(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 7 April 2016

Bab 9 :Pencerahan Soalan 75 Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh tegah dan harus. Suruh dan tegah telah dicerahkan pd Soalan 73 & 74. Persoalan seterusnya sekarang. 1) apakah makna HARUS 2) Apakah contoh suruh dan tegah Allah kategori atau bahagian pertama? Jadikan syahadat Rosul sebagai contoh dan perkaitan antara NUR MUHAMMAD dengan syahadat Rosul.

Pencerahan
Soalan 75


Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh tegah dan harus. Suruh dan tegah telah dicerahkan pd Soalan 73 & 74. Persoalan seterusnya sekarang.

1)  apakah makna HARUS

2) Apakah contoh suruh dan tegah Allah kategori atau bahagian pertama?

Jadikan syahadat Rosul sebagai contoh dan perkaitan antara NUR MUHAMMAD dengan syahadat Rosul.


Jawapan
Soalan 75


Sebelum kita bincang makna harus pd syarak, elok kita fahamkan makna harus pada adat. Sudah dicerahkan pada Soalan 31. Makna Harus pada adat ialah sesuatu yang TIDAK TETAP ATAU BOLEH BERUBAH bergantung kepada keadaan semasa.

Contohnya ialah MAKAN.

Pada adat
Makan ketika terlalu lapar adalah WAJIB atau MESTI pada adat untuk mengelakkan mudarat pada adat seperti MATI. Wajib pd adat disini tidak berkait dengan dosa atau pahala kerana tidak dihubungkan kepada Allah atau agama.

Makan ketika terlalu kenyang adalah HARAM pada adat utk mengelakkan mudharat seperti sesak nafas. Sama seperti wajib pada adat, haram disini tidak melibatkan dosa atau pahala kerana tidak dikaitkan dengan agama.

Wajib ATAU Haram pada adat ini terhenti setakat FITRAH ALAM ATAU SUNNAH ALAM & sama sekali TIDAK DIKAITKAN dgn Allah. Bezanya dengan harus pada syarak ialah, harus pada syarak dihubungkan kepada Allah.

Asas untuk memahami makna harus pada syarak itu adalah dengan memahami makna harus pada adat.

Oleh itu perkara yang dihukumkan harus pada syarak atau disebut juga diharuskan oleh syarak ialah sesuatu yang BERUBAH bergantung kepada masa dan keadaan.

Contohnya ialah MAKAN

Hukum asal makan adalah harus pada syarak. Akan tetapi boleh berubah mengikut keadaan.


Dalam keadaan sangat lapar, seseorang itu WAJIB makan untuk mengelakkan mudarat iaitu MATI. Jika dia tidak mahu makan sedangkan dia mampu, dia sengaja tidak makan untuk menyiksa diri maka hukum HARUS sudah berubah menjadi HARAM yakni BERDOSA. Sekiranya dia mati dalam keadaan lapar kerana tidak makan untuk menyiksa diri balasannya adalah NERAKA.

Dalam keadaan yang lain pula, hukuman mungkin berbeza. Contohnya dia seorang TENTERA ISLAM yang memiliki kepakaran MEMBUAT SENJATA dan ditawan oleh tentera kafir. Musuh menjadikannya sebagai tawanan perang. Didalam penjara, dia HANYA diberi makan daging babi. Dia hanya ada 2 pilihan.

1) Mati kelaparan atau
2) hidup tetapi terpaksa memakan sedikit daging babi.

Mana yang terbaik? Makan atau mati?

Jika dia memilih MATI kelaparan, tentera Islam akan RUGI kerana kehilangan seorang pakar membuat SENJATA yang SANGAT DIPERLUKAN. Keputusannya memilih MATI tetap TIDAK SALAH . Dia diharuskan makan sedikit daging babi itu sekadar mengelakkan mudharat KEMATIAN. Memakan daging babi itu asalnya HARAM berubah kepada HARUS.

Itulah contoh HARUS  ATAU MUBAH pada syarak

Soalan seterusnya ialah

Apakah contoh perbuatan yang membinasakan akidah pada suruh @ tegah syarak bahagian pertama?

Untuk persoalan terakhir ini kita ambil syahadat Rosul sebagai contoh dan perkaitannya dengan NUR MUHAMMAD.


Pencerahannya seperti ini

Pada syarak
Syarat SAH syahadat Rosul adalah WAJIB MENGENAL Nabi Muhammad s.a.w. sama seperti yang diterangkan oleh Al Quran. Apa syarat SAH mengenal Nabi Muhammad?

Selain daripada 4 sifat yang wajib dan menjadi syarat SAH SAHADAT ROSUL, iaitu kita iktikadkan ada pada Nabi itu

1) siddiq,
2) amanah,
3) fatonah dan
4) tabligh

kita WAJIB MENGETAHUI @ MENGIKTIKADKAN perkara berikut sehingga TAHKIQ iaitu

1) WAJIB diketahui keturunan baginda iaitu orang Arab. Supaya jangan disangka Nabi Muhammad itu org Melayu, India atau bangsa bangsa lain.

2) WAJIB diketahui nama ayahnya sehingga datuk nenek baginda.

3) WAJIB diketahui nama ibu baginda iaitu Aminah

4) WAJIB diketahui baginda dilahirkan di Mekah dan wafat di Madinah. Supaya jangan ada sangkaan Nabi dilahirkan di Eropah atau Afrika.

5) WAJIB diketahui baginda dilantik menjadi rosul pd usia 40 thn dan setelah wafat dikuburkan di masjid Madinah supaya tidak ada sangkaan Nabi masih hi dup didalam diri manusia atau ada nabi pada setiap diri seperti iktikad pengikut Kasim Ahmad atau golongan Quranist yang sebenarnya sudah MURTAD.

6) WAJIB diiktikadka n Nabi Muhammad itu juga seorang ROSUL @ PESURUH supaya terpelihara dari iktikad "ada sedikit lagi perintah Allah yang belum Nabi sampaikan" seperti akidah SYIAH KAFIR LAKNATULLAH.

7) WAJIB percaya baginda ada menerima BUKTI KENABIAN berupa mukjizat seperti al Quran dan lain lain supaya terpelihara dari iktikad "mukjizat atau anugerah Allah seperti ilmu laduni itu boleh dipelajari.

8) WAJIB mengiktikadkan bahawa MUSTAHIL Nabi menyalahi perintah Allah walau sedikit sekalipun supaya tertolak akidah SYIAH KAFIR LAKNATULLAH iaitu menganggap Nabi menyembunyikan perintah Allah.

9) Wajib mengiktikadkan perbuatan nabi itu hanya berkisar pada perkara yang FARDU & SUNAT sahaja supaya tertolak iktikad Nabi itu pernah melakukan yang SIA SIA @ MAKRUH seperti kencing berdiri.

Iktikad yang membatalkan syahadat rosul pula ialah

1) mengiktikadkan ada muhammad @ nabi Muhammad di dalam diri.

Iktikad itu membawa maksud menafikan Nabi Muhammad yang sudah wafat dan dikuburkan di Masjid Madinah itu sebagai nabinya, sebaliknya dia bernabikan muhammad yang ada didalam dirinya, walaupun dinafikan sekalipun.

2) mengiktikadkan dirinya ada dua iaitu diri yang zahir dan diri yang bathin

Iktilad itu membawa maksud nabi Muhammad itupun ada dua iaitu Nabi Muhammad yang zahir dan Nabi Muhammad yang bathin  walau dinafikan sekalipun.

Nur Muhammad ialah makhluk pertama dijadikan Allah. Dalilnya melalui hadith BUKAN AL QURAN.

Nur Muhammad bermakna CAHAYA yang

1) menunjukkan SEMUA jalan MENGENAL ALLAH

2) menunjukkan semua jalan memahami HUKUM ALLAH

3) menunjukkan semua jalan memahami AYAT AYAT ALLAH

4) menunjukkan semua jalan MENTAUHIDKAN ALLAH

diambil dari itu

1) Nabi Adam a.s..adalah Nur Muhammad. Semua 124,000 para Nabi & Rosul adalah Nur Muhammad.

2) Semua kitab Allah adalah Nur Muhammad

3) Semua ulama pewaris nabi dan para wali Allah adalah Nur Muhammad

4) Semua manusia yang memahami kitab kitab Allah samada Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran DIKATALAH ada pada mereka NUR MUHAMMAD

5) Mereka yang memahami semua kitab kitab Allah itu dan mentauhidkan Allah dikatalah ada pada mereka NUR MUHAMMAD tetapi mereka BUKAN NUR MUHAMMAD.

NUR MUHAMMAD ITU ADALAH SEMUA KITAB KITAB ALLAH & PARA NABI & ROSUL SERTA ULAMA PEWARIS NABI DAN SEMUA PARA WALI ALLAH.

Pendek kata akhir zaman ini, orang yang ada padanya NUR MUHAMMAD ialah orang yang FAHAM ISI KANDUNGAN AL QURAN dan dengan ilmu itu dia MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH

Sekadar untuk menghampirkan faham,
dalam bahasa yang lebih ringkas jika kita faham al Quran 20% dan beramal dengan ilmu yang 20% itu maka dikatalah "ada pada diri kita 20% NUR MUHAMMAD"

Bermakna TIDAK ADA NUR MUHAMMAD dalam diri orang yang SYIRIK @ KAFIR @ MUNAFIK

Semua salah faham tentang Nur Muhammad berlunca dari KURANG FAHAM

1) makna satu, makna esa dan makna banyak menurut 3 hukum

2) makna diri, makna zat, makna sifat dan makna nama menurut 3 hukum.


Segala yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an nisa : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan