(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 2 Januari 2016

Bab 8 Soalan 42: Cerahkan makna MUSTAHIL pada akal Apakah sebutan bagi perkataan "mustahil pada akal" dalam Bahasa Arab? Apakah tujuan mempelajari makna mustahil pada akal?

Soalan 42

Rujuk semula Soalan 40 & 41
Hukum Akal 3 perkara iaitu

Wajib pada akal
Mustahil pada akal
Harus pada akal

Cerahkan makna MUSTAHIL pada akal

Apakah sebutan bagi perkataan "mustahil pada akal" dalam Bahasa Arab?

Apakah tujuan mempelajari makna mustahil pada akal?

Jawapan:

Sebelum kita bincang makna MUSTAHIL pada akal ada baiknya kita lihat semula makna mustahil pada ADAT pada Soalan 36 & 37

Secara ringkas
Makna mustahil pada adat ialah perkara yang SAMA SEKALI TIDAK DITERIMA AKAL akan adanya dan sebagainya. Semua perkara itu hanya ada pada fikiran @ lintasan lintasan hati sahaja. Sebenar benarnya TIDAK ADA @ TIDAK WUJUD SAMA SEKALI di alam semesta ini.

Saya beri semula contoh MUSTAHIL pada adat @ bida'ah pada adat

Contohnya ialah

Manusia boleh bertukar menjadi BESI

Manusia mungkin lebih besar daripada bumi

2 contoh itu MUSTAHIL WUJUD didunia ini. Ianya hanya sekadar lintasan hati yang sebenar benarnya TIDAK PERNAH WUJUD sama sekali.

Itulah juga makna
Kafir pada adat

Itulah yang dinamakan bida'ah pada ADAT.

Maka makna MUSTAHIL pada akal ialah perkara perkara yang sama sekali TIDAK DITERIMA AKAL akan adanya pada Allah. Semua itu hanya lintasan hati @ ada dalam fikiran. Sebenar benarnya TIDAK ADA @ TIDAK WUJUD PADA DIRI ALLAH.

Saya ulang semula
Perkara yg mustahil pada akal itu adalah TERTENTU PADA ZAT ALLAH @ PADA DIRI ALLAH sahaja.

BUKAN pada 2 perkara iaitu

BUKAN pada perbuatan Allah menjadikan makhluk dan
BUKAN juga pada perbuatan Allah menghukum makhluk.

Sebelum kita cerahkan maknanya, kita ulang semula perkongsian yg telah lalu. Perkara yang mustahil pada akal itulah yang dinamakan bida'ah pada AKAL @ KAFIR pada akal

Ingat ya
Kafir pada akal
bukan bermakna kafir pada adat &
bukan bermakna kafir pada syarak

makna kafir pada syarak akan kita bincang pada Bab 9 insya Allah.
Sejarang kita masih pada Bab 8.

Jadi
Apa dia yg sebenar benarnya tidak wujud pada akal itu?

Apa dia yg sebenar benarnya bida'ah pd akal tu?

Apa dia yang sebenar bdnarnya kafir pada akal itu?


Perkara bida'ah pada akal ialah sesuatu yang diada adakan tentang DIRI Allah yang sebenar benarnya TIDAK ADA. Perkara yang diada adakan itu adalah melalui 3 perbuatan yang dicerahkan pada Soalan 41.

Ingat lagi tak 3 jenis perbuatan tu? Takpa. Takpa. Saya tanya. Saya jawab. Takda masalah. 3 perbuatan itu ialah

Perbuatan anggota 5 pancaindera.
Perbuatan lidah
Perbuatan hati

Perbuatan anggota 5 pancaindera lebih biasa disebut abg "fi'li" @ perbuatan anggota.

Perbuatan lidah lebih biasa disebut sebagai "lisani" @ perbuatan lisan.

Manakala perbuatan hati lebih biasa disebut sebagai "Qolbi"

7 contoh contohnya setiap satu  telah diberi pada soalan 41.

Persoalan sekarang,
Apakah contoh contoh bida'ah pada akal melalui 3 jenis perbuatan itu?

Jawabannya begini
Sebelum kita cerahkan
Elok kita semak semula soalan 12-17.
Sebahagian daripada pencerahan ini telah disebut pada 6 soalan itu iaitu Soalan 12-17.

Contoh perbuatan yang sebenar benarnya bida'ah pada akal @ sebenar benarnya MUSTAHIL PADA AKAL ialah seperti berikut :

Perbuatan ANGGOTA

Contoh perbuatan ini tidak ada di Malaysia tetapi terjadi di negara negara Arab seperti pada tentera Syiah Syria. Zahirnya Syiah ini Islam tetapi mereka sebenarnya adalah KAFIR PENYEMBAH BERHALA. Mereka meletakkan @ menggantung kalimah Allah dihadapan "Kuil Syiah" menghadap kiblat dan mereka menyembah kalimah yang mereka gantung itu. Perbuatan penganut Syiah ini sama seperti menyembah BERHALA.

13 Contoh
Perbuatan LIDAH ialah

1) Perkataan yang membawa maksud Allah itu TIDAK WAJIB wujud seperti Allah itu mungkin wujud sahaja.

2) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin ada permulaan seperti Allah itu memiliki anak.

3) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin berubah seperti didunia Allah tidak boleh dilihat dengan mata tetapi didalam syurga boleh dilihat dengan mata.

4) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin ada persamaan dengan makhluk seperti Allah bertangan, berkaki, bertempat tetapi tangan, kaki dan tempatnya seperti yang selayaknya utk Allah. Perkataan itu mustahil pada Allah dan sebenar benarnya KAFIR PADA AKAL.

5) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin ada kelemahan seperti Allah itu mungkin tidak mengetahui sesetengah perkara yang terjadi sebab alam semesta ini sangat luas

6) Perkataan yg membawa maksud zat Allah itu TIDAK ESA seperti zat Allah itu mungkin berbilang2. Zat Allah mungkin ada kaki ada tangan dan sebagainya.

7) Perkataan yang membawa maksud zat Allah itu mungkin TIADA QUDRAT @ LEMAH @ TIDAK ADIL seperti dakwaan "mayat Firaun yang tersimpan di muzium itu TIDAK DISIKSA. Yang Allah siksa hanya ROH FIRAUN"

8) Perkataan yg membawa maksud zat Allah itu mungkin TIDAK ADA KEHENDAK seperti "Allah membiarkan sesetengah manusia sesat atau membiarkan sesetengah manusia mati dalam kesesatan".

9) Perkataan yang membawa maksud zat Allah itu mungkin TIADA PENGETAHUAN @ JAHIL seperti dakwaan "Tak kan Allah tahu semua. Tak kan Allah tahu apa yang ada dalam hati semua manusia sejak dulu hingga sekarang. Mustahil Allah tahu semua tu"

10) Perkataan yg membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK MEMELIHARA hambaNYA yang mukmin seperti perkataan "kenapalah Allah tak tolong orang yang dalam kesusahan tu? dan lain lain.

11) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK NAMPAK seperti "kenapalah Allah membiarkan dunia ini dimusnahkan oleh orang orang kafir" dan lain lain.

12) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK MENDENGAR seperti "kenapalah doa saya tidak didengar oleh Allah, kenapalah doa orang miskin itu tidak didengar oleh Allah" dan lain lain.

13) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK BERKATA @ TIDAK MENYURUH seperti "tak kan semua Allah ada sebut dalam Al Quran, mungkin ada yang Allah belum sebut" dan lain lain.


Contoh
Perbuatan HATI pula

ialah spt meyakini 13 contoh perkataan diatas. Perkataan itu TIDAK DILAFAZKAN akan tetapi TERSIMPAN DALAM HATI SAHAJA @ dalam bentuk lintasan lintasan hati sahaja.


Itulah contoh bida'ah pada akal yang sebenar benarnya MUSTAHIL PADA ZAT ALLAH @ MUSTAHIL  PADA DIRI ALLAH

Semua contoh perbuatan itu dinamakan juga KAFIR PADA AKAL

Perkataan "mustahil pada akal" dalam Bahasa Arab disebut sebagai "istihaalah"


Persoalan terakhir ialah
Apa tujuan kita mempelajari makna mustahil pada akal?

Jawabannya ialah

Supaya kita tahu makna mustahil bagi 2 hukum yang lain iaitu

Makna mustahil pada adat dan
Makna mustahil pada syarak

Apabila kita sudah mengetahui makna kedua duanya itu maka dapatlah kita menjauhkan diri daripada perkataan perkataan yang dinamakan

Bida'ah pada akal
Kafir pada akal

Dengan itu kita akan sentiasa berada dalam keadaan MENTAUHIDKAN ALLAH PADA AKAL.

Kita akn mempelajari makna mentauhidkan Allah pada Syarak pada Bab 9 insya Allah

Semua yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

www.dalilakal.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan