(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 13 Februari 2016

Bab 8 Soalan 58 Berdasarkan Soalan 55 dan 56 a) Apakah makna "DIRI manusia ESA pada adat" b) Ada berapa jenis perkataan yang bermakna BUKAN ESA pada adat? Berikan contoh setiap satu.. c) Apakah tujuan kita mempelajari makna esa makhluk pada adat itu?

Soalan 58


Sama seperti Soalan 56
Untuk memahami makna ZAT ALLAH ESA, kita perlu terlebih dahulu faham akan makna ZAT MANUSIA ESA. Jika kita salah faham akan makna esa makhluk maka kita sudah tentu akan salah faham pada makna Allah esa pada akal dan makna Allah esa pada syarak.

Makhluk esa pada adat
Manusia esa pada adat
Allah esa pada akal tidak sama dengan esa manusia pada adat
Esa manusia itu adalah dalil akal menunjukkan esa Allah.

Berdasarkan Soalan 55 dan 56

a) Apakah makna "DIRI manusia ESA pada adat"

b) Ada berapa jenis perkataan yang bermakna BUKAN ESA pada adat?

Berikan contoh setiap satu..

c) Apakah tujuan kita mempelajari makna esa makhluk pada adat  itu?


Jawapan
Soalan 58


Makna ESA pada adat ialah menyatakan MAKSUD bg 4 perkataan adalah SAMA.

4 perkataan itu ialah

1) sifat
2) zat
3) kelakuan
4) nama

maksud bagi 4 perkataan itu adalah DIRI kita yang SATU

Apabila disebut SIFAT, maksudnya itu ialah DIRI kita iaitu RUPA bagi DIRI kita atau rupa diri makhluk.

Apabila disebut ZAT, maksudnya itu ialah DIRI kita juga iaitu yang terdiri dari zat zat yang berlainan. Berbilang bilang zat pada diri yang SATU.

Apabila disebut KELAKUAN, maksudnya itu ialah DIRI kita. DIRI kita itu yang ada kelakuan. Setiap diri makhluk mesti ada kelakuan.

Apabila disebut NAMA, contohnya Lukman Hakim maka maksudnya itu ialah diri kitalah, DIRI si Lukman Hakim tu. Diri yang disaksikan oleh pancaindera dari hujung rambut hingga hujung kaki zahir dan bathin. Setiap diri mesti ada NAMA.

Secara ringkas, makna ESA pada adat ialah sifat, zat, kelakuan dan nama itu dirujuk kepada ZAT YANG SAMA. 4 perkataan itu adalah Pengenal kepada DIRI kita supaya kita kenal DIRI Allah itu "laisakamitslihisyaiun" .

Ingat ya, pada pencerahan Soalan 32 sebelum ini, TAKRIF atau MAKNA MENGENAL ALLAH IALAH MEMBEZA ANTARA MAKHLUK DENGAN ALLAH. Allah itu TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEKALIAN MAKHLUK.

Oleh itu
Maksud keempat empat perkatasn itu adalah SAMA iaitu DIRI kita atau diri makhluk itu, BUKANNYA 4 PERKARA YANG BERBEZA, BUKANNYA 4 DIRI YANG BERBEZA, BUKANNYA 4 YANG BERLAIN LAINAN. KEEMPAT EMPAT ITU SEBENARNYA ADALAH SAMA iaitu DIRI KITA YANG SATU.

Disebut sifat, zat, kelakuan dan nama hanya sekadar untuk memudahkan kita MENGENAL DIRI SENDIRI. Itu sahaja pada adat. Pada akal pula, supaya kita dapat mengenal makna ESA DIRI ALLAH PADA AKAL. Itulah secara ringkas makna mengenal Allah @ makrifatullah.


2⃣Persoalan kedua ialah

Apakah perkataan yang membawa maksud BUKAN ESA pada adat?

Jawapannya begini


Ada 8 perkataan yang TIDAK BERMAKSUD ESA pada adat. Dalam perkataan lain,  8 perkataan ini membawa maksud BANYAK iaitu

1) berbilang atau berbilang bilang
2) bercampur atau bercampur campur
3) berhimpun atau berhimpun himpun
4) bersusun atau bersusun susun
5) berlapis atau berlapis lapis
6) bersuku atau bersuku suku
7) bercerai atau bercerai cerai
8) berpihak atau ada arah

Apa maknanya setiap satu?

1) Makna Berbilang bilang

Berbilang2 bermaksud boleh dikira atau ada bilangannya atau ada jumlahnya. Mungkin 2, 3 atau lebih.


2) Makna Bercampur

Bercampur ialah dua atau lebih benda atau zat bercampur. Ada setengahnya SEBATI menjadi SATU. Ada setengahnya TETAP TERASING dan jika salah satu zat benda itu diambil, zat yang lain TIDAK rosak.

Contohnya TETAP TERASING seperti tepung bercampur dengan kacang. Jika kacang diasingkan, tepung tidak rosak.

Contoh SEBATI seperti tepung + air + udang dicampur hingga SEBATI dan digoreng menjadi kuih cucur udang.

3) Makna Berhimpun

Perkataan yang sama maksud ialah berhubung atau bercantum atau bersuatu. Bukan "bersatu" ya tapi "bersuatu" Bersuatu berbeza dengan bersatu.

Makna "Bersuatu"
ialah apabila 2 atau lebih benda "bersatu" dan sekiranya salah satu benda itu "keluar" atau diambil TIDAK MENCACATKAN mana mana zat.

Contohnya :

Seorang IBU YANG SEDANG MENGANDUNG. Ibu dan anak dalam kandungan itu disebut BERSUATU. Jika anak itu dah "keluar" zat ibu dan anak TIDAK kurang apa apa. Tidak mencacatkan zat yang lain.

Makna "Bersatu"
pula berbeza iaitu jika salah satu zat atau diri diambil atau dikeluarkan maka mencacatkan zat yang lain.

Contoh

Kuih cucur udang. Jika udangnya diambil maka kuih cucur udang itu sudah "CACAT" atau tidak sempurna.

Saya ulang semula
makna "berhimpun" itu
2 atau lebih benda wujud atau zat  terkumpul menjadi "SATU". Boleh dikerat bahagi.

Contohnya diri kita

Ada zat tangan, ada zat kaki dan 1001 zat yang lain


4) Makna Bersusun

2 atau lebih benda wujud atau zat tersusun RAPI

dari bawah ke atas atau
dari kiri ke kanan atau
dari depan ke belakang

Contohnya ialah 7 buah buku tersusun RAPI. Jika salah satu diambil TIDAK mencacatkan buku yang lain.Tidak mencacatkan zat yang lain.


5) Makna Berlapis

Makna yang sama dengan berlapis adalah bertindih atau bersentuh.

Makna berlapis
Ialah 2 atau lebih benda atau zat tersusun tetapi TIDAK SEMESTINYA TERSUSUN RAPI

dari kiri ke kanan
dari depan ke belakang
dari bawah ke atas

contohnya ialah 2 helai tikar yg bertindih atau berlapis. Tidak semestinya bertindih secara rapi. Itulah contoh makna berlapis.


6) Makna Bersuku suku

Perkataan yang sama maksud dengan "bersuku suku" ialah

berkategori,
berjenis jenis,
ber"partition",
berdaerah daerah,
dan lain lain

Contohnya bangunan
ada blok A, blok B, blok C, blok D dan lain lain.


7) Makna Bercerai

2 atau lebih benda wujud yang asalnya "SATU" kemudiannya terpisah.

Contohnya 10 kg beras dalam plastik dibahagi bahagi kepada beberapa orang. Zat beras itu TIDAK rosak walau terpisah.

8) Makna Berpihak

Makhluk yang ada 8 dimensi iaitu

kiri-kanan
depan-belakang
atas-bawah
luar-dalam

Persoalan terakhir ialah:

3⃣Apakah tujuan kita mempelajari makna esa pada adat itu?

Tujuannya ialah supaya kita tahu MENGENAL ALLAH iaitu membezakan antara makhluk daripada Allah.

Apa bezanya?

Kita tahu setiap yang sabit pada sekalian makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka makna ESA dan makna BUKAN ESA pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah

Oleh itu, kita dapat MENAFIKAN 8 perkara pada Allah. Dalam istilah Arab disebut sebagai "KAM"

 "muttasil" متصل....berhubung
dan
"mumfasil" منفصل.. terpisah

yakni MUSTAHIL sabit pada Allah 8 perkara yang sabit pada sekalian makhluk iaitu

1) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berbilang bilang.

2) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bercampur campur.

3) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berhimpun himpun.

4) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berlapis lapis.

5) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bersusun susun.

6) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bersuku suku.

7) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang bercerai cerai.

8) Mustahil makna zat Allah itu sama seperti makna zat makhluk yang berpihak.

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
surah an Nisa' : 79


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan