(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 9 Februari 2016

Bab 8 Soalan 56; SEMUA yang sabit pada manusia itu adalah BUKTI menunjukkan MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh itu, berdasarkan Soalan 55 a) Apakah perbezaan makna "DIRI manusia SATU pada adat" dengan makna "DIRI Allah SATU pada akal dan pada syarak" ??? Dalam perkataan lain, apakah makna SATU pada adat? Dari makna SATU pada adat itu, terbitkan makna SATU pada akal.

Soalan 56


Diri kita ada, diri Allah pun ADA tetapi tidak  sama dengan kita.
Diri kita melihat, diri Allah pun MELIHAT tapi tak sama dengan kita.
Diri kita mendengar, diri Allah pun MENDENGAR tapi tidak sama dengan kita.
Diri kita hidup, diri Allah pun HIDUP tetapi tidak sama dengan kita

Diri manusia SATU, diri Allah pun SATU tetapi tidak sama dengan kita

Pendek kata,

SEMUA yang sabit pada manusia itu adalah BUKTI menunjukkan MUSTAHIL sabit pada Allah.

Oleh itu, berdasarkan Soalan 55

a) Apakah perbezaan makna

"DIRI manusia SATU pada adat"
dengan makna
"DIRI Allah SATU pada akal dan pada syarak" ???

Dalam perkataan lain,
apakah makna SATU pada adat?

Dari makna SATU pada adat itu,
terbitkan makna SATU pada akal.

b) Apakah sebenarnya yang SATU itu?

c) Apa sebenarnya TUJUAN kita mempelajari makna SATU pada adat dan makna satu pada akal dan pada syarak?

Berikan contoh setiap satu.


Makna SATU pada adat

ialah menafikan BANYAK dan apabila diambil sebahagian zat maka rosaklah @ binasalah ZAT @ DIRI itu.

Makna BANYAK pula ialah 2 atau lebih yakni 2, 3, 4 dan seterusnya. Pada adat dan pada syarak, kita WAJIB YAKIN dan WAJIB PERCAYA bahawa sanya diri kita HANYA SATU bukannya 2, MUSTAHIL 2, bukannya 3 atau lebih. Tidak ada diri yang lain selain yang disaksikan oleh pancaindera sendiri dan disaksikan oleh pancaindera orang lain. TIDAK ada diri lain @ diri BATHIN yang SAMA 100% seperi diri yang ZAHIR ini.

DIRI yang SATU inilah adalah KESATUAN ZAT yang zahir seperti jasad dan zat yang BATHIN seperti nyawa, akal dan nafsu.

Kita ulang sekali lagi

Makna SATU pada adat ialah menafikan BANYAK yakni 2 atau lebih dan apabila sebahagian zat diambil maka rosak @ binasalah ZAT itu @ DIRI itu.

Apa contoh makna rosak @ binasa?

Baik, saya berikan 3 contoh

Contoh 1.

Pada adat
Apabila kaki dipotong kedua dua belah pada paras lutut, maka

1) cacatlah zat kaki
2) cacatlah diri itu.
3) diri tidak dapat melangkah.

Contoh 2

Pada adat
Apabila mata buta kedua dua belah maka
1) cacatlah zat kepala
2) cacatlah diri itu
3) diri tidak dapat melihat

Contoh 3

Pada adat
Apabila putus leher maka

1) cacatlah diri
2) matilah diri @ binasalah diri

Itulah 3 contoh MAKNA SATU DIRI KITA PADA ADAT


Makna "zat" dan "diri" disini adalah sama seperti yang dicerahkan pada Soalan 55. Sesiapa yang belum menyemak pencerahan Soalan 55, eloklah tengok eloklah dengar.

Persoalan seterusnya

Apa pula makna SATU dari sudut ilmu akidah @ ilmu usuluddin?

Jawapannya begini



Dari sudut ilmu usuluddin, makna DIRI KITA SATU ialah

KESATUAN semua ALAT zahir dan bathin

atau

KESATUAN semua KELENGKAPAN zahir dan bathin

atau

KESATUAN semua ZAT zahir dan bathin

KESATUAN SEMUA itulah yang disebut DIRI YANG SATU

Apa contohnya?
Contohnya pertama ialah

Jika diri kita tidak ada NAFSU @  PEKEHENDAK dengan nafsu maka diri kita TIDAK dapat BERKEHENDAK pada adat.

Contoh kedua ialah

Jika diri kita tidak ada LIDAH @  PEKATA dengan lidah maka diri kita TIDAK dapat BERKATA KATA pada adat.

Contoh ketiga ialah

Jika diri kita tidak ada NYAWA @ ROH maka diri kita TIDAK dapat HIDUP pada adat.

Itulah 3 contoh zat pada diri kita yang menerangkan makna SATU pada adat. Jika kurang salah satu ZAT maka CACAT @ KURANG @ BINASALAH diri itu pada adat.

Saya FAHAM, ada yang keliru. Ramai yang keliru.Saya sebutkan kekeliruan timbul akibat SALAH FAHAM pada makna SATU dan makna ESA.

Orang yang keliru berkata seperti ini,

ROH @ NYAWA itu diri yang kedua
ROH itu diri yang bathin.
ROH itu sebenar benar diri.

Itu antara perkataan yang timbul akibat salah faham akan maksud SATU & ESA

Baik,
pencerahannya begini
Kita lihat ayat Al Quran berikut


وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Ertinya :

Kalau kamu melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): `Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar`, (tentulah kamu akan merasa ngeri)
(al Anfal 8 : 50)

Diambil dpd maksud ayat itu, MAYAT FIRAUN yang sedang dipamerkan  didalam muzium di Mesir sebenar benarnya SEDANG DIAZAB OLEH ALLAH dan akan terus diazab sehingga hari KIAMAT. Barang siapa yang TIDAK PERCAYA bahawa Firaun yg sudah mati pada adat itu dan jasadnya berada dihadapan MATA kita sebenar benarnya SEDANG DIAZAB oleh Allah maka BINASA AKIDAHNYA.

Kenapa pulak binasa akidah?

Kerana menganggap ROH FIRAUN sahaja yang menerima azab JASADNYA TIDAK DIAZAB. Dengan alasan jasadnya elok tersimpan didalam peti kaca dalam muzium.

Itulah akibat salah faham makna SATU.
ROH sahaja BUKAN DIRI kita
JASAD sahaja pun BUKAN DIRI kita

Sama seperti MATA, alat utk MELIHAT
ROH @ NYAWA alat untuk HIDUP

Mata itu BUKANNYA DIRI kita
tapi
Zat Mata itu sebahagian dari DIRI

Roh @ nyawa BUKANNYA DIRI kita
tapi
Zat nyawa itu adalah sebahagian dari DIRI

Maka secara ringkas, bolehlah disebut bahawa sebenar benar diri itu ialah KESATUAN ROH DAN JASAD. Dalam perkataan lain, ROH & JASAD itu adalah DIRI YG SATU. Bukannya 2 diri yang berbeza.

KESATUAN ROH & JASAD itulah yang menerima tanggungjawab mengesakan Allah SERENTAK melalui 3 perbuatan iaitu perbuatan hati, perbuatan anggota perbuatan lisan spt perintah Allah pd ayat

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

Perintah mengesakan Allah itu bukannya kepada jasad sahaja. Perintah itu juga bukannya kepada roh sahaja tetapi kepada DIRI YANG SATU iaitu KESATUAN ROH & JASAD

Tetapi akibat menganggap ROH & JASAD BUKANNYA SATU tetapi 2 diri yang berbeza, jasad sebagai diri yang zahir, roh sebagai diri bathin @ sebenar benar diri maka mereka TIDAK PERCAYA MAYAT FIRAUN ITU SEDANG DIAZAB OLEH ALLAH. Sebaliknya mereka percaya ROH FIRAUN YANG SEDANG DIAZAB bukannya MAYAT FIRAUN YANG ADA DIHADAPAN MATA ITU

Kepercayaan seperti itu sebenarnya TANPA SEDAR menganggap Allah itu LEMAH dan  TIDAK ADIL

Kenapa pulak?

Kerana Allah HANYA menyiksa ROH Firaun sahaja tetapi jasadnya yang sama sama melakukan DOSA MENGAKU TUHAN semasa hidup dibiarkan tanpa menerima pembalasan. Adil ke mcm tu? Sudah tentu TIDAK ADIL.

Itulah akibat salah faham akan  makna SATU pada adat dan menyebabkan salah pula memahami makna al WAHID pada akal dan pada syarak.

Persoalan seterusnya sekarang ialah

Apakah makna DIRI ALLAH SATU PADA AKAL @ SATU PADA SYARAK iaitu al Wahid?

Pencerahannya begini

al Wahid adalah salah satu daripada nama Allah yang 99. Perkataan itu ada dalam al Quran pada ayat ke-65 Surah Sod . Allah yang berkata DIRINYA SATU @ AL WAHID


(قُلْ إِنَّمَا أَنَا مُنْذِرٌ ۖ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ)
(Surah Sod : 65)

Maka pengenal kita kpd Allah yg SATU @ Allah al Wahid  itu WAJIB SAMA dgn apa yg disebutkan oleh Allah dalam al Quran dan DALIL AKAL.

Pencerahan tentang dalil akalnya adalah seperti ini

Diambil daripada makna DIRI KITA satu pada adat maka makna DIRI ALLAH SATU PADA AKAL ialah

1) menafikan Allah itu BANYAK yakni menafikan ada 2 Allah atau lebih dari 2 diri yang SAMA @ SERUPA dengan DIRI Allah.

2) menyatakan jika salah satu daripada kelengkapan Allah itu kurang maka BINASALAH DIRI ALLAH itu. Maka perkara seperti itu adalah MUSTAHIL pada akal.

Kenapa mustahil?
Apa contohnya?
Contohnya ialah

Jika sifat QUDRAT itu TIDAK ADA pada diri Allah maka Allah itu LEMAH kerana TIADA QUDRAT @ KUASA menjadikan makhluk. Sedangkan kita TAHU sekalian ALAM SUDAH JADI. TIDAK ADA LAGI YG BELUM.JADI Maka mustahil pada akal dan pada hakikat.

Jika IRADAT itu TIDAK ADA pada diri Allah maka Allah itu LEMAH kerana tidak dapat melakukan sekehendakNYA kepada makhluk. Sedangkan kita lihat TIDAK ada seorangpun manusia @ makhluk  yang dapat melepaskan diri dari MATI iaitu KEHENDAK ALLAH. MATI ITU KEHENDAK ALLAH. Maka mustahil pada akal dan pada hakikat.

Itulah 2 contoh makna SATU PADA AKAL

Persoalan terakhir ialah apakah tujuan mempelajari makna DIRI KITA SATU pada adat dan DIRI ALLAH SATU PADA AKAL & PADA SYARAK?


Tujuan mempelajari makna SATU pada adat dan makna al wahid pada akal dan pada syarak ialah

1) supaya kita YAKIN bahawasanya diri kita hanya SATU bukannya DUA iaitu diri yang zahir yang disaksikan oleh pancaindera sendiri dan pancaindera orang lain.

2) Supaya kita dapat menolak fahaman MENDUAKAN DIRI YG SATU iaitu mendakwa diri manusia itu ada DUA iaitu yang diri yang ZAHIR dan diri yang BATHIN @ sebarang perkataan yg membawa maksud yang sama.

3) Supaya kita dapat YAKIN & PERCAYA bahawasanya diri kita iaitu kesatuan roh dan jasad zahir dan bathin yang sebenarn benarya adalah SATU, itulah yang akan MENERIMA PEMBALASAN samada BAIK @ BURUK BERMULA PADA SAAT MATI. Bukannya diri yang kedua @ bukannya diri yang bathin @ bukannya ROH SAHAJA.

Dalilnya daripada al Quran ialah

وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Ertinya :

Kalau kamu melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): `Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar`, (tentulah kamu akan merasa ngeri)

(al Anfal : 50)

Maksud "kamu" dan "orang2 kafir" pada ayat itu adalah ROH & JASAD. Bukannya roh sahaja. Bukannya jasad sahaja. Tetapi kesatuan roh dan jasad yg sebenar2nya adalah SATU.

4) Supaya kita dapat mengelakkan diri daripada SYIRIK iaitu mengata Allah itu dua @ MENDUAKAN ALLAH YANG SATU pada akal dan SATU pada syarak. Bukannya 2, 3 atau lebih.

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
an nisa': 79


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan