(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 23 Mac 2016

Bab 8 Soalan 71 Penutup Bab 8 : Hukum Akal a) Perkataan : "SEMUA yang terjadi adalah atas kehendak Allah" jika DISALAH ERTIKAN boleh MEMBINASAKAN AKIDAH Kenapa??? b) Bolehkah manusia melihat Allah?

Soalan 71


Penutup Bab 8 : Hukum Akal

a) Perkataan : "SEMUA yang terjadi adalah atas kehendak Allah" jika  DISALAH ERTIKAN boleh MEMBINASAKAN AKIDAH

Kenapa???

b) Bolehkah manusia melihat Allah?


Mohon perkongsian ilmu


Pencerahan
Soalan 71



Kita selalu dengar orang sebut samada secara terbuka atau melalui tv @ drama dan lain lain perkataan perkataan seperti ini @ perkataan yang sama maksudnya iaitu

1) Nasib semua manusia sudah ditentukan Allah. Buat baik ke, buat jahat ke, semua dah Allah tentukan. Kita hidup ikut SKRIP YANG ALLAH DAH TENTUKAN SAHAJA

BINASA AKIDAH

2) Iblis tu pun Allah dah tentukan KAFIR DAN ALLAH TENTUKAN MATI SEBAGAI KAFIR

BINASA AKIDAH

3) Kita ni umpama KAYU API milik orang. Jika dia nak BAKAR ke atau nak jadikan KAYU PENYIDAI ke @ nak jadikan KERUSI ke terserah kpd pemilik. Kita TAK MAMPU BUAT APA APA

BINASA AKIDAH

4) Allah dah tetapkan sesetengah orang jadi ahli neraka dan sudah tetapkan setengahnya ahli syurga. Sebab itu sesetengah orang Allah tak izinkan belajar al Quran dan solat, tapi Allah izinkan kita solat.

BINASA AKIDAH

Saya pasti, saya pasti ramai yang tertanya tanya, bagaimana boleh BINASA AKIDAH dengan 4 contoh perkataan itu?

Pencerahannya begini.

Kita perlu tahu bahawa antara 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak, hukum yang PALING KUAT & MENJADI PEGANGAN setiap mukallaf adalah HUKUM SYARAK, bukannya hukum adat, bukannya hukum akal. Yang menjadi PEGANGAN kita ialah perkara yang SEKURANG KURANGNYA ISLAM PADA SYARAK walaupun perkara itu kafir pada adat & kafir pada akal. Itulah makna pertama MENGESAKAN ALLAH PADA SYARAK. Ada kalanya pegangan kita itu:

1) Islam pada adat @ mengesakan pada adat
2) Islam pada akal @ mengesakan pada akal
3) Islam pada syarak @ mengesakan pada syarak

Manakala, yang TIDAK BOLEH DIJADIKAN PEGANGAN ialah perkara yang KAFIR PADA SYARAK walaupun perkara itu Islam pada akal dan Islam pada adat. Yang terlebih DITEGAH menjadi pegangan adalah perkara yang kafir pada 3 hukum iaitu

1) kafir pada adat @ bidaah pada adat
2) kafir pada akal @ bidaah pada akal
3) kafir pada syarak @ bidaah pada syarak

Itulah makna kedua MENGESAKAN ALLAH PADA SYARAK.

Apa makna semua istilah itu?

Makna Islam dan kafir pada adat sudah dicerahkan pada Soalan 35 hingga Soalan 39 iaitu pada takrif wajib dan takrif mustahil pada adat.

Makna Islam dan kafir pada akal sudah dicerahkan pada Soalan 41 - 53

Sesiapa yang ingat ingat lupa tu eloklah semak semula soalan @ dengar audionya.

Kita ulangkaji semula maknanya satu persatu

Makna Islam pada adat ialah perkara perkara yang selari dengan fitrah manusia dan sunnah alam. Contoh Islam pada adat itu adalah perkara perkara yang wajib pada adat DILAKUKAN @ wajib DIJAUHI pd adat.

Contohnya ialah makan apabila lapar dan menolong orang yang berada dalam kesusahan.

Makna Islam dan kafir pada akal pula ialah BERADAB kepada Allah dan MENJAUHI PERKATAAN yang bercanggah dengan makna ALLAH SATU, ESA & membawa makna Allah BANYAK

Kita tengok semula contoh ayat pertama:

1⃣ Nasib semua manusia sudah ditentukan Allah. Buat baik ke, buat jahat ke, semua dah Allah tentukan. Kita hidup ikut SKRIP YANG ALLAH DAH TENTUKAN SAHAJA.

BINASA AKIDAH

2⃣ Iblis tu pun Allah dah tentukan KAFIR DAN ALLAH TENTUKAN MATI SEBAGAI KAFIR

BINASA AKIDAH

3⃣ Kita ni umpama KAYU API milik orang. Jika dia nak BAKAR ke atau nak jadikan KAYU PENYIDAI ke @ nak jadikan KERUSI ke terserah kpd pemilik. Kita TAK MAMPU BUAT APA APA.

BINASA AKIDAH

4⃣ Allah dah tetapkan sesetengah orang jadi ahli neraka dan sudah tetapkan setengahnya ahli syurga. Sebab itu sesetengah orang Allah tak izinkan belajar al Quran dan solat, tapi Allah izinkan kita solat.

BINASA AKIDAH

Kenapa binasa akidah?

Binasa akidah apabila yang berkata @ yang mendengar perkataan itu TIDAK TAHU PERBEZAAN ANTARA HUKUM AKAL & HUKUM SYARAK yang menyebabkan mereka berpegang kepada hukum akal dan menafikan hukum syarak.

Kenapa pula dikatakan berpegang kepada hukum AKAL dan menafikan hukum SYARAK?

Sebabnya ialah perkataan SEMUANYA @ SEGALA GALANYA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH membawa maksud 3 perkara iaitu

1)) perkataan itu hanya BENAR pada AKAL yakni Islam pada akal akan tetapi bercanggah dengan al Quran @ SYARAK yakni KAFIR PADA SYARAK.

Buktinya bercanggah dengan syarak ialah ayat ke-35 surah an Nahl

وَقَالَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِن دُونِهِ مِن شَيْءٍ نَّحْنُ وَلَا آبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن دُونِهِ مِن شَيْءٍ كَذَٰلِكَ فَعَلَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَهَلْ عَلَى الرُّسُلِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Ertinya
Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah menghendaki (tentukan), tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, - (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya". Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?
(an Nahl : 35)

Pada ayat itu JELAS Allah menerangkan sesiapa yang MENGANGGAP ALLAH SUDAH MENETAPKAN @ MENGHENDAKI MANUSIA ITU MENSYIRIKKAN ALLAH maka mereka itu sebenar benarnya hanya mengulangi perkataan & iktikad KAFIR MUSYRIK.

Ayat kedua

قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

Ertinya
Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".
(al Isra' : 62)

Ayat itulah bukti pada syarak bahawa Iblis masuk neraka BUKAN kerana sudah ditentukan oleh Allah akan tetapi atas PILIHAN IBLIS.

Sebab itu BINASA AKIDAH

Mungkin ada yang tertanya tanya
Kenapa pulak Islam pada akal?

Kerana pada akal TIDAK ADA YANG MENENTUKAN SESUATU MELAINKAN ALLAH. Hanya Allah yang menentukan pada akal. Jika ada selain Allah yang menentukan pada akal, itu namanya KAFIR PADA AKAL yakni TIDAK DITERIMA OLEH AKAL.kerana ada yang memiliki persamaan dengan Allah. MUSTAHIL ALLAH ADA PERSAMAAN DENGAN SESUATU. itulah perkataan yang ISLAM PADA AKAL.

Saya ulang semula
Kita TIDAK BOLEH BERPEGANG kepada perkara yang termasuk pada kategori Islam pada akal sahaja sedangkan ianya KAFIR PADA SYARAK. Yang mesti kiita pegang ialah perkara yang sekurang kurangnya ISLAM PADA SYARAK. Bukan berpegang kepada perkara yang Islam pada akal semata mata dan bukan juga berpegang kepada perkara Islam pada adat semata mata. Kita wajib berpegang kepada hukum yang paling KUAT iaitu HUKUM SYARAK.

Mungkin ada yang ingin bertanya, kenapa mesti berpegang kpd hukum syarak sahaja dan apa dalilnya HUKUM SYARAK ITU LEBIH KUAT DARI HUKUM AKAL & HUKUM ADAT.

Dalilnya melalui kisah Nabi Musa berguru kpd Nabi Allah Khidir a.s. Perbuatan Nabi Musa bertanya kpd Nabi Khidir adalah PERINTAH ALLAH. Perbuatan Nabi Khidir MEMBUNUH kanak kanak yang menyalahi syariat Nabi Musa juga adalah PERINTAH Allah. Allah TIDAK MENYURUH Nabi Musa mengikut perbuatan Nabi Khidir sebaliknya memerintahkan Nabi Musa berpegang kepada Kitab Taurat.

Itulah BUKTI bahawasanya HUKUM SYARAK itu LEBIH KUAT dari hukum akal.

Ayat Quran yang dimaksudkan adalah  seperti dibawah ini

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا﴿٦٥﴾
قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدً﴿٦٦﴾
قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا﴿٦٧﴾
وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا﴿٦٨﴾
قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا﴿٦٩﴾
قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا﴿٧٠﴾

Ertinya

65. lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.

66. Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?"

67. Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.”

68. dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"

69. Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun".

70. Dia berkata: "Jika kamu mengikutiku, Maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu"

(al Kahfi : 65-70)

Skrg kita sambung semula kpd maksud pertama perkataan "segala galanya sudah ditentukan Allah"

itu maksud pertama

Sekarang
maksud kedua

2)) menafikan HAK MAKHLUK iaitu ikhtiar dan usaha pada adat yang Allah berikan kepada manusia, sebaliknya berpegang semata mata kepada Allah. Pegangan itu adalah iktikad Muktazilah

Itu maksud kedua

Maksud ketiga ialah

3)) meletakkan Allah sama taraf dengan pengarah pengarah filem. Ya, dalam filem, setiap pelakon memang disuruh melakonkan semua KEHENDAK PENGARAH. Kita 100% ikut kehendak pengarah. Setiap yang sabit pada makhluk mustahil sabit pada Allah. Maka mustahil kehendak Allah seperti itu. Allah sudah anugerahkan AKAL untuk BERFIKIR & BERIKHTIAR. Sesiapa yg mahukan syurga, ikutlah perintah Allah sama seperti dalam al Quran & hadith Nabi. Sesiapa yang tidak mahu mereka itulah yang mengikut Iblis dan Syaitan

Jadi
Jika iktikad itu SESAT & MENYESATKAN macam mana akidah yang SEBENAR?

Begini....
Akidah yang BENAR ialah

PADA SYARAK
Iblis dan syaitan
Jin dan manusia masuk neraka kerana ITU PILIHAN JIN & MANUSIA
ITU PILIHAN IBLIS & SYAITAN

PADA SYARAK
Allah TIDAK MENETAPKAN walau seorangpun kita utk menjadi ahli NERAKA

KITALAH YANG MEMILIH UNTUK MASUK NERAKA
KITALAH YANG MEMILIH UNTUK MASUK SYURGA

Allah TAK MAHU kita MASUK NERAKA
SEBAB ITULAH ALLAH TURUNKAN PARA NABI & ROSUL. Sebab itulah Allah turunkan Al Quran. Sebab itulah ada hari perbicaraan di padang mahsyar. Jika semuanya SUDAH DITETAPKAN oleh Allah, tidak perlulah ada hari perbicaraan di padang mahsyar.

SEJAK AZALI, SEBELUM ADA SEBARANG MAKHLUK, SEBELUM ADA SYURGA NERAKA, SEBELUM ADA JIN MANUSIA DAN MALAIKAT
SEMUA PILIHAN KITA, SEMUA PERBUATAN JIN & MANUSIA, SEMASA HIDUP DIDUNIA INI, HINGGA KEHIDUPAN DI DALAM SYURGA DAN NERAKA SELAMA LAMANYA SUDAH ALLAH TAHU. SUDAH ALLAH TAHU SEJAK AZALI. SUDAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ.

Termasukalah semua TULISAN dalam grup warsap ini

Saya ulang semula
Segala galanya
Allah dah tahu sejak azali
Sebelum ada apa apa, Allah dah tahu bahawasanya pada malam ini kita akan membaca pencerahan ini @ mendengar AUDIO pencerahan ini

Jika ada sesiapa yang TIDAK PERCAYA ALLAH SUDAH TAHU SEMUA PERKONGSIAN ILMU KITA INI SEJAK AZALI, Allah hanya tahu malam ini, MAKA BINASALAH AKIDAHNYA

Sebenar benarnya SEMUA PILIHAN KITA & PILIHAN SEKALIAN MAKHLUK YANG BERAKAL SAMADA MEMILIH YANG BAIK @ MEMILIH YANG JAHAT DAN BURUK  ITU SUDAH ALLAH TAHU DAN SUDAH  DITULISKAN OLEH KALAM DI LUH MAHFUZ ATAS PERINTAH ALLAH.

Hanya menunggu ZAHIR sahaja di dunia semasa hidup supaya NYATA QUDRAT, IRADAT ALLAH itu pada semua hambaNYA yang MENGENAL ALLAH.

Ingat ya, dari makna ESA ALLAH & makna SATU ALLAH maka, apabila disebut mana mana sifat yang 7 itu seperti Qudrat dan Iradat Allah, maka TERKANDUNG pada makna Qudrat @ Iradat itu makna 19 SIFAT YANG LAIN @ makna semua sifat Allah yang sebenar benarya tidak terhingga.

Dengan zahirnya semua pilihan manusia yang Allah tahu sejak azali dengan SEKALI TAHU itu maka BERTAMBAHLAH IMAN mereka yang mengenal Allah. Sebaliknya, jika seseorang itu TIDAK MENGENAL ALLAH, maka dengan jahilnya dia akan mendakwa perbuatan JAHATNYA itu sebagai KEHENDAK ALLAH. Dengan JAHILNYA mereka meletakkan kesalahan dan DOSA yang mereka PILIH itu kepada Allah. Mereka kata "JIKA ALLAH MAHU KITA MASUK SYURGA, BUATLAH JAHATPUN, AKHIRNYA KITA AKAN MASUK SYURGA JUGA. "
ْ
Kita sudah bincang sepintas lalu perkara ini pada Soalan 57 serta Soalan 71 dan akan bincang lebih lanjut pada Bab 9 Hukum Syarak. Insya Allah. Sekarang masih pd soalan terakhir Bab 8, hukum akal.

Sebagai rumusannya, punca salah faham dan binasa akidah orang yang berkata "segala galanya sudah ditentukan oleh Allah @ semua itu atas KEHENDAK ALLAH yakni atas IRADAT ALLAH" ialah kerana TIDAK FAHAM 5 perkara berikut iaitu

1) TIDAK faham perbezaan dan persamaan antara hukum akal dan hukum syarak.
2) Kurang faham makna SATU Allah
3) Kurang faham makna ESA Allah
4) Kurang faham makna BANYAK.
5) Kurang faham perbezaan antara makna SATU, ESA & BANYAK.

Persoalan tentang 5 perkara itu sudah dicerahkan pada Soalan 58, 59 & 60.

Sesiapa yang ingat ingat lupa tu elok tengok.

Saya ulang semula, jika seseorang yang kurang faham 5 perkara diatas,
melafazkan perkataan "SEGALA GALANYA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH @ ITU SEMUA KEHENDAK ALLAH" yakni atas IRADAT ALLAH " tanpa sedar orang yang berkata sebenar benarnya sudah MENAFIKAN 6 sifat kamalat Allah yang lain iaitu

1⃣ Qudrat Allah
2⃣ Ilmu Allah
3⃣ Hayat Allah
4⃣ Sami' Allah
5⃣ Basir Allah
6⃣ Kalam Allah

Kenapa pulak bermaksud menafikan 6 sifat kamalat yang lain?

Kerana yang berkata itu lupa akan  makna Allah SATU & ESA iaitu apabila disebut IRADAT maka TERKANDUNG pada makna IRADAT itu akan makna 6 sifat kamalat yang lain seperti yg disebutkan di atas itu malah sebenar benarnya terkandung makna 19 sifat yang lain.

Persoalan terakhir ialah


Adakah manusia akan MELIHAT ALLAH? macam mana tu?

Ya BENAR


Setiap mukmin akan melihat Allah didalam syurga.

Tapi JANGAN DIGAMBAR GAMBARKAN ADA PERSAMAAN DENGAN MELIHAT MAKHLUK

JANGAN DIGAMBAR GAMBARKAN MELIHAT ALLAH  DENGAN MATA SAMA SEPERTI MELIHAT MANUSIA @ SAMA SEPERTI MELIHAT  MAKHLUK.

Jika digambar gambarkan seperi melihat makhluk maka BINASA AKIDAH. WAJIB MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT. JIKA DITERANGKAN DGN BERLORI LORI KITABPUN, SEMUANYA ITU "PEMBOHONGAN SEMATA MATA" & BIDAAH PADA AKAL

Sama seperti menerangkan MANISNYA GULA. Takda siapa dialam semesta ini yg mampu menerangkan MANISnya GULA walaupun dengan menulis BERIBU RIBU BUKU. Menerangkan rasa manis walau beribu buku adalah PEMBOHONGAN & BIDAAH PADA ADAT.

Tapi sebenarnya, cara menerangkan RASA MANIS itu SANGAT MUDAH. TAK PERLU MENULIS WALAU SEBUAH BUKU.

Cukup dengan meletakkan 1 ketul gula kedalam mulut orang yang BERTANYA. AUTOMATIK DIA AKAN FAHAM MAKNA MANIS tanpa buku.

Begitulah dengan MELIHAT ALLAH. TULISAN dengan buku @ watsap itu hanya PEMBOHONGAN SEMATA MATA dan BIDAAH PADA AKAL & BIDAAH PADA SYARAK.

MEMANG  WAJIB DIPERCAYAI, SETIAP YANG BERIMAN AKN MELIHAbT ALLAH DI DALAM SYURGA. JIKA TAK PERCAYA, BINASA AKIDAH.

Macam mana cara nak faham?

Tunggu masuk syurga dahulu,  AUTOMATIK AKAN FAHAM

TAK PERLU DITERANGKAN MELALUI PENULISAN
TAK PERLU DIFIKIRKAN
JANGAN DIGAMBAR GAMBARKAN KERANA MENGGAMBAR GAMBARKAN PERTEMUAN DGN ALLAH ITU HANYA MEMBINASAKAN AKIDAH

Jika kita sudah memahami makna Allah itu "laisakamitslihisyaiun" kita akan TERPELIHARA DARI MEMBAYANG2KAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH

Org yang cuba membayang bayangkan pertemuan itu sebenar benarnya orang yang TIDAK MENGENAL ALLAH & PERBUATAN SYIRIK.


Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yg salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun
&
telegram > laisakamitslihisyaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan