(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 19 Mac 2016

Bab 8 : PENCERAHAN Soalan 70 a) Apakah makna semua kelakuan Allah itu ESA @ Esa pada kelakuan ? b) Bukankah kelakuan Allah itu banyak? Bukan berbilang bilang ke? c) Apa tujuan kita mempelajari kelakuan Allah itu ESA d) Apa contoh perkataan tentang kelakuan Allah yang sebenarnya TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH & boleh membinasakan akidah? e) Apakah perbezaan 4 makna ini iaitu esa nama Allah, esa sifat Allah, esa zat Allah dengan esa kelakuan Allah?

PENCERAHAN

Soalan 70


a) Apakah makna semua kelakuan Allah itu ESA @ Esa pada kelakuan ?

b) Bukankah kelakuan Allah itu banyak? Bukan berbilang bilang ke?

c) Apa tujuan kita mempelajari kelakuan Allah itu ESA

d) Apa contoh perkataan tentang kelakuan Allah yang sebenarnya TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH & boleh membinasakan akidah?

e) Apakah perbezaan 4 makna ini iaitu esa nama Allah, esa sifat Allah, esa zat Allah dengan esa kelakuan Allah?


Mohon pencerahan
dan mohon perkongsian ilmu



Jawapan
Soalan 70


Kita tahu akal kita TIDAK MAMPU memikirkan tentang Allah kerana Allah TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk. Perkara ini telah disebut oleh Allah didalam al Quran pada ayat ke-11 surah as Syura yang bunyinya
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء

Kita juga tahu bahawa nama Allah, sifat Allah, zat Allah dan kelakuan Allah TIDAK MAMPU difikirkan oleh akal kerana semuanya itu TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk.

Kita tahu setiap makhluk ada kelakuan. Memikirkan kelakuan makhluk itu akan menghampirkan akal kita untuk memahami makna ESA 7 KELAKUAN ALLAH iaitu

1⃣ Qodirun pada akal
2⃣ Muridun pada akal
3⃣ 'llmun pada akal
4⃣ Haiyun pada akal
5⃣ Sami'un pada akal
6⃣ Basirun pada akal
7⃣ Mutakallimun pada akal

Untuk memahaminya, kita perlu terlebih dahulu memahami makna ESA 7 KELAKUAN MAKHLUK. Setelah kita faham makna ESA 7 kelakuan makhluk, barulah kita mampu memahami makna ESA 7 KELAKUAN ALLAH.

Apa makna esa kelakuan makhluk?

Pencerahannya begini

Apabila disebut ESA KELAKUAN maksudnya itu 2 perkara. Setiap perkara pula terbahagi kepada 7 iaitu

1⃣ Kelakuan Pekuasa pada adat @ Qodirun pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak

2⃣ Kelakuan Pekehendak pada adat @ Muridun pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak.

3⃣ Kelakuan Pengetahuan pada adat @ Ilmun pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak

4⃣ Kelakuan Pehidup pada adat @ Haiyun pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak

5⃣ Kelakuan Pendengar pada adat @ Sami'un pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak

6⃣ Kelakuan Pelihat pada adat @ Basirun pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak

7⃣ Kelakuan Pekata pada adat @ Mutakallimun pada adat itu ada SATU bukannya 2 @ banyak

Itu maksud pertama
Maksud kedua pula ialah

1⃣ Kelakuan pekuasa dengan tulang urat darah daging otak benak itulah juga yang disebut Qudrat pada adat

Dalam perkataan lain

Qodirun pada adat itu TIDAK LAIN dari Qudrat pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, Qodirun itulah Qudrat pada adat

2⃣ Kelakuan pekehendak dengan hawa nafsu itulah juga yang disebut Iradat pd adat.

Dalam perkataan lain

Muridun pada adat itu TIDAK LAIN dari Iradat pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, Muridun itulah Iradat pada adat

3⃣ Kelakuan Pengetahuan dengan hati & perguruan itulah juga yang disebut Ilmu pada adat

Dalam perkataan lain

I'lmun pada adat itu TIDAK LAIN dari Ilmu pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, I'lmun itulah Ilmu pada adat.

4⃣ Kelakuan Pehidup dengan nyawa itulah juga yang disebut Hayat pd adat

Dalam perkataan lain

Haiyun pada adat itu TIDAK LAIN dari Hayat pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, Haiyun itulah Hayat pada adat

5⃣ Kelakuan Pendengar dengan lubang telinga itulah juga yang disebut Sami' pada adat

Dalam perkataan lain

Sami'un pada adat itu TIDAK LAIN dari Sami' pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, Sami'un itulah Sami' pada adat.

6⃣ Kelakuan Pelihat dengan biji mata itulah yang disebut Basir pada adat

Dalam perkataan lain

Basirun pada adat itu TIDAK LAIN dari Basir pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, Basirun itulah Basir pada adat

7⃣ Kelakuan Pekata dengan lidah huruf suara itulah yang disebut  Qalam pada adat

Dalam perkataan lain

Mutakallimun pada adat itu TIDAK LAIN dari Qalam pada adat @ dalam perkataan yang lebih mudah, Mutakallimun itulah Qalam

Sebelum ini sudah dicerahkan bahawasanya

1) Qodirun menerangkan Qudrat
Jika tidak ada Qudrat maka tidak ada Qodirun

2) Muridun menerangkan Iradat
Jika tidak ada Iradat maka tidak ada Muridun

3) I'lmun menerangkan I'lmu
Jika tidak ada I'lmu maka tidak ada I'lmun

4) Haiyun menerangkan Hayat
Jika tidak ada Hayat maka tidak ada Haiyun

5) Sami'un menerangkan Sami'
Jika tidak ada Sami' maka tidak ada Sami'un

6) Basirun menerangkan Basir
Jika tidak ada Basir maka tidak ada Basirun

7) Mutakallimun menerangkan Kalam
Jika tidak ada Kalam maka tidak ada Mutakallimun

Itulah makna esa kelakuan makhluk pada adat yang menghampirkan faham kita kepada makna Allah esa pada akal iaitu

1⃣ Qodirun itu SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Qudrat pada akal @ dalam perkataan lain, Qodirun itulah Qudrat

2⃣ Muridun SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Iradat pada akal @ dalam perkataan lain, Muridun itulah Iradat

3⃣ I'lmun SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Ilmu pada akal @ dalam perkataan lain, I'lmun itulah Ilmu

4⃣ Haiyun SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Hayat pada akal @ dalam perkataan lain, Haiyun itulah Hayat

5⃣ Sami'un SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Sami' pada akal @ dalam perkataan lain, Sami'un itulah Sami'

6⃣ Basirun SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Basir pada akal @ dalam perkataan lain, Basirun itulah Basir

7⃣ Mutakallimun SATU pada akal & TIDAK LAIN dari Kalam pada akal @ dalam perkataan lain, Mutakallimun itulah Kalam

 Persoalan seterusnya ialah, kelakuan @ perbuatan Allah itu banyak, bukankah itu berbilang bilang? Apakah perbezaan antara ESA nama Allah, ESA sifat Allah, ESA zat Allah dan ESA kelakuan Allah?

Pencerahannya begini

1) Qodirun,
2) Muridun hingga
7) Mutakallimun itu dibilang bilangkan sehingga 7 atau yang ke-14 hingga 20 BUKAN KERANA BERBILANG BILANG BUKAN KERANA BERBEZA BEZA. Jika berbilang bilang, dan berbeza beza maka kelakuan Allah @ pekerjaan Allah itu sudah ada persamaan dengan makhluk. Maka perkara itu adalah MUSTAHIL PADA AKAL. Dibilang bilangkan 1-7 @ 14-20 adalah untuk menghampirkan faham akan makna ESA KELAKUAN ALLAH PADA AKAL. Maksud bagi setiap satu itu adalah ALLAH.

Ringkasnya

1⃣ Maksud bagi KELAKUAN pada akal iaitu Qodirun hingga Mutakallimun adalah ALLAH.

2⃣ Maksud bagi ZAT pada akal iaitu Qudrat hingga Kalam adalah ALLAH.

3⃣ Maksud bagi semua SIFAT pada akal iaitu Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun itu adalah ALLAH

4⃣ Maksud bagi semua NAMA pada akal iaitu Ar-Rohman Ar-Rohim hingga As-Sobur itu adalah ALLAH


Persoalan seterusnya ialah apakah tujuan kita memahami makna kelakuan Allah itu ESA?

Tujuannya ialah supaya kita dapat mengelakkan diri daripada perbuatan SYIRIK iaitu dengan menjauhi perkataan yang menyamakan perbuatan Allah dgn perbuatan makhluk atau sebaliknya.

Apa contoh perkataan tentang KELAKUAN yang sebenarnya TIDAK BERADAB kepada Allah dan boleh menyebabkan BINASA AKIDAH?


Contohnya ialah seseorang itu mengata dan mengiktikadkan LAIN MAKSUD kelakuan Allah dari maksud kalimah Allah @ perkataan yang membawa maksud yang sama  iaitu seperti :

1⃣ Qodirun itu LAIN maksudnya dari Qudrat Allah @ Qodirun itu LAIN maksudnya dari Allah

2⃣ Muridun itu LAIN maksudnya dari Iradat Allah @ Muridun itu LAIN maksudnya dari Allah

3⃣ I'lmun itu LAIN maksudnya dari Ilmu Allah @ I'lmun itu LAIN maksudnya dari Allah

4⃣ Haiyun itu LAIN maksudnya dari Hayat Allah @ Haiyun itu LAIN maksudnya dari Allah

5⃣ Sami'un itu LAIN maksudnya dari Sami' Allah @ Sami'un itu LAIN maksudnya dari Allah

6⃣ Basirun itu LAIN maksudnya dari Basir Allah @ Basirun itu LAIN maksudnya dari Allah

7⃣ Mutakallimun itu LAIN maksudnya dari Kalam Allah @ Kalam itu LAIN maksudnya dari Allah


Segala yang baik bauk itu anugerah Allah dan semua yg salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

telegram > laisakamitslihisyaiunmp3
 ٌ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan