(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 30 Disember 2015

Bab 8 Soalan 41: A) Cerahkan makna WAJIB PADA AKAL. Apa istilahnya dalam Bahasa Arab? Apa sebenarnya yang wajib pada akal itu? Cuba kaitkan dengan perkara yang WAJIB PADA ADAT B) Apa tujuan kita mempelajari makna WAJIB pada akal?

Soalan 41 Bab 8

Hukum akal itu 3 perkara. Dalam Bahasa Melayu disebut :

1) Wajib pada akal
2) Mustahil pada akal
3) Harus pada akal


A) Cerahkan makna WAJIB PADA AKAL.

Apa istilahnya dalam Bahasa Arab?

Apa sebenarnya yang wajib pada akal itu?

Cuba kaitkan dengan perkara yang WAJIB PADA ADAT


B) Apa tujuan kita mempelajari makna WAJIB pada akal?


Jawapan
Soalan 41


Sebelum kita bincang makna wajib pada akal, kita ingat semula makna wajib pada adat pada Soalan 36.
Perkataan yang sama erti dengan wajib pada adat ialah MESTI PADA ADAT.

Oleh itu makna
Wajib pada adat ialah suatu perkara yang tidak boleh tidak ianya MESTI pada MAKHLUK. Jika TIDAK diperbuat ianya akan mendatangkan MUDARAT pada makhluk iaitu mudharat pada adat.

Saya ulang semula, sesiapa yang ingat ingat  lupa itu, rujuklah semula pencerahan Soalan 36.

Maka
Diambil daripada itu, makna WAJIB PADA AKAL ialah suatu perkara yang tidak boleh tidak ianya MESTI pada yang menjadikan MAKHLUK itu.

Siapa yang menjadikan makhluk itu?

Jawabannya ialah ALLAH

Dalam perkataan lain, makna wajib pada akal ialah perkara yang tidak boleh tidak ianya MESTI PADA ALLAH @ WAJIB PADA ALLAH @ WAJIB PADA ZAT ALLAH @ WAJIB PADA DIRI ALLAH.

BUKAN PADA PERBUATAN ALLAH MENJADIKAN MAKHLUK

BUKAN PADA PERBUATAN ALLAH MENGHUKUM MAKHLUK

Saya pasti akan ada yang nak tanya,

Apa makna
BUKAN PADA PERBUATAN ALLAH MENJADIKAN & MENGHUKUM ?

Jawapannya begini. Dengar elok elok. Dengar berulang kali lagi baik.

Supaya mudah faham, kita fikirkan dalilnya dahulu. Dalil paling hampir adalah diri kita sendiri.

Untuk memahami perbuatan Allah itu, kita WAJIB FAHAM makna perbuatan makhluk. Itulah kaedah untuk memahami salah satu daripada PENGENAL KEPADA ALLAH iaitu PERBUATAN ALLAH

Baik.
Apa makna perbuatan makhluk?

Perbuatan makhluk ada 3 perkara
@ 3 jenis iaitu

1) perbuatan ANGGOTA pancaindera
2)perbuatan LIDAH
3) perbuatan HATI

Apa contoh contoh perbuatan itu?

7 contoh perbuatan ANGGOTA 5 pancaindera ialah

1) menaip (dengan jari tangan)
2) melihat skrin (dengan mata)
3) menghidu (dengan hidung)
4) merasa (dengan mulut dan lidah )
5) mendengar (dengan telinga)
6) berjalan
7) berhenti @ diam

7 contoh perbuatan LIDAH ialah

membaca al Quran
bercakap
menyanyi
berpidato
berucap
membaca hukuman
berbisik


7 contoh perbuatan HATI pula ialah

BERIKHTIAR
MEMILIH
berniat
berfikir
berangan angan
bercita cita
berazam

PADA ADAT & PADA SYARAK
Semua 3 jenis perbuatan kita itu adalah
atas PILIHAN KITA SENDIRI
atas IKHTIAR KITA SENDIRI
atas KEHENDAK KITA SENDIRI
atas USAHA KITA SENDIRI

BUKAN ATAS PILIHAN ORANG LAIN
MUSTAHIL ATAS PILIHAN ORANG LAIN
TERLEBIH MUSTAHIL ATAS PILIHAN ALLAH

BUKAN ATAS KEHENDAK ORANG LAIN
MUSTAHIL ATAS KEHENDAK ORANG LAIN
TERLEBIH MUSTAHIL ATAS KEHENDAK ALLAH

Tapi ingat semula ya
Baru sebentar tadi saya sebut
Itu semua adalah PADA ADAT &
PADA SYARAK

Sedangkan
FOKUS perbincangan kita skrg ini adalah tentang HUKUM AKAL & PADA AKAL dalam Bab 8.

Hukum adat telah kita bincang pada Bab 7
Hukum syarak pula akan kita bincang pada Bab 9 insya Allah

Kita teruskan semula
Kita tahu, setiap perkara yang sabit pada makhluk maka MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH. Oleh sebab itu, 3 jenis perbuatan makhluk itu adalah MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH.

Maka perbuatan Allah itu sebenar benarnya adalah LAISAKAMISLIHISYAIUN. Oleh kerana perbuatan Allah itu LAISAKAMISLIHISYAIUN maka pengenal kepada perbuatan Allah itu juga LAISAKAMISLIHISYAIUN

Jadi
Kita pelajari makna 3 perbuatan makhluk itu adalah sekadar untuk MENGHAMPIRKAN kepada makna sebenar PERBUATAN ALLAH.

Perbuatan Allah pada menjadikan makhluk dan perbuatan Allah pada menghukum makhluk akan kita bincang pada perkara ke-3 iaitu perkara yang HARUS PADA AKAL
Insya Allah

Saya ulang semula
WAJIB PADA AKAL disini adalah menyatakan perkara perkara yang diterima oleh akal tentang Allah

Tentang apa?

Tentang perkara perkara yang WAJIB
PADA ZAT @ DIRI ALLAH

Jika perkara itu tidak ada pada Allah maka MUSTAHIL ALLAH ITU WUJUD.

Maka
Diterima akal bahawasanya wajib pada Allah itu 20 perkara yang biasa disebut sebagai sifat 20.

6 perkara dari 20 perkara itu telah kita cerahkan pada soalan 4

Baki 14 perkara lagi akan kita bincang pada Bab 12. In syaa Allah

Ingat semula 6 PERSAMAAN pada sekalian makhluk pada Bab 3 & 4.
6 persamaan itulah perkara yang wajib sabit pada sekalian makhluk dan 6 perkara yang mustahil sabit pada Allah

6 perkara itu ialah seperti berikut :

1) Sekalian makhluk harus ada.
     Allah wajib ada @ Wajib Wujud

2) Sekalian makhluk ada permulaan.
     Allah tidak ada permulaan @
     Wajib Qidam

3) Sekalian makhluk berubah.
     Allah tidak berubah selama lamanya
     @ Wajib Baqo

4) Sekalian makhluk ada persamaan.
     Allah tidak ada persamaan
     @ Wajib Mukholafatuhu lilhawadith

5) Sekalian makhluk ada kekurangan.
     Allah tidak ada kekurangan
     @ Wajib Qiyamuhu binafsih

6) Zat sekalian makhluk berbilang bilang.
     Zat Allah tidak berbilang berbilang
     @ Wajib wahdaniat

Dalam Bahasa Arab, perkara yang wajib pada akal itu disebut AL WUJUBU

Persoalan seterusnya ialah
Apa tujuan kita mempelajari makna WAJIB pada akal?

Tujuannya adalah

Supaya kita tahu perbezaannya dengan 2 makna yang lain iaitu :

makna wajib pada adat serta
makna wajib pada syarak.


Segala yg baik2 itu adalah anugerah Allah dan
segala yg salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

1 ulasan: