(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 15 Mac 2016

Bab 8 :Soalan 68 a) Apakah makna semua Sifat Allah itu ESA @ Esa pada sifat ? b) Ada 20 sifat Allah yang wajib kita tahu. Bukankah 20 sifat Allah itu berbilang bilang? c) Apakah tujuan kita mengetahui ESA ALLAH PADA SIFAT? d) Apakah contoh perkataan berkait SIFAT ALLAH yang TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH dan boleh menyebabkan BINASA AKIDAH?

Pencerahan

Soalan 68


a) Apakah makna semua Sifat Allah itu ESA @ Esa pada sifat ?

b) Ada 20 sifat Allah yang wajib kita tahu. Bukankah 20 sifat Allah itu berbilang bilang?

c) Apakah tujuan kita mengetahui ESA ALLAH PADA SIFAT?

d) Apakah contoh perkataan berkait SIFAT ALLAH yang TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH dan boleh menyebabkan BINASA AKIDAH?



Pencerahan
Soalan 68



Dalam perkara akidah, kita tidak boleh TAKLIQ @ ikut ikutan. Kita wajib TAHKIQ. Wajib keluar daripada takliq kepada tahkiq. Dengan cara itu baru SAH AKIDAH seseorang mukallaf seperti kita ini.

Mungkin ada yang tertanya tanya, tahkiq tentang apa?

Perkara ini telah dicerahkan sebelum ini iaitu setiap kita mesti TAHKIQ akan makna Allah. Supaya tahkiq akan makna Allah itu, kita terlebih dahulu WAJIB tahkiq akan makna 4 perkataan ini iaitu sifat Allah, zat Allah, kelakuan Allah dan nama Allah.

Kenapa pulak mesti faham 4 perkataan itu?

Kerana 4 perkataan itu adalah istilah ASAS UNTUK MEMBEZAKAN antara makhluk dpd Allah iaitu untuk MENGENAL Tuhan semesta alam

Kita semua tahu bahawa sanya Allah itu TIDAK SEUMPAMA DENGAN SESUATU. Itulah akidah dan iktikad yang wajib kita pegang sampai MATI

Dalam Bahasa Arab disebut "laisakamitslihisyaiun" dan disebut pada surah as-Syura ayat 11

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء

Oleh kerana Allah itu "laisakamitslihisyaiun" maka pengenal kpd Allah itu juga "laisakamitslihisyaiun". Dalam perkataan lain

1) sifat Allah juga "laisakamitslihisyaiun"

2) zat Allah juga  "laisakamitslihisyaiun"

3) kelakuan Allah juga "laisakamitslihisyaiun"

4) nama Allah juga "laisakamitslihisyaiun"

Oleh sebab semua itu "laisakamitslihisyaiun" maka sifat, zat, kelakuan dan nama Allah itu TIDAK MAMPU difikirkan oleh akal. Semua itu BUKAN MAKHLUK. Semua itu TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk. Semua itu adalah Qodim lagi azali. Yang mampu difikirkan oleh akal hanyalah MAKHLUK kerana makhluk itulah yang ada persamaan dengan makhluk lain.

Dalam erti kata lain, SEBELUM kita mengenal Allah iaitu sifat sifatNYA, zatNYA, kelakuanNYA dan namaNYA kita WAJIB TERLEBIH DAHULU MEMAHAMI

1) sifat makhluk pada adat
2) zat makhluk pada adat
3) kelakuan makhluk pada adat
4) nama makhluk pada adat

Pada akal, cara itulah yang akan menghampirkan faham kita kepada MAKNA SEBENAR

1) sifat Allah pada akal
2) zat Allah pada akal
3) kelakuan Allah pada akal
4) nama Allah pada akal

Kita ingat semula makna ESA ALLAH iaitu maksud bagi 4 perkataan itu adalah ALLAH itu sendiri, bukannya berbeza, bukannya berlainan kerana sekiranya berlainan maka Allah itu sudah berbilang bilang dan ada persamaan dengan makhluk. Apabila kurang satu dari yang 4 itu maka BERUBAHLAH DIRI ITU.

Sebagai contohnya,
jika NAMA seperti ALLAH @ Ar Rahman  itu TIDAK ADA maka membawa maksud ALLLAH @ AR RAHMAN ITU SUDAH TIDAK WUJUD. Allah @ Ar Rahman itu sudah BERUBAH dari WAJIB WUJUD kepada TIDAK WUJUD. Maka perkara itu adalah MUSTAHIL pada akal.
Itulah contoh makna ESA ALLAH pada akal.

Dalam perkataan lain, apabila disebut dan dibilang bilangkan satu persatu sehingga 20 seperti berikut

1) Wujud
2) Qidam
3) Baqo
!
!
!
20) Mutakallimun

makna semuanya itu adalah ALLAH

Supaya lebih JELAS, kita ubah dalam bentuk soalan

1) Siapa yang Wujud pada akal?
2) Siapa yang Qidam pada akal?
3) Siapa yang Baqo pada akal?
!
!
!
20) Siapa yang Mutakallimun pada akal?

Jawabannya ialah

1) Allah itulah yang Wujud pd akal
2) Allah itulah yang Qidam pd akal
3) Allah itulah yang Baqo pd akal
!
!
!
20) Allah itulah yang Mutakallimun pd akal

Itulah maksud sifat Allah Esa pd AKAL
i
Persoalan kedua ialah ada 20 difat Allah yang wajib kita tahu.
Bukankah 20 sifat itu berbilang2?

Jawabannya begini

Kita ingat semula pencerahan akan makna sifat pada Soalan 5 iaitu SIFAT ialah RUPA BAGI SETIAP MAKHLUK.

Setiap yang sabit pada makhluk mustahil sabit pada Allah. Oleh sebab itu MUSTAHIL ALLAH ITU SIFAT. MUSTAHIL ALLAH ITU RUPA. Kita sebut SIFAT pada Allah bukan kerana Allah itu sifat. Bukannya kerana ada bagi Allah itu SIFAT.

Semua SIFAT adalah MAKHLUK. Semua makhluk samada makhluk wujudi @ makhluk bukan wujudi ada RUPA MASING MASING @ ada sifat masing masing. Oleh kerana itu, mustahil Allah itu sifat @ rupa. Disebut Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun itu 20 SIFAT Allah hanya kerana "TER RUPA RUPA pada akal" yakni DITERIMA OLEH AKAL bahawasanya Allah itu Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun BUKANNYA KERANA ALLAH ITU RUPA @ BUKANNYA KERANA ALLAH ITU SIFAT.

Salah satu bukti Allah itu BUKAN SIFAT ialah ayat 100 surah Al-An'am

سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَصِفُونَ

Ertinya :
Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Allah dari apa yang mereka sifat2kan (rupa rupakan)

Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun dibilang bilangkan 1- 20 bukan kerana sifat itu berbilang bilang tetapi sekadar untuk menghampirkan  akal kita untuk memahami makna ESA Allah pada akal.

Persoalan seterusnya

Apa tujuan kita mengetahui makna ESA ALLAH PADA SIFAT?

Tujuannya ialah supaya kita DAPAT

1⃣ dapat MENJAGA ADAB KEPADA ALLAH

2⃣ supaya kita terpelihara dari perkataan @ iktikad yang MEMBINASAKAN AKIDAH @ KAFIR PADA AKAL

 3⃣ agar kita terpelihara dari perkataan yang membatalkan makna esa @ membatalkan makna satu atau membawa makna BANYAK.

Apa contoh perkataan @ iktikad yang TIDAK BERADAB kepada Allah @ membatalkan makna esa @ yang menyebabkan BINASA AKIDAH?

Kita sebutkan 3 contohnya iaitu

1⃣ Mengata @ mengiktikadkan ada LAWAN bagi Allah @ ada lawan bagi sifat Allah seperti

ALLAH YANG WUJUD LAWANNYA ALLAH YANG TIDAK WUJUD

atau dalam bentuk perkataan yang lain akan tetapi membawa maksud yang sama iaitu

1) Wujud lawannya A'dam yakni TIADA

2) Qidam lawannya Huduts yakni ADA PERMULAAN

3) Baqo lawannya Fana' yakni BINASA
!
!
!
20) Mutakallimun lawannya Abkam yakni BISU

Pada akal (bukan pada syarak ya)
perkataan "LAWAN" yang digunakan kepada Allah itu sebenar benarnya membawa makna @ bermaksud
@ membangsakan Allah dgn makhluk.

Makhluk yang ada lawannya kerana ada yang SETARA sedangka TIDAK ADA yang SETARA dengan ALLAH. Maka mustahil ada lawan bagi Allah. Musthil ada yang setara dengan Allah.

Sebab itulah pada akal, tanpa sedar, perkataan  "lawan" itu telah  MEMBANGSAKAN Allah Ta'ala kepada makhluk. Kerana itulah perkataan tersebut dikatakan SANGAT TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH.

Jika begitu, apa perkataan yang beradab sesuai dan selamat?

Perkataan yang BERADAB, SESUAI & SELAMAT ialah perkataan MUSTAHIL

Contoh perkataanya seperti ini

PADA AKAL
Allah itu

1) Wujud MUSTAHIL A'dam
2) Qidam MUSTAHIL Huduts
3) Baqo MUSTAHIL Fana'
!
!
!
20) Mutakallimun MUSTAHIL Abkam

BUKANNYA
Wujud LAWANNYA A'dam

BUKANNYA
Qidam LAWANNYA Huduts

BUKANNYA
Baqo LAWANNYA Fana'

BUKANNYA
Mutakallimun LAWANNYA Abkam

Agar lebih faham, kita fikirkan contoh ini

Katalah kita sedang mengadap seorang RAJA yang juga HAKIM suatu negara yang sangat hebat, sangat bijaksana dan sangat gagah perkasa

Adakah kita berani menyebut dihadapan Raja, perkataan seperti ini

Yang Mulia Tuanku, patik kenal Tuanku dengan cara melawankan 2 SIFAT Tuanku yang mashur diseluruh negeri iaitu bijaksana dan gagah perkasa.

Tuanku seorang
Raja yang bijaksana LAWANNYA Raja yang BODOH lagi TOLOL

atau

Tuanku seorang
Raja yang gagah perkasa LAWANNYA Raja yang lemah lagi dayus

Berani ke kita sebut seperti itu dihadapan Raja @ Hakim?

Berani ke?

Jawabannya
pasti TIDAK ADA walau seorangpun antara kita yang BERANI kecuali yang TIDAK mengenal Raja @ Hakim.

Jika ada orang yang berani berkata sedemikian, sebenar benarnya dia TIDAK MENGENAL RAJA @ HAKIM.

Sesungguhnya perbuatan itu membangsakan Raja yang bijaksana lagi gagah perkasa kepada Raja yang bodoh lagi dayus.

Sudah pasti orang ysng berkata sedemikan akan mendapat MURKA dan hukuman yang setimpal dari Raja.

Persoalannya
Jika perkataan "LAWAN' itu kita TIDAK BERANI sebut kepada Raja @ Hakim, kenapa pula kita BERANI sebut "LAWAN" kepada Allah?

Kenapa?

Jawabannya
Kita fikirlah sendiri

Itulah dalil akal menunjukkan bahawa sesungguhnya perbuatan melawankan sifat difat Allah itu adalah perkataan orang yang sangat TIDAK MENGENAL ALLAH dan SANGAT TIDAK BERADAB kepada Allah. Sudah tentu Allah TERLEBIH MURKA.

Itu contoh pertama

Ini pula contoh ke-2

2⃣ Dikatanya dan diiktikadkannya mana mans sifat Allah seperti "QUDRAT MENUMPANG pada zat Allah" itu SAMA seperti sifat makhluk MENUMPANG pada zat makhluk.

Contoh ke-3

3⃣ Dikatanya dan diiktikadkannya mana2 sifat Allah itu seperti "QUDRAT BERDIRI pada zat Allah" SAMA seperti sifat makhluk BERDIRI pada zat makhluk.

Sesungguhnya
Perkataan dan iktikad MENUMPANG @ BERDIRI PADA ZAT seperti itu atau yang seumpamanya SANGAT TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH dan bila bila masa boleh MEMBINASAKAN AKIDAH iaitu sekiranya...

Sekiranya apa?
Kenapa pula begitu?

Begini

Pada akal
Perkataan "menumpang pada zat Allah" @ "berdiri pada zat Allah" itu membawa 2 maksud

Maksud pertama

1) sifat ALLAH memang SEBENAR BENARNYA MENUMPANG pada zat Allah sama seperti sifat makhluk menumpang pada zat makhluk.

PADA AKAL (Bukan pada syarak ya)
Perkataan itu JELAS TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH. Perkataan itu JELAS KAFIR PADA AKAL. Pada akal, mustahil ada sesuatu yang menumpang pada Allah atau pada zat Allah. Pada akal, semua yang menumpang dan yang ditumpang itu adalah MAKHLUK.

Itu maksud pertama
Maksud Kedua

2) Sifat Allah sebenar benarnya "TIDAK menumpang pada zat Allah". Perkataan menumpang dan berdiri pada zat Allah itu hanya sekadar untuk memahami makna ESA Allah.

Itulah maksud kedua

Hanya maksud perkataan kedua itu sahaja yang BOLEH SELAMAT itupun jika MAHIR perbezaan 3 hukum, akan tetapi masih tetap MERBAHAYA. Masih termasuk perkataan yang KURANG ADAB kepada Allah. Bila bila masa orang yang tidak faham perbezaan 3 hukum @ orang yang tidak berguru @ tersilap guru @ hanya membaca kitab SANGAT terdedah dengan SALAH FAHAM akan makna perkataan didalam kitab yang boleh menyebabkan BINASA AKIDAH.

Kenapa pulak boleh jadi seperti itu? Semua kitab kitab pun tulis macam tu. Tak kanlah kitab tu salah.

Begini....
Bukan kitab tu yang salah...
tapi.....
Yang salah tu ialah orang yang membaca...
Orang yang membaca kitab itu YANG SALAH

Itulah yang tertulis pada kebanyakkan kitab kuning akan tetapi maksudnya ramai yang SALAH FAHAM kerana 7 perkara.

1) TIDAK BERGURU
2) BERGURU PADA ORANG YANG SALAH
3) KURANG MAHIR PERBEZAAN 3 HUKUM
4) TIDAK ADA DALIL AKAL
5) BERCANGGAH DGN DALIL AKAL
6) BERCANGGAH DGN MAKNA SATU
7) BERCANGGAH DGN MAKNA ESA

Jadi bagaimana supaya akidah kita SELAMAT?

Agar akidah kita selamat

1) Carilah dan bergurulah kepada alim ULAMA PEWARIS NABI iaitu orang perbuatannya hanya berkisar pada perkara yang FARDU @ SUNAT. Yang makruh ulama pewaris Nabi itu TAK BUAT. Jauh sekali ulama pewaris Nabi itu melakukan perkara yang SUBHAT @ HARAM.

2) Jika belum bertemu dengan ulama pewaris Nabi, bergurulah kepada orang yang FAHAM dan MAHIR perbezaan 3 hukum, hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

3) Fahami perbezaan makna SATU & ESA pada akal

4) Fahami makna BANYAK pada akal

5) Fahami makna MENGESAKAN ALLAH pada akal

6) JAUHI PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKNA ALLAH BANYAK

7) Yang terbaik, ELAKKAN  MENYEBUT sifat Allah menumpang pada zat Allah @ sifat Allah berdiri pada zat Allah @ melawan lawankan sifat Allah.

Perkara ini sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 56, 58 & 59
=====================

Segala yang baik bsik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan