(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 28 Jun 2016

Bab 9 Soalan 89 Ada orang suka menyebut bida'ah. 1) Apakah sebenarnya makna bida'ah menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Apakah bida'ah yang menyebabkan binasa akidah? Berikan contoh

Soalan 89


Ada orang suka menyebut bida'ah.

1) Apakah sebenarnya makna bida'ah menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Apakah bida'ah yang menyebabkan binasa akidah?


Berikan contoh



PENCERAHAN


Setengah orang suka menyebut perkataan "bida'ah" dan membida'ahkan perbuatan orang lain. Apa sebenarnya makna BIDA'AH pada akal dan pada syarak?

Untuk memahami maknanya, kita perlu memahami makna bida'ah pada adat. Itulah kaedah menghampirkan kefahaman kita kepada makna sebenar bida'ah pada akal dan bida'ah pada syarak.

Jadi apa makna bida'ah pada adat? Makna bida'ah pada adat ialah sesuatu perbuatan yang tidak dikaitkan dengan Allah atau akhirat, hanya berkait setakat dunia sahaja. Dalam perkataan lain, bida'ah pada adat ialah sesuatu yang diada-adakan @ sesuatu yang ditokok tambah tetapi tidak dikaitkan dengan Allah @ Agama Islam iaitu sesuatu yang :

1) yang bertentangan dengan fitrah manusia.
2) yang bertentangan dengan undang-undang negara @ peraturan dunia.
3) yang mendatangkan mudarat pada adat.

Contoh perbuatan yang menyalahi fitrah ialah perkataan berikut :

1) memasukkan diri kedalam diri sendiri. (bida'ah pada adat)

2) merasa kenyang cukup sekadar berniat makan. (bida'ah pada adat)

Contoh perbuatan bida'ah yang menyalahi undang2 ialah

1) boleh dapat ijazah universiti tanpa sebarang usaha. (bida'ah pada adat)

2) memberi @ menerima rasuah untuk mendapatkan faedah dunia.

Contoh perbuatan bida'ah yang memudaratkan pada adat ialah

1) katanya "tubuh aku tak cedera walau sedikitpun jika ditikam dengan pisau yang sangat tajam"

2) katanya "sy tak makan tak minum setahunpun tak mati"

Istilah lain bagi BIDA'AH pada adat ialah KAFIR PADA ADAT.

Itulah 6 contoh perbuatan yang dikatakan sebagai BIDA'AH PADA ADAT @ KAFIR PADA ADAT.

Apakah pula makna BIDA'AH PADA AKAL?

Diambil dari makna bida'ah pada adat, maka makna bida'ah pada akal ialah perkataan @ iktikad yang diada-adakan tentang Allah yang tidak dirujuk kepada Al Quran @ hadith. Ianya hanya terhad sekadar penerimaan @ penolakan oleh akal. Perkataan @ iktikad itu sama sekali adalah

1) tidak diterima oleh akal
2) tidak ada dalil akalnya
3) sesuatu yang diada2kan

Dalam perkataan lain, makna bida'ah pada akal ialah sesuatu yang diada-adakan tentang Tuhan bernama Allah sedangkan ianya bercanggah dengan dalil akal yakni tidak diterima oleh akal.

Istilah lain bagi bida'ah pada akal ialah KAFIR PADA AKAL.

Contoh perkataan @ iktikad yang sebenarnya bida'ah pada akal ialah

1) Allah bersatu dengan makhluk. (bida'ah pada akal).

2) ada manusia yang boleh bersatu dengan Allah. (bida'ah pada akal)

3) manusia berasal dari juzuk diri Allah (bida'ah pada akal)

4) Allah ada persamaan dengan makhluk tertentu seperti Allah memiliki rupa @ suara. (bida'ah pada akal)

5) Allah mampu difikirkan oleh akal  @ mampu digambar2kan. (bida'ah pada akal)

Itulah 5 contoh bida'ah pada akal @ KAFIR PADA AKAL kerana tidak diterima oleh akal dan bercanggah dengan dalil akal.

Apa pula makna bida'ah pada syarak?

Diambil daripada makna bida'ah pada adat dan pada akal, maka makna bida'ah pada syarak ialah sebarang perbuatan @ amalan yang

1) yang tidak mempunyai dalil @ bukti samada dari al Quran @ hadith.

2) yang mempunyai dalil dari Al Quran @ Hadith akan tetapi BERCANGGAH DENGAN AYAT2 TERTENTU.

Dalam perkataan lain, makna bida'ah pada syarak ialah suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan @ ditokok tambah atas nama Allah @ Agama Islam sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL QURAN @ HADITH.

Dalam istilah lain, makna bida'ah pada syarak ialah KAFIR PADA SYARAK.

Bukti @ dalilnya daripada al Quran dan hadith ialah

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ   ۗ   إِنَّهُ  ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
(Al-An'am : 21)

Bukti dari hadith pula ialah

ﻋَﻦْ ﺃُﻡِّ ﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ﺃُﻡِّ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋَﺎﺋِﺸَﺔَ
ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬَﺎ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ
ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻣَﻦْ ﺃَﺣْﺪَﺙَ ﻓِﻲ
ﺃَﻣْﺮِﻧَﺎ ﻫَﺬَﺍ ﻣَﺎ ﻟَﻴْﺲَ ﻓِﻴﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﺭَﺩٌّ ﺭﻭﺍﻩ
ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ ﻭﻓﻲ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﻟﻤﺴﻠﻢ ‏[ ﻣَﻦْ
ﻋَﻤِﻞَ ﻋَﻤَﻼً ﻟَﻴْﺲَ ﻋَﻠَﻴْﻪ ِﺃَﻣْﺮُﻧَﺎ ﻓَﻬُﻮَ ﺭَﺩٌّ ‏]

Dari Ibunda kaum mukminin, Ummu Abdillah Aisyah –
semoga Allah meridhainya- beliau berkata: Rasulullah
shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu hal yang baru dalam perkara kami ini yang tidak ada (perintahnya dari kami) maka tertolak.
(H.R alBukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim:
Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak ada perintah kami, maka tertolak.

Itulah buktinya.

Contoh bida'ah pada syarak ialah

1) berkata @ beriktikad "solat cukup sekadar berniat tak perlu rukun 13" (bida'ah @ kafir pd syarak)

2) beriktikad Allah turun ke langit dunia @ bumi pada malam2 tertentu. (bida'ah @ kafir pada syarak)

3) beriktikad Allah memiliki persamaan dengan makhluk seperti memiliki mata, tangan dan kaki tetapi mata, tangan dan kaki Allah tidak sama dengan makhluk. (bida'ah @ kafir pd syarak)

Adakah membaca Yasin pada malam jumaat @ setiap malam jumaat itu bida'ah?

Jawabannya TIDAK. Perbuatan orang yang berkata "bida'ah" itulah sebenarnya yang "bida'ah".

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah, surah Yasin itu adalah FIRMAN ALLAH. Allah yg suruh baca. Allah suruh baca mana mana ayat yang kita suka dan mudah kita baca.

Dalilnya ialah
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

(Al-'Alaq : 1)

Iman orang yg mendakwa membaca Yasin itu 'bida'ah' sebenarnya sudah hampir binasa.

Kenapa pulak? Boleh ke perbuatan membaca Yasin itu jatuh kepada bida'ah?

Jawabannya begini

Sebenarnya sebarang perbuatan @ ibadah boleh jatuh kepada bida'ah jika sekiranya orang tersebut beribadat dalam keadaan JAHIL @ TANPA ILMU PENGETAHUAN. Bukan tertentu kepada membaca surah Yasin sahaja, akan tetapi solat fardu 5 waktu dan puasa pada bulan ramadhan sekalipun boleh bertukar kepada BIDA'AH sekiranya seseorang itu melakukannya TANPA ILMU.

Bagaimana pulak solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan dan membaca Yasin boleh bertukar kepada bida'ah?

Jawabannya begini.
Amalan solat fardu 5 waktu dan puasa bulan ramadhan boleh bertukar menjadi bida'ah ialah sekiranya seseorang itu beriktikad seperti :

1) ketika solat atau ketika berpuasa, dibayang bayamgkan didalam hati bahawa Allah sedang memerhatikan dari dihadapannya.

2) ketika membaca tahiyat dalam solat, dia membayangkan dirinya sedang mendengar suara Allah menjawab bacaannya satu persatu.

3) diiktikadkannya solat atau puasa itu adalah sejenis riadah bukannya perintah Allah bukannya sunnah Nabi.

Begitulah dengan membaca yasin pada setiap malam jumaat atau ketika ada kematian dan lain lain.

Membaca yasin pada sebarang masa seperti pada setiap malam jumaat BUKANNYA BIDA'AH. Kerana yasin itu adalah kalam Allah. Membaca kalam Allah pada sebarang masa dan tempat yang sesuai adalah perintah Allah.

Akan tetapi membaca yasin pada malam jumaat boleh bertukar menjadi bida'ah sekiranya pembaca itu beriktikad membaca yasin pada malam jumaat itu

1) hukumnya wajib
2) dijamin masuk syurga
3) dosanya pasti diampunkan oleh Allah
dan sebagainya.

Itulah contoh amalan atau perkataan atau iktikad yang boleh bertukar menjadi bida'ah akibat beramal TANPA ILMU.

Persoalan terahkir ialah apakah contoh perbuatan bida'ah yang boleh menyebabkan binasa akidah?

3 contoh perbuatan bida'ah seperti yang dicerahkan diatas dan 5 contoh perbuatan bida'ah pada akal diatas sebenarnya menyebabkan binasa akidah.

Contoh lain adalah seperti menganggap atau beriktikad Nabi Muhammad s.a.w atau ada walau seorang Nabi dari 124,000 para Nabi yang TIDAK TAHU bahawasanya Allah itu

1) wajib wujud atau wajib ada
2) wajib kidam stau wajib sedia ada
3) wajib baqo atau wajib kekal
4) wajib mukholafah atau wajib bersalahan dengan makhluk.

hingga sifat ke-20 iaitu

20) wajib mutakallimun

Sesungguhnya kepercayaan atau iktikad seperti itu adalah PERBUATAN BIDA'AH YANG SANGAT MEMBINASAKAN AKIDAH.
Nauzubillah

Semoga Allah memelihara akidah kita sehingga mati.

=====================

Segala yang bai baik itu anugerah Allah dan semua yang salah silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
An Nisa' : 79


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram🏿
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan