(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 6 Februari 2016

Bab 8 Soalan 55 : a) Apakah makna DIRI & makna ZAT manusia dari segi perkataan dan dari sudut ilmu akidah? b) Dari makna diri & makna zat manusia itu, terbitkan makna diri & makna zat Allah pada akal.

Soalan 55


a) Apakah makna DIRI & makna ZAT manusia dari segi perkataan dan dari sudut ilmu akidah?

b) Dari makna diri & makna zat manusia itu, terbitkan makna diri & makna zat Allah pada akal.

Berikan contoh

c) Apakah sebenarnya tujuan kita mempelajari makna diri dan makna zat?


Jawapan Soalan 55



Diri kita terdiri daripada 2 bahagian iaitu yang boleh disentuh dan yang tidak boleh disentuh

Yang boleh disentuh ialah semua yang kita lihat pada tubuh. Yang tidak boleh disentuh pula adalah seperti roh, nafsu dan akal.

Maka
Secara ringkas
Makna diri dari sudut perkataan ialah semua yang kita lihat dari hujung rambut hingga hujung kaki iaitu yang ada :

1) atas - bawah
2) kiri - kanan
3) depan - belakang
4) luar - dalam

Itulah makna diri dari segi perkataan.
Diri itulah yang dinamakan mukallaf
Diri itulah yang dinamakan sebagai manusia
Diri itulah yang dinamakan sebenar benar diri
Diri itulah yang menerima perintah Allah

Diri itulah yang memikul tanggungjawab MENGESAKAN ALLAH SERENTAK MELALUI 3 PERBUATAN. TIDAK ADA DIRI YANG LAIN selain dari diri yang kita lihat dan dicapai oleh pancaindera sendiri dan dicapai oleh pancaindera orang lain.

Saya ulang semula
Dari hujung rambut hingga hujung kaki itu adalah alat @ KELENGKAPAN diri. Antaranya

Mata alat untuk melihat
Telinga alat untuk mendengar
Jantung alat  untuk mengepam darah
Darah alat untuk menyalurkan oksigen
Kaki alat untuk melangkah

Dan 1001 yang lain
Dalam perkataan lain, diri itu adalah KESATUAN alat @ kesatuan zat yang berbilang bilang @ kesatuan kelengkapan diri.

Kesatuan alat?
Kesatuan zat?
Kesatuan kekengkapan?

Ya kesatuan alat @ kesatuan kelengkapan yang berlain lainan. Kesatuan berbilang bilang zat pada zat yang satu.

KESATUAN ALAT @ PERKAKAS @ KELENGKAPAN @ ZAT  itulah yang dinamakan DIRI.

Apa sebenarnya perbezaan DIRI dengan ZAT?

Ya, ada sedikit perbezaan tetapi maksud kedua duanya adalah SAMA.

Apabila disebut perkataan ZAT
Zat itu merujuk kepada bahagian bahagian tubuh. Saya ulang semula. Apabila disebut ZAT, maksudnya itu dirujuk kepada bahagian bahagian tubuh.
Contohnya ialah :

Zat kepala
Zat perut
Zat tangan
Zat kaki

Pada setiap zat itu pula ada lagi bermacam macam zat. Contohnya
Pada zat kepala itu ada zat mata, adat telinga, ada zat otak, ada zat tengkorak dan lain lain. Pada zat mata dan zat telinga itupun ada baaaaanyak lagi zat yang berlainan @ ada lagi bermacam macam zat.

Itulah makna ZAT

Berbeza dengan DIRI
Apabila disebut DIRI, maknanya itu ialah KESELURUHAN ZAT @ KESATUAN SEMUA ZAT dari hujung rambut hingga hujung kaki iaitu zat yang berbilang bilang.

Walaupun sebutan BERBEZA, tetapi sebenarnya MAKSUD kedua dua perkataan itu adalah SAMA iaitu DIRI KITA.

Ringkasnya

itulah makna DIRI dari sudut perkataan

Apa pula makna DIRI @ makna ZAT dari sudut ilmu AKIDAH?

Makna "diri" @ "zat" dari sudut ilmu akidah pula ialah 7 perkara iaitu

1) pekuasa kita pada adat iaitu tulang urat darah daging otak benak. Saya ringkaskan dengan menyebut tulang urat sahaja. Selepas ini, jika sy sebut tulang urat maka maksudnya itu ialah 6 alat yang dinamakan sebagai TULANG, URAT, DARAH, DAGING, OTAK & BENAK.

Dalam perkataan lain, diri kitalah yang berkuasa dengan tulang urat.

Itu perkara pertama dari 7 perkara.

Perkara ke-2 ialah

2) pekehendak kita dengan hawa nafsu pada adat. Ingat ya, ini adalah makna diri yang ke-2 pada adat dari sudut akidah.

Dalam perkataan lain, diri kitalah yang berkehendak dengan hawa nafsu

3) Pengetahuan kita dengan hati @ "qolbu" dalam bahasa Arab.

Dalam perkataan lain, diri kitalah yang mengetahui dengan hati @ qolbu

4) Pehidup kita dengan nyawa @ roh

Dalam perkataan lain, diri kitalah yang hidup dengan nyawa @ roh

5) Pendengar kita dengan telinga.

Dalam perkataan lain, diri kitalah yang mendengar dengan tekinga.

6) Pelihat kita dengan mata

Dalam perkataan lain  diri kitalah yang melihat dengan mata

7) Pekata kita dengan lidah huruf suara.

Dalam perkataan lain, diri kitalah yang berkata kata dengan lidah huruf suara

Itulah makna diri dari sudut ilmu akidah iaitu KESATUAN SEMUA 7 ALAT @ 7 PERKARA  @ 7 PERKAKAS @ 7 ZAT @ 7 KELENGKAPAN yang disebutkan di atas.

Saya tahu, ada yg masih kabur. Takpa. Kita cerahkan lagi. Dengar baik baik

Saya cerahkan dalam bentuk persoalan.

Apakah yg berkuasa dengan tulang urat? Haiwan, tumbuh tumbuhan, manusia atau siapa ????

Jawabannya ialah manusia iaitu DIRI kita.
Diri kita berkuasa dengan adanya alat yang Allah beri. Dengan alat itulah kita dapat memperbuat apa sahaja yang kita ingini pada adat.

Itu soalan pertama. Sekarang soalan kedua. Apakah yang berkehendak dengan hawa nafsu? Haiwan, tumbuhan, manusia atau siapa??

Jawabannya ialah manusia iaitu DIRI kita.
Diri kita yang berkehendak dengan hawa nafsu. Dengan adanya hawa nafsu itulah kita dapat memilih apa yang kita mahu pada adat.

Soalan ketiga. Siapakah yang ada pengetahuan @ mengetahui melalui hati? Haiwan, tumbuhan @ manusia atau ???

Jawabannya ialah manusia iaitu DIRI kita.
Diri kita yang mengetahui @ menerima ilmu melalui hati & perguruan. Dengan adanya hati @ qolbu itulah ilmu kita bertambah pada adat.

Itulah salah satu cara memahaminya sehingga perkara ke-7 iaitu

Apakah yg berkata kata dengan lidah huruf suara? Haiwan, tumbuhan, manusia atau siapa???

Jawabannya ialah manusia iaitu DIRI kita.
Dengan adanya lidah huruf suara itulah perkataan kita difahami orang. Jika kurang satu dari alat yang 3 itu, orang TAK akan faham perkataan kita.

Setiap satu dari 7 perkara itu disebut sebagai ZAT kita. Kesatuan SEMUA ZAT itu @ kesatuan 7 perkara itu dinamakan DIRI kita.

Itulah makna DIRI dari sudut ilmu usuluddin @ ilmu akidah dan dari sudut syarak. Buktinya daripada al Quran adalah seperti ayat berikut :

Surat An-Nahl Ayat 78

ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﺧْﺮَﺟَﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﺑُﻄُﻮﻥِ ﺃُﻣَّﻬَﺎﺗِﻜُﻢْ ﻟَﺎ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﺟَﻌَﻞَ ﻟَﻜُﻢُ ﺍﻟﺴَّﻤْﻊَ ﻭَﺍﻟْﺄَﺑْﺼَﺎﺭَ ﻭَﺍﻟْﺄَﻓْﺌِﺪَﺓَ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗَﺸْﻜُﺮُﻭﻥَ ‏( 78 ‏)
Ertinya:
Dan Allah mengeluarkan kamu dariperut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun. Dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.
( An Nahl 16: 78)

Makna pendengar, pelihat dan hati itu ialah ALAT ALAT yang Allah letakkan pada DIRI kita yang BOLEH DILIHAT & DISENTUH bukannya pada diri yang tidak boleh dilihat JAUH SEKALI DIRI BATIN yang tidak ada buktinya dari dalam al Quran @ Hadith. Zat yang bathin "YA ada" tapi BUKAN diri yang bathin. Zat yg bathin dirujuk kpd nafsu, roh dan fikiran. Ketiga tiganya itu BUKAN DIRI kita tetapi ZAT kita. Jika ada DIRI BATHIN maka adalah NABI MUHAMMAD YANG BATHIN. Maka itu adalah salah faham. Nabi Muhammad yang sudah wafat itu adalah Nabi yang ZAHIR untuk DIRI MANUSIA YANG ZAHIR.

Persoalan Ke-2


Dari makna diri manusia, terbitkan makna diri Allah @ zat Allah pada akal

Pencerahannya begini

Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk MUSTAHIL sabit pada Allah.

Maka
MUSTAHIL zat Allah itu memiliki ALAT
MUSTAHIL zat Allah itu BERBAHAGI BAHAGI seperti zat makhluk.
MUSTAHIL zat Allah itu berbahagi bahagi seperti zat manusia.

Pengenal kita kepada Allah yang berbahagi bahagi bukannya zat Allah yang berbahagi bahagi.

Ingat semula makna zat makhluk ialah SEMUA 7 kelengkapan diri iaitu

1) Qudrat kita pada adat @ pekuasa dengan tulang urat

2) Iradat kita pada adat @ pekehendak dengan hawa nafsu

3) Ilmu kita pada adat @ pengetahuan dengan hati

4) Hayat kita pada adat @ pehidup dengan nyawa

5) Sami' kita pada adat @ pendengar dengan telinga

6) Basir kita pada adat @ pelihat dengan mata

7) Kalam kita pada adat @ pekata dengan lidah huruf suara

Maka
Diambil daripada makna zat makhluk pada adat maka makna zat Allah pada akal ialah

1) Qudrat Allah pada akal @ pekuasa bukan dgn tulang urat

2) Iradat Allah pada akal  @ pekehendak bukan dengan hawa nafsu

3) Ilmu Allah pada akal @ pengetahuan bukan dengan hati

4) Hayat Allah pada akal @ pehidup bukan dengan roh

5) Sami' Allah pada akal @ pendengar bukan dengan telinga

6) Basir Allah pada akal @ pelihat bukan dengan mata

7) Kalam Allah pada akal @ pekata bukan dengan lidah huruf suara

Kita perlu ingat semula,
bahawa
akal kita TIDAK MAMPU memikirkan zat Allah kerana Zat Allah itu "laisakamitslihisyaiun".
Akal kita hanya mampu memikirkan zat makhluk seperti zat diri manusia yang 7 perkara itu.

Memahami makna zat makhluk, akan menghampirkan kefahaman kita kepada makna sebenar zat Allah.

Saya ulang semula

Memahami makna ZAT MAKHLUK hanyalah sekadar untuk menghampirkan kepada MAKNA SEBENAR ZAT ALLAH.


Persoalan yang terakhir  ialah


Apakah tujuan kita mempelajari makna diri @ makna zat makhluk pada adat?

Pencerahan


Tujuan kita mempelajari makna diri dan makna zat makhluk pada adat ialah supaya

1) supaya kita dapat memahami makna diri dan makna zat Allah pada akal dan pada syarak.

Seperti yang sudah dicerahkan

2) supaya kita dapat mengetahui makna sebenar benar diri pada syarak.

3) supaya kita dapat MEYAKINI bahawasanya sebenar benar diri itu adalah KESATUAN semua alat @ kesatuan semua kelengkapan @ kesatuan semua zat kita yang berbilang bilang & bermacam macam rupa bentuk. SEBENAR BENAR DIRI itu adalah apa yang kita lihat dgn pancaindera sendiri dan dilihat oleh pancaindera orang lain.

4) supaya kita dapat menolak kepercayaan setengah orang yang percaya sebenar benar diri itu adalah DIRI BATHIN yang TIDAK NAMPAK & TIDAK DISENTUH oleh pancaindera manusia.

5) supaya kita YAKIN bahawa diri yg disaksikan oleh PANCAINDERA itulah yang memikul tanggungjawab mengesakan Allah BUKANNYA diri yang TIDAK BOLEH DICAPAI OLEH PANCAINDERA @ diri BATHIN yang tidak wujud samasekali.

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu
an Nisa' : 79


Maaf zahir &  batin
Waalohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan