(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 26 Januari 2016

Bab 8 Soalan 51 : Apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan atau pekerjaan Allah?

Jawapan
Soalan 51


Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah.

Dari pencerahan soalan 45-50

a) Cerahkan makna pekerjaan PEKATA manusia @ KALAM manusia pada adat.

b) Dari makna pekerjaan pekata manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA pekerjaan PEKATA ALLAH pada akal @ ta'aluk PEKATA Allah pada akal.

Dari contoh (b) diatas, berikan contoh pekerjaan @ perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah pada akal.

Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran @ Hadith.


Jawapan


Soalan ini ada persamaan dengan soalan 49 & 50

Sebelum kita bincang soalan 51, kita lihat dahulu ayat Allah ini


Allah Ta’ala berfirman,

65.الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya :
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan tangan-tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki-kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang telah mereka usahakan.
(Yasin :65)

Ayat itu adalah bukti menunjukkan bahawasanya Allah telah menganugerah MULUT sebagai alat untuk berkata kata. Perkataan yang difahami itu pula tertentu dengan lidah, huruf dan suara. Tanpa mulut, tanpa lidah huruf suara, manusia tidak dapat berkata kata dan tidak dapat menyampaikan perkhabaran atau apa sahaja yang ada didalam hatinya melalui mulut. Tanpa mulut, tanpa lidah huruf suara, manusia itu TIDAK ada perbuatan pekata. Jika kurang mana mana satu daripada yang 4 itu, maka manusia tidak dapat berkata kata. Dan tidak ada perbuatan pekata.

Contohnya

Pada adat
Jika tidak ada lidah, maka mustahil manusia dapat berkata kata

Pada adat
Jika tidak ada suara, maka mustahil manusia dapat berkata kata

Pada adat
Jika sekadar suara tetapi TIDAK membentuk HURUF maka mustahil suara itu dapat difahami. Jika tidak dapat difahami oleh orang lain, maka TIDAKLAH DISEBUT sebagai BERKATA KATA @ MENYAMPAIKAN  PERKHABARAN MELALUI PERKATAAN.

Maka pada adat,
makna perbuatan pekata manusia itu ialah dapat mengkhabarkan tentang dirinya dan tentang makhluk lain dari hal

1) yang sudah terjadi
2) yang sedang terjadi
3) yang akan terjadiu

Perkataan manusia itu pula ada yang dapat difahami dan ada yang tidak mampu difahami oleh orang lain kerana kelemahan kita berkata kata @ kelemahan kita ketika menyampaikan  perkhabaran.

Maka ta'aluk pekata manusia pada adat ialah dapat mengkhabarkan  sesuatu yang sudah lalu dan yang akan datang secara berpilih pilih mengikut yang diingini pada masa yg berbeza beza @ pada masa yang berperingkat peringkat.

Kita tahu pada akal, setiap yang sabit pada pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah maka :

1) Pada akal
Mustahil Allah berkata @ menyampaikan perkhabaran dengan mulut. Mulut boleh bisu. Allah mustahil bisu.

2) Pada akal
Mustahil Allah berkata @ menyampaikan perkhabaran melalui lidah huruf & suara. Lidah itu boleh kelu, Allah mustahil kelu.

3) Pada akal
Mustahil Allah berkata kata @ mustahil Allah berkata berperingkat peringkat @ berkali kali. Pada akal, perkhabaran dari Allah itu hanya dengan SEKALI KATA. Perbuatan berkata kata @ berkata berkali kali @ berkata berpilih pilih @ berkata walau sedetik masa sekalipun, adalah perbuatan makhluk. Perbuatan Pekata Allah hanya dengan SEKALI KATA, tanpa ada MASA walau sedetik sekalipun.

Saya yakin, ada yang "kabur" ada yang tertanya tanya tentang makna perkataan SEKALI KATA. Takpa, persoalan itu adalah sama dengan PERBUATAN ALLAH SEKALI LIHAT & SEKALI DENGAR. Sudah dipersoalkan pd soalan 48-50. Persoalan itu akan kita cerahkan pada Soalan 52 insya Allah.

Maka perkara ke-4 yang mustahil sabit pada Allah ialah

4) Pada akal
Mustahil ada perkataan Allah yang tidak mampu difahami oleh manusia yang berakal. Manusia itu tidak faham kerana tidak mahu menggunakan akal, bukan kerana Allah lemah menerangkan ayatNYA. Sebenar sebenarnya kita sendirilah yang jahil dan malas berfikir dan malas memikirkan semua ayat ayat Allah di dalam al Quran dan yang bertaburan diseluruh pelusuk alam serta yang ada pada diri sendiri. Kita teramat suka malah luarbiasa seronok memikirkan keperluan hidup didunia tapi TIDAK ada perasaan "suka" @ ada sedikit "seronok" sahaja memikirkan keperluan akhirat.

Pendek kata

Pada akal
Allah sudah mengkhabarkan SEMUA

1)  semua yang telah terjadi
2) semua yang sedang terjadi
3) semua yang akan terjadi selama lamanya samada di alam nyata, di alam ghaib, sebelum kiamat atau selepas kiamat.

Pada akal
Segala galanya sudah dikhabarkan oleh Allah sejak AZALI kepada sekalian jin dan manusia yang berakal.

Maka ta'aluk PERBUATAN PEKATA Allah pada akal itu ialah

1) Allah mengkhabarkan tentang diriNYA seperti kekuasaaNYA,  perbuatanNYA dan lain lagi, bahawasanya DIRINYA ITU TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEBARANG MAKHLUK.
(As Syura : 11)

2) Allah mengkhabarkan semua perintah dan hukumNYA keatas sekalian makhluk yang berakal.

3) Allah mengkhabarkan HAL SEKALIAN MAKHLUKNYA yang SUDAH terjadi seperti kejadian Nabi Adam dan penyaksian manusia ketika di "alam ROH".
(As Sajdah : 9)

4) Allah mengkhabarkan serta memperlihatkan segala yang akan terjadi seperti PENDERITAAN manusia yang sedang diazab di dalam NERAKA. Azab itu telah diperlihatkan dengan NYATA semasa peristiwa israk & mikraj dan dikhabarkan Allah kpd kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. ( Al Israk : 1)

Persoalan seterusnya ialah

Apakah contoh contoh perbuatan manusia yg mencampuri urusan atau pekerjaan Allah?


Kita sebutkan 3 contoh iaitu

1)
Manusia cuba memikirkan dan mempersoalkan "bagaimana Allah mengkhabarkan hal syurga neraka sejak azali  sedangkan syurga neraka belum ada,  jin dan manusia belum ada, alam semesta belum ada, malaikat belum ada?

Bagaimana tu?
Macam mana tu?
Macam mana nak yakin ni?

Jawabannya begini


Sama seperti persoalan pada Soalan 48-50,
Semua itu adalah pekerjaan Allah. Semua itu ada kekuasaan Allah. Semua itu adalah kehendak Allah. Semua itu adalah urusan Allah.

Allah kata JANGAN FIKIR JANGAN PERSOALKAN. Akal kita tak mampu memikirkannya.

FIKIRLAH PERBUATAN SENDIRI
FIKIRLAH SEMUA YANG ALLAH SURUH FIKIR YANG ADA DALAM AL QURAN

Ayat ayat Allah itu WALAUPUN DITEGAH FIKIR BERDASARKAN ZAHIR AYAT tetapi BOLEH DIFAHAMI dengan memikirkan DALIL AKALNYA

Dalil akal itulah yang akan menghampirkan kepada makna sebenar ayat. ingat ya, sekadar MENGHAMPIRKAN sahaja, BUKANNYA MAKNA SEBENAR.

2 Contoh lain ialah
perbuatan atau disebut juga sebagai  perkara yang berlaku atas QUDRAT & IRADAT ALLAH SEMATA MATA. Tidak ada sama sekali bercampur dengan usaha dan ikhtiar manusia disintu.

2 contoh  ini adalah perkara yang DITEGAH FIKIR BERDASARKAN ZAHIR AYAT  tetapi boleh difahami iaitu seperti pada ayat berikut,

{ ثم سواه ونفخ فيه من روحه

Ertinya :
Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan MENIUPKAN ke dalamnya ROH.
(As-Sajadah: 9)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Ertinya :
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu MENGELUARKAN zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan KAMU?" MEREKA semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya KAMU tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya KAMI adalah lalai tentang ini"

(al-A'raaf : 172)

Saya yakin, ada antara kita yg tertanya tanya,
kenapa ditegah fikir fikir
Jika ditegah fikir,
bagaimana cara untuk memahami  ayat ayat seperti itu?

Pencerahannya begini

Perkataan DITEGAH FIKIR disini bermakna DITEGAH FIKIR MENGIKUT ZAHIR AYAT. Ayat ayat itu termasuk ayat ayat HAKIKI bukannya ayat ayat MAJASI.

Jika ayat ayat hakiki difikirkan sama seperti ayat ayat majasi,maka ROSAKLAH MAKNA AYAT. Kaedah itu adalah kaedah WAHHABI, Jabariah dan lain lain  ajaran yang menyeleweng.

Oleh kerana perkara ini berkait dengan hukum syarak, kita akn bincang LEBIH LANJUT pada Bab 9. Fokus kita adalah HUKUM AKAL. Hukum syarak sekadar kita sentuh sedikit sahaja.


JIKA DIFIKIRKAN BERDASARKAN ZAHIR AYAT

1) Ayat 9 surah as-Sajadah

Jika difikir berdasarkan ZAHIR AYAT maka

1) Zat Allah itu seperti zat makhluk. Ada sesuatu yang keluar dari zat Allah iaitu ROH.

2) Allah seolah olah memiliki mulut dan lain lain untuk menghembuskan ROH.

3) Seolah olah Allah meniupkan ROH itu MENGAMBIL.MASA walau 1 detik.

4) Seolah olah ROH itu terbang @ melayang masuk kedalam JADAD Nabi Adam. Apabila MATI, ROH itu pula keluar dan kembali kepada ZAT ALLAH.

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah : orang berpegang kepada ZAHIR AYAT "dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"

dan banyak lagi SALAH FAHAM yang timbul akibat MEMIKIRKAN PERBUATAN ALLAH YANG DITEGAH FIKIR BERDASARKAN ZAHIR AYAT

2) Ayat 172 surah al-A'raaf

Jika difikirkan berdasarkan ZAHIR AYAT maka ayat itu membawa maksud

1) ada yg KELUAR dari tubuh Nabi Adam yang dinamakan sebagai ROH.

2) Oleh kerana manusia itu belum lahir, maka kebanyakan pentafsir mentafsirkan perkataan "zuriat anak adam @ bani adam " itu sebagai ROH, sedangkan itu adalah PEKERJAAN ALLAH @ KEKUASAAN ALLAH yang tidak boleh ditafsirkan berdasarkan ZAHIR ayat.

Perbuatan mentafsirkan ayat hakiki @ ayat ayat mutasyabihat berdasarkan ZAHIR AYAT sebenar benarnya  adalah perbuatan yg mencampuri perbuatan @ urusan Allah

Segala yg baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa' : 9

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan