(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 23 April 2016

Bab 9 Soalan 77 Daripada pencerahan tentang hukum syarak seperti pada Soalan 72 - 75, terdapat 2 hukum yang wajib diketahui perbezaanya iaitu hukum BINASA AKIDAH & hukum BERDOSA BESAR (TIDAK BINASA AKIDAH). Persoalan sekarang ialah 1) Pada syarak Hukum bagi orang yang "INGKAR" kepada SURUH Allah dan TEGAH Allah kategori pertama ialah BINASA AKIDAH. Apakah contoh suruh dan tegah Allah yang dimaksudkan sekiranya 'diingkarkan" maka hukumnya BINASA AKIDAH? Apa buktinya dari al Quran? 2) Apakah tujuan mempelajari hukum syarak? Mohon pencerahan lanjut

Soalan 77


Daripada pencerahan tentang hukum syarak seperti pada Soalan 72 - 75, terdapat 2 hukum yang wajib diketahui perbezaanya iaitu hukum BINASA AKIDAH & hukum BERDOSA BESAR (TIDAK BINASA AKIDAH).

Persoalan sekarang ialah

1) Pada syarak
Hukum bagi orang yang "INGKAR" kepada SURUH Allah dan TEGAH Allah kategori pertama ialah BINASA AKIDAH.

Apakah contoh suruh dan tegah Allah yang dimaksudkan sekiranya 'diingkarkan" maka hukumnya BINASA AKIDAH?

Apa buktinya dari al Quran?

2) Apakah tujuan mempelajari hukum syarak?


Mohon pencerahan lanjut



Pencerahan
Soalan 77


Pada pencerahan Soalan 72 hingga 75 telah disebutkan 2 perkara iaitu

1⃣ perintah Allah berkait dengan AKIDAH @ SYARIAT BATIN sekiranya dilanggar menyebabkan binasa akidah @ batal syahadat.

2⃣ perintah Allah berkait dengan SYARIAT ZAHIR @ SELAIN AKIDAH sekiranya dilanggar sekadar BERDOSA BESAR yakni tidak menyebabkan BATAL SYAHADAT.

Perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH PADA SYARAK adalah khusus berkait AKIDAH dan berpunca dari 2 kesalahan iaitu

1) Enggan menurut SURUH ALLAH
2) Melanggar TEGAH ALLAH

Allah suruh iktikadkan
Allah suruh kata
Allah suruh buat @ lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia TAK BUAT maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Itu kategori suruh syarak pertama
Kategori tegah syarak yang pertama pulak ialah

Allah tegah kata
Allah tegah iktikadkan
Allah tegah lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia LANGGAR maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Secara ringkasnya SYAHADAT seseorang itu akan TERBATAL @ BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR melalui 3 perbuatan iaitu

Perkataan (lidah), iktikad (hati) dan tingkahlaku (anggota).

Persoalan sekarang, apakah contoh bagi setiap perkara itu?

Contoh SURUH SYARAK bagi setiap satu ialah

1) Allah suruh iktikadkan "ALLAH ESA"
2) Allah suruh kata "ALLAH ESA"
3) Allah suruh tunjukkan perbuatan yang membawa makna "ALLAH ESA"

Apa dalil @ bukti Allah suruh 3 perkara itu?

dalilnya ialah ayat pertama surah al-Ikhlas. Makna Allah ESA dan makna Allah SATU sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 60-70. Sesiapa yang ingat inhat lupa makna satu dan makna esa, elok semak semula pencerakan sebelum ini.

Dalil yang dimaksudkan ialah

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.


Ayat ( قُل)ۡ @ Qul itu adalah ayat PERINTAH. Ayat perintah yang SANGAT KUAT melibatkan 3 perbuatan SERENTAK iaitu perbuatan hati, perkataan dan anggota. Ketiga tiga perbuatan itu TIDAK BOLEH TERPISAH walau 1 detik sekalipun.

Supaya lebih JELAS, kita cerahkan semula maksudnya.

Contoh perbuatan lidah (perkataan)

Allah perintahkan kata @ sebut "Allah itu ESA. JANGAN keluarkan sebarang perkataan yang membatalkan makna ESA.

atau jika orang tanya "betul ke Allah itu ESA" ?
maka dijawab "entahlah, saya pun tak tahu betul ke Allah itu ESA'

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh perbuatan HATI

Allah perintahkan "yakinkan dalam hati @ pegang dalam hati @ iktikadkan bahawa Allah itu ESA"

Tapi bila orang tanya, WAJIB ke diiktikadkan dalam hati Allah itu ESA?"

Dia menjawab, "saya pun TAK YAKIN wajib diktikadkan Allah maha ESA, kita sebut Allah maha ESA cukuplah, tak payahlah iktikad iktikad"

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh seterusnya (perbuatan anggota)

Allah perintahkan lakukan perbuatan yang membawa maksud Allah ESA

tapi bila orang tanya, "betul ke ada perbuatan yang membawa maksud Allah ESA?"

dia menjawab
"mengesakan Allah tu perkataan sahaja. mana ada perbuatan mengesakan Allah"

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH. Nauzubillah

Jadi macam mana supaya akidah selamat?

Jawabannya WAJIB FAHAM 6 istilah ini dari sudut hukum adat, akal dan syarak. Istilah yang dimaksudkan ialah

1) Makna Allah
2) Makna ALLAH ESA @ al Ahad
3) Makna SATU @ al Wahid
4) Makna BANYAK
5) Makna MENGESAKAN
6) Makna SYIRIK

Itu contoh pertama berkait SURUH Allah apabila dilanggar maka hukumnya BINASA AKIDAH PADA SYARAK

Apa contoh berkait TEGAH Allah pula?
Apa dalilnya daripada al Quran?

Contohnya ialah

Contoh perkataan (lisan)
Allah TEGAH mengeluarkan perkata an yang bercanggah dengan makna ALLAH SATU

Allah perintahkan supaya mengata Allah itu SATU dalam surah al An'am ayat 19

ُ( قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ )

Ertinya
Katakan "hanya sanya Dialah Tuhan yang SATU"
(al An'am : 19)

Bila orang tanya "betul ke Allah itu SATU?"

Dia menjawab, saya pun tak pasti Allah itu berapa, satu ke, dua ke atau lebih.

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH

Contoh iktikad (Hati)

Allah TEGAH beriktikad Allah itu berada dilangit @ bersemayam diatas arash

tapi bila orang tanya "Betul ke Allah berada dilangit?" dia menjawab "saya rasa rasa @ saya syak memang Allah berada dilangit"

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH

Contoh perbuatan (anggota)

Allah TEGAH meniru perbuatan orang kafir seperti menyembah berhala.

Apabila orang tanya, "boleh ke kita tiru pakaian Santa Claus orang beragama Kristian atau kita tiru cara menyembah patung semasa perayaan Deepavali @ Thaipusam?

dia menjawab, "eeeemmmm boleh kot, rasanya tak salah apa apa sebab kita nak bersama sama memeriahkan sebarang hari perayaan di Negara ini.

Jika begitu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Jadi macam mana supaya akidah kita selamat?

Jawabannya, kita ulang sebut semula ialah WAJIB FAHAM 6 istilah ini dari sudut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Istilah yang dimaksudkan ialah

1) makna ALLAH (Soalan 21)
2) Makna ALLAH ESA @ al Ahad (Soalan 61)
3) makna ALLAH SATU @ al Wahid (Soalan 62)
4) makna BANYAK (Soalan 63-65)
5) Makna MENGESAKAN ALLAH (Soalan 66)
6) Makna MENSYIRIKKAN ALLAH (Soalan 67)


Persoalan terakhir ialah


Apakah tujuan mempelajari hukum syarak?

Tujuannya ialah supaya kita dapat mengesakan Allah pada syarak, terpelihara daripada syirik selamat didunia dan memperoleh kejayaan di akhirat yakni 3 perkara iaitu

1) mengenal Allah sama seperti yang disebutkan oleh Allah di dalam al Quran dan hadith sehingga TAHKIQ dengan DALIL AKALNYA.

2) mengamalkan semua yang diperintahkan oleh Allah di    dalam Al Quran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadith hadibaginda dan ulama pewaris Nabi.
th.
3) memelihara semua ilmu dan amal dari BINASA akibat memperturutkan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

=============================
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan