(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 7 Mac 2016

Bab 8 Pencerahan Soalan 67: Persoalan dari ahli Apakah sebenarnya makna "nama"? Apa tujuan mempelajari nama Allah? Apa tujuan kita memahami ESA NAMA ALLAH @ ESA PADA NAMA?

Pencerahan
Soalan 67


Persoalan dari ahli

Apakah sebenarnya makna "nama"?

Apa tujuan mempelajari nama Allah?

Apa tujuan kita memahami ESA NAMA ALLAH @ ESA PADA NAMA?

Nama Allah @ asma al Husna ada 99. Bukankah nama itu berbilang bilang?

Apakah contoh perkataan yang membinasakan akidah?


Jawapan
Soalan 67



Kita tahu Allah itu TIDAK mampu difikirkan oleh akal kerana Allah itu bukan makhluk dan Allah itu laisakamitslihisyaiun yakni tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk.
Begitu jugalah dengan nama nama Allah yang tidak ada had banyakknya. Untuk memahami nama yang tidak terhingga banyaknya itu, memadailah dengan memahami 99 nama Allah yang  biasa disebut sebagai asma al Husna.

Oleh kerana semua 99 nama Allah adalah juga "laisakamitskihisyaiun", maka semua nama itu tidak mampu difikirkan oleh akal. Jadi untuk memahaminya, kita perlu memikirkan NAMA MAKHLUK.

Hanya nama makhluk yang mampu difikirkan oleh akal. Hanya dengan cara itulah, akan menghampirkan akal kita untuk memahami makna semua nama Allah.

Baik
Sekarang, apakah makna nama?

Secara ringkas
Nama ialah MAKNA DIRI

Dalam perkataan lain, nama ialah panggilan @ gelaran yang diberi kepada suatu benda @ suatu diri @ suatu zat yang SESUAI dengan benda itu @ SESUAI dengan diri itu. Nama terbahagi kepada 2 kategori iaitu

1) Nama yang diberi oleh suatu diri @ seseorang kepada satu diri yang lain.

2) Nama yang diberi oleh suatu diri kepada dirinya sendiri.

Contoh pertama untuk yang kategori 1  diatas ialah:

diri @ benda yang diberi nama sebagai "minyak masak". Nama yang sesuai dengan benda itu. Semua orang tahu, benda itu diberi nama sebagai "minyak masak" sesuai digunakan untuk MEMASAK. Jika ada yang tidak faham apa itu minyak masak, maka pasti akan berhadapan dengan masalah. Nanti disangkanya minuman atau disangka dengan sangkaan yang tidak betul.

Contoh untuk nama kategori kedua

Katalah seorang Maharaja memberi nama @ gelaran kepada dirinya sebagai

1) Yang gagah perkasa
2) Yang termulia
dan 1001 satu gelaran @ nama yang dia fikirkan menggambarkan dirinya sebagai Maharaja

Maka rakyat diwajibkan KENAL Maharaja dan FAHAM serta menyebut gelaran itu dihadapan maharaja. Jika ada yang tidak kenal Maharaja @ salah faham dengan dengan makna nama @ gelaran itu, maka orang yang salah faham itu akan bermasalah dengan Maharaja.

Begitulah cara memahami nama nama Allah dan nama yang diberikan oleh Allah kepada makhluk makhlukNYA yang wajib kita kenal.

Allah telah menamakan diriNYA dengan 99 nama yang kita tahu dan WAJIB KITA FAHAM MAKSUDNYA sama seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Oleh kerana nama Allah itu juga "laisakamitslihisyaiun"  maka akal kita TIDAK mampu memikirkannya. Untuk menghampirkan faham kepada maksud sebenar nama nama Allah itu, kita perlu  memahami nama nama makhluk.

Kita kembali semula kepada tajuk persoalan

Apakah makna DIRI?
Persoalan itu sudah dicerahkan pada soalan 55 iaitu KESATUAN SEMUA ZAT.

Apa pula makna ZAT?

Persoalan itu juga sudah dicerahkan pd Soalan 55 iaitu bahagian bahagian tubuh @ bahagian bahagian diri @ bahagian bahagian jasad

Ringkasnya

Nama ialah panggilan yang dirujuk kepada diri SESUAI dengan keadaan diri itu.

Pencerahan soalan seterusnya ialah

Apakah tujuan mempelajari nama nama Allah?

Tujuan kita mempelajari makna Nama Allah ialah supaya kita dapat mengelakkan diri daripada SYIRIK akibat SALAH FAHAM tentang diri Allah yang sudah dikhabarkan oleh Allah didalam al Quran

Persoalan seterusnya ialah

apa makna semua nama Allah ESA @ ESA pada nama?

Maknanya itu ialah, apabila disebut mana2 satu nama, maknanya itu DIRUJUK KEPADA DIRI ALLAH @ ALLAH

Contohnya :
ar Rahman @ yang Maha Pemurah

Maka ar Rahman itu dirujuk kepada Allah.
Maknanya ialah, menyatakan diri Allah itu MEMBERI semua keperluan hambaNYA walaupun hambaNYA itu sangat derhaka

Dalam perkataan lain, apabila disebut sebarang nama Allah, nama itu dirujuk kepada DIRI ALLAH itu. Bukannya dirujuk kepada diri selain Allah

Faham kita akan Nama Allah itu WAJIB BENAR yakni TIDAK BERCANGGAH DARI APA YANG DIKHABARKAN OLEH ALLAH didalam al Quran

Oleh itu, supaya TIDAK BERCANGGAH, kita perlulah terlebih dahulu memahami makna nama itu pada makhluk. Itulah cara untuk MENGHAMPIRKAN kepada MAKNA SEBENAR nama Allah yang wajib  kita faham.

Kita bilang2kan nama Allah itu mulai 1 hingga 99

1) ar Rahman
2) ar Rohim
3) al Kuddus
|
hingga
99) as Sobur

BUKAN KERANA NAMA ITU BERBILANG2 sehingga 99. BUKANNYA KERANA MAKSUD SETIAP NAMA ITU BERLAINAN DARIPADA ALLAH akan tetapi sekadar untuk memudahkanI faham akan maka Allah ESA.

Jika nama2 itu BERBILANG2 maka nama Allah sudah ada persamaan dengan nama makhluk. Jika begitu fahamnya, maka Allah itupun ada persamaanI dengan makhluk. Perkara itu TIDAK DITERIMA OLEH AKAL iaitu MUSTAHIL PADA AKAL

Persoalan terakhir ialah

Apakah contoh perkataan melibatkan Nama Allah yang bercanggah dengan makna Allah ESA?

Kita tahu Allah itu ESA
Allah itu SATU
Allah itu MUSTAHIL BANYAK

Kita tahu
Perkataan yang membawa makna BANYAK boleh membinasakan akidah

Dalam persoalan ini
Contoh perkataan yang membawa makna BANYAK adalah

1) Maksud nama Allah itu lain dari Allah @ nama Allah itu LAIN DARI ALLAH kerana nama itu 99 sedangkan Allah itu SATU

BINASA AKIDAH

2) Ar Rahman lain dari Ar Rohim, Ar Rohim lain dari Al Malik. Dsb. Nama Allah itu berbilang bilang, Allah tidak berbilang bilang

BINASA AKIDAH

3) Nama Allah boleh difikirkan, Allah tidak boleh difikirkan.

BINASA AKIDAH

dan 1001 contoh perkataan yang lain

Mungkin ada yg terfikir, takkanlah mengata Ar Rahman LAIN DARI Ar Rohim pun BINASA AKIDAH?

Begini

Pada akal
perkataan "LAIN DARI" itu BERCANGGAH dengan makna MENGESAKAN ALLAH kerana membawa maksud

1) Nama Allah itu berbilang bilang.

2) Maksud keduanya berbeza dari Allah.

3) Membawa makna Allah itu BANYAK

4) Bercanggah dengan makna Allah SATU

5) Bercanggah dengan makna Allah ESA

Dalil akalnya ialah contoh Maharaja yang disebut pada awal pencerahan ini

Adakah kita boleh sebut dihadapan Maharaja "Yang gagah perkasa" LAIN DARIPADA "Yang Mulia"?

Boleh? Boleh ke kita sebut seperti itu dihadapan Maharaja?

Jawabannya SANGAT MUDAH
TIDAK BOLEH

Perkataan itu sebenar benarnya perkataan orang yang TIDAK MENGENAL MAHARAJA. Perkataan itu sebenar benarnya perkataan yang TIDAK BERADAB KEPADA MAHARAJA. Maharaja pasti MARAH kerana "Yang gagah perkasa dan Yang mulia" itu sebenarnya MAHARAJA YANG SAMA.

Itulah dalil akalnya

sesiapa yg berkata "Ar Rohman itu LAIN DARIPADA Ar Rohim"  sebenar benarnya adalah orang yang

1) Tidak beradab kepada Allah

2) Org yang tidak mengenal Allah

3) Org yang sebenar benanya MENDUAKAN ALLAH

4) Orang yang membuat Allah MURKA.

Sebab itu BINASA AKIDAH

Sesiapa yang ingat ingat lupa akan perbezaan makna

1) Allah SATU & Allah ESA
2) Makna DUA @ BANYAK
3) Makna MENDUAKAN Allah
4) Makna mengesakan Allah
5) Perkataan yang membatalkan makna SATU & makna ESA Allah

eloklah semak semula pencerahan Soalan 56, 58 dan 59

Sebab itulah binasa akidah

Wallohua'lam
===========================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan