(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 4 Februari 2016

Bab 8 Soalan 54:Disiplin ilmu apa? Disiplin ilmu yang dimaksudkan ialah mempelajari terlebih dahulu ilmu Al Quran bermula dari perkara asas iaitu ILMU AKIDAH sehingga JELAS pada kita PERBEZAAN ANTARA MAKHLUK daripada ALLAH.

Soalan 54


Soalan dari ahli

Apakah yang dimaksudkan dengan Masalah Tauhid 3 seperti yang dicerahkan oleh seorang Ustaz melalui Radio Ikim 95.5 pukul 10.15 pagi hari Jumaat 29/1/2016 ?



Jawapan Soalan 54


Sebenarnya, menurut ASWJ, sekiranya kita memahami sifat 20 dengan mematuhi semua disiplin ilmu, itu dah CUKUP untuk mengelakkan diri kita daripada syirik.

Disiplin ilmu apa?
Disiplin ilmu yang dimaksudkan ialah mempelajari terlebih dahulu ilmu Al Quran  bermula dari perkara asas iaitu ILMU AKIDAH sehingga JELAS pada kita PERBEZAAN ANTARA MAKHLUK daripada ALLAH.

Apa caranya?
Caranya melalui pendidikan Sifat 20

Itulah tujuan mempelajari sifat 20. Supaya kita dapat MENTAHKIQKAN bahawasanya Allah itu "laisakamitslihisyaiun"  yang maksudnya "Allah tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk"

Jika kita DAH FAHAM SIFAT 20 dan beramal seperti yang sepatutnya,

1) tidak faham maksud Tauhid Uluhiyyah pun TAK MENGAPA
2) tidak faham maksud Tauhid Rubiyyah pun TAK MENGAPA
3) tidak faham maksud Tauhid asma wa sifat pun TAK MENGAPA

Memahami maksud 3 istilah itu BUKANNYA WAJIB

YANG WAJIB FAHAM DAH DIAMALKAN ADALAH MENTAUHIDKAN ALLAH SAMA SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH BAGINDA NABI

Apa cara nabi mentauhidkan Allah?
Apa buktinya?

Caranya adalah berdasarkan perintah Allah dalam surah al ikhlas iaitu

ﻗُﻞْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﺣَﺪٌ
Katakanlah.
”Dialah Allah Yang Maha Esa.”
(Al-Ikhlas: 1)

Ayat itu adalah
AYAT PERINTAH
AYAT PERINTAH YANG SANGAT KUAT

Saya ulang semula
Ayat itu adalah AYAT PERINTAH YANG SANGAT KUAT

Perintah apa?
Perintah siapa?

Perintah Allah......
Kalimah ﻗُﻞْ
sebenarnya adalah PERINTAH MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH melalui 3 perbuatan iaitu

1) perbuatan lidah
2) perbuatan anggota
3) perbuatan hati

Barangsiapa TIDAK MENTAUHIDKAN walau melalui salah satu daripada 3 perbuatan itu, sesungguhnya orang itu sudah melakukan SYIRIK & BINASA AKIDAH.

Justeru yang WAJIB kita faham ialah bagaimana mentauhidkan Allah melalui

1) perbuatan lidah @ perkataan
2) perbuatan anggota @ perbuatan
3) perbuatan hati @ iktikad

Semua permasaalahan itu akan SELESAI setelah kita FAHAM SIFAT 20 sehingga TAHKIQ,  tak boleh TAKLIQ, WAJIB TAHKIQ & BERAMAL sehingga mati.

Baik, kita kembali kepada pokok persoalan semula. Sebelum kita kupas isu TAUHID 3, elok kita kupas dahulu maksud TAUHID

TAUHID berasal dari kata dasar AHAD @ ESA. Tauhid bermakna MENGESAKAN.
Apa maksud perkataan "esa" pada akal?
Apa pula maksud perkataan "mengesakan" pada akal?

Untuk memahami maksud esa pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami akan makna "esa pada adat". Yang esa pd akal itu ialah ALLAH. Kita mustahil dapat memikirkan ESA ALLAH pada akal kerana akal kita HANYA mampu memikirkan ESA MAKHLUK pada adat. Itulah kaedah memahami makna ALLAH ESA & MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Oleh sebab itu memahami makna DIRI KITA ESA PADA ADAT dan makna MENGESAKAN PADA ADAT itu akan menghampirkan kefahaman kita kpd makna sebenar ALLAH ESA PADA AKAL & MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Walaupun begitu, persoalan makna esa dan makna mengesakan akan kita bincang pd Soalan 55 insya Allah. Sekarang kita fokus kpd Soalan 54 berhubung TAUHID 3 SERANGKAI.

Pada adat, perkataan TAUHID 3 adalah termasuk perkataan yang MUSTAHIL PADA ADAT.
Kenapa pula mustahil pada adat?
Sebabnya ialah

1) MUSTAHIL 3 itu ESA
2) MUSTAHIL 3 itu SATU

Perkataan TAUHID 3 itu sebenarnya menyamakan Allah dengan akidah Kristian yang disebut "TRINITI" dan boleh membinasakan akidah.

Jadi, macam mana supaya akidah TIDAK ROSAK?

Jawapannya begini.

JANGAN SEBUT TAUHID 3 @ TAUHID 3 SERANGKAI. Bahaya bagi orang yang kurang faham makna sifat 20. Bahaya bagi orang yang tidak faham perbezaan 3 hukum. Boleh sebut perkataan Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat tetapi dengan iktikad bahawasanya ketiga tiganya itu

1) TIDAK PERNAH BERASINGAN
2) TIDAK PERNAH BERBEZA
3) Apabila DISEBUT tauhid rububiyyah @ mana mana  satu dari yang 3 itu maka maknanya itu adalah TIDAK BERBEZA DARI MAKNA 2 YANG LAIN

Jadi kenapa ada 3?
Siapa yang memulakan istilah itu?

Jawabannya ialah, perkataan tauhid rububiyyah,
tauhid uluhiyyah dan tauhid asma wa sifat dicedok dari kitab berasal dari Tanah Arab. Perkataan itu telah diguna pakai di negara ini sejak berpuluh tahun dahulu. Orang yang mengaku golongan Salafi ini telah menggunakan perkataan "Tauhid 3" @ "Tauhid 3 Serangkai" untuk tujuan TERSIRAT iaitu MEMADAMKAN PENGAJIAN SIFAT 20 kerana pada mereka sifat 20 ini adalah BIDA'AH. Itu adalah salah satu istilah golongan yang mengaku salafi yang telah sebati pada masyarakat kita sejak berpuluh tahun dahulu yang tidak disedari oleh pihak yang berwajib.

Masalah sekarang, boleh @ tidak kita gunakan istilah itu?

Jawabannya seperti ini

Persoalan itu sebenarnya masih KABUR. Persoalan wajib JELAS? Persoalan itu adakah dari sudut hukum adat @ hukum akal @ hukum syarak?

Maka pada adat,
perkataan itu adalah BIDA'AH

Jika pada adat sudah BIDA'AH, pada akal pun sama, MUSTAHIL ESA. Maka perkataan "Tauhid 3" @ "Tauhid 3 Serangkai" itu adalah BIDA'AH pada AKAL.

Pada syarak macam mana pula?

Pada syarakpun BIDA'AH juga. Tapi kita masih pd Bab 8, hukum akal.
Bab 9 baru masuk hukum syarak. Maka kita akn bincang semula maksudnya pada syarak setelah selesai Bab 8 ini. Insya Allah

Saya pasti ada yang keliru dengan istilah SATU & ESA serta ESA & MENGESAKAN.

Tidak mengapa, kita akan bincgkn pd Soalan 55 insya Allah. Esa tidak sama dengan satu. Dalam Bahasa Arab

ALLAH ESA = ALLAH AL AHAD.
ALLAH SATU  = ALLAH AL WAHID

Memang berbeza. Kedua duanya itu adalah termasuk nama Allah yang 99. Bukannya satu bahasa baru satu bahasa lama. Kita akan bincang pada Soalan 55 insya Allah

Ok. Persoalan sekarang ini, sudah JELAS bahawa perkataan "TAUHID 3" itu TIDAK BOLEH digunakan pada akal dan pada syarak. Kerana perkataan itu menyerupakan Allah dengan makhluk. Ada persamaan dengan akidah Kristian "Triniti".

Jadi
perkataan Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat, boleh atau tidak pada akal?

Jawapannya terpecah pecah

1) TIDAK BOLEH sama sekali. Kenapa tidak boleh? Kerana berpegang kepada makna yang SAMA dengan makna yang diberikan oleh golongan yang mengaku "SALAFI". Apa makna yang golongan mengaku Salafi berikan?

Mereka MENGANGGAP orang yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah sahaja walaupun TIDAK beriman dengan Tauhid Uluhiyyah itu sebagai BERIMAN KEPADA ALLAH yakni ISLAM tetapi iman mereka TIPIS mungkin 1% mungkin 10% dan mungkin 33.33% sbb TAUHID 3 SERANGKAI maka  100/3 = 33.33

Ayat yang mereka pegang ialah


قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Ertinya
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

(Yunus : ayat 31)

Itulah akibat berpegang kepada ZAHIR ayat. Bagi golongan yang mengaku salafi ini, SEMUA ayat ayat al Quran dan hadith BOLEH DITAFSIR TERUS MENGIKUT ZAHIR AYAT.  Ayat itu BUKAN bermaksud seperti itu. Ayat itu sebenar benarnya bermaksud

sesiapa yang hanya TAHU MENYEBUT kalimah "ALLAH" tetapi TIDAK FAHAM makna kalimah "ALLAH" yang diucapkan itu adalah tetap berada dalam KEKAFIRAN. Masih belum keluar daripada KAFIR. MASIH TETAP KAFIR MUTLAK. Kekafiran org tersebut adalah SAMA seperti kafirnya org yang yang disebutkan oleh ayat al Quran itu.

Daripada ayat itulah, ulama ASWJ sepakat, sekadar menyebut "ALLAH" sahaja seperti yang diucapkan oleh Abu Talib bapa saudara Nabi atau sesiapa sahaja sedangkan mereka TIDAK KENAL ALLAH, hanya sekadar sebutan DIMULUT, maka ALLAH yg mereka maksudkan itu adalah LAIN DARIPADA ALLAH yang dimaksudkan oleh al Quran.

Allah yang mereka sebut dan yang mereka maksudkan itu adalah BERHALA BERHALA mereka BUKANNYA ALLAH YANG ESA TIADA SEUMPAMA AKAN SESUATU @ ALLAH YANG "laisakamitslihisyaiun".

Maka iktikad seperti itu akan membinasakan akidah.

2) Boleh dengan syarat. Apa pula syaratnya?

Syaratnya ialah JANGAN BERIKTIKAD seperti iktikad orang yang mengaku golongan SALAFI yang berpegang kepada ZAHIR AYAT SEMATA MATA.

Mungkin ada ingin bertanya, apa buktinya Allah yang orang kafir sebut itu BERBEZA daripada Allah yang kita sebut?

Saya tunjukkan 2 buktinya dari Al Quran iaitu ayat yg berbunyi

Pertama
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Ertinya
Kata olehmu (Ya Muhammad) Allah Ta'ala itu ESA

Sudah dicerahkan diatas tadi, ayat itu
bermaksud MENTAUHIDKAN ALLAH WAJIB SERENTAK melalui HATI dan dizahirkan dengan PERKATAAN & PERBUATAN. Jika sekadar PERKATAAN @ salah satu dari yang 3 itu maka TIDAK DIKATAKAN SEBAGAI ORANG YANG BERIMAN seperti fahaman golongan yang mengaku "SALAFI"

Bukti kedua

Al-Kafirun Ayat 1 - 06 Dan Terjemah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(1). قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Katakanlah: "Hai orang-orang yang kafir,

(2). لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

(3). وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

(4). وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.

(5). وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

(6). لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku".
سورة الكافرون


Mungkin ada yg tertanya tanya, apa kaitannya ayat yg dibaca itu dengan pengakuan orang kafir bahawa Allah lah yg menjadikan alam semesta ini?

Begini......

Seseorang yang melakukan sebarang sembahan, pasti kenal nama yang mereka sembah. Mustahil seseorang menyembah sesuatu yang tidak dikenalinya.

Kita orang Islam yang beriman pasti TAHU nama Tuhan yang kita sembah iaitulah Allah. Mustahil ada orang Islam  yang tidak tahu nama Tuhan yang mereka  sembah. Mustahil........
Takkan kita menyebut nyebut nama sembahan orang kafir yang kita TIDAK SEMBAH. Takkan kita sebut sebut nama sembahan org beragama Hindu seperti tuhan Vishnu & tuhan Krishna. Sudah tentulah, apabila kita menyebut kalimah "Allah", Allah yang kita maksudkan ialah ALLAH YG MAHA ESA. Mustahil Allah yang kita maksudkan itu vishnu @ krishna.

Begitu jugalah dengan orang kafir, mereka pasti TAHU nama "tuhan" yakni BERHALA yang mereka sembah sembah. Takkanlah Allah yang mereka maksudkan itu Allah yang mereka TIDAK sembah. Sudah tentu, ketika orang kafir itu menyebut nyebut nama Allah, PASTILAH ALLAH yang mereka maksudkan itu adalah BERHALA BERHALA mereka @ MAKHLUK MAKHLUK lain yang hanya ada dalam fikiran tetapi TIDAK WUJUD SAMA SEKALI. Itu termasuk dalam makhluk BUKAN WUJUDI kategori    yang kedua.

Sesiapa yang ingat ingat lupa akan maksud MAKHLUK BUKAN WUJUDI eloklah semak semula pencerahan Soalan 22. Jawaban ada disana.

RUMUSANNYA

1) Perkataan TAUHID 3 @ TAUHID 3 SERANGKAI SANGAT MERBAHAYA. Jika saya TIDAK tersilap, jika saya tersilap, tolong maafkan saya, perkataan itu ADA dalam Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 pada halaman 95-99. Untuk menjaga akidah anak anak kita, kita berdoalah serta merayu kepada Allah moga pihak berwajib MENYEMAK SEMULA SUKATAN PELAJARAN ITU & MENJADIKAN PENDIDIKAN SIFAT 20 SEBAGAI PERKARA WAJIB LULUS.

2) Allah yang disebut oleh orang kafir adalah BERHALA BERHALA mereka. Manakala Allah yg disebut oleh orang yang mengenal Allah @ orang yang beriman  ialah Allah yang "laisakamitslihisyaiun"

3) Orang yang sekadar menyebut nama Allah di mulut tetapi TIDAK BERIMAN @ TIDAK MENYEMBAH ALLAH sebenar2nya masih tergolong sebagai orang MUSYRIK @ org kafir yang tempatnya KEKAL dalam neraka.

Segala yg baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang silap dan salah itu kerana saya memperturut hawa nafsu.


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan