(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 5 Mac 2016

Bab 8 Soalan 66 :: Apa sebenarnya makna MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL? Apakah sebenarnya perbezaan antara ALLAH ESA pada akal dengan MENGESAKAN ALLAH pada akal?

Soalan 66



"Allah ESA" pada akal dan "mengesakan Allah" pada akal adalah 2 perkara yang berbeza.

Apa sebenarnya makna
MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL?

Apakah sebenarnya perbezaan antara
ALLAH ESA pada akal dengan MENGESAKAN ALLAH pada akal?

Berikan contoh.



Jawapan
Soalan 66



"Allah ESA" pada akal dan "mengesakan Allah" pada akal adalah 2 perkara yang berbeza.

Kita sudah membincangkan makna ALLAH ESA PADA AKAL seperti pada pencerahan Soalan 64.

Tujuan kita memahami makna mengesakan Allah pada akal adalah supaya kita dapat MENGELAKKAN SYIRIK @ PERBUATAN YANG MEMBATALKAN AKIDAH PADA AKAL. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada SYIRIK PADA AKAL, kita wajib memahami makna MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Persoalan sekarang ialah
Apakah makna mengesakan Allah pada akal?

Begini...

Makna ringkas
mengesakan Allah pd akal ialah

Menjauhi perbuatan SYIRIK @ memelihara dari perkara yg membinasakan ibadah @ menduakan Allah

Untuk menjauhi perbuatan syirik @ perbuatan yang membinasakan akidah itu perlu TERLEBIH DAHULU tahu dan memahami beberapa perkara iaitu :

1) makna TUHAN pada akal (Ilah)
2) makna SATU pada akal (al wahid)
3) makna ESA pada akal (al Ahad)
4) makna BANYAK pada akal

Sekiranya kita TIDAK tahu makna salah satu dari 4 perkara itu, MUSTAHIL kita tahu MENGESAKAN ALLAH pada akal. Dalam perkataan lain, kita MUSTAHIL dapat memelihara diri kita dari PERKARA YANG MEMBINASAKAN AKIDAH.

Kita WAJIB tahu @ wajib kenal ULAR barulah kita boleh SELAMAT daripada BAHAYA ULAR. Ular itu adalah MEMUDARATKAN pada adat. SYIRIK itu pula MEMUDARATKAN pada akal dan MEMUDARATKAN pada syarak.

Jika kita hanya tahu sekadar MENYEBUT
ALLAH SATU
ALLAH ESA
ALLAH MUSTAHIL BANYAK

maka samalah kita dengan burung kakak tua yang pandai menyebut Allah satu, Allah Esa dan Allah mustahil BANYAK. Malah lebih dari itupun burung kakak tua pandai sebut. Mengucap 2 kalimah syahadatpun burung tu pandai. Tapi sebutan itu TIDAK ADA makna @ tidak ada faedah pada burung itu.

Kita semua tahu, burung TIDAK dipertanggungjawabkan pada hari kiamat. Burung takda menerima dosa @ pahala. Kita yang akan dipertanggungjawabkan, kita yang akn masuk syurga @ neraka. Jika kita tahu makna semua 4 perkataan itu dan berusaha memelihara diri dari SYIRIK itulah KEJAYAAN DUNIA yang paling BESAR. Sebaliknya, jika kita TIDAK tahu salah 1 makna 4 perkataan itu, itulah tanda kita akan MENDUAKAN ALLAH @ SYIRIK KEPADA ALLAH. Syirik kepada Allah itulah KECELAKAAN DUNIA yang paling BESAR.

Nauzubillah

Oleh itu sama samalah kita mengulangkaji semua 4 istilah itu agar kita TAHU mengelakkan diri dari perkataan yang membinasakan akidah.

Kita ulang semula

Kita tahu,
Allah itu TIDAK mampu difikirkan oleh akal kerana Allah itu BUKAN MAKHLUK. Allah itu tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk.

Hanya makhluk yang ada persamaan. Sekalian makhluk ada persamaan dengan makhluk lain sekurang kurangnya pada 6 perkara. 6 persamaan itu sudah dicerahkan pada Soalan 4.

Kita tahu setiap yang sabit pada sebarang makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah, maka begitu jugalah dengan

1) sifat Allah
2) zat Allah
3) kelakuan Allah

dan yang ke-4 iaitu NAMA Allah yang TIDAK ADA HAD tetapi biasa disebut sebagai "asma al Husna" sebanyak 99 nama seperti

1) al-Wahid ( الواحد)
2) al-Ahad ( الاحد)

SEMUA 4 PERKARA itu tidak mampu difikirkan oleh akal kerana semuanya itu BUKAN MAKHLUK, semuanya itu adalah "laisakamitslihisyaiun" @ tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk.

Jika macam tu, macam mana nak faham?

Persoalan itu sudah kita cerahkan beberapa kali. Kita ulang semula. Untuk memahaminya.

Kita fikirkan satu contoh @ dalil akal untuk menghampirkan faham kita kepada makna 2 nama Allah iaitu
الواحد dan الاحد
Setelah kita faham maksud keduanya barulah kita boleh faham maksud MENGESAKAN ALLAH iaitu menjauhi perkataan yang membawa makna Allah itu BANYAK @ menjauhi perbuatan SYIRIK kepada Allah

Kita sama2 fikir 4 contoh ini

1⃣Contoh pertama

Apabila disebut "CINCIN" maka terhenti perkataan itu setakat mengetahui dan memahami makna "cincin". Perkataan itu sangat UMUM. Tetapi apabila disebut "cincin berlian" maka perkataan itu sudah KHUSUS dan maknanya sudah BERUBAH. Malah boleh dikhususkan lagi dengan menyebut "cincin berlian Rosnah" maka perkataan itu menjadi SEMAKIN KHUSUS semakin spesifik. Cincin, cincin berlian, cincin berlian Rosnah adalah 3 perkara yang berbeza.

2⃣Contoh ke-2

Apabila disebut "TUHAN" maka terhenti perkataan itu setakat mengetahui dan memahami MAKNA "TUHAN" itu sahaja. Perkataan itu adalah sangat umum.

Tetapi apabila disebut "ALLAH" maka perkataan itu sudah KHUSUS @ spesifik. Maknanya pun SUDAH BERUBAH. "Tuhan" dan "ALLAH" sudah menjadi 2 perkara yang berbeza.

3⃣Contoh ke-3

Apabila disebut "SATU" maka terhenti perkataan itu setakat mengetahui dan memahami MAKNA "SATU" itu sahaja. Perkataan itu adalah sangat umum.

Tetapi apabila disebut "ALLAH yangu SATU" maka perkataan itu sudah KHUSUS @ spesifik. Maknanya pun SUDAH BERUBAH. "SATU" dan "ALLAH yang SATU" sudah menjadi 2 perkara yang berbeza.

4⃣Contoh ke-4

Apabila disebut "ALLAH ESA" maka terhenti perkataan itu setakat mengetahui dan memahami MAKNA "ALLAH ESA" itu sahaja.

Tetapi apabila disebut "MENGESAKAN ALLAH" maka makna perkataan itu sudah BERUBAH. "Allah ESA" dan "Mengesakan ALLAH" sudah menjadi 2 perkara yang berbeza.

Apabila disebut MENGESAKAN ALLAH terhenti perkataan itu pada menyatakan 3 jenis PERBUATAN yang WAJIB SERENTAK MENJAUHI PERBUATAN YANG MEMBINASAKAN AKIDAH iaitu perbuatan hati, lisan dan anggota.

Persoalan sekarang,
Apakah contoh contoh perbuatan yang membinasakan akidah melalui 3 perbuatan itu?

Kita lihat 3 contoh

1⃣1) Berhala itu Tuhan orang beragama Hindu

BINASA AKIDAH kerana MENDUAKAN TUHAN YANG SATU

Supaya selamat akidah, kena cakap

Berhala itu sembahan orang beragama Hindu

2⃣Contoh ke-2

Allah yang orang Kristian sebut itu ada persamaan dengan Allah yang orang Islam sebut. @ Allah yang orang Kristian sebut adalah SAMA dengan Allah yang orang Islam sebut.

BINASA AKIDAH orang yang berkata dan BINASA juga AKIDAH orang yang mendengar apabila PERCAYA WALAUPUN SEKADAR MEMBENARKAN DIDALAM HATI kerana perkataan itu bermaksud menduakan Allah iaitu

1. ada Allah yang Esa tuhan orang Islam

2. ada Allah yang TIDAK Esa @ TRINITY iaitu tuhan orang Kristian

Macam mana perkataan yang selamat?

Allah yang orang Kristian sebut itu TIDAK ADA PERSAMAAN WALAU SEDIKITPUN dengan Allah yang orang Islam sebut.

3⃣Contoh ke-3

Semasa menonton filem Hindi @ filem Tamil, ada adengan HEROIN sedang berlari lai kearah KUIL HINDU untuk mendapatkan RESTU BERKAHWIN dengan HERO. Mereka berlari lari kerana niat mereka untuk berkahwin dihalang oleh ibubapa. Apabila mereka sudah sampai ke BERHALA itu, mereka menganggap TUHAN SUDAH MERESTUI NIAT MEREKA UNTUK BERKAHWIN.

Orang yang menonton pula tidak kira Islam @ bukan Islam, Melayu @ Bukan Melayu saangat teruja supaya HERO & HEROIN segera sampai ke kuil itu dan segera MENGELILINGI BERHALA @ segera MENYEMBAH BERHALA.

Tanpa sedar, orang yang TERUJA tadi SERONOK TIDAK TERKIRA kerana hero & heroin pujaan mereka TELAH BERJAYA SAMPAI & TERUS MENGELILINGI BERHALA. Tidak kira tua @ muda, lelaki @ perempuan sesungguhnya penonton yang teruja tadi SUDAH BINASA AKIDAHNYA.

WAJIB MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAT SEMULA

Kenapa pulak, takkan macam tu pun wajib MENGUCAP semula?

Begini

Ingat ya

3 perbuatan kita WAJIB SERENTAK MENGESAKAN ALLAH. Hati iaitu iktikad, perkataan dan perbuatan WAJIB SERENTAK MENGESAKAN ALLAH. Jika salah satu perbuatan MENDUAKAN ALLAH maka tetap BINASA AKIDAH

Kita wajib tahu, lawan bagi perkataan MENGESAKAN ALLAH ialah MENDUAKAN ALLAH

Nauzubillah

Dalam contoh
menonton filem Hindi @ Tamil
Orang yang teruja tadi TANPA SEDAR sudah menganggap ada Tuhan selain Allah iaitu BERHALA YANG MEREKA SEMBAH yang boleh menyelamatkan manusia.

Nauzubillah

Itulah 3 contoh perkataan dan iktikad yang MEMBINASAKAN AKIDAH

Itulah sebenarnya MATLAMAT @ TUJUAN PENUBUHAN GRUP INI iaitu berkongsi ilmu untuk mengetahui perkara perkara yang membinasakan AKIDAH. Ibadah tanpa AKIDAH yang SUCI dari MENDUAKAN ALLAH adalah SIA SIA.

Jika kita TIDAK tahu makna DUA @ kita tidak tahu makna BANYAK @ kita tidak tahu makna MENDUAKAN ALLAH, macam mana kita nak selamat dari MENDUAKAN ALLAH??? Saaangat mustahil. MUSTAHIL akidah kita SELAMAT.

Menunaikan semua 5 rukun Islam tanpa akidah yang SUCI DARI MENDUAKAN ALLAH ADALAH SIA SIA. Dalam perkataan lain, agar akidah kita selamat, kita WAJIB faham dan menghayati 3 peringkat amal iaitu

1) menuntut ilmu,
2) beramal dengan ilmu dan
3) memelihara amal dari binasa

Begitulah dalam perkara akidah. Ada 3 peringkat amal iaitu :

1⃣ Wajib BERUSAHA mempelajari sehingga faham akan makna TUHAN, makna SATU TUHAN, makna ESA ALLAH, makna BANYAK @ makna MENDUAKAN & makna MENGESAKAN ALLAH

2⃣ Wajib BERAMAL dengan ilmu yang difahami itu yakni beramal SERENTAK melalui 3 perbuatan iaitu hati, perkataan & anggota. 3 perbuatan itu wajib serentak MENGESAKAN ALLAH.

3⃣ Wajib MEMELIHARA AMAL iaitu WAJIB menjauhi SEMUA perbuatan yang MEMBAWA MAKNA ALLAH itu BANYAK yakni 2 atau lebih.

Jika salah satu dari 3 perkara itu TIDAK ada pada kita, sesungguhnya akidah kita masih BELUM SELAMAT.

Dalilnya sudah disebutkan sebelum ini iaitu

ُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِد
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ٌ

Supaya akidah kita SELAMAT PADA AKAL & SELAMAT PADA SYARAK kita sama samalah memahami dan menghayati 6 perkataan ini iaitu

1) Makna TUHAN
2) Makna TUHAN YANG SATU
3) Makna ALLAH YANG ESA
4) Makna MENGESAKAN ALLAH
5) Makna BANYAK @ makna DUA
6) Makna MENDUAKAN ALLAH @ makna SYIRIK

Insya Allah akidah kita akan SELAMAT

Semua perbuatan MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL inilah yang disebut sebagai ISLAM PADA AKAL

Sebaliknya
Semua perbuatan  yang MENDUAKAN ALLAH @ SYIRIK @ yang MEMBINASAKAN AKIDAH pada akal itulah yang disebut sebagai KAFIR PADA AKAL

Makna mengesakan Allah pada syarak, makna ISLAM pada syarak dan makna KAFIR pada syarak akan kita bincangkan pada Bab 9 (Hukum Syarak) tidak lama lagi in saya Allah


Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Wallohua'lam
Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Wallohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan