(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 28 Mac 2016

Bab 9 Soalan 73 Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh pula terbahagi 3. Tegahpun terbahagi 3. a) Apakah makna suruh. b) Apakah suruh bahagi yang pertama, kedua dan ketiga? c) Apakah kaitan perintah Allah dengan perbuatan Nabi dan ulama? Berikan contoh

Soalan 73


Hukum syarak 3 bahagi iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh pula terbahagi 3. Tegahpun terbahagi 3.

a) Apakah makna suruh.

b) Apakah suruh bahagi yang pertama, kedua dan ketiga?

c) Apakah kaitan perintah Allah dengan perbuatan Nabi dan ulama?

Berikan contoh


Jawapan Soalan 73


Perintah syarak atau perintah Allah itu 2 kategori atau terbahagi kepada 2 iaitu

1. suruh atau BUAT yang di SURUH
2. tegah atau JAUHI yang di TEGAH

Perintah kategori TEGAH Allah akan kita bincangkan pada Soalan 74 insya Allah. Sekarang kita bincang kategori pertama iaitu SURUH syarak.

SURUH syarak itu terbahagi kepada 3 iaitu

Yang pertama

1) Fardu ain mengata (lisan), fardu ain melakukan (anggota) dan fardu ain mengiktikadkan (hati).

Dalil atau buktinya daripada al Quran ialah perkataan " قُلْ "atau "KUL" pada ayat pertama surah al Ikhlas tetapi bermaksud "KUL" hingga ayat ke-4

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
ٌ
قُلْ
اللَّهُ الصَّمَدُ

قُلْ
لَمْ يَلِدْ

قُلْ
وَلَمْ يُولَدْ

قُلْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَد

Seseorang yang INGKAR dengan perintah " قُلْ " oleh Allah itu dihukumkan sebagai BINASA AKIDAH pada syarak.

Banyak buktinya dalam al Quran. Kita lihat 3 daripadanya insya Allah. Yang pertama

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

Ertinya :
Demi sesungguhnya! Telah KAFIRLAH orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(al Maidah :72)

Itu bukti pertama. Ini bukti kedua BINASA AKIDAH orang yang INGKAR iaitu ayat ke-21 surah al-An'am

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Ertinya :
Dan siapakah lagi yang lebih aniaya (kafir) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang DUSTA terhadap Allah atau yang MENDUSTAKAN ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim (kafir) itu tidak akan berjaya.
(al-An'am : 21)

Ini bukti ke-3, surah Lukman ayat 13

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Ertinya :
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Lukman :13)

Itulah 3 bukti yang SANGAT KUAT BINASA AKIDAH orang yang INGKAR & SYIRIK.

Saya ulang semula, pada kategori suruh syarak yang pertama ini, BINASALAH AKIDAH seseorang yang MENGINGKARI PERINTAH ALLAH itu yakni mereka

1. yang TIDAK berkata (lisan)
2. yang TIDAK melakukan (anggota)
3. yang TIDAK beriktikad (hati)

Persoalan sekarang,

1. apa yang Allah suruh cakap atau suruh kata?
2. apa yang Allah suruh buat atau lakukan?
3. apa yang Allah suruh iktikadkan atau pegangan?

Sebahagian dari perkara yang Allah suruh atau wajibkan itu TIDAK LAIN TIDAK BUKAN ialah MENGENAL ALLAH seperti perintah Allah pada ayat ke-19 Surah Muhammad

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُْ
Ertinya :
Ketahui olehmu (ya Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
(Muhammad : 19)

Dan perintah MENGATA ALLAH ESA SERENTAK MELALUI 3 PERBUATAN iaitu perbuatan lisan, anggota dan hati pada ayat pertama surah al-Ikhlas sehingga ayat ke-4
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
hingga ke akhir surah yang telah disebutkan diatas itu yang
maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad):

1⃣ Zat Allah Maha Esa
2⃣ Zat Allah lengkap
3⃣ Allah tidak beranak
4⃣ Allah tidak diperanakkan
5⃣ Tidak ada yang SEBANGSA atau SETARA dengan Allah

(al-Ikhlas : )

Makna pada ayat ke-5 iaitu TIADA YANG SEBANGSA DENGAN ALLAH ialah ALLAH TIDAK ADA PERSAMAAN dengan 6 PERSAMAAN pada sekalian makhluk. seperti yang telah dicerahkan pada Soalan 1-6.

Perkara ini sudah dicerahkan pada Soalan 64- Soalan 66

Perintah Allah kategori "suruh" atau wajib yang menyebabkan BINASA AKIDAH seseorang yang MENGINGKARINYA disebut FARDU AIN PERTAMA. Semua ibadah pada Fardu Ain pertama ini adalah IBADAH BATHIN atau SYARIAT BATIN.

Makna syariat batin telah dicerahkan pada Soalan 72. Sekarang kita pada Soalan 73.

Orang yang menunaikan perintah Allah ini pula akan menerima SEBESAR BESAR PAHALA ATAU SEBESAR BESAR KEBAIKAN DARI ALLAH. Sebesar besar kebaikan atau sebesar besar pahala dari sebanyak banyak amal kebaikan adalah MENYELESAIKAN FARDU AIN PERTAMA iaitu MENJAUHI SYIRIK dengan mempelajari ilmu MENGENAL ALLAH.

Orang yang INGKAR ATAU LALAI ATAU TIDAK MENGENAL ALLAH pula akan menerima SEBESAR BESAR MURKA ALLAH iaitu KEKAL SELAMA LAMANYA MENDAPAT AZAB DIDALAM NERAKA sekiranya tidak bertaubat sebelum mati.

Dalilnya daripada al Quran ialah

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ فَأَلْقَوُا السَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِن سُوءٍ بَلَىٰ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Ertinya :
(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (hanya beribadah tetapi tidak menyelesaikan ilmu akidah)." Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): "Kami TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KEJAHATAN". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan
(an-Nahl : 28)

فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
Ertinya :
"Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur
(an-Nahl : 29)

Itulah BUKTI bahawa AMALAN orang yang HANYA BERIBADAH tetapi TIDAK MENGENAL ALLAH adalah SIA SIA. Mereka menyangka amalan mereka diterima Allah dan TIDAK SEDAR bahawa amalan orang yang TIDAK MENGENAL ALLAH itu sebenar benarnya adalah SIA SIA.

Contoh tambahan untuk lebih memahami perintah Allah ini akan kita bincang pada Soalan 75 & 76 insya Allah

Itulah perintah Allah atau suruh syarak atau perintah wajib kategori pertama.

Apa pula suruh syarak kategori kedua?

Suruh syarak kategori kedua ialah WAJIB menunaikan semua ibadah ZAHIR seperti 5 rukun Islam.

Buktinya adalah

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Ertinya :
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(al-Baqarah : 43)

Itulah bukti suruhan Allah kategori kedua. Seseorang yang "INGKAR" dengan perintah Allah kategori ini, selagi MASIH MENGAKU WAJIB ATAS DIRINYA, hanya kerana malas dan sebagainya, masih TIDAK BINASA AKIDAH, hanya sekadar BERDOSA BESAR. Dalam perkataan lain mendapat siksa bagi sesiapa yang

1⃣ yang tidak mengata atau berkata
2⃣ yang tidak melakukan
3⃣ yang tidak beriktikad

Buktinya adalah ayat ke-43 surah al Muddatsir

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

Orang-orang yang bersalah (yang akan diazab didalam neraka) itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang
(Muddatsir : 43)

SURUH syarak kategori ini disebut FARDU AIN KEDUA. Semua ibadah kategori ini adalah IBADAH ZAHIR atau SYARIAT ZAHIR.

Makna syariat zahir telah dicerahkan pada Soalan 72. Sekarang Soalan 73.

Itu suruh kategori kedua

Apa pula suruh syarak yang ketiga?

Suruh bahagian atau kategori ketiga ialah

SEMUA AMALAN YG DIHUKUMKAN SUNAT seperti bersedekah dan lain lain

Persoalan terakhir ialah

Apakah kaitan perintah Allah itu dengan perbuatan Nabi dan ulama?

Pencerahannya begini

Wajib diiktikadkan bahawasanya perbuatan para Nabi dan Rosul itu 100% hanyalah berkisar pada perkara yang ALLAH SURUH sahaja iaitu SEMUA YANG FARDU & SUNAT. Perkara yang SUNAT pada manusia adalah seumpama WAJIB kepada para Nabi. Mereka TIDAK melakukan perkara yang ditegah Allah seperti perkara yang MAKRUH walau sedikitpun. Jauh sekali mereka melakukan dosa kecil.

Orang yang menjadi pengikut para Nabi ialah ulama seperti yang disebutkan oleh Allah dalam al Quran

Buktinya

Firman Allah Swt, Fathir : 28

 إنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ العُلَمَاء

Sesungguhnya (orang) yang takut kepada Allah diantara para hamba-Nya, hanyalah ulama.

Mereka itulah sebenarnya pewaris para Nabi seperti yang nabi sebutkan pada hadith riwayat Tirmizi

 الْعُلُمَاءُ  وَرَثَةُاْلأَنْبِيَاءِ

“Ulama adalah pewaris para nabi.”

Hadith selengkapnya seperti dibawah


إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169)

Diambil daripada itu, tanda ulama  pewaris nabi ialah PERBUATAN ULAMA ITU HANYA BERKISAR PADA PERKARA YANG FARDU @ SUNAT SAHAJA. Jika mereka melakukan perkara yang ALLAH TEGAH, mereka bukanlah ulama pada syarak.

Itulah sebenar benar Ulama pada syarak. Itulah ulama yang dimaksudkan oleh Nabi dan al Quran. Orang yang melakukan DOSA KECIL sekalipun, bukanlah ulama pada syarak. Orang yang memiliki kepentinganpun bukannya ulama pada syarak. Orang yang mendakwa dirinya ulama itu sebenar benarnya BUKANLAH ULAMA yang dimaksudkan oleh Allah atau Nabi.

Tapi kita kena tahu, ulama itu ada 2 jenis iaitu

1⃣ Ulama pada syarak
iaitu ulama yang disebutkan oleh Allah dan Rosul

2⃣ Ulama pada adat.

Ulama pada adat itu pula terbahagi kepada 2 iaitu

1) mereka yang memiliki KEPAKARAN dalam sesuatu ILMU @ KEMAHIRAN seperti pakar mata, pakar bahasa, pakar bedah, pakar fizik dan sebagainya. Mereka ini adalah ulama PADA ADAT bukannya ulama pada syarak. Mereka itu BUKANLAH ulama yang disebutkan oleh Allah dan Rosul.

2) mereka yang memiliki kepakaran dalam ilmu ilmu agama seperti kefahaman yang mendalam terhadap al Quran dan Hadith nabi. Akan tetapi mereka gunakan untuk kepentingan DUNIA. Ulama jenis ini dipanggil sebagai ULAMA JAHAT @ ULAMA SUK. Pada zaman ini biasa disebut sebagai ULAMA DUNIA

====================
Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin

   
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun
@
telegram > laisakamitslihisyaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan