(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 30 Januari 2016

Bab 8 Soalan 53: Apakah contoh perkataan yang sukar difahami iaitu jika kita TIDAK mengetahui perbezaan antara hukum adat dan hukum akal?

Soalan 53

Mengikut ASWJ, seseorang yang tidak mengetahui perbezaan antara 3 hukum ianitu hukum adat, akal dan syarak, MUSTAHIL memahami  maksud ayat ayat Allah dan TIDAK  akan terlepas dari BAHAYA SYIRIK. Oleh sebab itu, mengetahui perbezaan antara 3 hukum itu adalah WAJIB atas setiap mukallaf.

Apakah contoh perkataan yang sukar difahami iaitu jika kita TIDAK mengetahui perbezaan antara hukum adat dan hukum akal?



Jawaban
Soalan 53


Perkataan yang lengkap adalah umpama jalanraya yang dilengkapi dengan papan tanda yang CUKUP. Orang yang sudah MAHIR dengan jalanraya itu sudah TIDAK PERLU tengok papan tanda arah. Tak tengok papan tanda pun dia TAHU ARAH TUJUAN.

Pengguna baru jalanraya sangat memerlukan papan tanda arah supaya MUDAH dan cepat sampai ke destinasi. Itulah perumpamaan PERKATAAN YANG LENGKAP, SANGAT MUDAH DIFAHAMI.

Perkataan mestilah diletakkan, sesuai  diatas landasan hukum yang sebenar. Orang yang sudah MAHIR perbezaan 3 hukum itu, TAK SEBUT JENIS HUKUM apapun, dia akan MUDAH FAHAM insya Allah. Bagi org yang baru belajar, JENIS HUKUM ITU AMATLAH PERLU KERANA SANGAT MEMBANTU kefahaman. Jika hukum adat, DINYATAKAN DENGAN JELAS HUKUM ADAT. Jika hukum akal, dinyatakan dengan JELAS HUKUM AKAL.

Saya bagi contoh supaya mudah faham.

Katalah ada 1 soalan seperti ini.
Soalannya pendek sahaja.

Apakah maksud "A I R"  yang anda jumpa di stesen minyak?

Jawabannya mungkin lebih dari 1

Jawaban pertama
Jika orang yang tak pernah jumpa perkataan itu, mungkin akn menjawab "AIR ITU UNTUK MEMBASUH TANGAN"

Tapi jika orang yang selalu nampak perkataan itu dan selalu bertutur Bahasa Inggeris, mungkin akan menjawab "AIR itu adalah UDARA UNTUK DIPAM KEDALAM TAYAR"

Kenapa ada 2 jawaban yg berbeza?
Sebabnya ialah perkataan "AIR" ada dalam Bahasa Inggeris dan dalam Bahasa Melayu. Sebab itulah ada kekeliruan. Soalan mestilah JELAS samada BM @ BI.

Begitulah dalam pendidikan akidah. Perbincangan mestilah JELAS, hukum adat @ hukum akal @ hukum syarak.

Kita tengok contoh kedua ini. Saya ambil sebahagian dari pencerahan Soalan 52. Contoh ini akan kita BACA @ DENGAR 2X. Perhatikan elok elok. Mana yang lebih mudah difahami. Yang pertama @ yang kedua. Ada sedikit perbezaan sahaja. Perbezaannya seperti ini.

Yang pertama
Semua perkataan PADA ADAT, PADA SYARAK @ PADA HAKIKAT sy BUANG.
Kita baca TANPA PERKATAAN itu.
Faham @ tidak
Mudah faham @ tidak

Yang kedua
Semua perkataan PADA ADAT, PADA AKAL @ PADA HAKIKAT DIKEKALKAN

Baca, dengar dan buat perbandingan, mana yg lebih mudah difahami. Kemudian jawab soalan ini.

Yang mana lebih mudah difahami?
Yang pertama @ yang kedua.
Kenapa lebih mudah?

Baik, kita mula LIHAT yang pertama sekarang

Tengok ada 6 tempat kosong. Jangan baca tempat kosong tu. Tempat kosong itu sebenarnya adalah perkataan samada PADA ADAT @ PADA AKAL.

Pada yang kedua itu pula, LENGKAP DENGAN PERKATAAN PADA ADAT  @ PADA AKAL.

Bandingkan, yang mana lebih mudah difahami.

Baik, kita mula MEMBACA sekarang


Pad________(1)__________t

Setiap yang berperingkat peringkat walau mengambil sedetik masa itu adalah KELAKUAN MAKHLUK

Itulah bukti bahawasanya P____(2)_____L pekerjaan @ perbuatan @ KELAKUAN Allah itu

1) MUSTAHIL mengambil masa walau sedetik

2) MUSTAHIL memakan masa walau lebih singkat dari 1 detik masa

Saya bagi satu contoh

P_____(3)______t
Semua suara makhluk dan bukan suara, sejak azali hingga selama lamanya didalam syurga @ neraka SUDAH ALLAH DENGAR DENGAN SEKALI DENGAR.

Perbuatan Ilmu Allah itupun bukannya berperingkat peringkat, bukannya bermasa. Tidak ada yang belum jadi @ belum berlaku @ belum lahir yang Allah tidak tahu melainkan SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH TAHU DENGAN SEKALI TAHU.

Apa contohnya?
Contohnya ialah

Jumlah isi Syurga dan Neraka
Sebelum ada syurga dan neraka
Sebelum ada jin dan manusia
Sebelum ada apa2

Walaupun belum masuk syurga, belum masuk neraka, tetapi  P______(4)_________T, jumlah isi neraka dan jumlah isi syurga dikalangan umat Para Nabi sejak Nabi Adam  hingga  Nabi Muhammad pun Allah SUDAH TAHU SEJAK AZALI DENGAN SEKALI TAHU. P______(5)_______t, jumlahnya isi neraka dan isi syurga TIDAK akan bertambah dan TIDAK akan berkurang walau seorangpun. Bukannya tunggu hari kiamat, BARU ALLAH TAHU.

JANGAN tanya, macam mana boleh Allah tahu yang belum ada?

Kenapa tak boleh tanya?

Sebabnya itu adalah pekerjaan Allah
Sebabnya itu adalah urusan Allah

Akal kita TAK mampu nak fikir
Akal kita hanya mampu memikirkan pekerjaan @ urusan makhluk

Pekerjaan kitalah yg Allah suruh fikir
Firman Allah dalam al Quran  itulah yang Allah suruh fikir.
Ayat ayat Allah di seluruh pelosok alam dan pada diri kitalah yang Allah suruh fikir.

JANGAN FIKIR PEKERJAAN ALLAH

Oleh sebab itulah, P______(6)_______L, perbuatan @ pekerjaan @ KELAKUAN Allah itu TIDAK BERPERINGKAT2. Semua KELAKUAN Allah itu TELAH JADI DENGAN SEKALI JADI

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,faaaaaaaaaasasaaasasaaf
HABIS YANG PERTAMA. Cuba baca yang kedua ini pula. Bandingkan, yang mana lebih mudah difahami


Ok mula.

Pada adat
Setiap yang berperingkat peringkat walau mengambil sedetik masa itu adalah KELAKUAN MAKHLUK

Itulah bukti bahawasanya PADA AKAL pekerjaan @ perbuatan @ KELAKUAN Allah itu

1) MUSTAHIL mengambil masa walau sedetik

2) MUSTAHIL memakan masa walau lebih singkat dari 1 detik masa

Saya bagi satu contoh

Pada akal dan pada hakikat
Semua suara makhluk dan bukan suara, sejak azali hingga selama selamanya didalam syurga @ neraka SUDAH ALLAH DENGAR DENGAN SEKALI DENGAR.

Perbuatan Ilmu Allah itupun bukannya berperingkat peringkat, bukannya bermasa. Tidak ada yang belum jadi @ belum berlaku @ belum lahir yang Allah tidak tahu melainkan SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH TAHU DENGAN SEKALI TAHU.

Apa contohnya?
Contohnya ialah

Jumlah isi Syurga dan Neraka
Sebelum ada syurga dan neraka
Sebelum ada jin dan manusia
Sebelum ada apa2

Walaupun belum masuk syurga, belum masuk neraka, tetapi  PADA AKAL & PADA HAKIKAT, jumlah isi neraka dan jumlah isi syurga dikalangan umat Para Nabi sejak Nabi Adam  hingga  Nabi Muhammad pun Allah SUDAH TAHU SEJAK AZALI DENGAN SEKALI TAHU. Pada akal dan pada hakikat, jumlahnya isi neraka dan isi syurga TIDAK akan bertambah dan TIDAK akan berkurang walau seorangpun. Bukannya tunggu hari kiamat, BARU ALLAH TAHU.

JANGAN tanya, macam mana boleh Allah tahu yang belum ada?

Kenapa tak boleh tanya?

Sebabnya itu adalah pekerjaan Allah
Sebabnya itu adalah urusan Allah

Akal kita TAK mampu nak fikir
Akal kita hanya mampu memikirkan pekerjaan @ urusan makhluk

Pekerjaan kitalah yang Allah suruh fikir
Firman Allah dalam al Quran  itulah yang Allah suruh fikir.
Ayat ayat Allah di seluruh pelosok alam dan pada diri kitalah yang Allah suruh fikir.

JANGAN FIKIR PEKERJAAN ALLAH

Oleh sebab itulah, PADA AKAL, perbuatan @ pekerjaan @ KELAKUAN Allah itu TIDAK BERPERINGKAT PERINGKAT. Semua KELAKUAN Allah itu TELAH JADI DENGAN SEKALI JADI



Persoalan sekarang, mana yang lebih mudah? Yang pertama @ yang kedua?

Jawabannya sudah tentulah yang KEDUA

Kenapa?
Sebab papantanda jalanraya disediakan. JENIS HUKUMNYA JELAS DINYATAKAN.

Persoalan seterusnya ialah, apakah contoh contoh perkataan, sekiranya kita TIDAK FAHAM PERBEZAAN ANTARA 3 HUKUM, kesannya sangat BESAR, boleh menyebabkan DOSA BESAR @ BINASA AKIDAH?

Saya sebutkan 2 contoh iaitu

Contoh-1


1) Setelah makan NASI tengahari ini
perut kita rasa kenyang



Contoh
Perkataan seperti ini  TIDAK BERDOSA

1) Pada adat, nasi yang mengenyangkan

2) Pada akal @ pada hakikat
Allah yang mengenyangkan

Kenapa tidak berdosa?

1) Dia tahu BEZA HUKUM adat & akal
2) Sebab dikaitkan kepada Allah
3) Dia tidak menafikan hak makhluk

Contoh
Perkataan yang menyebabkan DOSA


1) Makan nasi mengenyangkan
@ sebarang perkataan yang sama maksudnya.

2) Nasi tu yang mengenyangkan saya

Kenapa berdosa?
1) Sebab tidak dikaitkan dengan Allah
2) Terhenti setakat hukum adat sahaja. Tidak dikaitkan kepada Allah


Contoh
Perkataan yang menyebabkan SYIRIK

Yang saya tahu nasi itulah yang mengenyangkan.
Hukum akal ke
pada akal ke,
pada hakikat ke,
itu semua saya TAK TAHU. Yang saya tahu HANYA NASI ITU MENGENYANGKAN @ sebarang perkataan yang sama maksudnya

Kenapa syirik?
1) Sebab tak tahu beza hukum adat dan hukum akal
2) Menafikan hak Allah. Hanya Allah yang mengenyangkan.

contoh ke-2

Sedang Rashidah memandu kereta, tiba tiba keretanya berlanggar secara berhadapan. Rashidah patah kaki.


Pencerahan

Perkataan yang tidak berdosa

Pada adat
Rashidah patah kaki kerana kemalangan jalanraya

Pada akal
Rafidah patah kaki atas kehendak Allah
kerana
PADA AKAL DAN PADA HAKIKAT TIDAK ADA YANG BERKEHENDAK MELAINKAN ALLAH

Kenapa tidak berdosa?

Sebab dia tidak menafikan hak Allah menjadikan "kemalangan jalan raya" dan menjadikan "patah kaki" itu

Perkataan yang menyebabkan SYIRIK

Celaka orang yang langgar kereta saya. Dialah punca kaki saya patah.

Kenapa pula jatuh syirik?

Syirik jika didalam HATInya langsung TIDAK SEDAR @ TIDAK TAHU @ LUPA bahawa sanya pada akal dan pada hakikat,
HANYA ALLAH YANG MENJADIKAN SEGALA GALANYA TERMASUKLAH PATAH KAKI & KEMALANGAN


Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah. Semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an nisa' : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Jumaat, 29 Januari 2016

Bab 8 Soalan 52 : Apakah maksud Allah melihat dengan SEKALI LIHAT? Allah mendengar dengan SEKALI DENGAR? Allah berkata dengan SEKALI KATA? Apa kaitannya dengan ayat KUN FAYA KUN?

Soalan 52


Melihat berkali kali adalah perbuatan makhluk
Mendengar berkali kali adalah perbuatan makhluk
Berkata berkali kali adalah perbuatan makhluk

Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah

Maka
Allah mustahil melihat berkali kali.
Allah mustahil mendengar berkali kali.
Allah mustahil berkata berkali kali.

Apakah maksud
Allah melihat dengan SEKALI LIHAT?
Allah mendengar dengan SEKALI DENGAR?
Allah berkata dengan SEKALI KATA?

Apa kaitannya dengan ayat KUN FAYA KUN?



Jawapan
Soalan 52


Pada adat
Perbuatan @ pekerjaan @ kelakuan yang bermasa walau memakan sedetik masa itu adalah KELAKUAN MAKHLUK.

Perbuatan Allah TIDAK BERMASA walau sedetik sekalipun. Makna ayat
                       
                                     ﻛُﻦْ ﻓَﻴَﻜُﻮﻥُ

 'KUN FAYA KUN" bukan bermakna "ada masa @ memakan masa @ bermasa".

Ayat itu menerangkan KEKUASAAN ALLAH. Ayat itu menerangkan Qudrat & Iradat Allah. Allah menerangkan kekuasaan NYA itu kepada kita iaitu apabila Dia berkehendak menjadikcom sesuatu CUKUP dgn "berkata JADI" maka JADILAH makhluk itu.

Maka alam semesta ini sudah JADI.
Alam nyata dan alam ghaib pun sudah JADI.
Bukan TERJADI ya.

Perkataan TERJADI sesuai utk hukum adat. Sekarang kita sdg berbincang persoalan hukum akal. Perkataan JADI sesuai utk perkara yg berkait dengan hukum akal.

Maknanya, pada akal
SEKALIAN MAKHLUK @ SEKALIAN ALAM SUDAH JADI

1) TANPA ALAT
2) TANPA MASA
3) TANPA SEBARANG PANDUAN

Pada adat
Setiap yg berperingkat peringkat walau mengambil sedetik masa itu adalah KELAKUAN MAKHLUK

Itulah bukti bahawasanya PADA AKAL pekerjaan @ perbuatan @ KELAKUAN Allah itu

1) MUSTAHIL mengambil masa walau sedetik

2) MUSTAHIL memakan masa walau lebih singkat dari 1 detik masa

Saya bagi satu contoh

Pada akal dan pada hakikat
Semua suara makhluk dan bukan suara, sejak azali hingga selama lamanya didalam syurga @ neraka SUDAH ALLAH DENGAR DENGAN SEKALI DENGAR.

Perbuatan Ilmu Allah itupun bukannya berperingkat peingkat, bukannya bermasa. Tidak ada yang belum jadi @ belum berlaku @ belum lahir yang Allah tidak tahu melainkan SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH TAHU DENGAN SEKALI TAHU.

Apa contohnya?
Contohnya ialah

Jumlah isi Syurga dan Neraka
Sebelum ada syurga dan neraka
Sebelum ada jin dan manusia
Sebelum ada apa apa.

Walaupun belum masuk syurga, belum masuk neraka, tetapi  PADA AKAL & PADA HAKIKAT, jumlah isi neraka dan jumlah isi syurga dikalangan umat Para Nabi sejak Nabi Adam  hingga  Nabi Muhammad pun Allah SUDAH TAHU SEJAK AZALI DENGAN SEKALI TAHU. Pada akal dan pada hakikat, jumlahnya isi neraka dan isi syurga TIDAK akan bertambah dan TIDAK akan berkurang. Bukannya tunggu hari kiamat, BARU ALLAH TAHU.

JANGAN tanya, macam mana boleh Allah tahu yang belum ada?

Kenapa tak boleh tanya?

Sebabnya itu adalah pekerjaan Allah
Sebabnya itu adalah urusan Allah

Akal kita TAK mampu nak fikir
Akal kita hanya mampu memikirkan pekerjaan @ urusan makhluk

Pekerjaan kitalah yang Allah suruh fikir
Firman Allah dalam al Quran  itulah yang Allah suruh fikir.
Ayat ayat Allah di seluruh pelosok alam dan pada diri kitalah yang Allah suruh fikir.

JANGAN FIKIR PEKERJAAN ALLAH

Oleh sebab itulah, PADA AKAL, perbuatan @ pekerjaan @ KELAKUAN Allah itu TIDAK BERPERINGKAT PERINGKAT. Semua KELAKUAN Allah itu TELAH JADI DENGAN SEKALI JADI

Apa maksud semua KELAKUAN Allah yang SEKALI JADI itu?

Maksud semua kelakuan Allah itu ialah 7 sifat yang terakhir dalam sifat 20 iaitu yang ke14-20. Kita sebut semula satu persatu :

1) Kelakuan Qudrat @ Qodirun
2) Kelakuan Iradat @ Muridun
3) Kelakuan Ilmu @ A'limun
4) Kelakuan Hayat @ Haiyun
5) Kelakuan Sami' @ Sami'un
6) Kelakuan Basir @ Basirun
7) Kelakuan Kalam @ Mutakallimun

Saya yakin, pasti ada yang "kabur", pasti banyak persoalan yang timbul seperti

1) Diri kitapun yang lahir secara normal jadi @ lahir dalam tempoh 9 bln 10 hari

2) Sekalian alam ini jadi dalam tempoh 6 hari @ 6 masa

Bukankah perkara itu mengambil masa @ berperingkat peringkat ???
Bukankah itu perbuatan Allah juga?
Bukankah itu kehendak & iradat juga?
Bukankah itu atas kelakuan Allah juga?

Jawapannya YA✔

SEMUA ITU BETUL

SEMUA ITU ATAS KELAKUAN ALLAH JUGA tetapi dari jalan yang berbeza. Itu dari jalan SYARAK, iaitu berdasarkan ZAHIR SYARAK. Sedangkan persoalan kita sekarang adalah dari jalan HUKUM AKAL. BUKAN ZAHIR SYARAK & BUKAN PADA SYARAK.

Sebab itulah kita PERLU memahami sehingga JELAS akan PERBEZAAN 3 HUKUM. Hukum adat, hukum akal dan hukum syarak serta cabang cabangnya. Setelah kita FAHAM, barulah setiap persoalan & jawaban, kita akan nampak dengan JELAS. BARULAH KITA DAPAT LETAKKAN SETIAP SOALAN DAN JAWABAN DIATAS LANDASAN HUKUMNYA YANG SEBENAR.

Dalam perkataan lain, jika setiap persoalan & jawaban DENGAN JELAS diletakkan diatas landasan HUKUM YG TEPAT, maka orang lain yang mendengar @ membaca akan mudah untuk memahaminya.

Sudah tentu timbul persoalan baru?
Apa contoh perkataan yang SUKAR difahami @ hukumnya yang TIDAK jelas?

Persoalan ini akan kita bincang pada Soalan 53 insya Allah.

Sekarang kita sambung semula kepada persoalan tadi.

Jika kita membicarakan hukum ADAT, kita katalah PADA ADAT, maka SANGAT MUDAH untuk orang lain memahaminya.

Jika kita membicarakan hukum AKAL, kita katalah PADA AKAL, maka SANGAT MUDAH untuk orang lain memahaminya.

Jika kita membicarakan hukum SYARAK, kita katalah PADA SYARAK, maka SANGAT MUDAH untuk orang lain memahaminya.

Pada Bab 7, kita sudah bincangkan HUKUM ADAT

Sekarang ini kita masih pada Bab 8, dan kita sedang membincangkan HUKUM AKAL

Pada Bab 9 pula, kita akan membincangkan HUKUM SYARAK

Sesiapa yang ingat ingat lupa tentang takrif takif hukum adat dan hukum akal tu, eloklah DENGAR AUDIONYA semula dan semak semula pencerahan pada Soalan 35 hingga Soalan 51. Dengar berulangkali sehingga CERAH, insya Allah kita akan SEMAKIN FAHAM.

Persoalan disini ialah,
apakah DALILNYA  daripada al Quran?

Saya akn tunjukkan dalilnya insya Allah

Sekalian alam SUDAH JADI
Itulah BUKTI bahawasanya

PADA AKAL
SEMUA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ITU SUDAH JADI, DENGAN SEKALI JADI

Dalilnya ialah

Surah Yasin (سورة يس) ayat 82:


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٨٢)
Ertinya:
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus JADI.
(Yasin : 83)

Maka
Makna
SEMUA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ITU SUDAH JADI PADA AKAL  adalah 7 perkara iaitu

1) PADA AKAL
SEMUA makhluk sudah jadi
TIDAK ADA LAGI MAKHLUK YANG BELUM JADI

Dalilnya ialah

Surah al-Nahl (سورة النحل) ayat 40:


إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٠)

Ertinya:
Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau!, maka menjadilah ia.
(an-Nahl  : 40)

2) PADA AKAL
SEMUA perkataan makhluk sejak wujud hingga didalam syurga neraka selama2nya SUDAH ALLAH JADIKAN, TIDAK ADA PERKATAAN MAKHLUK YANG BELUM ALLAH JADIKAN.

Dalilnya ialah dari nama Allah

                                          ﺍﻟﺨﺎﻟﻖ

al-Kholiq = Yang menjadikan
ar-Ra'd : 19

Itulah makna al-Kholiq

3) PADA AKAL
SEMUA hal dan keadaan makhluk sejak dijadikan hingga selama lamanya didalam syurga neraka selama lamanya SUDAH ALLAH TAHU, tidak ada yang Allah tidak tahu.

Buktinya ialah dari makna nama Allah

                                           ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ

al-A'lim = Yang Maha Tahu
al-Baqarah : 29

Itulah makna al-A'lim

4) PADA AKAL
SEMUA rupa bentuk serta hal keadaan makhluk sejak dijadikan hingga berada didalam syurga neraka selama lamanya SUDAH ALLAH LIHAT, tidak ada lagi yang Allah belum lihat.

Dalilnya ialah dari makna nama Allah

                                          ﺍﻟﺒﺼﻴﺮ

al-Basyir = Yang Maha Melihat
al-Hadid : 4

Itulah makna al-Basyir

5) PADA AKAL
SEMUA suara makhluk sejak dijadikan hingga didalam syurga neraka selama lamanya SUDAH ALLAH DENGAR, tidak ada lagi yang Allah belum dengar

Dalilnya ialah dari nama Allah :
                             
                                         ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ

as-Sami' = Yang Maha Mendengar
al-Israk : 1

Itulah makna ad-Sami'

6) PADA AKAL
SEMUA makhluk yang hidup samada dengan nyawa @ bukan dengan nyawa, semuanya sudah dihidupkan oleh Allah sejak dijadikan hingga didalam syurga neraka selama lamanya. Tidak ada lagi yang belum Allah hidupkan.

Dalilnya ialah dari nama Allah:
                                 
                                          ﺍﻟﻤﺤﻲ

al-Muhyi = Yang Menghidupkan
ar-Rum : 50

Itilah makna al Muhyi


7) PADA AKAL
SEMUA perkara dan keadaan sudah dikhabarkan oleh Allah sejak azali hingga didalam syurga neraka selama lamanya. Tidak ada lagi yang Allah belum khabarkan.
Dalilnya ialah dari nama
Allah:
                                 
                                         ﺍﻟﺨﺒﻴﺮ

al-Khobir= Yang Mengkhabarkan
al-An'am : 18

Itulah makna al-Khobir

Ringkasnya PADA AKAL

1) TIDAK ADA yang belum Allah jadikan
2) TIDAK ADA yang belum Allah kehendaki
3) TIDAK ADA yang belum Allah tahu
4) TIDAK ADA yang belum Allah hidupkan
5) TIDAK ADA yang belum Allah lihat
6) TIDAK ADA yang belum Allah dengar
7) TIDAK ADA yang belum Allah khabarkan

Yakni
PADA AKAL
SEGALA GALANYA SUDAH JADI
TIDAK ADA LAGI YANG BELUM JADI

Dalam perkataan yang lebih ringkas, semua perkataan itu tersimpan dalam 1 perkataan iaitu :

"SEGALA GALANYA DALAM ILMU ALLAH"

Saya yakin, setakat pencerahan ini masih ramai yang "kabur" tapi tak mengapa, kita akan berikan lagi buktinya dari SEKALIAN ALAM @ dalil akal.

Mudah muahan
Dalil ini akan menghampirkan lagi kefahaman kita kepada makna sebenar                        

                                    ﻛُﻦْ ﻓَﻴَﻜُﻮﻥُ

KUN FAYA KUN @ PERBUATAN Allah itu tidak bermasa walau sedetik sekalipun.

Apa dia dalil akalnya?

Dalil akalnya seperti ini.

Katalah kita nak membuat rumah

Adakah kita terus buat tanpa perancangan?

Sudah tentu TIDAK
Kita sudah pasti telah merancang A ~ Z barulah kontraktor memulakan pembinaan.

Sudah tentu, saiz rumah, saiz pintu, jumlah pintu, jumlah simen, jumlah kayu, jumlah DUIT dan 1001 yg lain SUDAH DALAM PENGETAHUAN KITA

Jika ada orang yg bertanya, kita PASTI dapat jawab semua soalan.

Itu baru RUMAH yang harganya mungkin ratusan ribu ringgit. Belum lagi bangunan yang harganya JUTAAN ringgit. Apatah lagi jika kita hendak membina istana @ bangunan pencakar langit yang harganya BILLION RINGGIT.

Kita sudah tentu sudah membuat perancangan 100% TANPA CACAT CELA.

PADA ADAT
SEBELUM KONTRAKTOR MEMULAKAN PEMBINAAN, SEGALA GALANYA KITA SUDAH TAHU. Semua perkara KITA SUDAH TAHU. TIDAK ADA YANG KITA TIDAK TAHU.

1) Itulah makna SEKALI JADI PADA ADAT
2) Itulah makna SEKALI MAHU PADA ADAT
3) Itulah makna SEKALI TAHU PADA ADAT
4) Itulah makna SEKALI JAGA PADA ADAT
5) Itulah makna SEKALI DENGAR PADA ADAT
6) Itulah makna SEKALI LIHAT PADA ADAT
7) Itulah makna SEKALI KATA PADA ADAT

SEGALA GALANYA KITA SUDAH TAHU
100% KITA SUDAH TAHU. TIDAK ADA YANG KITA TIDAK TAHU.

Dalam perkataan yg lebih mudah, semua 7 perkataan itu tersimpul dalam 1 ayat yang berbunyi :
SEMUANYA DALAM ILMU MANUSIA
(PADA ADAT) yang maknanya itu adalah SEMUANYA, SEKALI JADI PADA ADAT.

Itulah contoh dalil akal untuk memudahkan kita faham maksud "KUN FAYA KUN"

Pada akal makna kelakuan @ perbuatan Allah itu

1) SEKALI KUASA @ SEKALI JADI
2) SEKALI HENDAK @ SEKALI MAHU
3) SEKALI TAHU
4) SEKALI PELIHARA
5) SEKALI DENGAR
6) SEKALI LIHAT
7) SEKALI KATA

Dalam perkataan yang lebih mudah, semua 7 perkataan itu tersimpul dalam 1 ayat yang berbunyi

SEMUANYA, DALAM ILMU ALLAH (PADA AKAL) yang maknanya itu adalah SEMUANYA, SEKALI JADI PADA AKAL @ KUN FAYA KUN PADA SYARAK (HAKIKAT)


Semua yang baik baik itu anugerah Allah. Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79

Maaf zhr btn
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Selasa, 26 Januari 2016

Bab 8 Soalan 51 : Apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan atau pekerjaan Allah?

Jawapan
Soalan 51


Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah.

Dari pencerahan soalan 45-50

a) Cerahkan makna pekerjaan PEKATA manusia @ KALAM manusia pada adat.

b) Dari makna pekerjaan pekata manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA pekerjaan PEKATA ALLAH pada akal @ ta'aluk PEKATA Allah pada akal.

Dari contoh (b) diatas, berikan contoh pekerjaan @ perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah pada akal.

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran @ Hadith.


Jawapan


Soalan ini ada persamaan dengan soalan 49 & 50

Sebelum kita bincang soalan 51, kita lihat dahulu ayat Allah ini


Allah Ta’ala berfirman,

65.الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya :
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan tangan-tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki-kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang telah mereka usahakan.
(Yasin :65)

Ayat itu adalah bukti menunjukkan bahawasanya Allah telah menganugerah MULUT sebagai alat untuk berkata kata. Perkataan yang difahami itu pula tertentu dengan lidah, huruf dan suara. Tanpa mulut, tanpa lidah huruf suara, manusia tidak dapat berkata kata dan tidak dapat menyampaikan perkhabaran atau apa sahaja yang ada didalam hatinya melalui mulut. Tanpa mulut, tanpa lidah huruf suara, manusia itu TIDAK ada perbuatan pekata. Jika kurang mana mana satu daripada yang 4 itu, maka manusia tidak dapat berkata kata. Dan tidak ada perbuatan pekata.

Contohnya

Pada adat
Jika tidak ada lidah, maka mustahil manusia dapat berkata kata

Pada adat
Jika tidak ada suara, maka mustahil manusia dapat berkata kata

Pada adat
Jika sekadar suara tetapi TIDAK membentuk HURUF maka mustahil suara itu dapat difahami. Jika tidak dapat difahami oleh orang lain, maka TIDAKLAH DISEBUT sebagai BERKATA KATA @ MENYAMPAIKAN  PERKHABARAN MELALUI PERKATAAN.

Maka pada adat,
makna perbuatan pekata manusia itu ialah dapat mengkhabarkan tentang dirinya dan tentang makhluk lain dari hal

1) yang sudah terjadi
2) yang sedang terjadi
3) yang akan terjadiu

Perkataan manusia itu pula ada yang dapat difahami dan ada yang tidak mampu difahami oleh orang lain kerana kelemahan kita berkata kata @ kelemahan kita ketika menyampaikan  perkhabaran.

Maka ta'aluk pekata manusia pada adat ialah dapat mengkhabarkan  sesuatu yang sudah lalu dan yang akan datang secara berpilih pilih mengikut yang diingini pada masa yg berbeza beza @ pada masa yang berperingkat peringkat.

Kita tahu pada akal, setiap yang sabit pada pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah maka :

1) Pada akal
Mustahil Allah berkata @ menyampaikan perkhabaran dengan mulut. Mulut boleh bisu. Allah mustahil bisu.

2) Pada akal
Mustahil Allah berkata @ menyampaikan perkhabaran melalui lidah huruf & suara. Lidah itu boleh kelu, Allah mustahil kelu.

3) Pada akal
Mustahil Allah berkata kata @ mustahil Allah berkata berperingkat peringkat @ berkali kali. Pada akal, perkhabaran dari Allah itu hanya dengan SEKALI KATA. Perbuatan berkata kata @ berkata berkali kali @ berkata berpilih pilih @ berkata walau sedetik masa sekalipun, adalah perbuatan makhluk. Perbuatan Pekata Allah hanya dengan SEKALI KATA, tanpa ada MASA walau sedetik sekalipun.

Saya yakin, ada yang "kabur" ada yang tertanya tanya tentang makna perkataan SEKALI KATA. Takpa, persoalan itu adalah sama dengan PERBUATAN ALLAH SEKALI LIHAT & SEKALI DENGAR. Sudah dipersoalkan pd soalan 48-50. Persoalan itu akan kita cerahkan pada Soalan 52 insya Allah.

Maka perkara ke-4 yang mustahil sabit pada Allah ialah

4) Pada akal
Mustahil ada perkataan Allah yang tidak mampu difahami oleh manusia yang berakal. Manusia itu tidak faham kerana tidak mahu menggunakan akal, bukan kerana Allah lemah menerangkan ayatNYA. Sebenar sebenarnya kita sendirilah yang jahil dan malas berfikir dan malas memikirkan semua ayat ayat Allah di dalam al Quran dan yang bertaburan diseluruh pelusuk alam serta yang ada pada diri sendiri. Kita teramat suka malah luarbiasa seronok memikirkan keperluan hidup didunia tapi TIDAK ada perasaan "suka" @ ada sedikit "seronok" sahaja memikirkan keperluan akhirat.

Pendek kata

Pada akal
Allah sudah mengkhabarkan SEMUA

1)  semua yang telah terjadi
2) semua yang sedang terjadi
3) semua yang akan terjadi selama lamanya samada di alam nyata, di alam ghaib, sebelum kiamat atau selepas kiamat.

Pada akal
Segala galanya sudah dikhabarkan oleh Allah sejak AZALI kepada sekalian jin dan manusia yang berakal.

Maka ta'aluk PERBUATAN PEKATA Allah pada akal itu ialah

1) Allah mengkhabarkan tentang diriNYA seperti kekuasaaNYA,  perbuatanNYA dan lain lagi, bahawasanya DIRINYA ITU TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEBARANG MAKHLUK.
(As Syura : 11)

2) Allah mengkhabarkan semua perintah dan hukumNYA keatas sekalian makhluk yang berakal.

3) Allah mengkhabarkan HAL SEKALIAN MAKHLUKNYA yang SUDAH terjadi seperti kejadian Nabi Adam dan penyaksian manusia ketika di "alam ROH".
(As Sajdah : 9)

4) Allah mengkhabarkan serta memperlihatkan segala yang akan terjadi seperti PENDERITAAN manusia yang sedang diazab di dalam NERAKA. Azab itu telah diperlihatkan dengan NYATA semasa peristiwa israk & mikraj dan dikhabarkan Allah kpd kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. ( Al Israk : 1)

Persoalan seterusnya ialah

Apakah contoh contoh perbuatan manusia yg mencampuri urusan atau pekerjaan Allah?


Kita sebutkan 3 contoh iaitu

1)
Manusia cuba memikirkan dan mempersoalkan "bagaimana Allah mengkhabarkan hal syurga neraka sejak azali  sedangkan syurga neraka belum ada,  jin dan manusia belum ada, alam semesta belum ada, malaikat belum ada?

Bagaimana tu?
Macam mana tu?
Macam mana nak yakin ni?

Jawabannya begini


Sama seperti persoalan pada Soalan 48-50,
Semua itu adalah pekerjaan Allah. Semua itu ada kekuasaan Allah. Semua itu adalah kehendak Allah. Semua itu adalah urusan Allah.

Allah kata JANGAN FIKIR JANGAN PERSOALKAN. Akal kita tak mampu memikirkannya.

FIKIRLAH PERBUATAN SENDIRI
FIKIRLAH SEMUA YANG ALLAH SURUH FIKIR YANG ADA DALAM AL QURAN

Ayat ayat Allah itu WALAUPUN DITEGAH FIKIR BERDASARKAN ZAHIR AYAT tetapi BOLEH DIFAHAMI dengan memikirkan DALIL AKALNYA

Dalil akal itulah yang akan menghampirkan kepada makna sebenar ayat. ingat ya, sekadar MENGHAMPIRKAN sahaja, BUKANNYA MAKNA SEBENAR.

2 Contoh lain ialah
perbuatan atau disebut juga sebagai  perkara yang berlaku atas QUDRAT & IRADAT ALLAH SEMATA MATA. Tidak ada sama sekali bercampur dengan usaha dan ikhtiar manusia disintu.

2 contoh  ini adalah perkara yang DITEGAH FIKIR BERDASARKAN ZAHIR AYAT  tetapi boleh difahami iaitu seperti pada ayat berikut,

{ ثم سواه ونفخ فيه من روحه

Ertinya :
Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan MENIUPKAN ke dalamnya ROH.
(As-Sajadah: 9)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Ertinya :
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu MENGELUARKAN zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan KAMU?" MEREKA semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya KAMU tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya KAMI adalah lalai tentang ini"

(al-A'raaf : 172)

Saya yakin, ada antara kita yg tertanya tanya,
kenapa ditegah fikir fikir
Jika ditegah fikir,
bagaimana cara untuk memahami  ayat ayat seperti itu?

Pencerahannya begini

Perkataan DITEGAH FIKIR disini bermakna DITEGAH FIKIR MENGIKUT ZAHIR AYAT. Ayat ayat itu termasuk ayat ayat HAKIKI bukannya ayat ayat MAJASI.

Jika ayat ayat hakiki difikirkan sama seperti ayat ayat majasi,maka ROSAKLAH MAKNA AYAT. Kaedah itu adalah kaedah WAHHABI, Jabariah dan lain lain  ajaran yang menyeleweng.

Oleh kerana perkara ini berkait dengan hukum syarak, kita akn bincang LEBIH LANJUT pada Bab 9. Fokus kita adalah HUKUM AKAL. Hukum syarak sekadar kita sentuh sedikit sahaja.


JIKA DIFIKIRKAN BERDASARKAN ZAHIR AYAT

1) Ayat 9 surah as-Sajadah

Jika difikir berdasarkan ZAHIR AYAT maka

1) Zat Allah itu seperti zat makhluk. Ada sesuatu yang keluar dari zat Allah iaitu ROH.

2) Allah seolah olah memiliki mulut dan lain lain untuk menghembuskan ROH.

3) Seolah olah Allah meniupkan ROH itu MENGAMBIL.MASA walau 1 detik.

4) Seolah olah ROH itu terbang @ melayang masuk kedalam JADAD Nabi Adam. Apabila MATI, ROH itu pula keluar dan kembali kepada ZAT ALLAH.

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah : orang berpegang kepada ZAHIR AYAT "dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"

dan banyak lagi SALAH FAHAM yang timbul akibat MEMIKIRKAN PERBUATAN ALLAH YANG DITEGAH FIKIR BERDASARKAN ZAHIR AYAT

2) Ayat 172 surah al-A'raaf

Jika difikirkan berdasarkan ZAHIR AYAT maka ayat itu membawa maksud

1) ada yg KELUAR dari tubuh Nabi Adam yang dinamakan sebagai ROH.

2) Oleh kerana manusia itu belum lahir, maka kebanyakan pentafsir mentafsirkan perkataan "zuriat anak adam @ bani adam " itu sebagai ROH, sedangkan itu adalah PEKERJAAN ALLAH @ KEKUASAAN ALLAH yang tidak boleh ditafsirkan berdasarkan ZAHIR ayat.

Perbuatan mentafsirkan ayat hakiki @ ayat ayat mutasyabihat berdasarkan ZAHIR AYAT sebenar benarnya  adalah perbuatan yg mencampuri perbuatan @ urusan Allah

Segala yg baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa' : 9

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Khamis, 21 Januari 2016

Bab 8 Soalan 50: a) Cerahkan makna Perbuatan PELIHAT @ SAMI' manusia pada adat. b) Dari makna Perbuatan pelihat manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PELIHAT Allah pada akal @ ta'aluk PELIHAT Allah pada akal. Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran

Jawapan
Soalan 50


Allah SANGAT MURKA kepada orag yang suka mencampuri pekerjaan Allah

Dari pencerahan soalan 45-49

a) Cerahkan makna
Perbuatan PELIHAT @ SAMI' manusia pada adat.


b) Dari makna
Perbuatan pelihat manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PELIHAT Allah pada akal @ ta'aluk PELIHAT Allah pada akal.

Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia  yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran

Jawapan


Soalan 50 ini banyak persamaan dengan Soalan 49. Sebahagian dari ayat yang dijadikan sebagsi sandaran adalah ayat yang sama. Contohnya ayat ke 179 surah al-A'raaf.

. وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Ertinya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai MATA (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MELIHAT (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

al-a'raaf : 179

Itulah bukti bahawa Allah telah menganugerahkan MATA sebagai alat untuk melihat kpd manusia. Tanpa mata, manusia tidak boleh melihat. Tanpa mata TIDAK ada perbuatan pelihat @ kelakuan pelihat.

Pada adat
Makna perbuatan pelihat manusia itu ialah dapat melihat dan membezakan bermacam macam rupa bentuk dan warna yang sampai ke mata yakni yang dilihat dengan mata.

Maka
ta'aluk perbuatan pelihat manusia pada adat itu ialah dapat melihat rupa bentuk diri sendiri dan rupa bentuk makhluk lain yang diingini oleh nafsu. Dalam perkataan lain, dapat melihat semua rupa bentuk dan warna , berpilih pilih mengikut yang diingini oleh nafsu dan setakat yang sampai ke mata sendiri sahaja.

Kita tahu setiap yang sabit pada setiap makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah melihat dengan alat seperti mata. Mustahil perbuatan pelihat Allah itu berpilih pilih mengikut nafsu. Mata dan nafsu itu adalah makhluk.

Maka pada akal
makna perbuatan @ kelakuan pelihat Allah itu ialah

1) melihat semua RUPA BENTUK & BUKAN RUPA BENTUK tanpa alat, tanpa mata, tanpa ada peringkat masa, tanpa ada yang terdahulu @ tanpa ada yang terkemudian.

2) melihat semua WARNA & BUKAN WARNA tanpa alat seperti mata, tanpa ada peringkat masa, tanpa ada yang terdahulu & tanpa ada yang terkemudian.

Justeru
ta'aluk perbuatan pelihat Allah pada akal itu ialah Allah melihat rupa dan bukan rupa, warna & bukan warna, sejak azali  hingga sekarang dan selama lamanya.

Maka pada akal dan pada hakikat,
sebelum ada sebarang makhluk, sebelum ada malaikat, sebelum ada syurga neraka, sebelum ada alam semesta, Allah sudah melihat rupa bentuk kita semua sejak sebelum dilahirkan, Allah sudah melihat semua rupa bentuk dan warna kita hari ini, Allah sudah melihat semua rupa bentuk kita pada masa yang akan datang.

Saya ulang semula

Pada akal & pada hakikat

Sebelum ada sebarang makhluk.
Sebelum ada syurga neraka
Sebelum ada jin & manusia
Sebelum ada apa apa

Allah sudah melihat SEMUA RUPA BENTUK & WARNA MANUSIA DIDALAM NERAKA & DIDALAM SYURGA.

Segala galanya sudah dilihat oleh Allah SEJAK AZALI. Semuanya SEKALI LIHAT. BUKANNYA ALLAH MELIHAT BERPERINGKAT PERINGKAT. @ BUKANNYA ALLAH MELIHAT BERKALI kali.

Perbuatan melihat yang berperingkat peringkat itu @ perbuatan melihat yang berkali kali adalah perbuatan MAKHLUK. Dalam perkataan lain, tidak ada SIFAT & BUKAN SIFAT yang Allah TIDAK LIHAT melainkan segala gslanya SUDAH DILIHAT OLEH ALLAH DENGAN SEKALI LIHAT.

Persoalan seterusnya ialah, apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah?


Contohnya ialah

Manusia mempersoalkan & cuba memikirkan "Bagaimana Allah MELIHAT & mendengar suara JERITAN & RAUNGAN manusia yang SEDANG diazab didalam neraka sedangkan BELUM ADA SEBARANG MAKHLUK,
BELUM ADA API NERAKA, BELUM ADA MANUSIA, BELUM ADA NERAKA?"

Semua itu adalah PEKERJAAN ALLAH
Semua itu sdalah URUSAN ALLAH
Semua itu adalah KEKUASAAN ALLAH

Allah TEGAH FIKIR PEKERJAANNYA
Allah TEGAH MEMPERSOALKAN URUSAN ALLAH

Pekerjaan Allah itu
@ Kekuasaan Allah itu "laisakamislihisyaiun"
Pelihat Allah itu "laisakamitslihisyaiun"

Akal manusia hanya mampu memikirkan pekerjaan makhluk
Akal manusia hanya mampu memikirkan pelihat makhluk
Akal manusia hanya mampu memikirkan kekuasaan makhluk.

Justeru JANGANLAH KITA FIKIRKAN PEKERJAAN ALLAH
JANGANLAH KITA FIKIR KEKUASAAN ALLAH

BERIMAN SAHAJALAH
PERCAYA SAHAJALAH
ITU YANG ALLAH PERINTAHKAN

FIKIRLAH PERBUATAN SENDIRI
ITU YANG DIPERINTAHKAN

FIKIRLAH SEMUA YANG ALLAH SURUH DIDALAM AL QURAN
ITU YANG DIPERINTAHKAN

Kita lihat buktinya dari dalam al Quran

. لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Ertinya :
Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan perbuatan mereka (manusia) itulah yang akan ditanyai (dipersoalkan).

al-Anbia : 3

Walau bagaimanapun saya berikan 1 contoh untuk kita fikirkan bersama sama. Mudah mudahanan contoh ini dapat menghampirkan kefahaman kpd makna sebenar perbuatan Allah @ pekerjaan Allah yang MUSTAHIL mampu difikirkan oleh akal.

Contohnya spt ini

Cuba kita pilih 1 benda ciptaan manusia PADA ADAT yang paling canggih didunia. Katalah KOMPUTER.

Komputer paling canggih ini bukan sahaja berfungsi sebagai komputer tetapi sbg juga berfungsi sebagai

1) telefon
2) tv
3) kenderaan
4) penyiasat dan 1001 fungsi yg lain

Walau bagaimana canggih sekalipun komputer itu,

1) Pada adat
MUSTAHIL komputer itu MAMPU BERFIKIR SAMA SEPERTI MANUSIA.

2) Pada adat
MUSTAHIL komputer itu mampu memikirkan penciptanya iaitu manusia.

3) Pada adat
MUSTAHIL komputer itu mampu memikirkan perbuatan penciptanya.

4) Pada adat
MUSTAHIL komputer itu mampu memikirkan perancagan penciptanya keatas dirinya dan 1001 perkara lain yang MUSTAHIL pada komputer itu PADA ADAT.

Maka itulah BUKTINYA bahawasanya manusia itu

1) Pada akal
MUSTAHIL mampu memikirkan PENCIPTANYA iaitu Allah.

2) Pada akal
MUSTAHIL mampu memikirkan perbuatan @ pekerjaan Allah.

3) Pada akal
MUSTAHIL mampu memikirkan perancangan Allah.

Justeru sekali lagi dinasihatkan, JANGANLAH ada antara kita yang berusaha memikirkan sebarang pekerjaan Allah. Itu semua adalah SIA SIA. Perbuatan itu MEMBUANG AKAL NAMANYA.

Allah TAK SURUH MALAH ALLAH MENEGAH FIKIR. Fikirlah pekerjaan sendiri yang difardukan oleh Allah di dalam al Quran. Itulah yang akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan pd hari kiamat.

Contoh seterusnya perbuatan manusia mencampuri urusan Allah ialah seperti berikut. Kita lihat  ayat Allah ini.


85. ثُمَّ أَنْتُمْ هَؤُلاءِ تَقْتُلُونَ أَنْفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالإثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَى تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Ertinya :

.........."Apakah kamu hanya percaya kepada sebahagian daripada kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dalam kalangan kamu melainkan baginya kehinaan hidup di dunia dan pada hari kiamat akan dimasukkan mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu lakukan.

al Baqarah  : 185

Melalui ayat itu Allah perintahkan kita supaya praktikkan Islam itu KESELURUHANNYA. BUKANNYA separuh separuh. Bukannya ikut mana mana yang sesuai dengan kita. Bukannya amalkan mana mana yang kita suka.

Tetapi Allah PERINTAHKAN JALANKAN SEKURANG KURANGNYA SEMUA YANG WAJIB. Akan tetapi ada manusia yang berani MENYANGGAH & MEMBANTAH perintah Allah itu. Mereka ENGGAN malah membantah perintah itu. Antara perkataan manusia yang dimaksudkan ialah

1) Sebagai Islam, memadailah sembahyang dan puasa. Perkara wajib yang lain tu TAK BUAT TAKPA. Jika masuk neraka pun, semestara sahaja, akhirnya nanti kita akan masuk syurga juga.

2) Undang undang Islam tak sesuai diamalkan dinegara ini sebab masyarakat majmuk.

3) Tak perlu tutup aurat seperti rambut sepenuhnya. Lainlah dipadang pasir. Disana panas dan berdebu.

Dan 1001 lagi contoh perbuatan yang MERPERSOALKAN URUSAN ALLAH @ PEKERJAAN ALLAH @ PERINTAH ALLAH

Pada syarak, bukan pada akal ya, semua perbuatan itu adalah BERDOSA BESAR dan boleh MEMBINASAKAN AKIDAH.

Saya ulang semula
Sebenar benarnya
Pada syarak perbuatan mempersoalkan perbuatan Allah adalah PERBUATAN YG MENCAMPURI URUSAN ALLAH

Allah perintahkan kita supaya TAAT
Allah suruh kita TAAT
Allah TAK SURUH kita persoalkan
Allah TEGAH kita mempersoalkan

Kita lihat perintah Allah


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ

Ertinya:
Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya)
al-Anfal : 20

Maka kita
Taat sahajalah
Buat sahajalah
Tunaikan sahajalah

Kita ikhlaskanlah hati beribadah kepada Allah tanpa sebarang prasangka buruk kepada Allah

YAKINLAH bahawasanya, pada akal & pada syarak, Allah MUSTAHIL MENGANIAYA HAMBA-NYA

Pada syarak
Allah Maha Adil
Allah PASTI MENYEDIAKAN GANJARAN SYURGA kepada hamba-NYA yang bersangka BAIK kepada Allah yakni BERTAWAKKAL & MEMILIH UNTUK MELAKUKAN AMAL SOLEH

Sebaliknya
Pada syarak
Allah sudah menyediakan NERAKA untuk semua hamba-NYA yang memilih untuk DERHAKA & memilih untuk MEMPERSOALKAN PERINTAH ALLAH

Semua yang baik baik itu anugerah Allah. Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
An Nisa' : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Selasa, 19 Januari 2016

Bab 8 Soalan 49 : a) Cerahkan makna Perbuatan PENDENGAR @ SAMI' manusia pada adat. b) Dari makna Perbuatan pendengar manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PENDENGAR Allah pada akal @ ta'aluk PENDENGAR Allah pada akal. Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran

Jawapan
Soalan 49


Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah

Dari pencerahan soalan 45-48

a) Cerahkan makna
Perbuatan PENDENGAR @ SAMI' manusia pada adat.


b) Dari makna
Perbuatan pendengar manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PENDENGAR Allah pada akal @ ta'aluk PENDENGAR Allah pada akal.

Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia  yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran

Jawapan


Sebelum kita bincang persoalan itu, elok kita lihat dahulu ayat ini

179. وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Ertinya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai TELINGA (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

al-a'raaf : 179

Itulah bukti bahawa Allah telah menganugerahkan TELINGA sebagai alat untuk mendengar suara kpd manusia. Tanpa telinga, manusia tidak boleh mendengar. Tanpa telinga TIDAK ada perbuatan pendengar @ kelakuan pendengar.

Pada adat
Makna perbuatan pendengar manusia itu ialah dapat mendengar dan membezakan bermacam macam suara yang sampai ke telinga yakni yang didengar dengan telinga.

Maka
ta'aluk perbuatan pendengar manusia pada adat itu ialah dapat mendengar hal diri sendiri dan hal orang lain yang diingini oleh nafsu. Dalam perkataan lain, dapat mendengar segenap hal @ segenap suara, berpilih pilih mengikut yang diingini oleh nafsu dan setakat yang sampai ke telinga sendiri sahaja.

Kita tahu setiap yang sabit pada setiap makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah mendengar dengan alat seperti telinga. Mustahil perbuatan pendengar Allah itu berpilih pilih mengikut nafsu. Telinga dan nafsu itu adalah makhluk.

Maka pada akal
makna perbuatan @ kelakuan pendengar Allah itu ialah mendengar segenap hal sekalian makhluk tanpa alat, tanpa telinga, tanpa ada peringkat masa, tanpa ada yang terdahulu @ tanpa ada yang terkemudian.

Justeru
ta'aluk perbuatan pendengar Allah pada akal itu ialah Allah mendengar suara dan bukan suara sekalian makhluk-NYA sejak azali  hingga sekarang dan selama lamanya.

Maka pada akal dan pada hakikat
sebelum ada sebarang makhluk, sebelum ada malaikat, sebelum ada syurga neraka, sebelum ada alam semesta, Allah sudah mendengar suara kita sejak sebelum dilahirkan, Allah sudah mendengar semua suara kita hari ini, Allah sudah mendengar semua suara kita pada masa yang akan datang.

Saya ulang semula

pada akal & pada hakikat
Sebelum ada sebarang makhluk.
Sebelum ada syurga neraka
Sebelum ada jin & manusia
Sebelum ada apa apa.

Allah sudah mendengar SEMUA SUARA MANUSIA DIDALAM NERAKA & SUARA MANUSIA DIDALAM SYURGA.

Segala galanya sudah didengar oleh Allah SEJAK AZALI. Semuanya SEKALI DENGAR. BUKANNYA ALLAH MENDENGAR BERPERINGKAT PERINGKAT.

Mendengar yang berperingkat peringkat itu adalah MAKHLUK. Tidak ada suara dan bukan suara yang Allah TIDAK DENGAR melainkan segala galanya SUDAH DIDENGAR OLEH ALLAH DENGAN SEKALI DENGAR.

Persoalan seterusnya ialah, apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah?


Contohnya ialah

Manusia mempersoalkan & cuba memikirkan "Bagaimana Allah mendengar suara JERITAN & RAUNGAN manusia yang diazab didalam neraka sedangkan BELUM ADA SEBARANG MAKHLUK, BELUM ADA MANUSIA, BELUM ADA NERAKA?"

Semua itu adalah PEKERJAAN ALLAH
Semua itu sdalah URUSAN ALLAH
Semua itu adalah KEKUASAAN ALLAH

Allah TEGAH FIKIR PEKERJAANNYA
Allah TEGAH MEMPERSOALKAN URUSAN ALLAH

Pekerjaan Allah itu
@ Kekuasaan Allah itu "laisakamislihisyaiun"
Pendengar Allah itu "laisakamitslihisyaiun"

Akal manusia hanya mampu memikirkan pekerjaan makhluk
Akal manusia hanya mampu memikirkan pendengar makhluk
Akal manusia hanya mampu memikirkan kekuasaan makhluk.

Justeru JANGANLAH KITA FIKIRKAN PEKERJAAN ALLAH
JANGANLAH KITA FIKIR KEKUASAAN ALLAH

BERIMAN SAHAJALAH
PERCAYA SAHAJALAH
ITU YANG ALLAH PERINTAHKAN

FIKIRLAH PERBUATAN SENDIRI
ITU YANG DIPERINTAHKAN

FIKIRLAH SEMUA YANG ALLAH SURUH DIDALAM AL QURAN
ITU YANG DIPERINTAHKAN

Kita lihat buktinya dari dalam al Quran

. لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Ertinya :
Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan perbuatan mereka (manusia) itulah yang akan ditanyai (dipersoalkan).

al-Anbia : 3

Contoh ke-2 perbuatan manusia mencampuri urusan Allah ialah

Manusia mempersoalkan, kenapa Allah suruh solat sedangkan Allah kuasa memasukkan semua manusia kedalam syurga

Kenapa Allah jadikan neraka, sedangkan Allah kuasa memasukkan semua manusia kedalam syurga

Kenapa Allah berikan kuasa menjatuhkan talak kepada lelaki @ suami? Kenapa TIDAK kepada perempuan?

Kenapa Allah membenarkan lelaki berkahwin 4, perempuan TAK BOLEH?

Dan 1001 lagi contoh perbuatan yang MERPERSOALKAN URUSAN ALLAH @ PEKERJAAN ALLAH @ PERINTAH ALLAH

Pada syarak, bukan pada akal ya, semua perbuatan itu adalah BERDOSA BESAR. Akal manusia tidak mampu memikirkannya.

Saya ulang semula
Sebenar benarnya
Pada syarak perbuatan mempersoalkan perbuatan Allah adalah PERBUATAN YG MENCAMPURI URUSAN ALLAH

Allah perintahkan kita supaya TAAT
Allah suruh kita TAAT
Allah TAK SURUH kita persoalkan
Allah TEGAH kita mempersoalkan

Kita lihat perintah Allah


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ

Ertinya:
Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya)
al-Anfal : 20

Maka kita
Taat sahajalah
Buat sahajalah
Tunaikan sahajalah

Kita ikhlaskanlah hati beribadah kepada Allah tanpa sebarang prasangka buruk kepada Allah

YAKINLAH bahawasanya, pada akal & pada syarak, Allah MUSTAHIL MENGANIAYA HAMBA-NYA

Pada syarak
Allah Maha Adil
Allah PASTI MENYEDIAKAN GANJARAN SYURGA kepada hamba-NYA yang bersangka BAIK kpd Allah yakni BERTAWAKKAL & MEMILIH UNTUK MELAKUKAN AMAL SOLEH

Sebaliknya
Pada syarak
Allah sudah menyediakan NERAKA untuk semua hamba-NYA yang memilih untuk DERHAKA & memilih untuk MEMPERSOALKAN PERINTAH ALLAH

Semua yang baik baik itu anugerah Allah. Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
An Nisa' : 79

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Hukum Akal Dan Hukum Adat Dalam Kehidupan Seharian

Hukum Akal Dan Hukum Adat Dalam Kehidupan Seharian

Sebelum terjun ke fokus utama isu yang ingin diketengahkan eloklah memahami dahulu apakah itu hukum adat dan hukum akal.

Berikut adalah diambil dari kitab Aqidatun Najin, karya Syeikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fathoni dan kitab Risalah at-Tauhid, karya Abdul Ghani Yahya dan Umar Yusuf. InsyaAllah, semoga mendapat manfaatnya.


Hukum Akal.

Takrif hukum akal ialah menetapkan sesuatu atau menafikan sesuatu tanpa berkehendak untuk perlu dicuba.
Hukum akal terbahagi pada tiga iaitu :

Pertama  : Disebut wajib 'aqli, iaitu perkara yang tiada diterima akal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada. Contohnya bapa lebih tua daripada anak.
Dan wajib 'aqli terbahagi dua:

1 - Wajib 'Aqli Dharuri (senang mudah) iatiu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan (penerangan lebih lanjut) dan mendirikan kenyataan-kenyataan seperti menghukumkan bapa itu lebih tua daripada anak.

2 - Wajib 'Aqli Nazhari iaitu sesuatu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan (penerangan lebih lanjut) serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya seperti menghukumkan wajib wujud Tuhan yang menjadikan alam ini, maka tidak senang menghukumkan wajib wujud Tuhan itu melainkan diadakan bahasan dengan mendirikan dalil.
Kedua  : Disebut mustahil 'aqli, iaitu perkara yang tiada menerima aqal akan adanya, hakikatnya mesti tiada. Contohnya anak lebih tua daripada bapa.

Dan mustahil 'aqli itu terbahagi kepada dua :
1 - Mustahil 'Aqli Dharuri iatiu menghukumkan sesuatu itu tetap tiadanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan (penerangan lebih lanjut) dan mendirikan kenyataan-kenyataan seperti menghukumkan anak lebih tua daripada bapa.

2 - Mustahil 'Aqli Nazhari iaitu sesuatu menghukumkan suatu itu tetap tiadanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan (penerangan lebih lanjut) serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang sekutu bagi Allah Ta'ala, maka tidak senang 'aqal menghukumkan mustahil ada syarik (sekutu) bagi Allah Ta'ala itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendirikan dalil.
Ketiga : Disebut harus 'aqli, iaitu perkara yang diterima aqal akan adanya dan tiadanya dengan jalan berganti-ganti, maka hakikatnya boleh menerima ada atau tiada seperti keadaan pinggan itu ada kalanya boleh ia bergerak atau diam.

Dan harus 'Aqli itu terbahagi kepada dua :

1 - Harus 'Aqli Dharuri iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada secara jalan berganti-ganti dengan tidak berkehendakkan bahasan (penerangan lebih lanjut) dan mendirikan dalil seperti menghukumkan keadaan pinggan itu ada kalanya ia bergerak atau diam.
2 - Harus 'Aqli Nazhari iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dijadikan dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti memberi Tuhan orang Islam yang tiada beramal itu pahala, maka tidak dengan senang 'aqal menghukumkan hal itu harus melainkan dengan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Tuhan memperlakukan seperti itu.

Cara Mudah Untuk Membezakan Wajib Pada Akal Dan Mustahil Pada Akal.
Memandangkan ada sahabat yang masih sukar untuk membezakan kedua-dua ini, marilah saya kongsikan cara mudah untuk membezakannya.

Contohnya satu ditambah dengan satu maka dapatlah jawapanya dua (1 + 1 = 2). Maka inilah dipanggil wajib 'aqal, kerana ia sudah menetapkan satu ditambah satu menjadi dua. Berbalik pada makna di atas, iaitu wajib akal itu menerima adanya. Jadi menerima adanya 1 + 1 = 2 itu wajib pada akal. Jika mustahil pada akal itu adalah menerima tiadanya. Maka menerima tiadanya 1 + 1 = 3 adalah mustahil pada akal. Kerana wajibnya sudah menetapkan adanya, maka mustahil menetapkan yang tiadanya. Harap dapat memahamkannya.

Hukum Adat

Dan hukum adat itu iaitu mengisbatkan suatu pekerjaan bagi suatu pekerjaan atau menafikan dia daripadanya dengan wasitah dicuba-cubakan dia dengan berulang-ulang dan ia terbahagi kepada empat :

Pertama  : Ditambat wujud dengan wujud seperti ditambatkan wujud kenyang kerana wujud makan.

Kedua  : Ditambat 'adam (tiada wujud) dengan 'adam seperti ditambatkan tiada kenyang kerana tiada makan.

Ketiga : Ditambat wujud dengan 'adam seperti ada sejuk kerana tiada selimut.

Keempat  : Ditambat 'adam dengan wujud seperti ditambatkan tiada hangus sebab wujud air.
Beza Hukum Akal Dan Hukum Adat.
Persamaan kedua-duanya adalah ia adalah sesuatu yang diketahui umum serta asas kefahaman orang ramai dan perbezaan kedua-duanya adalah ia dicontohkan dengan pada awal kajian. Dari segi hukum akal ia seperti berandaian di awal kajian contohnya anggapan mungkin sahaja negara Malaysia akan mencapai negara maju pada tahun 2020 dan mungkin sahaja tidak, manakala hukum adat andaiannya pada awal kajian seperti sudah tepat pada ramalannya kerana mungkin dinilai dari kebiasaan, contohnya mendung akan membawa pada hujan.

Jika hukum akal menetapkan negara Malaysia akan mencapai negara maju pada tahun 2020, maka wajib akal menerima adanya negara Malaysia akan maju pada tahun 2020 dan mustahil akal untuk menerima adanya dengan menerima adanya seperti negara Malaysia tidak akan mencapai maju pada tahun 2020.

Namun, jika mahu mengatakan sesuatu itu berdasarkan hukum adat, maka perlulah ditambatkan empat perkara itu seperti yang disebutkan di atas kerana ia perkara telah dicuba dan ia sentiasa berlaku dalam kebiasaan. Maka, seharusnya untuk berkata sesuatu itu dengan hukum adat haruslah dirujuk pada empat perkara itu, contohnya pinggan itu pecah kerana jatuh daripada meja (di sini wujudnya tambat dengan wujud dengan wujud iaitu adanya pecah kerana adanya jatuh). Dan jika mahu mengatakan mengetahui bahawa sesuatu itu dikatakan berdasarkan hukum akal, ia tidak ditambatkan pada empat perkara di atas (namun, hal ini perlu diteliti kerana kebanyakannya akan bertemu dengan perkataan atau statement yang berdasarkan hukum adat. Wallahua'lam).

Harus Pada Akal Dan Mustahil Pada Adat.
Tentang hal yang mencarik adat seperti mukjizat, karamah dan istidraj itu semua adalah harus bagi akal ia berlaku tetapi mustahil bagi adat. Dikatakan mustahil bagi adat kerana misalannya Nabi Isa AS menghidupkan orang yang telah meninggal dunia, maka ia tidak dapat ditambatkan empat perkara yang di atas. Bahkan ia menyalahi kebiasaan orang, maka sebab itulah dihukumkan mustahil bagi adat. Wallahua'lam.

Hukum Akal dan Hukum Adat Dalam Kehidupan Seharian
Pernah tak kalian dituduh syirik kerana mengatakan (misalannya), "saya kenyang sebab makan burger tadi", "api ini membakar rumah" atau "pinggan ini pecah kerana jatuh dari meja" kerana alasannya "kenyang perut bukan sebab kenyang, "terbakar rumah bukan sebab api" atau "pecah pinggan bukan sebab jatuh", tetapi semuanya adalah Allah yang memberi kenyang, membakar rumah dan memecahkan pinggan.
Sejauh mana benarnya perkataan itu? Sebenarnya perkataan itu benar, namun itu perkataan yang tidak keberatan saya katakan tidak memahami konsep sebab musabab dan pembahagian hukum akal dan hukum adat yang disusun oleh ulama' usuluddin pada awal2 perbahasan. Jawapan atau sebuah statement terburu-buru dan cepat melatah.
Mahu atau tidak mengatakan najis yang ada di tanah itu sebenarnya daripada Allah jua? Tentu tidak! Akhirnya kita jua akan isbatkan najis itu daripada kucing (misalannya). Demi mengelakkan bibit orang yang mengatakan kebiadapan terhadap Allah kerana menisbatkan sesuatu yang buruk dan kotor untuk-Nya, maka di sinilah peranan sebab musabab.
Berbalik kepada penghukuman syirik kepada mereka yang mengatakan api itu membakar, burger itu mengenyangkan dan pecah pinggan kerana jatuh, lemparan ini sangatlah berat walaupun benar. Namun, tidak adil untuk mengatakan kepada orang sebegitu kerana menghukumkan orang syirik sudah semestinya mengatakan orang lain kufur kerana salah i'tiqad atas sebab api itu membakar. Ini sangatlah keras dan berat yang bakal menghukumkan sesuatu yang bukan haknya. Sepatutnya perhatikan dengan cermat untuk membuat penilaian dari segi hukum apakah ia mengatakan sebegitu, barulah tidak sewenang-wenangnya mengatakan orang lain adalah syirik.

Inilah hikmahnya diwujudkan hukum akal dan hukum adat supaya faham bagaimana untuk disesuaikan dan diseimbangkan menurut keadaan dan situasi. Harga minyak naik kerana ketetapan Allah itu adalah benar, namun ia boleh menjadi kesalahan kerana bukan sahaja membawa kepada faham Jabbariyyah, tetapi akan jua menimbulkan ketidakstabilan dalam hidup beragama. Contoh yang bakal merosakkan adalah zina yang berleluasa dalam kalangan masyarakat adalah kerana ketetapan Allah atau peperangan yang meletus di setiap penjuru dunia adalah kerana ketetapan Allah? Mampukah kalian menerima sebegitu?
Maka, hayatilah sebenar-benarnya hukum adat dan hukum akal ini dalam kehidupan seharian!

Isnin, 18 Januari 2016

Bab 8 Soalan 48 : a) Cerahkan makna Perbuatan PEHIDUP @ HAYAT manusia pada adat. b) Dari makna Perbuatan pehidup manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEHIDUP Allah pada akal. Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran

Soalan 48


Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah

Dari pencerahan soalan 45, 46 & 47

a) Cerahkan makna
Perbuatan PEHIDUP @ HAYAT manusia pada adat.


b) Dari makna
Perbuatan pehidup manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEHIDUP Allah pada akal.

Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia  yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran


Jawapan
Soalan 48


Sebelum kita bincang jawaban soalan 48, elok kita lihat dahulu takrif hidup dan takrif mati pada adat.

Takrif mati

Takrif mati ialah "terhentinya secara total @ secara keseluruhan aktiviti sel pada tubuh @ pada jasad @ pada diri"

Yakni 100% sel sudah TIDAK berfungsi. Bukan 99.99% tetapi 100% SUDAH BERHENTI BERFUNGSI.

Itulah takrif MATI PADA ADAT

Takrif hidup

Takrif hidup pada adat pula ialah "ada kelakuan hidup @ ada sel yg masih berfungsi"

Dari sudut akidah pula

Makna mati
ialah "tidak mampu memelihara diri daripada sebarang perkara yang memudaratkan dan tidak mampu melakukan sebarang perkara yang memberi manafaat kepada diri sendiri"

Manakala makna hidup pula
ialah "dapat memperbuat @ melakukan sesuatu yang bermanafaat dan dapat mengelakkan diri dari perkara perkara yang memudaratkan diri sendiri"

Kembali kepada persoalan asal, pada akal, Allah telah menganugerahkan NYAWA @ ROH sebagai alat untuk hidup. Tanpa roh itu, manusia tidak boleh hidup. Maknusia tidak ada kelakuan orang yang hidup.


Maka pada adat

a) Makna perbuatan pehidup manusia dengan roh ialah dapat memperbuat @ melakukan 2 perkara iaitu :

1) dapat melakukan perkara yang bermanafaat pada pada adat.

 Contohnya ialah makan, minum, bekerja, belajar dan lain lain.

2) dapat mengelakkan diri dari sesuatu perkara yang memudaratkan pada adat.

Contohnya ialah mengelakkan diri dari jatuh ke dalam sungai, melarikan diri dari dikejar harimau, menjauhkan diri dari orang yang suka mencuri dan sebagainya.

Itulah makna pehidup dengan roh atau nyawa dan sedikit contoh perkara yang bermanafaat dan memudaratkan pada adat.

Kita tahu, bahawasanya setiap yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka pada akal, mustahil pehidup Allah itu dgn alat seperti SEL tumbuh2an dan ROH @ NYAWA.

Maka pada akal
makna perbuatan pehidup Allah itu @ makna perbuatan HAYAT Allah itu, Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam tanpa alat dan tanpa bantuan sesiapa seperti yang sabit pada sekalian jin dan manusia.

Mustahil Allah menjadikan malaikat untuk membantu Allah mentadbir sekalian alam.

Mustahil Allah menjadikan malaikat Zabaniah untuk membantu Allah menjaga neraka.

Mustahil Allah menyuruh malaikat menulis semua perbuatan manusia di dalam kitab untuk mengelakkan Allah dari terlepas pandang dari semua dosa dosa manusia.

Mustahil Allah melantik para Nabi dan Rosul untuk menolong Allah menyampaikan perintah Allah.


Persoalan seterusnya ialah

Apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri perbuatan Allah?

Contohnya ialah

1) golongan yang mengaku Allah dan
2) golongan yang mengaku Nabi

Siapa yang mengaku Allah?
Siapa yang mengaku Nabi?

Jawabannya begini

. فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ

(Firaun) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi".

Surah An-Nazi'at 18~24


Fira'un sendiri TIDAK mengaku Allah. Firaun hanya mengaku TUHAN. Tetapi ada orang yang lebih jahat daripada Firaun dengan pengakuan menjadi Allah. Golongan itu ialah mereka yang menjadikan Kitab Hj Ahmad Laksamana sebagai panduan beragama. Kitab itu sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Matlamat penulisan kitab itu adalah untuk mengajar manusia MENJADI ALLAH @ MENGAKU ALLAH. Mereka menafikan kewujudan alam semesta dan mengiktikadkan sekalian yang wujud ini adalah ALLAH.

Mereka kata najis itu adalah Allah. Meteka kata pokok itu adalah Allah. Mereka kata binatang itu adalah Allah. Mereka kata  diri mereka adalah Allah. Merela kata segala galanya adalah Allah.

 Mereka berpegang kpd ayat "LA MAUJUDUN ILLALLAH" yakni "TIDAK ADA YANG MAUJUD @ WUJUD MELAINKAN ALLAH"

Menafikan wujud alam ini adalah MENAFIKAN HAK MAKHLUK. Menafikan hak makhluk adalah BERDOSA BESAR. Lihat semula pencerahan TUJUAN kita MEMPELAJARI HUKUM ADAT iaitu supaya kita TIDAK MENAFIKAN HAK MAKHLUK.

Kepada yang ingat ingat lupa itu, eloklah semak semula pencerahan Soalan 35.

Siapa pula golongan yang mengaku Nabi?

Golongan itu ialah mereka yang mengaku Nabi Muhammad berada didalam diri manusia. Mereka itu secara TIDAK SEDAR sudah menafikan Nabi Muhammad yang sudah wafat dan dikuburkan di Madinah itu sebagai Nabi mereka. Sebaliknya tanpa sedar, mereka sudah MENGAKU menjadi NABI MUHAMMAD dan mengingkari serta membantah ayat ke-40 surah al Ahzab yang menyebut Nabi Muhammad sebagai PENUTUP PARA NABI.

(40). مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ الَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗوَكَانَ الَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

al Ahzab : 40

Itulah 2 contoh perbuatan yang mencampuri urusan Allah. Mereka menafikan ayat ayat Al Quran yang menyebut Nabi Muhammad itu Nabi akhir zaman dan perbuatan mengaku Allah @ mengaku Nabi itu MEMBINASAKAN IMAN

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an Nisa' : 79


Maa zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Khamis, 14 Januari 2016

Bab 8 Soalan 47 :Apakah contoh ilmu manusia yang mencampuri ilmu orang lain pada adat dan contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah pada akal?

Jawapan
Soalan 47


Ilmu adalah berasal dari Bahasa Arab.  Perkataan yang paling hampir maksudnya dalam Bahasa Melayu adalah "info" @ "maklumat". Dari sudut akidah pula, ilmu membawa maksud "alat" @ perkakas untuk kita menerima maklumat bagi mengenal Allah.

Pada adat
Maklumat yang kita terima datang dari 2 sumber iaitu

1) dari diri sendiri
2) dari makhluk lain

Pada adat
maklumat dari diri sendiri adalah semua yang dicapai oleh pancaindera yang lima atas diri sendiri.

Contohnya
Mata melihat tangan sendiri.
Telinga mendengar suara sendiri
 Tangan merasa kulit diri sendiri
dan 1001 yang lain

Itulah 3 contoh maklumat dari diri sendiri. Begitulah dengan alat alat yang lain

Akal kita FAHAM akan info @ maklumat yang masuk melalui 5 pancaindera itu dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Itu tentang info dari diri sendiri.
Bagaimana pula info dari makhluk lain?


Jawapannya begini,

Semua info @ maklumat itu mestilah melalui pancaindera juga. Barulah diproses dan FAHAM HATI. "Hati" yg dimaksudkan disini dalam Bahasa Arab ialah QOLBU sebagaimana yang diterangkan oleh al Quran

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ
al A'raf : 179

Ertinya :
 ... mereka mempunyai QOLBU (HATI) tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI @ BERFIKIR (YAFQOHUN) ...

Ringkasnya

Supaya manusia itu berilmu, Allah telah menganugerakan alat @ perkakas. Alat pemberian Allah pada akal itu ialah HATI @ QOLBU.  Sama seperti MAKAN DENGAN TANGAN. Kita mustahil KENYANG jika makanan tidak disuapkan kedalam mulut. Supaya kenyang, perlu ada PROSES.

Apa prosesnya?

Prosesnya ialah, tangan perlu digerakkan @ tangan mesti menyuap makanan ke dalam mulut. Selepas itu, proses kedua ialah MULUT PERLU MENGUNYAH @ MENELAN MAKANAN itu.

Itulah contoh proses untuk KENYANG.
Maka proses utk BERILMU itu adalah BERGURU. Tanpa berguru MUSTAHIL BERILMU. BERGURU KEPADA YANG AHLI.

Dalam perkataan lain, manusia itu memiliki ilmu @ berilmu dengan adanya alat iaitu HATI & PROSES BERGURU.

Proses BERGURU pula hanya berjalan @ berlaku apabila INFO @ MAKLUMAT sampai kedalam diri melalui salah satu dpd 5 pancaindera. JIKA TIDAK ADA INFO YANG SAMPAI KEPADA SALAH SATU PANCAINDERA MAKA MUSTAHIL PROSES BERGURU @ PROSES BERFIKIR ITU BERJALAN. Jika proses berfikir TIDAK BERLAKU maka mustahil ILMU BERTAMBAH.

Justeru
ta'aluk ilmu pada adat itu ialah kita dapat MENGETAHUI tentang

1) perkara yang wajib, mustahil dan harus pada diri sendiri had yang dicapai oleh pancaindera dan FAHAM HATI

2) sesuatu maklumat dari luar diri yg dicapai oleh pancaindera dan FAHAM HATI

Kita tahu sebarang yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah mengetahui dengan hati. Mustahil Allah memiliki pancaindera. Mustahil Allah mengetahui melalui proses berguru. Allah Ta'ala SEDIA TAHU. TIDAK ADA YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH ALLAH. Sejak dahulu hingga sekarang dan hingga masa yang akan datang, selama lamanya, semua yang ada dialam nyata dan alam ghaib, SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH

Dalam istilah lain, MUSTAHIL ADA SATU MAKHLUK samada makhluk wujudi @ bukan wujudi yang TIDAK DIKETAHUI OLEH ALLAH. Perkataan lain yang sering digunakan ialah, SEGALA2NYA DALAM ILMU ALLAH.

Maka dari itu
ta'aluk Ilmu Allah itu pada akal ialah MENGETAHUI

1) tentang diriNYA iaitu yang wajib, mustahil dan jaiz pada akal. TIDAK PERLU BERFIKIR2 @ tidak perlu alat. Allah sedia tahu.

Apa yg wajib pada akal, mustahil pada akal dan jaiz pada akal itu?

Yang ingat2 lupa tu, eloklah rujuk semula Soalan 41, 42 & 43. Pencerahannya ada disana.

2) Ta'aluk Ilmu Allah yang kedua ialah mengetahui tentang sekalian makhluk sejak azali dan selama lamanya TIDAK PAYAH MENGINGAT INGAT. Pengetahuan Allah keatas makhlukNYA itu TIDAK BERTAMBAH & TIDAK BERKURANG. Yang bertambah @ berkurang itu adalah makhluk.

Persoalan seterusnya ialah


Apakah contoh ilmu manusia yang mencampuri ilmu orang lain pada adat dan contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah pada akal?

Saya berikan satu contoh:

Katalah kita seorang PENGARAH & PENGURUS SYARIKAT taraf GERGASI. Kita memanggil mesyuarat pengurusan untuk membentangkan Pelan Tindakan Menggandakan Pendapatan syarikat.

Semasa mesyuarat berjalan, tiba tiba ada seorang staf yang TIDAK BERSETUJU malah dia mempertikaikan perancangan yang telah disediakan seperti didalam Pelan Tindakan yg sedang kita bentangkan.

Kita sebagai BOS, apa perasaan kita dan apa tindakan kita kepada staf tersebut?

Jawabannya sangat mudah

Kita sudah pasti MARAH & MEMECAT staf berkenaan.

Itulah buktinya bahawa Allah sangat MURKA kpd manusia yang suka mencampuri urusan orang lain.

Persoalan terakhir, apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah

Contohnya begini.

Pada akhir zaman ini telah timbul semula banyak golongan yang timbul pada zaman Nabi Musa a.s. yang suka bercakap TANPA ILMU & dengan JAHILNYA berani berkata "mereka adalah golongan yang akan mendapat keampunan Allah" padahal mereka MENOLAK HADITH. Golongan ini disebut sebagai QURANIST.

Salah satu ayt yg menyebut golongan yg sesat itu ialah ayat ke169 pd surah al A'raf

. فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَذَا الأدْنَى وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِيثَاقُ الْكِتَابِ أَنْ لا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا فِيهِ وَالدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

al A'raf : 169

Ertinya :
Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga)...."
al A'raf : 169

Bukti seterusnya ialah
ayat Allah ke-21 dalam surah al-Ahzab.

 لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو الَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ الَّهَ كَثِيرًا

al Ahzab : 21

ertinya :

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah....."

Melalui ayat tersebut
Allah perintahkan manusia supaya menjadikan Nabi Muhammad itu sebagai ikutan @ idola yakni BERPEGANG KEPADA AL QURAN & HADITH tetapi perintah Allah itu telah disanggah oleh orang yang mengaku Islam. Golongan QURANIST ini mendakwa hanya berpegang kepada al Quran tetapi tidak mahu berpegang kepada hadith. Mereka adalah golongan ANTI HADITH. Oleh sebab itulah mereka TIDAK bersembahyang jemaah dimasjid, mereka tidak menunaikan haji di Mekah dan lain lain. Pendek kata sembahyang mereka, puasa mereka, haji mereka dan lain lain amalan Fardu mereka BERBEZA DARIPADA kita, berbeza dpd ASWJ. BAGI MEREKA semua amalan fardu itu CUKUP SEKADAR NIAT.

Iman golongan anti hadith ini sebenarnya sudah BINASA. Daripada beribu ribu hadith, mereka hanya berpegang 1 hadith sahaja iaitu Khutbah Nabi yang terakhir pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah Gunung Arafah. Yang lain seperti hadith soheh Bukhori & Muslim mereka TOLAK sama sekali malah mereka sanggup menghina dan melaknat imam Bukhori dan Imam Muslim. Kitab suci mereka bukan al Quran sahaja tetapi banyak termasuklah kitab kitab tulisan orang orang Yahudi dan sarjana Barat.

Itulah satu contoh golongan yang mencampuri urusan Allah.

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an- Nisa' : 79


Maaf zahirr & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Selasa, 12 Januari 2016

Bab 8 Soalan 46:Soalannya Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah Daripada pencerahan soalan 45 a) Cerahkan makna Perbuatan PEKEHENDAK @ IRADAT manusia pada adat. Berikan contoh perbuatan pekehendak manusia yg mencampuri perbuatan orang lain pada adat. b) Dari makna Perbuatan pekehendak manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKEHENDAK Allah pada akal @ ta'aluk IRADAT Allah pada akal Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat Al Quran dan hadith


Soalan 46


Soalannya

Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah

Daripada pencerahan soalan 45

a) Cerahkan makna
Perbuatan PEKEHENDAK @ IRADAT manusia pada adat.

Berikan contoh perbuatan pekehendak manusia yang mencampuri perbuatan orang lain pada adat.

b) Dari makna
Perbuatan pekehendak manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKEHENDAK Allah pada akal @ ta'aluk IRADAT Allah pada akal

Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia  yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran dan hadith

Jawapan
Soalan 46
🌴🌴🌴🌴

Sebelum kita bincang persoalan 46, kita fikir dahulu sebahagian kecil anugerah Allah yang sangat besar kepada kita.

Allah berikan kepada manusia nikmat yang tidak terhingga untuk membolehkan manusia itu hidup berpandungan syariat. Nikmat itu berbagai bentuk. Ada yang zahir dalam bentuk organ seperti kaki, tangan, perut, mata  telinga dan lain lain lagi. Ada yang tidak zahir, hanya "amrun i'tibari" seperti nafsu, roh dan rasa seronok rasa susah dan sebagainya.

Kaki alat untuk melangkah
Tangan alat untuk memegang
Hidung alat untuk bernafas
Perut alat untuk mengkisar makanan
Mulut alat untuk bercakap
Mata alat untuk melihat.
Roh alat untuk hidup
Nafsu alat untuk berkehendak

dan 1001 nikmat nikmat yang lain. Nikmat itu sebenar benarnya adalah ALAT @ PERKAKAS yang ada fungsi @ peranannya masing masing.

Dalam bidang akidah @ usuluddin, semua alat itu dikatakan ADA KELAKUANNYA @ ADA PEKERJAANNYA yg tidak ada persamaan dengan kelakuan Allah @ pekerjaan Allah.

Contoh
Jika tidak ada kaki, maka kita tidak boleh melangkah pada adat. Dari itu, tidak adalah kelakuan KAKI. Oleh sebab itu tidak adalah kelakuan melangkah.

Jika tidak ada mata, maka kita tidak boleh melihat pada adat. Dari itu, tidak adalah kelakuan MATA, maka tidak adalah kelakuan melihat.

Kita kembali kepada tajuk persoalan semula

Pada adat
Manusia berkehendak dengan 1 alat @ perkakas iaitu NAFSU @ HAWA NAFSU yang diberikan oleh Allah pada akal. Jika TIDAK ADA nafsu pada adat, maka manusia itu TIDAK ADA kelakuan @ perbuatan PEKEHENDAK.

Dalam perkataan lain
Pada adat
Jika manusia itu TIDAK ADA NAFSU, maka manusia itu TIDAK ADA kelakuan @ perbuatan IRADAT.

Ta'aluk pekehendak @ iradat pada adat itu ialah DAPAT MENGHENDAKI @ MENGINGINI semua yang dihajati oleh nafsu.

Makna dapat menghendaki @ mengingini semua yang dihajati disini kembali kepada makna MEMPERBUAT @ MELAKUKAN SEMUA YG DIINGINI OLEH NAFSU PADA ADAT.

Oleh itu ta'aluk IRADAT pada adat @ pekehendak pada adat itu hampir sama dengan ta'aluk QUDRAT pada adat.

Yakni
dapat mengingini @
dapat mengkehendaki @
dapat memperbuat @
dapat melakukan apa sahaja yg diingini oleh NAFSU pada adat

Kita tahu bahawa, setiap yang sabit kepada makhluk maka mustahil sabit pada Allah. Oleh sebab itu, MUSTAHIL pada akal pekehendak Allah itu dengan nafsu. Yakni Allah Ta'ala berkehendak BUKAN dengan hawa nafsu. Nafsu adalah makhluk. Setiap makhluk pasti akan binasa.

Justeru, pada akal
ta'aluk pekehendak Allah @ IRADAT Allah itu ialah DAPAT MEMERINTAHKAN @ MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA ATAS SEKALIAN MAKHLUK SEJAK DAHULU HINGGA AKAN DATANG SELAMA2NYA.

Saya ulang semula
ta'aluk IRADAT pada akal ialah Allah dapat memerintahkan @ memperbuat SEKEHENDAKNYA KEATAS SEKALIAN MAKHLUK SEJAK DAHULU DAN AKAN DATANG SELAMA LAMANYA

1) BUKAN DENGAN NAFSU
2) BUKAN DENGAN ALAT
3) TANPA BERKATA "KUN FAYA KUN"

Sama seperti ta'aluk Qudrat pada akal, ta'aluk Iradat pd akal ini juga tertentu pada PERKARA YANG HARUS PADA AKAL.
BUKANNYA PADA PERKARA YANG WAJIB PADA AKAL DAN BUKANNYA PADA YANG MUSTAHIL PADA AKAL.

Jika ada yang ingat ingat lupa makna wajib dan makna mustahil pada akal, bolehlah rujuk semula soalan 41 dan Soalan 42

Mustahil ada kelakuan iradat yang menyerupai kelakuan iradat Allah

Terlebih mustahil ada kelakuan iradat yang menyamai kelakuan iradat Allah.

Persoalan seterusnya ialah
🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

Apakah contoh pekehendak manusia yang mencampuri pekehendak orang lain pada adat & contoh pekehendak manusia yang mencampuri urusan Allah?

Contohnya ialah

Katalah kita ada seorang pekerja yang suka menokok tambah arahan kita. Kita suruh dia beli 1 kg gula pasir. Sebaliknya dia pergi beli 1 guni gula pasir dengan 1001 alasan.

Sebagai bos, apa perasaan kita?
Kita sudah tentu marah.

Itulah perumpamaan untuk memahami MURKA ALLAH pada orang yang suka mencampuri pekehendak @ urusan Allah.

Apa contohnya?

Allah kata didalam al Quran

JAUHI ZINA


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
 (Al Israa : 32)

Allah mengharamkan nikah muta'ah

Nikah mut'ah telah diharamkan oleh Islam dengan dalil dpd al Quran, Kitab, Sunnah dan Ijma

Dari al Qur`an :

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
[al Maarij : 29-31]

Tetapi
Penganut agama Syiah yang mengaku Islam menyanggah kehendak Allah. Mereka menyanggah perintah Allah.

Mereka bersumpah atas nama Allah, NIKAH MUTA'AH ITU HALAL. Mereka menghalalkan zina dengan NIKAH MUTA'AH dgn 1001 alasan.

Agama Syiah itu sebenar benarnya adalah agama orang musyrik @ KAFIR ciptaan Yahudi laknatullah bernama Abdullah bin Saba. Sama seperti orsng orang MUNAFIK, penganut agama Syiah itu sebenar benarnya adalah MUSUH ALLAH kerana Nabi pernah bersabda yg maksudnya :

Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya:

 “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan RAFIDHAH (SYIAH). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.”

(Ibn Qutaibah, Takwilu Mukhtalifi Al-Hadith, halaman 56).

Itulah contoh mencampuri pekerjaan Allah.
Itulah contoh mencampuri kelakuan Iradat Allah

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana sy memperturut hawa nafsu
.......an Nisa : 79


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Sabtu, 9 Januari 2016

Bab 8 Soalan 45 : a) Cerahkan makna Perbuatan PEKUASA @ QUDRAT manusia pada adat. Berikan contoh perbuatan pekuasa manusia yang mencampuri perbuatan orang lain pada adat. b) Dari makna Perbuatan pekuasa manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKUASA Allah pada akal @ ta'aluk QUDRAT Allah pada akal Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran


Soalan 45


Manusia sangat marah kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan orang lain @ urusan orang lain @ perbuatan orang lain.

Itulah bukti atau dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah @ urusan Allah @ perbuatan Allah

Daripada pencerahan soalan 44

a) Cerahkan makna
Perbuatan PEKUASA @ QUDRAT manusia pada adat.

Berikan contoh perbuatan pekuasa manusia yang mencampuri perbuatan orang lain pada adat.

b) Dari makna
Perbuatan pekuasa manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKUASA Allah pada akal @ ta'aluk QUDRAT Allah pada akal

Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia  yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran


Jawapan No 45

Manusia mampu melakukan @ memperbuat sesuatu yang diingini itu kerana adanya 6 "alat" @ 6 "perkakas" iaitu tulang, urat, darah, daging, otak dan benak. Jika kurang salah 1 dpd yang 6 itu maka manusia itu TIDAK ADA KELAKUAN PEKUASA pada adat. Dalam perkataan lain, manusia itu tidak ada KELAKUAN QUDRAT PADA ADAT.

Contohnya yang pertama

Katalah tubuh manusia itu TIDAK ADA DAGING. Dari hujung kaki hingga leher tinggal TULANG sahaja. Yang lain masih ada. Otak masih ada. Darah dan urat
 urat otak masih ada. Maka pastilah tubuh itu SUDAH MATI pada adat.

Maka tubuh itu sudah TIDAK ada lagi kelakuan orang yang hidup seperti menggerakkan biji mata, makan, minum, menggerakkan tangan dan sebagainya. Apalagilah jika 2 dpd 6 alat itu sudah TIDAK ADA pada tubuh. Maka pastilah tubuh itu sudah MATI.

Yang ada hanya kelakuan orang MATI iaitu KAKU, TIDAK MAMPU MEMELIHARA DIRI SENDIRI DARI SEBARANG MUDARAT PADA ADAT & TIDAK MAMPU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN YANG BERMANAFAAT PADA ADAT.

Contoh mudarat pada adat ialah tubuh dicucuk dengan besi, ditanam ke dalam tanah dan lain lain yang menyakitkan. Jika kita sudah mati, tubuh kita itu pasti tidak mampu memelihara diri sendiri dari dicucuk orang dengan besi, disakiti orang, ditanam orang dan sebagainya. Begitu jugalah untuk melakukan perkara yang bermanafaat. Kita sudah TIDAK mampu melakukannya sama sekali pada adat.

Itulah makna MATI pada adat iaitu

1) tidak mampu memelihara diri daripada sebarang mudarat pada adat

2) tidak mampu melakukan sesuatu yang bermanafaat pada adat.

Apa pula makna BENAK disini?

Makna benak disini ialah KEMAHUAN @ KEINGINAN yang terbit dari dalam fikiran. Dalam keadaan diri kita masih hidup, walau dalam keadaan AMAT TENAT sekalipun, sebenar benarnya kita masih ada KEMAHUAN utk hidup selamat, cuma orang lain yang TIDAK TAHU. Itulah contoh tambahan kelakuan hidup.

Ringkasnya, apabila tubuh kurang salah satu dpd 6 alat @ perkakas itu, maka dikatalah orang itu TIDAK ADA KELAKUAN HIDUP.

Begitulah perbuatan sekalian makhluk yang hidup. Yakni, perbuatan @ urusan makhluk yg hidup itu TERJADI @ BERLAKU pada adat kerana adanya "ALAT" @ "PERKAKAS" yang diberikan oleh Allah pada akal. Sekiranya TIDAK ada salah 1 daripada 6 alat itu maka MUSTAHIL manusia itu ada KELAKUAN PEKUASA PADA ADAT ataupun KELAKUAN QUDRAT PADA ADAT.

Apa pula ta'aluk pekuasa manusia pada adat?

Ta'aluk pekuasa manusia pada adat ialah DAPAT MEMPERBUAT @ MELAKUKAN semua yg diingini oleh nafsu pada adat.

Ingat ya
Sekadar dapat memperbuat @ melakukan yang diingini oleh NAFSU sahaja. BUKAN dapat MEMPEROLEHI semua yang diingini pada adat. TETAPI SEKADAR MEMPERBUAT SAHAJA, BUKANNYA MEMPEROLEH HASIL PERBUATAN ITU.

Memperbuat & memperoleh adalah 2 perkara yang berbeza pada adat.

Kita sudah tahu bahawa setiap yang sabit pada sekalian makhluk MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH. Oleh kerana pekuasa makhluk sabit dengan ALAT pada adat maka MUSTAHIL PADA AKAL PEKUASA ALLAH ITU DENGAN "ALAT" @ "PERKAKAS"

Dalam perkataan lain,

1) Mustahil ZAT Allah itu QUDRAT disebabkan zatNYA memiliki "ALAT".

2) Mustahil ZAT Allah itu QUDRAT DIKERANAKAN "ALAT" atau DIKERANAKAN SESUATU.

3) Mustahil ada sesuatu yang menumpang pada ZAT Allah yg dengannya Allah itu BERKUASA @ QUDRAT

Justeru makna PEKUASA Allah pada akal dan pada hakikat ialah ALLAH @ ZAT ALLAH BERKUASA TIADA DENGAN TULANG URAT DARAH DAGING OTAK & BENAK.

Atas sebab itulah pada kitab
 Kitab kuning, QUDRAT Allah pada akal dan pada syarak itu diterjemahkan sebagai KUASA. Bukannya silap terjemah. Bukannya salah terjemah. Sebenarnya TIDAK SALAH jika QUDRAT itu disebut @ diterjemahkan sebagsi KUASA. Yakni atas jalan PEKUASA ALLAH ITU BUKAN DENGAN ALAT SPT TULANG URAT DARAH DAGING OTAK & BENAK.

Diambil daripada makna ta'aluk Qudrat manusia pada adat, maka makna ta'aluk Qudrat Allah pada akal ialah ALLAH KUASA BERBUAT SEKEKENDAKNYA KEATAS SEKALIAN MAKHLUK.

Tidak ada yg memperbuat @ menjadikan sekalian alam ini pada akal melainkan Allah

Tidak ada yng memperbuat sekehendak-NYA pada akal melainkan Allah

Dalam perkataan lain Allah dapat MENJADIKAN dan MENGHUKUM sekalian makhluk SEKEHENDAKNYA,

1) TANPA ALAT
2) TANPA BERKATA "KUN FAYA KUN"

Persoalan seterusnya ialah
Apakah contoh contoh perbuatan yang mencampuri perbuatan makhluk dan mencampuri perbuatan Allah?

Apakah dalilnya daripada al Quran?


Kita tengok contoh kedua ini

Katalah kita ini adalah seorang Ketua Jabatan. Kita dapat aduan bahawa ada seorg Pekerja Am yang suka masuk ke pejabat kita, suka membuka komputer kita dan suka membuka fail fail mesyuarat. Sebagai Ketua Jabatan, apa perasaan kita dan apa tindakan kita?

Jawabannya mudah
Kita sudah tentu MARAH & pasti mengambil tindakan berlandaskan undang undang.

Kenapa pulak?
Sebabnya ialah pekerja tersebut telah MENCEROBOH dan sebenar benarnya telah mencampuri urusan orang lain.

Itulah contoh mencampuri urusan manusia pada adat. Itulah buktinya bahawasanya Allah sangat MURKA kpd orang yang mencampuri urusan Allah


Dalam al Quran Allah menyuruh manusia supaya BERSEDEKAH akn tetapi ada manusia iaitu golongan MUNAFIK yang menyanggah perintah Allah itu

Kita lihat hadith ini

Dari Abu Mas'ud r.a katanya:

kami diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:          

"Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya' semata-mata"

Kerana ucapan munafik itu maka turunlah ayat :

{ الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (79

(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengani sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.

(At-Taubah : 79)

Perbuatan munafik itu sebenar benarnya mencampuri urusan @ pekerjaan Allah. Allah perintahkan supaya bersedekah. Munafik itu kata "tak perlu bersedekah".


Semua yang baik baik itu anugerah dpd Allah
Semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Rabu, 6 Januari 2016

Bab 8 Soalan 44 A) Apakah makna pekerjaan manusia pada adat? B) Apakah makna pekerjaan Allah pada akal?

Soalan 44


Allah TERSANGAT MURKA kepada orang yang mencampuri URUSAN ALLAH

Perkataan yang sama erti @ sama maksud @ sama makna dengan

"Urusan Allah' ialah "Pekerjaan Allah"

Salah satu tujuan kita memahami makna hukum akal pula adalah supaya kita

dapat MENGELAKKAN DIRI daripada mencampuri

"Urusan Allah" @ "Pekerjaan Allah" pada akal.

Persoalannya ialah

A) Apakah makna pekerjaan manusia pada adat?

B) Apakah makna pekerjaan Allah pada akal?

Jawapan
Soalan 44


Sebelum kita bincang persoalan URUSAN @ PEKERJAAN ALLAH PADA AKAL kita terlebih dahulu perlu memahami makna URUSAN @ PEKERJAAN MANUSIA PADA ADAT

Akal kita tidak mampu memikirkan pekerjaan @ urusan Allah kerana pekerjaan Allah itu "LAISAKAMITSLIHISYAIUN"

Perkara yang mampu kita fikirkan adalah perbuatan @ urusan manusia. Memahami perbuatan manusia akan menghampirkan akal kita kepada makna sebenar PEKERJAAN ALLAH.

Jadi
Kenapa mesti pekerjaan manusia?
Pekerjaan makhluk lain tak boleh ke?
Apakah makna pekerjaan manusia?
Apa perkataan yang paling hampir maksudnya?

Jawapannya begini

Semua unsur unsur pekerjaan makhluk ada pada pekerjaan manusia. Oleh sebab itu, apabila kita faham pekerjaan manusia, kita akan mudah memahami pekerjaan makhluk yang lain.

Dari sudut usuluddin, perkataan paling hampir maksudnya dengan  PEKERJAAN ialah PERBUATAN @ TUGAS @ FUNGSI @ PERANAN

Didalam kitab kitab, perkataan yang biasa digunakan ialah TA'ALUK

Ingat semula soalan 42

Perbuatan pada adat itu 3 bahagi
Perbuatan anggota
Perbuatan lidah
Perbuatan hati

Contoh-contoh bagi 3 jenis perbuatan itu telah diberikan pada pencerahan Soalan 42.

2 perbuatan yang pertama itu terbit dari perbuatan HATI. Justeru PADA ADAT  mencampuri urusan @ pekerjaan orang lain tertentu pada 2 jenis perbuatan  sahaja iaitu perbuatan anggota dan perbuatan lidah.

Pekerjaan manusia @ perbuatan manusia yang 2 jenis itu sebenarnya WUJUD @ ADA kerana adanya "ALAT" @ PERKAKAS yang terbahagi kepada 7 jenis iaitu

1) Pekuasa manusia pada adat
@ Qudrat manusia pada adat

2) Pekehendak manusia pada adat
@ Iradat manusia pada adat

3) Pengetahuan manusia pada adat
@ Ilmu manusia pada adat

4) Pehidup manusia pada adat
@ Hayat manusia pada adat

5) Pendengar manusia pada adat
@ Samiq manusia pada adat

6) Pelihat manusia pada adat
@ Basir manusia pada adat

7) Pekata manusia pada adat
@ Qalam manusia pada adat

Itulah 7 jenis "alat" @ "perkakas" yang dengannya manusia ada KELAKUAN @ PERBUATAN @ FI'IL

Untuk memahami makna
Qudrat Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami
makna Qudrat manusia pada adat

Untuk memahami makna
Iradat Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu perlu memahami makna iradat manusia pada adat

Begitulah untuk 5 yang lain

Untuk memahami makna
Qalam Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami makna qalam manusia pada adat

Secara ringkasnya,

1) Untuk memahami makna ta'aluk QUDRAT Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami makna ta'aluk PEKUASA manusia pada adat

2) Untuk memahami makna ta'aluk IRADAT Allah pada akal, kita terlebih dahulu perlu memahami makna ta'aluk PEKEHENDAK manusia pada adat

begitulah dengan 5 yang lain

7) Untuk memahami makna ta'aluk QALAM Allah pada akal, kita terlebih dahulu perlu memahami makna ta'aluk PEKATA manusia pada adat.

SAYA TAHU
RAMAI YANG MASIH KELIRU TENTANG PENCERAHAN SOALAN KE-44 INI

TIDAK MENGAPA.......

Kita akan kupas persoalan ini pada soalan 45 dan soalan soalan berikutnya. Mudah mudahan kita semua akan SEMAKIN MUDAH FAHAM insya Allah

Maka apabila kita SUDAH FAHAM akan makna mencampuri urusan Allah pada akal, kita  AKAN DAPAT mengelakkan diri dari mencampuri urusan @ pekerjaan Allah pada akal dan pada syarak.

Kita akan membincangkan makna mencampuri urusan Allah pada syarak pada Bab 9 insya Allah

Segala yang baik bsik itu anugerah Allah dan segala yg salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Maaf zahir & batin
Assalamualaikum

Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com