biji mata itu boleh rosak.  Jika alat itu rosak atau hilang dari tubuh makan diri kita akan berubah dari sempurna kepada BUTA.

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk mustahil sabit pada Allah. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya pelihat Allah @ sifat "basir"  itu mustahil dengan biji mata. Allah mustahil memiliki mata, mustahil buta. Mustahil Allah memiliki mata dan mata Allah itu tidak ada persamaan dengan mata makhluk. Mustahil pada akal.

Contoh kedua

2) Pada akal, tuhan bernama Allah itu mendengar BUKAN dengan lubang telinga.

Dalil akalnya ialah diri kita. Diri manusia mendengar dengan alat yang dinamakan lubang telinga. Alat yang ada pada lubang telinga itu boleh rosak.  Jika alat itu rosak atau hilang dari tubuh makan diri kita akan berubah dari sempurna kepada PEKAK @ TULI.

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk mustahil sabit pada Allah. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya pendengar Allah @ sifat "sami' "  itu mustahil dengan alat didalam lubang telinga. Allah mustahil memiliki alat seperti lubang telinga. Mustahil tuli @ pekak. Mustahil Allah memiliki lubang telinga dan telinga Allah itu tidak ada persamaan dengan telinga makhluk. Mustahil pada akal.

3) Allah tahu segala yang sudah terjadi, segala yang sedang terjadi dan segala yang akan terjadi dialam nyata ini, dialam barzah, di padang mahsyar dan di dalam syurga neraka selama lamanya dengan SEKALI TAHU. Makna sekali tahu disini ialah Allah tahu segala galanya tanpa masa, tanpa sedetik masa @ tanpa masa yang lebih singkat dari itu. Sebelum ada sebarang makhluk, sebelum ada malaikat, sebelum ada syurga neraka, Allah sudah tahu hari ini, atau malam ini kita akan MEMBACA @ MENDENGAR PENCERAHAN soalan 90 ini. Allah sudah tahu kita, ahli syurga @ ahli neraka.

PADA AKAL
MUSTAHIL PENGETAHUAN ALLAH ATAS MAKHLUK ITU BERPERINGKAT PERINGKAT. Mustahil semalam Allah tahu A, hari ini Allah tahu B, besok Allah tahu C. Mustahil. Pengetahuan yang berperingkat peringkat spt itu adalah sifat makhluk.

Segala yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah.

Itulah 3 contoh yang benar pada akal.

Persoalan seterusnya,
Apa pula makna tidak benar pada akal?

Diambil dari makna tidak benar pada adat, maka makna tidak benar pada akal ialah

1) dalil akal perkataan @ iktikad itu tidak dapat ditunjukkan dari sekalian alam @ dari diri sendiri.

2) dalil akal dapat ditunjukkan akan tetapi dalil akal itu bersalahan @ bercanggah @ tidak berkaitan.

Contoh tidak benar pada akal ialah perkataan @ iktikad seperti ini :

1) Tuhan bernama Allah itu memiliki rupa yang boleh dilihat dengan biji mata.

Kenapa tidak benar pada akal?

Kerana setiap yang boleh dilihat dengan mata itu ADA PERSAMAAN DENGAN MAKHLUK LAIN.

Jika Allah boleh dilihat dengan mata, sudah tentu Allah ada persamaan dengan makhluk. Jika Allah ada persamaan, sudah tentu Allah akan BERUBAH. Jika Allah berubah sudah tentu Allah BOLEH BINASA. Perkara ini TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH AKAL.

Sebab itulah perkataan @ iktikad Allah mempunyai rupa walaupun dihiasi dengan perkataan "rupa Allah itu tidak ada persamaan dengan rupa makhluk" sebenar2nya adalah TIDAK ADA DALIL AKALNYA.

Dalam perkataan lain, iktikad @ perkataan itu tidak benar kerana tidak dapat dibuktikan dengan dalil akal.

Contoh kedua

2) menganggap Tuhan bernama Allah itu ada persamaan dengan manusia seperti memiliki tangan, memiliki kaki, memiliki suara, memiliki mulut, memiliki tubuh dan sebagainya walaupun ditutup dengan perkataan tangan Allah, kaki Allah, suara Allah, tubuh Allah dan sebagainya tidak ada persamaan dengan tangan, kaki, suara dan tubuh makhluk.

Kenapa perkataan @ iktikad itu dikatakan tidak benar?

Kerana
Perkataan @ iktikad itu sama sekali tidak benar kerana dalil akal yang membenarkannya tidak ada sama sekali.

Sekiranya Allah itu memiliki tangan, kaki, tubuh dan suara, sudah pasti semuanya itu ada boleh berubah dan boleh rosak binasa. Tidak diterima oleh akal sama sekali. Sebab itulah tidak benar pada akal.

Persoalan seterusnya ialah
Apa pula makna benar pada syarak?

Diambil dari makna benar pada adat dan pada akal, maka makna benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan itu dapat ditunjukkan samada bersumberkan al Quran @ hadith.

2) bukti yang ditunjukkan adalah berkaitan dan tidak bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith.

Dalilnya ialah

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

(Al Baqarah : 42)

1 contoh yang benar pada syarak ialah perkataan

Al Quran itu adalah pertunjuk bagi orang yang mengharapkan syurga.

Buktinya dari al Quran ialah

ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌   ۛ فِيهِ‌   ۛ هُدًى لِّلۡمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqaroh : 2)

Persoalan seterusnya ialah
Apakah makna tidak benar pada syarak?

Begini
Diambil dari makna tidak benar pada adat dan makna tidak benar pada akal, maka makna tidak benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan itu tidak dapat ditunjukkan samada dari al Quran @ hadith.

2) bukti daripada al Quran @ hadith dapat ditunjukkan akan tetapi salah faham pada makna ayat al Quran @ hadith yang ditunjukkan. Dalam perkataan lain, ayat yang ditunjukkan ada percanggahan dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

Dalilnya daripada al Quran @ hadith ialah ayat ke-175 surah al-A'raf

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang SESAT.

(Al-A'raf : 175)

1 contoh yang tidak benar pada syarak ialah

Perkataan @ iktikad perbuatan samada baik @ buruk, syurga @ neraka SUDAH DITETAPKAN OLEH ALLAH. Manusia tidak ada usaha & ikhtiar sama sekali.

Ayat yang mereka jadikan sandaran ialah ayat

إِنَّ ٱلَّذِينَ حَقَّتۡ عَلَيۡہِمۡ ڪَلِمَتُ رَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:

(Yunus : 96)

وَإِن مِّنكُمۡ إِلَّا وَارِدُهَا  ۚ  كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتۡمًا مَّقۡضِيًّا

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

(Maryam : 31)

Itulah bukti yang mereka tunjukkan untuk berpegang kepada kepercayaan baik buruk dan syurga neraka itu sudah ditentukan oleh Allah sedangkan ayat itu sebenarnya membawa maksud yang berlainan. Mereka telah salah faham pada ayat ayat Al Quran @ hadith.

Persoalan terakhir ialah
Apakah perbuatan yang tidak benar yang boleh menyebabkan binasa akidah?

Pencerahannya begini. Untuk memahaminya, kita perlu terlebih dahulu memahami perbezaan hukum syarak.

Ingat semula hukum syarak terbahagi kepada 3 iaitu suruh, tegah dan harus.
Suruh terbahagi pula kepada tiga.
Tegahpun terbahagi kepada 3.

Sesiapa yg ingat ingat lupa, eloklah ulangkaji semula makna suruh dan tegah  pada pencerahan Soalan 72,73 & 74.

Perbuatan yang boleh menyebabkan BINASA AKIDAH tertentu pada

1) mengingkari SURUH bahagian pertama dan
2) melanggar TEGAH bahagian pertama.

Apadia suruh dan tegah Allah bahagian pertama?

Itulah dia perbuatan yang khusus berkait dengan PERKARA PERKARA AKIDAH bukannya berkait dengan fekah, muamalat atau lain lain.

Contoh perbuatan @ iktikad yang tidak benar yang menyebabkan binasa akidah ialah beriktikad @ berkata

1) Allah itu TIDAK WAJIB WUJUD

2)  Allah itu TIDAK WAJIB QIDAM

3)  Allah itu TIDAK WAJIB BAQO

hinggalah kepada

20)  Allah itu TIDAK WAJIB MUTAKALLIMUN

atau berkata @ beriktikad Nabi Muhammad s.a.w. @ ada Nabi sejak Nabi Adam a.s. yang TIDAK TAHU 13 @ 20 SIFAT ALLAH iaitu

1) Allah itu TIDAK WAJIB WUJUD

2)  Allah itu TIDAK WAJIB QIDAM

3)  Allah itu TIDAK WAJIB BAQO

hinggalah kepada

20)  Allah itu TIDAK WAJIB MUTAKALLIMUN

Perkataan @ iktikad itu membawa maksud

1) Nabi itu JAHIL kerana tidak mengenal Allah.

2) Allah itu JAHIL kerana memilih Nabi yang jahil sebagai PESURUH.

SEBAB ITU BINASA AKIDAH MEREKA YANG BERIKTIKAD @ BERKATA SEDEMIKIAN

Nauzubillah.
Semoga akidah kita selamat sehingga mati.

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(An-Nisa' : 79)

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan