Soalan 43
Rujuk semula Soalan 40 ,41, 42
Hukum Akal 3 perkara iaitu
Wajib pada akal
Mustahil pada akal
Harus pada akal
Cerahkan makna HARUS pada akal
Apakah sebutan bagi perkataan "harus pada akal" dalam Bahasa Arab?
Apakah tujuan mempelajari makna harus pada akal?
Jawaban
Soalan 43
Sebelum kita bincang makna HARUS pada akal, elok kita ingat semula makna HARUS PADA ADAT
Lihat semula pencerahan Soalan 37
Makna harus pada adat ialah perkara yang hukumnya BERUBAH Rubah mengikut keadaan. Saya sebutkan semula 2 contoh harus pada adat.
Contoh pertama :
Menyeberang sungai
Jika musim hujan, sungainya DALAM dan DERAS maka wajib pada adat menyeberang dengan kenderaan seperti bot @ sampan
Jika musim panas, sungainya cetek dan perlahan, cukup menyeberang dengan berjalan kaki sahaja.
Jadi
Hukum ASAL menyeberang sungai itu adalah HARUS pada adat. Tetapi berubah rubah bergantung kepada keadaan semasa seperti yang dicerahkan.
Contoh kedua :
Memandu kenderaan
Jika hendak memandu kenderaan tetapi dalam keadaan mengantuk maka WAJIB pada adat menghilangkan mengantuk terlebih dahulu seperti tidor untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Memandu dalam keadaan mengantuk itu haram pada adat dan haram pada syarak kerana membahayakan nyawa.
Hukum memandu dalam keadaan segar adalah DIBOLEHKAN pada adat dan pada syarak.
Jadi
Hukum memandu yang asalnya harus pada adat itu telah BERUBAH dan sentiasa berubah rubah. Kadangkala dibolehkan kadangkala tidak dibolehkan.
Itulah 2 contoh makna HARUS PADA ADAT
Sebelum kita lanjutkan perbincangan ini, ingat semula makna WAJIB & makna MUSTAHIL pada akal seperti yang sudah dicerakan pada Soalan 40 & 41.
Perkara yang wajib dan mustahil pada akal itu adalah BERHUBUNG DENGAN DIRI ALLAH @ ZAT ALLAH
Sedangkan perkara yang harus pada akal itu BERHUBUNG DENGAN PERBUATAN ALLAH
BUKAN DIRI ALLAH
BUKAN ZAT ALLAH
Tetapi berhubung dengan PERBUATAN ALLAH
Aya yakin ada yang tertanya tanya,
apa makna PERBUATAN ALLAH?
apa makna ZAT ALLAH?
apa makna DIRI ALLAH?
Secara ringkasnya begini. Ada 20 perkara yang wajib pada Allah yg lebih biasa disebut SIFAT 20. Makna bagi sifat ke-7 hingga ke-13 itu adalah ZAT ALLAH @ DIRI ALLAH. Manakala makna bagi sifat ke14 hingga ke-20 itu adalah PERBUATAN ALLAH.
Kita akan bincang sifat 20 secara lebih mendalam pada Bab 12. S kita masih pada Bab 9.
Maka makna HARUS pada AKAL ialah perkara yang diterima oleh akal tentang PERBUATAN ALLAH atas 2 perkara iaitu menjadikan makhluk dan menghukum makhluk.
MAKA SEGALA GALANYA TERSERAH KEPADA ALLAH. ALLAH BERBUAT SEKEHENDAKNYA.
Saya ulang semula SEGALA GALANYA TERSERAH KEPADA ALLAH. MUSTAHIL ADA YANG DAPAT MENGUBAH KEPUTUSAN ALLAH. ALLAH BERBUAT SEKEHENDAKNYA.
Apa perkara Perkara yang harus pada akal itu?
Jawapannya begini.
Ingat ya
Ini adalah tentang hukum akal
Bukan hukum adat
Hukum adat TIDAK BERKAIT DGN ALLAH sama sekali. Hukum akal pula SEMATA MATA TENTANG ALLAH. Tentang perbuatan Allah & tentang diri @ zat Allah.
Maka makna harus pada akal disini ada 2 perkara iaitu
1) Harus pada perbuatan menjadikan makhluk
2) Harus pada perbuatan menghukum makhluk.
Apa dia contoh 2 perbuatan itu?
Jawapannya begini
Makna harus bagi Allah pada perbuatan menjadikan makhluk pula ada 2 perkara iaitu
1) harus bagi Allah mengadakan makhluk daripada TIADA kepada ADA
2) harus bagi Allah mentiadakan @ menghilangkan makhluk daripada ADA kpd TIADA.
Contohnya seperti ini.
Katalah
Kita ada memiliki tanah yang subur. Tak kiralah tanah itu luas @ tidak luas.
Pada adat
HARUS bagi kita berkebun sayur @ membuat kebun sayur.
Kita TIDAK WAJIB berkebun sayur ditanah milik kita sendiri
Takda sesiapa yang boleh memaksa kita untuk berkebun ditanah sendiri. Terserah kepada kita.
Jika kita nak berkebun, kita berkebun.
Jika kita rasa TAK MAHU berkebun, rehat sahajalah. Kita TAK BERKEBUN.
KEPUTUSAN DITANGAN KITA SENDIRI.
TAKDA SESIAPA YANG BOLEH MEMAKSA.
Itulah perumpamaan untuk memahami makna perkataan HARUS BAGI ALLAH MENJADIKAN MAKHLUK
Contoh itu dinamakan juga sebagsi DALIL AKAL
Apa contohnya yang lain?
Baik
Contohnya begini
Kita sambung semula contoh berkebun sayur.
Katalah kita memilih utk berkebun sayur. Kita memilih utk menanam sayur pada tanah ladang seluas 10 hektar dengan tujuan memulakan perniagaan.
Bermodalkan wang sebanyak RM50,000, kita pun merancang, pada setiap musim menuai nanti, kita akan MENDAPAT HASIL RM10,000 SEHEKTAR @ RM100,000 untuk 10 hektar ladang sayur.
Maka kitapun membuat segala persiapan utk membuka ladang.
Kita beli benih sayur
Kita beli baja
Kita bajak tanah
Kita sediakan pekerja
Kita beli racun pembunuh serangga
Dan semua keperluan utk berkebun
Setelah semua keperluan berkebun sudah tersedia, maka kita pun memulakan perancangan itu sehingga berjaya menanam sayur pada tanah ladang seluas 10 hektar.
Persoalan sekarang
1) Adakah kita mendapat JAMINAN bahawa perniagaan sayur itu akan PASTI BERJAYA 100%?
2) Adakah kita menerima JAMINAN bahawa kita PASTI TIDAK AKAN RUGI ?
Jawabannya sangat mudah
Kita sama sekali tidak mendapat sebarang jaminan bahawa perniagaan kita itu akan BERJAYA 100%
Kita sama sekali tidak ada menerima sebarang jaminan bahawa kita TIDAK AKAN MENGALAMI KERUGIAN.
Pada akal, semua untung rugi itu TERSERAH KEPADA ALLAH
Jika Allah nak jadikan kita BERUNTUNG maka Allah akan hidupkan sayur kita itu dengan mengeluarkan hasil yang BAIK, BANYAK & LUMAYAN.
Pada akal
Jika Allah NAK BAGI KITA RUGI, Allah mungkin menghantar ANGIN RIBUT @ musuh2 tanaman yg akan menghancurkan tanaman kita. Akhirnya kita RUGI.
Menghidupkan bermula dari biji benih kemudian berubah beransur ansur menjadi sayur adalah contoh perbuatan Allah yang HARUS menjadikan makhluk daripada TIADA kepada ADA
Mentiadakan @ menghilangkan sayur bermula dari sayur yg segar bugar kemudian beransur ansur dijual sehingga habis @ sehingga sayur rosak binasa kerana ribut adalah contoh perbuatan Allah yang HARUS menghilangkan @ mentiadakan makhluk daripada ADA kepada TIADA.
ITULAH CONTOH HARUS BAGI
ALLAH MENJADIKAN MAKHLUK
MUSTAHIL ADA YANG DAPAT MEMAKSA ALLAH UNTUK MENJADIKAN MANUSIA ITU BERUNTUNG & MUSTAHIL ADA YANG DAPAT MEMAKSA ALLAH SUPAYA MANUSIA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN.
Persoalan seterusnya ialah
2) Apa makna harus bagi Allah menghukum sekalian makhluk.
Apa contohnya?
Sebelum kita tengok contoh itu, kita tengok dulu contoh ini.
Katalah kita ada 3 tawanan perang @ 3 orang hamba lelaki. Semua mereka bernama Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Lu'luah.
Semua hamba itu kita berikan tugas berkebun diladang sayur kita yang seluas 10 hektar itu. Kita BERJANJI kepada mereka bahawa mereka TIDAK AKAN DIANIAYA dan kita akan berlaku ADIL seadil adilnya.
Setiap hamba itu kita berikan kerja kerja yang berbeza sesuai dengan kemahiran dan kekuatan tubuh mereka. Oleh kerana mereka itu adalah HAMBA maka kita boleh
1) menyuruh mereka melakukan
apa sahaja kerja kerja
2) kita boleh memberi mereka
SAGUHATI mengikut kebijaksanaan
dan keadilan kita.
Berdasarkan hasil hasil kerja mereka, kitapun membuat keputusan iaitu samada
1) kita merdekakan mereka @
2) mereka terus sebagai hamba @
3) kita berikan mereka SAGUHATI
yang selayaknya.
Jika kita beri saguhati yang berbeza @ keputusan yang berbeza, mereka TIDAK boleh mempertikaikan keputusan kita. Mereka tidak boleh kata kita "TIDAK ADIL". Kita adalah PEMILIK HAMBA PADA ADAT. Mereka adalah hamba pada adat. Hamba TIDAK ADA HAK MEMPROTES. Sebarang keputusan kita, adalah KEPUTUSAN YANG TERBAIK DAN PALING ADIL UNTUK MEREKA. HANYA HAMBA kita itu yang tidak tahu. Mereka tidak tahu qualiti kerja rakan rskan hamba yang lain. Mereka hanya tahu qualiti kerjanya.
Kita tidak akan menganiaya mereka.
Itulah perumpamaan utk memahami makna HARUS bagi Allah menghukum sekalian hamba-NYA
Kita adalah hamba Allah pada akal dan pada syarak. Allah adalah pemilik kita pada akal dan pada syarak. Jika Allah ingin mengazab seorang hamba-NYA yang derhaka selama 1000 tahun dalam neraka dan seorang lagi yang derhaka disiksa selama 1 tahun dalam neraka, maka mestilah ada sebab sebabnya yang kita sebagai hamba TIDAK TAHU, HANYA ALLAH YANG TAHU. Allah tahu QUALITI iman semua hamba-NYA. Sebenar benarnya Allah itu MAHA MAHA TAHU MAHA ADIL MAHA KUASA.
Saya ulang semula, jika ALLAH mengazab hamba-NYA dengsn azab yang berbeza, maka sudah tentulah ADA SEBAB SEBABNYA yang hanya diketahui oleh pemilik hamba itu iaitu ALLAH. Mustahil Allah aniaya kepada hamba-NYA. Sebenar sebenarnya itulah YANG TERBAIK & PALING ADIL UNTUK HAMBA-NYA ITU. ALLAH TA'ALA BERBUAT SEKEHENDAKNYA.
Itulah contoh harus pada akal bagi Allah menghukum sekalian makhluk-NYA
Perkataan harus pada akal dalam Bahasa Arab disebut sebagai JAIZ
Persoalan yang terakhir ialah
Apakah tujuan kita mempelajari makna harus pada akal?
Tujuannya ialah supaya kita faham 2 makna harus yg lain iaitu
Makna harus pada adat dan
Makna harus pada syarak
Apabila kita sudah tahu perbezaan ketiga tiga makna harus itu maka dapatlah kita menjaga adab kepada Allah. Dapat menjauhkan diri dari perkataan yang menimbulkan murka Allah.
Segala yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
Maaf zahir batin
Wallohua'lam
🌻🌻🌻🌻🌻
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan