Khamis, 17 Disember 2015
Soalan 30: a) Apakah takrif "dalil" ? b) Apakah perkataan yang SAMA ERTI dengan perkataan "dalil" ? c) Ada berapa jenis dalil?
Jawapan Soalan 30
a) Apakah takrif "dalil" ?
Dalil ialah perkara yang :
1) MENIMBULKAN YAKIN
2) MEMBUANG SYAK ZAN & WAHAM
Contoh
Orang kata, rumah kamu dimasuki pencuri
Dalilnya ialah kehilangan barang barang dlm rumah dan sebagainya.
b) Apakah perkataan yang SAMA ERTI dengan perkataan "dalil" ?
Perkataan yang sama erti dengan dalil ialah BUKTI.
c) Ada berapa jenis dalil?
Ada 3 jenis dalil iaitu
1) Dalil ADAT
iaitu dari sekalian alam supaya :
A) tahu menjaga BATAS SESAMA
MAKHLUK pada ADAT
B) tahu menghormati HAK MAKHLUK
C) tahu mengelakkan diri dari
mencampuri urusan orang lain.
2) Dalil AKAL
iaitu daripada sekalian alam supaya
A) TAHU mengesakan Allah pada AKAL
B) TAHU mengelakkan diri dari
mencampuri URUSAN ALLAH
3) Dalil SYARAK
iaitu dari al Quran & Hadith supaya TAHU MENGESAKAN ALLAH pada SYARAK
d) Apakah takrif "makna" ?
Makna ialah MAKSUD SESUATU PERKARA
Contohnya ialah:
Alhamdulillah
Terjemahnya ialah SEGALA PUJI BAGI ALLAH
Maksudnya pula ialah SEGALA APA YANG TERJADI SAMADA BAIK @ BURUK SEMUANYA ITU TANDA KASIH SAYANG ALLAH SUPAYA SEMUA HAMBANYA KEMBALI KEPADA AL QURAN & SUNNAH.
Semua yang BAIK & BENAR itu ANUGERAH dari Allah. Semua yang SALAH & SILAP itu kerana kejahilan saya memperturut hawa nafsu.
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulillah...
BalasPadam