(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 28 Februari 2016

Bab 8 Soalan 65 : Persoalan Umum Dari pencerahan Soalan 64, kenapa pula perkataan "DIKERANAKAN" tidak boleh digunakan kepada Allah? Kenapa pula perkataan itu dikatakan "membatalkan makna Allah SATU DAN membatalkan makna Allah ESA" ? Apakah sebenarnya makna perkataan "DIKERANAKAN" pada adat, pada akal dan pada syarak? Berikan contoh.

Jawapan
Soalan 65


Persoalan Umum

Dari pencerahan Soalan 64,
kenapa pula perkataan "DIKERANAKAN" tidak boleh digunakan kepada Allah? Kenapa pula perkataan itu dikatakan "membatalkan makna Allah SATU DAN membatalkan makna Allah ESA" ?

Apakah sebenarnya makna perkataan "DIKERANAKAN" pada adat, pada akal dan pada syarak?

Berikan contoh.


Jawapan
Soalan 65


Pada adat

Perkataan yang hampir sama maksud dengan "dikeranakan" ialah "disebabkan"

Pada adat, perkataan itu bermaksud ADA PENYEBAB kepada sesuatu. Contohnya ialah

1)
Ali makan "kerana" lapar
Ali makan "sebab" lapar

"makan" dan "lapar" adalah 2 benda yang berbeza

Si Ali makan disebabkan sesuatu iaitu "lapar". Jika TIDAK LAPAR si Ali TIDAK makan

2)
Si Ali membeli meja 'kerana" hendak menulis diatas meja

"membeli meja" dan "menulis" adalah dua perkara yang BERBEZA

Jika TIDAK kerana ingin menulis diatas meja, si Ali TIDAK membeli meja

Perkataan itu adalah BENAR
TIDAK SALAH

Perkataan "kerana" atau "dikeranakan" membawa 2 maksud yang berbeza iaitu membawa maksud BANYAK.

Oleh sebab itu apabila disebut perkataan
"Qodirun kerana Qudrat"
atau "Qodirun dikeranakan Qudrat"
atau "sifat" yang dikeranakan "sifat"

maka perkataan itu sebenar2nya membawa makna BANYAK dan makna Qodirun dan Qudrat itu sebagai 2 yang BERBEZA PADA AKAL yakni :

1) salah satu bermaksud Allah yang Qudrat dan

2) salah satu lagi bermaksud Allah yang TIADA Qudrat Atau BUKAN Qudrat.

Sedangkan kita tahu Qudrat dan Qodirun itu adalah SATU PADA AKAL dan ESA PADA AKAL. Bukannnya dua yg berbeza. Bukannya dua yang berlainan. Jika BERBERZA ATAU BERLAINAN maka sifat Allah itu SUDAH BERBILANG BILANG. Jika berbilang bilang maka sifat Allah itu ADA PERSAMAAN dengan sifat makhluk.

Kenapa pulak?
Sebabnya sifat yang berbilang bilang itu adalah sifat makhluk. Setiap yang sabit pada makhluk maka mustahil sabit pada Allah.

Dibilang bilangkan
1) Qudrat
2)Qodirun
BUKAN kerana Qudrat dan Qodirun itu BERBEZA akan tetapi untuk menghampirkan faham kita kepada makna Allah SATU Dan Allah ESA pada akal.

Sesiapa yang lupa makna SATU DAN ESA eloklah semak semula pencerahan sebelum ini

Itulah 1 contoh sifat yang dikeranakan sifat yang lain. Pada akal, perkataan itu sebenarnya MEMBATALKAN MAKNA SATU dan MENDUAKAN YANG SATU yakni MENDUAKAN ALLAH PADA AKAL

Nauzubillah

Apakah dalilnya pada syarak, perkataan "dikeranakan" tidak boleh digunakan untuk Allah?

Dalilnya ialah

Al-Ikhlas,
ayat 1:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): " Allah Yang Maha Esa"

Persoalan pasti timbul

Apa kaitannya ayat itu dengan perkataan "dikeranakan"

Ayat Qul ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) dalam surah al Ikhlas itu sesungguhnya adalah ayat PERINTAH yang SANGAT KUAT supaya kita

1) mengata Allah ESA
2) MENGESAKAN Allah SERENTAK melalui 3 perbuatan iaitu perbuatan hati iaitu iktikad, perbuatan lidah iaitu perkataan dan anggota iaitu tingkahlaku yang lebih biasa disebut sebagai PERBUATAN sahaja.

Sebelum ini pada Soalan 56, 58 dan 59 sudah dicerahkan perbezaan makna ESA dan SATU. Makna esa lebih khusus berbanding makna "satu" dan membawa maksud "semua yang esa itu adalah SATU"

Oleh itu
ayat قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ itu juga bermaksud PERINTAH mengata Allah SATU dan MENJAUHI sebarang PERBUATAN YANG MEMBATALKAN MAKNA SATU atau makna ALLAH itu SATU. Dalam perkataan lain, setiap perkataan yang yang membawa makna Allah itu BANYAK yakni 2 atau lebih adalah MEMBINASAKAN AKIDAH.

Apa dia perkataan yang membawa makna Allah itu BANYAK?

Jawabannya
Makna "banyak" telah dicerahkan pada Soalan 59 & 60.

Kita lihat pula bukti tambahan pada ayat yang ke-19 surah al An'am yang ertinya seperti berikut

Al-An'am : 19

قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَا دَةً قُلِ اللَّهُ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰ قُل لَّا أَشْهَدُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Ertinya
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang SATU, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

(al-An'am : 19)

Itulah bukti kedua yang lebih KHUSUS melarang sebarang perbuatan yang MEMBATALKAN MAKNA SATU  bagi Allah.

Kekuatan Perintah MENGATA ALLAH SATU atau قُلْ pada ayat ُ( قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ) adalah sama dengan kekuatan Perintah MENGATA ALLAH ESA atau قُلْ  pada ayat ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)

Oleh itu, kedua dua ayat tersebut adalah ayat PERINTAH YANG SANGAT KUAT supaya setiap mukallaf

1) mengata Allah SATU
2) mengata Allah ESA
3) MENGESAKAN Allah
4) MENJAUHI PERKATAAN ATAU IKTIKAD ATAU PERBUATAN YANG MEMBAWA MAKSUD ALLAH ITU "BANYAK"

Sekiranya kita TIDAK tahu salah satu dari 4 PERINTAH ALLAH itu sesungguhnya AKIDAH KITA MASIH BELUM SELAMAT daripada BINASA.

Oleh sebab itulah, supaya akidah selamat, kita bersama sama mengajak dan berkongsi ilmu ilmu AKIDAH.

Insya Allah

Persoalan sekarang, apakah perbuatan yang membawa makna BANYAK?

Persoalan itu sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 58 & 59
Secara ringkasnya, perkataan yang membawa maksud "banyak" adalah 8 perkara iaitu

1) yang berbilang ayau berbilang bilang.
2) yang bercampur atau bercampur camput.
3) yang berhimpun atau berhimpun himpun.
4) yang berlapis atau berlapis lapis.
5) yang bersusun atau bersusun susun.
6) yang bersuku atau bersuku suku.
7) yang bercerai atau bercerai cerai.
8) yang berpihak atau berarah arah.

Perkara ini akan dibincang lebih lanjut pada Soalan 66 in sya Allah

Persoalannya sekarang ialah
Apakah contoh perkataan yang membawa makna Allah banyak?

Ingat ya,
sekadar perkataan yang membawa makna BANYAK sahaja yakni membawa makna ALLAH BANYAK pun SUDAH BINASA AKIDAH, belum lagi perkataan yang JELAS MENGATA ALLAH BANYAK, terlebih lebih lagilah MEMBINASAKAN AKIDAH. Contoh perkataan yang JELAS adalah  seperti berikut :

1) ada Tuhan yang SERUPA dengan Allah
2) ada Allah yang lain selain Allah yang Maha Esa
3) Allah yang orang kafir sebut itu ADA PERSAMAAN DENGAN Allah yang orang Islam sebut

dan 1001 contoh perkataan yang JELAS "MENDUAKAN" ALLAH YANG SATU dan sesungguhnya perkataan itu adalah JELAS MEMBINASAKAN AKIDAH

Perkataaan yang TIDAK JELAS menduakan Allah atau telah dilafazkan tanpa sengaja tetapi membawa maksud Allah BANYAK adalah seperti 7 perkataan ini

1) Allah berkuasa "KERANA" ada SIFAT PEKUASA ATAU "KERANA" ADA SIFAT QUDRAT. Dalam perkataan lain, "KERANA" adanya sifat pekuasa PADA DIRI Allah itu maka Allah BERKUASA.

2) Allah berkehendak "KERANA" ada SIFAT PEKEHENDAK ATAU KERANA SIFAT IRADAT. Dalam perkataan lain, KERANA adanya SIFAT IRADAT itu PADA DIRI Allah maka Allah BERKEHENDAK

hinggalah sifat yang ke 7

7) Allah berkata "KERANA" ada SIFAT PEKATA ATAU KERANA SIFAT KALAM. Dalam perkataan lain, KERANA adanya SIFAT KALAM itu PADA DIRI Allah maka Allah BERKATA.

Semua perkataan "KERANA" itu membawa maksud Allah itu MEMILIKI "ALAT" yang "DENGAN ALAT ITU" barulah Allah MAMPU ATAU KUASA MELAKUKAN SEKEHENDAKNYA

Perkataan itu sebenarnya "tanpa sedar" sudah meletakkan Allah itu ADA PERSAMAAN dengan makhluk seperti manusia. Manusia yang berkuasa KERANA adanya ALAT iaitu tulang urat darah daging otak benak. Manusia yang berkehendak KERANA adanya ALAT iaitu hawa nafsu. Manusia itu yang berkata kata KERANA adanya ALAT iaitu lidah huruf suara.

Kita tahu
Segala yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah "DIKERANAKAN" OLEH SESUATU. Tanpa sedar, perkataan "dikeranakan" itu TELAH MEMBATALKAN MAKNA ALLAH SATU dan MENDUAKAN YANG SATU.

Itulah sedikit contoh perkataan yang bermaksud ALLAH "dua" atau "BANYAK" dan sesungguhnya perkataan itu tanpa sedar telah MEMBINASAKAN AKIDAH orang yang menyebutnya walaupun TIDAK diiktikadkan didalam hati.

Persoalan sekarang,
mungkin ada yang terfikir, perkataan itu membawa maksud Allah memiliki persamaan dengan makhluk, apa pula kaitannya dengan iktikad ada DUA ALLAH atau menduakan Allah?

Baik
dengar elok elok

Semua orang yang mengaku Islam sudah tentu YAKIN dan beriktikad bahawasanya QUDRAT Allah Ta'ala BUKAN dengan alat, IRADAT Allah BUKAN dengan alat. Begitulah sehingga Kalam. KALAM Allah BUKAN dengan alat. Akan tetapi pada masa yang sama, apabila dia melafazkan seperti 7 perkataan itu, maka TANPA SEDAR dia sudah MENGATA ALLAH ITU BANYAK.

Melalui 2 ayat
 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد
dan
 ُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
SEDAR ATAU TIDAK SEDAR
JAHIL ATAU TIDAK JAHIL
DIIKTIKADKAN atau TIDAK DIIKTIKADKAN

apabila dilafazkan dalam keadaan PENUH SEDAR maka orang yang yang melafazkan itu SUDAH BINASA AKIDAH.

Kenapa pulak binasa akidah?
Sekadar sebut sahaja, bukannya diiktikadkanpun. Takkan sebutpun BINASA AKIDAH?

Begini
Saya ulang semula
dengar baik baik. Ayat
 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
dan
 ُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ

adalah ayat PERINTAH yang SANGAT KUAT menyuruh kita

1) mengata Allah SATU
2) mengata Allah ESA
3) MENGESAKAN ALLAH dan
4) MENJAUHI sebarang perkataan, iktikad @ perbuatan yang BERCANGGAH dengan makna SATU Dan ESA atau MENDUAKAN ALLAH.

Keempat empat perintah itu WAJIB SERENTAK PADA 3 PERBUATAN.

Dalam perkataan lain, jika seseorang mukallaf telah melafazkan perkataan itu walapun TIDAK diiktikadkan, hanya sekadar perkataan, maka TANPA SEDAR dia sudah MENGATA ALLAH ITU BANYAK. Sebab itu BINASA AKIDAH.

Saya beri satu contoh untuk menghampirkan faham. Contohnya dalam bentuk persoalan.

Katalah ada seseorang yang kehausan meminum "cecair berwarna oren" didalam botol minuman F&N yang TANPA sedar cecair itu rupa rupanya atau sebenarnya adalah RACUN tikus. Tanpa sedar, dia dah habis terminum sebotol racun tikus. Apa agaknya terjadi kepada orang yang TERMINUM RACUN itu?

Jawapannya SANGAT MUDAH

Pada adat,
si peminum pasti MATI.
Dalam sedar atau tidak sedar
Disengajakan atau tidak disengajakan
Ketika jahil atau tidak jahil
Dalam keadaan tahu atau tidak tahu
PADA ADAT RACUN ITULAH PUNCA KEMATIAN SIPEMINUM

Pada akal, RACUN itu tidak memberi bekas, racun tidak membawa mudarat. Pada akal, yang memberi mudarat dan yang mematikan adalah Allah. Jika setiap hari, sipeminum meminum 10 botol racun pun, jika Allah TIDAK MENGIZINKAN, sipeminum tetap HIDUP dengan selamat.

Itulah contoh dan bukti sekiranya seseorang itu telah MENDUAKAN ALLAH TANPA SEDAR maka sesungguhnya TELAH BINASALAH AKIDAHNYA.

Oleh itu perkataan

1) Allah berkuasa KERANA ada sifat QUDRAT

2) Allah berkehendak KERANA ada sifat IRADAT

sehingga

7) Allah berkata KERANA ada sifat KALAM

dan 1001 contoh perkataan lain yang serupa, sebenar benanya semua perkataan "KERANA" @ "DIKERANAKAN" itu TANPA SEDAR sudah mengiktikadkan ADA ALLAH yang QudratNYA kerana alat, IradatNYA kerana alat, IlmuNYA kerana alat, SamiqNYA kerana alat, BasirNYA kerana alat dan KalamNYA kerana alat. Tanpa sedar dia sudah beriktikad bahawasanya ADA ALLAH YANG KEDUA.

Allah yang pertama QUDRATNYA tanpa alat
Allah yang kedua QUDRATNYA dengan alat

Sebab itulah BINASA AKIDAH

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu

an Nisa': 79

Maaf zahir &  batin
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

www.laisakamitslihisyaiun.blogspit.com

telegram > laisakamitslihisyaiun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan