(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 29 April 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 78 Hukum syarak 3 bahagi. Bahagian 1 sudah dicerahkan. Hukum syarak Bahagian kedua ialah perkara-perkara yang sekiranya dilanggar TIDAK membinasakan akidah, hanya sekadar BEDOSA BESAR. Persoalan sekarang ialah 1) Apakah contoh hukum syarak Bahagian kedua iaitu perbuatan yang hanya sekadar DOSA BESAR dan TIDAK menyebabkan BINASA AKIDAH? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Iman ke-6 iaitu percaya kepada Qada & Qadar? Berikan contoh

Pencerahan
Soalan 78


Hukum syarak 3 bahagi. Bahagian 1 sudah dicerahkan. Hukum syarak Bahagian kedua ialah perkara-perkara yang sekiranya dilanggar TIDAK membinasakan akidah, hanya sekadar BEDOSA BESAR. Persoalan sekarang ialah

1) Apakah contoh hukum syarak Bahagian kedua iaitu perbuatan yang hanya sekadar DOSA BESAR dan TIDAK menyebabkan BINASA AKIDAH?

2) Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Iman ke-6 iaitu percaya kepada  Qada & Qadar?


Berikan contoh



Jom kongsi ilmu


Pada pencerahan Soalan 77 telah dicerahkan perbuatan yang menyebabkan BINASA AKIDAH. Sekarang ini, kita bincang pula contoh perbuatan yang TIDAK menyebabkan BINASA AKIDAH tetapi hanya sekadar BERDOSA BESAR.

Seseorang boleh mendapat DOSA BESAR kerana 2 perkara iaitu

1) meninggalkan SURUH ALLAH bahagian kedua iaitu yang diwajibkan atas setiap mukallaf.

Apa yang Allah suruh?

Allah suruh kata (lidah)
Allah suruh iktikadkan (hati)
Allah suruh lakukan (anggota)

Contoh bagi setiap satu ialah

Allah suruh berkata YANG BAIK BAIK SAHAJA.

Barangsiapa yang "ingkar" kepada perintah Allah itu seperti mengumpat dan memfinah maka hukumnya BERDOSA BESAR

Allah suruh iktikadkan solat 5 waktu itu WAJIB
Allah suruh SOLAT FARDU 5 WAKTU

Barangsiapa yang dengan sengaja meninggalkan solat 5 waktu tetapi masih mengaku WAJIB ATAS DIRINYA maka hukumnya sekadar BERDOSA BESAR.

Akan tetapi sekiranya dia berkata "solat 5 waktu TIDAK WAJIB atas saya, hanya WAJIB keatas orang yang belum mengenal Allah" maka BINASA AKIDAHNYA.

2) melanggar TEGAH ALLAH bahagian kedua iaitu yang wajib dijauhi oleh setiap mukallaf.

Allah tegah kata (lidah)
Allah tegah iktikadkan (hati)
Allah tegah lakukan (anggota)

Contoh setiap satu ialah

Allah tegah BERBOHONG.
Dia berbohong juga.
Allah tegah MENGOTORKAN HATI dia tetap suka dengan perbuatan RIAK
Allah tegah MAKAN DUIT RASUAH, dia makan juga. Semuanya itu contoh yg hukumnya BERDOSA BESAR.

Contoh lain meninggalkan SURUH Allah ialah

tidak melaksanakan 5 rukun Islam seperti meninggalkan solat fardu 5 waktu dan meninggalkan puasa bulan ramadhan dan 1001 contoh perbuatan yang lain.

Itulah contoh SURUH Allah apabila diingkarkan menyebabkan DOSA BESAR

Contoh lain TEGAH Allah yang dilanggar pula ialah

mencuri, membunuh, memakan rasuah, meminum arak dan 1001 contoh perbuatan yang lain

Itulah contoh perbuatan yang MELANGGAR TEGAH ALLAH yang menyebabkan DOSA BESAR


Persoalan seterusnya ialah

Apakah makna rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar?

Sebelum kita cerahkan maksudnya, elok kita kita ingat semula pencerahan sebelum ini

Pada pencerahan Soalan 72 hingga 75 telah disebutkan 2 perkara iaitu

1⃣ perintah Allah berkait dengan AKIDAH @ SYARIAT BATIN sekiranya dilanggar menyebabkan binasa akidah @ batal syahadat.

2⃣ perintah Allah berkait dengan SYARIAT ZAHIR @ SELAIN AKIDAH sekiranya dilanggar sekadar BERDOSA BESAR yakni tidak menyebabkan BATAL SYAHADAT.

Perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH PADA SYARAK adalah khusus berkait AKIDAH dan berpunca dari 2 kesalahan iaitu

1) Enggan menurut SURUH ALLAH
2) Melanggar TEGAH ALLAH

Allah suruh iktikadkan
Allah suruh kata
Allah suruh buat @ lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia TAK BUAT maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Itu kategori suruh syarak pertama
Kategori tegah syarak yang pertama pulak ialah

Allah tegah kata
Allah tegah iktikadkan
Allah tegah lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia LANGGAR maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Secara ringkasnya SYAHADAT seseorang itu akan TERBATAL @ BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR melalui 3 perbuatan iaitu

Perkataan (lidah), iktikad (hati) dan tingkahlaku (anggota).

Persoalan sekarang, apakah contoh bagi setiap perkara itu?

Contoh SURUH SYARAK bagi setiap satu ialah

1) Allah suruh iktikadkan "ALLAH ESA"
2) Allah suruh kata "ALLAH ESA"
3) Allah suruh tunjukkan perbuatan yang membawa makna "ALLAH ESA"

Apa dalil @ bukti Allah suruh 3 perkara itu?

dalilnya ialah ayat pertama surah al-Ikhlas. Makna Allah ESA dan makna Allah SATU sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 60 dan keatas. Sesiapa yang ingat ingat lupa makna satu dan makna esa, elok semak semula pencerakan sebelum ini.

Dalil yang dimaksudkan ialah
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Ayat ( قُل)ۡ @ Qul itu adalah ayat PERINTAH. Ayat perintah yang SANGAT KUAT melibatkan 3 perbuatan SERENTAK iaitu perbuatan hati, perkataan dan anggota. Ketiga tiga perbuatan itu TIDAK BOLEH TERPISAH walau 1 detik sekalipun.

Supaya lebih JELAS, kita cerahkan semula maksudnya.

Contoh perbuatan lidah (perkataan)

Allah perintahkan kata @ sebut "Allah itu ESA. JANGAN keluarkan sebarang perkataan yang membatalkan makna ESA.

atau jika orang tanya "betul ke Allah itu ESA" ?
maka dijawab "entahlah, saya pun tak tahu betul ke Allah itu ESA'

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh perbuatan HATI

Allah perintahkan "yakinkan dalam hati @ pegang dalam hati @ iktikadkan bahawa Allah itu ESA"

Tapi bila orang tanya, WAJIB ke diiktikadkan dalam hati Allah itu ESA?"

Dia menjawab, "saya pun TAK YAKIN wajib diktikadkan Allah maha ESA, kita sebut Allah maha ESA cukuplah, tak payahlah iktikad iktikad"

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh seterusnya perbuatan anggota

Allah perintahkan lakukan perbuatan yang membawa maksud Allah ESA

tapi bila orang tanya, "betul ke ada perbuatan yang membawa maksud Allah ESA?"

dia menjawab
"mengesakan Allah tu perkataan sahaja. mana ada perbuatan mengesakan Allah"

Jika begitu jawapannya maka BINASA AKIDAH. Nauzubillah

Jadi macam mana supaya akidah selamat?

Jawapannya WAJIB FAHAM 5 istilah ini dari sudut hukum adat, akal dan syarak. Istilah yang dimaksudkan ialah

1) Makna ESA
2) Makna SATU
3) Makna BANYAK
4) Makna MENGESAKAN
5) Makna SYIRIK

Makna bagi semua perkataan itu sudah dicerahkan pada soalan ke-60 dan keatas sebelum ini

Eloklah semak.

Persoalannya sekarang
Apa hubungannya semua itu dengan kepercayaan kepada Qada & Qadar?

Lanjutan persoalan itu akan dicerahkan pada Soalan 79 insya Allah

---------------------------

Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(an Nisa : 79)


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
telegram > laisakamitslihisyaiun
& laisakamitslihisyaiunmp3

Sabtu, 23 April 2016

Bab 9 Soalan 77 Daripada pencerahan tentang hukum syarak seperti pada Soalan 72 - 75, terdapat 2 hukum yang wajib diketahui perbezaanya iaitu hukum BINASA AKIDAH & hukum BERDOSA BESAR (TIDAK BINASA AKIDAH). Persoalan sekarang ialah 1) Pada syarak Hukum bagi orang yang "INGKAR" kepada SURUH Allah dan TEGAH Allah kategori pertama ialah BINASA AKIDAH. Apakah contoh suruh dan tegah Allah yang dimaksudkan sekiranya 'diingkarkan" maka hukumnya BINASA AKIDAH? Apa buktinya dari al Quran? 2) Apakah tujuan mempelajari hukum syarak? Mohon pencerahan lanjut

Soalan 77


Daripada pencerahan tentang hukum syarak seperti pada Soalan 72 - 75, terdapat 2 hukum yang wajib diketahui perbezaanya iaitu hukum BINASA AKIDAH & hukum BERDOSA BESAR (TIDAK BINASA AKIDAH).

Persoalan sekarang ialah

1) Pada syarak
Hukum bagi orang yang "INGKAR" kepada SURUH Allah dan TEGAH Allah kategori pertama ialah BINASA AKIDAH.

Apakah contoh suruh dan tegah Allah yang dimaksudkan sekiranya 'diingkarkan" maka hukumnya BINASA AKIDAH?

Apa buktinya dari al Quran?

2) Apakah tujuan mempelajari hukum syarak?


Mohon pencerahan lanjut



Pencerahan
Soalan 77


Pada pencerahan Soalan 72 hingga 75 telah disebutkan 2 perkara iaitu

1⃣ perintah Allah berkait dengan AKIDAH @ SYARIAT BATIN sekiranya dilanggar menyebabkan binasa akidah @ batal syahadat.

2⃣ perintah Allah berkait dengan SYARIAT ZAHIR @ SELAIN AKIDAH sekiranya dilanggar sekadar BERDOSA BESAR yakni tidak menyebabkan BATAL SYAHADAT.

Perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH PADA SYARAK adalah khusus berkait AKIDAH dan berpunca dari 2 kesalahan iaitu

1) Enggan menurut SURUH ALLAH
2) Melanggar TEGAH ALLAH

Allah suruh iktikadkan
Allah suruh kata
Allah suruh buat @ lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia TAK BUAT maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Itu kategori suruh syarak pertama
Kategori tegah syarak yang pertama pulak ialah

Allah tegah kata
Allah tegah iktikadkan
Allah tegah lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia LANGGAR maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Secara ringkasnya SYAHADAT seseorang itu akan TERBATAL @ BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR melalui 3 perbuatan iaitu

Perkataan (lidah), iktikad (hati) dan tingkahlaku (anggota).

Persoalan sekarang, apakah contoh bagi setiap perkara itu?

Contoh SURUH SYARAK bagi setiap satu ialah

1) Allah suruh iktikadkan "ALLAH ESA"
2) Allah suruh kata "ALLAH ESA"
3) Allah suruh tunjukkan perbuatan yang membawa makna "ALLAH ESA"

Apa dalil @ bukti Allah suruh 3 perkara itu?

dalilnya ialah ayat pertama surah al-Ikhlas. Makna Allah ESA dan makna Allah SATU sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 60-70. Sesiapa yang ingat inhat lupa makna satu dan makna esa, elok semak semula pencerakan sebelum ini.

Dalil yang dimaksudkan ialah

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.


Ayat ( قُل)ۡ @ Qul itu adalah ayat PERINTAH. Ayat perintah yang SANGAT KUAT melibatkan 3 perbuatan SERENTAK iaitu perbuatan hati, perkataan dan anggota. Ketiga tiga perbuatan itu TIDAK BOLEH TERPISAH walau 1 detik sekalipun.

Supaya lebih JELAS, kita cerahkan semula maksudnya.

Contoh perbuatan lidah (perkataan)

Allah perintahkan kata @ sebut "Allah itu ESA. JANGAN keluarkan sebarang perkataan yang membatalkan makna ESA.

atau jika orang tanya "betul ke Allah itu ESA" ?
maka dijawab "entahlah, saya pun tak tahu betul ke Allah itu ESA'

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh perbuatan HATI

Allah perintahkan "yakinkan dalam hati @ pegang dalam hati @ iktikadkan bahawa Allah itu ESA"

Tapi bila orang tanya, WAJIB ke diiktikadkan dalam hati Allah itu ESA?"

Dia menjawab, "saya pun TAK YAKIN wajib diktikadkan Allah maha ESA, kita sebut Allah maha ESA cukuplah, tak payahlah iktikad iktikad"

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh seterusnya (perbuatan anggota)

Allah perintahkan lakukan perbuatan yang membawa maksud Allah ESA

tapi bila orang tanya, "betul ke ada perbuatan yang membawa maksud Allah ESA?"

dia menjawab
"mengesakan Allah tu perkataan sahaja. mana ada perbuatan mengesakan Allah"

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH. Nauzubillah

Jadi macam mana supaya akidah selamat?

Jawabannya WAJIB FAHAM 6 istilah ini dari sudut hukum adat, akal dan syarak. Istilah yang dimaksudkan ialah

1) Makna Allah
2) Makna ALLAH ESA @ al Ahad
3) Makna SATU @ al Wahid
4) Makna BANYAK
5) Makna MENGESAKAN
6) Makna SYIRIK

Itu contoh pertama berkait SURUH Allah apabila dilanggar maka hukumnya BINASA AKIDAH PADA SYARAK

Apa contoh berkait TEGAH Allah pula?
Apa dalilnya daripada al Quran?

Contohnya ialah

Contoh perkataan (lisan)
Allah TEGAH mengeluarkan perkata an yang bercanggah dengan makna ALLAH SATU

Allah perintahkan supaya mengata Allah itu SATU dalam surah al An'am ayat 19

ُ( قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ )

Ertinya
Katakan "hanya sanya Dialah Tuhan yang SATU"
(al An'am : 19)

Bila orang tanya "betul ke Allah itu SATU?"

Dia menjawab, saya pun tak pasti Allah itu berapa, satu ke, dua ke atau lebih.

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH

Contoh iktikad (Hati)

Allah TEGAH beriktikad Allah itu berada dilangit @ bersemayam diatas arash

tapi bila orang tanya "Betul ke Allah berada dilangit?" dia menjawab "saya rasa rasa @ saya syak memang Allah berada dilangit"

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH

Contoh perbuatan (anggota)

Allah TEGAH meniru perbuatan orang kafir seperti menyembah berhala.

Apabila orang tanya, "boleh ke kita tiru pakaian Santa Claus orang beragama Kristian atau kita tiru cara menyembah patung semasa perayaan Deepavali @ Thaipusam?

dia menjawab, "eeeemmmm boleh kot, rasanya tak salah apa apa sebab kita nak bersama sama memeriahkan sebarang hari perayaan di Negara ini.

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Jadi macam mana supaya akidah kita selamat?

Jawabannya, kita ulang sebut semula ialah WAJIB FAHAM 6 istilah ini dari sudut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Istilah yang dimaksudkan ialah

1) makna ALLAH (Soalan 21)
2) Makna ALLAH ESA @ al Ahad (Soalan 61)
3) makna ALLAH SATU @ al Wahid (Soalan 62)
4) makna BANYAK (Soalan 63-65)
5) Makna MENGESAKAN ALLAH (Soalan 66)
6) Makna MENSYIRIKKAN ALLAH (Soalan 67)


Persoalan terakhir ialah


Apakah tujuan mempelajari hukum syarak?

Tujuannya ialah supaya kita dapat mengesakan Allah pada syarak, terpelihara daripada syirik selamat didunia dan memperoleh kejayaan di akhirat yakni 3 perkara iaitu

1) mengenal Allah sama seperti yang disebutkan oleh Allah di dalam al Quran dan hadith sehingga TAHKIQ dengan DALIL AKALNYA.

2) mengamalkan semua yang diperintahkan oleh Allah di    dalam Al Quran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadith hadibaginda dan ulama pewaris Nabi.
th.
3) memelihara semua ilmu dan amal dari BINASA akibat memperturutkan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

=============================
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Khamis, 14 April 2016

Bab 9 Soalan 76 Soalan dari umum Apakah kaitan antara nikah mutaah yang dihalalkan oleh Syiah itu dengan akidah? Pencerahannya seperti ini Jawapan Soalan 76 Pada syarak supaya akidah kita selamat

Soalan 76


Soalan dari umum

Apakah kaitan antara nikah mutaah yang dihalalkan oleh Syiah itu dengan akidah?

Pencerahannya seperti ini

Jawapan
Soalan 76


Pada syarak
supaya akidah kita selamat, setiap kita @ setiap mukallaf WAJIB tahu perkara yang menyebabkan seseorang itu JATUH KAFIR @ MURTAD @ BINASA AKIDAH

Apa dalil kita wajib tahu?

Dalilnya ialah ayat ke 132 surah al Baqaroh


وَوَصَّىٰ بِہَآ إِبۡرَٲهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

Ertinya
...................."Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka JANGANLAH KAMU MATI kecuali didalam ISLAM (yakni terpelihara dari syirik)".
(al Baqaroh : 132)

Itulah buktinya WAJIB tahu perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH  @ KAFIR PADA SYARAK

Salah satu perkara yang menyebabkan binasa akidah @ jatuh kafir pada syarak ialah MENGUBAH HUKUM ALLAH @ MENGUBAH AYAT AYAT ALLAH.

Ada berpuluh-puluh ayat al Quran yang membawa maksud KAFIR @ MURTAD orang yang mengubah hukum Allah @ mengubah ayat Allah. Perbuatan itu hanya mengulang perbuatan orang kafir Yahudi yang suka mengubah ubah hukum dan ayat ayat Allah di dalam kitab Taurat dan Injil.

Mungkin ada yang inginkan bukti KAFIR orang yang mengubah hukum @ ayat Allah.

Kita lihat dua (2) dari berpuluh puluh ayat yang dimaksudkan sebagai buktinya. Semoga dengan bukti melalui ayat itu, TERANGLAH bagi kita BETAPA KAFIRNYA, BETAPA MURTADNYA orang yang mengubah ayat @ hukum Allah walau satu ayat sekalipun. Walau satu hukum sekalipun.

Bukti pertama ialah ayat ke-41 Surah al Maidah

۞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ لَا يَحۡزُنكَ ٱلَّذِينَ يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡكُفۡرِ مِنَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَلَمۡ تُؤۡمِن قُلُوبُهُمۡ‌ۛ وَمِنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْ‌ۛ سَمَّـٰعُونَ لِلۡڪَذِبِ سَمَّـٰعُونَ لِقَوۡمٍ ءَاخَرِينَ لَمۡ يَأۡتُوكَ‌ۖ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ مِنۢ بَعۡدِ مَوَاضِعِهِۦ‌ۖ يَقُولُونَ إِنۡ أُوتِيتُمۡ هَـٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمۡ تُؤۡتَوۡهُ فَٱحۡذَرُواْ‌ۚ وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُ ۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمۡ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ‌ۖ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Ertinya :
Hari Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka MENGUBAH perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: "Jika diberikan ini (yang sudah di rubah-rubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah".

(al Maidah : 41)


Bukti yang kedua ialah ayat ke-79 dalam surah al Baqaroh


فَوَيۡلٌ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلاً‌ۖ فَوَيۡلٌ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ

Ertinya:
Maka kecelakaan yang besarlah (yakni kafirlah) bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
(al Baqaroh : 79)

Maksud perkataan "menulis" itu adalah sangat luas. Ucapan yang didakwa

"Ini perkataan Allah" @
"Allah kata begitu begini" @
"Nabi berkata begitu begini" @
"Ada Allah sebut dalam Al Quran" @
sebarang perkataan yg membawa maksud yang sama sedangkan itu bukan ayat Allah, sedangkan ALLAH TAK PERNAH SEBUT @ NABI TAK PERNAH SEBUT maka sebenar benarnya TANPA SEDAR mereka sudah

1) SUDAH MENGAKU ALLAH @ MENGAKU NABI

2) TANPA SEDAR sudah MENGUBAH HUKUM ALLAH @ AYAT ALLAH

Jadi
apa kaitannya dengan Syiah?

Syiah mengubah hukum Allah.
Contoh hukum yg diubah oleh Syiah ialah MENGHALALKAN NIKAH MUTAAH. Nikah Mutaah sudah JELAS DIHARAMKAN OLEH ALLAH. Buktinya ada didalam hadith soheh Muslim. Hanya agama Syiah ciptaan Yahudi bernama Abdullah bin Sabak yg MENOLAK HADITH berkenaan malah penganut Syiah saaaaangat menghina Imam Muslim dan Imam Bukhori.

Ya memang betul.
Nikah mutaah ini pernah berlaku pada zaman Nabi oleh seorang sahabat ketika dia terdesak dalam suasana perang. Saat itu Nabi izinkan kepadanya. Namun, keizinan itu telah mansukh (dihapuskan) selama-lamanya berdasarkan ijma' ulama'.

Imam Al-Baihaqi menukilkan dari Ja’far bin Muhammad (Al-Baqir) bahwa beliau pernah ditanya tentang nikah mut’ah maka beliau menjawab, “itu adalah perbuatan zina.”

Demikian pula Imam Muslim meriwayatkan

أن رسولَ اللهِ صلى الله عليه و سلم نَهَى عَنِ الْمُتْعَةِ، وَقَالَ : أَلاَ، إِنَّهَا حَرَامٌ مِنْ يَوْمِكُمْ هَذَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ كَانَ أَعْطَى شَيْئًا فَلاَ يَأْخُذْهُ

“Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam- telah melarang nikah mut’ah seraya bersabda, “Ingatlah, sesungguhnya nikah mut’ah sejak hari kalian ini (yakni, hari penaklukan Kota Makkah) sampai hari kiamat. Barangsiapa yang telah memberikan sesuatu (yakni, mahar), maka janganlah ia mengambilnya”.

[HR. Muslim dalam Shohih-nya : Kitab An-Nikah, bab :Nikah Al-Mut’ah wa Bayan annahu Ubiha tsumma Nusikho tsumma Ubiha tsumma Nusikho wa Istaqorro Tahrimuh ila Yawmil Qiyamah (no. 1406)]


Dalil-Dali Haramnya Nikah Mut'ah

Haramnya nikah mut'ah berlandaskan dalil-dalil hadits Nabi saw juga pendapat para ulama dari 4 madzhab. Dalil dari hadits Nabi saw yang diwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata: "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki istri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Karena Allah azza wa jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dalil hadits lainnya: Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahwa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keledai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).


Itulah buktinya dari hadith hadith Nabi.


Sesiapa yang kata Nikah mutaah tu HALAL @ MEMBENARKAN HALAL dalam HATI sekalipun maka dia sebenar benarnya orang itu sudah MENGUBAH HUKUM ALLAH dan tanpa sedar sudah mengaku Allah. Sebab itulah SYIRIK & jatuh KAFIR.

Mungkin ada yang ingin bertanya
Apa itu nikah mutaah?

Secara ringkasnya saya terangkan begini

Nikah mutaah ialah nikah kontrak tanpa saksi. dengan syarat perempuan SETUJU menanggung semua akibat pernikahan itu. Tujuan mereka untuk MENGHALALKAN SEX TANPA SYARAT & RUKUN yang sudah ditetapkan oleh Allah. Pasangan itu automatik BERCERAI setelah tempoh KONTRAK TAMAT.

HANYA PEREMPUAN YANG MAHU DIPERBODOHKAN, perempuan yang BODOH LAGI TOLOL sahaja yang SETUJU NIKAH KONTRAK.

Hanya lelaki JAHAT & lelaki yang suka mengambil kesempatan MEMPERBODOHKAN perempuan yang BODOH shj suka nikah kontrek. MEREKA MENGHALALKAN PERZINAAN MELALUI NIKAH MUTA'AH.

Kita lihat beberapa hukum Allah yang telah DIUBAH oleh Syiah berkait dengan  nikah mutaah untuk memancing orang memeluk agama Syiah iaitu

1) sesiapa yang nak CEPAT masuk syurga kena NIKAH MUTAAH. Tak mahu nikah mutaah LAMBAT MASUK SYURGA

2) DO SA perempuan walau menutupi 7 lapis langit pun SUDAH DIAMPUNKAN Allah asalkan mereka NIKAH MUTAAH

3) Semakin kerap nikah mutaah walau beribu kali nikah mutaah maka SEMAKIN TINGGILAH KEDUDUKANNYA DALAM SYURGA

4) Setengah mazhab Syiah membolehkan mutaah dengan isteri orang. Isteri org pun boleh mutaah asalkan suami TAK TAHU & SIMPAN RAHSIA @ TAKIAH

5) Setiap perempuan yang nak bernikah ELOK TELEBIH DAHULU nikah mutaah dengan sami Syiah @ guru guru Syiah @ "ulama" Syiah. Dosa perempuan & bakal suami sebesar mana sekalipun akan DIAMPUNKAN OLEH ALLAH dan mati akan masuk SYURGA.

Tapi suka saya ingatkan kepada semua pendengar, sekiranya kita tanya perkara yang disebutkan itu kepada penganut agama Syiah di Malaysia, mereka akan MENAFIKANNYA dan menuduh semua itu sebagai fitnah yang direka reka oleh musuh musuh Syiah. Mereka sebenar benarnya berpura pura. Itulah namanya takiyah, senjata Syiah untuk menutupi kekafiran mereka.

itu baru sedikit BUKTI hukum Allah yang SYIAH telah ubah.

Beratus ratus lagi hukum Allah yang mereka ubah

Bukti semua yang dinyatakan diatas itu sangat mudah diperolehi melalui laman web.

SEBAB ITU SESIAPA SAHAJA YANG MENGUBAH UBAH HUKUM ÀLLAH SEPERTI SYIAH YANG MENGUBAH UBAH AYAT ALLAH SEBENAR BENARNYA ADALAH KAFIR MUSYRIK YANG TANPA SEDAR MEREKA SUDAH MENGAKU ALLAH

SYIAH SEPERTI ITU TIDAK PERNAH ISLAM. Walaupun nikah mutaah BUKAN AKIDAH SYIAH tetapi menghalalkan yang JELAS DIHARAMKAN OLEH ALLAH JELAS HUKUMNYA KAFIR.

Mereka yg asalnya islam tetapi masuk syiah sebenar benarnya TANPA SEDAR SUDAH MURTAD

Moga kita dan keluarga kita dijauhkan Allah dari bahaya Syirik dan bahaya Syiah Kafir Laknatullah

Nauzubillah


Semua yang baik baik dan yang benar itu adalah ANUGERAH Allah. Semua yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu.
An Nisa' : 79.

Maaf zahir dan batin.
Waalohua'lam

Khamis, 7 April 2016

Bab 9 :Pencerahan Soalan 75 Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh tegah dan harus. Suruh dan tegah telah dicerahkan pd Soalan 73 & 74. Persoalan seterusnya sekarang. 1) apakah makna HARUS 2) Apakah contoh suruh dan tegah Allah kategori atau bahagian pertama? Jadikan syahadat Rosul sebagai contoh dan perkaitan antara NUR MUHAMMAD dengan syahadat Rosul.

Pencerahan
Soalan 75


Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh tegah dan harus. Suruh dan tegah telah dicerahkan pd Soalan 73 & 74. Persoalan seterusnya sekarang.

1)  apakah makna HARUS

2) Apakah contoh suruh dan tegah Allah kategori atau bahagian pertama?

Jadikan syahadat Rosul sebagai contoh dan perkaitan antara NUR MUHAMMAD dengan syahadat Rosul.


Jawapan
Soalan 75


Sebelum kita bincang makna harus pd syarak, elok kita fahamkan makna harus pada adat. Sudah dicerahkan pada Soalan 31. Makna Harus pada adat ialah sesuatu yang TIDAK TETAP ATAU BOLEH BERUBAH bergantung kepada keadaan semasa.

Contohnya ialah MAKAN.

Pada adat
Makan ketika terlalu lapar adalah WAJIB atau MESTI pada adat untuk mengelakkan mudarat pada adat seperti MATI. Wajib pd adat disini tidak berkait dengan dosa atau pahala kerana tidak dihubungkan kepada Allah atau agama.

Makan ketika terlalu kenyang adalah HARAM pada adat utk mengelakkan mudharat seperti sesak nafas. Sama seperti wajib pada adat, haram disini tidak melibatkan dosa atau pahala kerana tidak dikaitkan dengan agama.

Wajib ATAU Haram pada adat ini terhenti setakat FITRAH ALAM ATAU SUNNAH ALAM & sama sekali TIDAK DIKAITKAN dgn Allah. Bezanya dengan harus pada syarak ialah, harus pada syarak dihubungkan kepada Allah.

Asas untuk memahami makna harus pada syarak itu adalah dengan memahami makna harus pada adat.

Oleh itu perkara yang dihukumkan harus pada syarak atau disebut juga diharuskan oleh syarak ialah sesuatu yang BERUBAH bergantung kepada masa dan keadaan.

Contohnya ialah MAKAN

Hukum asal makan adalah harus pada syarak. Akan tetapi boleh berubah mengikut keadaan.


Dalam keadaan sangat lapar, seseorang itu WAJIB makan untuk mengelakkan mudarat iaitu MATI. Jika dia tidak mahu makan sedangkan dia mampu, dia sengaja tidak makan untuk menyiksa diri maka hukum HARUS sudah berubah menjadi HARAM yakni BERDOSA. Sekiranya dia mati dalam keadaan lapar kerana tidak makan untuk menyiksa diri balasannya adalah NERAKA.

Dalam keadaan yang lain pula, hukuman mungkin berbeza. Contohnya dia seorang TENTERA ISLAM yang memiliki kepakaran MEMBUAT SENJATA dan ditawan oleh tentera kafir. Musuh menjadikannya sebagai tawanan perang. Didalam penjara, dia HANYA diberi makan daging babi. Dia hanya ada 2 pilihan.

1) Mati kelaparan atau
2) hidup tetapi terpaksa memakan sedikit daging babi.

Mana yang terbaik? Makan atau mati?

Jika dia memilih MATI kelaparan, tentera Islam akan RUGI kerana kehilangan seorang pakar membuat SENJATA yang SANGAT DIPERLUKAN. Keputusannya memilih MATI tetap TIDAK SALAH . Dia diharuskan makan sedikit daging babi itu sekadar mengelakkan mudharat KEMATIAN. Memakan daging babi itu asalnya HARAM berubah kepada HARUS.

Itulah contoh HARUS  ATAU MUBAH pada syarak

Soalan seterusnya ialah

Apakah contoh perbuatan yang membinasakan akidah pada suruh @ tegah syarak bahagian pertama?

Untuk persoalan terakhir ini kita ambil syahadat Rosul sebagai contoh dan perkaitannya dengan NUR MUHAMMAD.


Pencerahannya seperti ini

Pada syarak
Syarat SAH syahadat Rosul adalah WAJIB MENGENAL Nabi Muhammad s.a.w. sama seperti yang diterangkan oleh Al Quran. Apa syarat SAH mengenal Nabi Muhammad?

Selain daripada 4 sifat yang wajib dan menjadi syarat SAH SAHADAT ROSUL, iaitu kita iktikadkan ada pada Nabi itu

1) siddiq,
2) amanah,
3) fatonah dan
4) tabligh

kita WAJIB MENGETAHUI @ MENGIKTIKADKAN perkara berikut sehingga TAHKIQ iaitu

1) WAJIB diketahui keturunan baginda iaitu orang Arab. Supaya jangan disangka Nabi Muhammad itu org Melayu, India atau bangsa bangsa lain.

2) WAJIB diketahui nama ayahnya sehingga datuk nenek baginda.

3) WAJIB diketahui nama ibu baginda iaitu Aminah

4) WAJIB diketahui baginda dilahirkan di Mekah dan wafat di Madinah. Supaya jangan ada sangkaan Nabi dilahirkan di Eropah atau Afrika.

5) WAJIB diketahui baginda dilantik menjadi rosul pd usia 40 thn dan setelah wafat dikuburkan di masjid Madinah supaya tidak ada sangkaan Nabi masih hi dup didalam diri manusia atau ada nabi pada setiap diri seperti iktikad pengikut Kasim Ahmad atau golongan Quranist yang sebenarnya sudah MURTAD.

6) WAJIB diiktikadka n Nabi Muhammad itu juga seorang ROSUL @ PESURUH supaya terpelihara dari iktikad "ada sedikit lagi perintah Allah yang belum Nabi sampaikan" seperti akidah SYIAH KAFIR LAKNATULLAH.

7) WAJIB percaya baginda ada menerima BUKTI KENABIAN berupa mukjizat seperti al Quran dan lain lain supaya terpelihara dari iktikad "mukjizat atau anugerah Allah seperti ilmu laduni itu boleh dipelajari.

8) WAJIB mengiktikadkan bahawa MUSTAHIL Nabi menyalahi perintah Allah walau sedikit sekalipun supaya tertolak akidah SYIAH KAFIR LAKNATULLAH iaitu menganggap Nabi menyembunyikan perintah Allah.

9) Wajib mengiktikadkan perbuatan nabi itu hanya berkisar pada perkara yang FARDU & SUNAT sahaja supaya tertolak iktikad Nabi itu pernah melakukan yang SIA SIA @ MAKRUH seperti kencing berdiri.

Iktikad yang membatalkan syahadat rosul pula ialah

1) mengiktikadkan ada muhammad @ nabi Muhammad di dalam diri.

Iktikad itu membawa maksud menafikan Nabi Muhammad yang sudah wafat dan dikuburkan di Masjid Madinah itu sebagai nabinya, sebaliknya dia bernabikan muhammad yang ada didalam dirinya, walaupun dinafikan sekalipun.

2) mengiktikadkan dirinya ada dua iaitu diri yang zahir dan diri yang bathin

Iktilad itu membawa maksud nabi Muhammad itupun ada dua iaitu Nabi Muhammad yang zahir dan Nabi Muhammad yang bathin  walau dinafikan sekalipun.

Nur Muhammad ialah makhluk pertama dijadikan Allah. Dalilnya melalui hadith BUKAN AL QURAN.

Nur Muhammad bermakna CAHAYA yang

1) menunjukkan SEMUA jalan MENGENAL ALLAH

2) menunjukkan semua jalan memahami HUKUM ALLAH

3) menunjukkan semua jalan memahami AYAT AYAT ALLAH

4) menunjukkan semua jalan MENTAUHIDKAN ALLAH

diambil dari itu

1) Nabi Adam a.s..adalah Nur Muhammad. Semua 124,000 para Nabi & Rosul adalah Nur Muhammad.

2) Semua kitab Allah adalah Nur Muhammad

3) Semua ulama pewaris nabi dan para wali Allah adalah Nur Muhammad

4) Semua manusia yang memahami kitab kitab Allah samada Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran DIKATALAH ada pada mereka NUR MUHAMMAD

5) Mereka yang memahami semua kitab kitab Allah itu dan mentauhidkan Allah dikatalah ada pada mereka NUR MUHAMMAD tetapi mereka BUKAN NUR MUHAMMAD.

NUR MUHAMMAD ITU ADALAH SEMUA KITAB KITAB ALLAH & PARA NABI & ROSUL SERTA ULAMA PEWARIS NABI DAN SEMUA PARA WALI ALLAH.

Pendek kata akhir zaman ini, orang yang ada padanya NUR MUHAMMAD ialah orang yang FAHAM ISI KANDUNGAN AL QURAN dan dengan ilmu itu dia MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH

Sekadar untuk menghampirkan faham,
dalam bahasa yang lebih ringkas jika kita faham al Quran 20% dan beramal dengan ilmu yang 20% itu maka dikatalah "ada pada diri kita 20% NUR MUHAMMAD"

Bermakna TIDAK ADA NUR MUHAMMAD dalam diri orang yang SYIRIK @ KAFIR @ MUNAFIK

Semua salah faham tentang Nur Muhammad berlunca dari KURANG FAHAM

1) makna satu, makna esa dan makna banyak menurut 3 hukum

2) makna diri, makna zat, makna sifat dan makna nama menurut 3 hukum.


Segala yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an nisa : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Jumaat, 1 April 2016

Bab 9 Soalan 74 Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh pula terbahagi 3. Tegahpun terbahagi 3. Makna SURUH sudah dicerahkan pd Soalan 73. Sekarang kita bincang perintah Allah yang kedua. a) Apakah makna TEGAH. b) Apakah TEGAH bahagi yang pertama, kedua dan ketiga? c) Apakah kaitan antara TEGAH dengan perbuatan Nabi dan ulama? Berikan contoh

Soalan 74


Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh pula terbahagi 3. Tegahpun terbahagi 3. Makna SURUH sudah dicerahkan pd Soalan 73. Sekarang kita bincang perintah Allah yang kedua.

a) Apakah makna TEGAH.

b) Apakah TEGAH bahagi yang pertama, kedua dan ketiga?

c) Apakah kaitan antara TEGAH dengan perbuatan Nabi dan ulama?


Berikan contoh



Jawapan Soalan 74


Suruh Allah 3 bahagi sudah dicerahkan pada Soalan 73. Sekarang kita bincangkan TEGAH ALLAH @ TEGAH SYARAK 3 BAHAGI.

Sama seperti petkara yang disuruh oleh syarak, perkara yang ditegah oleh syarak @ oleh Allah itu terbahagi 3 iaitu

1) perkara wajib dijauhi melalui perkataan (lisan), perkara yang wajib dijauhi melalui perbuatan (anggota) dan perkara @ iktikad yang wajib dijauhi (hati)

Dalilnya adalah sama dengan dalil SURUH Allah pada pencerahan Soalan 73.

Kenapa sama?

Sebabnya ialah, semua perintah samada Allah SURUH @ Allah TEGAH sebenar benarnya adalah BERLAKU SERENTAK. Yakni dalam perkara yang disuruh itu ada tegah dan dalam perkara yang ditegah itu ada suruh. Kedua duanya TIDAK boleh terpisah walau sedetik sekalipun.

Apa contohnya?

Contohnya ialah ayat ke-43 surah al-Baqarah

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Ertinya :
Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al Baqarah  : 43)

Pada ayat SURUH SOLAT 5 WAKTU itu terkandung TEGAH iaitu DILARANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU, jika TIDAK solat, Allah akan siksa didalam neraka

Begitulah juga dengan semua ayat yang lain.Itulah bukti pada setiap suruh itu ada TEGAH dan pada setiap tegah itu ada SURUH.

Persoalan pasti timbul, pada kategori TEGAH yang pertama ini, apa sebenarnya yang Allah

1⃣ tegah kata ?
2⃣ tegah lakukan ?
3⃣ tegah iktikadkan ?

Sama juga dengan perkara yang Allah suruh pada pencerahan Soalan 73, perkara yang Allah tegah itu ialah MENYENGUTUKAN ALLAH @ SYIRIK yang berpunca dari TIDAK MENGENAL ALLAH yakni TIDAK TAHU membezakan antara makhluk daripada Allah. Dalam istilah usuluddin, kadang kala disebut TIDAK TAHU membezakan antara mukhaddas dan yang Qodim. Mukhoddas itu baharu @ makhluk. Yang Qodim itu Allah iaitu yang menjadikan makhluk.

Pada tegah kategori pertama ini, jika seseorang itu INGKAR dengan LARANGAN Allah, yakni melakukan SYIRIK walaupun tanpa sedar kerana sibuk beribadat sedangkan TIDAK MENGENAL ALLAH maka hukumnya tetap BINASA AKIDAH dan ibadahnya SIA SIA.

Buktinya sudah dicerahkan pada Soalan 73. Bukti tambahan bahawasanya orang yang TIDAK MENGENAL ALLAH ITU SIA SIA ibadahnya ialah ayat ke 23 surah al An'am

ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

Ertinya :
Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
(al-An'am :23)

Itulah bukti tambahan bahawa sanya orang yang TIDAK MENGENAL ALLAH itu tidak sedar bahawa sanya mereka itu MENYENGUTUKAN Allah dan tergolong sebagai orang MUSYRIK yakni orang yang BINASA AKIDAHNYA.

Orang yang menjauhi TEGAH Allah itu akan mendapat SEBESAR BESAR PAHALA @ KEBAJIKAN daripada Allah. Ganjarannya adalah syurga. Sebaliknya, orang yang MELANGGAR TEGAH ALLAH itu akan mendapat SEBESAR BESAR DOSA iaitu kekal mendapat azab didalam neraka. Dalil atau buktinya adalah sama dengan bukti SURUH kategori pertama seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 73

Sama seperti suruh kategori yang pertama, TIDAK ada sebesar besar dosa dari sebanyak banyak dosa melainkan DOSA melanggar tegah Allah kategori pertama ini iaitu menyengutukan Allah samada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

Perintah Allah kategori TEGAH yang menyebabkan BINASA AKIDAH orang yang melanggarnya disebut FARDU AIN PERTAMA dan mengelakkan diri dari dari melanggar tegah itu dipanggil SYARIAT BATIN @ SYARIAT BATIN

Itulah contoh tegah Allah kategori pertama

Orang yang menjauhi TEGAH Allah itu akan mendapat SEBESAR BESAR PAHALA @ KEBAJIKAN daripada Allah. Ganjarannya adalah syurga. Sebaliknya, orang yang MELANGGAR TEGAH ALLAH itu akan mendapat SEBESAR BESAR DOSA iaitu kekal mendapat azab didalam neraka. Dalil atau buktinya adalah sama dengan bukti SURUH kategori pertama seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 73

Sama seperti suruh kategori yang pertama, TIDAK ada sebesar besar dosa dari sebanyak banyak dosa melainkan DOSA melanggar tegah Allah kategori pertama ini iaitu MENYENGUTUKAN Allah samada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

Itulah tegah Allah kategori pertama

Persoalan seterusnya ialah

2⃣Apakah tegah Allah kategori kedua?

Tegah Allah kategori kedua ialah  BERDOSA @ DISIKSA apabila dikata (lidah) @ dilakukan (perbuatan) @ diktikadkan (hati). Pelanggaran perintah Allah ini TIDAK menyebabkan binasa akidah selagi pelakunya mengakui kewajiban perintah Allah itu atas dirinya. Dia melanggar perintah  Allah itu hanya kerana malas BUKAN kerana menafikan @ membantah perintah Allah itu.

Dalilnya daripada al Quran adalah sama seperti dalil SURUH kategori kedua seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 73

Perintah TEGAH Allah ini khusus berkait dengan ibadah zahir @ SYARIAT ZAHIR seperti meninggalkan solat, berbohong, makan yang haram dan sebagainya.

Contoh contoh tambahan tegah Allah kategori ini akan dikupas lebih lanjut pada Soalan 75, 76 dan 77 insya Allah

Itulah contoh tegah kategori kedua.

3⃣Apakah tegah Allah kategori ketiga?


Tegah Allah kategori ketiga ialah semua perkara yang dihukumkan MAKRUH

Persoalan terakhir ialah, apakah kaitan tegah ini dengan perbuatan para Nabi dan ulama?


Perkara yang dihukumkan makruh adalah termasuk perkara yang di TEGAH oleh ALLAH. Oleh kerana itu, setiap mukallaf wajib mengiktikadkan semua para Nabi MUSTAHIL MELAKUKAN PERKARA YANG MAKRUH DAN TERLEBIH MUSTAHIL MELAKUKAN PERKARA YANG HARAM. Perbuatan para nabi hanya berkisar pada amalan FARDU & SUNAT sahaja.

Begitu jugalah dengan ulama pada syarak iaitu ulama pewaris nabi. Kita wajib mengiktikadkan semua perbuatan ULAMA PADA SYARAK itu hanya berkisar pada amalan FARDU & SUNAT

Ulama yang melakukan perbuatan yang makruh dan haram itu adalah
Ulama pada adat BUKANNYA  ULAMA PADA SYARAK.

Perkara ini telah dicerahkan pada Soalan 73

=================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun
@
telegram > laisakamitslihisyaiunmp3