(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 20 Disember 2015

Bab 7 :Soalan 35 A) Apakah takrif atau makna hukum ADAT? B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum adat?

Bab-7 Soalan 2

Rujuk semula Soalan 34.
Mempelajari hukum adat adalah PERINTAH ALLAH

Setiap mukallaf wajib mengetahui perbezaan antara hukum adat, hukum akal & hukum syarak

Persoalan sekarang ialah

Soalan 35


A) Apakah takrif @ makna hukum ADAT?

B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum adat?

============================

Jawapan


Sebelum kita cerahkan, elok kita lihat dahulu 2 perkataan iaitu

1) HUKUM &
2) ADAT

Apa makna hukum ?
Apa makna adat ?
Apa makna hukum adat ?

HUKUM ialah KEPUTUSAN.
ADAT pula ialah KEBIASAAN.

Perkataan "adat" itu diambil daripada bahasa Arab iaitu "adi" yang bermakna "kebiasaan". Kebiasaan yang dirujuk kepada sunnah alam seperti

1) air bergerak dari tempat tinggi ke tempat rendah,
2) Apabila makan akn kenyang,
3) Apabila mati tubuh akan reput,
4) Apabila tak makan minum akan mati dan sebagainya.

Itulah 4 contoh "kebiasaan"

Jadi
Apa pula makna HUKUM ADAT ?

Sebelum kita cerahkan makna hukum adat, kita fikirkan dahulu 2 persoalan ini

1) Makna HUKUM itu ialah "keputusan"
 Siapa yg membuat KEPUTUSAN?

2) Makna adat itu ialah "kebiasaan".
Apa pula yang KEBIASAAN?

'Keputusan" itu dibuat oleh AKAL KITA SENDIRI berdasarkan INFO INFO yang masuk kedalam HATI melalui mana mana PANCAINDERA. Dalam perkataan lain, KEPUTUSAN itu dibuat oleh MANUSIA berdasarkan LOGIK AKAL

KEPUTUSAN ITU TERHENTI SETAKAT APA YANG DICAPAI OLEH PANCAINDERA SAHAJA.

TIDAK MELIBATKAN AL QURAN .
TIDAK MELIBATKAN HADITH.

TIDAK MELIBATKAN ALLAH.
TIDAK MELIBATKAN TUHAN.
TIDAK MELIBATKAN ISLAM.

PENDEK KATA
HUKUM ADAT ITU
TERHENTI SETAKAT LOGIK AKAL SEMATA SEMATA SAHAJA. SAMA SEKALI TIDAK DIKAITKAN DENGAN ALLAH.

Selain 4 contoh kebiasaan diatas itu Kita fikirkan 4 contoh ini pula:


1) Apabila makan ubat maka penyakit SEMBUH.
2) Apabila kertas dibakar maka kertas HANGUS.
3) Apabila pisau tajam tercucuk tangan maka tangan LUKA.
4) Apabila kambing beranak maka lahir anak kambing. Bukan anak lembu yg lahir.

Dalam perkataan lain

UBAT menyembuhkan penyakit pada ADAT
API menghanguskan kertas pada ADAT
PISAU TAJAM melukakan tangan pada ADAT
Kambing melahirkan anak kambing pada ADAT. Bukan melahirkan anak lembu .

Itulah HAK HAK MAKLUK yang kita TIDAK BOLEH NAFIKAN.

Jika kita nampak orang
Kita kata orang, JANGAN kata nampak lembu

Jika kita rasa sakit kena tumbuk, JANGAN kata "best" kena tumbuk.

Jika kita kelaparan sebab tak makan 7 hari, JANGAN kata seronok kelaparan

Pada adat, semua perkataan yang bercanggah dengan LOGIK AKAL itu dinamakan KAFIR PADA ADAT.

BUKAN KAFIR PADA AKAL
BUKAN KAFIR PADA SYARAK

Tapi KAFIR PADA ADAT...
Kita perlu memahami makna "kafir pada adat" untuk memahami makna "kafir pada akal" dan "kafir pada syarak'

Makna kafir pada akal dan kafir pada syarak akan dibincangkan pada Bab 8 & Bab 9. Insya Allah. Sekarang kita baru mula Bab 7.

SEMUA PERKATAAN YANG BERCANGGAH DENGAN LOGIK AKAL ITU SEBENAR BEZNARNYA MELANGGAR HAK HAK MAKHLUK.

Jika dikaitkan kepada Allah
Itu BUKAN lagi hukum ADAT tetapi disebut sebagsi hukum AKAL

Hak itu sebenarnya Allah Ta'ala yang berikan

FOKUS perbincangan kita sekarang ialah HUKUM ADAT bukan hukum akal.

Contoh pertama tadi : Ubat

Hak ubat itu menyembuhkan penyakit pada adat.
Jika dikaitkan dengan Allah, SEBENAR BEZNARNYA UBAT ITU MENYEMBUHKAN @ TIDAK MENYEMBUHKAN PENYAKIT ATAS PERINTAH ALLAH
Nabi Daud mengambil ubat atas perintah Allah.
Penyakit Nabi Daud sembuh atas kehendak Allah.
Pada akal @ dalam perkataan lain, pada hakikat Allahlah yang menyembuhkan & yang tidak menyembuhkan.

JANGAN kata ubat TIDAK menyembuhkan pada adat
Perbuatan itu menafikan HAK MAKHLUK.

Contoh ke-2 : Api

Hak api itu menghanguskan pada adat. Jika dikaitkan kpd Allah, SEBENAR BENARNYA API ITU MENGHANGUSKAN @ TIDAK MENGHANGUSKAN ATAS PERINTAH ALLAH.
Nabi Ibrahim TIDAK hangus walaupun dibakar oleh Raja Namrud. Api tidak menghanguskan Nabi Ibrahim atas perintah Allah.

JANGAN kata api TIDAK menghanguskan pada adat
Itu menafikan HAK MAKHLUK

Jika dikaitkan kpd Allah
Pada akal @ pada hakikat, Allahlah yang menghanguskan & yang tidak menghanguskan.

Contoh ke3: Pisau

Hak pisau itu melukakan pada adat

Jika dikaitkan kpd Allah, pada akal @ pada hakikat, Allah yang melukakan @ yang tidak melukakan.

JANGAN kata pisau yang tajam TIDAK semestinya melukakan pada adat
Itu menafikan HAK MAKLUK

Contoh ke-4 : Kambing

Hak kambing melahirkan kambing

Jika dikaitkan kepada Allah
Pada hakikat kambing itu melahirkan anak kambing dengan kehendak Allah

JANGAN dikata kambing TIDAK semestinya melahirkan anak kambing pada adat.
Itu menafikan HAK MAKLUK

Secara ringkasnya, makna hukum adat itu ialah SUNNAH ALAM @ PERATURAN HIDUP DI DUNIA YANG TIDAK DIKAITKAN DENGAN ALLAH.

TIDAK ADA YANG BERPEGANG KPD HUKUM ADAT SEMATA MATA MELAINKAN ORANG KAFIR.

Saya ulang semula:

TIDAK ADA YANG BERPEGANG KEPADA HUKUM ADAT SEMATA MATA MELAINKAN ORANG KAFIR.

Pada syarak, setiap perkataan kita, setiap perbuatan kita WAJIB dikaitkan dengan ALLAH.

Buktinya daripada al Quran telah  dicerahkan pada Soalan 34


Soalan berikutnya pula


Apa tujuan mempelajari hukum adat?

Tujuannya ialah

1) supaya kita tahu HUKUM ADAT itu sebenarnya bertujuan menjaga HAK HAK MAKHLUK. Supaya kita tidak mengambil hak yang BUKAN hak kita.

2) Supaya manusia tahu hidup dengan sempurna seperti cara orang yang berakal. Supaya kita sentiasa berada diatas landasan FITRAH.

3) Supaya kita dapat berlaku adil sesama makhluk walaupun keatas makhluk bukan bernyawa seperti batu. Supaya kita sedar semua itu adalah dijadikan oleh Tuhan yang bernama ALLAH.

4) Yang paling penting ialah supaya SEDAR hukum adat itu pada hakikatnya @ sebenar benarnya adalah atas PERINTAH ALLAH. Makhluk itu sama sekali TIDAK MEMBERI BEKAS pada adat. Hanya Allah yang memberi  bekas pada akal @ pada hakikat. Dalam bahasa yg lebih tepat, supaya kita TAHU bahawasanya hukum adat itu sebenar benarnya adalah ASAS UNTUK MENTAHKIQKAN PENGENAL KITA KEPADA ALLAH bahawasanya Allah itu "laisa kamitslihi syaiun"

Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah
Segala yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu.

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com


2 ulasan: