(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 20 Februari 2016

Bab 8 Soalan 61: Apakah DALIL AKAL bagi Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat iaitu 6 sifat yang pertama dari Sifat 20?

Jawapan
Soalan 61


Apakah DALIL AKAL bagi Wujud Qidam Baqo hingga Wahdaniat iaitu 6 sifat yang pertama dari Sifat 20?

Pencerahan


Pada akal dan pada hakikat akal, TUHAN bernama Allah itu TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk

Pada syarak dan pada hakikat syarak pula Allah yang menjadikan sekalian makhluk itu  "laisakamitslihisyaiun" buktinya pada ayat ke-11 syurah as-Syura
ِْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌُ
Ertinya:
Tiada sesuatupun yang serupa denganNYA

Makna ayat itu telah dicerahkan pada Soalan pertama.

Oleh kerana ALLAH itu TIDAK ADA PERSAMAAN dengan sebarang makhluk @  "laisakamitslihisyaiun" maka Allah itu TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN oleh akal.

Sebenar benarnya walau bagaimana bijak manusia pun, akal manusia sama sekali TETAP SELAMA LAMANYA TIDAK MAMPU memikirkan bagaimana sebenar benarnya HAKIKAT KEWUJUDAN ALLAH itu.

Saya berikan  contoh supaya mudah faham.

Secanggih manapun robot mirip manusia, walau semua ahli sains seluruh dunia berkumpul utk mencipta robot paling canggih 100% mirip manusia sehingga TIDAK boleh dibezakan samada manusia @ robot, namun robot ciptaan manusia itu SELAMA LAMANYA TIDAK AKAN MAMPU MEMIKIRKAN PENCIPTANYA.

Itulah DALIL AKAL menunjukkan bahawasanya sebijak bijak manusia, namun akal manusia yang paling bijak itu SELAMA LAMANYA TIDAK AKAN MAMPU MEMIKIRKAN BAGAIMANA SEBENAR BENARNYA HAKIKAT "WUJUD" ALLAH itu melainkan memikirkan hakikat "wujud" makhluk.

Sesungguhnya akal manusia itu hanya mampu memikirkan dirinya dan mampu memikirkan makhluk kerana dirinya dan makhluk itu shj yang ada persamaannya dengan makhluk lain.

Maka
Kita TIDAK akan mampu mentahkiqkan kewujudan Allah itu melainkan terlebih dahulu mentahkiqkan kewujudan makhluk. Itulah disiplin ilmu untuk MENGENAL ALLAH.

Dalam erti kata lain, dalil akal itu HANYA SEKADAR MENGHAMPIRKAN KEFAHAMAN KITA KEPADA MAKNA SEBENAR "WUJUD" ALLAH.

Saya ulang semula DALIL AKAL itu hanya sekadar untuk menghampirkan kefahaman kita kepada MAKNA SEBENAR "WUJUD ALLAH" @ makna sebenar "KEWUJUDAN ALLAH"

Kita lihat sifat 20 yang pertama iaitu ALLAH WAJIB WUJUD

Pada akal &
pada hakikat
Allah itu WAJIB WUJUD

Kita semua YAKIN Allah itu memang WAJIB WUJUD, tapi masalahnya macam mana nak TAHKIQ?

Menurut ASWJ, pengenal kita kepada Allah itu WAJIB TAHKIQ, TIDAK SAH IMAN JIKA KITA MASIH TAKLIQ yakni ikut ikutan

Dalil pegangan kita TIDAK BOLEH IKUT IKUTAN @ TAKLIQ ialah

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُْ
Ertinya:
Ketahui olehmu (ya Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah

Surah Muhammad
ayat 19

Tapi persoalan sekarang ialah
Apa sebenarnya makna TAHKIQ?
Apa sebenarnya makna TAKLIQ?
Bagaimana nak TAHKIQ?
Bagaimana nak keluar dari TAKLIQ?

Bagaimana nak mentahkiqkan Allah itu WAJIB WUJUD?

Itulah masalah kita....
Itulah masalah keluarga kita

Baik, jangan risau
Kita cerahkan satu persatu insya Allah

Perkataan "tahkiq" berasal dari kata dasar "hak" dalam Bahasa Arab. "Hak" bermakna "benar benar" @ "sebenar benar". Tahkiq bermakna "meng'HAK'kan yang 'HAK' @ membenarkan yg benar @ membenarkan yang sebenar benar.

Apa pula makna "membenarkan" disini?

Baik, saya berikan 1 contoh untuk menghampirkan faham

Katalah kita hendak memasak lauk. Jika orang minta kita masak lauk yang SEDAP,  kita mampu memasak lauk yang SEDAP. Kita dan orang lain 'memang rasa SEDAP". Itu contoh TAHKIQ dalam memasak lauk. Jika kita sendiri dan orang lain kata "tak sedap" itu maknanya masih "belum tahkiq" atau masih ikut ikutan. Dalam perkataan lain masih lagi "takliq" dalam ilmu memasak.

Begitulah juga dalam ilmu AKIDAH. Kita perlu betul betul faham. Tanda faham ialah kita mampu menerangkannya kepada anak anak sendiri yakni menunjukkan BUKTI BUKTI PEGANGAN kita itu dari sudut AKAL dan sudut SYARAK.

Saya ulang semula, tanda TAHKIQ ialah dapat membuktikan pegangannya itu dari sudut AKAL DAN sudut SYARAK. Bukan dari sudut syarak sahaja. Dan juga bukan dari sudut akal sahaja. Bukti dari sudut akal disebut DALIL AKAL. Bukti dari sudut syarak disebut DALIL SYARAK. Dalil akal diambil dari sekalian alam @ makhluk. Dalil syarak pula diambil dari al Quran @ Hadith.

Jika sekadar faham dari sudut syarak @ dari sudut akal sahaja, masih dikira BELUM TAHKIQ. Dalam perkataan lain masih lagi ikut ikutan @ TAKLIQ.

Kita lihat semula sifat 20 yang pertama iaitu ALLAH WAJIB WUJUD

Pada akal dan pada hakikat, hanya Allah wajib wujud. Pada akal, mustahil ada makhluk yang wajib wujud.
Jika ada makhluk yang wajib wujud maka ada makhluk yang memiliki persamaan dengan Allah.
Perkara itu selama lamanya TIDAK diterima oleh akal yang sihat

Jadi
apa yang diterima oleh akal?
Perkara yang diterima oleh akal ialah TIDAK ADA SELAMA LAMANYA walau satu makhlukpun yang memiliki persamaan dengan Allah.

Dalam perkataan lain, TIDAK DITERIMA oleh akal sama sekali ada makhluk walau satu makhluk sekalipun yang WAJIB WUJUD akan tetapi saaaangat  diterima akal bahawa sesungguhnya sekalian @ semua makhluk itu HARUS WUJUD selama lamanya.

Mungkin ada yg tertanya tanya, apa pula makna semua makhluk HARUS?

Baik. Persoalan itu telah dicerahkan pada Soalan 6. Sesiapa yang ingat ingat lupa eloklah dengar semula audionya. Walau bagaimanapun, kita cerahkan secara ringkas makna HARUS tersebut.

Maknanya ialah

Semua makhluk mungkin ada, mungkin tidak ada

Kenapa mungkin ada mungkin tidak ada??

Kerana TIDAK ADA sesiapa yang dapat memaksa Allah untuk menjadikan sebarang makhluk. Segala galanya TERSERAH KEPADA ALLAH.

Jika Allah NAK JADIKAN, DIA JADIKAN, MAKA JADILAH

Jika Allah TAK NAK JADIKAN, DIA TAK AKAN JADI.

Dalam perkataan lain, TIDAK ADA QUDRAT & IRADAT yang menyerupai Qudrat & Iradat Allah yang mampu menjadikan daripada TIDAK ADA kepada ADA @ mentiadakan daripada ADA kepada TIDAK ADA

Itulah makna harus dan contohnya sekali..

Pendek kata

Sekalian makhluk HARUS ADA, tidak ada makhluk yg terkecuali. Itulah dalil akal menunjukkanlah kpd kita bahawa sesungguhnya Allah itu WAJIB ADA, WAJIB WUJUD selama lamanya.

Kita tahu, setakat pencerahan itu sahaja masih ada yg belum JELAS dan belum TAHKIQ ( تحقيق) akan makna ALLAH WUJUD. Kita akan cerahkan lagi agar lebih JELAS dan lebih TAHKIQ.

Sebenarnya, PADA AKAL
apabila disebut makhluk HARUS ADA @ HARUS WUJUD maka tersimpan maknanya itu 5 PERKARA iaitu

1⃣Yang pertama :
Pada akal
Semua makhluk ADA PERMULAAN. Tidak ada makhluk  yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL ADA PERMULAAN. Dalam Bahasa Arab disebut QIDAM iaitu ALLAH WAJIB SEDIA ADA.

2⃣Yang kedua :
Pada akal
Semua makhluk BERUBAH. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL BERUBAH. Dalam Bahasa Arab disebut BAQO iaitu ALLAH WAJIB KEKAL

3⃣Yang ketiga :
Pada akal
Semua makhluk ADA MAKHLUK YANG SEUMPAMANYA. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL ADA YANG SEUMPAMANYA. Dalam Bahasa Arab disebut MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH iaitu ALLAH WAJIB BERSALAHAN DENGAN SEKALIAN MAKHLUK

JUSTERU ITU
==============================
SEMUA YANG DIFIKIRKAN & SEMUA YANG TERLINTAS DI DALAM HATI ITU ADALAH MAKHLUK YANG AKAN BINASA
==============================

4⃣Yang keempat :
Pada akal
Semua makhluk ADA KEKURANGAN @ ADA KELEMAHAN. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan Allah itu MUSTAHIL ADA KELEMAHAN. Dalam Bahasa Arab ialah QIYAMUHU BINAFSIH iaitu ALLAH WAJIB BERDIRI SENDIRI

5⃣Yang Kelima :
Pada akal
Zat semua makhluk itu BERBILANG BILANG. Berbilang bilang zat pada zat yang SATU. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Itulah dalil akal menunjukkan MUSTAHIL zat Allah berbilang bilang. Dalam Bahasa Arab ialah WAHDANIAT iaitu ZAT ALLAH WAJIB ESA TIDAK BERBILANG BILANG

Ringkasnya
PADA AKAL
Setiap yang sabit pada sekalian makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Oleh sebab itu, 5 perkara yang sabit pada semua makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah.

Justeru
PADA AKAL
Apabila disebut ALLAH WUJUD @ ALLAH WAJIB WUJUD maka  tersimpan pada perkataan itu 5 PERKARA TENTANG ZAT ALLAH @ TENTANG DIRI ALLAH yang disebut sebagai sifat NAFSIAH iaitu

1⃣ DIRI Allah itu WAJIB QIDAM,  MUSTAHIL ada permulaan

2⃣ DIRI Allah itu WAJIB BAQO MUSTAHIL berubah

3⃣ DIRI Allah itu WAJIB MUKHOLAFAH, MUSTAHIL ada yang seumpamaNYA

4⃣ DIRI Allah itu WAJIB QIYAMUHU BINAFSIH  MUSTAHIL ada kelemahan

5⃣ DIRI Allah itu WAJIB WAHDANIAT MUSTAHIL berbilang bilang


Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79

Maaf zahir batin
Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan