Soalan 53
Mengikut ASWJ, seseorang yang tidak mengetahui perbezaan antara 3 hukum ianitu hukum adat, akal dan syarak, MUSTAHIL memahami maksud ayat ayat Allah dan TIDAK akan terlepas dari BAHAYA SYIRIK. Oleh sebab itu, mengetahui perbezaan antara 3 hukum itu adalah WAJIB atas setiap mukallaf.
Apakah contoh perkataan yang sukar difahami iaitu jika kita TIDAK mengetahui perbezaan antara hukum adat dan hukum akal?
Jawaban
Soalan 53
Perkataan yang lengkap adalah umpama jalanraya yang dilengkapi dengan papan tanda yang CUKUP. Orang yang sudah MAHIR dengan jalanraya itu sudah TIDAK PERLU tengok papan tanda arah. Tak tengok papan tanda pun dia TAHU ARAH TUJUAN.
Pengguna baru jalanraya sangat memerlukan papan tanda arah supaya MUDAH dan cepat sampai ke destinasi. Itulah perumpamaan PERKATAAN YANG LENGKAP, SANGAT MUDAH DIFAHAMI.
Perkataan mestilah diletakkan, sesuai diatas landasan hukum yang sebenar. Orang yang sudah MAHIR perbezaan 3 hukum itu, TAK SEBUT JENIS HUKUM apapun, dia akan MUDAH FAHAM insya Allah. Bagi org yang baru belajar, JENIS HUKUM ITU AMATLAH PERLU KERANA SANGAT MEMBANTU kefahaman. Jika hukum adat, DINYATAKAN DENGAN JELAS HUKUM ADAT. Jika hukum akal, dinyatakan dengan JELAS HUKUM AKAL.
Saya bagi contoh supaya mudah faham.
Katalah ada 1 soalan seperti ini.
Soalannya pendek sahaja.
Apakah maksud "A I R" yang anda jumpa di stesen minyak?
Jawabannya mungkin lebih dari 1
Jawaban pertama
Jika orang yang tak pernah jumpa perkataan itu, mungkin akn menjawab "AIR ITU UNTUK MEMBASUH TANGAN"
Tapi jika orang yang selalu nampak perkataan itu dan selalu bertutur Bahasa Inggeris, mungkin akan menjawab "AIR itu adalah UDARA UNTUK DIPAM KEDALAM TAYAR"
Kenapa ada 2 jawaban yg berbeza?
Sebabnya ialah perkataan "AIR" ada dalam Bahasa Inggeris dan dalam Bahasa Melayu. Sebab itulah ada kekeliruan. Soalan mestilah JELAS samada BM @ BI.
Begitulah dalam pendidikan akidah. Perbincangan mestilah JELAS, hukum adat @ hukum akal @ hukum syarak.
Kita tengok contoh kedua ini. Saya ambil sebahagian dari pencerahan Soalan 52. Contoh ini akan kita BACA @ DENGAR 2X. Perhatikan elok elok. Mana yang lebih mudah difahami. Yang pertama @ yang kedua. Ada sedikit perbezaan sahaja. Perbezaannya seperti ini.
Yang pertama
Semua perkataan PADA ADAT, PADA SYARAK @ PADA HAKIKAT sy BUANG.
Kita baca TANPA PERKATAAN itu.
Faham @ tidak
Mudah faham @ tidak
Yang kedua
Semua perkataan PADA ADAT, PADA AKAL @ PADA HAKIKAT DIKEKALKAN
Baca, dengar dan buat perbandingan, mana yg lebih mudah difahami. Kemudian jawab soalan ini.
Yang mana lebih mudah difahami?
Yang pertama @ yang kedua.
Kenapa lebih mudah?
Baik, kita mula LIHAT yang pertama sekarang
Tengok ada 6 tempat kosong. Jangan baca tempat kosong tu. Tempat kosong itu sebenarnya adalah perkataan samada PADA ADAT @ PADA AKAL.
Pada yang kedua itu pula, LENGKAP DENGAN PERKATAAN PADA ADAT @ PADA AKAL.
Bandingkan, yang mana lebih mudah difahami.
Baik, kita mula MEMBACA sekarang
Pad________(1)__________t
Setiap yang berperingkat peringkat walau mengambil sedetik masa itu adalah KELAKUAN MAKHLUK
Itulah bukti bahawasanya P____(2)_____L pekerjaan @ perbuatan @ KELAKUAN Allah itu
1) MUSTAHIL mengambil masa walau sedetik
2) MUSTAHIL memakan masa walau lebih singkat dari 1 detik masa
Saya bagi satu contoh
P_____(3)______t
Semua suara makhluk dan bukan suara, sejak azali hingga selama lamanya didalam syurga @ neraka SUDAH ALLAH DENGAR DENGAN SEKALI DENGAR.
Perbuatan Ilmu Allah itupun bukannya berperingkat peringkat, bukannya bermasa. Tidak ada yang belum jadi @ belum berlaku @ belum lahir yang Allah tidak tahu melainkan SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH TAHU DENGAN SEKALI TAHU.
Apa contohnya?
Contohnya ialah
Jumlah isi Syurga dan Neraka
Sebelum ada syurga dan neraka
Sebelum ada jin dan manusia
Sebelum ada apa2
Walaupun belum masuk syurga, belum masuk neraka, tetapi P______(4)_________T, jumlah isi neraka dan jumlah isi syurga dikalangan umat Para Nabi sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad pun Allah SUDAH TAHU SEJAK AZALI DENGAN SEKALI TAHU. P______(5)_______t, jumlahnya isi neraka dan isi syurga TIDAK akan bertambah dan TIDAK akan berkurang walau seorangpun. Bukannya tunggu hari kiamat, BARU ALLAH TAHU.
JANGAN tanya, macam mana boleh Allah tahu yang belum ada?
Kenapa tak boleh tanya?
Sebabnya itu adalah pekerjaan Allah
Sebabnya itu adalah urusan Allah
Akal kita TAK mampu nak fikir
Akal kita hanya mampu memikirkan pekerjaan @ urusan makhluk
Pekerjaan kitalah yg Allah suruh fikir
Firman Allah dalam al Quran itulah yang Allah suruh fikir.
Ayat ayat Allah di seluruh pelosok alam dan pada diri kitalah yang Allah suruh fikir.
JANGAN FIKIR PEKERJAAN ALLAH
Oleh sebab itulah, P______(6)_______L, perbuatan @ pekerjaan @ KELAKUAN Allah itu TIDAK BERPERINGKAT2. Semua KELAKUAN Allah itu TELAH JADI DENGAN SEKALI JADI
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,faaaaaaaaaasasaaasasaaf
HABIS YANG PERTAMA. Cuba baca yang kedua ini pula. Bandingkan, yang mana lebih mudah difahami
Ok mula.
Pada adat
Setiap yang berperingkat peringkat walau mengambil sedetik masa itu adalah KELAKUAN MAKHLUK
Itulah bukti bahawasanya PADA AKAL pekerjaan @ perbuatan @ KELAKUAN Allah itu
1) MUSTAHIL mengambil masa walau sedetik
2) MUSTAHIL memakan masa walau lebih singkat dari 1 detik masa
Saya bagi satu contoh
Pada akal dan pada hakikat
Semua suara makhluk dan bukan suara, sejak azali hingga selama selamanya didalam syurga @ neraka SUDAH ALLAH DENGAR DENGAN SEKALI DENGAR.
Perbuatan Ilmu Allah itupun bukannya berperingkat peringkat, bukannya bermasa. Tidak ada yang belum jadi @ belum berlaku @ belum lahir yang Allah tidak tahu melainkan SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH TAHU DENGAN SEKALI TAHU.
Apa contohnya?
Contohnya ialah
Jumlah isi Syurga dan Neraka
Sebelum ada syurga dan neraka
Sebelum ada jin dan manusia
Sebelum ada apa2
Walaupun belum masuk syurga, belum masuk neraka, tetapi PADA AKAL & PADA HAKIKAT, jumlah isi neraka dan jumlah isi syurga dikalangan umat Para Nabi sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad pun Allah SUDAH TAHU SEJAK AZALI DENGAN SEKALI TAHU. Pada akal dan pada hakikat, jumlahnya isi neraka dan isi syurga TIDAK akan bertambah dan TIDAK akan berkurang walau seorangpun. Bukannya tunggu hari kiamat, BARU ALLAH TAHU.
JANGAN tanya, macam mana boleh Allah tahu yang belum ada?
Kenapa tak boleh tanya?
Sebabnya itu adalah pekerjaan Allah
Sebabnya itu adalah urusan Allah
Akal kita TAK mampu nak fikir
Akal kita hanya mampu memikirkan pekerjaan @ urusan makhluk
Pekerjaan kitalah yang Allah suruh fikir
Firman Allah dalam al Quran itulah yang Allah suruh fikir.
Ayat ayat Allah di seluruh pelosok alam dan pada diri kitalah yang Allah suruh fikir.
JANGAN FIKIR PEKERJAAN ALLAH
Oleh sebab itulah, PADA AKAL, perbuatan @ pekerjaan @ KELAKUAN Allah itu TIDAK BERPERINGKAT PERINGKAT. Semua KELAKUAN Allah itu TELAH JADI DENGAN SEKALI JADI
Persoalan sekarang, mana yang lebih mudah? Yang pertama @ yang kedua?
Jawabannya sudah tentulah yang KEDUA
Kenapa?
Sebab papantanda jalanraya disediakan. JENIS HUKUMNYA JELAS DINYATAKAN.
Persoalan seterusnya ialah, apakah contoh contoh perkataan, sekiranya kita TIDAK FAHAM PERBEZAAN ANTARA 3 HUKUM, kesannya sangat BESAR, boleh menyebabkan DOSA BESAR @ BINASA AKIDAH?
Saya sebutkan 2 contoh iaitu
Contoh-1
1) Setelah makan NASI tengahari ini
perut kita rasa kenyang
Contoh
Perkataan seperti ini TIDAK BERDOSA
1) Pada adat, nasi yang mengenyangkan
2) Pada akal @ pada hakikat
Allah yang mengenyangkan
Kenapa tidak berdosa?
1) Dia tahu BEZA HUKUM adat & akal
2) Sebab dikaitkan kepada Allah
3) Dia tidak menafikan hak makhluk
Contoh
Perkataan yang menyebabkan DOSA
1) Makan nasi mengenyangkan
@ sebarang perkataan yang sama maksudnya.
2) Nasi tu yang mengenyangkan saya
Kenapa berdosa?
1) Sebab tidak dikaitkan dengan Allah
2) Terhenti setakat hukum adat sahaja. Tidak dikaitkan kepada Allah
Contoh
Perkataan yang menyebabkan SYIRIK
Yang saya tahu nasi itulah yang mengenyangkan.
Hukum akal ke
pada akal ke,
pada hakikat ke,
itu semua saya TAK TAHU. Yang saya tahu HANYA NASI ITU MENGENYANGKAN @ sebarang perkataan yang sama maksudnya
Kenapa syirik?
1) Sebab tak tahu beza hukum adat dan hukum akal
2) Menafikan hak Allah. Hanya Allah yang mengenyangkan.
contoh ke-2
Sedang Rashidah memandu kereta, tiba tiba keretanya berlanggar secara berhadapan. Rashidah patah kaki.
Pencerahan
Perkataan yang tidak berdosa
Pada adat
Rashidah patah kaki kerana kemalangan jalanraya
Pada akal
Rafidah patah kaki atas kehendak Allah
kerana
PADA AKAL DAN PADA HAKIKAT TIDAK ADA YANG BERKEHENDAK MELAINKAN ALLAH
Kenapa tidak berdosa?
Sebab dia tidak menafikan hak Allah menjadikan "kemalangan jalan raya" dan menjadikan "patah kaki" itu
Perkataan yang menyebabkan SYIRIK
Celaka orang yang langgar kereta saya. Dialah punca kaki saya patah.
Kenapa pula jatuh syirik?
Syirik jika didalam HATInya langsung TIDAK SEDAR @ TIDAK TAHU @ LUPA bahawa sanya pada akal dan pada hakikat,
HANYA ALLAH YANG MENJADIKAN SEGALA GALANYA TERMASUKLAH PATAH KAKI & KEMALANGAN
Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah. Semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an nisa' : 79
Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan