(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 1 April 2016

Bab 9 Soalan 74 Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh pula terbahagi 3. Tegahpun terbahagi 3. Makna SURUH sudah dicerahkan pd Soalan 73. Sekarang kita bincang perintah Allah yang kedua. a) Apakah makna TEGAH. b) Apakah TEGAH bahagi yang pertama, kedua dan ketiga? c) Apakah kaitan antara TEGAH dengan perbuatan Nabi dan ulama? Berikan contoh

Soalan 74


Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh pula terbahagi 3. Tegahpun terbahagi 3. Makna SURUH sudah dicerahkan pd Soalan 73. Sekarang kita bincang perintah Allah yang kedua.

a) Apakah makna TEGAH.

b) Apakah TEGAH bahagi yang pertama, kedua dan ketiga?

c) Apakah kaitan antara TEGAH dengan perbuatan Nabi dan ulama?


Berikan contoh



Jawapan Soalan 74


Suruh Allah 3 bahagi sudah dicerahkan pada Soalan 73. Sekarang kita bincangkan TEGAH ALLAH @ TEGAH SYARAK 3 BAHAGI.

Sama seperti petkara yang disuruh oleh syarak, perkara yang ditegah oleh syarak @ oleh Allah itu terbahagi 3 iaitu

1) perkara wajib dijauhi melalui perkataan (lisan), perkara yang wajib dijauhi melalui perbuatan (anggota) dan perkara @ iktikad yang wajib dijauhi (hati)

Dalilnya adalah sama dengan dalil SURUH Allah pada pencerahan Soalan 73.

Kenapa sama?

Sebabnya ialah, semua perintah samada Allah SURUH @ Allah TEGAH sebenar benarnya adalah BERLAKU SERENTAK. Yakni dalam perkara yang disuruh itu ada tegah dan dalam perkara yang ditegah itu ada suruh. Kedua duanya TIDAK boleh terpisah walau sedetik sekalipun.

Apa contohnya?

Contohnya ialah ayat ke-43 surah al-Baqarah

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Ertinya :
Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al Baqarah  : 43)

Pada ayat SURUH SOLAT 5 WAKTU itu terkandung TEGAH iaitu DILARANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU, jika TIDAK solat, Allah akan siksa didalam neraka

Begitulah juga dengan semua ayat yang lain.Itulah bukti pada setiap suruh itu ada TEGAH dan pada setiap tegah itu ada SURUH.

Persoalan pasti timbul, pada kategori TEGAH yang pertama ini, apa sebenarnya yang Allah

1⃣ tegah kata ?
2⃣ tegah lakukan ?
3⃣ tegah iktikadkan ?

Sama juga dengan perkara yang Allah suruh pada pencerahan Soalan 73, perkara yang Allah tegah itu ialah MENYENGUTUKAN ALLAH @ SYIRIK yang berpunca dari TIDAK MENGENAL ALLAH yakni TIDAK TAHU membezakan antara makhluk daripada Allah. Dalam istilah usuluddin, kadang kala disebut TIDAK TAHU membezakan antara mukhaddas dan yang Qodim. Mukhoddas itu baharu @ makhluk. Yang Qodim itu Allah iaitu yang menjadikan makhluk.

Pada tegah kategori pertama ini, jika seseorang itu INGKAR dengan LARANGAN Allah, yakni melakukan SYIRIK walaupun tanpa sedar kerana sibuk beribadat sedangkan TIDAK MENGENAL ALLAH maka hukumnya tetap BINASA AKIDAH dan ibadahnya SIA SIA.

Buktinya sudah dicerahkan pada Soalan 73. Bukti tambahan bahawasanya orang yang TIDAK MENGENAL ALLAH ITU SIA SIA ibadahnya ialah ayat ke 23 surah al An'am

ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

Ertinya :
Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
(al-An'am :23)

Itulah bukti tambahan bahawa sanya orang yang TIDAK MENGENAL ALLAH itu tidak sedar bahawa sanya mereka itu MENYENGUTUKAN Allah dan tergolong sebagai orang MUSYRIK yakni orang yang BINASA AKIDAHNYA.

Orang yang menjauhi TEGAH Allah itu akan mendapat SEBESAR BESAR PAHALA @ KEBAJIKAN daripada Allah. Ganjarannya adalah syurga. Sebaliknya, orang yang MELANGGAR TEGAH ALLAH itu akan mendapat SEBESAR BESAR DOSA iaitu kekal mendapat azab didalam neraka. Dalil atau buktinya adalah sama dengan bukti SURUH kategori pertama seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 73

Sama seperti suruh kategori yang pertama, TIDAK ada sebesar besar dosa dari sebanyak banyak dosa melainkan DOSA melanggar tegah Allah kategori pertama ini iaitu menyengutukan Allah samada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

Perintah Allah kategori TEGAH yang menyebabkan BINASA AKIDAH orang yang melanggarnya disebut FARDU AIN PERTAMA dan mengelakkan diri dari dari melanggar tegah itu dipanggil SYARIAT BATIN @ SYARIAT BATIN

Itulah contoh tegah Allah kategori pertama

Orang yang menjauhi TEGAH Allah itu akan mendapat SEBESAR BESAR PAHALA @ KEBAJIKAN daripada Allah. Ganjarannya adalah syurga. Sebaliknya, orang yang MELANGGAR TEGAH ALLAH itu akan mendapat SEBESAR BESAR DOSA iaitu kekal mendapat azab didalam neraka. Dalil atau buktinya adalah sama dengan bukti SURUH kategori pertama seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 73

Sama seperti suruh kategori yang pertama, TIDAK ada sebesar besar dosa dari sebanyak banyak dosa melainkan DOSA melanggar tegah Allah kategori pertama ini iaitu MENYENGUTUKAN Allah samada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

Itulah tegah Allah kategori pertama

Persoalan seterusnya ialah

2⃣Apakah tegah Allah kategori kedua?

Tegah Allah kategori kedua ialah  BERDOSA @ DISIKSA apabila dikata (lidah) @ dilakukan (perbuatan) @ diktikadkan (hati). Pelanggaran perintah Allah ini TIDAK menyebabkan binasa akidah selagi pelakunya mengakui kewajiban perintah Allah itu atas dirinya. Dia melanggar perintah  Allah itu hanya kerana malas BUKAN kerana menafikan @ membantah perintah Allah itu.

Dalilnya daripada al Quran adalah sama seperti dalil SURUH kategori kedua seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 73

Perintah TEGAH Allah ini khusus berkait dengan ibadah zahir @ SYARIAT ZAHIR seperti meninggalkan solat, berbohong, makan yang haram dan sebagainya.

Contoh contoh tambahan tegah Allah kategori ini akan dikupas lebih lanjut pada Soalan 75, 76 dan 77 insya Allah

Itulah contoh tegah kategori kedua.

3⃣Apakah tegah Allah kategori ketiga?


Tegah Allah kategori ketiga ialah semua perkara yang dihukumkan MAKRUH

Persoalan terakhir ialah, apakah kaitan tegah ini dengan perbuatan para Nabi dan ulama?


Perkara yang dihukumkan makruh adalah termasuk perkara yang di TEGAH oleh ALLAH. Oleh kerana itu, setiap mukallaf wajib mengiktikadkan semua para Nabi MUSTAHIL MELAKUKAN PERKARA YANG MAKRUH DAN TERLEBIH MUSTAHIL MELAKUKAN PERKARA YANG HARAM. Perbuatan para nabi hanya berkisar pada amalan FARDU & SUNAT sahaja.

Begitu jugalah dengan ulama pada syarak iaitu ulama pewaris nabi. Kita wajib mengiktikadkan semua perbuatan ULAMA PADA SYARAK itu hanya berkisar pada amalan FARDU & SUNAT

Ulama yang melakukan perbuatan yang makruh dan haram itu adalah
Ulama pada adat BUKANNYA  ULAMA PADA SYARAK.

Perkara ini telah dicerahkan pada Soalan 73

=================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun
@
telegram > laisakamitslihisyaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan