(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 17 Jun 2016

Bab 9 Soalan 88 Orang selalu menyebut perkataan hakikat dan pada hakikat. 1) Apakah makna sebenar HAKIKAT dari sudut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Apakah perkataan yang menyebabkan binasa akidah akibat salah faham dengan makna perkataan "hakikat"?

Soalan 88


Orang selalu menyebut perkataan hakikat dan pada hakikat.

1) Apakah makna sebenar HAKIKAT dari sudut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Apakah perkataan yang menyebabkan binasa akidah akibat salah faham dengan makna perkataan "hakikat"?

PENCERAHAN

Perlu diketahui bahawa setiap mukallaf wajib mengetahui setiap perbuatannya samada benar @ tidak, salah @ silap, berdosa @ tidak dan sebagainya. Untuk mengetahui semua itu, tidak ada cara lain melainkan mengetahui perbezaan antara 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

Buktinya ialah ayat ke-144 surah al-An'am

  ۚ  فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ڪَذِبًا لِّيُضِلَّ ٱلنَّاسَ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ   ۗ   إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Ertinya
..... Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk *menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan?* Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
(al-An'am : 144)

Ayat itulah yang menjadi bukti setiap mukallaf wajib mengetahui benar @ tidak 3 jenis perbuatannya iaitu

1) perkataannya
2) perbuatan anggotanya
3) iktikadnya

Makna benar disini ialah dalil @ bukti bagi semua perbuatan itu wajib ADA, JELAS & BENAR YANG DIMAKSUDKANNYA.

Sebagai contoh agar lebih mudah difahami, bukti wajib solat tidak boleh dijadikan bukti wajib zakat, bukti wajib haji tidak boleh dijadikan bukti wajib solat dan sebagainya. Oleh itu

1) Sekiranya perbuatan kita itu berkaitan dengan hukum adat, maka ianya wajib dibuktikan melalui pancaindera @ sunnah alam.

2) Sekiranya perbuatan kita itu berkait dengan hukum akal, ianya wajib dibuktikan dengan dalil akal @ sekalian alam.

3) Sekiranya perbuatan kita itu berkait hukum syarak, ianya wajib dibuktikan melalui Al Quran @ Hadith.

Dalam perkataan lain, setiap perbuatan kita, wajib JELAS pada kita, adakah ianya pada adat, pada akal @ pada syarak.

Itulah cara untuk mengelakkan diri dari tergolong sebagai orang yang sesat dan menyesatkan. Itulah cara untuk mengelakkan diri dari perbuatan SYIRIK @ BINASA AKIDAH.

Saya berikan satu contoh.

Contohnya ialah alat telefon @ hp yang kita gunakan untuk berwatsap ini. HP yg kita gunakan ini milik siapa? Sebenarnya, siapa pemilik HP yg kita gunakan ini?

Jawabannya lebih dari satu.
1) Hp ini milik saya @ milik kita
2) Hp ini milik Allah

Jadi, mana satu yang betul? Kita punya @ Allah punya?

Jawabannya ialah, kedua-duanya betul. Kenapa pulak kedua2nya betul? Sebabnya ialah

*Pada adat*
Hp itu milik kita
Sebabnya ialah HP itu kita beli dengan duit kita sendiri.

*Pada syarak*
Hp itu milik kita juga
Sebabnya ialah Al Quran mengiktiraf pemilikan individu iaitu hasil dari usaha & ikhtiar yang akan dipertanggungjawab pada hari kiamat.

Dalil @ buktinya ialah

فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌   ۖ   وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak milik kamu (pada syarak) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
(Al-Baqarah : 279)

*Pada akal pula*
HP itu milik Allah
Sebabnya ialah semua yang wujud ini adalah dijadikan oleh Allah dan milik Allah

*Pada hakikat syarak pula*
HP itu milik Allah kerana tiada yang memilik Alam semesta dan segala yang ada didalamnya melainkan Allah

Buktinya ialah

لَّهُ  ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ   ۗ   وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

Segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Al-Hajj : 64)

Oleh itu, kedua dua jawapan diatas adalah BENAR dari jalan @ hukum yang berbeza.

Itulah contoh menunjukkan bahawa setiap mukallaf WAJIB TAHU perkataan @ perbuatan masing masing itu benar @ salah, berdosa @ tidak hanya apabila sudah memahami perbezaan antara 3 hukum.

Justeru, kita wajib mengetahui makna perkataan *hakikat* dari sudut 3 hukum.

Dari sudut bahasa, hakikat ialah yang sebenar benarnya. Perkataan hakikat itu terbit daripada kata dasar *"hak"*

Jadi, apa maknanya dari sudut hukum adat?

Apa perbezaan hakikat pada syarak dengan hakikat pada akal?

*Makna hakikat pada adat*
ialah pengenal @ pengetahuan seseorang kepada penjadi @ pencipta sesuatu benda yang tidak dikaitkan dengan Allah @ Agama.

Contohnya ialah telefon bimbit jenama lenovo. Siapa sebenarnya pencipta telefon bimbit jenama lenovo yang kita pakai?

1) pekerja kilang
2) pemilik kilang telefon lenovo
3) orang pertama menghasilkan telefon jenama lenovo.

Jawabannya ialah (c) iaitu orang yang pertama menghasilkan telefon jenama lenovo. Pada adat, orang yang pertama itu pasti tahu 100% tentang telefon ciptaannya.

Pada adat
Pencipta itu akan menerangkan tentang ciptaannya itu melalui buku kecil @ manual yang disertakan.

Itulah makna dan contoh hakikat pada adat untuk menghampirkan akal kita memahami makna hakikat pada akal dan makna hakikat pada syarak.

*Makna hakikat pada akal*
ialah pengenal @ pengetahuan seseorang tentang pencipta sekalian alam bernama Allah tanpa dikaitkan dengan Al Quran @ hadith. Pengenal kepada Allah itu wajib DITAHKIQKAN DENGAN DALIL AKAL dari sekalian alam @ pada diri sendiri.

Contohnya ialah
Diterima oleh akal bahawa Pencipta itu maha melihat. Kerana pencipta itu maha melihat, pencipta itu menjadikan makhluk seperti kita melihat. Jika pencipta bernama Allah itu buta, mustahil yang buta menjadikan yang melihat @ celik.

Jadi
Pada hakikat akal,
pencipta bernama Allah itu melihat bukan dengan mata.

Pada hakikat akal
Tiada yang menjadikan makhluk yang melihat dengan biji mata melainkan Pencipta yang melihat bukan dengan biji mata.

Itulah makna dan contoh hakikat pada akal.

Apakah makna dan contoh hakikat pada syarak?

*Makna hakikat pada syarak*
ialah pengenal serta pengetahuan manusia tentang Allah berdasarkan apa yang tersebut didalam Al Quran dan Hadith. Pengenal seseorang itu WAJIB SAMA seperti yang dikehendaki oleh Allah dan ditahkiqkan dengan dalil akal.

Contohnya ialah

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ  ۚ  لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ
Ertinya :
Allah menerangkan (akan diriNYA kepada sekalian makhluk dengan bukti), bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang mentadbirkan (sekalian alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (menyaksikan bahawasanya); tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Ali Imran : 18)

Itulah contoh ayat hakikat syarak. Setiap mukallaf wajib faham sehingga tahkiq akan diri Allah itu sama seperti yang diterangkan oleh Allah pada ayat tersebut, TIDAK BOLEH SALAH FAHAM WALAU SEDIKITPUN. Pengenal kepadaNYA yang Allah sebutkan itu ialah

1) Naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia (Allah)
2) Naik saksi bahawasanya Dialah yang mentadbir sekalian alam
3) Naik saksi bahawasanya Dia Maha Adil
4) Naik saksi bahawasanya Dia Maha Kuasa
5) Naik saksi bahawasanya Dia Maha Bijaksana
6) Naik saksi bahawasanya hanya para malaikat dan hamba-Nya yang berilmu yang mengenal Allah.

Contoh orang yang naik saksi itu ialah para malaikat dan orang yang berilmu iaitu para Nabi & Rosul serta ulama pewaris Nabi.

Oleh itu, untuk selamat daripada jatuh syirik, pengenal kita kepada Allah wajib sama seperti pengenal para malaikat dan para Nabi kepada Allah iaitulah yang diterangkan oleh Allah didalam Al Quran & hadith. TIDAK BOLEH TERSILAP @ SALAH FAHAM WALAU PADA 1 AYAT HAKIKAT SYARAK SEKALIPUN. Jika tersalah faham pada ayat hakikat, seseorang itu tidak dapat lepas daripada dosa SYIRIK @ BINASA AKIDAH.

Persoalan terakhir ialah, apakah contoh perkataan @ iktikad berkaitan perkataan "hakikat" yang menyebabkan binasa akidah @ syirik?

Berikut
5 contoh perkataan @ iktikad berkaitan dengan "hakikat yang menyebabkan binasa akidah

Contoh ke1⃣
..... ۚ  وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمًا

....Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)
(an-Nisa' : 164)

Maksud ayat yang telah disalah ertikan ialah
> *tiada kataku melainkan kata Allah*

Golongan ini beriktikad perkataan manusia itu perkataan Allah. Iktikad itu membawa maksud PERKATAAN DIRINYA TIDAK LAIN DARI PERKATAAN ALLAH. Secara tidak sedar iktikad itu menyerupakan dirinya dengan Allah.

Sebab itu BINASA AKIDAH

Maksud sebenar ayat itu ialah
*Pada hakikat syarak*
Tidak ada yang berkata melainkan Allah. Allah berkata sekehendakNYA dan tidak ada sebarang kata yang menyerupai kata Allah.

Contoh ke2⃣
.....ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ

......sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Baqaroh : 20)

Maksud ayat yang telah disalah ertikan ialah
> *tiada kuasaku melainkan kuasa Allah*

Golongan ini beriktikad kuasa manusia itu kuasa Allah. Iktikad itu membawa maksud KUASA DIRINYA TIDAK LAIN DARI KUASA ALLAH. Secara tidak sedar iktikad itu menyerupakan dirinya dengan Allah

Sebab itu BINASA AKIDAH.

Maksud sebenar ayat itu ialah
*Pada hakikat syarak*
Tidak ada yang berkuasa melainkan Allah. Allah memperbuat sekehendakNYA dan tidak ada sebarang kuasa yang menyerupai kekuasaan Allah.

Contoh ke3⃣
ً........  ۚ  إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

.....Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfal : 17)

Maksud ayat yang telah disalah ertikan ialah
> *tiada pendengaranku melainkan pendengaran Allah*

Golongan ini beriktikad pendengaran manusia itu pendengaran Allah. Iktikad itu membawa maksud PENDENGAR DIRINYA TIDAK LAIN DARIPADA PENDENGAR ALLAH. Secara tidak sedar iktikad itu menyerupakan dirinya dengan Allah.

Sebab itu BINASA AKIDAH.

Maksud sebenar ayat itu ialah
*Pada hakikat syarak*
Tidak ada yang mendengar hal keadaan makhluk melainkan Allah. Allah mendengar sejak azali dengan sekali dengar, bukannya mendengar berperingkat peringkat. Allah mendengar suara dan bukan suara.

Contoh ke4⃣
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ

Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
(Ali Imran : 2)

Maksud ayat yang telah disalah ertikan ialah
> *tiada hidupku melainkan hidup Allah*

Golongan ini beriktikad pehidup @ hidup manusia itu pehidup Allah. Iktikad itu membawa maksud HIDUP DIRINYA TIDAK LAIN DARI HIDUP ALLAH. Secara tidak sedar iktikad itu menyerupakan dirinya dengan Allah.

Sebab itu BINASA AKIDAH.

Maksud sebenar ayat itu ialah
*Pada hakikat syarak*
Tidak ada yang memelihara sekalian alam melainkan Allah.

Contoh ke5⃣
...وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ

....Padahal Allah yang menjadikan kamu dan semua perbuatan kamu.
(As-Soffat : 96)

Maksud yang telah disalah ertikan
> *tiada kehendakku melainkan kehendak Allah*

Golongan ini beriktikad kehendak manusia itu kehendak Allah. Iktikad itu membawa maksud KEHENDAK DIRINYA TIDAK LAIN DARI KEHENDAK ALLAH. Secara tidak sedar iktikad itu menyerupakan dirinya dengan Allah.

Sebab itu BINASA AKIDAH

Maksud sebenar ayat itu ialah
Pada hakikat syarak
Tidak ada yang menjadikan makhluk dan 3 jenis perbuatan makhluk melainkan Allah.

Rumusannya

Golongan yang mendakwa berpegang kepada hakikat dengan alasan sudah mencapai makam tertinggi sebenar golongan yang tidak tahu takrif @ makna hakikat dari sudut 3 hukum. Golongan itu sebenarnya telah terpesong.

Segala yang baik baik  itu anugerah Allah. Segala yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(An-Nisa' : 79)

Wallohua'lam
Maaf zahir & batin

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Telegram🏿
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan