(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 14 Januari 2016

Bab 8 Soalan 47 :Apakah contoh ilmu manusia yang mencampuri ilmu orang lain pada adat dan contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah pada akal?

Jawapan
Soalan 47


Ilmu adalah berasal dari Bahasa Arab.  Perkataan yang paling hampir maksudnya dalam Bahasa Melayu adalah "info" @ "maklumat". Dari sudut akidah pula, ilmu membawa maksud "alat" @ perkakas untuk kita menerima maklumat bagi mengenal Allah.

Pada adat
Maklumat yang kita terima datang dari 2 sumber iaitu

1) dari diri sendiri
2) dari makhluk lain

Pada adat
maklumat dari diri sendiri adalah semua yang dicapai oleh pancaindera yang lima atas diri sendiri.

Contohnya
Mata melihat tangan sendiri.
Telinga mendengar suara sendiri
 Tangan merasa kulit diri sendiri
dan 1001 yang lain

Itulah 3 contoh maklumat dari diri sendiri. Begitulah dengan alat alat yang lain

Akal kita FAHAM akan info @ maklumat yang masuk melalui 5 pancaindera itu dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Itu tentang info dari diri sendiri.
Bagaimana pula info dari makhluk lain?


Jawapannya begini,

Semua info @ maklumat itu mestilah melalui pancaindera juga. Barulah diproses dan FAHAM HATI. "Hati" yg dimaksudkan disini dalam Bahasa Arab ialah QOLBU sebagaimana yang diterangkan oleh al Quran

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ
al A'raf : 179

Ertinya :
 ... mereka mempunyai QOLBU (HATI) tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI @ BERFIKIR (YAFQOHUN) ...

Ringkasnya

Supaya manusia itu berilmu, Allah telah menganugerakan alat @ perkakas. Alat pemberian Allah pada akal itu ialah HATI @ QOLBU.  Sama seperti MAKAN DENGAN TANGAN. Kita mustahil KENYANG jika makanan tidak disuapkan kedalam mulut. Supaya kenyang, perlu ada PROSES.

Apa prosesnya?

Prosesnya ialah, tangan perlu digerakkan @ tangan mesti menyuap makanan ke dalam mulut. Selepas itu, proses kedua ialah MULUT PERLU MENGUNYAH @ MENELAN MAKANAN itu.

Itulah contoh proses untuk KENYANG.
Maka proses utk BERILMU itu adalah BERGURU. Tanpa berguru MUSTAHIL BERILMU. BERGURU KEPADA YANG AHLI.

Dalam perkataan lain, manusia itu memiliki ilmu @ berilmu dengan adanya alat iaitu HATI & PROSES BERGURU.

Proses BERGURU pula hanya berjalan @ berlaku apabila INFO @ MAKLUMAT sampai kedalam diri melalui salah satu dpd 5 pancaindera. JIKA TIDAK ADA INFO YANG SAMPAI KEPADA SALAH SATU PANCAINDERA MAKA MUSTAHIL PROSES BERGURU @ PROSES BERFIKIR ITU BERJALAN. Jika proses berfikir TIDAK BERLAKU maka mustahil ILMU BERTAMBAH.

Justeru
ta'aluk ilmu pada adat itu ialah kita dapat MENGETAHUI tentang

1) perkara yang wajib, mustahil dan harus pada diri sendiri had yang dicapai oleh pancaindera dan FAHAM HATI

2) sesuatu maklumat dari luar diri yg dicapai oleh pancaindera dan FAHAM HATI

Kita tahu sebarang yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah mengetahui dengan hati. Mustahil Allah memiliki pancaindera. Mustahil Allah mengetahui melalui proses berguru. Allah Ta'ala SEDIA TAHU. TIDAK ADA YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH ALLAH. Sejak dahulu hingga sekarang dan hingga masa yang akan datang, selama lamanya, semua yang ada dialam nyata dan alam ghaib, SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH

Dalam istilah lain, MUSTAHIL ADA SATU MAKHLUK samada makhluk wujudi @ bukan wujudi yang TIDAK DIKETAHUI OLEH ALLAH. Perkataan lain yang sering digunakan ialah, SEGALA2NYA DALAM ILMU ALLAH.

Maka dari itu
ta'aluk Ilmu Allah itu pada akal ialah MENGETAHUI

1) tentang diriNYA iaitu yang wajib, mustahil dan jaiz pada akal. TIDAK PERLU BERFIKIR2 @ tidak perlu alat. Allah sedia tahu.

Apa yg wajib pada akal, mustahil pada akal dan jaiz pada akal itu?

Yang ingat2 lupa tu, eloklah rujuk semula Soalan 41, 42 & 43. Pencerahannya ada disana.

2) Ta'aluk Ilmu Allah yang kedua ialah mengetahui tentang sekalian makhluk sejak azali dan selama lamanya TIDAK PAYAH MENGINGAT INGAT. Pengetahuan Allah keatas makhlukNYA itu TIDAK BERTAMBAH & TIDAK BERKURANG. Yang bertambah @ berkurang itu adalah makhluk.

Persoalan seterusnya ialah


Apakah contoh ilmu manusia yang mencampuri ilmu orang lain pada adat dan contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah pada akal?

Saya berikan satu contoh:

Katalah kita seorang PENGARAH & PENGURUS SYARIKAT taraf GERGASI. Kita memanggil mesyuarat pengurusan untuk membentangkan Pelan Tindakan Menggandakan Pendapatan syarikat.

Semasa mesyuarat berjalan, tiba tiba ada seorang staf yang TIDAK BERSETUJU malah dia mempertikaikan perancangan yang telah disediakan seperti didalam Pelan Tindakan yg sedang kita bentangkan.

Kita sebagai BOS, apa perasaan kita dan apa tindakan kita kepada staf tersebut?

Jawabannya sangat mudah

Kita sudah pasti MARAH & MEMECAT staf berkenaan.

Itulah buktinya bahawa Allah sangat MURKA kpd manusia yang suka mencampuri urusan orang lain.

Persoalan terakhir, apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah

Contohnya begini.

Pada akhir zaman ini telah timbul semula banyak golongan yang timbul pada zaman Nabi Musa a.s. yang suka bercakap TANPA ILMU & dengan JAHILNYA berani berkata "mereka adalah golongan yang akan mendapat keampunan Allah" padahal mereka MENOLAK HADITH. Golongan ini disebut sebagai QURANIST.

Salah satu ayt yg menyebut golongan yg sesat itu ialah ayat ke169 pd surah al A'raf

. فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَذَا الأدْنَى وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِيثَاقُ الْكِتَابِ أَنْ لا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا فِيهِ وَالدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

al A'raf : 169

Ertinya :
Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga)...."
al A'raf : 169

Bukti seterusnya ialah
ayat Allah ke-21 dalam surah al-Ahzab.

 لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو الَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ الَّهَ كَثِيرًا

al Ahzab : 21

ertinya :

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah....."

Melalui ayat tersebut
Allah perintahkan manusia supaya menjadikan Nabi Muhammad itu sebagai ikutan @ idola yakni BERPEGANG KEPADA AL QURAN & HADITH tetapi perintah Allah itu telah disanggah oleh orang yang mengaku Islam. Golongan QURANIST ini mendakwa hanya berpegang kepada al Quran tetapi tidak mahu berpegang kepada hadith. Mereka adalah golongan ANTI HADITH. Oleh sebab itulah mereka TIDAK bersembahyang jemaah dimasjid, mereka tidak menunaikan haji di Mekah dan lain lain. Pendek kata sembahyang mereka, puasa mereka, haji mereka dan lain lain amalan Fardu mereka BERBEZA DARIPADA kita, berbeza dpd ASWJ. BAGI MEREKA semua amalan fardu itu CUKUP SEKADAR NIAT.

Iman golongan anti hadith ini sebenarnya sudah BINASA. Daripada beribu ribu hadith, mereka hanya berpegang 1 hadith sahaja iaitu Khutbah Nabi yang terakhir pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah Gunung Arafah. Yang lain seperti hadith soheh Bukhori & Muslim mereka TOLAK sama sekali malah mereka sanggup menghina dan melaknat imam Bukhori dan Imam Muslim. Kitab suci mereka bukan al Quran sahaja tetapi banyak termasuklah kitab kitab tulisan orang orang Yahudi dan sarjana Barat.

Itulah satu contoh golongan yang mencampuri urusan Allah.

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an- Nisa' : 79


Maaf zahirr & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan