(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 14 Jun 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 87 Syarat dan rukun mengucap 2 kalimah syahadat sudah dicerahkan pada Soalan 82 dan 85. Perkara yang menyebabkan tidak sah mengucap pula sudah dicerahkan pada Soalan 86. Soalan sekarang 1) Apakah perkara yang menyebabkan batal ucapan 2 kalimah syahadat? 2) Apa kaitannya dengan perkara yang menyebabkan jatuh kafir? 3) Ada pendapat mengatakan orang mukmin akan melihat Allah dengan mata didalam syurga, ada yang berkata sebaliknya. Mana satu yang betul?


Pencerahan
Soalan 87


Syarat dan rukun mengucap 2 kalimah syahadat sudah dicerahkan pada Soalan 82 dan 85. Perkara yang menyebabkan tidak sah mengucap pula sudah dicerahkan pada Soalan 86. Soalan sekarang

1) Apakah perkara yang menyebabkan batal ucapan 2 kalimah syahadat?

2) Apa kaitannya dengan perkara yang menyebabkan jatuh kafir?

3) Ada pendapat mengatakan orang mukmin akan melihat Allah dengan mata didalam syurga, ada yang berkata sebaliknya. Mana satu yang betul?

PENCERAHAN

Perkara yang menyebabkan batal syahadat sangatlah banyak. Bukannya 2, bukannya 3, bukannya 10 tetapi berpuluh perkara. Walaupun begitu, secara umumnya, syahadat akan terbatal apabila dalah satu dari 3 syarat dan 5 rukun mengucap tidak dipenuhi seperti yang sudah dicerahkan pada Soalan 82 & Soalan 85.

Secara lebih terperinci pula, perkara yang menyebabkan batal syahadat itu ada 6 perkara :

1) berguru kepada orang yang tidak faham Al Quran, hadith dan dalil akal seperti berguru kepada golongan yang mengajak orang mentafsir al Quran secara harfiah semata mata, tanpa memahami terlebih dahulu perbezaan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

2) menokok tambah yakni mengada-adakan sesuatu atau mengikut sesuatu yang diada adakan pada syarak, pada akal atau pada hakikat yang menyerupai atau meniru perintah atau ayat Allah.

3) mendustakan segala ayat Allah iaitu Al Quran, hadith dan dalil akal iaitu melalui salah satu perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan atau perbuatan anggota.

4) Mendustakan atau mengubah atau mengingkarkan atau menukar pendapat pancaindera yang tidak ada dalilnya daripada Al Quran ataupun hadith yakni bercanggah dengan kedua2nya.

5) Salah faham pada makna Allah ESA (al Ahad), makna Allah SATU (al Wahid) dan makna makhluk BANYAK yakni ikut ikutkan pada mengenal Allah sehingga mati.

6) Salah faham pada mengenal Nabi yakni mengiktikadkan Nabi Muhammad tidak sama seperti yang diterangkan oleh Al Quran sebagai ikutan dalam segenap perkara sehingga mati seperti beriktikad ada Muhammad didalam diri.

6 perkara itu boleh diringkaskan kepada 2 perkara iaitu

1) Meninggalkan suruh Allah yang membawa kekafiran pada perkataan, perbuatan dan iktikad iaitu pecahan hukum syarak yang pertama.

2. Mengerjakan tegah Allah yang membawa kekafiran pada perkataan, perbuatan dan iktikad iaitu pecahan hukum syarak yang Kedua.

Makna hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 72 - Soalan 75.

Sesiapa yg ingat ingat lupa, eloklah semak dan ulangkaji.

Apa contoh tambahan bagi setiap satu?

Contoh tambahan bagi setiap satu ialah

1) Berguru kepada seorang yang tidak mengetahui perbezaan 3 hukum, yang berani mentafsir Al Quran secara harfiah semata mata, boleh menyebabkan batal syahadat.

2) Berkata sebagai Islam, solat 5 waktu sahaja sudah cukup, tidak perlu bersusah payah mencari guru yang faham Al Quran. Batal syahadat.

3) Contoh mendustakan ayat Allah pula ialah menganggap Al Quran tidak perlu dipelajari lagi @ tidak mempelajari Al Quran kerana menganggap tidak ada lagi orang yang dapat memahami Al Quran.

4) Contoh mendustakan pancaindera ialah memperkatakan sesuatu yang tidak mampu difikirkan oleh akal pada adat seperti dirinya bersatu dengan Allah, melihat Allah dengan biji mata, mendengar suara Allah dengan telinga, diri sendiri masuk kedalam diri sendiri dan sebagainya.

5) Apabila tidak faham perbezaan makna ESA, makna SATU dan makna BANYAK iaitu sebarang perkataan yang bercanggah dengan makna "laisakamitslihisyaiun" yakni membawa makna Allah itu mungkin ada persamaan dengan makhluk. Contohnya Allah mungkin bertempat di arash.

6) Contoh terakhir ialah menganggap Nabi tidak tahu SIFAT 20 iaitu menganggap Nabi TIDAK TAHU Allah itu wajib WUJUD, menganggap Nabi TIDAK TAHU Allah itu wajib QIDAM, menganggap Nabi TIDAK TAHU Allah itu wajib BAQO hingga Allah itu wajib MUTAKALLIMUN.

Perkataan itu sebenarnya adalah bida'ah pada syarak dan MEMBINASAKAN AKIDAH @ MEMBATALKAN SYAHADAT kerana

1) menganggap Nabi itu jahil kerana tidak mengenal Allah.

2) menganggap Allah itu jahil kerana memilih pesuruh yang jahil.

Sebab itulah batal syahadatnya.

Persoalan seterusnya ialah apakah kaitan antara perkara yang membatalkan syahadat dengan perkara yang menyebabkan jatuh kafir?

Jawabannya adalah KEDUA DUA PERKATAAN ITU ADALAH SAMA iaitu apabila seseorang telah batal syahadatnya, maka dia wajib memperbaharui imannya semula yakni WAJIB BERNIAT KEMBALI TAAT KEPADA ALLAH & ROSUL iaitu kembali kepada ISLAM dan MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAT SEMULA dengan memenuhi semua 4 syarat dan 5 rukunnya.

Persoalan terakhir ialah

Ada 2 pendapat tentang melihat Allah iaitu

1) Allah boleh dilihat dengan mata didalam syurga.
2) Allah tidak boleh dilihat dengan mata selama lamanya.

Mana satu yang betul?

Pencerahan ringkas.

Kita wajib percaya setiap mukmin akan melihat Allah atau akan bertemu Allah didalam syurga Ayat Al Quran yang berkaitan sudah disebutkan pada pencerahan sebelum ini.

Itu semua adalah perbuatan Allah atau pekerjaan Allah yakni atas Qudrat & Iradat Allah. Perbuatan Allah itu

1) Tidak mampu difikirkan
2) tidak mampu dibayang bayangkan.

Kita diperintahkan wajib percaya atau beriman setiap MUKMIN akan BERTEMU ALLAH  ATAU AKAN MELIHAT ALLAH tetapi JANGAN DIBAYANG BAYANKAN DILIHAT DENGAN MATA kerana semua yang dilihat oleh mata itu adalah MAKHLUK.

Agar lebih mudah faham, kita fikirkan perbuatan Allah pada hari kiamat. Pada hari kiamat, segala yang terjadi adalah atas Qudrat & Iradat Allah semata mata. Tidak ada walau sedikitpun bercampur dengan usaha & ikhtiar manusia. Semua mulut akan TERKUNCI. Anggota tubuh lain yang akan BERCAKAP MENJADI SAKSI ATAS SEMUA PERBUATAN KITA yang kita pilih samada baik ataupun jahat.

Pada adat
hanya mulut yg boleh mengeluarkan suara atau bercakap

Pada adat
tangan, kaki dan anggota lain TIDAK BOLEH BERKATA KATA

Pada adat
tangan, kaki dan anggota lain MUSTAHIL BOLEH BERKATA KATA

TETAPI
PADA AKAL & PADA HAKIKAT
DENGAN QUDRAT & IRADAT ALLAH,  SEMUA ANGGOTA MANUSIA AKAN BERKATA KATA PADA HARI KIAMAT menjadi saksi atas semua perbuatan yang dipilihnya samada baik atau jahat.

TETAPI
PADA AKAL & PADA HAKIKAT
TIDAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH. DENGAN QUDRAT & IRADAT ALLAH,  SEMUA ANGGOTA MANUSIA AKAN BERKATA KATA & MENJADI SAKSI PADA HARI KIAMAT.

Itulah kaedah menghampirkan akal kita untuk memahami QUDRAT & IRADAT ALLAH melihat Allah didalam syurga

PADA AKAL & PADA HAKIKAT
TIDAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH. DENGAN QUDRAT & IRADAT ALLAH,  SEMUA ANGGOTA MANUSIA dari hujung rambut dan hujung kaki, bukannya mata yang akan melihat, tetapi semua anggota termasuk rambut, tulang, darah dan lain lain AKAN MELIHAT ZAT ALLAH YANG TIDAK ADA RUPA & WARNA. Semua itu adalah pekerjaan Allah @ urusan Allah semata mata yakni atas Qudrat & Iradat Allah. Tidak ada walau sedikitpun usaha dan ikhtiar makhluk. Akal kita tidak mampu memikirkannya @ membayang bayang kannya.

PADA AKAL & PADA HAKIKAT
SEMUA ANGGOTA MANUSIA dari hujung rambut dan hujung kaki, bukan telinga sahaja yang mendengar akan tetapi rambut, darah, daging mata dan lain lain AKAN MENDENGAR KALAM ALLAH YANG TIDAK DENGAN HURUF & SUARA.

Nanti kita akan cerahkan lebih lanjut pada soalan khusus insya Allah

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah & silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu
(an Nisa' : 79)

Wallohua'lam
Maaf Zahir & batin

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Telegram🏿
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan