(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 25 Mac 2016

Soalan Pertama Bab 9 : Hukum Syarak a) Apakah maksud perkataan "syarak"? b) Apakah maksud hukum syarak? c) Apa tujuan mempelajari hukum syarak? d) Ada berapa bahagi hukum syarak?

Soalan 72


Soalan Pertama
Bab 9 : Hukum Syarak


a) Apakah maksud perkataan "syarak"?

b) Apakah maksud hukum syarak?

c) Apa tujuan mempelajari hukum syarak?

d) Ada berapa bahagi hukum syarak?


Jawapan
Soalan 72


Maksud perkataan "syarak" ialah "Allah"

Oleh itu maksud perkataan "Hukum Syarak" ialah "Hukum Allah" yang tertulis didalam semua kitab-kitab Allah sejak nabi yang pertama iaitu Nabi Adam a.s. sehingga kepada nabi terakhir, iaitu Nabi  Muhammad s.a.w. Kitab yang dimaksudkan ialah Taurat, Zabur, Injil dan al Quran serta yang keluar dari lidah para Rosul. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w  sehingga hari kiamat, hukum Allah itu adalah bersumberkan al Quran dan hadith. Hukum syarak itu adalah bersumberkan al Quran & hadith.

Persoalan seterusnya, apakah tujuan mempelajari hukum syarak?

Tujuan mempelajari hukum syarak adalah supaya setiap mukallaf tahu MENTAUHIDKAN ALLAH @ MENGESAKAN ALLAH.

Apa buktinya?

Kita tunjukkan 2 buktinya daripada al Quran. Bukti pertama adalah ayat satu dari surah al Ikhlas iaitu

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Ertinya :
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa

(al Ikhlas : 1)

Bukti kedua ialah ayat ke-19 surah al An'am seperti berikut

قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً قُلِ اللَّهُ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰ قُل لَّا أَشْهَدُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Ertinya
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang SATU, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu SEKUTUKAN (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

(Al-An'am : 19)

Itulah ayat yang menjadi bukti bahawasanya al Quran itu diturunkan sebagai panduan dan peringatan untuk kita MENTAUHIDKAN @ MENGESAKAN ALLAH.

Mengesakan Allah itu pula terpecah kepada 2 iaitu zahir dan batin. Perkara yang besar ini sebenarnya terbahagi lagi kepada beberapa bahagian. Memahami 2 perkara ini akan memudahkan kita memahami cabang cabang yang lain, insya Allah.

Saya ulang semula, tujuan mempelajari hukum syarak itu terbahagi kepada 2 perkara besar iaitu

1⃣ Mentauhidkan Allah dari sudut BATIN (perbuatan HATI) melalui 3 peringkat ilmu iaitu dengan memahami ilmu, mengamalkan ilmu serta memelihara ilmu & amal daripada perkara perkara yang membinasakan amal.

Mentauhidkan Allah dari sudut batin (hati) ini juga disebut sebagai SYARIAT BATIN.

2⃣ Mentauhidkan Allah dari sudut ZAHIR (iaitu perkataan @ lisan & perbuatan anggota) juga melalui 3 peringkat ilmu iaitu memahami ilmu, mengamalkan ilmu serta memelihara ilmu & amal dari perkara perkara yang membinasakan amal.

Mentauhidkan Allah dari sudut perbuatan yang zahir itu disebut sebagai  SYARIAT ZAHIR.

Mungkin ada yang tertanya tanya, apa contoh syariat zahir dan contoh syariat batin?

Contoh syariat zahir ialah 5 Rukun Islam dan contoh syariat batin ialah 6 Rukun Iman

Tetapi JANGAN SALAH FAHAM, bagi setiap syariat zahir seperti solat 5 waktu itu ada syariat batinnya iaitu MENGESAKAN ALLAH DARI SUDUT HATI. Pada akal dan pada syarak, HANYA ORANG YANG MENGENAL ALLAH DAPAT MENGESAKAN ALLAH. Orang yang TIDAK mengenal Allah MUSTAHIL mengesakan Allah melainkan selama lamanya akan MENSYIRIKKAN ALLAH.

Ibadah zahir yang "KOSONG" dari syariat BATIN adalah ibadah orang yang LALAI.

Contohnya ialah orang yang hanya tahu beribadat seperti solat 5 waktu tetapi TIDAK MENGENAL ALLAH

Manakala ibadah batin yang "KOSONG" dari syariat ZAHIR adalah SIA SIA kerana perbuatan seperti itu sebenar benarnya MENDUAKAN ALLAH.

Contohnya ialah orang yang TIDAK SOLAT 5 waktu kerana mendakwa dirinya sudah mengenal Allah.

Ibadah ZAHIR & BATIN WAJIB SERENTAK. TIDAK BOLEH TERPISAH WALAU SEDETIK SEKALIPUN.

Persoalan terakhir ialah

ada berapa bahagi hukum syarak?

Pencerahannya ialah

Hukum syarak itu terbahagi 3 iaitu

1) Suruh
2) Tegah
3) Harus @ mubah

Suruh terbahagi kepada 3 dan tegah juga juga terbahagi kepada 3. Suruh dan tegah itu melibatkan 5 perkara pula iaitu

1⃣ Wajib
2⃣ Sunat
3⃣ Haram
4⃣ Makruh
5⃣ Harus

Wajib pula terbahagi kepada 2. Secara ringkas dicerahkan seperti ini.
 
1⃣ perintah Allah berkait dengan AKIDAH @ SYARIAT BATIN sekiranya dilanggar menyebabkan binasa akidah @ batal syahadat.

2⃣ perintah Allah berkait dengan SYARIAT ZAHIR @ SELAIN AKIDAH sekiranya dilanggar sekadar BERDOSA BESAR yakni tidak menyebabkan BATAL SYAHADAT

Makna wajib, makna suruh dan makna tegah secara terperinci akan dicerahkan pada Soalan 73 dan ke atas insya Allah

====================

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79


Wallohua'lam

Maaf zahir &  batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram > laisakamitslihisyaiun
&
telegram > laisakamitslihisyaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan